E Dagang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN
Dewasa ini, perdagangan yang dijalankan semakin kompleks berbanding aktiviti
perdagangan pada zaman lampau. Malah, hampir semua negara di dunia menjadikan
aktiviti perdagangan sebagai sumber ekonomi utama yang menyumbang pendapatan
besar kepada negara berkenaan.
Bermula dengan tercetusnya revolusi pertanian pada akhir kurun ke-17,
tamadun manusia terus berkembang sehingga menempuhi zaman revolusi perindustrian
pada kurun ke-18 dan ke-19.
Pada abad ke-21 hari ini, kita juga dapat menyaksikan ledakan maklumat
yang berlaku secara global dan membawa kepada tercetusnya revolusi ekonomi dunia
ketiga, iaitu revolusi era digital atau taknologi maklumat. Hari ini, teknologi maklumat
ternyata telah bertindak selaku peneraju dunia yang akan mengubah peradaban dan
tamadun manusia secara keseluruhannya.
Apa yang pasti, perkembangan dalam bidang komputer dan telekomunikasi
telah membolehkan manusia berinteraksi sesame sendiri menerusi saluran yang tidak
mudah dikesan atau dikawal oleh pihak-pihak tertentu. Salah satu daripada alat
telekomunikasi yang semakin mendapat perhatian ialah internet.
Internet merupakan suatu rangkaian komputer

antarabangsa

yang

mewujudkan jaringan komunikasi ke seluruh dunia. Pada asasnya, internet tidak dimiliki
oleh sesiapa dan tidak dikawal oleh mana-mana pusat kawalan. Hampir keseluruhan isi
kandungan yang terdapat dalam web itu digunakan sebagai bahan untuk pengetahuan,
pendidikan dan juga hiburan.
Turut sama dikaitkan bersama penggunaan internet ialah e-dagang. Edagang merupakan suatu aktiviti perdagangan yang menggunakan sepenuhnya
kemudahan teknologi maklumat sedia ada, terutamanya telekomunikasi canggih yang
dapat melindungi dan memuaskan hati pengguna-penggunanya yang terdiri daripada:
I.
Penjual
II.
Pembeli
III.
Pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil
pengesahan digital dan lain-lain.
Aplikasi e-dagang banyak digerakkan oleh penggunaan internet khususnya
laman web untuk mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual,
dan pihak-pihak ketiga dalam suatu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua
pihak.
Inilah apa yang dikatakan sebagai perdagangan tanpa kertas yang terkini
serta mampu membawa pulangan lumayan kepada mereka yang terlibat dalamnya.
Perniagaan menerusi e-dagang meluas digunakan dalam kalangan masyarakat internet
terutama di Negara-negara Barat pada pertengahan tahun 1990-an.

Kini, e-dagang diakui oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar


pemasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan.
Malahan, kini e-dagang juga dijadikan satu alternatif wajib untuk apa jua jenis
perniagaan yang ingin melangkah ke peringkat antarabangsa. Dengan e-dagang,
sesebuah syarikat atau individu itu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari manamana sahaja tempat dalam dunia ini, terutama dalam kalangan pihak-pihak yang
berminat untuk menjalankan urus niaga.
Apa yang penting, untuk menjalankan perniagaan ini perlu ada kelengkapan
teknologi maklumat yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan
internet diakses. Komputer, modem, dan talian telefon antara keperluan yang diperlukan
sebelum sesuatu urus niaga dapat dilakukan.
Pada masa yang sama, pengusaha perniagaan juga perlulah membina laman
web mereka sendiri bagi menyediakan semua maklumat perniagaan yang diperlukan
seperti memperincikan produk atau barangan yang ingin diniagakan oleh mereka.
Selain itu, antara maklumat yang penting yang harus dimasukkan termasuklah harga
yang ditawarkan, proses membuat tempahan dan cara penghantaran, pihak yang perlu
dihubungi dan sebagainya. Jadi, jelaslah bahawa dengan terbinanya laman web
tersebut, ia akan menjadi rujukan para pedagang mahupun sasaran pelanggan untuk
memulakan urus niaga.
Pada awal Januari 2015, satu perniagaan mengenai penjualan barangan
pasangan telah dimulakan. Nama butik tersebut dikenali sebagai TiAMo Boutique. Butik
ini diusahakan oleh seorang usahawan muda. Dia memulakan aktiviti perniagaan
dengan idea mudah dan perniagaan yang kecil dan ringkas.
Sejak bermula meniaga, dia cuba mendapatkan dan menggunakan sumber
yang terhad di sekelilingnya untuk merealisasikan perniagaan. Butiknya terletak di
Pusat Bandar Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kedainya khas menjual barang pasangan
untuk pasangan yang hangat bercinta. Banyak aneka pilihan produk pasangan yang
telah ditawarkan kepada pasangan yang hangat bercinta. Antaranya produk termasuk
kemeja-T pasangan, cawan pasangan, jam tangan pasangan, cincin pasangan, rantai
kunci pasangan dan rantai leher pasangan.
Bermula bulan Mac, butik ini telah menawarkan perkhidmatan atas talian, di
mana para pembeli boleh membeli produk butiknya dengan melayari internet. Sebarang
koleksi produk terbaru juga akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa atas talian.
2.0 PEMILIHAN PRODUK

Menurut Sabri Hj. Hussin (2005), produk merupakan barangan atau perkhidmatan yang
hendak dijual kepada pasaran sasar. Ianya mestilah sesuai dengan keadaan atau
kehendak pasaran dan sedia diteriama dalam pasaran. Oleh itu, tugas pemasar ialah
menyediakan produk yang mempunyai ciri fizikal yang boleh menarik dan diterima
pelanggan. Apabila pengguna membeli sesuatu produk, selain daripada membeli ciri-ciri
fizikal yang sedia ada, pengguna juga mencari kepuasan dan manfaat atau
penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

Kep
erlua
n
Sem
purn
Keperluan
a Diri
Penghargaan

Keperluan Kasih Sayang


Keperluan Keselamatan
Keperluan Asas

Hirarki Keperluan Maslow


Dalam aspek pemilihan produk, saya merujuk kepada Teori Keperluan
Abraham Maslow. Menurut Abraham Maslow (1970), manusia sememangnya tidak boleh
wujud bersendirian. Manusia perlu memenuhi keperluan-keperluan sendiri untuk
mencapai kesempurnaan kendiri. Jadi, saya telah membuat keputusan menjual
barangan atau produk yang biasa digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan
seharian.
Memandangkan

penggunaan

barangan

pasangan

dengan

kekasih

merupakan satu trend pada masa kini, saya telah menjadikan barangan pasangan
sebagai bahan pemasaran saya. Produk pasangan yang saya pasarkan termasuk
kemeja-T, rantai kunci, rantai leher, cawan, jam tangan, dan cincin. Walaupun semua
barangan yang saya pasarkan adalah khusus untuk orang yang mempunyai pasangan,
tetapi kepada sesiapa yang tidak mempunyai pasangan mempunyai peluang untuk
membeli juga. Hal ini demikian kerana produk kami tidak hanya terhad kepada pemilihan
satu set barang, malahan mereka boleh mencampurkan produk yang ingin dibeli oleh
mereka.
Pada masa kini, dengan alasannya menjimat masa, membeli-belah menerusi
lawan sesawang sudah menjadi amalan dalam kalangan remaja. Jadi, saya telah
menjadikan sistem perdagangan elektronik sebagai cara untuk menjualkan produk
saya. Dengan reka bentuk blog yang menarik dan harga jualan yang berpatutan, saya
yakin produk saya akan mendapat sambutan hangat.

3.0 PASARAN SASARAN


Pasar sasaran adalah kumpulan pengguna yang diberi perhatian kerana
corak penggunaan mereka lebih menepati produk yang dihasilkan oleh sebuah syarikat
pengeluar. Menurut Evans dan Berman (1995), sesebuah perniagaan perlu mengadakan
projek mencari sasaran pasarnya bagi setiap produk. Dengan penetapan pasar sasaran,
saya akan lebih jelas dengan golongan pelanggan saya dan segala usaha dan perhatian
akan lebih fokus dan turut memudahkan saya dalam menguasai pasaran.
Tiamo Boutique sentiasa menawarkan barangan atau produk yang memenuhi
selera remaja pada zaman kini. Misalnya, Design produk adalah selaras dengan fesyen
semasa.
Saya mensasarkan produk kedai saya kepada golongan lelaki dan wanita
yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 29 tahun. Sebab golongan ini menjadi
sasaran uatam ialah golongan ini dikategorikan dalam golongan berpendapatan
sederhana.
Selain itu, golongan ini merupakan golongan yang arif dengan perniagaan
atas talian. Saya yakin penglibatan golongan ini dalam penggunaan internet sebagai
jaringan sosial mereka.

5.0 PERSAINGAN
Persaingan bermaksud berlumba atau bertanding yang melibatkan antara dua atau lebih
pihak dalam satu-sat situasi. Menurut Ab.Aziz Yusof (2003), dalam konteks dunia
perniagaan, pesaingan wujud apabila seseorang usahawan menjual barang niaga yang
sama dengan usahawan lain.
Persaingan dalam perniagaan memang merupakan rempah ratus yang hampir tidak
boleh dielakkan. Ia telah menjadi lumrah dan kebiasaan. Mahu tidak mahu, usahawan akan
terus menghadapi persaingan dalam menjalankan perniagaan.

Apa yang penting,

seseorang usahawan perlulah mempersiapkan diri melalui peningkatan pengetahuan,


pengalaman dan kemahiran bagi menghadapi pesaingan. Secara tidak langsung,
persaingan yang sihat boleh mencipta graf perkembangan yang baik terhadap kerjaya yang
diceburi.
Persaingan Tiamo Boutique tetap wujud dalam dunia peniagaan. Hal ini demikian
kerana banyak perniagaan atas talian, butik pakaian dan kedai cenderahati yang
menawarkan barangan pasangan telah bertapak di negara kita pada masa kini.
Bagi menangani persaingan ini, butik saya menawarkan lebih banyak aneka pilihan
barangan pasangan kepada para pembeli. Contohnya, kemeja-T, cawan, rantai kunci, rantai
leher, cincin, dan jam tangan. Dengan ini, butik saya akan memiliki kelebihan bersaing
berbanding dengan kedai atau butik yang hanya menawarkan kemeja-T pasangan sahaja.
Bahkan, saya juga mengutamakan kuasa beli pembeli dalam menangani pesaingan
perniagaan ini. Hal ini demikian kerana pembeli yang sangat sensitif terhadap harga dan
kualiti produk yang ditawarkan. Bagi saya, pengguna yang berumur 18-29 tahun telah
mempunyai kuasa beli tertentu walaupun pendapatan mereka terhad. Justeru, saya
menawarkan barangan yang dengan harga yang berpatutan serta kualiti tinggi bagi
mendapat perhatian dan komifuen para pembeli.
Selain itu, saya akan menghadapi pesaingan dengan mengadakan pemotongan
harga, pengiklanan dan kempen-kempen promosi yang agresif.

6.0 STRATEGI PEMASARAN


Satu daripada fungsi perniagaan ialah pemasaran yang juga merupakan kunci penting
kepada sesebuah perniagaan. Hal ini kerana motif perniagaan ialah untuk memperolehi
keuntungan melalui pertukaran, sedangkan untuk mengadakan dan meningkat pertukaran
memerlukan kemahiran pemasaran. Disamping itu, pemasaran merupkan keperluan di
dalam semua aspek kehidupan.
Menurut Kotler(1981), seseorang itu tidak boleh melepaskan diri dari pemasaran
seperti ia tidak boleh melepaskan diri daripadacukai pendapatan dan kematian. Beliau
selanjutnya menyebut bahawa seseorang akan bangun pagi dengan mengosok gigi
menggunakan berus dan ubat gigi yang dibuat, diiklan dan dijual serta diagih melalui proses
pemasaran-hidupnya sepanjang hari sehinggalah kepada tidurnya tidak terlepas daripada
dunia pemasaran.

Keperluan

Kehendak

Permintaa
n

Produk

Pertukaran

Urusniaga

Pasaran

Konsep Pemasaran
Lanjutan daripada rajah di atas, pemasaran boleh didefinisikan sebagai satu proses
merancang dan melaksanakan konsep, harga, promosi, dan pengagihan produk untuk
memuaskan kehendak dan keperluan individu dan organisasi. Jika ditinjar secara
mendalam, strategi pemasaran yang digunakan oleh suatu perniagaan adalah berbeza
dengan perniagaan lain. Bagi TiAMo Boutique, pelan strategi pemasarannya melibatkan
beberapa unsur iaitu persembahan produk, perletakan harga, strategi promosi, dan juga
pengedaran.
Persembahan produk amat penting bagi memastikan produk yang akan dijual
kelihatan unik dari persepsi pelanggan. Persembahan produk haruslah berbeza dengan
produk yang ditawarkan oleh usahawan atau syarikat lain, seperti cara pembungkusan
produk walaupun jenis produk adalah hampir sama. Sebelum mengepos barang belian
kepada pelanggan, saya akan membalutkan bungkusan dengan kertas hadiah khas TiAMo
Boutique. Saya juga akan menyediakan kad kecil yang berbentuk heart shape bagi
memberi berkat kepada pasangan yang sedang bercinta.
Bagi strategi harga, saya akan mempertimbangkan harga pesaing di pasaran.
Dengan ini, saya dapat mengelakkan harga produk butik saya tidak sesuai dengan pasaran

semasa yang akan mengakibatkan produk butik saya tidak mendapat sambutan daripada
pelanggan. Kaedah penghadan harga (limit pricing) telah saya amalkan dalam peletakan
harga produk butik ini. Perletakan harga yang serendah mungkin adalah untuk menghalang
kemasukan pesaing baru. Penawaran harga seperti ini juga merupakan jaminan kepada
kuasa beli sasaran pelanggan butik ini, sedangkan sasaran pelanggan ialah remaja yang
berumur 18-29 tahun.
Sasaran butik saya ialah remaja yang berumur 18-29 tahun. Misalnya, golongan
remaja ini mahir dan kerap menggunakan laman web sosial Facebook untuk berhubung
antara satu sama lain. Jika kualiti produk terjamin, mereka akan mempromosikan produk
butik kepada sahabat-sahabatnya. Dengan ini, butik saya berjaya dipromosikan.
Strategi promosi telah saya implimentasikan bagi menarik perhatian, membangkitkan
keinginan membeli, memujuk pelanggan dan meyakinkan pelanggan dengan produk butik
saya. Dengan ini, saya turut membuka satu akaun dalam laman web sosial Facebook.
Melalui laman web sosial ini, saya turut mengadakan peraduan like and share. Peraduan ini
terbuka kepada semua pengguna laman web ini. Pemenang akan jatuh kepada sesiapa
yang mempunyai like yang paling banyak. Secara tidak langsung, dengan cara ini, butik
saya akan dikenalkan oleh para pengguna Facebook.
Bahkan, salah satu strategi bagi mengembangkan perniagaan saya ialah pemberian
hadiah. Hadiah misteri akan diberi kepada setiap pelanggan yang membuat pembelian
melebihi RM200. Pemberian hadiah merupakan daya tarikan utama bagi meraih pelanggan.
Sudah menjadi lumrah manusia, mereka suka akan pemberian hadiah.

You might also like