Kaedah Penilaian Bahasa

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Kaedah Penilaian Bahasa

1. Penilaian Melalui Portfolio.


2. Penilaian Melalui Pemerhatian.
3. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran.
4. Penilaian Melalui Soal Jawab.
5. Penilaian Melalui Projek.
6. Penilaian Melalui Kertas Kerja.

Penilaian Melalui Portfolio.


Apakah portfolio?
Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti
pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.
Ciri-ciri portfolio.
Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan
penilaian yang teliti.
Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk
mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan
kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan
daripada pelbagai pihak.
Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Penilaian Portfolio
Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh
dinilai melalui bukti-bukti lain.
Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat
mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut
kriteria yang telah dipersetujui bersama.
Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.
Porfolio kerja harian

Portfolio hasil terbaik


Portfolio dokumen.
Portfolio Kerja Harian
Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu
yang diberikan.
Contohnya;
Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk
menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.
Portfolio Hasil Terbaik
Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
Berbentuk sumatif
Contohnya;
Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan
dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.
Portfolio Dokumen
Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka
masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
Contohnya;
Hasil lukisan daripada warna tersebut.

Kegunaan Portfolio
Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru
untuk membuat penilaian secara holistik.
Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan
pelajar
Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan
menggunakan peta perkembangan.
Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota
anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan
melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif,
kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan Portfolio
Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:
Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.

Kenalpasti isi kandungan portfolio.


Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan,
kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

Bagaimana Portfolio dinilai?


Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang
berterusan.
Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan
kefahaman.
Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran
perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio
sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio

Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan
menggunakan kaedah senarai semak.

Penilaian awal penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria


dengan skala senarai ciri-ciri paling penting penetuaan gred.

Kriteria penilaian
I.

Struktur dan organisani

II.

Strategi pengurusan

III.

Variasi isi yang sesuai

IV.

Struktur ayat dan gaya bahasa

V.

Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran


markah bagi setiap ciri.

VI.

Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan buktibukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.

VII.

Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

Penilaian Melalui Pemerhatian


Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang
diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan
maklumbalas tentang keberkesanan P&P.
Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.
Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.
Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.
Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan
komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.
Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;
Kualiti Pemerhatian
Bentuk perancangan
Merekod penilaian pemerhatian
Jenis Pemerhatian
Strategi pelaksanaan
Fungsi penilaian melalui pemerhatian.
Kualiti Pemerhatian
Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan
persekitarannya.
Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap
sesuatu.
Tekal dan stabil dalam penilaiannya.
Bentuk Perancangan
Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan
daripada pemerhatian.
Merekod penilaian pemerhatian
Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara
tersusun dari segi:

Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan


Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau
pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
Menjalankan Tugasan
Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang
diperoleh dihurai dengan tepat .
Cara merekodkan dapatan dan rumusan
Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang
betul.
Tindakan Susulan
Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan
hasil yang akan dicapai.
Rekod anekdot
Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam
bidang tertentu seperti berikut:
Kecekapan linguistik (bidang bahasa)
Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu
Muzik
Kecekapan (body khanisthetic)
Kecekapan intrapersonal
Kecekapan interpersonal
Kecekapan Linguistik
Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat
hati, menyakinkan dan merangsang.
Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.
Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori
dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan
terancang.
Muzik
Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.
Kecekapan (body khanisthetic)
Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.
Kecekapan Intrapersonal

Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.


Kecekapan interpersonal
Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

Jenis pemerhatian
Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:
Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan
(judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian
semasa.
Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara open ended. Menilai
kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk
sekuense.
Strategi Pelaksanaan.
Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
Menggunakan senarai semak.
Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
Fungsi Pemerhatian
Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif
pelajar.
Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai
maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

You might also like