Laporan Projek Menghias Papan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Seri Puteri

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Laporan Projek Menghias Papan Notis Kesihatan Sekolah Kebangsaan Seri Puteri

Pada 1 Februari hingga 30 April 2015 , saya dan lapan rakan saya telah menjalani
Praktikum 3 di Sekolah Kebangsaan Seri Puteri.
Kami telah diberi tanggungjawab untuk menghias sudut kesihatan oleh penolong
Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Song Kim Poh. Hal ini kerana sudut kesihatan tersebut
telah usang dan info yang dipapar telah ketinggalan.
Sebelum memulakan kerja-kerja menghias sudut kesihatan, kami lapan orang
guru pelatih telah mengadakan mesyuarat bagi mengagihkan tugas dan merancang
agar projek ini disiapkan tepat pada masanya. Kerja-kerja telah diagihkan secara rata
antara lapan guru pelatih. Antara tugas-tugasnya termasuk pembelian bahan-bahan
hisan dan pemilihan bahan untuk papan notis kesihatan.
Setelah semua kerja-kerja persediaan telah lengkap, kami memulakan kerjakerja menghias sudut tersebut. Kami telah menetapkan tema sudut tersebut iaitu
Makanan Kesihatan.Antara bahan-bahan dan info yang dipaparkan termasuk Piramid
makanan dan kata-kata motivasi untuk memumupuk gaya hidup sihat.
Kami telah menyiapkan sudut kesihatan dalam masa dua jam. Kami dapat
menyiapkan kerja dengan cepat dengan hasil bantuan daripada semua guru pelatih.
Sudut kesihatan telah disiapkan dengan adanya komitmen daripada semua guru pelatih.
Kami berharap dengan adanya sudut ini murid dapat mengamalkan gaya hidup sihat
dalam kehidupan seharian.

You might also like