07 Pengenalan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pengenalan

Kursus PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral, melibatkan teori dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kursus ini meliputi konsep dan teori asas
perkembangan kerohanian dan moral kanak-kanak, pengenalan Kurikulum
Pendidikan Islam Prasekolah, Pengenalan kepada perkembangan Moral,
Penaksiran perkembangan kerohanian dan Moral, Pembentukan perkembangan
kerohanian dan moral peringkat awal kanak-kanak, Pengurusan kurikulum
perkembangan kerohanian dan moral prasekolah serta Nilai berkaitan diri dan
keluarga. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi empat tajuk iaitu
Tajuk 1 Pengenalan kepada perkembangan kerohanian dan moral (Topik 1
dalam proforma), Tajuk 2 Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah (Topik 2
dalam proforma), Tajuk 3 Pengenalan kepada perkembangan moral kanakkanak (Topik 3 dalam proforma), dan Tajuk 4 Penaksiran kepada
perkembangan kerohanian dan moral (Topok 8 dalam proforma).
Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran.
Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Aktiviti
dan latihan tersebut termasuk analisis peranan guru Prasekolah berdasarkan
pengalaman pelajar di sekolah, membuat perbincangan berkaitan kepanitiaan
Pendidikan Prasekolah dengan merujuk Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK), mencatat aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasa
membuat pemilihan bahan bantu mengajar, menyenaraikan ruang-ruang khas
untuk penyimpanan bahan bantu mengajar, menjelaskan konsep kerohanian dan
moral dalam kurikulum Pendidikan Islam prasekolah, menganalisa dan merumus
berkaitan Penaksiran kepada Perkembangan Kerohanian dan Moral
berpandukan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia, Jemaah Nazir Sekolah (2004). Setiap
tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap topik yang
dipelajari. Setiap ulasan tersebut akan dibimbing dengan persoalan-persoalan
disusuli dengan sumber rujukan yang berkaitan.
Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil kerja
pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel
atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam
kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan.
Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat
lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari.

viii

You might also like