Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Nama : Ahmad Haziqie Yusry Bin Yusni

Unit : BM/PJ/BI
NO KP : 891006035119
NO Matrik : 122006

Alhamdulillah , setinggi - tinggi syukur kepada Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang yang mengizinkan saya bersama-sama ahli kumpulan saya menyelesaikan
tugasan ini dengan jayanya. Tugasan ini benar-benar membantu kami kerana bnyak
input - input baru yang kami pelajari mengenai tajuk kerja kursus kami iaitu Sistem
Ejaan dan Bahasa dalam Komunikasi Bertulis dan kami diuji dengan menyediakan teks
ucapan.Antara perkara baru yang saya pelajari ialah cara susunan panggilan hormat
mengikut pangkat dan taraf dif jemputan.Saya juga mempelajari cara mengarang teks
ucapan dengan format yang betul.Hasilnya,teks ucapan yang kami hasilkan amat
berbeza

dengan apa yang telah kami hasilkan sebelum ini. Selain itu,saya juga

mempelajari tatacara menyampaikan ucapan dengan gaya dan intonasi yang betul dan
tepat
Kami memulakan tugas ini dengan mencari maklumat mengenai sistem ejaan
bahasa melayu di Perpustakaan Ibnu Sina . Pencarian maklumat ini amatlah sukar
kerana pada masa yang sama guru-guru pelatih dari unit lain juga sibuk

mencari

maklumat yang sama . Persaingan yang sihat telah berlaku antara kami semua.Bagi
mengelakan berlaku persaingan, kami telah menggunakan internet sebagai satu
alternatif lain untuk mendapatkan maklumat.Sesungguhnya amat sukar untuk
menyelesaikan tugasan yang belum kami pelajari.Oleh itu , saya meneruskan pencarian
maklumat di Perpustakaan Awam Kuala Terengganu. Pencarian kami sekumpulan
membuahkan hasil kerana banyak maklumat yang kami perolehi. Hasil daripada
maklumat

yang diperolehi,kami gabungkan untuk menyiapkan tugasan ini dengan

jayanya.
Acara kemuncak bagi menyelesaikan kerja kursus ini, semua pelajar yang terlibat
dikehendaki menganjurkan satu pertandingan ucapan secara kolaboratif. Dengan

pengalaman yang telah kami timba semasa menganjurkan pertandingan drama pada
semester lepas telah kami curahkan sepenuhnya, Pertandingan ini telah diuruskan oleh
semua guru pelatih yang mempelajari subjek Bahasa Melayu, tidak kira sebagai subjek
major mahupun subjek minor Bahasa Melayu.Oleh itu,saya bersama ahli kumpulan
yang lain harus menyediakan teks ucapan yang berkaitan dengan tugasan kami ini iaitu
sistem ejaan rumi bahasa Melayu .Hal ini memberi peluang kepada saya untuk
mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara-cara untuk menghasilkan sesuatu teks
ucapan . Saya menemui keseronokan dan pengalaman yang berharga tatkala
melakukan tugasan ini.
Sebelum ini,saya tidak mengetahui bahawa bahasa Melayu mempunyai sistem
ejaan rumi bahasa melayu yang mendasari setiap perkataan dan percakapan kita. Saya
juga tidak mengetahui bahawa Bahasa Melayu juga mempunyai perubahan dasar
dalam melestarikan bahasa Melayu itu sendiri . Dasar yang telah diubah pada tahun
1972 banyak membawa perubahan dalam bahasa Melayu .Setelah saya membuat
tugasan ini , saya telah sedar bahawa bahasa melayu adalah satu bahasa yang unik.
Sebagai seorang guru , kepentingan kemahiran bahasa dalam komunikasi amatlah
penting .

Ini kerana bahasa merupakan asas utama dalam berkomunikasi dengan

pelajar kita bagi menyampaikan ilmu. Seorang guru haruslah peka terhadap
penggunaan bahasa kerana kita haruslah mempunyai persamaan lapangan rujuk
antara guru dan pelajar.Dengan itu,proses pembelajaran dan pengajaran berlaku
dengan berkesan. Kesilapan dalam penggunaan bahasa boleh menjejaskan imej
sebagai seorang guru .
Akhir kata, saya berharap kerja kursus ini yang kami hasilkan menepati
kehendak soalan . Saya berharap,tugasan yang kami lakukan ini diterima kerana kami
telah lakukan yang terbaik .Bagi saya, setiap perkara yang kita lakukan itu haruslah
diiringi dengan usaha yang berterusan.Pengalaman mendewasakan kita, saya pegang
kata-kata ini, kerana bagi saya, tanpa pengalaman kita tidak akan dapat mengetahui
dan melakukan sesuatu perkara dengan baik . Saya akan menggunakan segala ilmu
dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini dalam
pengajaran & pembelajaran (P&P) saya ini.

You might also like