Rifleksi Bina Insan Guru 2

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Rifleksi Bina Insan Guru 2

Pada 06 Mei yang lalu saya dan rakan-rakan kelas saya PISMP unit Matematik 1
telah menyertai rombongan lawatan ilmiah ke sekolah cemerlang. Sekolah yang
dimaksudkan ialah sekolah kebangsaan Beladau kolam. Kunjungan kami ini juga turut
disertai oleh unit PISMP unit PSV. Pergerakan kami ke sekolah tersebut diiringi oleh
dua orang pensyarah pembimbing iaitu Pn Zainab sebagai pensyarah pembimbing unit
PISMP Matematik 1 dan En. Zakaria sebagai pensyarah pembimbing unit PISMP PSV.

Kami bertolak dari IPGM KDRI tepat pada pukul 8 pagi.Seramai 48 orang pelatih
guru termasuk 2 orang pensyarah pembimbing yang menyertai kunjungan ke sekolah
Beladau Kolam.Sebelum bertolak kami diberi sedikit sarapan di Kafetaria IPGM
KDRI.Kami tiba di sekolah Beladau Kolam agak lewat sedikit daripada jangkaan kerana
kami tersesat jalan.Kedudukan sekolah tersebut agak pedalaman. Kami akhirnya tiba di
sekolah tersebut kira-kira hampir jam 9.30 pagi. Setibanya di sekolah tersebut kami di
sambut dengan baik oleh guru-guru sekolah tersebut. Pengawal keselamatan sekolah
itu juga menyambut kami dengan ramah sekali. Kami diiringi oleh guru-guru sekolah
tersebut ke bilik mesyuarat dan disambut baik oleh guru besar sekolah tersebut.
Sambutan penerimaan oleh pihak sekolah terhadap kunjungan kami ini adalah amat
baik sekali.

Selepas itu, kami diberi taklimat oleh pihak sekolah berkaitan sekolah tersebut.
Taklimat itu disampaikan oleh Guru Besar sekolah itu sendiri iaitu Pn. Hjh Normah Bt
Daud. Beliau sangat berbesar hati dan bangga kerana sekolah beliau telah terpilih
sebagai sekolah pilihan bagi program Bina Insan Guru ini. Beliau memberitahu ini
adalah kali pertama sekolah Beladau Kolam menerima lawatan daripada sekumpulan
Guru Pelatih. Di dalam sesi taklimat yang diberikan, Beliau berkongsi pengalaman
bersama guru pelatih tentang kejayaan sekolah tersebut mencapai status sekolah
cemerlang . Sekolah tersebut telah diiktiraf antara 10 buah sekolah cemerlang peringkat
Negeri Terengganu pada tahun 2008. Ianya dinilai berdasarkan pencapaian sekolah

tersebut dalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah, (U.P.S.R). Sebelum itu, Pn
Hjh Normah telah menceritakan latar belakang sekolah tersebut. Sekolah ini agak unik
kerana ramai yang tidak mengetahui asal usul datangnya

nama Beladau Kolam.

Berdasarkan apa yang diceritakan oleh beliau,nama beladau kolam itu asal usulnya
berkisarkan kisah lampau iaitu seorang saudagar yang mana beladaunya jatuh di dalam
kolam di kawasan tersebut. Saudagar itu mencari beladaunya di dalam kolam tersebut
tetapi tidakdijumpai. Berdasarkan peristiwa itulah kawasan itu diberikan nama tersebut.
Sekolah tersebut juga menggunakan nama Beladau Kolam sebagai nama Sekolah
tersebut. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1944. Sekolah ini dibina di atas kesedaran
masyarakat setempat akan kepentingan pendidikan. Falsafah sekolah Beladau Kolam
ialah mendidik manusia dengan kemanusiaan.

Apa

yang

menarik

perhatian

saya

ialah

kejayaan

sekolah

tersebut,

menempatkan diri dalam kelompok, antara sekolah cemerlang di Kuala Terengganu


seterusnya di Negeri Terengganu. Sekolah tersebut bukanlah sekolah di kawasan
Bandar ataupun di pekan-pekan. Tetapi hanyalah sekolah kampong yang mana
kemudahannya tidaklah sempurna seperti di sekolah Bandar-bandar. Selain itu muridmurid sekolah itu juga majoriti adalah penduduk setempat yang mana berlatarkan ibu
bapanya keluarga yang miskin. Tetapi sekolah ini masih mampu melahirkan pelajarpelajar yang cemerlang di peringkat sekolah rendah.

Daripada apa yang disampaikan oleh Pn Hjh Normah terdapat beberapa perkara
yang diberikan penekanan dalam mencapai kejayaan tersebut. Antaranya waktu PnP
pada sebelah pagi, murid-murid tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan waktu
kelas untuk menghadiri aktiviti kokurikulum dan sebagainya. Aktiviti selain PnP hanya
boleh disertai oleh murid-murid pada waktu petang sahaja. Jadi guru-guru dan muridmurid dapat fokus pada sesi PnP pada waktu pagi dan tidak ada murid yang akan
ketinggalan.Cara yang digunakan oleh sekolah ini berhasil dan sekolah tidak perlu
mengadakan kelas tambahan pada waktu petang dan sebagainya.Kecuali murid-murid

tahun 6 sahaja yang diadakan kelas tambahan kerana mereka ini akan menghadapi
UPSR.

Selain itu, beliau juga menerangkan program-program yang dirangka untuk


kecemerlangan murid-murid sekolah tersebut.Adak dintaranya ialah aktiviti pada waktu
perhimpunan pagi, isnin dan Rabu. Aktiviti yang dijalankan ialah baca sifir dan learn 2
words a day. Aktiviti yang dijalankan ini adalah amat baik sekali. Di dalam
Matematik,sifir adalah amat penting sekali. Banyak operasi matematik menggunakan
sifir untuk menyelesaikannya.Dengan adanya aktiviti seperti ini, dapat melatih muridmurid bersungguh-sungguh dalam menghafal sifir. Begitu juga dengan aktiviti learn 2
words a day. Kepentingan bahasa Inggeris memang tidak dapat dinafikan lagi.
Malahan, subjek Sains dan Matematik juga adalah dalam bahasa Inggeris. Dengan
adanya aktiviti seperti ini dapat melatih murid menghafal 2 perkataan bahasa Inggeris
dan maknanya sekali seterusnya menambahkan vocab bahasa Inggeris dalam minda
pelajar.Aktiviti lain dijalankan seperti aktiviti keagamaan pada hari selasa seperti
bacaan surah oleh murid-murid,melatih sembahyang dan sebagainya. Ini semua
bertujuan untuk memantapkan lagi sifat kerohanian murid-murid supaya mereka lebih
terbuka hatinya untuk belajar disamping beribadat kepada Allah. Selain itu aktiviti lain
yang dijalankan ialah motivasi dan disiplin dan sebagainya.

Selepas selesai taklimat, kami diberikan sedikit jamuan oleh pihak sekolah.
Selepas itu, kami bergambar bersama-sama semua yang terlibat dalam aktiviti lawatan
ini iaitu pelatih-pelatih guru, pensyarah pembimbing, dan Pn Guru Besar sekolah
tersebut.

Kami

mengambil

gambar

mengikut

unit

masing-masing.Bagi

sesi

penutup,Ketua pengarah program kami, saudara Shahril memberikan sedikit ucapan


dan menjemput pensyarah pembimbing menyampaikan sedikit cendera hati kepada
Guru Besar sekolah tersebut.Selepas itu kami melawat kawasan sekitar sekolah
tersebut dan pulang menaiki bas ke IPGM KDRI.Sebelum pulang kami mengucapkan
ribuan terima kasih kepada guru besar sekolah tersebut, Pn. Hjh Normah Bt Daud atas

kesudian beliau menerima kunjungan kami dan layanan baik yang diberikan kepada
kami.
Daripada aktiviti yang dijalankan ini, kami sebagai guru pelatih banyak manfaat
yang kami dapat. Ini kerana apa yang kami belajar di maktab masih tidak cukup untuk
kami sebagai guru. Dengan adanya aktiviti seperti ini, kami dapat menyelami keadaan
di sekolah dan suasana nya sekali. Sebagai seorang guru sememangnya banyak
rintangan yang perlu dihadapi. Tugas guru adalah mendidik manusia menjadi manusia
yang

berguna.

Berbeza

dengan

kerjaya

lain

seperti

Doktor,Jurutera

dan

sebagainya.Apa yang saya perhatikan di sekolah Beladau Kolam ini, kecemerlangan


murid-murid sekolah ini adalah bergantung kepada berkat kesungguhan warga sekolah
dalam mendidik murid-murid kearah kecemerlangan. Murid-murid sentiasa menilai guru
yang mengajar mereka. Baik buruk cara yang diajar, akan dikenang oleh murid-murid
kita sehingga ke akhir hayat. Keseluruhannya aktiviti lawatan ilmiah ini banyak member
manfaat kepada guru pelatih dan diharapkan dapat diteruskan lagi dimasa akan datang.

You might also like