Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) (FASA 2)

TARIKH

: 4 NOVEMBER 2007

MASA

: 8.00 11.00 PAGI

TEMPAT

: DEWAN UNGKU OMAR, IPKT

PENCERAMAH:
1. EN. JOHARI BIN YUSOFF
2. PN. RAKIYAH BINTI ALI
3. DR. HJH. ROHANI BINTI ABDUL HAMID
TAJUK CERAMAH / BICARA ILMU:
1. PEMBINAAN INSAN GURU YANG SEIMBANG
2. GURU DAN HUBUNGAN KOMUNITI
3. AKAUNTABILITI SEORANG GURU
Satu sesi ceramah telah diadakan di Dewan Ungku Omar bagi
melengkapkan fasa kedua perjalanan program Bina Insan Guru untuk semester
dua untuk pelajar-pelajar PPPRP-4T anjuran pihak Institut Perguruan Kuala
Terengganu. Tiga sesi ceramah telah diadakan dan semua pelajar yang terlibat
menghadiri sesi-sesi tersebut.

Tiga penceramah dijemput untuk memberi

ceramah dan bual bicara ilmu diadakan di dalam dewan yang melibatkan
komunikasi dua hala di antara pelajar-pelajar dan penceramah. Selain itu, 3
tajuk telah dipilih khas untuk dihurai dan dibincangkan oleh penceramah dan
pelajar-pelajar.

Tajuk-tajuk tersebut ialah Pembinaan Insan Guru yang

Seimbang , ``Guru dan Hubungan Komuniti , ``Akauntabiliti Seorang Guru.


Ketiga-tiga tajuk ini telah dihurai dan dibincangkan dengan terperinciri dan
memuaskan oleh setiap penceramah dan saya telah banyak memperoleh inputinput yang bernas dan berguna untuk dipraktik dan diamalkan di dalam
menempuh perjalanan menjadi seorang guru pada masa hadapan.
Pada sesi yang pertama, penceramah iaitu Encik Johari Bin Yusoff telah
membawakan satu tajuk untuk dibincangkan iaitu ``Pembinaan Guru Yang

Seimbang.

Beliau telah memberikan beberapa input yang berguna untuk

dijadikan teladan buat kami untuk bermuhasabah diri dan membaiki diri untuk
menjadi lebih baik. Menurut Aminuddin Wahid (2001), ``Guru menjadi ibu bapa
yang kedua kepada para pelajar dan bukan hanya mengajar kepada seorang
pelajar yang mengajar silibus yang ditetapkan dan pulang bila sudah selesai.
Hal ini membuktikan tanggungjawab seorang guru bukan hanya di sekolah
semata-mata malah ianya juga melingkupi seluruh hidup pelajar-pelajarnya.
Selain itu, terdapat dua aspek penting yang perlu ditekankan oleh seorang guru
dan juga bakal guru untuk ditingkat dan diperbaiki agar pembinaan insan guru
yang seimbang terlaksana dan tercapai.
peribadi dan kualiti professional.

Aspek-aspek tersebut ialah kualiti

Kualiti peribadi bermakna guru mesti

mempunyai nilai-nilai akhlak dan moral yang tinggi seperti baik hati, penyabar,
mempunyai unsur kecindan (humoris), bertanggungjawab, berkeyakinan, nilai
kepimpinan, nilai agama yang tinggi dan memahami etika dan profesion
Keguruan, Falsafah Pendidikan kebangsaan dan Wawasan 2020.

selain itu,

guru juga mesti bertindak sebagai agen moral kepada para pelajar.

Kualiti

Profesional keguruan pula memberi makna setiap insan guru mesti mematuhi
peraturan dan etika kerja serta mengamalkan kualiti kerja yang tinggi di dalam
melakukan pekerjaan mereka. Selain itu, kualiti profesional seorang guru juga
boleh ditingkatkan melalui peningkatan ilmu pengetahuan kendiri guru tersebut
dengan menghadiri kursus-kursus peningkatan ilmu Ikhtisas, mengamalkan
budaya membaca, meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi,
meningkatkan daya tahan diri dan juang dan berketrampilan positif sebagai
seorang guru.

Selain itu, ditekankan juga budaya berkarya dan budaya

penyelidikan yang sepatutnya menjadi darah daging seorang guru, guru bersedia
untuk mengadaptasi diri dan profesion mengikut perubahan semasa berteraskan
teknologi

maklumat

dan

komunikasi,

mempunyai

kesedaran

untuk

mengutamakan pendidikan dan sentiasa mengamalkan budaya kerja cemerlang


di dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.

Keseluruhannya, guru mesti

meningkatkan kualiti peribadi dan profesion keguruan dari masa ke semasa dan
tidak hanya statik di satu tahap dan sentiasa mengamalkan konsep ``Long-Life

Education iaitu sentiasa meningkatkan dan mengamalkan budaya keilmuan


sepanjang hayat dalam kehidupan seorang guru itu.
Sesi ceramah yang kedua pula membicarakan tajuk ``Guru dan Hubungan
Komuniti. Komuniti ialah suatu kumpulan orang yang disebut masyarakat di
dalam sesuatu kumpulan masyarakat yang dibentuk, juga disebut sekumpulan
masyarakat di dalam komuniti yang tersendiri.

Manakala pula, hubungan

komuniti bermaksud hubungan antara ahli di dalam sesuatu komuniti. Maka,


guru mempunyai suatu hubungan secara langsung dan tidak langsung yang
tercipta lantaran tugas guru yang bukan sahaja melibatkan pelajar-pelajar di
sekolah malahan juga hubungan dengan masyarakat di luar sekolah dan secara
automatiknya guru-guru mesti mempunyai nilai-nilai dan kualiti diri yang terbaik
dan ketrampilan diri sebagai seorang guru yang baik di mata masyarakat dan
komuniti sekeliling mereka.

Kualiti peribadi, profesion keguruan mesti

ditingkatkan, memahami etika keguruan, menghayati nilai-nilai keguruan dan


sentiasa meningkatkan kualiti diri dan profesionalisma keguruan mesti menjadi
keutamaan diri dan guru juga mesti memainkan peranan yang penting di dalam
komuniti itu. Guru mesti bertindak sebagai agen perubahan di dalam komuniti
masyarakat iaitu menjadi seorang guru yang dinamik iaitu boleh menjadi seorang
guru yang mengikut peredaran zaman dan boleh menjadi agen perubahan
kepada kendiri murid-muridnya dan guru juga mesti menjadi seorang agen
penggerak (INOVATOR) yang berkesan di dalam masyarakat. Guru bertindak
sebagai agen sosialisasi di dalam masyarakat dengan menjadi agen penyebar
budaya ilmu di dalam masyarakat dan guru juga memainkan peranan yang
sangat penting di dalam masyarakat untuk melahirkan pelajar-pelajar yang
berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Keseluruhannya, hubungan guru dan
komuniti sangat penting untuk dijalin erat dan berterusan agar tujuan utama
untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia
tercapai dan mencapai objektifnya.
Manakala pada sesi ceramah yang ketiga pula, tajuk ``akauntabiliti
seorang guru menjadi topik utama yang dibincangkan. Akauntabiliti seorang

guru bermakna seorang guru yang mempunyai kesedaran dan tanggungjawab


terhadap komitmen kerjanya untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin di
sekolah dengan mendidik murid-muridnya dengan ikhlas dan bersungguhsungguh. Contoh yang paling jelas boleh diberi ialah seorang guru yang tahu
akauntabilitinya sebagai seorang guru di sekolah tidak akan berhempas pulas
mengajar di pusat-pusat tuisyen sedangkan tanggungjawab beliau yang
sebenarnya mengajar dan mendidik di sekolah hanya dilaksanakan dengan acuh
tidak acuh sahaja dan sambil lewa ibarat melepaskan batuk di tangga sahaja.
Guru tersebut jelas hanya mengejar kekayaan dan duit dan bukannya untuk
mendidik dan melahirkan modal insan dan generasi pemimpin masa hadapan.
Persoalannya, di manakah letaknya akauntabiliti guru sebegini? Siapakah yang
harus dipersalahkan sekiranya masalah sosial semakin menular di kalangan
remaja-remaja sekolah? Justeru itu, jangan kita menuding jari kepada orang
lain, seeloknya kita bermuhasabah dan berusaha membendung serta berusaha
mengatasi maslah ini.

Tambahan lagi, akauntabiliti seorang guru juga tidak

hanya terhad setakat ini sahaja, guru-guru mesti mempunyai banyak ilmu
pengetahuan di dalam pelbagai aspek dan pengetahuan, sentiasa berusaha
memperbaiki diri dan berusaha memimpin pelajar-pelajar daripada segi sikap
dan tingkah laku dan menjaga nama baik guru sepanjang hayat bergelar guru.
Kesimpulannya, program ceramah ini banyak memberi panduan, ajaran
dan teladan kepada diri saya di dalam menghayati dan memahami tugas
seorang guru yang sebenar dan menggalakkan diri saya untuk sentiasa
menambah

ilmu

pengetahuan

di

dalam

pelbagai

bidang

dan

aspek,

meningkatkan kualiti diri dan profesion keguruan serta meningkatkan kefahaman


dan penghayatan kerjaya sebagai seorang guru.
( 1044 Patah perkataan)

You might also like