Refleksi Bina Insan Guru Sem3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Refleksi Bina Insan Guru (BIG)

Pada 19 April 2008 yang lalu, saya dan rakan-rakan sekelas saya iaitu PISMP
Math 1 telah mengadakan satu program iaitu program kecemerlangan Matematik.
Program ini telah dijalankan di Sekolah Rendah Kebangsaan Paloh, Kuala Terengganu.
Aktiviti yang dijalankan bermula dari pagi hingga petang.Program ini dikhususkan
kepada murid-murid tahun 5 sekolah tersebut. Ia bertujuan memotivasikan pelajarpelajar tahun 5 yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun hadapan
khususnya dalam subjek matematik. Program yang kami jalankan ini adalah tugasan
untuk Bina Insan Guru untuk semester ini. Sebelum itu, kami telahpun mendapat
kebenaran daripada Guru Besar sekolah tersebut untuk melaksanakan program ini.
Seramai 24 orang guru pelatih terlibat dalam program ini iaitu 12 lelaki dan 12
perempuan. Kami juga diringi dengan pensyarah tutor kami iaitu Mdm Zainab Bt Abdul
Rahman. Kami berangkat dari Institut dengan menaiki bas institute pada pukul 8 pagi
dan tiba di sana pada pukul 8.30 pagi. Setibanya disana kami disambut baik oleh Guru
besar sekolah tersebut. Pada awalnya, semua peserta program iaitu murid-murid tahun
5 sekolah tersebut perlu mendaftar kehadiran mereka di meja pendaftaran yang
diselenggarakan oleh guru-guru pelatih yang telah ditugaskan untuk proses
pendaftaran. Selepas itu, slot yang pertama dijalankan iaitu ICE-BREAKING.Pelajarpelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan mendapat 2
orang guru pembimbing. Setiap kumpulan perlu memilih nama kumpulan, logo
kumpulan dan moto kumpulan masing-masing. Murid-murid akan bekerjasama dalam
satu kumpulan. Disamping itu, setiap kumpulan perlu memikirkan cara sorakan untuk
kumpulan masing-masing. Ia bertujuan untuk menaikkan semangat kumpulan masingmasing. Aktiviti ini bertujuan mengeratkan silaturrahim dikalangan pelajar dan guru-guru
pelatih.
Aktiviti 2 diteruskan dengan sesi ceramah motivasi. Ceramah telah disampaikan
oleh saudara Sofwan Bin Mahmud. Tajuk ceramah yang disampaikan oleh beliau ialah
bagaimana untuk mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR iaitu
5A. Murid-murid ditayangkan dengan tangisan ibu bapa yang melihat kecemerlangan
anak-anak mereka dalam peperiksaan dengan tayangan LCD. Ini dapat memotivasikan
pelajar-pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang
cemerlang dan membalas jasa ibu bapa mereka. Saudara Sofwan juga menerangkan
kepada pelajar apakah ciri-ciri pelajar yang cemerlang dan bagaimana untuk
melaksanakannya. Murid-murid memberikan respon yang baik dan mereka khusyuk
memberikan tumpuan. Keseluruhannya sesi ini berjalan dengan baik dan memuaskan.

Selepas tamat sesi ceramah, aktiviti yang seterusnya ialah aktiviti Bijak Sifir.
Acara yang dijalankan ialah sesi soal jawab dengan pelajar untuk pengukuhan dalam
sifir. Murid-murid diminta menjawab soalan yang ditulis di papan putih oleh guru pelatih
yang mengendalikan sesi itu. Pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan cepat dan
tepat akan diberikan hadiah iaitu gula-gula. Ini bertujuan memberi mereka semangat
untuk menjawab soalan . Selepas itu, setiap kumpulan telah diberi satu puzzle. Pelajarpelajar perlu mencantumkan puzzle-puzzle itu
dengan menjawab soalan yang
berbentuk operasi sifir pada puzzle-puzzle tersebut dan memadankannya pada kertas
keras yang tertulis jawapan bagi soalan tersebut. Setelah berjaya mencantumkan
semua puzzle, gambar sejenis buah akan terbentuk dan mana-mana kumpulan yang
berjaya menyiapkannya dengan cepat dan menamakan buah tersebut dikira pemenang.
Aktiviti ini dapat memberi pengukuhan kepada pelajar dalam operasi darab disamping
memupuk sikap kerjasama di dalam ahli kumpulan. Setelah selesai aktiviti ini, Program
ini ditangguhkan untuk makan tengah hari di kantin sekolah tersebut. Pelajar-pelajar
tidak dibenarkan pulang ke rumah dan dikehendaki bersembahyang jemaah bersamasama guru pelatih di surau sekolah tersebut.
Pada pukul 2 petang,aktiviti 3 diteruskan dengan aktiviti Kuiz Cepat. Aktiviti ini
dibahagikan kepada 3 slot. Bagi slot yang pertama, setiap kumpulan diminta memilih
salah satu sampul surat yang dipegang oleh guru pelatih yang mengendalikan sesi ini.
Di dalam sampul surat itu mengandungi 5 soalan Matematik berbentuk penyelesaian
masalah. Setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk menjawab soalan-soalan
tersebut. Setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk menjawab soalansoalan tersebut. Selepas masa tamat, kertas jawapan akan dipungut. Slot yang kedua
juga begitu perjalanannya. Slot yang ke 3 pula tidak dapat diteruskan kerana masa
tidak mengizinkan. Kertas jawapan ditanda oleh guru pelatih dan markah dimasukkan
ke dalam markah kumpulan.
Aktiviti yang terakhir ialah Treasure Hunt. Setiap pelajar perlu menghabiskan
semua Checkpoint dan setiap checkpoint mereka perlu menjawab soalan Matematik
untuk pergi ke checkpoint yang seterusnya. Para pelajar amat teruja dengan aktiviti ini
kerana bagi mereka aktiviti ini adalah yang paling menarik perhatian mereka. Setelah
melepasi semua checkpoint, markah untuk setiap checkpoint diberikan kepada saudara
Zamani iaitu ketua untuk sesi ini untuk dijumlahkan. Aktiviti berakhir dengan suasana
yang baik dan menyeronokkan. Setelah selesai semua aktiviti yang dirancang, tibalah
masa kepada majlis penutup. Penolong kanan sekolah tersebut memberikan sedikit
ucapan pada majlis penutup tersebut. Beliau sangat teruja dengan program yang
dijalankan ini dan berharap agar program seperti ini akan dapat dijalankan lagi selepas
ini. Setelah majlis penutup dirasmikan, majlis penyampaian hadiah dan cenderamata
dijalankan. Selepas selesai semua, pelajar-pelajar dibenarkan pulang dan kami pulang
ke institut dengan satu kepuasan dan keseronokan.

You might also like