Reaksi Awal Terhadap Gagasan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Reaksi Awal Terhadap Gagasan

Cadangan pembentukan Malaysia yang diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman di Singapura
telah menimbulkan pelbagai reaksi di dalarn negeri dan di kalangan negara luar.
Persekutuan Tanah Melayu
Sokongan terhadap Malaysia lebih menyeluruh, walaupun terdapat berlainan pendapat. Rakyat
Persekutuan Tanah Melayu melihat pada keseluruhannya Persekutuan Malaysia sebagai usaha
murni untuk membantu dan memimpin negeri-negeri anggota. Parti Islam Se-Tanah Melayu
(PAS) dan Barisan Sosialis meminta supaya idea ini dirundingkan terlebih dahulu di kalangan
penduduk Persekutuan Tanah Melayu manakala UMNO menyetujui penggabungan dengan
Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa Singapura. Pada ketika itu terdapat juga pemimpin-pemimpin
yang lebih berminat terhadap gagasan penubuhan MAFLINDO [gabungan Malaya, Filipina dan
Indonesia]
Singapura
Sejak tahun 1950-an lagi, Singapura berhasrat bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Lee Kuan Yew dan partinya, iaitu PAP menyokong usaha ini kerana bimbang dengan pengaruh
parti berhaluan kiri yang kuat dan beliau sendiri ingin mempertahankan kedudukannya.
Menjelang bulan Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul
penggabungan ini. Parti pembangkang Singapura yang terbesar, iaitu Barisan Sosialis menentang
idea ini dan mengatakan bahawa pembentukan Malaysia
merupakan satu penjajahan bentuk baru. Mereka menuntut agar pandangan rakyat Singapura
diperoleh terlebih dahulu sebelum Singapura menyertai gabungan ini. Pandangan mereka
disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall dan Parti Rakyat Bersatu atau United
People's Party pimpinan Ong Eng Guan yang menggesa kerajaan Singapura mendapatkan
pandangan rakyat.

Dengan ini, satu referendum berhubung dengan persoalan dan syarat

penggabungan telah diadakan pada 1 September 1962. Dalam referendum tersebut, pengundipengundi Singapura memilih penggabungan diadakan mengikut cadangan kerajaan Singapura
seperti yang dipersetujui dengan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan November
1961.

Brunei
Pada dasarnya Sultan Brunei, iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia
pada peringkat awalnya dan beliau telah membentuk sebuah suruhanjaya bagi meninjau pendapat
rakyat Brunei. Namun, Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M. Azahari menentang
gagasan Malaysia kerana matlamat parti ini adalah untuk menubuhkan Persekutuan Borneo, iaitu
kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Sarawak, Sabah don Brunei. Anggota PRB
menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme. A.M. Azahari telah
melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU)
yang ditubuhkan di beberapa buah bandar di Sarawak, Sabah don Brunei. Pemberontakan ini
dilancarkan apabila Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei dan Sultan Brunei
menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia. A.M. Azahari don penyokongnya mendapat
bantuan don sokongan daripada Indonesia don Filipina. Pemberontakan Brunei yang berlaku
pada 7 Disember 1962 dapat dipatahkan oleh tentera British tetapi A.M. Azahari yang berada di
Manila tidak dapat ditangkap. Beliau kemudiannya mendapat perlindungan politik di Indonesia.
Sabah dan Sarawak
Penyertaan Sabah dan Serawak memberi erti kemerdekaan dua negeri tersebut dari jajahan
British. Mereka juga percaya sentimen komunis semakin membimbangkan dan ianya mudah
diatasi secara bersama dalam satu pemerintahan yang baru. Bagaimanapun, ada sesetengah pihak
khuatir kepada Malayan domination. Orang-orang bukan Melayu khususnya, takut
didiskriminasikan atau tidak mendapat layanan yang sama. Perasaan ini timbul kerana kuasa
politik dipercayai akan bertumpu di pihak Kuala Lumpur.
Indonesia
Indonesia telah membantah pembentukan Malaysia. Pada peringkat awal Indonesia tidak
menunjukkan sebarang reaksi terhadap pembentukan Malaysia.Tentangan hanya muncul pada
akhir tahun 1962. Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk
neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia. Pandangan yang disuarakan oleh Parti
Komunis Indonesia (PKI) ini kemudiannya telah mempengaruhi Presiden Soekarno untuk
mengisytiharkan Dasar Konfrontasi. Dasar Konfrontasi dari segi ekonomi don kemasyarakatan
dengan konsep Ganyang Malaysia telah diumurnkan pada 20 Januari 1963. Walaupun pada

peringkat permulaan berlaku serangan terhadap kapalkapal nelayan Tanah Melayu dan juga
pencerobohan udara tetapi kerajaan Persekutuan tidak mengambil sebarang tindakan. Namun,
apabila tentera Indonesia mula melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui johor, Sarawak
dan Sabah, Malaysia telah bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel termasuklah dari
Britain, Australia, New Zealand don Kanada. Malaysia mempunyai perjanjian pertahanan dengan
Britain. Tunku Abdul Rahman mengambil tindakan menghantar bantahan rasmi kepada
Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dengan pencerobohan Indonesia terhadap
Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah pada bulan
September 1965 apabila berlaku pemberontakan berseniata di Indonesia. Jeneral Soeharto telah
menggulingkan Presiden Soekarno. Presiden Soeharto kemudiannya menghantar Menteri Luar
Indonesia, Adam Malik, bagi memulihara hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia. Menjelang
bulan Ogos 1966, berakhirlah konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.
Britain
Secara tuntas, Britain menyetujui pakatan penubuhan Malaysia ini, sungguhpun secara dasarnya
Britain menyerahkan kembali tanah jajahan yang mereka miliki ke asalnya. Namun, mereka
masih

mempunyai

kepentingan

ataupun

keuntungan

dari

segi

pelaburan

ekonomi

mereka.Walaubagaimanapun, masih terdapat masalah dalaman yang melambatkan proses


penubuhan. Justeru itu, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bagi meninjau pendapat rakyat dan
kerjasama British sehingga Malaysia lahir.

You might also like