Bab 10

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 84

http://fadzilmahasiswa.blogspot.

com

: Dasar, Kurikulum & Sistem

1.1 : SBPA
SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam)

Apa Itu SBPA ?


Bajet 2012 telah memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA
yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya, SBPA digubal
dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi
organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akan
memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan
serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan
penjawat awam berasaskan prestasi kerja.
Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah
seperti berikut:
1. Pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu
Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;
2. Pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan
rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.
3. Pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4)
prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah
untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja
bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut
prestasi;
4. Pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat
iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan
Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;
5. Peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan
Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan
Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;
6. Peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan
Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;
7. Pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang
kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi
antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment),
perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja
(business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);
8. Penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui
pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada
Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);
9. Penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM
berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan
gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;
10. Pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa
dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject
matter expert;
11. Pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang
mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan
Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap
Kecekapan;
12. Perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam
Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah
program SkillsMalaysia;
13. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi
empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran
Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif
Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;
14. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan
melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan
pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;
15. Pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan
jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

16. Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi
rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
17. Penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan
berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;
18. Peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan
pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan
19. Pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim
perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)
Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Perubahan Panggilan Gred DG Guru ;
Perubahan Panggilan Gred DG Guru iaitu selepas Ini Tiada Lagi Gred DG 41, DG44, DG48,
DG52,dan 54. Semua Gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6. Untuk lebih
mudah lihat dibawah.

DG41 kepada 1-1


DG 44 kepada 1-2
DG 48 kepada 1-4
DG 52 kepada 1-5
DG54 kepada 1-6

Gaji Kakitangan Awam Akan Disemak Setiap 3 Tahun Sekali, Bermakna 2015 Ada Lagi
Semakan, Demikian Juga Pada 2018. Pada 2013 Dan 2016 Kadar Elaun Akan Disemak
Semula, Dan Pada 2014 Dan 2017.
Pelarasan Gaji Akan Dilakukan Bergantung Kepada Kedudukan Kewangan Kerajaan
Supaya Menjelang 2020 Pendapatan Perkapitan Kakitangan Awam Pada 2020 Adalah USD
15,00
Semua Kenaikan Pangkat Tidak Lagi Bergantung Kepada Kekosongan Jawatan Tetapi
Bergantung Kepada Tahap Prestasi Dan Syarat Kelayakan. Seseorang Guru Boleh
Mencapai Ke Tahap Dg 54 ( 1-6 ) Setelah 25 Tahun Berkhidmat.
1) Guru DG41
-

Ditukar kepada 1-1


Gaji Permulaan Rm 1925 & Gaji Maksimum Rm 6220
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 230
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-1 Ke Dg 1-2 ialah 8 Tahun

2) Guru DG 44 kepada 1-2


-

Ditukar kepada 1-2


Gaji Permulaan Rm 2985 & Gaji Maksimum Rm 7235
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 250
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-2 Ke Dg 1-4 ialah 8 Tahun

3) Guru DG 48
-

Ditukar kepada 1-4


Gaji Permulaan Rm 4390 & Gaji Maksimum Rm 8710
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 270
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 6 Tahun

4) Guru DG 52

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Ditukar kepada 1-5


Gaji Permulaan Rm 5260 & Gaji Maksimum Rm 9610
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 290
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 3 Tahun

5) Guru DG54
- Ditukar kepada 1-6
- Gaji Permulaan Rm 7250 & Gaji Maksimum Rm 11,505
- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 320
KEBAIKAN DAN KELEBIHAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM
SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:
(1) Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi
rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
(2) Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris
dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat
kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu
gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang
guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah
SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi
guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji
maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan
meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;
(3) Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya
perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang
guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang,
dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun
ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32,
jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah
SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred
32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak,
kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan
(4) Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan
Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut
gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan
mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.
Kerajaan sentiasa prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung oleh pesara.
Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600 ribu pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan
pencen yang melibatkan peruntukan 600 juta ringgit. Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan
akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun
tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.
5 SEBAB MENGAPA CUEPACS MINTA SBPA DITELITI ATAU MENOLAK SBPA
(1)Tiada Perbincangan yang dilakukan diantara pihak JPA dan Cuepacs dalam memtuskan
skim baru ini.
(2)Masa yang diberikan untuk Penjawat Awam memahami dan memilih SBPA adalah
terlalu singkat.
(3)Jabatan Perkhidmatan Awam dituntut agar memberi penerangan tentang kenaikan
gred Penjawat Awam dan faedah yang akan diterima di bawah SBPA secara jelas.
(4)Memperjelaskan tentang kenaikan 7-13% gaji Penjawat Awam dalam SBPA
(5)Tiada sokongan yang jelas untuk 'exit policy'

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Penyelesaian Isu ;
(30 Dis). - BERNAMA
Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan memberi faedah kepada penjawat
awam menikmati kenaikan gaji dan jumlah pencen lebih baik berbanding Sistem Saraan
Malaysia (SSM).
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata
SBPA merupakan semakan semula, dan bukan penambaikan kerana skim gaji serta wang
persaraan penjawat awam tidak disemak bagi satu tempoh yang lama.
Sebagai contoh, sekiranya penjawat awam menerima SBPA sebelum tarikh tutup pada
15 Jan 2012, beliau akan menerima kenaikan gaji yang dikira bermula 1 Jan berbanding
sekiranya penjawat awam enggan menerima skim baru tersebut, katanya selepas
diwawancara dalam program Helo Malaysia terbitan Bernama TV di Wisma Bernama
malam Khamis.
Mengenai pindaan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) daripada 75 peratus
kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji, beliau berkata ia tidak menjadi masalah.
Kajian JPA menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)mendapati
hanya 0.4 peratus penjawat awam gagal mencapai LPNT yang ditetapkan bagi 2010,
katanya.
Oleh itu, Abu Bakar berkata tidak timbul isu JPA menurunkan standard LPNT ekoran
penurunan kepada 65 peratus kerana akhirnya prestasi penjawat awam akan dinilai pihak
berkepentingan iaitu pelanggan dan rakyat.
Jumaat lepas, JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi
penjawat awam sehingga 15 Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi
umur persaraan pada 60 tahun kekal hari ini.
Soalan ;
1. Terima SBPA ni kena wajib opsyen pencen 60 tahun ke?
- Tak semestinya, kepada yang melapor diri pada 1 Jan 2012, opsyen 60 tahun diberi,
namun boleh bersara awal 55/56/58 sekiranya punya alasan munasabah. Bayara pencen
juga dibayar pada umur 55 tahun [walaupun bersara 60. Bayaran juga diselaraskan bagi
penjawat lelaki dan perempuan]. Kepada yang di bawah skim SSB dan SSM dan nak tukar
SBPA, opsyen diberi sama ada kekal pada umur saraan sebelum ini atau pilih 60 tahun
SAHAJA tahun lain tak boleh.
2. Apa perbezaan jadual gaji SBPA dengan skim SSM, ada kenaikan ke?
- Gaji memang berbeza sama sekali. Seperti yang dibentangkan oleh PM pada
pembentangan bajet 2012, ada kenaikan antara 7% 13%. Jadual gaji masih berstatus
sulit dan kebanyakan yang ditujukkan di laman sosial adalah daripada slaid taklimat
SBPA. Kebanyakan yang ditunjukkan adalah benar. Namun berbeza mengikut skim. tak
erlu risau, mana yang memilih SBPA, akan ada kenaikan pada gaji pada Januari nanti.
Jadual gaji juga adalah mendatar (sebaris) dan kebarangkalian untuk seseorang penjawat
awam untuk sampai ke dinding adalah mustahil kerana selain tempoh T di
dipanjangkan sedikit, ada kemungkinan pihak kerajaan akan membuat pelarasan gaji
semula selepas setiap 3 tahun selepas ini.
Lain persoalan utama:

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

- Penjawat yang telah mendapat borang penukaran kepada SBPA ini perlu
menyatakan persetujuan [jika bersetuju] dalam tempoh bertenang 15 hari. Jika
penjawat diluar negara dan tida mengetahui, boleh juga diberi borang SBPA [jika
ingin mengisi] dan perlu memberi jawapan dalam tempoh 15 hari selepas
menerima borang. Bagi yang telah mengetahui tetapi tidak mengisi surat
persetujuan penukaran, akan dianggap kekal dengan skim SSM.
- Tempoh percubaan staf baru dipendekkan daripada 1-3 tahun kepada 6 bulan
hingga 12 bulan.
- Gaji bagi pekerja berstatus kontrak juga akan diselaraskan semula berdasarkan
skim SBPA ini.
- PTK digantikan dengan PROSPECT dan penjawat tidak memohon di bawah
PROSPECT malah ditawarkan [ini untuk kenaikan pangkat.
- Penilaian tahunan seseorang akan dinilai bukan sahaja oleh pegawai atasan
malah oleh pekerja bawahan dan juga rakan sekerja [yang lain].
- Penilaian yang kurang daripada 75% akan menyebabkan penjawat awam
berkenaan diberikan kata dua melalui pelaksanaan EXIT POLICY [yang kini di
bantah CUEPACS].
- Staf punya peluang diberikan kenaikan gaji [asalkan perform] dengan gaji akan
melebihi gaji bosnya. menarik!.
- Kursus induksi digantikan dengan Program Transformasi Minda dengan tempoh
program dipendekkan daripada 3 minggu kepada 5 hari sahaja.
- Kepada yang telah lulus SKT dan menunggu untuk kenaikan gaji pada tahun
hadapan, harap bersabar untuk menanti kata putus daripada JPA. Anda pasti risau
tentang kenaikan gaji anda. Daripada apa yang aku dengar, kenaikan gaji [SSM]
tak sama dengan SBPA. SBPA lagi menarik.
- Bagi pekerja lama, skim ini hanya tertakluk dan berpeluang kepada mereka yang
masih berkhidmat pada 2 januari. Mana yang bersara pada 1 Januari 2012.
- Penjawat awam tidak perlu lagi pelepasan dengan izin jika hendak menukar
agensi.
- Penjawat awam juga diberi kebenaran untuk meninggalkan perkhidmatan awam
dan ke sektor swasta. Jika ingin ke sektor awam SEMULA adalah dibolehkan dan
tempoh perkhidmatan sebelum itu juga akan dikira untuk tujuan persaraan
[pencen]. Ni pun CUEPACS tak setuju]
- Syarat kelayakan masuk ke perkhidmatan awam juga diperbaiki antaranya, BMI
individu berkenaan mestilah dalam lingkungan unggul.

Kesimpulan ringkas:
- SBPA ni sangat bermakna untuk pekerja baru. Sebab terus dapat gaji yang tinggi
bersama orang lama. Ada sesetengah kes, orang lama pun akan dapat tangga gaji
yang sama dengan staf yang baru.
- Ada juga kes, orang lama pun ada kebaikannya [terutama yang dah langgar
"dinding". Mereka ini punya peluang merasa kenaikan gaji, jika memilih skim SBPA
ini.
- CUEPACS bantah sbelum ni pun sebab skim SBPA ni belum diterangkan secara
jelas dan terperinci. Aku setuju juga, sesuatu yang belum jelas, tak kan kita nak
bersetuju. Mungkin JPA boleh tambah baik proses selepas ini.
Apabila anda bersetuju untuk menerima tawaran SBPA, anda sebenarnya telah
bersetuju untuk :
menggunakan Jadual Gaji Sebaris menggantikan Jadual Gaji Matriks yang
digunakan dalam SSM. Dalam erti kata lain, mata gaji anda yang baru adalah
mengikut susunan tangga dalam sebaris.

menerima kadar kenaikan gaji tahunan yang lebih menarik dan tinggi berbanding
SSM seperti jadual di bawah. Namun, kenaikan gaji tahunan adalah
berdasarkan penilaian prestasi perkhidmatan anda (markah LNPT). Anda

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
mungkin tidak akan diberi kenaikan gaji tahunan sekiranya markah LNPT anda di
bawah 70.

ditawarkan opsyen untuk melanjutkan umur persaraan sehingga 60 tahun (tapi


sekiranya anda tidak berminat, anda boleh terus memilih umur persaraan 56
tahun atau 58 tahun mengikut SSM)

menerima 'dasar pemisah' di mana anda boleh memilih untuk bersara atau
dibersarakan sekiranya prestasi anda adalah rendah (LNPT bawah 70) atau anda
mempunyai masalah yang boleh menjejaskan kepentingan negara atau
perkhidmatan. Namun, sekiranya prestasi anda rendah, anda tidak akan terus
diberhentikan kerja. Sebaliknya, KPM akan menyiasat terlebih dahulu punca
sebenar kenapa anda mendapat markah LPNT 69 dan ke bawah (a.k.a pegawai
berprestasi rendah).

Banyak pihak mempersoalkan tentang perlaksanaan dasar pemisah atau exit policy
kerana dasar ini diyakini tidak akan berlaku secara adil. Kerana apa?? Kerana instrumen
penilaian yang diguna pakai oleh SBPA boleh dipersoalkan dan diragui ketelusannya.
Instrumen penilaian yang digunakan ada tiga: kaedah pelbagai penilai (multi-rater),
KPI dan LNPT.
Instrumen penilaian KPI (mengikut pemahaman penulis) adalah diguna pakai oleh
Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Sekiranya KPI yang disasarkan oleh mereka tercapai,
mereka akan menikmati 5% hingga 15% kenaikan gaji tahunan daripada gaji
pokok.
Katakanlah instrumen yang digunakan untuk Kumpulan Perlaksana (seperti guru) adalah
LNPT (seperti yang dilaksanakan tahun ini). Pegawai penilainya adalah pengetua sekolah
tersebut (manusia... yang mempunyai EMOSI yang boleh mempengaruhi ketelusan
penilaian). Pegawai A menunjukkan prestasi yang benar-benar baik dalam
perkhidmatannya namun beliau tidak sekepala dengan pengetua sekolah tempat beliau
bertugas. Adalah tidak mustahil sekiranya Pegawai A akan mendapat markah LNPT di
bawah 70 sekiranya pengetua tersebut berniat untuk menabur pasir ke periuk nasi

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Pegawai A. Oleh hal yang demikian, SBPA seharusnya dilengkapi dengan instrumen
penilaian yang lebih efisyen bagi memastikan ketelusan perlaksanaannya tidak
dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.
Istilah penting :
Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan
Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas
untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga
menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan
kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan
keupayaannya untuk menjalankan tugas.

1.2 : LINUS & PROTIM


PROGRAM LINUS & PROTIM
APA MAKSUD PROGRAM LINUS?
Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening Saringan). Jadi
maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.
Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada
(KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca,
menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

DEFINISI LITERASI
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
KEMAHIRAN ASAS LITERASI
TAHUN 1 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan
ayat mudah.
TAHUN 2 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan
ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan
ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.
DEFINISI NUMERASI
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam
kehidupan harian.
KEMAHIRAN ASAS NUMERASI
TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur
panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta
mengukur objek dalam unit piawai
LINUS

Semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk


menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan
rendah pada akhir 2012
Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru
Pemulihan
KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah
kendalian guru pemulihan
PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha
memulihkan kemahiran literasi dan numerasi

LATAR BELAKANG
* Satu daripada National Key Result Area (NKRA)
semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk
menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan
rendah pada akhir 2012.
(NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara)
* Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah
(Kohort Pertama).
* Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk
menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid
sekolah rendah.
Rasional
* Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru
pemulihan khas di sekolah masing-masing.
* Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM)
untuk murid Tahap II.
Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang belum
menguasai kemahiran asas M3 dengan baik masih belum dapat diatasi
sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan.
Antaranya:
Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi
kehendak NKRA.
* KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya
masalah 3M dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M
merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluan
melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
* Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu
untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3
(Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan
Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS).

Matlamat LINUS
- Celik huruf
- Celik nombor
Strategi Pelaksanaan Di Sekolah
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.
Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3):
Saringan 1 (Mac)
Saringan 2 (Jun)
Saringan 3 (September)
Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai
tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.
Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.
Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.

PROTIM ( PROGRAM PEMULIHAN 3M)


PROTIM adalah satu program pembangunan yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5
dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas
membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali dengan masalah 3M. Sebelum
PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid
yang bermasalah ini.
PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM
mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.
Aras modul dalam program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul dalam
program PEMULIHAN. Ini kerana modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem bahasa.
Gambar masih menjadi pilihan utama dalam modul ini untuk membantu pemahaman
murid. Berbanding program PEMULIHAN, program PROTIM mahukan murid menyelesaikan
banyak latih tubi dalam satu-satu masa yang ditetapkan.
Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program PROTIM sudah
menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai yang tahu membaca.
Cuma yang menjadi masalah adalah, murid seringkali melakukan kesilapan semasa
menulis.
Gambar yang sepatutnya ditulis sebagai :
SELIPAR murid tulis SIPE
LOCENG ditulis LONCENG
SELUAR ditulis SUAR dan banyak lagi.
Sesetengah sekolah melaksanakan PROTIM dalam dua sesi iaitu, pagi sebelum rehat
untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan selepas rehat untuk mata pelajaran Matematik.
Kedua-dua program ini akan melepaskan murid mereka setelah didapati cemerlang
dalam ujian penilaian yang dijalankan. Semoga, coretan ini dapat memberi maklumat
berguna untuk semua.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M dalam
kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6
pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki menjalani satu ujian
tapisan. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan
terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas muridmurid selesai menduduki peperiksaan UPSR.

1.3 : Tonggak 12
Tonggak Dua Belas
Penjawat-penjawat awam yang beretika dan bermoral tinggi dapat membantu kerajaan
bagi mencapai Wawasan 2020. Lanjutan dari itu kerajaan telah mengetengahkan
kepentingan dua belas nilai dan norma-norma kerja yang dikenali sebagai Tonggak Dua
Belas.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Menghargai Masa
Ketekunan Membawa Kejayaan
Keseronokan Bekerja
Kemulian Kesederhanaan
Ketinggian Peribadi
Kekuatan Sifat Baik Hati
Pengaruh Teladan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
9. Kebijaksanaan Berhemat
10. Keutamaan Kesabaran
11. Peningkatan Bakat
12. Nikmat Mencipta
------------------1. Menghargai Masa
Amalan Positif
-Menepati Masa
-Menyengerakan Tugas
-Mempunyai Perancangan Waktu
-Bijak Menguruskan Masa Yang Diberi
-Menumpukan Masa kepada Kerja Produktif
-Menetapkan Target Date
-Menyelesaikan Tugas Dalam Masa Yang Ditetapkan
Amalan Negatif
-Berbual-bual Kosong
-Tidak Menyenggarakan Tugas
-Tidak Merancangkan Pekerjaan
-Melayan Tetamu Yang Tidak Berkenaan
-Tinggalkan Pejabat Untuk Urusan Peribadi
-Berniaga di Waktu Pejabat
-Ke Kantin Waktu Bertugas
-Tiada Sence Of Urgency
-Tidak Merancang Pekerjaan
-Membuat Kerja Peribadi Di Pejabat
-Tidak Peka Kepada Pembaziran Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
Amalan Positif
- Gigih, Rajin, Tekun, Sabar, Berdisiplin, Cekal dan bersemangat dalam melaksanakan
sesuatu tugas yang diarahkan walaupun menghadapi banyak
rintangan.
- Bercita-cita tinggi
- Sanggup berkorban
Amalan Negatif
-Mudah tersinggung
-Mudah putus asa
-Tidak bercita-cita tinggi
-Disuruh buat baru buat
-Kurang berdisiplin
-Tidak bersemangat
-Tiada inisiatif
-Suka bertangguh
3. Keseronokan Bekerja
Amalan Positif
-Menggap kerja sebagai ibadat
-Mempunyai Inisiatif sendiri
-Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
-Sedia memberi kerjasama
Amalan Negatif
-Menganggap kerja sebagai beban

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
-Tidak diberi masa yang cukup
-Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar
-Tidak dipercayai dan selalu dicurigai
-Hanya menunggu arahan sahaja.
4. Kemulian Kesederhanaan
Amalan Positif
-Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan
-Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
-Merendah diri
-Mesra dalam pergaulan
-Tidak memperagakan kemewahan
-Sedia menerima cadangan dan nasihat
Amalan Negatif
-Menonjol-nonjolkan diri
-Berlakuan mengada-ngada
-Berlebih-lebihan mengampu ketua
-Memperagakan kemewahan dan kedudukan
-Sombong dan meninggi diri
-Membesarkan perkara kecil
5. Ketinggian Peribadi
Amalan Positif
-Tertib dan baik budi bicara
-Berilmu dan berpengetahuan luas
-Berlumba-lumba membuat kebajikan
-Bersopan-santun dan sederhana dalam kelakuan
-Bekerjasama dan saling hormat-menghormati
-Bertanggungjawab -Bersih dari sifat dengki
Amalan Negatif
-Sombong dan suka menunjuk-nunjuk
-Sukar untuk membuat kebajikan
-Mengumpat dan memfitnah rakan sejawat
-Tamak mengejar pangkat dan kedudukan
-Menghina dan merendahkan usaha orang lain
-Hasad dengki
-Berpura-pura dalam tindakan
-Pemarah dan tidak sabar
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
Amalan positif
-Pemaaf dan berhemah tinggi
-Ikhlas dan bertimbang rasa
-Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain
-Pemurah dalam usaha kebajikan
-Ramah,berbudi mulia
-Dan berkerjasama
-Boleh menerime teguran
Amalan Negatif
-Kasar dan kurang sopan
-Berdendam
-Bermuka-muka
-Mudah buat kritikan tetapi tidak boleh menerima kritikan
-Suka hina dan caci orang

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
-Sombong & penting diri sendiri
-Cepat menuduh dan menghukum tanpa siasatan
7. Pengaruh Teladan
Amalan Positif
-Bermoral dan berakhlak tinggi
-Tertib dan beradap sepanjang masa
-Rajin dan kuat kerja
-Amanah dan bertanggungjawab
-Berbudi mulia serta merendahkan diri
-Gemar da cintakan ilmu yang bermanafaat
Amalan Negatif
-Buruk perangai
-Jahil dan tidak suka membaca
-Dengki dan buruk sangka
-Mempersendakan agama
-Kedekut
-Suka mencari helah untuk
mengelak tanggungjawab
-Sensitif dan pemarah
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
Amalan positif
-Sentiasa bertangungjawab terhadap tugas yang diberi
-Tekun dan sabar menjalankan tugas
-Boleh di harap untuk menyempurnakan tugas
-Mementingkan kualiti
-Bersikap profesional dan cekap
-Cepat,cermat dan berdisiplin
-Inisiatif
Amalan Negatif
-Tidak boleh diharapkan
-Suka bangkang dan berdalih apabila diberi tugas
-Tidak bersungguh-sungguh
-Tidak peka kepada kualiti
-Tidak taat kepada arahan
-Selalu buat silap
-Tidak ikut peraturan
-Suka bertangguh
9.Kebijaksanaan Berhemat
Amalan Positif
-Berhati-hati apabila berbelanja
-Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
-Tidak membazir harta kerajaan datangnya dari rakyat
-Bertanggungjawab keatas setiap perbelanjaan
-Tahu membezakan antara keperluan dengan
kemewahan
Amalan Negatif
-Boros dan suka membazir
-Tidak cermat dengan harta kerajaan
-Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam
-Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya
-Bermewah dengan harta kerajaan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
-Memperaga kehebatan dan kemewahan
10. Keutamaan Kesabaran
Amalan Positif
* Tenang menghadapi masalah rumit
* Mempunyai perhitungan jauh
* Tahan menerima cabaran
* Tidak putus asa
* Pemaaf dan berhemah tinggi
* Cermat dalam tutur kata
Amalan Negatif
* Cepat mengalah
* Berpandangan sempit
* Tidak tahan menghadapi kesusahan
* Tidak sanggup berkorban
* Takutkan cabaran
* Selalu mengubah pendirian dan keputusan
11. Peningkatan Bakat
Amalan Positif
-Memberi dorongan terhadap kreativiti
-Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha orginal
-Mengalakkan pencambahan fikiran
-Memberi galakan kepada pemikiran baru
-Berani mencuba idea-idea baru
-Mengenal dan memupuk bakat yang ada
-Menyediakan persekitaran yang dapat melahirkan idea-idea baru
Amalan Negatif
* Tidak memberi galakan dan menyekat pemikiran baru
* Tidak menghargai bakat yang ada
* Memperkecilkan usaha orginal
* Berpuashati dengan tahap bakat yang ada
12. Nikmat Mencipta
Amalan Positif
* Berani mencuba
* Sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan
masalah
* Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran
* Sentiasa dalam cabaran intelektual
* Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan
dimanafaatkan
Amalan Negatif
* Takut menemui kegagalan
* Memandang remeh usaha orang lain
* Berpuashati dengan kedudukan yang sedia ada
* Pemikiran tidak dinamik
* Tidak suka pembaharuan
* Tidak sabar dalam penciptaan baru

1.4 : PPSMI

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
(PPSMI) Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah
nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris
menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran
Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu
perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin
Mohamad pada tahun 2003.Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan
sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri
Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.
Sejarah perlaksanaan
PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada
Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana
Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Mengikut Kementerian Pelajaran
Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun
2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan
Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan
penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara
peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.
Objektif
Menurut penerangan mengenai dasar PPSMI di laman web Kementerian
Pelajaran Malaysia[3]:
Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains
dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar
keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai
taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam
era globalisasi.
Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan
berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai
inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian
maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa
Inggeris.
Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan
dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.
Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin
ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan
kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin
melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris.[4]
Pelaksanaan
PPSMI dilaksanakan kepada masukan pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun
persekolahan 2003; pelajar-pelajar lain pula tidak terlibat, sebaliknya meneruskan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa perantara lama. Bahan-bahan
pembelajaran PPSMI berbentuk pakej yang terdiri daripada komponen-komponen berikut:
Buku Teks (Textbook): Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas
mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains
dan matematik.
Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book): Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan
matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan soalan latihan
dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks
Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja.
Buku Panduan Guru (Teacher's Guide): Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai
sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru
mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang
kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains
dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu.
MyCD (Pupil's CD-ROM): MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan mengukuhkan
kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka pelajari
melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara
interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian.
CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM): CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam
merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CDROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang
relevan dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej
Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja.
Buku Amali Sains (Science Practical Book): Buku Amali Sains diterbitkan untuk
memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori.
Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali serta
menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej
Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja.
Buku Glosari: Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid
untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan
lebih tepat.
Bagi perlaksanaan pada sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Cina) setelah bantahan dibuat
oleh Dong Jiao Zong satu kompromi oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional, satu formula
2-4-3 telah dilaksanakan mulai tahun 2003 untuk Tahap I dengan menggunakan bahasa
Inggeris dan bahasa Cina secara serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik, manakala bagi Tahap II, formula 6-2-3-2 telah dilaksanakan mulai tahun
2006 untuk tujuan tersebut.[5]
Hasil dan reaksi
Sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan
berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik,
ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut
termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan
diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa
ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah.
Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa
ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanakkanak yang bahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku
pada peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut,
tidak dapat mengikuti peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan
mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka. [6]
Sokongan terhadap perlaksanaannya juga bergantung kepada bahasa ibunda/harian yang
digunakan. Dengan itu pembaca akhbar Inggeris yang cenderung menggunakan bahasa
Inggeris dalam pertuturan harian menyokong perlaksanaannya, sementara pembaca

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
akhbar berbahasa Tempatan (Akhbar Melayu, India dan Cina) yang bahasa ibunda bukan
bahasa Inggeris cenderung membantah perlaksanaannya.
Prestasi akademik
Peperiksaan
Pada tahun 2007, kelompok pelajar sekolah menengah pertama yang melalui PPSMI
mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Keputusan rasmi memperlihatkan
peningkatan, khususnya bagi mata pelajaran berkenaan ilmu sains dan matematik.
Menurut pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Ramlan Sariman, mata pelajaran
Biologi menunjukkan peningkatan kelulusan sebanyak 4.87% (91.45%-96.32%),
Matematik Tambahan 6.81% (68.61%-74.76%), Fizik 8.76% (94.87%-97.63%), Matematik
1.04% (77.61%-78.65%) dan Sains Tambahan 4.29% (86.25%-90.54%), sekaligus
membuktikan bahawa bahasa perantara bukan penghalang dalam kejayaan dalam
pelajaran peringkat menengah.[7]
Pada tahun 2008, 518,616 pelajar sekolah rendah perintis PPSMI menduduki Ujian
Penilaian Sekolah Rendah. Para pelajar diberi pilihan menjawab soalan Sains dan
Matematik dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil atau lebih dari satu bahasa
tersebut. Pada 13 November, keputusan rasmi dilaporkan mencatatkan hasil yang
menggalakkan dari segi penggunaan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan
matematik. Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Alimuddin Mohd Dom dilaporkan berkata,
159,234 orang murid (31% dari keseluruhan pelajar) menjawab kertas Sains dalam
bahasa Inggeris sementara untuk kerta Matematik, bilangannya adalah 238,153 orang
(46%).[8] Walau bagaimanapun, keputusan ini dipertikaikan oleh sesetengah pihak.
Menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri Mohd Arshad,
"sebanyak 31.1 peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek
sains ataupun matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan
mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan. Mereka yang tinggal di luar bandar
masih lagi menggunakan bahasa ibunda, maka memberi kesan kepada jurang perbezaan
yang jauh," di samping menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri
dengan menambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain.[9]
Kaji selidik akademik
Kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina)
Kajian "Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan
Modal Insan Murid" mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) membantutkan tahap kecerdasan murid serta merugikan
generasi akan datang. Kajian ini mendapati PPSMI hanya mampu menunjukkan
peningkatan minimum kepada penguasaan bahasa Inggeris sebanyak empat peratus dan
pada masa yang sama mengurangkan minat untuk mempelajari subjek Sains dan
Matematik.[10]
Kajian oleh Permuafakatan Badan Ilmuah Nasional ini menggunakan kepakaran 53 pakar
bahasa dan melibatkan tujuh universiti awam dibuat pada Jun hingga Disember 2008.
Antara universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi
Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti
Teknologi Mara.[11]
Kos kajian adalah sebanyak RM470,000, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis
dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara. Seramai 553 guru
termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah turut dipilih sebagai sampel
bagi kajian yang dijalankan selama tujuh bulan.
Antara hasil kajian juga mendapati PPSMI:

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus
murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga
mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.PPSMI telah dan akan
membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan
Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi.
Hasil kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran
sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003. Laporan eksekutif kajian ini diedarkan buat
pertama kali kepada umum di Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan
Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan
dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur pada 18
Mac 2009.
[sunting] Kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)
Kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in International Mathematics and Science
Study (TIMSS 2007)[12] dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut
Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Kajian penting ini walaupun tidak merujuk secara
khusus kepada dasar PPSMI tetapi ia mengenai pencapaian matematik dan sains (pelajar
Gred 8 atau Tingkatan 2) yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysia pada tahun
2007.[13]
Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik dan
sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mata
berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata.
Skor sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492
bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.
Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi matematik
dan 40 mata bagi sains adalah besar, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di
kalangan 59 negara itu. Antara hasil kajian, didapati hanya dua peratus pelajar Malaysia
tergolong dalam kategori Advanced Benchmark Matematik dalam TIMSS 2007 berbanding
enam peratus pada 2003.
Bagi kategori Highbench Mark (skor 550), peratus dalam kategori ini merosot kepada 18
peratus pada 2007 daripada 30 peratus pada 2003. Dalam Intermediate Benchmark (skor
475) pula merosot daripada 71 peratus dalam 2003 kepada 50 peratus bagi 2007.
Penurunan Malaysia adalah paling ketara berbanding negara lain.
Berdasarkan perbandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketigatiga kategori matematik juga merosot. Dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics
TIMSS 2007, hanya dua peratus pelajar Malaysia berada dalam kategori ini berbanding
Taiwan (45 peratus), Korea (40 peratus), Singapura (40 peratus), Jepun (26 peratus),
Hungary (10 peratus), England dan Russia (lapan peratus), Amerika Syarikat (enam
peratus) dan Serbia (lima peratus).
Dalam kategori 'High Benchmark 550' Matematik, hanya 18 peratus pelajar Malaysia
tergolong kategori ini, berbanding Taiwan dan Korea (71 peratus), Singapura (70 peratus),
Jepun (61 peratus) England (35 peratus), Hungary 36 (peratus), Russia (33 peratus),
Amerika Syarikat (31 peratus), Australia dan Serbia (24 peratus) dan Romania (20
peratus). Secara bandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia yang tergolong
dalam ketiga-tiga kategori pencapaian sains juga merosot secara mendadak.
Laporan TIMSS mengenai faktor yang dikaitkan dengan pencapaian matematik dan sains
ialah di kebanyakan negara mendapati pelajar belajar matematik dan sains dalam bahasa
keluarga (home language) puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding
pelajar yang belajar kedua-dua mata pelajaran ini dalam bukan bahasa keluarga atau
bahasa kedua/asing.
Hasil kajian TIMSS ini menunjukkan wujud hubungan rapat antara proses pembelajaran
matematik dan sains dalam bahasa asing, selain bahasa ibunda dengan kelemahan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
dalam prestasi subjek berkenaan. Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang
pelajarnya mengguna bahasa keluarga dalam pembelajaran Matematik dan Sains di
sekolah seperti Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England dan Romania mencapai skor
yang tinggi.
Kajian Prof Dr Nor Hashimah Jalaludin
Satu kajian telah dilakukan oleh Prof Dr Nor Hashimah pada tahun 2004 menunjukkan
75% pelajar setuju belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mendatangkan
masalah pemahaman dan 77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan
Sains dan Matematik dengan berkesan. Kajian sama yang dibuat ke atas guru pula
mendapati 96% guru setuju pelajar semakin kurang minat dalam Sains dan Matematik
diajar dalam bahasa Inggeris dan 98% guru setuju pelajar mempunyai masalah
memahami Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sampel bagi kajian ini adalah
seramai 971 orang pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam aliran kebangsaan
dan jenis kebangsaan di bandar dan luar bandar. Sementara bagi guru ia melibatkan 43
orang guru yang berpengalaman mengajar 1 hingga 20 tahun berumur melebihi 25 tahun
pada tahun kajian dibuat.[14]
Kajian UPSI
Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris menerbitkan hasil kajian mengenai kesan dasar
PPSMI pada April 2008, berasaskan tiga kali tinjauan soal selidik dan ujian terhadap
murid-murid Tahun Lima, iaitu pada bulan-bulan Februari 2007 (sampel bersaiz 1564
orang) dari 27 buah sekolah rendah; Julai 2007 (636 orang) dari 13 buah sekolah; dan
Januari 2008 (1703 orang) dari 28 buah sekolah. Menurut abstrak kajian tersebut[15]:

Lebih 80% murid menyatakan yang guru Matematik dan Sains mereka mengguna
campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar kedua-dua mata
pelajaran ini. Purata lebih 70% murid menyatakan mereka tidak faham/kurang faham
pengajaran guru Matematik dan dan 80% Sains dalam Bahasa Inggeris, dan mereka
sukar/agak sukar mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini. Prestasi murid dalam Ujian
Matematik dan Sains rendah, terutama item-item yang memerlukan murid membaca
arahan dalam Bahasa Inggeris dan menyelesaikan masalah. Bagi kohort Januari 2008
skor min Matematik 7.89 daripada skor maksimum 20.0; dan skor min Sains hanya 4.08
daripada maksimum 14.00. Skor min Bahasa Inggeris juga rendah iaitu 11.87 daripada
skor maksimum 31.0. Kelemahan ini nyata sekali di kalangan murid Melayu dan murid
Orang Asli, berbanding murid Cina dan India. Dapatan dari kajian-kajian ini
menunjukkan objektif asal dasar PPSMI tidak tercapai, bahkan negatif: ia menyusah dan
melemahkan lagi pembelajaran Matematik dan Sains pelajar, dan terlalu sedikit
meningkatkan pembelajaran Bahasa Inggeris pelajar.

Kajian ini turut menerima bidasan oleh sesetengah pihak kerana kajiannya yang tidak
kurang kepincangannya. Antara kelemahan utama yang ditekankan adalah: kelemahan
guru berbahasa Inggeris dikaitkan dengan kegagalan dasar padahal ini masih boleh
dibaiki; kekurangan analisa statistik dalam data yang memerlukan sampel terlibat
dibahagi mengikut latar belakang sekolah dan murid; ketiadaan kelompok kawalan
sebagai alat perbandingan statistik untuk mengukuhkan hujahnya, memandangkan
semua sekolah mengajar dalam bahasa Inggeris[16]; perbandingan hasil soalan
berbahasa Inggeris dan soalan berbahasa Malaysia, yang mana hanya 37.3% menjawab
soalan berbahasa Malaysia berkenaan dengan betul berbanding 39.6% yang menepati
soalan berbahasa Inggeris itu, menjadikan hasil kajian ini seolah-olah tidak menyokong
dengan sebaiknya saranan kajian ini agar memansuhkan dasar ini.[17]
Reaksi dari bidang pendidikan
Kesan negatif
Menurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh 11 pertubuhan pendidikan
sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah dijalankan untuk

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
membuktikan bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah,
termasuk amaran dari Kongres Pendidikan Melayu Kedua bahawa 500,000 orang pelajar
Melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana lemah menguasai bahasa
Inggeris; formula-formula "2-4-3" dan "6-2-3-2" bagi SJK(C) bukan sahaja menjejaskan
pembelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga bahasa Cina di kalangan murid-murid;
Persatuan Pendidikan Tamil juga meluahkan kebimbangan murid-murid SJK(T) yang
kebanyakannya berasal dari keluarga miskin turut akan menghadapi keciciran kerana
ketidakmampuan menguasai bahasa Inggeris, sekaligus memburukkan keadaan sosioekonomi masyarakat India kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaikkan taraf
hidup masyarakat mereka.[5]
[sunting] Bahasa setempat lebih sesuai
Memorandum 11 pertubuhan tersebut turut menyentuh satu laporan kajian UNESCO yang
turut menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah
rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Ini sejajar dengan resolusi pendidikan
yang diluluskan oleh UNESCO (1951:691) yang berbunyi:

Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda


digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi
penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda
sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan
penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan
bahasa di sekolah.

(On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended
to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their
schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best
and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between
home and school as small as possible.) [18], [19]
Selain itu, memorandum juga merujuk laporan bertajuk Education for All: Policy Lessons
From High-Achieving Countries[20] ditulis oleh Santosh Mehrotra pada tahun 1998.
Mehrotra menegaskan kepentingan mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa
perantara dalam buku yang dikarangnya bersama Enrique Delamonica bertajuk
Eliminating Human Poverty: Macroeconomic & Social Policies for Equitable Growth yang
mencatatkan pemerhatian terhadap persada pendidikan di benua Asia Selatan dan Afrika
sub-Sahara, di mana adalah didapati bahawa jika bahasa perantara bukan bahasa ibunda,
lebih-lebih lagi jika ibu bapa pelajar itu buta huruf, maka bertambah buruklah masalah
belajar dalam persekitaran yang dikelilingi kemiskinan, diiringi kemungkinan keciciran
bertambah.[21]
Dasar memihak kepada keluarga di bandar
Bill Templer, seorang pensyarah kanan yang melawat di Fakulti Pendidikan Universiti
Malaya, berhujah dalam satu surat kepada akhbar, bahawa dasar ini berat sebelah
kepada anak-anak keluarga bandar yang berpendapatan tinggi, sambil meluaskan lagi
jurang antara yang kaya dan miskin, baik di bandar mahupun di luar bandar, malahan
boleh juga menjejaskan pemahaman konsep sains dan matematik kepada murid-murid
biasa kerana mereka tidak mempelajarinya dalam bahasa ibunda mereka.[22]
Reaksi awam
Bantahan golongan sasterawan, budayawan dan cendekiawan
Kebanyakan cendekiawan antaranya Prof Diraja Ungku Aziz termasuk golongan
sasterawan dan budayawan menyatakan penentangan kepada dasar PPSMI. Ini termasuk
kesemua Sasterawan Negara yang masih hidup di antaranya A. Samad Said, Prof
Muhammad Hj Salleh dan Anwar Ridhwan bersatu menyatakan pendirian menentang
dasar PPSMI.[23] Mereka menyatakan penentangan mereka dalam satu kenyataan
bersama di sidang media pada 5 Mei 2009.[24]

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Enam alasan yang diberikan diringkaskan seperti berikut:


1. Malaysia seharusnya mencontohi sistem pendidikan negara Scandinavia, Belanda,
Belgium dan Switzerland yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak
mengabaikan bahasa ibunda.
2. Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang bukan sahaja datang daripada
negara-negara berbahasa Inggeris, tetapi lebih banyak berasal daripada negara
bukan berbahasa Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Spanyol, Switzerland,
India dan Bangladesh. Yang mencemerlangkan mereka bukanlah bahasa lnggeris
tetapi ilmu yang baru dan eksperimen yang penuh tekun dan berterusan.
3. Beberapa masalah yang dihadapi Malaysia bukan berpunca daripada penguasaan
bahasa Inggeris. Terdapat banyak negeri yang pernah dijajah oleh Inggeris yang
menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi masih tidak
cemerlang dalam pentadbiran, ekonomi dan ilmu. Sebaliknya di Malaysia yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita
jauh ke dalam dunia industri, sains dan teknologi.
4. Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang
menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah
bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".
5. Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan
dua jenis kewarganegaraan: yang pertama warganegara yang menguasai bahasa
Inggeris dan bidang sains dan teknologi, dan seterusnya yang kedua, warganegara
yang berbahasa Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial,
iaitu bidang-bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya.
6. Mereka menyokong dasar yang membuka mata dan ilmu pelajar kepada dunia
yang luas, relevan dan kemaskini. Mereka tidak membantah pengajaran bahasa
Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, malah ingin mencadangkan bahawa lebih
banyak bahasa antarabangsa diajarkan. Namun untuk perkembangan budaya dan
jati diri bangsa, MaIaysia perlu mempunyai sebuah bahasa penyatuan yang
dipelajari, didalami dan dibanggai oleh seluruh rakyat Malaysia. Sementara itu
kerajaan juga harus mengajar bahasa ibunda pelajar-pelajar ini di peringkat
sekolah rendah supaya bahasa itu tidak pupus.
Ahli politik yang mendokong
Perbahasan mengenai dasar PPSMI tidak terlepas pandangan ahli politik, baik pihak
pembangkang mahupun pemerintah. Antara ahli politik yang mendukung dasar PPSMI
ialah Mukhriz Mahathir, anak kepada pencadang dasar itu sendiri. Beliau pernah
menyatakan bahawa tujuan mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa
Inggeris bukanlah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, sebaliknya
memudahkan rakyat mencapai pengetahuan yang bernilai dalam bidang sains dan
matematik melalui pengetahuan bahasa Inggeris.[25]
Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye turut mendokong PPSMI, beliau dilihat hanya
mengesyorkan untuk kerajaan bagi menangani kelemahan daripada dasar PPSMI ini
dengan lebih berkesan khususnya yang melibatkan kefasihan guru-guru dalam bahasa
Inggeris. Namun beliau tetap berpendirian bahawa tidak perlu dimansuhkan dasar PPSMI
itu.[26]
[sunting] Ahli politik yang menentang
Pada April 2008, pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
berkata "Pakatan Rakyat tetap tidak akan bertolak ansur mengenai kedudukan bahasa
kebangsaan dan lain-lain hal yang telah diputuskan melalui Perlembagaan Persekutuan
sebelum ini, dan "pimpinan mestilah serius dalam usaha meletakkan semula bahasa
ibunda sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik."[27] Anwar mengulangi ikrar
beliau untuk mengembalikan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda
sewaktu parti campuran Pakatan Rakyat pimpinan beliau menerima memorandum
membantah PPSMI dari Gerakan Mansuhkan PPSMI di Kuala Terengganu pada 15 Januari
2009.[28]

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

YB Khairy Jamaluddin, naib ketua Pemuda UMNO, turut menggesa agar dikembalikan
bahasa kebangsaan sebagai perantara mata pelajaran Sains dan Matematik. Katanya,
"(Berdasarkan maklum balas akar umbi) bahasa Inggeris jadi tembok penghadang untuk
fahami sains dan matematik. Guru pun ada masalah untuk mengajar, bukan sahaja lidah
tergeliat, proses pengajaran juga terencat. Saya takut yang dikejar tak dapat, yang
dikendong keciciran." Tambahnya lagi, cara terbaik bagi meningkatkan penguasaan
bahasa Inggeris ialah dengan memantapkan teknik pengajaran subjek itu secara
menyeluruh, antara lain dengan memperkenalkan pelajaran sastera bahasa Inggeris di
sekolah.[29]
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Parti
Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang benarbenar memperjuangkan pengembalian bahasa Melayu sebagai bahasa untuk medium
pengajaran bagi subjek sains dan matematik, ini kerana menurut beliau, PPSMI yang
diperkenalkan oleh Kabinet Malaysia sejak tahun 2002, telah melanggar sekurangkurangnya 5 peruntukan perundangan dan Perlembagaan Malaysia iaitu, Perkara 8 (1)
dan 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan
1996, Peraturan Mahkamah Tinggi 1987, Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib
1960. Tambahan, kaedah pelaksanaan PPSMI oleh kerajaan Barisan Nasional dilihatnya
sebagai suatu konsep prikmatik (percubaan yang dilakukan jika tidak berjaya akan
diundurkan).[30]
Penentangan awam: Gerakan Mansuhkan PPSMI
Perarakan Keranda Mac 2009
Sekitar akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009, bangkitnya sebuah pergerakan bergelar
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang matlamat utamanya adalah memastikan dasar
PPSMI dimansuhkan secepat mungkin. Gerakan yang asalnya dikenali sebagai
"Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu" ini dipimpin Datuk Dr Hassan Ahmad, bekas
ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.[31] Walaupun kelihatan erat dengan
Pakatan Rakyat, GMP menolak tanggapan bahawa mereka menyokong parti campuran
tersebut[32], apatah lagi ada juga beberapa ahli politik Barisan Nasional yang
menyokong perjuangan mereka, misalnya Datuk Puad Zarkashi dari UMNO.[33]
GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, di perkarangan pusat
beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 31 Januari 2009, yang dihadiri oleh
tokoh-tokoh berkenaan bahasa seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, penyair
Dinsman dan Pyanhabib, ahli jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim
Ghaffar, aktivis teater Khalid Salleh, serta ahli-ahli politik Tian Chua, Shamsul Iskandar Md
Akin, dan Kamaruzzaman Mohamad,[34] dan juga pejuang bahasa-bahasa Cina dan India
seperti Yayasan Tamil Malaysia dan Dong Jiao Zong.[35] Kemuncak bantahan GMP ke atas
PPSMI ditunjukkan melalui perarakan secara besar-besaran pada 7 Mac, di mana mereka
menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur
tangan baginda dalam menyelesaikan isu PPSMI.[36]
Perjuangan GMP turut dibantu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang cuba
mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana melaksanakan dasar
PPSMI yang didakwa mereka sebagai mencabuli Perkara 152 Perlembagaan yang
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.[37], di samping dilaporkan
merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan bergelar "Keranda 152", sempena
dakwaan PPSMI tersebut pada bulan Februari.[38]Akan tetapi pada 15 Februari 2009,
tunjuk perasaan "Keranda 152" itu tidak menjadi kenyataan, akhirnya mereka membuat
laporan polis berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur yang
diiringi kira-kira 20 tokoh bahasa dan diketuai oleh Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussin
dan berkata, laporan tersebut merupakan proses pertama Gapena menggunakan saluran
itu.[39]

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut kuat membangkang dasar
PPSMI. Pada 18 Februari 2009, PKPIM mengikut jejak Gapena membuat laporan polis yang
seumpamanya terhadap kerajaan di Balai Polis Gombak, Selangor.[40]
Perspektif
Perundangan: Percanggahan dengan perlembagaan
Menurut Prof Dr Aziz Bari, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sangat
jelas dalam Perkara 152 di mana segala urusan rasmi baik di peringkat persekutuan dan
negeri hendaklah dijalankan dalam bahasa itu. Walaupun terdapat pengecualian kepada
penggunaan bahasa Melayu oleh Yang Dipertuan Agong, PPSMI tidak boleh dihujah
sebagai sesuatu yang dibenarkan tambahan pula dasar ini tidak dilaksanakan melalui
parlimen tetapi dibuat oleh pihak eksekutif secara tiba-tiba yang sepatutnya perlu melalui
proses rundingan dan perbincangan awam.[41] Polisi ini sudah pun dicabar pada tahun
2002 yang oleh empat orang pelajar Melayu Perak pada tahun 2002 kerana melanggar
Perkara 152.[42] Menurut Prof Dr Aziz lagi, mahkamah belum membuat keputusan
mengenai PPSMI sedangkan dalam kes Universiti Merdeka pada tahun 1981,[43] isu
Perkara 152 Perlembagan Persekutuan telah timbul dan diputuskan oleh mahkamah.
Dalam kes Universiti Merdeka ini, mahkamah telah menolak petisyen penubuhan
Universiti Merdeka yang akan menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar
kerana bertentangan dengan Perkara 152.
Menurut bekas pengerusi MAS, Tan Sri Dato' Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata bahawa
penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains tidak sah di sisi
undang-undang kerana bertentangan dengan seksyen 17(1) Akta 550 Akta Pendidikan
1996 dan dengan sendirinya bercanggah dengan kehendak dan tujuan Artikel 152(1) dan
152(6) Perlembagaan Malaysia.[44] Kenyataan ini disokong oleh ramai penulis muda
Malaysia seperti Faisal Tehrani[45] dan lain-lain.
Nasib PPSMI
Rencana utama: Pemansuhan PPSMI
Sepanjang separuh kedua tahun 2008, Kementerian Pelajaran telah mengadakan lima
sesi persidangan meja bulat di kalangan ahli-ahli akademik, persatuan ibu bapa dan guru,
kesatuan perguruan dan pertubuhan bukan kerajaan, untuk mengkaji semula dasar PPSMI
dan dijangka mengambil keputusan terhadap PPSMI pada hujung tahun, berdasarkan
keputusan UPSR dan faktor-faktor lain.[46] Di sidang terakhir pada bulan Disember, usulusul yang dikemukakan para hadirin persidangan dikumpul menjadi tujuh pilihan
berkenaan nasib dasar ini, iaitu:[47]

Meneruskan PPSMI seperti sedia ada;

Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah


tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah;

Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah;

Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan


digunakan sepenuhnya di sekolah menengah;

Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh


sekolah;

Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga,
diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa
Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah; dan

Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar
ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.
Pada 8 Januari 2009, Datuk Hishamuddin berkata keputusan muktamad mengenai nasib
PPSMI hanya akan dicapai pada "tahun hadapan", walaupun hampir selesai mengkaji
segala maklum balas yang dikumpul.[48]

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Setelah Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pentadiran negara selaku
Perdana Menteri pada bulan April, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi
Menteri Pelajaran baru. Pada bulan Mei, Tan Sri Muhyiddin berkata beliau masih belum
puas hati dengan yang hasil kajian yang pernah dilakukan dan dibentangkan di sesi
perbincangan meja bulat, oleh itu tidak dapat mencapai kata putus mengenai nasib dasar
PPSMI[49], sebaliknya masih membuka pintu kepada kajian dan memorandum baru oleh
semua pihak mengenai isu ini.[50]
Akhirnya pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan
dasar PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah melakukan kajian mendalam.[1].
Dalam pada itu Tun Mahathir Mohamad memberi reaksi tidak puas hati, lalu mengadakan
undian isu tersebut di blognya bagi menguji sikap terhadap dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).[51] Hasilnya dari
100,024 undi, 86% penjawab mengundi tidak kepada soalan sama ada matapelajaran
sains dan matematik harus kembali ke bahasa kebangsaan sebagai pengantar.[52]
Bagaimanapun, pada 9 Ogos, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan para pelajar yang
memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh
meneruskannya hingga tamat sekolah menengah[53] sekaligus menundakan
pemansuhan sepenuhnya PPSMI ke tahun 2014. Sehubungan dengan itu, beliau
memperkenalkan dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh
Bahasa Inggeris) sebagai ganti PPSMI yang memberi tumpuan kepada peningkatan
pembelajaran matapelajaran bahasa-bahasa, sambil mengaku bahawa kerajaan tidak
akan kembali ke dasar PPSMI.[54] Pada masa yang sama, kerajaan berdepan dengan
gesaan agar sekolah berbahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikembalikan dalam
sistem pendidikan negara demi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan
anak-anak Malaysia.[55]
Pada 7 Mei 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan yang difailkan
pada 21 Januari 2006 oleh empat orang pelajar, termasuk Mohammad Syawwaal
Mohammad Nizar (anak lelaki Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin), agar
mengisytiharkan PPSMI sebagai batal dan tidak sah, setelah hakim memutuskan bahawa
"dua surat pekeliling ikhtisas berhubung pelaksanaan PPSMI di sekolah kebangsaan dan
jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) adalah tidak bercanggah dengan Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan."[56]
Sekitar masa kontoversi PPSMI memuncak, wujudnya sebuah pertubuhan penyokong
PPSMI, bernama Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) yang
memperjuangkan PPSMI supaya dijadikan pilihan untuk sekolah-sekolah yang ingin
menyambung pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Atas tujuan
tersebut, mereka menghantar memorandum kepada kerajaan pada 19 Januari 2011.[57]
Tegas Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim, "pencapaian cemerlang" pelajar
dalam peperiksaan awam yang diambil oleh pelajar yang menjalani PPSMI pada tahun
2010 membuktikan keberkesanan dasar tersebut, malah penguasaan Bahasa Kebangsaan
di kalangan pelajar tidak terjejas pula oleh pelaksanaan dasar tersebut.[57] Tambahnya
pula, PPSMI tidak pernah mendukung gagasan pembelajaran bahasa Inggeris menerusi
Sains dan Matematik, sebaliknya bertujuan membantu pemerolehan ilmu dalam bahasa
Inggeris selaku lingua franca ilmu sains dan matematik.[58] Bagaimanapun kajian
tempatan itu tidak mengambil kira dapatan kajian antarabangsa dalam "Trends in
International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)".[59] Kajian tersebut dibuat
oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika
Syarikat. Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam
matematik dan sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474
mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34
mata. Skor sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan
492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.
Pada April 2011, Kementerian Pendidikan mengumumkan hasrat untuk membenarkan
semula pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris untuk sekolah-sekolah
terpilih.[58]

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Pada 4 November 2011, Kabinet Malaysia telah memutuskan pemansuhan Pengajaran


dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah "kekal"
dan kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti dituntut
sesetengah pihak. Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap sebagai
Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata PPSMI di sekolah rendah
akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya pada 2016, manakala di sekolah
menengah bagi kedua-dua mata pelajaran itu akan dilaksanakan sepenuhya pada 2021.
Kabinet juga memutuskan untuk membenarkan murid kohort PPSMI untuk meneruskan
pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan
Lima.
Ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa
apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan.[60]
Dalam perkembangan lain, Dalam satu wawancara televisyen di TV3 dalam program Soal
Jawab yang disiarkan kepada umum pada jam 11.00 malam 9 November 2011, Tan Sri
Muhyiddin telah mengakui PPSMI yang dijalankan di Malaysia, telah menemui kegagalan
dan tidak mencapai hasrat dan dasar kerajaan dalam menggunakan kaedah
pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya beliau dilihat lebih
berpendirian dalam menegakkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Walaubagaimanapun dalam wawancara
tersebut, Tan Sri Muhyiddin tidak menjelaskan secara terperinci tentang kesan dan nasib
pelajar lepasan persekolahan yang akan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian
tinggi khususnya di Malaysia, yang kini rata-rata IPT (baik IPTA dan IPTS) menggunakan
bahasa Inggeris sebagai medium perantara pengajaran dan mengenepikan bahasa
Melayu. Di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dilihat hanya merupakan satusatunya IPT di Malaysia yang telus dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
perantara dan pembelajaran dalam kebanyakan kursus pengajian yang ditawarkan dalam
pelbagai bidang.
Persepsi pelajar
Berdasarkan rekod Kementerian Pelajaran Malaysia, berkenaan dengan peratusan pelajar
yang memilih untuk meneruskan pembelajaran bagi subjek sains dan matematik dalam
bahasa Melayu, sebanyak 89 peratus pelajar Tingkatan Satu yang akan memulakan
persekolahan 3 Januari 2011 memilih menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dan
dwibahasa bagi mempelajari mata pelajaran Sains dan Matematik. Manakala hanya 11
peratus pelajar memilih belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.
Berdasarkan peratusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,
berkata ini menunjukkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan dasar Memartabatkan
Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
adalah tepat.
Beliau turut mendakwa, bahawa anggaran tersebut telah lama diramalkan, kerana itu
kerajaan menetapkan untuk meminda PPSMI kepada MBMMBI.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyifatkan dasar yang diputuskan itu sesuai
dengan tahap keupayaan pelajar yang akan mengikuti proses Pembelajaran dan
Pengajaran (P&P) bagi Sains dan Matematik.
Jawatankuasa Khas MBMMBI merumuskan 164,324 pelajar bersetuju menggunakan
bahasa Melayu sepenuhnya untuk mempelajari Sains dan 161,123 dalam Matematik,
berbanding 56,025 orang pelajar berhasrat menggunakan bahasa Inggeris untuk belajar
Sains dan Matematik pula seramai 56,248 pelajar.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Selebihnya seramai 258,622 orang pelajar berhasrat untuk mempelajari Sains dan
261,600 orang lagi ingin pelajari Matematik dalam dwibahasa.
Tambahan itu, Muhyiddin akan menubuhkan Majlis Bahasa Inggeris pada tahun 2012 bagi
menentukan penanda aras dan tahap pencapaian BI pelajar dalam sistem persekolahan
negara.
Katanya, majlis tersebut bakal berkelayakan sebagai tempat rujukan dan menentukan
tanda aras bahasa itu akan menggunakan pakar dalam dan luar negara serta
mengadakan kerjasama dengan Universiti Cambridge.
Muhyiddin juga menetapkan mulai tahun depan beberapa sekolah dipilih menyertai
projek rintis apabila ibu bapa boleh mengikuti perkembangan pelajaran anak mereka
menerusi konsep maya.[61]

1.5 : RMK - 10 ( Pendidikan)

RMK10 - Pendidikan
BAB 5 MEMBANGUN DAN MENGEKALKAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA
Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan
menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Tidak
ada negara mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang
berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap
perubahan ekonomi, dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan.
Oleh itu, membangun, menarik dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia merupakan
prasyarat penting bagi mencapai hasrat negara. Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi
menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam
bidang teknikal dan profesional, serta paras produktiviti yang tinggi adalah antara ciri
utama modal insan dan tenaga kerja negara berpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini,
usaha perlu ditumpukan bagi mencapai tahap modal insan bertaraf dunia menjelang
tahun 2020. Carta 5-1 menunjukkan tahap modal insan Malaysia pada masa kini
berbanding dengan beberapa negara berpendapatan tinggi berasaskan ciri tersebut.
Masih terdapat jurang yang luas untuk Malaysia mencapai modal insan bertaraf dunia
dan risiko untuk ketinggalan semakin bertambah. Beberapa kajian antarabangsa
menunjukkan prestasi pelajar Malaysia merosot berbanding dengan pelajar negara lain.
Mengikut Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)1, 2007, lebih
kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagal mencapai tanda aras minimum dalam
Matematik dan Sains, berbanding dengan hanya 5% dalam Sains dan 7% dalam
Matematik pada tahun 2003. Di samping itu, tenaga kerja secara relatifnya adalah tidak
mahir. Sebanyak 77% daripada tenaga kerja hanya mempunyai pendidikan asas selama
11 tahun, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan hanya 28%
daripada guna tenaga dalam kumpulan pekerjaan berkemahiran tinggi. Kekurangan
modal insan mahir akan menjadi lebih meruncing dalam persaingan global yang sengit
memandangkan modal insan berkualiti 1 TIMSS menyediakan perbandingan dalam
pencapaian Matematik dan Sains di peringkat antarabangsa dari semasa ke semasa bagi
pelajar yang mengikuti lapan tahun persekolahan. Pada tahun 2007, sebanyak 59 buah
negara menyertai kajian ini. akan tertarik ke negara yang menyediakan peluang paling
baik. Negara Asia seperti Republik Korea dan Singapura telah berjaya menjadi negara
maju dalam tempoh satu generasi. Kejayaan ini adalah hasil daripada penentuan yang
jitu dan teliti terhadap sektor keutamaan yang perlu diberi fokus di samping memberi
tumpuan kepada usaha membangun, meningkatkan kemahiran dan menghasilkan modal
insan yang diperlukan bagi memacu pertumbuhan sektor ekonomi tersebut.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Pembangunan modal insan bertaraf dunia di Malaysia memerlukan usaha yang
komprehensif dan bersepadu daripada sektor awam dan swasta serta masyarakat.
Sehubungan ini, kolaborasi antara pelbagai kementerian dan sektor swasta perlu
diperkukuhkan untuk meningkatkan keberkesanan pembangunan modal insan dan
memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Pendekatan holistik akan memenuhi
keperluan setiap rakyat Malaysia di sepanjang peringkat kehidupan.
Pengalaman mengagumkan tentang pertumbuhan dan pemodenan Republik Korea
melalui pembangunan modal insan. Pada masa kini, Republik Korea merupakan sebuah
negara maju dalam semua aspek. Ekonomi Republik Korea mencecah satu trillion dolar
dan merupakan ekonomi yang ke-13 terbesar di dunia. KDNK per kapita menyaingi
kebanyakan negara maju yang lain. Republik Korea juga maju dalam bidang teknologi dan
kadar penembusan jalur lebar yang tertinggi di dunia, iaitu lebih 90%. Prestasi pelajar
Republik Korea juga sentiasa berada di kedudukan terbaik dalam kalangan negara yang
mempunyai pencapaian tertinggi dalam penilaian pelajar di peringkat antarabangsa
seperti Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme
for International Student Assessment (PISA). Pencapaian ini amat menarik. Namun apa
yang lebih menakjubkan ialah kepantasan Republik Korea membangun daripada sebuah
negara yang musnah akibat peperangan kepada negara kuasa besar ekonomi. Setengah
abad lalu, Republik Korea yang mempunyai ramai tenaga kerja berkos murah telah
menjadikan pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai satu cara meningkatkan
produktiviti bagi melonjak pembangunan dan mencapai status negara maju. Republik
Korea menyedari bahawa untuk bersaing di peringkat global, perlu diwujudkan sistem
pendidikan yang dapat memastikan semua pelajar disokong dan boleh berjaya tanpa
mengenepikan pelajar yang berprestasi rendah.Bagi mencapai matlamat ini, Republik
Korea memberi tumpuan kepada pengukuhan pendidikan di semua peringkat, dari
sekolah rendah sehingga universiti dan latihan kemahiran. Inisiatif yang diambil termasuk
bukan sahaja menjadikan pendidikan sekolah peringkat menengah sebagai pendidikan
wajib, tetapi mempercepat pengukuhan pendidikan teknikal dan latihan menerusi
kerjasama erat dengan chaebol dan syarikat-syarikat besar di Republik Korea seperti
menubuhkan universiti korporat sebagai institusi pembelajaran sepanjang hayat.
Pelaburan yang besar telah dibuat dalam pendidikan tertiari. Pada masa kini, jumlah
enrolmen di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dianggarkan seramai 3.6 juta
pelajar. Di samping itu, Kerajaan Republik Korea merekayasa keseluruhan sistem
pendidikan untuk menyediakan modal insan yang diperlukan oleh industri yang diberi
keutamaan.
Rangka kerja pembangunan modal insan yang bersepadu bagi Malaysia
Pendidikan Awal Kanak- Kanak Prasekolah
Pendidikan Asas Pendidikan Tertiari
Universiti/ Kolej
Politeknik
Kolej Komuniti
InstitusiPendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional(TEVT)
Alam Pekerjaan Pesara/ Kerjaya Kedua Tema
Mengarusperdanakandan memperluas TEVT
Meningkatkan kompetensi siswazah
Mempercepat penyusunan semula pasaran pekerjaan
Menarik dan mengekal bakat terbaik
Meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada
Memastikan setiapkanakkanak boleh berjaya
Menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar
Membuat pelaburankeataspemimpin unggul disetiapsekolah
Meningkatkan daya tarik profesion keguruan dan menghasilkanguru terbaik
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), Kerajaan akan mengguna

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
pakai rangka kerja pembangunan modal insan yang bersepadu.
Rangka kerja ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat di sepanjang
kitar hayat, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas, pendidikan
tertiari sehingga ke alam pekerjaan dengan melaksanakan strategi berikut:
Merombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan;
Meningkatkan kemahiran rakyat untuk meluaskan kebolehpasaran; dan
Menyusun semula pasaran pekerjaan untuk menjadikan Malaysia negara
berpendapatan tinggi.
Penc paia ini mat mena ik. N mun apa y ng leb h mena jubk n ial h kep ntasan Republi
Korea m mbang n daripa a se uah nega a yan mu nah akiba pepera gan epada negara k
as besar ekon mi. Seteng h abad la u, Republi Korea yang memp nyai amai ten ga ke ja b
rkos murah telah enjadikan pen idika dan pemba gunan modal insa sebagai at 198
Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam sistem pendidikan dengan kadar literasi
dalam kalangan orang dewasa sekitar 92% dan enrolmen pendidikan rendah yang
universal serta merupakan antara negara yang menikmati kadar pertumbuhan enrolmen
sekolah menengah yang terpantas. Pendidikan bukan hanya merupakan hak asasi
manusia, malah amat penting kepada perkembangan ekonomi. Prestasi pendidikan yang
rendah memberi kesan negatif kepada masa depan negara memandangkan tahap
pendidikan yang tinggi berkait rapat dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Sekiranya
tahap pendidikan negara tidak ditingkatkan ke peringkat piawaian antarabangsa, serta
jurang pencapaian sekolah tidak dikurangkan, Malaysia akan ketinggalan dalam
pendidikan dan kehilangan daya saing pada masa hadapan. Prestasi pelajar akan terus
ditanda aras dengan penilaian dan piawaian antarabangsa. Bagi memastikan pencapaian
dan peningkatan pelajar diukur secara objektif dan konsisten dengan negara lain,
Malaysia akan mengambil bahagian dalam Programme for International Student
Assessment (PISA) di samping meneruskan penyertaan dalam TIMSS. TIMSS dan PISA
adalah dua alat pengukuran perbandingan pencapaian pelajar yang diiktiraf tinggi di
peringkat global. Dalam penilaian terkini, 59 negara telah menyertai TIMMS pada tahun
2007, dan 65 negara menyertai PISA pada tahun 2009. Dalam tempoh Rancangan,
Kementerian Pelajaran (KPM) akan menjalankan penilaian dan kajian semula sistem
pendidikan secara komprehensif dengan memberikan tumpuan khusus kepada
peningkatan keberkesanan pelaksanaan program pendidikan. Usaha untuk merombak
sistem pendidikan akan berpandu kepada Falsafah Pendidikan Negara yang diperkenalkan
pada tahun 1989 dan menjadi asas kepada semua usaha transformasi pendidikan.
Matlamat Falsafah ini adalah untuk membangunkan potensi individu secara holistik dan
bersepadu bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi keupayaan intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Bagi memperkukuh hasrat Falsafah ini, penekanan yang lebih akan
diberi kepada penglibatan dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum sebagai usaha ke arah
memupuk pembangunan sahsiah pelajar. Sistem pendidikan negara akan terus
menekankan penerapan nilai dan etika yang menjadi asas penting kepada pencapaian
Wawasan 2020. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah akan
dipergiatkan bagi memupuk kreativiti dan inovasi pelajar ke arah melengkapkan mereka
dengan kemahiran dan keupayaan terkini yang diperlukan oleh negara berpendapatan
tinggi.
MEROMBAK SISTEM PENDIDIKAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR
DENGAN SIGNIFIKAN
Pend dika adal h satu aripada Bidang Keberhasi an Uta a N gara ( KRA). NKR pend dik n
merupak n landasa dan titi permu aan da am saha me ambah aik pre tasi pelajar dalam
sistem pendidi an p ringkat seko ah secara menye uruh serta m mboleh an mere a me
dapat kses ke ada pendidikan yan berkualiti.Sistem pe didika adalah penti g un uk
mempe kuk h daya s ing us seko ah keban gsaa akan teru diperkuk hkan bagi me
jadikann a sekol h p lihan kepad semua rakya Malays a mel lui peni gkatan piaw ian dan
merapatkan urang p estasi ntara sekol h kebang aan Untuk me percepa pe ambahb ikan
p esta i pel jar secara be rkesan, be terusa dan menyeluruh, Ker jaan tidak a an ha ya
mem eri tu mp an ke pada pemb ng un n fiz kal t tapi a an l bih men mpuka kepad aspek

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
yan memberi mpak be ar kep da prestasi pelaj r seperti k aliti uru dan epimp nan di
sekolah.
S lara dengan pen galama pelaksana n sist m pendi ikan erbaik duni dan keper uan un uk
enghasilkan ening kat n p restas i ela jar ya g signifik an, empat s rategi akan iguna akai
dal m tempo Rancangan ni:
Memastikan Setiap Kanakkanak Boleh Berjaya
Dalam setiap sistem pendidikan yang unggul, kejayaan setiap pelajar sentiasa menjadi
keutamaan. Matlamat ini boleh dicapai melalui dua pendekatan. Pertama, meletakkan
sasaran pencapaian yang sama tinggi kepada semua pelajar tanpa mengira latar
belakang atau tempat. Pendekatan kedua pula, menerima hakikat bahawa sebahagian
pelajar memerlukan sokongan yang lebih untuk mencapai piawaian prestasi yang
ditetapkan, terutama bagi mereka daripada kalangan isi rumah 40% terendah.
Sehubungan ini, Kerajaan akan terus memainkan peranan yang besar dan memberi
komitmen yang sepenuhnya untuk menyerlahkan potensi diri setiap kanak-kanak di
Malaysia.
Penyediaan Asas Pendidikan yang Kukuh kepada Lebih Ramai Kanak-kanak
Pendidikan awal memainkan peranan penting dalam pembinaan minda kanak-kanak dan
dapat membantu mengurangkan masalah pembelajaran semasa dan pencapaian pada
masa hadapan. Peringkat awal pembelajaran kanak-kanak merupakan tempoh kritikal
yang menjadi penentu kepada perkembangan minda individu
Memastikan setiap kanak-kanak boleh ggi kepa a semua pe ajar ta pa m ngira
atar b lakan dan me yedia an bant an da sokonga ya g sistemati teruta a k pada mer ka y
ng ketingg lan dala pem bel ja ran;
M njadikan sekolah bertanggu ng terhadap p estasi elajar. Memberik n autono i
kepada beberapa aspek peng rusan s kolah ebagai g njara ke atas p ingkata sig ifika n pe
ncapai an pelaja ;
Membuat pe buran bagi memba ng emimpin n unggul i se iap sekol h.Membuat
pe aburan ya g besa bagi me ningkat an presta i ke impin n se olah sebagai pemangki
utama per bahan m nerusi riteria p milih n yang ke at, lati an dan p ngurusan rest si yan
mantap be rdasa kan pr sta si pelajar; dan
Me ngkatkan daya ta kan pr of keguruan dan meng asilkan guru terb ik.Menja
ika profesion k guru n lebih menarik su aya lebih ramai in ividu berkebo ehan t nggi ermin
t menyer ainya, menin katkan kualiti atihan prakti um, dan mema tapkan penguru an
prestas se ta pembangu n profesio al berta af du ia yang ber erusan.
dan bersifat kumulatif. Sehubungan itu, Kerajaan akan memberi tumpuan untuk
meningkatkan dan memperluas pendidikan awal bagi menyediakan asas yang kukuh
kepada lebih ramai kanak kanak supaya mereka boleh berjaya. Pada tahun 2011,
program pembangunan awal kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah
(PERMATA), iaitu program bagi melahir dan mendidik permata masa hadapan negara,
akan diletakkan di bawah tanggungjawab KPM dengan tujuan untuk menyelaras dan
mengintegrasikannya ke dalam sistem pendidikan formal. Tumpuan PERMATA adalah
kepada kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan bawah RM1,500. Selepas
kejayaan program perintis PERMATA yang dilancarkan pada tahun 2007, sebanyak 181
buah pusat PERMATA akan dibina dengan peruntukan RM36 juta dalam tempoh
Rancangan.
Peningkatan Enrolmen dan Kualiti Prasekolah Kanak-kanak yang mengikuti program
prasekolah lebih komited terhadap pendidikan dan memperoleh pendapatan yang lebih
tinggi pada masa hadapan2. Pada masa ini, kadar enrolmen prasekolah dalam kalangan
kanak-kanak berumur empat dan lima tahun hanyalah sekitar 67%. Memandangkan
kepentingan pendidikan prasekolah dan keupayaan negara meningkatkan kadar
enrolmen, pendidikan prasekolah telah dijadikan fokus utama di bawah NKRA Pendidikan.
Seperti yang ditunjukkan dalam Carta 5-3, program ini bertujuan meningkatkan kadar
enrolmen kepada 87% pada tahun 2012 dan 92% pada tahun 2015. Pada masa yang
sama, kualiti pendidikan prasekolah akan terus dipertingkatkan. Dalam tempoh 2010

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
2012, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk program ini.
Merendahkan Umur bagi Permulaan Persekolahan
Dengan pelaksanaan program pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, lebih ramai
kanak-kanak akan bersedia untuk memasuki sekolah pada umur yang lebih rendah
berbanding amalan sekarang. Dalam tempoh Rancangan, umur bagi memulakan
persekolahan akan dikurangkan daripada 6+ kepada 5+. Langkah ini adalah selaras
dengan amalan di negara maju. Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat dan
akan dimulakan dengan sekolah di kawasan luar bandar dan perladangan terutama di
sekolah kurang murid, bagi membolehkan pelajar dari kawasan ini mendapat manfaat
daripada asas pendidikan yang kukuh pada peringkat lebih awal. 2 High Scope Perry PreSchool Study, the United States of America (2005)202 di peringkat awal sangat penting
kerana tanpa kemahiran ini mereka akan menghadapi kesukaran mengikuti pembelajaran
di peringkat selanjutnya. Program Penyaringan Literasi dan Numerasi (LINUS) adalah
bertujuan untuk memastikan semua pelajar menguasai asas kemahiran literasi dan
numerasi selepas tiga tahun pertama pendidikan sekolah rendah. Bagi melaksanakan
program ini, peruntukan sebanyak RM400 juta disediakan dalam tempoh tiga tahun, iaitu
20102012.
Memastikan Penguasaan Literasi dan Numerasi
Peningkatan kadar literasi dan numerasi adalah penting untuk mengurangkan kadar
keciciran pelajar berpunca daripada ketidakupayaan mereka untuk mengikuti
pembelajaran. Dengan penguasaan kemahiran literasi dan numerasi asas yang kukuh
pada peringkat awal persekolahan, kemungkinan berlaku keciciran pelajar daripada
sistem persekolahan dapat dikurangkan. Penguasaan literasi dan numerasi
Program LINUS memberi tumpuan kepada intervensi awal dengan menempatkan
fasilitator dan guru pemulihan terlatih di sekolah. Sehingga kini, seramai 15,500
fasilitator dan guru pemulihan telahpun dilatih.
Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasaan Bahasa Inggeris
Kerajaan akan melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan
Penguasan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam tempoh Rancangan. Program ini bertujuan
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan memantapkan penguasaan
bahasa Inggeris untuk memperkukuh daya saing negara. Program ini akan mengguna
pakai pendekatan modular yang bersepadu dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu dan akan memperluas pengajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat
sekolah rendah. Program MBMMBI akan juga memperkukuh
Program LINUS di seluruh negara bertujuan meningkatkan kemahiran literasi dan
numerasi murid sekolah rendah
1 Program ini memfokus kepada intervensiawal (Tahun1-3) untuk kemahiran literasi dan
numerasi. Program sebelumnya hanyamenumpukan kepada kemahiranliterasi(KIA2M)
ataukepada kanak-kanak diTahun4-6 (PROTIM) Meningkatkan nisbahguru pemulihan
daripada seorangguru bagisebuahsekolah kepada seorangguru bagi15 murid
2 Pengurusan dan penyeliaan diturunkuasa kepada Pejabat Pendidikan Daerah & dipantau
oleh Inpektorat Sekolah. Sebelumini, dipantau secara berpusat
3 Guru terbaik akanditempatkandi Tahun 1 dan 2 iaitu, Program LINUS (bukannya pada
tahun peperiksaaniaitu, Tahun 6)
4 Sokongan profesional untuk guru LINUS melalui fasilitatorkhusus(FasiLINUS)
5 15,500 guru pemulihan dan fasilitator program LINUS dilatih pada tahun 2010
Perbezaan program LINUS berbanding program sebelum ini Sasaran Pencapaian Program
Literasi dan Numerasi selepas 3 tahun disekolah rendah pengajaran dan pembelajaran
bahasa Inggeris melalui kurikulum baru dengan memberi penekanan kepada lima bidang
utama kemahiran iaitu membaca, mendengar dan berucap, menulis, tatabahasa, dan
seni bahasa. Masa yang diperuntukkan untuk pengajaran bahasa Inggeris ditambah

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
daripada 4 jam kepada 5.5 jam seminggu untuk Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3), dan daripada
3.5 jam kepada 5 jam untuk Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6) di peringkat sekolah rendah.
Sebanyak empat daripada 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) akan menumpukan
kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris kepada guru. Kerajaan akan
menilai dan memantau keberkesanan program secara berterusan dan melaksanakan
inisiatif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
Akauntabiliti Sekolah Terhadap Prestasi Pelajar Sistem sekolah berprestasi tinggi
menetapkan harapan besar kepada sekolah dalam aspek peningkatan prestasi pelajar,
pemantauan jurang prestasi dan penyediaan sokongan yang sewajarnya apabila sasaran
tidak tercapai. Seterusnya, rombakan kepada sistem pendidikan akan memberi tumpuan
yang jelas terhadap prestasi pelajar, dan sekolah akan dipertanggungjawabkan ke atas
pencapaiannya.
Meningkatkan Prestasi Semua Sekolah melalui Program Peningkatan Kualiti
Sekolah Secara Menyeluruh
Program Pembangunan Prestasi Sekolah yang dilancarkan pada April 2010 merupakan
usaha yang menyeluruh dengan harapan dan cabaran yang tinggi, serta meningkatkan
motivasi dan sokongan kepada semua sekolah awam untuk mengukuhkan prestasi
pelajar, khususnya sekolah berprestasi rendah yang amat memerlukan bantuan. Program
ini mengandungi elemen elemen berikut:
Penyenaraian Kedudukan Prestasi Sekolah: Setiap tahun semua sekolah akan
dinilai dan disusun mengikut kedudukan pencapaian prestasi. Penjelasan terperinci
berkenaan penarafan prestasi akan dimaklumkan kepada sekolah untuk meningkatkan
pemahaman dan ketelusan terhadap kaedah penilaian yang dibuat. Langkah ini bertujuan
mendorong sekolah untuk mencapai prestasi yang lebih baik dan membolehkan KPM
menyalurkan sumber kepada sekolah yang amat memerlukan sokongan; dan
Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah: Pelan dan Instrumen
Penambahbaikan Sekolah akan dilaksana di semua sekolah awam sebagai alat sokongan
untuk membantu sekolah membuat penambahbaikan. Instrumen ini akan memberi
gambaran menyeluruh kepada guru besar dan pengetua tentang prestasi sekolah
masing-masing untuk menentukan isu yang perlu ditangani mengikut keutamaan serta
menyediakan pelan tindakan selanjutnya. Sekolah akan merangka pelan penambah
baikan sebagai asas bagi memantau kemajuan dan membantu KPM menyediakan
sokongan yang sesuai untuk menjayakan pelan tersebut. Infrastruktur dan kemudahan
asas seperti bekalan elektrik, air, sanitasi dan alat bantuan mengajar adalah asas kepada
peningkatan prestasi pelajar. Kerajaan komited bagi menyediakan kemudahan dan
infrastruktur asas ini kepada semua sekolah. Sebagai sebahagian daripada Program
Pembangunan Prestasi Sekolah, Kerajaan akan terus memberi fokus kepada penyediaan
kemudahan dan infrastruktur di sekolah yang amat memerlukan sokongan, khususnya
sekolah di luar bandar di Sabah dan Sarawak.
Peningkatan Prestasi Sekolah melalui Program Sekolah Berprestasi Tinggi
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrif sebagai sekolah yang mempunyai etos dan
identiti unik yang boleh mendorong pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek
pendidikan. Sekolah ini mempunyai budaya kerja yang kukuh dan sentiasa berusaha ke
arah mencapai kemajuan berterusan di samping mempunyai jaringan antarabangsa yang
kukuh. SBT akan berusaha meningkatkan piawaian sekolah setaraf dengan sekolah
terbaik di dunia dan menjadi model kepada sekolah lain serta memberi sokongan melalui
rangkaian bimbingan dan latihan. Sejumlah 100 SBT akan dibangunkan menjelang 2012
dengan peruntukan sebanyak RM140 juta. Sebanyak 20 SBT telah dikenal pasti seperti
ditunjukkan dalam Carta 5-5. Sekolah ini diberi status SBT berdasarkan pencapaian dan
prestasi mereka yang tekal. Sekolah ini terdiri daripada pelbagai kategori termasuk
sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.
Membuat Pelaburan ke atas Pemimpin Unggul di Setiap Sekolah
Sistem sekolah berprestasi tinggi memanfaatkan guru besar dan pengetua sebagai

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
penjana perubahan melalui proses pemilihan ketat dan latihan intensif untuk mereka, dan
seterusnya memastikan mereka memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional
yang berkesan. Peningkatan pencapaian guru besar dan pengetua mempunyai kesan
positif yang signifikan ke atas pencapaian pelajar. Mereka juga memainkan peranan yang
penting dalam merancang, menyelaras dan memantau pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Guru besar dan pengetua juga memastikan suasana pembelajaran yang kondusif
dengan mengurangkan tekanan dan gangguan luaran, serta mewujudkan persekitaran
yang teratur di dalam dan di luar bilik darjah.
Memperkenal Baiah atau Tawaran Baru bagi Guru Besar dan Pengetua Sekolah
Pendekatan baru dalam pengurusan pencapaian (Tawaran Baru) untuk guru besar dan
pengetua yang dimulakan pada 2010 akan memberi ganjaran kewangan dan bukan
kewangan bagi mereka yang berprestasi cemerlang. Tawaran Baru ini adalah terpakai
kepada semua guru besar dan pengetua di semua sekolah awam di Malaysia. Pencapaian
semua sekolah akan dinilai dan ditaraf mengikut prestasi tahunan berdasarkan kepada
markah komposit.
Ringkasan pendekatan penarafan sekolah GredPurataSekolah (GPS) Kewajaran
1 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) adalah instrumen piawaian untuk menilai
sekolah berasaskan 4 aspek utama (visi dan misi; pengurusan organisasi; program
pengurusan pendidikan; dan prestasi murid) . Mereka akan diberi ganjaran sekiranya
mencapai markah komposit yang telah ditetapkan atau menambah baik pencapaian
sekolah. Program ini memberi peluang kepada guru besar dan pengetua untuk menerima
ganjaran tanpa mengambil kira prestasi awal sekolah mereka, asalkan sekolah berkenaan
menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam senarai penarafan prestasi. Di samping
itu, dianggarkan 10% guru besar dan pengetua berprestasi rendah akan diberi latihan
kemahiran pengurusan sebagai usaha untuk meningkat prestasi mereka. Peruntukan
sebanyak RM160 juta akan disediakan untuk program ini dalam tempoh 2010-2012.
Peningkatan Sokongan dan Bimbingan kepada Guru Besar dan Pengetua
Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan peningkatan
prestasi pelajar. Kerajaan menyedari pemimpin adalah kritikal dalam membuat
perubahan, oleh itu akan terus mengukuhkan latihan kepimpinan serta memberikan
dorongan kepada mereka untuk meningkatkan prestasi. Institut Aminuddin Baki (IAB)
adalah institut latihan kepimpinan asas untuk warga pendidik termasuk pengetua,
pentadbir dan pegawai pendidikan. IAB menyasarkan untuk melatih sekurang-kurangnya
14,000 orang pemimpin sekolah dan pegawai pendidikan setiap tahun dalam tempoh
Rancangan berbanding dengan 8,000 orang pada tahun 2009. Kaedah penyampaian
latihan di IAB akan berubah daripada berasaskan syarahan kepada penekanan terhadap
pembelajaran berdasarkan pengalaman. Kursus pendidikan dan pengurusan akan
dijalankan di kampus dan secara atas talian menggunakan platform e-learning, serta
dilengkapi repositori pengetahuan digital. Selain daripada latihan, IAB akan menyediakan
perkhidmatan konsultasi dan bimbingan kepada pemimpin sekolah untuk meningkatkan
prestasi. Selaras dengan Program Pembangunan Prestasi Sekolah, pakar pembimbing
pengetua akan menyediakan bimbingan kepimpinan tambahan dan sokongan kepada
sekolah berprestasi rendah.
Meningkatkan Daya Tarikan Keguruan dan Menghasilkan Guru Terbaik
Kualiti guru merupakan penentu utama kepada prestasi pelajar seperti ditunjukkan dalam
Carta 5-7. Pengalaman daripada sistem sekolah berprestasi tinggi global menunjukkan
bahawa pelajar akan hanya boleh ditingkatkan dengan meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sistem sekolah berprestasi tinggi berupaya
menarik dan menerima hanya calon terbaik sebagai guru, meningkatkan prestasi mereka
secara berterusan serta memupuk budaya berprestasi tinggi di sekolah. Dalam tempoh
Rancangan, Kerajaan akan mengambil pendekatan yang sistematik untuk meningkatkan
kualiti guru baru serta menambah baik kualiti dan profesionalisme guru sedia ada.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Mempertingkatkan Kualiti Guru Baru Secara Signifikan
Setiap tahun, KPM menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai profesion
keguruan dan 20,000 orang ditempatkan di sekolah. Ramai pemohon tidak mempunyai
sikap dan aptitud yang sesuai untuk menjadi guru. Daripada permohonan kemasukan ke
program latihan perguruan di IPG pada tahun 2010, hanya 7% mendapat 7A dan ke atas
dalam SPM
Menjadikan Profesion Keguruan Pilihan Utama
Menarik siswazah cemerlang menyertai profesion keguruan adalah kritikal. Dalam
tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan
kesedaran tentang keguruan sebagai profesion yang berprestij. Kerajaan akan
menjadikan profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan dengan menekankan empat
perkara berikut:
Ganjaran kewangan: Profesion ini sebenarnya merupakan antara profesion awam
yang menyediakan gaji permulaan yang tinggi;
Pembangunan kerjaya: Melalui Tawaran Baru untuk guru, prospek kerjaya guru akan
menjadi lebih menarik dengan peluang pembangunan profesionalisme yang lebih luas
selain daripada peluang kenaikan pangkat yang lebih cepat kepada guru yang cemerlang;
Berprestij: Sebagai kerjaya elit, profesion keguruan akan menggunakan kriteria
pemilihan dan proses penilaian yang ketat. Hanya calon cemerlang akan diterima dalam
profesion ini; dan
Pembangunan nusa bangsa: Profesion keguruan bertanggungjawab membentuk
generasi pemimpin masa depan dan penting dalam membawa Malaysia menjadi negara
berpendapatan tinggi.
Pengukuhan Latihan Perguruan Melalui Latihan Praktikum Pengalaman praktikum
merupakan elemen penting dalam latihan perguruan kerana dapat memberi pengalaman
pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah. Dalam sistem persekolahan terbaik
seperti di Finland dan New Zealand, latihan dan pengalaman praktikum guru pelatih, dari
segi kualiti dan kuantiti, sentiasa dipertingkatkan. Oleh itu, Kerajaan akan mengambil
langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum kepada guru pelatih,
seperti memanjangkan tempoh latihan praktikum, dan meningkatkan kerjasama guru
berpengalaman yang mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi untuk menyelia
guru pelatih. Dalam tempoh Rancangan, latihan praktikum kepada guru pelatih akan
ditingkatkan melalui langkah berikut:
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah akan dilanjutkan daripada satu tahun kepada 212
satu tahun setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru pelatih;
Jabatan Pelajaran Negeri akan menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah yang
layak melaksanakan program ini dan memantau pematuhan oleh guru pembimbing;
Guru berpengalaman akan diberikan kursus pembimbing untuk meningkatkan
kebolehan membimbing mereka; dan
Program praktikum akan menjadi sebahagian daripada penilaian prestasi sekolah dan
guru pembimbing.
Penghapusan Jaminan Penempatan Guru Pelatih
Pada masa ini, guru pelatih IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin
pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini
akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang
memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru.
Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti
minimum bagi guru baru.
Peralihan kepada Sistem Terbuka dalam Latihan Guru
Pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan kepada universiti swasta berbanding
hanya daripada IPG dan IPTA. Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan
beralih kepada sistem terbuka bagi menambah sumber guru terlatih. Dengan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di
sekolah rendah dan menengah. Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di
kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan.
Tawaran Baru untuk Semua Guru bagi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru
yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik
serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini. Di samping itu, Kerajaan akan
meningkatkan guru berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009
kepada 90.0% menjelang tahun 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar ini akan
ditingkatkan daripada 28% dalam tahun 2009 kepada 60% menjelang tahun 2015.
Tawaran Baru ini mengandungi tiga elemen: Peluang kenaikan pangkat yang cepat
berdasarkan kecekapan dan prestasi; Meningkatkan pembangunan profesional
berterusan (CPD) secara sistematik kepada semua guru; dan Kaedah pengurusan
prestasi baru yang lebih mantap.
Kemajuan Kerjaya Lebih Cepat Berasaskan Kompetensi
Kemajuan kerjaya yang perlahan merupakan antara sebab utama siswazah di Malaysia
tidak memilih kerjaya perguruan. Sepanjang 30 tahun perkhidmatan, kebanyakan guru
menikmati hanya satu atau dua kali kenaikan pangkat sahaja. Mengikut dasar kenaikan
pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan, pada kebiasaannya guru mengambil masa
selama 10 tahun untuk dinaikkan daripada gred permulaan ke gred jawatan yang
seterusnya. Kemajuan kerjaya yang cepat untuk guru berprestasi tinggi adalah penentu
untuk menjadikan profesion keguruan lebih menarik terutama kepada calon guru yang
berpotensi tinggi. Pendekatan ini juga membolehkan lebih ramai guru berpeluang
mencapai gred yang lebih tinggi dalam masa yang singkat dan dengan ini boleh
membimbing guru baru lebih awal. Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan gred yang
lebih cepat berasaskan kompetensi dan prestasi akan dilaksanakan. Laluan cepat untuk
kenaikan pangkat secara automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira
tempoh perkhidmatan dan keperluan memajukan permohonan. Sistem laluan kerjaya
baru dijangka bermula pada tahun 2011 dan dilaksana sepenuhnya menjelang tahun
2015.
Pembangunan Profesional yang Berterusan yang Bersesuaian bagi Menyokong
Pembangunan Keupayaan dan Kemajuan Kerjaya
Latihan yang berfokus kepada bidang tugas baru berdasarkan kenaikan pangkat dan
memberi penambahbaikan kepada kebolehan pengajaran akan memberi faedah kepada
guru. Pada masa ini, tiada pendekatan yang sistematik berkaitan CPD dalam sistem
pendidikan. Pendekatan CPD yang menyeluruh akan dilaksana pada tahun 2011 dan
mengandungi elemen berikut:
Modul CPD yang bersesuaian mengikut keperluan dirangka untuk setiap gred jawatan
bagi melengkapkan guru dengan peranan baru selepas kenaikan pangkat;
Modul ini memberi lebih fokus kepada peluang pembelajaran di sekolah; dan
Pelbagai modul CPD seperti kursus latihan formal, pengajian pasca siswazah, pengajian
jarak jauh dan aktiviti bimbingan akan membolehkan guru membuat pilihan terbaik untuk
pembangunan kerjaya mereka tanpa mengganggu pengajaran dan pembelajaran.
Pelaksanaan Instrumen dan Proses Baru untuk Penilaian dan Penaksiran Guru
Kaedah penilaian semasa ke atas guru adalah sama dengan penilaian penjawat awam
yang lain. Kaedah ini tidak mengambil kira prestasi pelajar, keupayaan sebenar
pengajaran atau kecekapan utama yang diperlukan dalam profesion keguruan. Skor
penilaian untuk guru akan menjadi lebih bermakna sekiranya ia dapat mengukur prestasi
sebenar guru, kurang subjektif dan berasaskan bukti. Satu pendekatan baru yang selari
dengan amalan di sekolah berprestasi tinggi akan dilaksana pada tahun 2011 untuk
memastikan penilaian dibuat secara tekal, objektif dan dapat memupuk budaya
cemerlang di sekolah. Pendekatan ini akan mengandungi instrumen baru bagi menilai
guru yang menggunakan kombinasi berwajaran beberapa aspek utama seperti

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran, nilai profesional, aktiviti di luar kelas
dan sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.
Transformasi Keberkesanan Penyampaian
Sistem penyampaian yang cekap dan berkesan sangat diperlukan untuk meningkatkan
prestasi pelajar. Pendekatan yang lebih inovatif akan diguna pakai untuk memastikan
penyampaian dilaksanakan dengan efektif.
Pengukuhan Penyampaian Perkhidmatan untuk Menyokong Kemajuan Sekolah
Penambahbaikan mekanisme penyampaian kepada sekolah memerlukan perubahan
dalam proses kritikal yang memberi kesan secara langsung terhadap sekolah seperti
penempatan guru, pengurusan prestasi sekolah dan juga peranan Kementerian, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Untuk memastikan perkhidmatan
disampaikan secara optimum, KPM akan melaksana Service Line iaitu perkhidmatan
khusus untuk membantu sekolah yang amat memerlukan, antaranya bimbingan, bina
upaya dan kemudahan peralatan yang sewajarnya. Di peringkat prasekolah, Kerajaan
akan terus mengharmoni dan menambahbaik kualiti semua prasekolah awam yang
disediakan oleh pelbagai agensi Kerajaan. Pendekatan ini memerlukan peningkatan
produktiviti sumber manusia dan kewangan, serta pengukuhan kemampuan
penyampaian.
Pelaksanaan Kurikulum Baru untuk Memupuk Kreativiti dan Inovasi
Dalam tempoh Rancangan, kurikulum baru untuk sekolah rendah dan menengah akan
diperkenalkan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan diganti dengan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah pada 2011 dan ini akan diikuti dengan kurikulum baru untuk
sekolah menengah. Kurikulum baru berbentuk modular ini akan memberi peluang kepada
setiap pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri, memupuk
sikap bertanggungjawab 216 terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi
yang dapat menyerlahkan potensi mereka. Kurikulum ini juga akan menekankan
kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran. Penerapan nilai
dan etika di peringkat awal amat penting dalam pembinaan sahsiah individu. Kurikulum
yang bakal diperkenalkan akan menerapkan prinsip 1Malaysia bagi pendekatan pedagogi
dalam penyampaian pendidikan. Sebagai usaha untuk membentuk pelajar yang
seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baru ini akan menjadikan Sukan
sebagai satu subjek mata pelajaran bermula tahun 2011. Dasar 1Murid, 1Sukan
mewajibkan setiap pelajar mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan. Setiap
pelajar dikehendaki mengikuti aktiviti sukan pilihan masing-masing selama 90 minit
seminggu bagi sekolah menengah dan 60 minit bagi sekolah rendah. Peruntukan untuk
geran sukan bagi setiap pelajar akan dinaikkan daripada RM2.40 kepada RM4 bagi
sekolah rendah dan daripada RM4 kepada RM6 bagi sekolah menengah.
Pendidikan Asas dan Prasekolah Swasta
Pendidikan yang ditawarkan oleh sektor swasta semakin diterima oleh Kerajaan dan
orang ramai. Sehubungan ini, pihak swasta akan digalak untuk menyediakan pendidikan
di semua peringkat bermula daripada prasekolah sehingga pendidikan tertiari. Kerajaan
akan melaksana pelbagai kaedah perkongsian awam swasta seperti dalam pengurusan
sekolah dan pembiayaan yuran pelajar.
Perkongsian Awam-Swasta dalam Pembangunan Prasekolah
Kerajaan akan memanfaatkan penyediaan pendidikan prasekolah oleh sektor swasta
untuk menampung kemudahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan. Insentif akan
disediakan kepada pengusaha swasta bagi mempercepatkan penyediaan prasekolah
untuk mencapai objektif meningkatkan enrolmen pelajar di peringkat ini. Insentif ini akan
membolehkan pihak swasta mendapatkan geran bagi pembinaan prasekolah di kawasan
yang kurang membangun di luar bandar. Sektor swasta dijangka akan membina 488 buah

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
prasekolah pada tahun 2010, sebanyak 1,000 buah pada tahun 2011 dan 1,145 buah
pada tahun 2012. Skim pembiayaan bersama bagi meningkatkan permintaan terhadap
pendidikan prasekolah akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan. Usaha ini juga boleh
membantu isi rumah berpendapatan rendah mengurangkan bebanan pembiayaan
pendidikan prasekolah. Bantuan sehingga RM150 sebulan diberikan kepada mereka untuk
pendidikan kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ tahun di prasekolah swasta.
Perkongsian Awam-Swasta dalam Pendidikan Asas
Perkongsian awam-swasta dalam pendidikan asas memberi autonomi signifikan kepada
pengendali sekolah, sebagai tukaran kepada penambahbaikan yang spesifik dalam
prestasi pelajar sebagaimana dipersetujui dalam kontrak rasmi. Sebagai contoh, charter
school di Amerika ecialist chool dan pecial st United Kingdo d n inde endent cho l di
indepe dent s ho juga te ah di una pa ai d seko ah per endir an Cina di Malaysia. Ke ajaa a
an memper enalkan angk kerja Sekolah Amanah kepad sekola awam ang te pilih. ekol h
Am nah adala sekola awam ang di adbir b rsam ole pihak s asta da pem mpin ekolah awa
MENINGKATKAN KEMAHIRAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MELUASKAN
KEBOLEHPASARAN
Dalam beberapa dekad yang lalu, Malaysia telah membuat pelaburan yang besar dalam
pendidikan lepasan menengah dan tertiari. Pada masa kini, Malaysia telah menubuhkan
20 universiti awam dan 26 universiti swasta serta 405 institusi latihan kemahiran awam
dan 584 institusi latihan kemahiran swasta. Pada tahun 2009, institusi pendidikan tinggi
dalam negara telah mengeluarkan lebih daripada 181,000 siswazah. Daripada jumlah ini,
lebih daripada 81,000 siswazah adalah lepasan institusi pendidikan tinggi swasta.
Institusi latihan kemahiran pula mengeluarkan lebih daripada 120,000 pelatih pada tahun
2009. Seramai 30,000 pelatih adalah daripada institusi latihan kemahiran swasta. Pada
masa kini, hanya 23% sahaja daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia mempunyai
pendidikan tertiari berbanding dengan kadar purata bagi negara Pertubuhan Kerjasama
Ekonomi dan Pembangunan (OECD), iaitu hampir 28% dan mencecah 35% di Singapura
dan Finland. Pada tahun 2009, sebanyak 27% daripada siswazah institusi pengajian tinggi
tempatan masih menganggur dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan
pengajian. Bagi yang berjaya mendapat pekerjaan pula, 29% daripada mereka pada
tahun 2006 dan 33% pada tahun 2009 hanya memperoleh pendapatan kurang daripada
RM1,500 sebulan. Majikan dan persatuan industri sering mengaitkan kekurangan soft
skills seperti etika kerja yang positif, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan
kebolehan membuat keputusan serta kepimpinan sebagai faktor utama yang
menjejaskan kebolehpasaran siswazah Malaysia. Memandangkan terdapat jurang yang
besar antara tahap kompetensi siswazah Malaysia dengan piawaian antarabangsa, isu ini
perlu ditangani bagi memastikan negara mempunyai siswazah yang berkemahiran, serba
boleh dan kebolehpasaran yang tinggi. Pada masa yang sama, dianggarkan seramai
100,000 atau 22% pelajar Malaysia memasuki pasaran pekerjaan sebaik sahaja
menamatkan 11 tahun persekolahan, iaitu dengan hanya memiliki kelayakan SPM.
Kumpulan pelajar ini mungkin lebih cenderung kepada kemahiran teknikal, oleh itu
mempunyai peluang yang besar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang
teknikal. Malaysia perlu memesatkan pembangunan modal insan bertaraf dunia bagi
mencapai status negara berpendapatan tinggi. Justeru, peningkatan kemahiran secara
radikal perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran dengan memberi tumpuan
kepada strategi berikut:
Mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada pendidikan teknikal dan latihan
vokasional yang berkualiti; dan
Meningkatkan kompetensi siswazah sebagai persediaan untuk memasuki pasaran
pekerjaan.
Mengarusperdanakan dan Memperluas Akses kepada Pendidikan Teknikal dan
Latihan Vokasional yang Berkualiti
Malaysia berhasrat meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi ekonomi

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
berpendapatan tinggi. Oleh itu, enrolmen dalam pendidikan teknikal dan latihan
vokasional (TEVT) perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan
untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja. TEVT bertujuan
menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan
pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan
dalam bidang teknikal dan vokasional. TEVT menjurus kepada penyediaan kemahiran
yang boleh digunakan dengan segera dalam pasaran pekerjaan. TEVT menjadi pilihan
pendidikan perdana di kebanyakan negara maju. Model binari atau dwi-laluan pendidikan
yang fleksibel diguna pakai di kebanyakan negara berpendapatan tinggi. Model ini
membolehkan pelajar menukar aliran antara akademik dengan teknikal atau vokasional
yang mempunyai prospek kerjaya yang setara. Kadar purata enrolmen pelajar yang
memasuki aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara OECD
adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia. Penambahbaikan peluang, akses dan
kualiti TEVT untuk laluan teknikal adalah sama penting dengan penambahbaikan laluan
akademik pendidikan tertiari.
Pendidikan TEVT di peringkat sekolah menengah mempunyai dua aliran utama, iaitu
teknikal dan vokasional. Aliran teknikal mempunyai lebih banyak komponen akademik,
manakala aliran vokasional mempunyai lebih banyak komponen hands-on. Kemahiran
TEVT memberi manfaat secara langsung kepada majikan, pekerja serta sektor industri
yang berkaitan. Faedah yang diperoleh bergantung kepada gabungan kemahiran pekerja.
Oleh itu, kos berkaitan TEVT perlu dibiayai bersama antara Kerajaan, majikan, industri
dan pelajar berdasarkan kepada faedah yang diperoleh.222 Dalam tempoh Rancangan,
empat strategi berikut akan diguna pakai untuk mengarusperdanakan dan memperluas
akses kepada TEVT yang berkualiti:
Menambah baik persepsi terhadap TEVT dan menarik minat lebih ramai pelajar;
Membangunkan tenaga pengajar TEVT yang lebih efektif;
Mempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TEVT selaras dengan keperluan
industri; dan
Memperkemas penyampaian TEVT.
Menambah Baik Persepsi Terhadap TEVT dan Menarik Minat Lebih Ramai
Pelajar
Terdapat banyak peluang untuk penyedia TEVT awam dan swasta menarik lepasan
sekolah yang tidak melanjutkan pengajian untuk mengikuti latihan TEVT dan
meningkatkan bilangan pekerja berkemahiran dalam pasaran pekerjaan. Bagi tujuan ini,
penekanan akan diberi untuk meningkatkan nilai dan daya tarikan TEVT kepada pelajar,
penyedia latihan dan industri. Dalam tempoh Rancangan, kempen media di peringkat
nasional akan dilaksana secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan
menambah baik persepsi terhadap TEVT. Kumpulan sasar utama adalah pelajar yang
berpotensi dan ibu bapa mereka. Kempen akan memberi penekanan terhadap manfaat
memasuki pasaran pekerjaan dengan kelayakan TEVT, seperti gaji permulaan, jenis
pekerjaan dan laluan kerjaya serta pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk
lebih banyak jawatan dalam sektor awam. Pelbagai saluran penyampaian seperti
televisyen, radio, majalah dan selebriti akan diguna untuk menyampaikan maklumat
tersebut kepada kumpulan sasar. Kaunselor di sekolah akan diberi tanggungjawab untuk
membimbing dalam tempoh yang panjang bagi membantu pelajar, bermula daripada
tingkatan 4 berterusan sehingga pelajar berkenaan memasuki pendidikan tertiari.
Langkah ini adalah untuk memastikan lebih ramai pelajar meneruskan pelajaran ke
peringkat tertiari. Bagi meningkatkan keberkesanan bimbingan, kumpulan kaunseling
yang terdiri daripada kaunselor sekolah akan dibentuk di setiap daerah. Kumpulan
kaunseling ini akan bertanggungjawab untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan
institusi TEVT dan majikan, serta meningkatkan penyelarasan antara pihak
berkepentingan melalui pertukaran maklumat. Kumpulan ini juga akan bertanggungjawab
untuk menyediakan panduan
Membangunkan Tenaga Pengajar TEVT yang Lebih Efektif

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Laluan kemajuan kerjaya tenaga pengajar TEVT akan diperkemas untuk menjadikannya
sebagai kerjaya pilihan yang menarik kepada tenaga pengajar yang berprestasi tinggi.
Tenaga pengajar yang memenuhi syarat kompetensi yang jelas di setiap gred boleh
dinaikkan pangkat tanpa bergantung kepada kekosongan jawatan. Personel industri yang
berpengalaman tinggi dan mempunyai kemahiran praktikal di tempat kerja akan digalak
menjadi tenaga pengajar di institusi TEVT. Untuk memudahkan pengambilan ini, laluan
kemasukan ke profesion tenaga pengajar vokasional yang fleksibel akan diwujudkan, dan
syarat yang menyukarkan kemasukan di peringkat pertengahan akan dihapuskan.
Langkah ini akan meningkatkan kapasiti latihan dan membantu untuk memastikan
tenaga pengajar mempunyai pengalaman di tempat kerja.
Penambahan bilangan tenaga pengajar yang cemerlang akan dilaksanakan melalui
peluasan program tenaga pengajar sambilan. Langkah ini akan menarik mereka yang
berminat untuk menjadi tenaga pengajar di samping terus kekal bekerja di industri.
Tenaga pengajar yang memiliki pengetahuan terkini tentang teknologi dan
perkembangan industri akan memberi latihan yang paling relevan dan seterusnya
meningkatkan kebolehpasaran pelatih. Kerjasama antara institusi TEVT dengan industri
dalam pertukaran personel akan diperkukuhkan bagi membolehkan tenaga pengajar
vokasional menjalani program penempatan di industri bagi mendapat pendedahan dan
pengetahuan teknologi terkini. Pada masa yang sama, tenaga pengajar vokasional dari
industri ditempatkan di institusi TEVT bagi memperkukuh kemahiran pedagogi mereka.
Bagi memperkukuh penyampaian latihan dan meningkatkan pengambilan tenaga
pengajar, kapasiti Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan akan dipertingkatkan
dengan menggunakan metodologi dan pendekatan latihan yang baru. Sebuah pusat
latihan tenaga pengajar yang baru akan dibangunkan bagi menambah kapasiti latihan
sebanyak 800 setiap tahun. Selain daripada itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan
menyelaras program latihan pengajar di institusi latihan kemahiran awam yang lain.
Mempertingkat dan Mengharmonikan Kualiti Kurikulum TEVT Selaras dengan
Keperluan Industri
Pembangunan kurikulum TEVT dilaksana oleh setiap agensi penyedia latihan dengan
keupayaan, kapasiti dan agenda tersendiri. Amalan ini menjejaskan kualiti penyampaian
TEVT. Langkah akan diambil bagi menyeragam dan mengharmonikan kurikulum,
mengurangkan kos pembangunan kurikulum, dan memastikan kurikulum selaras dengan
keperluan terkini industri. Jabatan Pembangunan Kemahiran akan dilantik sebagai agensi
untuk membangun dan menyeragamkan kurikulum TEVT mulai tahun 2011. Jabatan
Pembangunan Kemahiran akan memastikan kurikulum yang dibangunkan memenuhi
piawaian minimum dan selaras dengan bidang ekonomi yang diberi keutamaan.
Kurikulum TEVT akan mengandungi komponen kemahiran asas berkaitan dengan literasi
dan numerasi serta penguasaan pelbagai bahasa. Kemahiran asas ini penting sebagai
sokongan kepada kemahiran praktikal serta pembinaan kemahiran dan keupayaan
individu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan suasana kerja. Di samping itu,
Jabatan Pembangunan Kemahiran akan membangun bank kurikulum untuk menyimpan
semua kurikulum yang dibangunkan. 226 Agensi penyedia TEVT mengeluarkan sijil
tersendiri dan sijil TEVT ini belum diiktiraf sepenuhnya sebagai sijil yang melayakkan
calon memasuki institusi pengajian tinggi. Penerimaan sijil TEVT dalam kalangan pelajar,
ibu bapa dan majikan dapat diperluas dengan menghapuskan keraguan terhadap kualiti
latihan yang diberikan oleh pelbagai agensi. Pada masa ini, SKM, Diploma Teknologi dan
Sarjana Muda Teknologi tidak diiktiraf sepenuhnya oleh institusi pengajian tinggi dan
Lembaga Jurutera Malaysia. Untuk penyeragaman dan pengiktirafan persijilan TEVT, SKM
akan diguna pakai sebagai persijilan kebangsaan bagi TEVT. Langkah berikut akan diambil
bagi memperkukuh pengiktirafan sijil TEVT: Mengiktiraf dan menyeragam pelbagai
tahap SKM dengan kesemua sijil yang dikeluarkan oleh penyedia TEVT menjelang tahun
2012; Mewajibkan pekerja dalam pekerjaan terpilih memiliki SKM atau sijil yang setaraf.
Syarat ini akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2012; dan Memperluas
penerimaan SKM sebagai syarat kelayakan masuk ke dalam skim perkhidmatan awam,
dan ke institusi teknikal dan vokasional di peringkat tinggi dan ke institusi pengajian
tinggi menjelang tahun 2011. Lembaga Teknologis Malaysia akan ditubuh untuk
mempercepat pengiktirafan sijil berkaitan kemahiran dan teknologi. Pengiktirafan ini akan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
menggalakkan institusi pengajian tinggi termasuk institusi TEVT menawarkan kursus
berkaitan teknologi selaras dengan keperluan ekonomi berpendapatan tinggi. Selaras
dengan hasrat untuk membangunkan pendidikan teknikal dan keperluan industri,
Malaysia-Japan International Institute of Technology akan ditubuh sebagai institusi
berautonomi di bawah Universiti Teknologi Malaysia dengan matlamat memperkukuh
kerjasama dan rangkaian dengan Jepun dalam bidang teknikal dan kejuruteraan. Institut
ini berupaya memberi pendedahan kepada pelajar dan meningkatkan keberkesanan kos
dalam menyediakan latihan tentang pembangunan teknologi terkini di tempat kerja, etika
kerja dan amalan pengurusan Jepun. Pada masa ini, terdapat keperluan untuk
mengurangkan pertindihan kursus yang ditawarkan oleh pelbagai institusi latihan bagi
mengoptimumkan penggunaan kapasiti TEVT dan mengelak pembaziran sumber. Dalam
tempoh Rancangan, perkara ini akan diberi perhatian memandangkan kadar enrolmen di
institusi TEVT dijangka akan meningkat. Institusi TEVT akan mengkaji semula,
merasionalisasi dan memperkemas penyelarasan kursus menjelang akhir tahun 2011.
Memperkemas Penyampaian TEVT
Kaedah pembiayaan semasa akan dikaji semula untuk meningkatkan keberkesanan dan
kecekapan institusi TEVT awam. Bagi menggalakkan persaingan dalam kalangan institusi
TEVT awam, penyediaan peruntukan akan berdasarkan kepada prestasi institusi. Kerajaan
juga akan menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar di peringkat SKM Tahap 3 dan
ke atas di institusi TEVT awam yang berprestasi tinggi. Bagi mencapai matlamat ini,
sistem penarafan untuk menilai prestasi institusi awam dan swasta akan diperkenalkan.
Pencapaian dalam sistem penarafan institusi TEVT akan menjadi asas kepada Kerajaan
untuk membiayai pelatih di institusi TEVT swasta. Pendekatan ini akan dipertingkat dan
diperluas dalam tempoh Rancangan bagi mengoptimumkan penggunaan kapasiti latihan
di institusi TEVT awam dan swasta. Pelajar tercicir adalah sumber tenaga kerja yang
besar dan berpotensi untuk diberi latihan kemahiran. Jika diberi latihan dan dilengkapkan
dengan kemahiran yang tepat, mereka akan meningkatkan dengan ketara bilangan
pekerja mahir. Pada tahun 2007, seramai 20,000 pelajar tercicir daripada sistem
pendidikan asas dan jumlah ini meningkat kepada 30,000 orang pada tahun 2008.
Liputan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) akan diperluaskan bagi menyediakan latihan
yang khusus untuk memenuhi keperluan golongan ini. Peruntukan tambahan juga akan
disediakan bagi membiayai kos latihan dan elaun perantisan. Dalam tempoh Rancangan,
sebanyak RM150 juta akan diperuntukkan dan seramai 20,000 pelajar tercicir akan
mendapat manfaat. SLDN menekankan penglibatan langsung industri dalam latihan dan
menetapkan 70% daripada latihan perlu dijalankan di tempat kerja. Dalam tempoh
Rancangan, latihan di tempat kerja akan digalak dan dijadikan sebagai 228 sebahagian
daripada pendidikan formal TEVT, kerana latihan ini menyediakan:
Persekitaran pembelajaran yang kondusif. Tempat kerja mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang baik melalui pengalaman sebenar. Kemahiran praktikal dan soft skills
yang diperoleh akan meningkatkan kebolehpasaran;
Aliran maklumat untuk meningkatkan kecekapan pengambilan pekerja.
Majikan mengetahui perkembangan prestasi pelatih dan perantis, justeru memudahkan
mereka membuat keputusan menggaji pekerja; dan
Sumbangan produktif. Pelatih menjalankan tugasan yang memberi manfaat kepada
majikan, ini menjadikan TEVT berfaedah kepada pelatih dan majikan. Melalui SLDN,
pekerja industri yang berpengalaman akan diberi peranan sebagai pembimbing kepada
perantis. Bagi mencapai tujuan ini, pembimbing mesti cukup terlatih untuk memberi
latihan yang berkesan di tempat kerja. Tenaga pengajar di institusi TEVT pula perlu
mempunyai kemahiran tinggi untuk melatih pembimbing. Sebanyak RM7.5 juta akan
diperuntukkan kepada SLDN untuk melatih pembimbing dan tenaga pengajar.
Meningkatkan Kompetensi Siswazah bagi Menyediakan Mereka Memasuki
Pasaran Pekerjaan
Ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi memerlukan sebilangan besar pekerja
yang berpengetahuan seperti ahli sains, jurutera, ahli profesional, agen paten dan
usahawan berasaskan teknologi. Institusi pengajian tinggi mempunyai peranan yang
penting dalam menghasilkan modal insan berkemahiran tinggi dan berkeupayaan untuk

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
mencipta, menginovasi, menghasil dan mempelopori pengetahuan baru serta
mengaplikasi dan membangunkan teknologi. Usaha untuk menarik pelaburan langsung
asing dan memacu pertumbuhan sumber domestik yang baru memerlukan bilangan
siswazah yang mencukupi dan kompeten. Walau bagaimanapun, tahap kebolehpasaran,
kekurangan dan ketidakpadanan kemahiran siswazah masih menjadi isu utama dalam
pembangunan modal insan. Banyak kajian mendapati siswazah Malaysia kurang
kompeten dalam kemahiran teknikal yang diperlukan oleh industri, dan lemah dalam soft
skills termasuk etika kerja profesional, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan,
membuat keputusan dan kepimpinan. Oleh itu, usaha bersepadu akan diambil untuk
mempertingkat ompetensi siswazah dan keberkesanan pembiayaan kos pengajian tinggi,
iaitu dengan:
Memperkukuh kerjasama industri dan penyelidikan;
Memberi lebih autonomi kepada universiti dan memperkukuh budaya berprestasi tinggi;
Memperkukuh kurikulum kursus pengajian bagi menyeimbangkan kandungan akademik
dan soft skills; dan
Melantik dan mengekalkan staf akademik yang terbaik.
Memperkukuh Kerjasama Industri dan Penyelidikan
Latihan industri adalah penting untuk membantu siswazah mempersiapkan diri bagi
memenuhi keperluan industri yang sentiasa berubah dan aktiviti ekonomi baru.
Penglibatan sektor swasta dalam penyediaan pendidikan melalui perkongsian awamswasta akan dipertingkat bagi menggalakkan penyertaan industri dalam penyediaan
kursus dan latihan industri. Di samping itu, kursus berorientasikan pasaran akan
ditambah bagi memudahkan transisi pelajar ke dalam pasaran pekerjaan dan
meningkatkan kebolehpasaran pelajar secara keseluruhannya. Rangka kerja dasar yang
standard bagi program latihan industri yang berstruktur akan dilaksana oleh institusi
pengajian tinggi dengan kerjasama industri untuk meningkatkan keberkesanan program.
Program ini dirancang untuk diperluas kepada kursus selain daripada kursus yang
mewajibkan latihan klinikal seperti perubatan, pergigian dan kejururawatan. Di samping
itu, program latihan industri untuk staf akademik akan dipergiat bagi memastikan tidak
kurang 15% daripada staf akademik mengikuti sekurang-kurangnya enam bulan latihan
industri bagi setiap lima tahun tempoh perkhidmatan. Bagi memperluas pengalaman
industri kepada staf akademik, program Knowledge Transfer Partnership (KTP) akan
diperkenal pada tahun 2011 untuk meningkatkan kerjasama antara industri dengan
universiti berkaitan. KTP bertujuan memudahkan pemindahan kepakaran dan hasil kajian
melalui projek inovatif yang dikendalikan bersama oleh staf akademik dan rakan kongsi
perniagaan daripada industri. Di samping itu, KTP juga menyediakan latihan berasaskan
industri kepada siswazah bagi meningkatkan pengetahuan dan pengalaman, kemahiran
keusahawanan serta kebolehpasaran semasa menjalankan projek berkenaan.230
Universiti akan digalak untuk mewujudkan kerjasama strategik dengan institusi
penyelidikan antarabangsa dan universiti luar negara untuk meningkatkan aktiviti
penyelidikan dan pembangunan (R&D), terutama dalam bidang teknologi baru. Antara
langkah yang akan diambil adalah:
Melaksanakan lebih banyak program sangkutan bagi membolehkan staf akademik
berkongsi pengetahuan, meneroka idea baru bagi meningkatkan kualiti penyelidikan dan
menggalakkan pertukaran staf akademik;
Mengukuhkan pengurusan harta intelek yang dibangunkan di universiti bagi
menambahbaik tadbir urus aktiviti penyelidikan; dan
Mengukuhkan pusat kecemerlangan di universiti melalui kerjasama industri dalam
aktiviti R&D bagi menyokong dan mempercepat pengkomersialan inovasi dan teknologi
baru.
Memberi Lebih Autonomi kepada Universiti dan Memperkukuh Budaya
Berprestasi Tinggi
Di negara lain, universiti awam bekerjasama dengan penggubal dasar bagi
membangunkan kaedah untuk membantu institusi pendidikan tertiari mencapai
kecemerlangan. Pemberian autonomi, ketelusan dan akauntabiliti terhadap prestasi

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
cemerlang merupakan elemen kritikal bagi membolehkan universiti di Malaysia setanding
dengan institusi terbaik dunia. Universiti awam perlu bertanggungjawab terhadap
prestasi yang dicapai memandangkan sebahagian besar keperluan kewangan dibiaya
oleh peruntukan awam. Di samping itu, ketelusan yang lebih tinggi dalam pencapaian
prestasi akan memudahkan Kerajaan membuat penambahbaikan dan memberi sokongan
dalam bidang yang diperlukan.
Menginstitusikan Autonomi dalam Universiti
Universiti terbaik dunia berupaya meningkatkan inovasi dan prestasi serta menggalak
kecemerlangan melalui autonomi yang signifikan dalam bidang berikut:
Peruntukan. Keupayaan untuk mengagih peruntukan mengikut keperluan,
menentukan keutamaan bidang pembiayaan, dan menetapkan yuran pengajian dalam
had yang ditetapkan;
Fakulti. Bebas untuk menarik dan mengekalkan staf akademik terbaik melalui insentif
yang menarik dan ganjaran yang kompetitif;
Tadbir urus. Tanggungjawab yang lebih besar dan hak membuat keputusan penting
tentang universiti termasuk hala tuju strategik, keutamaan dan pengagihan sumber serta
mendapat hak yang lebih besar dalam membuat keputusan; dan
Pengambilan pelajar. Meningkatkan kawalan terhadap kualiti dan profil pelajar yang
akan diambil. Di bawah Accelerated Programme for Excellence (APEX), universiti APEX
akan diberi autonomi dalam bidang tadbir urus, sumber manusia (lantikan anggota
sokongan, staf akademik dan pengurusan atasan), kewangan dan pengambilan pelajar.
Program ini diperkenalkan pada tahun 2008, dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah
dipilih sebagai universiti pertama diberi status APEX. Pada masa ini, USM mempunyai
autonomi dalam pengambilan pelajar. Autonomi dalam bidang lain hanya akan
dipertimbangkan setelah USM memenuhi beberapa prasyarat yang ditetapkan.
Pemberian autonomi akan diperluas kepada universiti penyelidikan dan universiti awam
lain yang mencapai tahap kesediaan yang ditetapkan.
Mengukuh Budaya Berprestasi Tinggi di Universiti
Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) telah diperkenalkan
kepada universiti awam dan akan diperluas kepada semua institusi tertiari swasta yang
menawarkan pengajian di peringkat ijazah. SETARA bertujuan membuat penilaian yang
jelas dan seragam bagi meningkatkan ketelusan serta memberi tekanan ke atas prestasi,
dan seterusnya meningkatkan kualiti keseluruhan sistem pendidikan tinggi. Penarafan
mengenai pencapaian prestasi institusi dari aspek kebolehpasaran siswazah akan
dihebahkan kepada umum. Penarafan ini akan diperluas untuk meliputi aspek seperti
kaedah pengajaran dan pembelajaran serta khidmat sokongan kepada pelajar. Dalam
tempoh Rancangan, sistem penarafan ini akan merangkumi setiap jabatan di institusi
berkenaan. Naib canselor bertanggungjawab ke atas prestasi universiti dan pembaharuan
kontrak mereka bergantung kepada prestasi yang dicapai. Prestasi yang rendah boleh
menyebabkan kontrak tidak disambung. Petunjuk prestasi utama (KPI) yang jelas bagi
naib canselor telah disediakan, termasuk KPI bagi kebolehpasaran siswazah. Dengan ini,
naib canselor akan memastikan semua staf bertanggungjawab terhadap prestasi 232
mereka dan seterusnya meningkatkan budaya akauntabiliti di institusi. Dalam tempoh
Rancangan, pembiayaan berasaskan prestasi institusi tertiari awam akan dilaksana
bertujuan menyediakan mekanisme pembiayaan yang telus untuk memangkin
peningkatan prestasi. Pendekatan baru ini akan mengandungi komponen berikut:
Pembiayaan Kerajaan berasaskan prestasi yang dikaitkan dengan SETARA.
Pembiayaan kepada universiti akan dikaitkan secara langsung dengan prestasi jabatan
dan institusi secara keseluruhan. Kaedah ini menyediakan mekanisme yang telus dalam
penyediaan pembiayaan dan peningkatan akauntabiliti dalam perbelanjaan peruntukan
awam. Mekanisme pembiayaan ini mempunyai dua komponen, iaitu komponen tetap dan
komponen berubah. Komponen tetap merangkumi item operasi asas seperti gaji staf
akademik dan kos utiliti, dan pembiayaannya tidak bergantung kepada pencapaian
prestasi. Komponen berubah pula bergantung secara langsung kepada prestasi yang
diukur melalui SETARA. Universiti yang menerima penarafan yang rendah akan menerima
peruntukan yang lebih kecil. Komponen berubah ini termasuk pembangunan intelektual

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
dalam R&D dan aktiviti ko-kurikulum pelajar;
Peralihan kaedah pembiayaan daripada berasaskan-penawaran kepada
berasaskan-permintaan. Kerajaan akan mengharmonikan kapasiti pendidikan tertiari
dan mewujudkan keserataan persaingan bagi institusi pengajian tinggi awam dan swasta
dalam mengukuhkan budaya berprestasi tinggi serta meningkatkan kualiti dan daya saing
pendidikan tertiari di Malaysia. Pendekatan sedia ada, iaitu pembiayaan awam langsung
dan pemberian geran kepada institusi awam akan beralih kepada pembiayaan
berasaskan-permintaan melalui pinjaman dan biasiswa selaras dengan pendekatan yang
lebih berasaskan-pasaran; dan
Pengurangan kadar pembiayaan Kerajaan kepada universiti. Universiti awam
perlu menambah dana melalui sumber kewangan alternatif termasuk sumbangan
daripada perbadanan, sektor swasta atau alumni. Pendekatan ini akan memperkukuh
kerjasama antara universiti dan industri, dan seterusnya meningkatkan kesesuaian serta
kualiti pengajaran dan penyelidikan.
Memperkukuh Kurikulum Kursus Pengajian bagi Menyeimbangkan Kandungan
Akademik dan Soft Skills
Kualiti dan kesesuaian kursus dan kurikulum adalah faktor penting yang mempengaruhi
kebolehpasaran siswazah. Dalam tempoh Rancangan, institusi pengajian tinggi akan
menyemak semula kurikulum dan kursus serta menyelaras pencapaian program dan
pembelajaran selaras dengan keperluan industri dan majikan. Sebanyak 2,730 program
sedia ada akan disemak semula bagi memastikan pematuhan kepada Kerangka
Kelayakan Malaysia (MQF). Semakan semula ini adalah berdasarkan kepada prinsip
berikut: Kandungan kursus yang ditawarkan akan ditanda aras dengan kriteria dan
piawaian yang dipersetujui di peringkat nasional dan selaras dengan amalan terbaik
antarabangsa; dan Penerapan domain yang ditetapkan dalam MQF yang merangkumi
soft skills seperti etika kerja positif, kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan,
kerja berpasukan dan kepimpinan. Selaras dengan pertambahan permintaan bagi pekerja
mahir dan profesional, semua politeknik di Malaysia akan disusun semula untuk
menawarkan kursus di peringkat diploma dan ijazah serta mengurangkan secara
berperingkat kursus di peringkat sijil menjelang akhir tempoh Rancangan. Politeknik akan
meningkatkan pengkhususan dalam bidang tertentu untuk menjadi pusat kecemerlangan.
Tiga politeknik sedia ada akan dinaik taraf kepada politeknik premier bagi melaksanakan
penyelidikan gunaan melalui kerjasama dengan industri berkaitan untuk memupuk
inovasi dan membangunkan teknologi tempatan dalam bidang baru. Kurikulum institusi
pendidikan tertiari perlu memberi lebih penekanan terhadap pembangunan soft skills
pelajar selaras dengan maklum balas yang diterima daripada majikan. Atribut Umum
Pelajar yang kini dikenali sebagai Skala Soft Skills Malaysia (My3S) merupakan ujian
penilaian kendiri untuk menilai kompetensi siswazah dalam soft skills. Ujian ini akan
dilaksana mulai Julai 2010. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan terus memainkan
peranan penting dalam pelaksanaan MQF sebagai asas jaminan kualiti pengajian tinggi
dan pusat rujukan kriteria dan piawaian kelayakan nasional. MQA akan memperluas
kerjasama dengan agensi jaminan kualiti luar negara melalui pemeteraian Memorandum
of Arrangement sebagai usaha menetapkan tanda aras yang 234 piawai dan membantu
meningkatkan keupayaan anggotanya.
Melantik dan Mengekalkan Staf Akademik yang Terbaik
Usaha akan dipergiat untuk menambah bilangan staf akademik berkelayakan PhD.
Peratusan staf akademik berkelulusan PhD di semua universiti awam pada tahun 2009
adalah 35.9%. Menjelang akhir tempoh Rancangan, staf akademik berkelayakan PhD di
universiti penyelidikan disasarkan sebanyak 75%, manakala universiti awam lain 60%.
Bagi mencapai sasaran ini, program MyBrain15 menetapkan matlamat untuk
meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015 dan 60,000 pada
tahun 2023. Program ini akan menyediakan lebih ramai calon untuk dilantik sebagai staf
akademik. Sejumlah RM2.26 bilion akan diperuntukkan bagi menyediakan biasiswa
kepada 16,800 staf akademik melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Proses pelantikan
staf akademik juga akan diperhalusi dan dijadikan lebih telus untuk menarik calon
terbaik. Ganjaran akan dijadikan lebih kompetitif supaya setanding dengan faedah yang

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
ditawarkan oleh sektor swasta serta menyediakan manfaat bukan kewangan seperti
waktu mengajar yang fleksibel. Sokongan kemajuan kerjaya staf akademik akan diberi
keutamaan. Modul latihan asas akan diwajibkan kepada semua staf akademik baru. Bagi
memastikan mereka mendapat panduan dan sokongan yang mencukupi pada awal
kerjaya, staf akademik baru akan diletakkan di bawah seliaan staf akademik kanan yang
bertanggungjawab membimbing dan memberi nasihat kemajuan kerjaya secara berkala.
Di samping itu, dalam tempoh tiga tahun pertama sebagai staf akademik, tugas mengajar
akan dikurangkan untuk membolehkan mereka membangunkan portfolio penyelidikan
yang mantap dan memperoleh geran daripada sumber luar. Sebagai usaha
penambahbaikan kualiti staf akademik, mereka yang telah bersara dan pensyarah luar
negara akan digalakkan untuk berkhidmat di universiti awam secara kontrak. Pensyarah
sambilan dan pensyarah pelawat terutama daripada industri juga akan digalakkan untuk
mengajar di universiti awam. Bagi tujuan ini, pakej ganjaran yang lebih menarik dan
kompetitif telah disediakan. Di samping itu, skim perkhidmatan pensyarah akan disemak
semula untuk membolehkan mereka dinaikkan pangkat ke gred yang lebih tinggi dalam
skim perkhidmatan yang sama tanpa perlu memegang jawatan pentadbiran seperti
dekan atau ketua jabatan.
MENYUSUN SEMULA PASARAN PEKERJAAN UNTUK MENJADIKAN MALAYSIA
NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI
Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi akan dicapai,
antara lain, melalui pewujudan pasaran pekerjaan yang efisien untuk membangunkan,
menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran. Kekurangan kemahiran yang
diperlukan akan menghalang transformasi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi
berasaskan pengetahuan dan inovasi. Usaha penyusunan semula dan pengukuhan
pasaran pekerjaan perlu untuk memastikan kecekapan pemadanan antara permintaan
dengan penawaran, meningkatkan keupayaan mengekalkan modal insan terbaik serta
memperkukuh daya tarikan Malaysia kepada pakar asing dan diaspora Malaysia.
Kepelbagaian tenaga kerja Malaysia terus kekal sebagai aset negara. Rakyat Malaysia
mempunyai silang budaya yang kukuh dan mudah menyesuaikan diri. Sikap keterbukaan
dan keupayaan menguasai pelbagai bahasa membolehkan modal insan negara
mewujudkan rangkaian yang kukuh di peringkat serantau dan global. Dalam tempoh
Rancangan, Kerajaan komited untuk memperbaharui pasaran pekerjaan dengan
penekanan khusus ke atas peningkatan mobiliti pekerja dan peningkatan kemahiran
tenaga kerja semasa, terutama dalam kalangan isi rumah 40% terendah. Pembaharuan
pasaran pekerjaan adalah penting bagi menyedia landasan kepada negara untuk terus
berkembang ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Tumpuan pembaharuan akan diberi
kepada tiga bidang utama:
Menjadikan pasaran pekerjaan lebih fleksibel;
Mempertingkat kemahiran dan keupayaan tenaga kerja sedia ada; dan
Memperkukuh keupayaan Malaysia menarik dan mengekalkan modal insan terbaik.
Menjadikan Pasaran Pekerjaan Lebih Fleksibel
Sistem pasaran pekerjaan yang cekap merupakan faktor penting dalam mengurangkan
kos menjalankan perniagaan, mempengaruhi iklim pelaburan dan mewujudkan lebih
peluang pekerjaan. Berdasarkan laporan Doing Business 2008 oleh Bank Dunia, Malaysia
menduduki tangga ke-43 dalam aspek pemudahan penggajian pekerja. Di samping itu,
kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing tidak mahir bergaji rendah telah
mengurangkan kadar upah dan melambatkan syarikat beralih kepada aktiviti bernilai
tambah yang tinggi, serta menyumbang kepada pengaliran keluar berterusan modal
insan tempatan.
Mengkaji Semula Rangka Kerja Perundangan dan Institusi bagi Menyediakan
Kaedah Penggajian dan Pemecatan yang Fleksibel
Dalam tempoh Rancangan, usaha akan diambil untuk mengkaji semula undang undang
perburuhan supaya selaras dengan ekonomi berasaskan pengetahuan dan cabaran
globalisasi. Kajian semula ini akan memastikan hubungan industri kekal relevan dengan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
persekitaran semasa perniagaan, mengimbangi kestabilan sosial serta memudahkan
mobiliti tenaga kerja. Kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kecekapan
penyelesaian pertikaian pekerja di Malaysia. Dalam kes lebihan pekerja, kos pemecatan
pekerja di Malaysia secara relatifnya lebih tinggi berbanding negara Asia Tenggara yang
lain. Secara purata, majikan di negara ini perlu membayar pampasan sehingga 75
minggu gaji kepada pekerja yang telah berkhidmat selama 20 tahun semasa penamatan
kontrak, berbanding hanya 56 minggu di Thailand dan empat minggu di Singapura. Di
samping itu, masa yang panjang diambil untuk menyelesaikan pertikaian kerja.
Sehubungan ini, undang-undang perburuhan akan dikaji semula dalam tempoh
Rancangan bagi mengoptimumkan keseimbangan antara fleksibiliti pasaran pekerjaan
dengan kestabilan pekerjaan serta mempercepat penyelesaian pertikaian pekerja.
Bilangan pekerja yang diberhentikan meningkat akibat daripada perubahan struktur
ekonomi negara dan pendedahan kepada kejutan luaran. Jumlah pemberhentian pekerja
yang meningkat mewujudkan keperluan bagi penyediaan jaringan keselamatan sosial
untuk membantu mereka. Jaringan keselamatan sosial juga memberi fleksibiliti kepada
syarikat untuk mengurus tenaga kerja ketika dalam kesukaran. Tabung Bantuan
Kehilangan Pekerjaan akan diperkenalkan bagi menyediakan bantuan kewangan kepada
pekerja yang diberhentikan dan tidak mendapat pampasan sewajarnya daripada pihak
majikan semasa pemberhentian. Pekerja yang diberhentikan dan layak menerima
bantuan akan diberi RM600 sebulan bagi tempoh maksimum enam bulan, dengan syarat
mereka masih belum mendapat pekerjaan dalam tempoh tersebut. Sebanyak RM80 juta
akan diperuntukkan kepada Tabung ini dalam tempoh 2010-2012.
Memperkukuh Perkhidmatan Pekerjaan bagi Meningkatkan Mobiliti Pekerja
Komponen penting bagi pasaran pekerjaan yang fleksibel adalah keupayaan membuat
pemadanan pekerjaan secara efektif untuk menyelesaikan ketidakpadanan penawaran
dan permintaan tenaga kerja. Terdapat peluang yang besar untuk mewujudkan kerjasama
industri dan perkongsian awam-swasta ke arah mengukuhkan perkhidmatan pekerjaan
kepada tenaga kerja Malaysia bagi menghapuskan herotan dalam pasaran pekerjaan.
Kerajaan akan mengukuh dan memodenkan perkhidmatan pekerjaan awam melalui
penaiktarafan pusat pekerjaan awam sedia ada. Langkah ini akan meningkatkan
penyampaian khidmat nasihat kerjaya, menyedia perkhidmatan pemadanan dan
penempatan yang dipacu oleh industri, dan melaksanakan program pendidikan atau
jangkauan komuniti yang berterusan mengenai arah aliran pekerjaan dan kerjaya. Pencari
kerja dan masyarakat akan dimaklumkan tentang peluang pekerjaan yang wujud dan
potensi laluan kerjaya. Majikan akan mendapat faedah daripada akses kepada platfom
tambahan bagi memenuhi keperluan pekerja mereka. Bagi mencapai matlamat ini, pusat
pekerjaan awam yang berkesan dan cekap yang dikendali secara bersama oleh sektor
awam dan swasta perlu diwujudkan.
Memperbaharui Dasar Pekerja Asing Tidak Mahir
Pekerja asing tidak mahir telah meningkat lebih dua kali ganda semenjak tahun 2000
kepada 1.9 juta orang, seperti ditunjukkan dalam Carta 5-9. Kebanjiran pekerja asing
tidak mahir berkos rendah telah melambatkan pelaburan dalam mekanisasi dan inovasi,
terutama dalam sektor pertanian dan pembuatan, dan seterusnya mengurangkan
pertumbuhan produktiviti dan menjejaskan aspirasi negara untuk beralih kepada ekonomi
dalam rantaian nilai lebih tinggi. Sektor yang sangat bergantung kepada pekerja asing
tidak mahir mempunyai produktiviti yang rendah, seperti ditunjukkan dalam Carta 5-10.
Kebergantungan kepada pekerja asing tidak mahir akan dikurangkan secara berperingkat.
Walau bagaimanapun, sektor yang menghadapi kekurangan tenaga kerja, seperti
pembinaan dan perladangan akan dibenarkan menggaji pekerja asing berdasarkan
keperluan. Langkah akan diambil untuk memastikan majikan menambah baik
persekitaran kerja dan kebajikan pekerja termasuk penyediaan perumahan dan
kemudahan asas. Sistem levi multi-tier akan dilaksana ke atas erkerja asin tidak ma ir.
Mela ui si tem i i, sya ikat ak n terd rong untuk me ingk tkan kema iran ekerja merek atau
men gaji pe erja a ing ang berk mahiran tingg . Sistem levi baru ini bertujuan mengawal
kemasukan pekerja asing tidak mahir kerana levi akan dibayar oleh majikan dan
bukannya pekerja. Penetapan kadar levi adalah berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
bayaran levi berkadar langsung dengan nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja,
kadar akan meningkat setiap tahun, dan berbeza mengikut tahap kemahiran pekerja
asing.
Meningkatkan Penyertaan Tenaga Kerja
Arah aliran isi rumah dengan dua sumber pendapatan meningkatkan keperluan terhadap
kaedah bekerja yang lebih fleksibel. Sehubungan ini, Kerajaan akan memperkenal
Peraturan Kerja Separa Masa di bawah Akta Kerja 1955 dalam tempoh Rancangan.
Inisiatif ini bertujuan menggalakkan penyertaan lebih besar dalam kalangan penduduk
yang berada di luar tenaga kerja seperti suri rumah, pesara dan orang kurang upaya.
Kaedah bekerja dari rumah, teleworking, dan separa masa atau masa anjal akan
digalakkan. Di samping itu, penyertaan tenaga kerja tempatan dapat ditingkatkan dengan
memanfaatkan sepenuhnya golongan wanita di luar tenaga kerja. Oleh itu, langkah akan
diambil untuk meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja daripada 46%
pada tahun 2010 kepada 55% pada tahun 2015. Jangka hayat rakyat Malaysia kini setara
dengan negara maju. Pelaksanaan dasar dan amalan bekerja secara fleksibel dan separa
masa akan menggalakkan rakyat Malaysia yang bersara untuk terus menyumbang
kepada ekonomi, terutama dalam sektor dan pekerjaan yang memerlukan kepakaran
mereka.
Meningkatkan Kemahiran dan Keupayaan Tenaga Kerja Sedia Ada
Pada masa ini, hanya 28% daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia bekerja dalam
pekerjaan berkemahiran tinggi. Peratusan ini menunjukkan sebahagian besar tenaga
kerja mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah. Peningkatan kemahiran dan
latihan semula tenaga kerja sedia ada amat diperlukan ke arah meningkatkan ekonomi
dalam rantaian nilai yang lebih tinggi. Kerajaan menyasarkan 33% tenaga kerja dalam
kategori pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang tahun 2015, dan 50% menjelang
tahun 2020. Pencapaian matlamat ini memerlukan penglibatan yang lebih besar daripada
sektor swasta.
Menggalakkan Perkongsian Kos Latihan
Liputan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran akan diperluaskan untuk
menggalakkan peningkatan kemahiran dan latihan semula tenaga kerja. Tabung ini akan
memperluas bantuan kewangan daripada lepasan sekolah kepada pekerja. Menyedari
bahawa tidak semua pekerja mampu untuk membiayai latihan, pinjaman pada kadar
faedah yang rendah akan disediakan oleh Tabung ini untuk membiayai kos latihan
peningkatan kemahiran. Sebanyak RM500 juta akan diperuntukkan untuk menyediakan
pinjaman kepada pekerja, dan jumlah yang sama juga disediakan kepada lepasan
sekolah. Enterpris kecil dan sederhana (EKS) memainkan peranan penting dalam memacu
pertumbuhan ekonomi. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME
Corp.) akan membantu dalam pembangunan EKS yang berkeupayaan dan berdaya tahan
serta mampu bersaing di pasaran global. Di samping menyediakan kemudahan
infrastruktur, bantuan kewangan, khidmat nasihat, akses kepada pasaran dan program
sokongan yang lain, SME Corp. akan terus melaksanakan Program Peningkatan
Kemahiran. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan keupayaan pekerja EKS
di peringkat teknikal, penyeliaan dan pe
gurusan terutama dalam bidang kejuruteraan elektrikal dan elektronik, teknologi
maklumat serta reka bentuk industri. Di bawah program ini, SME Corp. akan membiayai
80% daripada kos latihan yang ditanggung oleh majikan untuk melatih pekerja mereka di
pusat latihan bertauliah. Perkongsian kos latihan akan dipergiatkan melalui peluasan
liputan Tabung Pembangunan umber Manusia Berhad daripada 44 kepada 70 subsektor.
Tabung ini adalah kumpulan wang yang disumbangkan melalui levi oleh majikan untuk
melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja mereka. Dalam tempoh
Rancangan, sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan bagi meneruskan pembiayaan
geran sepadan untuk latihan dan peningkatan kemahiran pekerja EKS. Di samping itu,
RM50 juta akan diperuntukkan untuk membiayai program perantisan yang melibatkan
lebih 8,000 perantis. Peruntukan ini akan digunakan bagi membiayai elaun perantis dan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
yuran latihan vokasional. Kerajaan menggalakkan semua peringkat tenaga kerja untuk
terus meningkatkan kelayakan dan keupayaan ke peringkat lebih tinggi. Dalam tempoh
Rancangan, program akan diperkenal bagi menggalakkan penyertaan industri supaya
bersama menaja pekerja mereka untuk melanjutkan pengajian ke program PhD
perindustrian. Program ini akan melibatkan latihan dan penyelidikan projek berkaitan
dengan pekerjaan serta berfokus kepada keperluan industri. Program ini akan dilaksana
secara bersama oleh syarikat dengan universiti. Pendekatan ini akan menggalakkan
inovasi dan perkongsian pengetahuan yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan
dan pembangunan enterpris, menjana pengetahuan baru di universiti, dan menggalakkan
penyelidikan yang berkaitan dengan industri dalam negara. Bagi tujuan ini, sebanyak
RM50 juta akan diperuntukkan. Di samping itu, Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan
program di bawah pakej rangsangan ekonomi 2009 dengan menyediakan peruntukan
bagi membiayai sebahagian daripada kos pengajian di peringkat PhD di universiti
tempatan. Sebanyak RM350 juta akan diperuntukkan dalam tempoh Rancangan yang
akan memanfaatkan 5,000 pelajar PhD.
Menggerakkan Industri bagi Meningkatkan Kemahiran Tenaga Kerja
Penyediaan latihan secara langsung oleh syarikat dalam industri tertentu akan
memastikan kandungan latihan menepati keperluan industri. Bagi tujuan ini, latihan
vokasional akan diselaras dan diterajui oleh sektor swasta. Kerajaan akan mempergiat
dan menggalakkan sektor swasta untuk membangunkan program latihan dalaman yang
diiktiraf dan memperluas program tersebut dengan menyediakan latihan kepada pelatih
yang bukan hanya terdiri daripada pekerja mereka bagi memenuhi keperluan industri.
Kerajaan juga akan melaksanakan pendekatan pembiayaan tempat latihan bagi program
latihan dalam bidang kemahiran khusus untuk sektor yang diberi keutamaan. Kursus ini
akan dipersijilkan 242 sama ada di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia atau
badan persijilan antarabangsa. Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian (INSEP)
merupakan program latihan untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah dalam bidang
seperti kejuruteraan, ICT dan pengurusan. Program bridging ini dilaksanakan oleh 11
pusat pembangunan kemahiran negeri dengan kerjasama majikan. Tujuan program ini
adalah untuk menyediakan siswazah yang baru tamat pengajian dengan kemahiran
khusus dan kompetensi yang sesuai dengan keperluan industri untuk meningkatkan
kebolehpasaran mereka. Kerjasama dalam pembangunan kerjaya dan bimbingan antara
universiti dan industri akan digalakkan. Skim Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah
(GEMS) yang diuruskan oleh Jawatankuasa Syarikat Berkaitan Kerajaan Berprestasi Tinggi
Putrajaya akan terus dilaksana dan diperluaskan bagi meningkatkan kebolehpasaran
siswazah yang menganggur. Inisiatif ini bertujuan memudahkan pemadanan antara
siswazah dengan majikan, melengkapkan siswazah dengan pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang menepati keperluan industri dan jawatan yang disasarkan, dan meningkatkan
asimilasi serta integrasi siswazah dengan tempat kerja. Selain daripada syarikat berkaitan
Kerajaan, program ini juga disertai oleh EKS, agensi Kerajaan dan syarikat swasta. Sejak
inisiatif ini dimulakan pada bulan Mac 2009, GEMS telah berjaya melatih 5,000 siswazah.
Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (RPL) bertujuan mengiktiraf pengalaman
terdahulu dan kepakaran pekerja, serta menggalak dan memberi ganjaran terhadap
pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan tenaga kerja akan diperluas. Program ini
akan meningkatkan dengan ketara prospek kemajuan kerjaya tenaga kerja dengan
menganugerahkan SKM kepada pekerja yang memperoleh pengetahuan, pengalaman
dan kemahiran di tempat kerja tetapi tidak mempunyai latihan formal. Program ini
dijangka memberi manfaat kepada lebih 60,000 pekerja setahun. Bantuan kewangan
kepada pekerja untuk menjalani latihan bagi melayakkan mereka menerima SKM akan
mula dilaksana pada tahun 2011. Di samping itu, bank kredit kemahiran akan ditubuhkan
oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk menyediakan pangkalan data bagi merekod
latihan dan mempermudah persijilan tenaga kerja mahir.
Menaik Taraf dan Memperluas Akses kepada Kolej Komuniti
Sistem kolej komuniti di Malaysia menyediakan pendidikan lepasan menengah dalam
pelbagai kursus teknikal dan vokasional mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia. Kolej
komuniti di seluruh negara yang berjumlah 59 buah memainkan peranan penting untuk

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
menyediakan latihan peningkatan kemahiran dan latihan semula kepada masyarakat
dalam pelbagai disiplin. Kolej ini juga menggalak pembelajaran sepanjang hayat kepada
semua lapisan masyarakat dan kumpulan umur. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan
akan memperkenal pendekatan yang lebih inovatif bagi kolej komuniti melalui
pelaksanaan program modular yang membolehkan pelajar mengikuti pelbagai modul
jangka pendek berasaskan keupayaan mereka. Modul boleh digabung untuk melayakkan
pelajar dianugerahkan SKM. Hampir 70% daripada kandungan modul ini akan dilaksana
secara latihan praktikal di industri atau di tempat kerja. Secara khususnya, program ini
akan menyediakan peluang peningkatan kemahiran kepada pelajar yang cenderung
kepada bidang teknikal atau vokasional tetapi tidak dapat melengkapkan 11 tahun
pendidikan asas. Pendekatan modular yang lebih fleksibel ini akan menawarkan 135
kursus yang berlainan menjelang tahun 2015 berbanding dengan 52 pada tahun 2010.
Sasaran jumlah enrolmen kolej komuniti akan meningkat daripada 31,000 pelajar pada
tahun 2010 kepada 120,000 pelajar menjelang tahun 2014.
Menarik dan Mengekalkan Modal Insan Berkepakaran
Globalisasi telah meningkatkan mobiliti modal insan berkepakaran ke negara
perindustrian yang didorong oleh upah, suasana pekerjaan dan kualiti hidup yang lebih
baik. Modal insan berkepakaran tinggi berupaya menyesuaikan diri di pelbagai suasana
pekerjaan di seluruh pelusuk dunia. Terdapat banyak persaingan untuk menarik dan
mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi ini. Usaha bersepadu akan diambil untuk
meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi modal insan berkepakaran tinggi
bagi warga tempatan dan asing. Malaysia juga akan secara aktif berusaha mendapatkan
modal insan berkepakaran yang kritikal untuk negara.
Mempermudah Prosedur dan Menyedia Insentif Lebih Baik untuk Menarik
Modal Insan Asing Berkepakaran
Kerajaan akan menambah baik prosedur semasa penggajian modal insan berkepakaran
dari luar negara dengan mengurangkan kesulitan, peringkat pemprosesan dan bilangan
agensi penguatkuasaan. Penambahbaikan ini bertujuan memudahkan prosedur
pengeluaran permit kerja supaya lebih liberal selaras dengan amalan negara
berpendapatan tinggi. Sehubungan ini, amalan semasa akan dikaji semula dan
diselaraskan. Insentif dan suasana pekerjaan akan ditambah baik sebagai langkah
meningkatkan lagi daya tarikan kepada modal insan asing berkepakaran. Langkah ini
termasuk membenarkan modal insan asing berkepakaran bertukar kerja dengan
persetujuan majikan yang didaftarkan, membawa pembantu rumah asing serta memberi
kebenaran kepada pasangan untuk bekerja walaupun masih memegang pas tanggungan.
Bagi meningkatkan fleksibiliti dan mobiliti modal insan asing berkepakaran, had masa
visa pekerjaan akan dimansuhkan kepada mereka yang berpendapatan melebihi RM8,000
sebulan. Visa terbuka akan dikeluarkan kepada profesional asing yang berkemahiran
tinggi tanpa dikaitkan atau disyaratkan bekerja dengan syarikat atau majikan tertentu.
Mereka juga dibenarkan membeli unit kediaman yang berharga RM250,000 dan ke atas.
Malaysia amat memerlukan peningkatan kemasukan modal insan asing berkepakaran
dalam sektor perkhidmatan profesional untuk menampung kekurangan modal insan
tempatan. Sehingga kini, Pertubuhan Negara negara Asia Tenggara (ASEAN) telah
memeterai Peraturan Pengiktirafan Bersama bagi pengamal kejuruteraan, kejururawatan,
seni bina, perubatan dan pergigian. Manakala, Rangka Kerja ASEAN Mengenai Peraturan
Pengiktirafan Bersama bagi pengamal ukur bahan dan perakaunan telah ditandatangani.
Usaha akan dilaksana dengan mengambil kira objektif bagi mempermudah mobiliti
golongan profesional ASEAN. Menjelang tahun 2015, di bawah Perjanjian Rangka Kerja
ASEAN bagi Perkhidmatan (AFAS), Malaysia bersama negara anggota ASEAN yang lain
akan meliberalisasi kemasukan golongan profesional. Pembangunan industri
perkhidmatan di Malaysia dapat dipertingkatkan sekiranya Malaysia berupaya menarik
lebih ramai modal insan berkepakaran dalam sektor perkhidmatan profesional dari
negara ASEAN yang lain.
Menjadikan Bandar Lebih Menarik kepada Modal Insan Berkepakaran

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Kualiti hidup sesebuah bandar merupakan faktor utama bagi modal insan berkepakaran
di peringkat global memilih destinasi untuk tinggal dan bekerja. Kuala Lumpur merupakan
bandar ke-11 di Asia yang selesa untuk didiami, dan berpotensi untuk menjadi antara
lima bandar terbaik. Secara umumnya, Kuala Lumpur berada dalam kedudukan istimewa
sebagai bandar raya yang sangat selesa dan kosmopolitan yang merupakan mikrokosma
kepada Asia. Bagi menarik modal insan berkemahiran dari luar negara, Kuala Lumpur
akan digambarkan sebagai sebuah bandar raya bagi mereka yang mengutamakan kualiti
dan kepelbagaian gaya hidup, bercirikan alam semula jadi, kaya dengan budaya, dan
metropolis moden dengan infrastruktur canggih. Di samping itu, usaha bersepadu akan
dilaksana untuk menjadikan bandar raya lain seperti Georgetown, Johor Bahru, Kuching
dan Kota Kinabalu lebih menarik dan selesa untuk didiami. Inisiatif yang akan dilaksana di
bandar raya tersebut termasuk peluasan ruang terbuka seperti taman, dataran awam dan
laluan pejalan kaki, memulihkan waterfronts dan memperindah lokasi kesenian dan
kebudayaan serta meningkatkan tahap keselamatan, kecekapan pengangkutan dan
perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Mewujudkan Kesinambungan Pembangunan Modal Insan Berkepakaran untuk
Masa Hadapan
Walaupun pelbagai inisiatif telah diambil bagi menarik modal insan berkemahiran dari
luar negara, mereka yang masih berada dalam sistem pendidikan belum dimanfaatkan
sepenuhnya. Pelajar asing yang belajar di universiti tempatan, terutama dalam bidang
kritikal merupakan potensi sumber modal insan berkemahiran. Bagi mengekalkan pelajar
ini, prosedur sedia ada yang 246 mewajibkan mereka kembali ke negara asal sebaik
sahaja tamat pengajian akan dikaji semula bagi memudahkan mereka bekerja di
Malaysia, terutama dalam pekerjaan kritikal yang terpilih. Biasiswa akan diberi kepada
pelajar terbaik dari seluruh dunia untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca
siswazah dan pasca kedoktoran di Malaysia dalam bidang kritikal yang spesifik selaras
dengan keperluan negara. Sebaik menamatkan pengajian, mereka akan diberi peluang
untuk bekerja di Malaysia. Mereka yang memilih untuk tinggal dan bekerja di Malaysia
akan meningkatkan bilangan modal insan berkepakaran. Dalam tempoh Rancangan, 5%
daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia akan disediakan biasiswa untuk
melanjutkan pengajian di universiti tempatan setiap tahun. Kerajaan juga akan mengenal
pasti pelajar terbaik Malaysia yang sedang belajar di universiti terbaik di luar negara dan
akan menyediakan biasiswa bagi membiayai yuran pengajian tahun akhir dengan syarat
mereka kembali ke tanah air. Di samping itu, langkah akan diambil untuk memastikan
rakyat Malaysia yang belajar di luar negara dengan biasiswa kembali ke Malaysia sebaik
sahaja menamatkan pengajian mereka.
Penglibatan Diaspora Rakyat Malaysia
Kepelbagaian dan saiz komuniti rakyat Malaysia di luar negara adalah aset unik yang
boleh dimanfaatkan untuk melonjakkan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.
Dianggarkan lebih daripada 700,000 rakyat Malaysia bekerja dan tinggal di luar negara,
kebanyakan daripada mereka adalah profesional berkemahiran tinggi. Kerajaan akan
mengambil usaha yang tekal untuk mengenal pasti rakyat Malaysia yang berbakat di luar
negara, untuk terlibat dengan mereka dan mendorong mereka menyumbang kepada
negara melalui tindakan berikut:
Mengekalkan hubungan. Diaspora Malaysia akan dilibatkan secara aktif dalam
membina dan memperkukuh hubungan mereka dengan Malaysia. Kerajaan secara aktif
akan mengenal pasti, mempertemu dan membentuk jaringan. Pangkalan data diaspora
yang lengkap mengandungi maklumat seperti pakar dalam sektor ekonomi utama dan
latar belakang kemahiran akan diwujudkan dan diselenggara supaya mereka dilibatkan
dalam bidang bersesuaian;
Mengesah dan mengiktiraf sumbangan. Anugerah dan acara yang bersesuaian
akan diwujudkan untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian penting ahli komuniti
diaspora Malaysia. Di samping itu, persatuan diaspora Malaysia akan diwujudkan bagi
menyediakan peluang rangkaian melalui saluran atas talian dan pertemuan bersemuka di
bandar raya yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia di luar negara untuk menyediakan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
aktiviti dan peluang yang lebih besar untuk mereka menyumbang kepada negara;
Mendapatkan idea dan nasihat.
Dialog berkala akan diwujudkan antara wakil Kerajaan dengan diaspora Malaysia di
bandar raya utama yang membolehkan ahli diaspora bertukar idea dan memberi input
untuk penggubalan dasar terutamanya yang berkaitan teknologi dan perindustrian. Di
samping itu, diaspora Malaysia terkemuka akan diiktiraf sebagai autoriti dalam bidang
tertentu seperti sektor ekonomi yang utama. Mereka ini akan dirujuk dan ditawarkan
untuk menganggotai lembaga penasihat; dan
Sumber pelaburan modal. Kerajaan akan menggalak diaspora Malaysia untuk
melabur di Malaysia. Mengambil kira kepakaran mereka, diaspora akan ditawar untuk
melabur dalam projek khusus dengan kerjasama entiti perniagaan tempatan atau agensi
sektor awam melalui usaha sama.
Menubuhkan Talent Corporation bagi Membekalkan Negara dengan Modal Insan
Berkepakaran yang Diperlukan
Usaha menarik pelaburan telah dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia
dengan jayanya, tetapi tiada agensi yang bertanggungjawab dalam menarik modal insan
berkepakaran yang bertaraf dunia bagi merapatkan jurang kemahiran serta
membekalkan modal insan yang sangat diperlukan dari dalam dan luar negara. Oleh itu,
Talent Corporation (TC) akan ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana
Menteri dengan mandat untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan modal insan
berkemahiran yang diperlukan bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi. TC
akan mempunyai tiga peranan utama:
Sebagai pemangkin. TC akan meneraju dan memacu inisiatif dalam usaha untuk
menarik dan membangunkan modal insan berkepakaran bertaraf dunia melalui
pengurusan modal insan berkepakaran kebangsaan dengan kerjasama sektor awam dan
swasta. Inisiatif ini merangkumi usaha untuk melibatkan diaspora Malaysia, 248
mengenal pasti dan mengumpul modal insan berkepakaran yang berpotensi, dan
mencungkil bakat dan mempergiat pembangunan pemimpin pelapis;
Sebagai pemudah cara. TC akan membantu industri dan sektor swasta dalam
mewujud, memotivasi dan mengekalkan modal insan berkemahiran. Pihak
berkepentingan dari pelbagai agensi dan syarikat akan diketemukan untuk mewujudkan
keselarasan dan koordinasi kukuh kepada pengurusan modal insan berkepakaran
kebangsaaan. Di samping itu, peranan ini akan dilengkapkan melalui penyediaan insentif
dan sokongan untuk menghubung dan mengagih modal insan berkepakaran; dan
Sebagai penyampai. TC akan bertanggungjawab memastikan inisiatif utama negara
tentang pembangunan modal insan di semua peringkat dilaksanakan bagi
membangunkan dan mengekalkan modal insan berkepakaran di Malaysia dan
merapatkan jurang yang besar serta menangani halangan dalam pembangunan modal
insan berkepakaran. TC juga akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program dan
mengenal pasti program dan menilai kesan inisiatif utama pembangunan modal insan
berkepakaran. Rangka Tindakan Modal Insan Berkemahiran Kebangsaan yang bersepadu
akan dibangunkan oleh TC dengan kerjasama sektor awam dan swasta pada tahun 2011.
Rangka tindakan ini akan mengenal pasti dan membuat unjuran keperluan modal insan
berkepakaran dalam sektor ekonomi utama dari semasa ke semasa, dan membangunkan
inisiatif yang khusus bagi mempercepat bekalan modal insan berkepakaran yang kritikal.
Rangka tindakan tersebut akan:
Menyediakan analisis menyeluruh bagi menangani isu modal insan berkepakaran
bermula daripada peringkat prasekolah hingga persaraan, dan akan dipacu oleh
permintaan dengan kerjasama industri bagi memastikan kesesuaiannya dengan
keperluan pasaran dan ekonomi berasaskan pengetahuan; dan
Mengandungi maklumat terperinci mengenai keseluruhan peringkat pembangunan
modal insan bagi memenuhi keperluan sektor yang diberi keutamaan dan Bidang
Ekonomi Utama Negara (NKEAs), jurang permintaan dan penawaran modal insan semasa
an pada masa akan datang serta portfolio inisiatif bersepadu untuk memastikan program
dilaksana dan ditadbir urus dengan berkesan. Selaras dengan peningkatan persaingan
modal insan berkepakaran di peringkat global, langkah yang proaktif diperlukan bukan
sahaja untuk menarik, malahan untuk mengenal pasti modal insan asing yang

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
berkemahiran. Pendekatan yang akan diambil adalah sama seperti pendekatan untuk
menarik pelaburan langsung asing. TC akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dan
perwakilan Malaysia untuk merancang dan melaksana strategi secara giat untuk menarik
modal insan asing dan diaspora Malaysia, terutama mereka yang berkepakaran dalam
sektor ekonomi yang diberi keutamaan atau bakal siswazah dari universiti terkemuka
dunia. Di samping usaha mengadakan roadshow dan festival kerjaya, Kerajaan akan
melatih, mengenal pasti dan menarik modal insan asing berkepakaran tinggi bagi
memenuhi kekurangan kemahiran dan pengetahuan tertentu di Malaysia. Program
menarik dan mengekalkan modal insan sedia ada seperti Program Menggalak Warga
Negara Malaysia yang Berkepakaran yang Bekerja Di Luar Negara Pulang Ke Malaysia dan
Program Brain Gain akan digabungkan di bawah TC dan diperkukuh untuk memastikan
penyelarasan yang lebih baik, lebih fokus dan memberi impak yang lebih besar. Insentif
di bawah program ini akan dikaji semula dan diperluas untuk menjadikannya lebih
menarik bagi kumpulan modal insan berkepakaran tinggi yang disasarkan di luar negara.
KESIMPULAN
Pembangunan modal insan merupakan elemen asas dan kritikal dalam
mentransformasikan ekonomi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana
kepada negara berpendapatan tinggi. Untuk mencapai daya saing yang tinggi di
peringkat global dan ekonomi berasaskan inovasi, pendekatan yang sistematik dan
menyeluruh untuk membangun, menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran
tinggi negara diperlukan. Malaysia perlu merapatkan jurang untuk mencapai modal insan
berkepakaran bertaraf dunia. Kerajaan akan melaksanakan perubahan menyeluruh di
setiap tahap pembangunan modal insan sepanjang kitaran hayat, iaitu daripada
menambah baik pendidikan awal kanak kanak sehingga peningkatan kemahiran tenaga
kerja sedia ada. Pembangunan dan pengukuhan kualiti guru akan diberi tumpuan untuk
meningkatkan pencapaian pelajar. Sekolah dan pengetua akan dipertanggungjawab
terhadap pencapaian pelajar serta diberi lebih bantuan dan autonomi sewajarnya. Dalam
tempoh Rancangan, lebih penekanan akan diberi kepada latihan kemahiran bagi
memastikan negara dapat membentuk modal insan yang memenuhi keperluan industri,
meningkatkan produktiviti dan rantaian nilai ekonomi yang lebih tinggi. Pendidikan
teknikal dan latihan vokasional akan diarusperdanakan, dan pendidikan tertiari akan
dinaik taraf dengan ketara melalui pemberian autonomi yang lebih besar dan pengurusan
berprestasi tinggi dengan matlamat ke arah meningkatkan kebolehpasaran siswazah dan
mobiliti kerja. Dalam tempoh Rancangan, sumber akan ditumpukan kepada usaha untuk
membangun serta mengekalkan modal insan terbaik bertaraf dunia. TC akan ditubuhkan
dengan mandat utama untuk mengenal pasti dan membekal modal insan berkepakaran
tinggi yang amat diperlukan oleh sektor ekonomi utama bagi memastikan aspirasi negara
tercapai. Pada masa yang sama, usaha yang lebih gigih diambil untuk memastikan akses
yang saksama kepada peluang meningkatkan kemahiran dan menyokong golongan yang
amat memerlukan. Sehubungan ini, inisiatif latihan kemahiran akan ditumpukan kepada
isi rumah 40% terendah serta program penambahbaikan sekolah dan inisiatif LINUS
dilaksana bagi merapatkan jurang pencapaian bagi pelajar yang ketinggalan dalam
pembelajaran dan meningkatkan pencapaian sekolah berprestasi rendah. Langkah ini
akan memastikan setiap pelajar di Malaysia boleh berjaya. Modal insan berkemahiran
tinggi merupakan asas terpenting bagi mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.
Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia untuk Malaysia amat
memerlukan usaha yang tekal, terselaras dan berfokus supaya kepelbagaian dapat
dimanfaatkan ke peringkat antarabangsa serta untuk memupuk, menarik dan
mengekalkan modal insan berkemahiran tinggi di Malaysia.

: Isu Semasa Pendidikan

2.1 : Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Wang Bantuan RM100 kepada Pelajar tahun 2012 dari Kementerian Pelajaran
Malaysia
Wang bantuan RM100 ini diberikan lanjutan daripada janji kerajaan pada Bajet Negara
yang dibentangkan pada 7 Oktober 2011 yang lalu oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Matlamat pemberian wang bantuan
Matlamat pemberian wang bantuan rm100 ini ialah meringankan beban ibubapa yang
terpaksa menanggung beban mengeluarkan perbelanjaan lebih bagi membeli perlatanperalatan sekolah dan pakaian untuk anak-anak yang bakal memulakan persekolahan
pada bulan Disember 2011
Siapa yang layak terima?
Wang bantuan rm100 ni layak diterima oleh ibu bapa pelajar daripada tingkatan 1 hingga
tingkatan 5. Setiap pelajar akan menerima rm100 setiap seorang. Pelajar-pelajar yang
layak menerima bantuan rm100 ini ialah mereka yang bersekolah di Sekolah Kerajaan,
Sekolah Bantuan Kerajaan,Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Persendirian yang berdaftar
dengan Kerajaan dan Sekolah Agama Negeri.
Bila wang bantuan rm100 mula dibayar
Ianya mula dibayar mulai 15 November 2011 dan akan berakhir pada tarikh yang akan
diumumkan oleh kerajaan kelak.
Bagaimana wang ini dibayar
Wang bantuan ini dibayar dengan cara tunai kepada ibu bapa. Pihak sekolah akan
mengeluarkan borang akuan penerimaan/penolakan dan setelah diisi ibu bapa perlu
mengembalikannya kepada pihak sekolah.
Tanggungjawab pihak sekolah mengagihkan wang bantuan

Pelajar-pelajar yang layak menerima wang bantuan perlulah dikenalpasti dan


disenaraikan .
Pembayaran hendaklah dilakukan secara tunai kepada ibubapa setelah wang
dikeluarkan daripada Bank Simpanan Nasional.
Wang bantuan tidak boleh diberikan dalam apa-apa bentuk seperti cek, wang pos,
baucar atau lain-lain kecuali tunai sahaja.
Wang bantuan hendaklah diberikan kepada pelajar-pelajar yang layak menerima
dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh wang tersebut diterima oleh pihak
pentadbiran sekolah-sekolah.
Pihak sekolah hendaklah memastikan ibu bapa yang telah menerima wang
bantuan rm100 menurunkan tandatangan di dalam borang Akuan
Penerimaan/Penolakan Bantuan dan proses ini hendaklah disaksikan oleh oleh 2
orang guru sekolah

2.2 : Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku
bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet
2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan
6, seperti berikut:
Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan
Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara
sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari
2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan
sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masingmasing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan
dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan
nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar
yang bernilai RM50.00 setiap keping.
Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan
penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
Baucar ini adalah untuk pembelian buku buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan
peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan
Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari
hingga 31 Mac 2012.
Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

2.3 : Isu Penempatan GSTT


ISU PENEMPATAN GSTT
7,079 GSTT ke jawatan tetap
PUTRAJAYA: Seramai 7,079 daripada 13,184 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di
seluruh negara akan diserapkan dalam jawatan tetap selepas mengikuti kursus perguruan
di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
terpilih, mulai Januari ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata langkah itu membuktikan
komitmen Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, untuk menyelesaikan isu membabitkan 13,184 guru GSST di seluruh negara.
Beliau berkata, sebenarnya seramai 1,799 daripada 13,184 guru GSTT terbabit sedang
mengikuti latihan perguruan menerusi mod kursus dalam cuti (KDC) di IPGM di seluruh
negara sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, pada hari ini (semalam), kita memutuskan untuk memberi peluang
kepada 7,079 guru GSTT mengikuti latihan perguruan di IPTA dan IPGM di seluruh negara
mulai Januari depan.
Ia dilakukan selepas proses saringan permohonan daripada GSTT menerusi kaedah
penyerapan di bawah Skim Perkhidmatan Pelajaran selesai, katanya selepas
mempengerusikan mesyuarat khas berhubung isu GSTT di pejabatnya, di sini, semalam.
Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, 4,433 GSTT akan mengikuti kursus Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah KPLI (DPLI) di IPTA (mulai Februari 2012).
Selebihnya akan mengikuti kursus menerusi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
(PISMP) serta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di IPGM di seluruh negara mulai 9
Januari depan, katanya.
Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, kementerian menolak 2,788 permohonan lain kerana
GSTT terbabit gagal mengemukakan maklumat lengkap atau dokumen asal ketika
menghadiri temu duga sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya, kementerian bersedia memberi peluang membenarkan guru
terbabit membuat rayuan dengan mengemukakan permohonan lengkap bersama salinan
sijil asal yang sudah disahkan untuk pertimbangan semula kementerian sebelum tarikh
tutup pada 26 Disember ini.
Kementerian juga menolak permohonan 2,012 calon lain kerana tidak memenuhi syarat
minimum iaitu berkhidmat sebagai GSTT sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut.
Selebihnya, 916 permohonan lagi ditolak kerana berumur lebih 35 tahun iaitu melebihi
had ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), katanya.

2.3 : Majlis Bahasa Inggeris

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

2.4 : Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

2.5 : Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional


MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL
TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL
BERTEMPAT DI
GERMAN-MALAYSIA INSTITUTE
PADA 06 JANUARI 2012
Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Yang Berhormat Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri,
Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian
Yang Berbahagia Dato Sri Abd Ghafar bin Mahmud,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Ketua-Ketua Jabatan,
Dif-Dif Kehormat, Dato'-Dato', Datin-Datin,
Tuan-Tuan, Puan-Puan,
Seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian
1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t
kerana dengan limpah izin dan kurniaNya, kita dapat berhimpun dalam satu majlis
bersejarah yang menandakan permulaan transformasi pendidikan vokasional, selaras
dengan agenda yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh iaitu
mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional. Saya juga ingin

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan perhargaan kepada pihak penganjur dan
tuan rumah iaitu German Malaysia Institut (GMI) kerana dapat menjayakan majlis yang
amat bermakna ini.
2. Aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan
pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan berhasrat untuk merealisasikan
High Income Economy' atau Ekonomi Berpendapatan Tinggi. Dalam Model Baru Ekonomi
yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato` Sri Mohd Najib bin
Tun Abdul Razak, dinyatakan bahawa kejayaan melahirkan modal insan yang
berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu bagi menjana
kekayaan negara merupakan faktor yang kritikal, bagi menentukan pencapaian kemajuan
dan kemakmuran masa depan negara Malaysia. Pertumbuhan ekonomi nasional
menuntut peningkatan bilangan graduan dalam bidang teknikal dan vokasional.
Dato-dato, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan
3. Dalam memenuhi aspirasi ini, pendidikan vokasional adalah laluan yang penting ke
arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovatif dan
mampu menghadapi saingan pada peringkat serantau dan juga global serta relevan
dengan keperluan semasa. Dalam hal ini, penekanan terhadap penambahbaikan kualiti
Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional adalah sangat penting seterusnya
menyumbang kepada mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi. Peningkatan
kemahiran secara berterusan perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran
graduan. Sehubungan itu, sistem latihan kemahiran dan jalinan usahasama dengan pihak
industri perlu diperkukuhkan supaya lebih responsif dan menepati keperluan serta
perkembangan ekonomi negara. Untuk itu, peranan yang dinamik dari pihak yang terlibat
menjadi faktor penting dalam melahirkan tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya
saing. Tugas yang paling mencabar ialah menghasilkan tenaga kerja yang dapat
memenuhi kehendak industri tempatan iaitu sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir
dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Para hadirin sekalian,
4. Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah proaktif sejak tahun 2009 lagi dengan
melihat pelaksanaan pendidikan teknikal dan vokasional di negara maju dan negara
serantau. Kadar purata enrolmen pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat
menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan ( OECD )
adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia. Jika kita melihat kepada negara-negara
maju, pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu kekuatan utama dalam
sistem pendidikan di semua negara ini. Sebagai contoh, di Jerman, Finland dan Austria,
hampir 50 peratus hingga 80 peratus pelajarnya mengikuti pendidikan vokasional di
peringkat menengah atas melalui program sepenuh masa (4 -5 tahun) dan program
apprenticeship. Malahan di negara tersebut, pelajar-pelajar diberi pilihan untuk mengikuti
pendidikan vokasional pada peringkat umur 14 tahun lagi. Di negara-negara serantau
seperti Indonesia dan Thailand, enrolmen pelajar yang mengambil aliran ini di peringkat
menengah atas mejangkau 40 hingga 60 peratus. Dalam pada itu, pendidikan vokasional
di sekolah luar negara juga melibatkan On The Job Training bagi menghasilkan tenaga
kerja kepada industri. Apabila tamat pengajian, pelajar mereka dianugerahkan sekurangkurangnya sijil dan ada negara yang menawarkan sehingga peringkat diploma.
5. Melihat kepada perkembangan yang berlaku di negara maju dan negara serantau,
pendidikan vokasional di Malaysia perlu dibuat perubahan besar dan segera. Jika ini tidak
dilakukan, kita bimbang negara kita tidak kompetitif di peringkat global dan terus
ketinggalan. Kejayaan perlu diukur bukan hanya kepada pencapaian dalam bidang
akademik, tetapi definisi baru kejayaan ialah melalui bidang teknikal dan vokasional.
Dato-dato, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan
6. Pendidikan vokasional di Malaysia pada masa ini sedang menuju ke arah konsep
Pendidikan Untuk Semua ( Education For All ) seperti yang digariskan oleh UNESCO.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Program Pendidikan Asas Vokasional ( PAV ) yang dibentuk bertujuan untuk memberi
pilihan alternatif kepada murid yang cenderung kepada pendidikan bercorak hands-on
dan berasaskan pekerjaan (work-based) dari peringkat menengan rendah lagi sehingga
ke tahap kolej vokasional (KV) atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Swasta (
ILKS ). Sebanyak 15 buah sekolah menengah vokasional di setiap negeri telah dinaik taraf
menjadi KV rintis pada tahun 2012 seperti yang disebutkan tadi. Dengan terlaksananya
transformasi ini, maka aliran vokasional tidak boleh lagi dianggap sebagai pendidikan
kelas kedua kerana pelajar-pelajar yang keluar nanti adalah pekerja mahir yang
mempunyai kebolehpasaran kerja yang tinggi.
Hadirin sekalian,
7. Transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa kurikulum, institusi,
pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, tadbir urus dan sumber manusia sehingga
terbina sistem pendidikan vokasional yang baharu. Proses dilaksana menerusi lima
strategi, lima inisiatif dan sebelas tindakan. Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam
Buku Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional yang akan dilancarkan sebentar
lagi.
8. Lima strategi utama ini merangkumi:
- Transformasi kurikulum pendidikan vokasional
- Transformasi institusi pendidikan vokasional
- Kolaborasi dengan rakan strategik dalam industri
- Transformasi pentaksiran pendidikan vokasional.
- Transformasi organisasi pendidikan vokasional.
9. Dalam usaha memastikan latihan kemahiran memenuhi keperluan industri,
Kementerian amat menggalakkan sebarang bentuk jalinan kerjasama (MoU) antara
institusi latihan KPM (PAV dan KV) dengan industri kerana dengan adanya perkongsian
teknologi dan kepakaran ini secara tidak langsung dapat memantapkan lagi proses
pembelajaran dan latihan para pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan yang sebenar.
Maka pada hari ini akan termeterai perjanjian persefahaman (MOU) di antara KPM dengan
11 rakan strategik iaitu industri, agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS. Syabas
diucapkan kepada agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS yang terlibat.
10. Ini merupakan langkah permulaan. Saya percaya selepas ini lebih banyak agensi
awam, swasta dan industri akan tampil ke hadapan untuk sama-sama terlibat dalam
proses transformasi pendidikan vokasional yang sedang berlaku. Kerjasama pihak industri
dalam menyediakan latihan kemahiran amat penting agar latihan melalui "work based
learning" dapat diperolehi oleh pelajar. Kepakaran dan kemudahan yang ada pada kedua
belah pihak dapat dikongsi bersama serta boleh mengelakkan berlakunya
ketidaksesuaian bidang pekerjaan antara industri dengan institusi latihan kemahiran.
11. Di samping itu, amalan standard kualiti persekiran tempat kerja melalui konsep 5S
yang berasal dari Jepun iaitu sisih, sapu, susun, seragam dan selalu amal juga telah mula
diperkenalkan di sekolah menengah teknik dan vokasional oleh Bahagian Pendidikan
Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2009. Pelaksanaan
konsep 5S perlu menjadi budaya dalam pengurusan tempat kerja terutama di bengkelbengkel dan juga pejabat bagi mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan pengurusan
kerja yang lebih teratur. Inisiatif ini juga merupakan langkah ke arah transformasi
persekitaran kolej vokasional supaya amalan budaya bekerja yang berkualiti diterapkan
kepada pelajar KV. Kita mengharapkan graduan KV akan mengamalkan budaya ini apabila
mereka bekerja atau menjalankan perniagaan nanti. Saya difahamkan 8 buah sekolah
akan menerima Sijil 5S dari Malaysia Trodiction Council (MPC) pada hari ini. Sayabas
diucapkan.
12. Akhir sekali saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia, kementerian dan agensi-agensi lain dalam usaha menjayakan
transformasi pendidikan vokasional ini. Kepada seluruh warga Bahagian Pendidikan Teknik
dan Vokasional, KPM, SMT/V dan Kolej Vokasional, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya,

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Tingkatkanlah usaha dan bekerjalah dalam satu pasukan untuk meningkatkan
kecemerlangan pendidikan vokasional demi masa depan negara. Jadikanlah usaha ini
sebagai agenda penting pembangunan modal insan negara yang kita cintai.
13. Dengan lafaz Bismillah-ir Rahman-ir Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan
Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia..
Wabillahi al-Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sekian, terima kasih.

: Isu Semasa Negara

3.1 : Sistem Pemerintahan Malaysia ( YDP Agong, Kabinet, Komponen )

* Nota Peringatan ;
Dalam sistem-sistem parlimen seperti sistem Westminster United Kingdom, Perdana
Menteri ialah ketua kerajaan, manakala Ketua Negara (Raja, Ratu, Presiden, atau
Gabernor Jeneral [de facto]) yang mungkin secara rasmi merupakan ketua eksekutif
memainkan peranan istiadat. Malaysia = Perdana Menteri ialah KETUA KERAJAAN,
manakala KETUA NEGARA ialah Yang Di-Pertuan Agong.
Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu: Badan Perundangan.
Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini
kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;
Badan Pemerintah.
Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang
dan penghakiman; dan;

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Badan Kehakiman
Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang
atau menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas
dan peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah
berkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana
ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri
bertanggungjawab kepada Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman
sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin
keadilan di negara ini.
Amalan pengasingan kuasa antara tiga badan utama iaitu badan perundangan
[legislative], pentadbiran [executive] dan kehakiman [judiaciary] yang
dipraktikkan baik di peringkat pusat atau kerajaan negeri yang diamalkan selama ini
berasaskan Perlembagaan seseungguhnya telah mengukuh dan melicinkan lagi urusan
pemerintahan-pentadbiran negara semenjak merdeka.
KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
Badan Perundangan
Badan Perundangan (Parlimen Malaysia) memiliki kuasa menggubal undang-undang
persekutuan dan juga negeri-negeri di dalamnya. Parlimen terdiri daripada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dua Dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Parlimen adalah badan kuasa perundangan untuk persekutuan yang membuat undangundang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh persekutuan. Parlimen juga mengawal
kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan kadar-kadar persekutuan boleh dinaikkan hanya
dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang-undang persekutuan.
Semua hasil yang diperoleh hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang
Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya boleh dibelanjakan dengan kuasa
Parlimen. Parti yang memenangi kerusi majoriti dalam pilihan raya umum dan dapat
sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan. Pemimpin parti majoriti
yang mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat dilantik sebagai
Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara yang mengambil
keutamaan mengatasi semua orang dalam persekutuan dan tidak boleh dikenakan
dakwaan dalam apa-apa juga perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Yang di-Pertuan
Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja mengikut peraturan yang termaktub dalam Jadual
Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatannya
selama lima tahun kecuali baginda meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatannya oleh
Raja-Raja Melayu.
Sebagai ketua utama negara, baginda mempunyai kuasa eksekutif. Baginda berkuasa
memanggil, membatalkan dan membubarkan Parlimen. Dalam melaksanakan kuasa,
baginda mendapat nasihat daripada Jemaah Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh
melaksanakan tiga perkara mengikut budi bicara baginda sendiri iaitu melantik Perdana
Menteri, tidak mempersetujui pembubaran Parlimen dan meminta supaya diadakan
mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan
kebesaran Raja-Raja. Baginda juga mempunyai kuasa pengampunan bagi semua
kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan dan kesalahan-kesalahan
tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Baginda adalah Ketua Agama bagi
Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera
di Sabah dan Sarawak. Selain memegang tampuk tertinggi dalam Angkatan Tentera
Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong juga berperanan menentukan rizab orang Melayu
dan bumiputera, jawatan perkhidmatan, biasiswa, bantuan keistimewaan pendidikan atau
latihan, kadar permit atau lesen dan juga mengisytiharkan darurat.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Dewan Negara
Dewan Negara adalah Majlis Tertinggi yang berperanan membahaskan sesuatu rang
undang-undang dengan lebih terperinci. Ia juga bertanggungjawab membincangkan
perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Mengikut Perkara 68, Perlembagaan
Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undangundang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang diPertuan Agong untuk diperkenankan. Walau bagaimanapun, Dewan Negara boleh
menangguhkan pelaksanaan sesuatu rang undang-undang itu.
Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli yang mana 44 orang dilantik oleh Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada warganegara yang pada pendapat baginda
telah berbakti dengan cemerlangnya atau telah mencapai taraf gemilang dalam
perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan,
perkhidmatan masyarakat atau wakil-wakil kaum yang terkecil bilangannya atau yang
boleh mewakili kepentingan Orang Asli. Wilayah Persekutuan dianggotai oleh empat
orang ahli iaitu dua orang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli
mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan
Putrajaya juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebanyak 26
orang lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dari 13 buah negeri di Malaysia, iaitu tiaptiap sebuah negeri mengemukakan dua orang Senator.
Seorang Yang di-Pertua Dewan dan Timbalannya dipilih terlebih dahulu bagi
mengendalikan Persidangan Dewan dari kalangan ahli-ahli sendiri. Keanggotaan Dewan
ini dihadkan kepada warganegara yang berumur 30 tahun ke atas. Tempoh jawatan
seseorang Ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan Ahli Dewan Negara boleh dilantik
untuk kali kedua dan memegang jawatan Senator bagi tempoh tiga tahun lagi. Hanya dua
penggal sahaja dibenarkan bagi setiap Senator memegang jawatannya. Tempoh
memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara ini tidaklah terjejas dengan pembubaran
Parlimen. Parlimen diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk mengubah keahliah Dewan
Negara, seperti menambah bilangan ahli-ahli dewan yang dipilih oleh Dewan Undangan
Negeri menjadi tiga orang, memperuntukkan supaya ahli-ahli Dewan Negara itu dipilih
oleh pengundi-pengundi, atau mengurangkan jumlah ahli-ahli Dewan Negara yang
dilantik.
Dewan Rakyat
Dewan Rakyat merupakan majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat
serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka. Ahli-ahli Dewan Rakyat
dipilih secara langsung oleh rakyat keseluruhannya dalam pilihan raya umum. Yang diPertua dan Timbalannya dipilih oleh Dewan Rakyat. Namun demikian, terdapat pula satu
syarat dalam perlembagaan yang membolehkan Yang di-Pertua dipilih dari luar Dewan
Rakyat. Orang yang dipilih seperti ini dianggap sebagai ahli tambahan Dewan dan satu
tambahan kepada ahli yang dipilih. Keanggotaan Dewan Rakyat dihadkan kepada
warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak boleh menjadi ahli Dewan
Negara. Tempoh Dewan ini ialah lima tahun. Walau bagaimanapun, Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong berkuasa, menurut kebijaksanaannya, untuk membubarkan
Parlimen sebelum tempoh tersebut iaitu setelah memperoleh nasihat dari Perdana
Menteri.
Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 orang yang mewakili kawasan pilihan raya di
seluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyat adalah 153 kerusi untuk negeri-negeri di
Semenanjung, 25 kerusi untuk Sabah dan 31 kerusi untuk Sarawak, sementara Wilayah
Persekutuan pula 13 kerusi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 kerusi), Wilayah
Persekutuan Labuan (1 kerusi) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 kerusi).
BADAN PEMERINTAH (EKSEKUTIF)
Badan pemerintah atau eksekutif merupakan badan yang bertanggungjawab
melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan dan undang-undang.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah Persekutuan
Malaysia adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan
mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh
dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah
Menteri. Tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah
kepada orang lain. Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah Timbalan Ketua Utama
Negara. Apabila berlaku kekosongan disebabkan Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya
menjalankan tugas kerana sakit, tidak berada dalam Persekutuan Malaysia lebih daripada
15 hari atau kerana sebab-sebab lain maka Timbalan Yang di-Pertuan Agong
bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.
Jemaah Menteri
Jemaah Menteri merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di bawah Perkara 43, Perlembagaan
Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik barisan Jemaah Menteri untuk
menasihatkan baginda dalam hal ehwal menjalankan tugas-tugasnya. Jemaah Menteri
hendaklah dilantik seperti berikut:
a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang daripada ahli
Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar
daripada ahli-ahli Dewan itu sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri;
dan
b) Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menterimenteri lain dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja mengandungi semua Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Tugas
majlis ini seperti yang tercatat dalam Perkara 38, Perlembagaan Persekutuan adalah
untuk: Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan
mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga, Perlembagaan Persekutuan;
Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau
upacara agama meliputi seluruh persekutuan;
Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau
memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan memerlukan
persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding
dengan Majlis Raja-Raja.
Badan Kehakiman
Badan Kehakiman adalah badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa
kehakiman ini terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Kuasa Kehakiman
juga terletak pada Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa tertentu seperti yang
termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan.
Fungsi Badan Kehakiman
Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah-mahkamah seperti
Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi terdiri
daripada dua buah, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya sebuah bagi Semenanjung Malaysia
dan sebuah lagi bagi Sabah dan Sarawak (yang dahulunya dinamakan Borneo).
Mahkamah Rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak terdiri daripada Mahkamah
Seksyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu di Semenanjung manakala,
Mahkamah Adat/Negeri di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, terdapat juga Mahkamah
Juvana bagi membicarakan kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun.
Fungsi-fungsi ini dijalankan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan
Persekutuan kepada mahkamah-mahkamah tersebut.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Pelantikan Hakim
Ketua Hakim Negara, Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak serta
Hakim-hakim Besar Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim lain Mahkamah Tinggi
adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas
nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Bilangan hakim di
negara ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan meskipun keanggotaan mereka
boleh diubah atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi
berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negerinegeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor,
Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep
penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti
kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah
tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada
perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan
institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Rajaraja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan
Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan
Wilayah-wilayah Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan
Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan
menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau
Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan
tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan
aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan
penggubal undang undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:
1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat
Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan Negara dan
222 ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang
dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasi
berparlimen negara untuk selama-lamanya.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan
Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja.
Pemilihan itu berkuatkuasa 13 Disember 2011 untuk tempoh lima tahun. Sementara
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong
bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Ini kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama
pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.
Sultan Abdul Halim, 83, menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh
pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.
Senarai Kabinet Terkini (Jemaah Menteri)
Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Senator Datuk Seri Idris Jala
Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom
YB Senator Dato Palanivel a/l K. Govindasamy Baharu
Timbalan
Timbalan
Timbalan
Timbalan
Timbalan

Menteri:
Menteri:
Menteri:
Menteri:
Menteri:

Datuk
Datuk
Datuk
Datuk
Datuk

Liew Vui Keong


Dr Mashitah Ibrahim
SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Kementerian Kewangan
Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek Hussin
Timbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai
Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi
Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop
Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis DCruz
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun
Kementerian Pengajian Tinggi

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup
Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri: Jelaing Mersat
Kementerian Pelancongan
Menteri: Dato Seri Dr Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Menteri: Datuk Johari Baharum
Timbalan Menteri: Chua Tee Yong
Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng
Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin
Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Senator Gan Ping Sieu
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
Timbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


Menteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie
Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: A Kohilan Pillay
Timbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem
Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel
Perubahan Kabinet baharu ini melibatkan perubahan yang berikut:
Menteri
Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan bagi menggantikan Datuk
Seri Ong Tee Keat yang ditamatkan pelantikan sebagai menteri;
Datuk Wira Chor Chee Heung yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan pula dilantik
sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menggantikan tempat Cho Ha.
Timbalan Menteri
Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani;
Senator Datuk Donald Lim Siang Chai sebagai Timbalan Menteri Kewangan;
Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan menggantikan Datuk
Wee Jeck Seng yang ditamatkan pelantikan.
Senator Datuk Maglin Dennis DCruz dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan
Senator Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan
Komuniti;
Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.
Selain daripada pelantikan baru, terdapat juga rombakan dari segi pertukaran portfolio
dalam Senarai Menteri Kabinet 2010 yang melibatkan tiga timbalan menteri iaitu:
Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;
Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke Kementerian Pengangkutan;
Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.
Ketua Hakim Negara
Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dilantik sebagai Ketua Hakim Negara
berkuat kuasa 12 September ini, menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang mencapai umur
persaraan wajib 66 tahun pada tarikh berkenaan.

3.2 : Isu Adam Adli


Adam Adli Menurunkan Bendera Perdana Menteri.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Isu Adam Adli, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak yang
menurunkan bendera Dato Seri Najib Tun Razak di PWTC. Ia berlaku ekoran
ketidakpuasan hati sekumpulan golongan pelajar terhadap akta universiti AUKU. Dengan
matlamat untuk memperjuangkan kebebasan akademik, Adam Adli menyatakan dia tidak
akan membuat permohonan maaf kepada Perdana Menteri terhadap perbuatannya itu.
Tindakannya ini mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkan tindakan itu tidak
beradap dan lari daripada norma seorang pelajar yang sepatutnya sibuk menumpukan
perhatian terhadap pelajaran di universiti.Tambahan lagi dia merupakan bakal pendidik.
Namun terdapat segelintir juga yang menyokong usahanya itu dan menganggap
perbuatannya itu sebagai berani dan terkedepan dalam menyuarakan rasa hati pelajar.
Adam digantung tiga semester
Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim digantung pengajian selama tiga semester atas
tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Penggantungan pelajar tahun ketiga jurusan Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa
Kedua (TESL) peringkat sarjana muda itu berkuatkuasa serta merta.
Pelajar 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti
berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan
akademik pada 17 Disember lalu.
Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera
gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan
menggantikannya dengan kain rentang propelajar.
Beliau kemudiannya memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan
undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu.

3.3 : BR1M
Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
Satu program bantuan kewangan untuk rakyat Malaysia yang tinggal dalam isi rumah
yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Syarat Permohonan
Seorang pemohonan yang ingin mendapatkan bantuan ini mestilah:
Warganegara Malaysia
Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal
serumah dengan jumlah pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah.
Berkahwin
Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan
jumlah pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah sebulan.
Untuk

tujuan pendaftaran, pemohon mesti menyertakan salinan dokumen seperti berikut:


Borang Pendaftaran BR1M
Salinan MyKad/Kad Polis/Kad Tentera
Salinan Penyata Gaji terkini (Bagi pemohon yang menerima gaji sahaja)

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah


Bantuan Kewangan RM500 ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga yang
layak. Ketua Isi Rumah dan Ketua Keluarga dijelaskan dalam gambar di bawah.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

3.4 : Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik


Program Transformasi Kerajaan (GTP)
Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Najib
Tun Razak pada bulan April 2009, dan akan diterajui oleh beliau. Dua objektif GTP adalah
pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam
penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi
keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat
yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk
semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 untuk
Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.
Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan
ianya adalah:

Mengurangkan Jenayah
Membanteras Rasuah
Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar
Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isirumah Berpendapatan Rendah
Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar
Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar

Mengurangkan kadar jenayah


Mengurangkan jenayah jalanan 20 peratus pada hujung 2010. Pasukan Rela dikemaskini
dan diberi latihan secukupnya. CCTV ditambah untuk cegah jenayah. Percepatkan
perundangan kes-kes tertangguh.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Memerangi rasuah
Mengemaskini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan. Tender terbuka atau
tender terhad dalam semua perolehan kerajaan kecuali kes-kes tertentu.
Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan Menjadikan
pendidikan prasekloah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Semua
kanak-kanak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke
tahun 4 sebelum hujung 2012. Menjanjikan ganjaran kepada semua pengetua dan guru
besar sekolah berasaskan pencapaian sekolah masing-masing. Mengenal pasti 100 buah
sekolah terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau
sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh untuk diangkat menjadi Sekolah
Berprestasi Tinggi menjelang 2012.
Meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah
Membayar semua bantuan kebajikan untuk rakyat pada tiap 1 hari bulan bagi bulan yang
berkenaan bermula Januari 2010. Menambah jumlah usahawan di kalangan wanita
kepada 4,000 orang menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.
Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
Membina jalan luar bandar berjumlah 1,500km sebelum penamat 2012. Memastikan
kesemua rakyat di semenanjung tinggal tidak melebihi 5km dari kemudahan jalan
berturap. Meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada
penghujung tahun 2012. Meningkatkan liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak
kepada 95% pada akhir tahun 2012. Memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000
rumah Orang Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.
Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana
Meningkatkan bilangan pengguna pengangkutan awam daripada 16% kepada 25% pada
penghujung tahun 2012. Menambah 35 set 4-car-train yang beroperasi untuk laluan LRT
Kelana Jaya menjelang penghujung 2012.
Program Transformasi Ekonomi (ETP)
Pengenalan
Program Transformasi Ekonomi merangkumi Model Baru Ekonomi (MBE), 12 Bidang
Ekonomi Utama Negara (NKEA), lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dan 131
Projek Penggerak Ekonomi (EPP).
Perdana Menteri juga telah melancarkan dokumen Pelan Hala Tuju ETP di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) pada 25 Oktober 2010. Kandungan Pelan Hala Tuju ETP ini turut
merangkumi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) iaitu :
1.
Minyak,
gas
2.
Minyak
3.
Perkhidmatan
4.
5.
Perkhidmatan
6.
Elektronik
7.
Pemborongan
8.
9.
Penjagaan
10.
Kandungan
&
11.
12. Greater Kuala Lumpur

&

dan
&
infrastruktur

tenaga
sawit
kewangan
Pelancongan
perniagaan
elektrikal
peruncitan
Pendidikan
kesihatan
komunikasi
Pertanian

Program Transformasi Ekonomi (ETP) juga bersandarkan Model Baru Ekonomi

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
(NEM).

Program Transformasi Politik


KUALA LUMPUR Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan
Dalam Negeri 1960 dan beberapa akta lain yang dianggap lapuk bukan sahaja
mencatat sejarah baru tetapi turut merubah landskap politik negara sepanjang 2011.
Keputusan itu mengejutkan banyak pihak, khususnya barisan pembangkang yang
terkesima dan mati akal dengan langkah berani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
yang hanya mengambil masa dua tahun untuk menunaikan janjinya bagi melaksanakan
Program Transformasi Politik (PTP) negara.
Tanggal 15 September menjadi titik permulaan transformasi politik negara yang dilakukan
Najib apabila beliau mengumumkan pemansuhan ISA, Akta Buang Negeri 1959, dan
kajian semula yang membabitkan Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin
Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967, semasa
menyampaikan perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia.
ISA akan digantikan dengan dua undang-undang baru yang sesuai dan dijangka
dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Mac tahun depan.
Kata Najib, dua akta baru yang akan menggantikan ISA bakal mewujudkan
perseimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam.
Langkah itu juga, kata Perdana Menteri membolehkan Malaysia mengamalkan sistem
demokrasi yang progresif dengan lebih baik dan dihormati negara lain. Pada Oktober,
pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 diluluskan Dewan Rakyat tanpa sebarang pindaan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
selepas akta itu yang telah 34 tahun tidak diguna pakai, diyakini sudah lapuk dan tidak
boleh digunakan lagi.
Ini diikuti dengan pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933, yang mana serentak itu Najib
turut mengumumkan pembebasan kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu
dengan serta-merta manakala lebih 200 waran yang belum diserahkan dibatalkan.
Menurut Najib, pemansuhan akta itu dan beberapa akta lain merupakan sebahagian
daripada permulaan PTP negara dan pelengkap kepada Program Transformasi Kerajaan
(GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan kerajaan.
Kesungguhan kerajaan melaksanakan proses transformasi politik itu menurut Perdana
Menteri tidak dipengaruhi atau didesak mana-mana pihak, sama ada dari dalam
mahupun luar.
Tiada siapapun yang mempengaruhi kita, tiada siapapun yang mendesak kita.
Kerajaan ini membuat keputusan atas kehendak dan fikrah sendiri dengan memulakan
proses islah dan penambahbaikan, katanya.
Beliau berkata teras utama PTP mengambil kira aspirasi nasional ke arah sebuah Malaysia
moden, demokratik, progresif lagi maju dan memiliki demokrasi yang berfungsi.
Ia juga bertujuan menyeimbangkan keperluan keselamatan nasional dan kebebasan
individu dengan mengambil kira kemajmukan negara, yang kompleks sifatnya, dan
ancaman keganasan global pasca tragedi 11 Sept 2001, katanya. Transformasi politik
Najib juga jelas kelihatan melalui pendekatan matang pentadbiran beliau berdepan
gesaan badan bukan kerajaan dan desakan daripada pembangkang, berhubung
kebebasan mengadakan perhimpunan termasuk perhimpunan haram 9 Julai Bersih 2.0.
Seiring dengan semangat merasai denyut nadi rakyat, Najib dilihat berjaya meneruskan
momentum transformasi politiknya apabila berupaya menggantikan pertentangan
dengan dialog, sekatan dengan keterbukaan, dan mengatasi authoritarian dengan
demokrasi.
Buktinya langkah kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan
Aman 2011 bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis yang bertujuan
membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman
dan tanpa senjata.
Rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat pada hujung bulan lepas adalah satu
daripada usaha kerajaan melakukan transformasi terhadap kerangka undang-undang
sedia ada berhubung hak perlembagaan warganegara untuk berhimpun.
Turut diluluskan bulan lepas ialah usul untuk memansuhkan tiga Proklamasi
Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1966, 1969 dan 1977.
Usul yang dibentangkan Najib itu bertujuan membatalkan tiga proklamasi yang
diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan selepas keadaan darurat dan kini
dimansuhkan kerana ancaman keselamatan seumpamanya tidak lagi wujud.
Selaras dengan kesungguhan Perdana Menteri untuk melaksanakan PTP fasa kedua
dengan pemansuhan tiga Proklamasi Darurat itu, seramai 36 orang tahanan di bawah
Ordinan Darurat dibebaskan.
Tidak terhenti di situ, ruang demokrasi turut dibuka Najib kepada golongan mahasiswa
apabila kerajaan memutuskan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan
Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21
tahun menyertai parti politik.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Mengumumkan perkara itu semasa membentangkan usul memansuhkan Proklamasi
Darurat, Najib berkata keputusan itu dibuat kerana kerajaan percaya kepada kematangan
dan kebijaksanan para mahasiswa.
Dengan itu bagi menghormati hak Perlembagaan mahasiswa dan mahasiswi negara
yang telah mencapai umur baligh undang-undang atau age of majority, kerajaan akan
pinda Seksyen 15 AUKU 1974 bagi membenarkan mereka menjadi ahli parti politik,
katanya.
Penuntut universiti bagaimanapun ditegah sama sekali membawa politik kepartian ke
dalam kampus.
Langkah itu, dilihat banyak pihak mampu mengembalikan keyakinan sebahagian
pengundi muda yang sebelum ini lebih cenderung kepada agenda pembangkang.
Biarpun langkah-langkah transformasi Najib mungkin diterjemah sesetengah pihak
sebagai strategi kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya umum ke13 tidak lama lagi, namun tidak dapat dinafikan pembaharuan yang dibawakan anak
sulung Tun Abdul Razak Hussein ini akan kekal menjadi legasinya sebagai Perdana
Menteri Malaysia keenam. BERNAMA

3.5 : Bajet 2012

Semasa Bajet 2011 (Belanjawan 2011) yang lepas kerajaan memperkenalkan konsep
Bajet Rakyat kerana pada masa itu Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri
Kewangan, YAB Dato Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak mengalu-alukan sumbangan
buah fikiran atau pandangan daripada rakyat. Dalam Bajet 2012 ini pula kerajaan sekali
lagi meneruskan kesinambungan konsep sebelumnya. Menterjemahkannya sebagai
Belanjawan Transformasi untuk Semua Rakyat Malaysia, sasaran Bajet 2012 ini adalah
berusaha mencapai keseimbangan yang bakal memberikan kebaikan kepada pelbagai
pihak. Beberapa aspek yang diberi keutaamaan termasuklah janji kerajaan untuk
memastikan terdapat keadilan sosial di samping mengukuhkan ekonomi bagi
kesejahteraan jangka panjang untuk semua selaras dengan prinsip 1Malaysia iaitu Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
BAJET 2012
Jumlah bajet RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan RM51.2 bilion
Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima
projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan
Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid
serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah. RM500 juta diberikan
pada sekolah kebangsaan. Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada
sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh,
sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima durian runtuh. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda
GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012. Penyenaraian dilakukan
dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat
global.RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda
terpilih.
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah
kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful
dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2
peratus. Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan
mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.
Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis,
meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota
berjumlah 62,000 orang.
Subsidi

Beras Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat
hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30.
Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
Tepung harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama


Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan
daripada RM220,000 kepada RM400,000.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang
akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan
tempoh bayaran balik lima tahun.
Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra
Rakyat. Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan
pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200
juta diperuntukkan untuk program ini.
Teksi persendirian

Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi
baru buatan tempatan.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang
berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh
tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan
RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai


perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250
dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan KWSP


Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang
menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai
5.3 juta pencarum KWSP.
Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada
RM120 juta kepada RM300 juta.
Bonus Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk
penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini
akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
Meringankan Kos Sara Hidup

Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke
bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.
Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar
dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan
disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah
dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara
Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi
serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan Banjir

Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan
Johor dengan kos satu bilion ringgit.
Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan
melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai
Segamat.

Jika dibandingkan dengan Bajet 2011, bajet 2012 ini pada saya lebih mengambil kira
kepentingan pelbagai pihak, sama ada kakitangan awam, swasta mahupun rakyat secara
umumnya. Diharap Dewan Rakyat akan meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan
2012 (Bajet 2013) pada persidangan akan datang.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

: Teori Pendidikan

4.1 : Taksonomi Bloom

Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi
bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3
domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.
1)Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual.
2)Domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan
kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam
pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan
sebagainya.
3)Domain psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal.
Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan
teknikal.
Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur
kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah
hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian.Taksonomi ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk
tujuan pendidikan.
Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras. Namun,
sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara
berperingkat. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan terminologi.
Sebagai contoh, tema pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian
ditukarkan kepada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalis, menilai dan
membina.
1. Pengetahuan (Knowledge)
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan
lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.
Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.
2. Pemahaman (Comprehension)
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan
idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep,
menterjemah draf.
Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.
3. Aplikasi (Application)
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan
lain-lain.
Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
4. Analisis (Analysis)
Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada
pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Contoh: Bezakan, pasti, pilih.
5. Sintesis (Synthesis)

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah,
membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
6. Penilaian (Evaluation)
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran,
menafsir dan mengkritik.
Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

: Lain-Lain

5.1 : SPP
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui
penguatkuasaan Akta A193 dan P.U.(B)556/1973. SPP merupakan agensi/jabatan di
bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri. Menteri yang bertanggungjawab ke atas
SPP ialah Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
SEJARAH Penubuhan SPP adalah hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya
Diraja mengenai perkhidmatan perguruan yang ditubuhkan bagi mengkaji perkhidmatan
guru-guru, gaji-gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka serta lain-lain kakitangan
sekolah (lebih dikenali dengan nama Suruhanjaya Diraja Aziz) yang telah mengemukakan
perakuan supaya sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan berasingan daripada Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA), ditubuhkan bagi Perkhidmatan Pelajaran.
Pada 1 September 1973 hingga 30 November 1973, SPP ditempatkan di Tingkat 9,
Bangunan U.M.B.C. di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Pada ketika itu, bangunan
tersebut adalah merupakan ruang pejabat yang disewa bersama Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA). Pada 1 Disember 1973 pula, dengan persetujuan Jabatan Pos dan
Kementerian Kerja Raya, SPP telah berpindah ke Tingkat 6, Rumah Persekutuan, Kuala
Lumpur. Dalam tempoh masa tersebut, Jawatankuasa Ruangan Pejabat Kerajaan dan
Kementerian Kerja Raya telah bersetuju untuk membina sebuah bangunan khas untuk
SPP.
Pada pertengahan tahun 1975, SPP telah berpindah ke bangunan baru tersebut yang
terletak di Jalan Spooner (kini dikenali sebagai Jalan Cenderawasih), Kuala Lumpur.
Seterusnya pada tahun 1988, SPP telah berpindah ke bangunan Menara Dato Onn, Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. SPP telah berpindah ke Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan Putrajaya mulai tahun 1999 hingga kini.
Bagi melancarkan urusan pelantikan dan perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak,
maka urus setia cawangan Sarawak telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 Julai 1976
berdasarkan kepada Education Act 1961 (Extension to Sarawak Order 1976). Urusan
perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak hanya dilaksanakan berdasarkan kepada
peraturan-peraturan Persekutuan sepenuhnya selepas 1 Julai 1978 iaitu setelah
berkuatkuasa Laporan Jawatankuasa Kabinet. Sebelum tarikh tersebut, peraturanperaturan yang digunapakai adalah berasaskan kepada Perintah Am Negeri, PekelilingPekeliling dan Peraturan-Peraturan yang digunapakai pada masa itu.
Urus setia cawangan Sabah pula telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1977 bagi tujuan yang
sama iaitu melancarkan urusan perkhidmatan pendidikan di negeri Sabah. Bagi urusan
kenaikan pangkat dan tindakan tatatertib ianya dikendalikan secara terus oleh ibu
pejabat SPP di Putrajaya. Pada peringkat awal penubuhan SPP, keanggotaan Anggota
Suruhanjaya terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat (4) orang Anggota. Mulai

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
tahun 1978, jawatan Timbalan Pengerusi diwujudkan. Kini, keanggotaan semasa SPP ialah
seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 24 orang Anggota. Sepanjang
penubuhannya, seramai 8 orang Pengerusi dan 9 orang Timbalan Pengerusi telah dilantik.
Dalam tempoh yang sama, seramai 11 orang Setiausaha telah menerajui SPP selaku
Ketua Jabatan.

VISI SPP
Menjadi Suruhanjaya Perkhidmatan Yang Terbaik
MISI SPP
Memberi Perkhidmatan Yang Berkualiti Dalam Urusan Pengambilan Dan Perkhidmatan
Bagi Anggota Perkhidmatan Pelajaran
OBJEKTIF SPP
Melaksanakan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dari segi
pelantikan, urusan perkhidmatan dan kawalan tatatertib dan naik pangkat Anggota
Perkhidmatan Pelajaran dengan cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan sektor

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
pendidikan
PENGERUSI
TAN SRI DR ZULKURNAIN BIN HAJI AWANG
TIMBALAN PENGERUSI
DATO' HAJI DANGIRAN BIN HAJI MUSTAPA

5.2 : JPA
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang
merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk perkhidmatan awam.
Dengan kata yang lain, jabatan ini adalah seolah-olah Bahagian Sumber Manusia dalam
sebuah syarikat swasta. Mulai daripada 1 Oktober 1998, JPA melaksanakan MS ISO 9000
dan diiktirafkan dengan sistem kualiti tersebut pada 21 Ogos 1999.
Objektif
Menjadi agensi yang berprestasi tinggi dalam membekalkan sumber tenaga manusia
yang berupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui penggubalan dasar dan
pengurusan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:

Misi

Cepat dalam semua tindakan;


Layanan mesra kepada pelanggan;
Menepati masa yang dijanjikan;
Telus dalam semua peringkat pengurusan;
Adil dan saksama dalam pertimbangan;
Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi (availability) dan
boleh dipercayai (reliability); dan
Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.

Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan dalam urusan personel sektor awam.
Menggubal dasar personel sektor awam termasuk pengambilan, penempatan,
kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, gantirugi
kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif dan penghargaan.
Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam yang berkualiti.
Menentukan saiz dan struktur yang optimum.
Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mengujudkan suasana yang
harmonis.

Fungsi
Fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk:
Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan Malaysia dalam urusan sumber
manusia sektor awam (di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam);
Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam;
Menggubal dasar sumber manusia sektor awam, termasuk pengambilan,
penempatan, kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah
persaraan, ganti rugi kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif, dan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

penghargaan (di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan


Awam (Pembangunan)); dan
Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mewujudkan suasana yang
harmonis (di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(Operasi)).

Sejarah
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bermula sebagai Pejabat Perjawatan Tanah Melayu
di Singapura pada 22 Ogos 1934. Dengan pembentukan Malayan Union pada tahun 1946,
pejabat itu berpindah ke Kuala Lumpur. Pejabat Perjawatan Persekutuan kemudian
ditubuhkan pada 1 Julai 1954 melalui percantuman Pejabat Perjawatan Tanah Melayu,
Cawangan Perkhidmatan Pejabat Ketua Setiausaha, serta Bahagian Perjawatan
Perbendaharaan Persekutuan.
Pada tahun 1967, Pejabat Perjawatan Persekutuan menukarkan nama kepada Pejabat
Perjawatan Malaysia dan kemudian 15 Ogos 1968 menukarkan nama semula lagi kepada
Jabatan Perkhidmatan Awam. Nama jabatan ini telah dikekalkan sejak masa itu.
Ketua Jabatan
01 Jul 2010 - (Kini) Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah

5.3 : Sorotan Peristiwa 2011

Sorotan Peristiwa 2011


1-Gempa Bumi Di Jepun.
Paparan peristiwa penting tahun 2011 dimulakan dengan kejadian gempa bumi yang
melanda Jepun. Gempa dengan kekuatan 8.9 pada Skala Richter merupakan yang paling
buruk berlaku di Jepun dalam tempoh 140 tahun. Akibat kekuatan gempa ini telah berlaku
kejadian Tsunami yang bukan sahaja memusnahkan harta benda dan kerosakan awam
tetapi juga telah melumpuhkan sistem pentadbiran Jepun secara keseluruhannya.
Kejadian ini juga mengakibatkan loji nuklear di Sendai, Timur Laut Jepun mengalami
kebocoran radioaktif dan ia menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan dan dunia
terutama di bahagian Asia akan kejadian pencemaran radiasi. Terdapat juga khabar angin
yang menyatakan jangkitan radiasi telah berlaku terhadap produk-produk makanan
terutama makanan laut daripada Jepun dan ia menimbulkan panik terhadap perusahaan
makanan di Jepun oleh kalangan penduduk tempatan dan penduduk dunia.
2-Demonstrasi Di London.
Demonstrasi yang berlaku di London merupakan satu lagi peristiwa bersejarah yang
berlaku pada tahun 2011. Ia bermula di kota London dan kemudian merebak sekitar
Birmingham, Bristol dan Liverpool. Demonstarsi ini terjadi ekoran tindakan polis
menembak mati seorang pemuda berumur 29 tahun dalam keadaan berbalas tembakan.
Demonstrasi ini juga telah menyebabkan salah seorang pelajar Malaysia di sana, Asyraf
Haziq Rosli, 20 tahun cedera akibat ditumbuk dan dipukul oleh orang yang tidak dikenali.
Lebih malang lagi untuk pelajar berkenaan, dalam keadaan cedera dia telah dirompak
tanpa mampu melakukan apa-apa. Kejadian ini telah dirakam dan tersebar di laman video
popular Youtube, lalu mendapat perhatian banyak pihak daripada seluruh dunia. Perdana

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Menteri Britain, David Cameron telah menyampaikan permohonan maaf terhadap apa
yang berlaku kepada pelajar berkenaan.
3-Kebangkitan Di Timur Tengah.
Tahun 2011 juga menyaksikan kebangkitan di Timur Tengah akibat rakyat yang tidak
berpuashati dengan pemerintahan di negara-negara terlibat. Dikenali juga sebagai Arab
Spring, ia bermula di Tunisia diikuti Mesir dan Syria. Yang paling popular dan dikenali,
Hosni Mubarak yang telah memerintah Mesir secara diktator selama 30 tahun akhirnya
meletakkan jawatan atas desakan yang dibuat oleh rakyat. Demonstrasi ini juga telah
mengakibatkan industri pelancongan dan ekonomi Mesir lumpuh.
4-Kematian Muammar Gaddafi.
Seorang lagi pemimpin diktator yang dikenali ramai, Muammar Gaddafi telah digulingkan
dalam penentangan berdarah yang berlaku di Libya. Kolonel Muammar Abu Minyar alGaddafi telah dilahirkan pada 1942 dan merupakan presiden yang memerintah Libya
semenjak 1969. Berasal daripada keluarga petani, Muammar Gadaffi menerima
pendidikan rendah agama dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan. Daripada sinilah
Gadaffi mengasaskan kumpulan revolusi untuk merampas kepimpinan negara Libya.
Menjadikan peritiwa Presiden Gamal Abdel Nasser di Mesir menjatuhkan kerajaan monarki
sebagai inspirasi, Gadaffi telah memulakan aktiviti politiknya secara aktif. Mendapat
gelaran sebagai Pemimpin Besar Dan Pengasas Revolusi pada peringkat awal
pemerintahannya, Gadaffi telah memansuhkan sistem kerajaan beraja di Libya.
Terdapat pelbagai versi cerita mengenai kerajaan yang diperintah oleh Gadaffi ini.
Pemerintahan Gadaffi sering melaungkan yang Libya adalah diperintah oleh rakyat dan
monopolinya terhadap kuasa politik tidak melampau dan tidak zalim seperti diktator lain.
Dikalangan negara barat dan Amerika beliau dikenali dengan kelantangan suaranya
dalam memperjuangkan isu hak dan keadilan serta mengkritik pimpinan barat kerana isu
diskriminasi terhadap Islam. Ini menjadikan Barat terkadang tidak selesa dengan
pemimpin negara pengeluar minyak di Utara Afrika ini.
Gadaffi akhirnya mati di tempat kelahirannya sendiri di bandar Sirte. Beliau dibunuh
dengan kejam dan dimalukan oleh mereka yang membencinya. Mayatnya diarak dan
dipamerkan kepada seluruh rakyat Libya sebelum dikebumikan di tempat yang
dirahsiakan.
5-Perkahwinan Diraja British.
Satu lagi peristiwa bersejarah pada tahun 2011 adalah apabila Putera William
melangsungkan perkahwinan diraja bersama pasangannya Kate middleton. Perkahwinan
pasangan diraja ini mendapat liputan meluas media diseluruh dunia. Putera William
merupakan anak kepada mendiang Puteri Diana bersama Putera Charles. Setelah
perkahwinan itu, mereka dikurniakan gelaran Duke of Cambridge dan Duchess of
Cambridge masing-masing untuk putera Williams dan Kate middleton. Selain itu putera
William juga dikurniakan gelaran Earl of Strathearn dan Baron Carrickfergus. Antara yang
dijemput hadir ke majlis tersebut ialah Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal
Abidin.
6-Malaysia Airlines Dan Air Asia Bekerjasama.
Isu dan topik syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines System Berhad (MAS)
terus menjadi antara topik yang hangat diperkatakan pada 2011. Lebih mengejutkan
apabila syarikat penerbangan kebangsaan mengumumkan akan bekerjasama dengan
syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia. Perkara ini berlaku apabila Khazanah
Nasional, pemilik saham terbesar dalam Malaysia Airlines membenarkan sebanyak 20.5
peratus sahamnya dimiliki oleh Tan Sri Tony Fernandes dan juga Dato Kamarudin Meranun
melalui syarikat Tune Air Berhad. Kemudian telah dibentangkan Rangka Kerja Kolaborasi

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Komprehensif (CCF) bagi menyelaras tindakan yang akan membolehkan kedua-dua
gergasi penerbangan ini bekerjasama dari segi logistik dan strategik.
Perkara ini telah menimbulkan kontroversi dan menjadi isu hangat apabila dikatakan
terdapat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ketika semua proses ini berlaku.
Banyak lagi yang saya ingin tulis mengenai topik ini, namun saya bukan dalam kapasiti
yang dibenarkan kerana saya merupakan salah seorang kakitangan syarikat berkenaan.
Mungkin satu masa saya akan menceritakan daripada perspektif saya sendiri mengenai
aspek pengurusan dan kepimpinan di Malaysia Airlines itu sendiri.
7-Tuduhan Rasuah Terhadap Dato Seri Dr Khir toyo.
Isu rasuah melibatkan mantan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Khir Toyo menjadi
antara topik yang menjadi perhatian ramai kerana ia dianggap sebagai kes berprofile
tinggi membabitkan kenamaan negara. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara
selama setahun selepas beliau didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk beliau
dan isterinya dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5
juta, empat tahun lalu. Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki yang memutuskan hukuman
itu turut mengarahkan perlucutan hak terhadap hartanah tersebut. Kes ini turut
mengundang kontroversi kerana Dato Seri Dr Khir Toyo merupakan Menteri Besar dan
mempunyai kepentingan ketika membeli hartanah terbabit.
8-Pasukan Bola Sepak Malaysia cemerlang di Sukan Sea.
Detik manis dicipta pada 2011 kerana kejayaan skuad bola sepak memenangi pingat
emas di Sukan Sea Jakarta, Indonesia sekaligus mempertahankan emas pada Sukan Sea
yang lalu. Menariknya pertandingan adalah melibatkan pasukan Indonesia yang
merupakan tuan rumah pada acara berkenaan. Dengan sokongan padu lebih 100 ribu
penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bong Karno, seolah rahmat dan rezeki untuk
Malaysia apabila anak buah Ong Kim Swee disuntik semangat dan begitu yakin diri bagi
mempertahankan kejuaraan dimana ia merupakan detik yang sangat berharga dalam
sejarah bola sepak tanah air.
9-Kematian Presiden Korea Utara, Kim Jong Il.
Tahun 2011 diakhiri dengan kematian Presiden Korea Utara, Kim Jong Il. Serangan jantung
dikenalpasti punca yang menyebabkan kematiannya pada usia 69 tahun. Amat dikenali
dengan program senjata nuklearnya sewaktu pemerintahan, Jong-Il mencuri tumpuan
dunia apabila cuba bangkit untuk menjadi kuasa dunia baru melalui program
persenjataannya.
Ketika menjadi Presiden Korea Utara pada awal dan lewat 1990-an, beliau menyaksikan
ratusan ribu rakyatnya maut akibat kebuluran, dan masalah kekurangan makanan
berterusan sehingga ke hari ini dan adalah dianggarkan satu pertiga daripada kanakkanak Korea Utara terbantut tumbesarannya akibat kekurangan zat makanan.
Kebanyakan peruntukan kewangan disalurkan untuk pembangunan program ketenteraan
dan menguatkan barisan pertahanan kerajaan. Beliau telah menemui sumber untuk
meneruskan program senjata nuklear yang berkesudahan dengan ujian letupan nuklear
pada Oktober 2006 dan Mei 2009. Anak lelaki bongsu Jong-Il, Kim Jong-Un akan mengisi
kekosongan jawatan presiden seterusnya menjadi pemimpin dan pemerintah tinggi
tentera di Korea Utara.

You might also like