Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

DEFINISI UNSUR-UNSUR SENIREKA.

1.

GARISAN

~ Garisan adalah kesan pergerakan titik yang bergerak dari satu ke satu titik yang lain. Ianya tidak bercantum.
Terdapat pelbagai jenis garisan contohnya garisan nipis, garisan tebal, garisan putus-putus, garisan kasar,
garisan berserabut dan bersifat organik atau geometri.
2.

RUPA

~ Rupa ialah kesan pergerakan titik yang bergerak dari satu ke titik awal. Ianya bercantum.
mempunyai isipadu tetapi bersifat rata.
3.

Rupa tidak

BENTUK

~ Bentuk terhasil akibat kesan pergerakan titik yang bercantum bergerak dari satu ke titik permulaan. Ia
mempunyai isipadu yang bersifat 3 dimensi dan mempunyai ciri-ciri ketinggian, berjisim padu atau berjisim
longgar, berkeluasan dan mempunyai berat. Biasanya permukaannya mempunyai unsur-unsur ton, jalinan dan
ruang. Ini bermakna ia kelihatan seolah-olah seperti berisi.
4.

JALINAN

~ Jalinan ialah kesan susunan garisan kasar atau halus yang tersusun atau bertindih secara rapat atau pun
jarak pada permukaan sesuatu benda atau membentuk satu permukaan. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu :
I ) jalinan sentuh- ia boleh dirasai sifatnya secara sentuhan.
II) jalinan tampak- ia hanya boleh ditafsir secara optikal dan ilusi sahaja.
5.

RUANG

~ Ruang bermaksud kawasan kosong yang berada di sekeliling sesuatu objek.


6.

WARNA

~ Warna adalah sesuatu yang boleh dinikmati oleh mata. Ianya mempunyai peranan yang sangat penting dalam
kehidupan manusia kerana ia boleh mempengaruhi perasaan, keselamatan dan mempunyai daya tarikan.
Warna boleh terbahagi kepada 3.
I ) WARNA ASAS
II) WARNA SEKUNDER
III) WARNA TERTIER
WARNA ASAS warna yang tidak boleh dihasilkan oleh warna-warna yang lain
WARNA SEKUNDER terhasil apabila warna-warna asas dicampurkan
WARNA TERTIER terhasil dengan campuran warna asas dan warna sekunder.

PRINSIP REKAAN
1)
HARMONI
~ Susunan atau ulangan unsur seni yang sama
2)
PENEGASAN
~ Diaplikasikan untuk menonjolkan satu idea. Ianya akan menjadi satu daya tarikan dalam suatu karya. Cara ini
dapat menumpukan perhatian orang terhadap mesej utama yang hendak disampaikan. Menimbulkan sesuatu
yang dominan.
Ciri-ciri

Ada fokus atau tumpuan.


Menarik perhatian
Mengelakkan kebosanan
Menggunakan elemen kontra

3)
KONTRA
~ Kontra wujud apabila terdapat unsur yang bertentangan.
Ciri-ciri
Ada ciri-ciri bertentangan.
Ada penegasan dan tumpuan
Mengelakkan kebosanan
4)
IMBANGAN
~ Keadaan yang sebanding atau tidak berat sebelah dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian.
~ Terbahagi kepada 2 imbangan iaitu imbangan simetri dan imbangan tidak simetri.
Imbangan simetri ialah boleh ditentukan dengan melukiskan satu garisan lurus di bahagian tengah
reka bentuk. Bahagian kiri sama dengan kanan atau bahagian atas sama dengan bawah
Iimbangan tidak simetri ialah imbangan yang kedua-dua bahagian reka bentuk adalah berlainan.
5)
PERGERAKAN DAN IRAMA
~ Kesan tampak yang ditimbulkan daripada susunan unsur-unsur seni secara berulang ulang atau berlapislapis. Ianya dapat menimbulkan irama ataupun illusi pergerakan.
~ Keadaan bergetar, bergoyang, bergegar, beralun, bersinar dsb.
6)
KEPELBAGAIAN
~ Penggunaan beraneka unsur-unsur seni. Ada hubungkait dengan KONTRA.
~ Penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan.
~ Untuk menghilang rasa jemu dalam sesuatu karya.
Fungsi

Memberi gaya dan variasi


Menimbulkan tenaga
Menggambarkan perbezaan identiti
Member daya tarikan

7)
KESATUAN
~ wujud apabila semua unsur di dalam karya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh.
Fungsi
Menimbulkan perasaan selesa
Gambaran yang lengkap

Kelihatan teratur

Menimbulkan suasana tenteram

You might also like