Corak Rekaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Corak dan rekaan

Corak dan Rekaan


Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara
bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang.
Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak
Terancang. Motif, sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau
gubahan terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.
Dalam menghasilkan corak, secara amnya terbahagi kepada dua bentuk corak
iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak terancang dibuat
menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif
ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk
penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Corak tidak terancang dihasilkan
secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti
merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.
TEORI MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Definisi
Corak merupakan susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara
bebas. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif corak tidak terancang, sama
ada bentuk asas dalam satu-satu rekaan. Motif terdiri daripada motif flora, motif
fauna, motif geometrikal dan motif organik. Secara generalisasinya, corak terdiri
daripada dua iaitu corak dan rekaan terancang dan juga rekaan corak tidak terancang.
Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan
dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis
susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Contohnya
corak teknik resis, corak teknik anyaman dan corak menggunakan garisan
grid.
.
Corak tidak terancang pula dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif
tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup , mengayak
menggolek dan sebagainya.Contoh Corak teknik pualaman, corak tiupan, coak
stensilan dan corak teknik cerminan.
Jenis-Jenis Susunan Dalam Corak Dan Rekaan
Susunan Ulang Sekata
Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi
menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan
grid sebagai panduan.

Susunan Berselang Seli


Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara
ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak
yang menarik dan teratur.

.
Susunan Batu Bata
Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya
disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

Susunan Bertimbal
Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang
bertentangan.

Susunan Bertindih
Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain
sehingga membentuk corak yang menarik.

Susunan Beralun
Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang
sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang
sama atau berbeza.

Susunan Berpusat
Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan.
Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan
sebagainya.

You might also like