Atm Nov2014 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

ATM PERKASA KEDAULATAN TERPELIHARA


PENGAMBILAN CALON YANG BERKELAYAKAN LEPASAN IJAZAH
SARJANA MUDA (KEPUJIAN) UNTUK DILANTIK SEBAGAI
PEGAWAI KADET GRADUAN DI DALAM SKIM
PERKHIDMATAN PEGAWAI ANGKATAN
TENTERA MALAYSIA
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang
berkelayakan lepasan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai
Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM).
Kami mengalu-alukan calon-calon yang kompeten, berkredibiliti, berdedikasi, dan
mempunyai sifat kepimpinan serta sanggup berkorban demi mempertahankan
kedaulatan negara dengan menyertai perkhidmatan ATM.
Mereka yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan
untuk menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal
Diraja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU).
SEKSYEN A SYARAT-SYARAT PERLANTIKAN
PEGAWAI KADET GRADUAN
1.

Jantina.

Lelaki TDM, TLDM dan TUDM.


Wanita TDM, TLDM dan TUDM.

2.

Umur.

Tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2014.

3.

Fizikal.
a.

Tinggi Minimum:
(1)
(2)

TDM.
Lelaki 1.70m, Wanita 1.65m.
TLDM dan TUDM. Lelaki 1.62m, Wanita 1.57m.

b.

Berat Minimum: Lelaki 47.5kg, Wanita 45.0kg.

c.

Ukuran Dada Minimum: 76sm, Lelaki sahaja.

d.

Body Mass Index (BMI): 18.0 hingga 23.0 (Lelaki dan Wanita).

4.
Taraf Kesihatan. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan
oleh Pegawai Perubatan ATM. Tahap Penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta
lengkap serta memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tatademmot (DKT) Forward
Everywhere (FE).

Kelayakan Akademik:
a.
Kelulusan di Peringkat SPM. Lulus SPM atau kelayakan setaraf
dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik.
b.
Kelulusan di Peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Lulus Ijazah Sarjana
Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred
Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas di dalam jurusan yang diperlukan seperti berikut:
(1)

Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM).


(a)

Kejuruteraan.
i.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear (Kepujian).
ii.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Kepujian).
iii.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum
(Kepujian).
iv.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik
(Kepujian).
v.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Industri Automasi
dan Robotik (Kepujian).
vi.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan
(Kepujian).
vii.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan Robotik
dan Automasi (Kepujian).
viii.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Proses
dan Teknologi) (Kepujian).
ix.
Ijazah
Sarjana
Muda
Kejuruteraan Kawalan,
Instrumentasi dan Automasi (Kepujian)
x.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Kuasa
dan Pemacu (Kepujian).
xi.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Industri
(Kepujian)
xii.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan (Material)
(Kepujian).
xiii.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Struktur dan Bahan
(Kepujian)
xiv.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi Automotif
(Kepujian).
xv.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi
Senggaraan (Kepujian).

(b)

Senibina.
i.
Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur & Geomatik
(Kepujian).
ii.
Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina (Arkitek)
(Kepujian).
iii.
Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian).
iv.
Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan (Kepujian).

(c)

Teknologi Maklumat/Komputer.
i.
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan
Perisian) (Kepujian).
ii.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer
(Kepujian).
iii.
Ijazah
Sarjana
Muda
Sains
Matematik
Pengkomputeran (Kepujian).
iv.
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Data dan
Perangkaian (Kepujian).
v.
Ijazah Sarjana Muda Fizik Komputeran dan Elektronik
(Kepujian).
vi.
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Grafik dan
Multimedia(Kepujian).
vii.
Ijazah Sarjana Muda Keselamatan Siber (Kepujian).

(d)

Perhotelan dan Katering.


i.
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel & Katering
(Kepujian).
ii.
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan
Pemakanan (Kepujian).
iii.
Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Kepujian).
iv.
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan (Kepujian).
v.
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Makanan (Kepujian).

(e)

Kewangan/Perakaunan.
i.
Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Pentadbiran
(Kepujian).
ii.
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian).

(f)

Pengurusan.
i.
Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian).
ii.
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan
Pelanggan (Kepujian).
iii. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Projek (Kepujian).
iv. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Pengangkutan dan
Logistik) (Kepujian).

(g)

Pendidikan.
i.
Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan
(Kepujian) dalam bidang Fizik/ Biologi/ Kimia/ Matematik atau
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Fizik/
Biologi/ Kimia/ Matematik.
ii.
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) TESL/TESOL.

(h)

Pengajian Islam.
i.
Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran dan Qiraat
(Kepujian).
ii.
Ijazah Sarjana Muda Al Quran dan As-Sunah
(Kepujian).
iii.
Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian).
iv.
Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Perundangan Islam
(Kepujian).
v.
Ijazah Sarjana Muda Usuludin (Kepujian).
vi.
Ijazah Sarjana Muda Usuludin dan Multimedia
(Kepujian).
vii.
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa
Arab (Kepujian).
viii.
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Ilmu Wahyu
(Kepujian).
ix.
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Ilmu Wahyu dan
Tamadun Islam (Kepujian).
x.
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Dakwah
(Kepujian).
xi.
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Dirassat
Islamiah (Kepujian).
xii.
Ijazah Sarjana Muda Sejarah dan Tamadun Islam
(Kepujian).

(i)

Perubatan.
i.
ii.
iii.
iv.
v.

(j)

Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian).


Ijazah Sarjana Muda Nutrisi (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Psikologi Klinikal (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Bio-Perubatan (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Bio-Kimia (Kepujian).

Sains Sosial.
i.
Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Komunikasi Massa)
(Kepujian).
ii.
Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Komunikasi Media)
(Kepujian).
iii.
Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kajian Jenayah)
(Kepujian).

(k)

Lain-lain.
i.
Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian).
ii. Ijazah Sarjana Muda Psikologi & Kaunseling (Kepujian).
iii. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Satelit (Kepujian).
iv. Ijazah Sarjana Muda Kajian Media (Pengajian Media)
(Kepujian).
v. Ijazah Sarjana Muda Ekonometrik dan Statistik Gunaan
(Kepujian).
vi. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Percetakan (Kepujian).
vii. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Tesktil (Kepujian).
viii. Ijazah Sarjana Muda Sains Geografi (Kepujian).
4

ix. Ijazah Sarjana Muda Sains Geoinformatik (Kepujian).


x. Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Gunaan)
(Kepujian).
xi. Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan (Teknologi dan
xii. Industri Surat Kayu) (Kepujian).
xiii. Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik (Kepujian).
xiv. Ijazah Sarjana Muda Sains Remote Sensing (Kepujian).
xv. Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari (Kepujian).
(2)

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.

(3)

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti (Kepujian).


Ijazah Sarjana Muda Seni Kulinari (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Statistik (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian).

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).


i.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian).
ii.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
(Kepujian).
iii.
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian).
iv.
Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian).
v.
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian).
vi.
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan/Kewangan (Kepujian).
vii.
Ijazah Sarjana Muda Statistik (Kepujian).
viii.
Ijazah Sarjana Muda Muzik (Kepujian).
ix.
Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam (Kepujian).
x.
Ijazah Sarjana Muda Hotel dan Catering (Kepujian).
xi.
Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian).
xii.
Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian).
xiii.
Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan(Kepujian).

6.
Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kelulusan dari Institusiinstitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan
pengesahan pengiktirafan akreditasi daripada Malaysian Qualification Agency (MQA)
melalui laman sesawang JPA di www.jpa.gov.my.
7.
Kriteria Pemilihan. Calon-calon akan disaring dan diuji melalui proses pemilihan
berdasarkan Tapisan Keselamatan, Merit Kelayakan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian
Fizikal, Ujian Bertulis dan Penilaian Lembaga Pemilihan seperti yang telah ditetapkan
oleh ATM. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.
8.
Pelantikan. Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai
Kadet Graduan untuk menjalani latihan ketenteraan di setiap Perkhidmatan.
9.
Gaji, Elaun dan Kemudahan sebagai Pegawai Kadet Graduan. Berdasarkan
Garis Panduan Pelaksanaan Pindaan Syarat-syarat Perkhidmatan Angkatan
Tentera Malaysia 2013 yang telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2013.
5

SEKSYEN B PENTAULIAHAN PEGAWAI KADET GRADUAN


10.
Pentauliahan. Pegawai Kadet Graduan yang berjaya lulus dengan cemerlang
dalam Latihan Ketenteraan dan TERPILIH akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek
setelah diperkenankan oleh SPB Yang DiPertuan Agong.
11.
Gaji, Elaun dan Kemudahan sebagai Pegawai. Berdasarkan Garis Panduan
Pelaksanaan Pindaan Syarat-syarat Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia 2013
yang telah berkuatkuasa 1 Januari 2013.
SEKSYEN C PERMOHONAN
12.
Keperluan Dokumen. Sila sertakan salinan dokumen-dokumen seperti di
bawah setelah disahkan seperti berikut:
a.
Profil peribadi (resume) dan nombor telefon bimbit serta alamat e-mail yang
boleh dihubungi.
b.
Salinan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang yang
ditawarkan.
c.

Salinan Transkrip Akademik.

d.

Surat Pengesahan JPA (sekiranya berkaitan).

e.

Salinan Sijil SPM/SPMV dan setaraf.

f.

Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa.

g.

Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan Bapa.

h.

Salinan Sijil Berhenti Sekolah.

i.

Salinan Sijil Sukan dan Ko-kurikulum.

j.

Sekeping gambar berukuran pasport.

k.
Sekeping sampul Pos Ekspress berukuran 229 mm x 162mm, beralamat
sendiri.
13.
Cara Memohon. TIADA BORANG KHUSUS DISEDIAKAN UNTUK TUJUAN
PERMOHONAN. Permohonan boleh dibuat melalui cara-cara berikut:
a.

Laman sesawang www.jobsmalaysia.gov.my.

b.

Majukan secara pos atau datang sendiri di alamat seperti berikut:


Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Cawangan Tenaga Kerja
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Tenaga Kerja C)

c.

Email ke CTK.MTK@mod.gov.my.

14.
Maklumat Pegawai Pemilih. Sebarang pertanyaan sila hubungi 0320712382/4524/2391 atau Kaunter Pertanyaan dan Penyerahan Borang di talian 0320712391.
15.

Tarikh Tutup Permohonan: 30 Nov 2014.

Maklumat Penting:
Hanya calon-calon yang memenuhi syarat-syarat di atas akan dipanggil untuk
ujian pemilihan dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan. Mereka yang
tidak menerima sebarang surat tawaran selepas 8 Januari 2015 adalah dianggap
tidak berjaya. Semua Maklumat dan Dokumen calon yang telah dihantar adalah
hak milik ATM dan diklasifikasikan SULIT DARIHAL ANGGOTA dan tidak akan
dipulangkan semula.

You might also like