Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 37

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian
bagi Allah, Tuhan sekalian alam, keluarga para sahabat serta para tabiin.Syukur kehadrat
Ilahi dengan limpah kurnia dan izinnya, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan yang
bertajuk semantik dalam peribahasa Melayu(fokos kepada nilai pertanian) dalam
tempoh yang ditetapkan. Dalam tugasan ini, saya membincangkan secara lebih mendalam
tentang pengertian dan peranan serta penggunaan semantik dalam peribahasa Melayu,
khususnya dalam bidang pertanian.
.

Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih

kepadaDr.Zaitul Azma Zainon Hamzah selaku pensyarah

bagi kursus Semantik

(BBM3406). Sesungguhnya beliau banyak membantu untuk menyiapkan penulisan yang


terbaik. Beliau juga memberi komitmen yang sepenuhnya tehadap penulisan ini dan
banyak memberi nasihat, bimbingan, tunjuk ajar serta teguran yang membina supaya saya
dapat menghasilkan kerja yang terbaik.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan kerana memberi sokongan secara
langsung mahupun tidak langsung kepada saya ketika menyiapkan tugasan ini.Akhir
sekali sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam
menyiapkan tugasan ini, kerana banyak membantu saya dari segi mendapatkan bahanbahan rujukan sepanjang kerja ini dijalankan.
Justeru itu, saya mendoakan agar kesemuanya memperolehi kejayaan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan di akhirat. Terima kasih

1.0 PENDAHULUAN
1.0.1 Latar Belakang Semantik
Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai
suatu unsur yang dinamik, bahasa digunakan

dan didekati dengan menggunakan

pelbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan di


dalam bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semaktik sebenarnya
menjadi sebahagian daripada ilmu

linguistik

iaitu suatu hal

yang amat penting

memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jka tidak ada unsur makna.
Dalam ilmu linguistik,tatabahasa merupakan kajian tentang pembentukan kata
dan penyusunanya dalam ayat. Manakala semantik pula berhubung rapat dengan
pengkajian tentang makna. Semantik menurut istilah ialah merujuk tentang makna. Oleh
kerana makana itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik

tergolong

sebahagian daripada ilmu linguistik.


Istilah semantik berasal daripada bahasa yunani sema yang menerbitkan kata
semainein yang bermaksud menunjukkan, bererti atau bermakna. Bidang semantik
sudah lama menarik perhatian ahli bahasa. Orang yang mula-mula menggunakan istilah
semantik ialah M.Breal (1990) dalam bukunya yang berjudul Semantics:Studies in the
Science of Meaning.

1.0.2 Latar Belakang Peribahasa


Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang
luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Manakala
peribahasa tradisi pula merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan
seharian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula
merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada
bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu
peribahasa itu digunakan, yang membina minda.
Menurut kamus pelajar Cetakan Ke Dua Belas Terbitan Khas KBSM (1995) pula
mendefinasikan peribahasa sebagai bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yang
tetap susunanya dan mempunyai maksud tertentu.
Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, makna peribahasa adalah ungkapan atau
kalimat-kalimat ringkas padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip
hidup atau aturan tingkah laku.
Menurut Zaba (1934) yang di petik daripada bukunya Ilmu Mengarang Melayu
Edisi Ejaan Rumi Baharu Zainal Abidin Ahmad, peribahasa

diertikan sebagai segala

susunan cakap yang pendek dan yang telah melekat dimulut orang ramai semenjak
turun temurun kerana sedap didengar dan perkataannya bijak,ringkas,luas dan mempuyai
maksud yang mendalam-dipakai akan jadi sebutan-sebutan oleh orang sebagai bandingan,
teladan

dan

pengajaran.

Oleh

sebab

itu,

apa

yang

dikatakan

dengan

bidalan,pepatah,perbilangan dan perumpamaan itu ialah kerana tiap-tiap satu ini cakap
yang mengandungi segala sifat-sifat peribahasa yang telah di sebutkan. Walhal kesemua
itu ialah cakap-cakap bijaksana yang ringkas yang telah terbeku dari beberapa zaman

dan telah masyur terpakai pada mulut orang ramai, dan kadang kala di umunkan
namanya perkataan orang tua-tua sahaja.
Selain itu, peribahasa juga diguna pakai untuk membuat dan menghiasi karangan
atau percakapan dan menguatkan tujuan karangan atau sesuatu percakapan. Di samping
itu,peribahasa juga boleh dijadikan pedoman hidup kerana maksud dan isinya yang benar
dan luas.
Peribahasa-peribahasa Melayu yang melibatkan nilai pertanian ini telah dipetik
daripada dua buah buku iaitu Himpunan Peribahasa dan Simpulan Bahasa KBSM yang
telah ditulis oleh Mohd Tajudin Hashim yang berpendidikan B.A(HONS) Dip. Ed.
(UM) dan juga buku peribahasa Asas yang di hasilkan oleh Kamaruzzaman A.Kadir dan
Othman Puteh.
Semantik dalam peribahasa Melayu-Nilai Pertanian pula ialah bidang linguistik
yang mengkaji perihal makna didalam kata-kata yang pendek dan dapat dijadikan
sebagai teladang, bandingan

dan pengajaran

kepada masyarakat

(generasi) kini.

Peribahasa ini dianggap sebagai mutiara kata daripada kebijaksanaan orang yang
empunya bahasa itu.

1.1Objektif Kajian
i.

Menjelaskan pengertian,peranan dan aspek semantik khasnya di dalam


peribahasa Melayu.

ii.

Mengenal pasti perkaitan antara bidang semantik dengan peribahasa


Melayu

iii.

Mengetauhi dan memahami Peribahasa melayu dengan lebih mendalam


sebagai warisan yang ditinggalkan turun-temurun daripada nenek moyang

iv.

Mengaplikasikan

kedua-duanya

(Semantik

dan

Peribahasa)sebagai

panduan dalam kehidupan seharian.

1.2Kaedah Kajian
Dalam kertas kerja ini, terdapat pelbagai kaedah yang telah di gunakan sepanjang
proses tersebut. Antara kaedah utama yang telah di jalankan ialah kaedah mencari
bahan di perpustakaan. Selain itu, kaedah lain ialah dengan merujuk buku di Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kaedah merujuk kepada bahan bacaan yang bersifat ilmiah ataupun
media massa serta melayari internet.

1.3 Batasan Kajian


Tugasan ini dibataskan hanya kepada bidang semantik dalam peribahasa Malayu
(nilai pertanian). Di samping itu tumpuan juga lebih mendalam tentang bidang semantik
dan peribahasa Melayu serta perhubungan (perkaitan) di antara satu sama lain.

1.4DEFINISI ISTILAH
1.4.1 Peribahasa
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1185) makna peribahasa
bermaksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan
mengandungi pengertian yang tertentu, bidal, pepatah :pegangan mereka yang teguh
kepada biar mati anak jangan mati adat, cukup menerangkan kebudayaan mereka.
Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, makna peribahasa adalah ungkapan atau
kalimat-kalimat ringkas padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip
hidup atau aturan tingkah laku. Meski terkesan konstruktif, langsung terkait budi pekerti,
dengan kandungan nasihat, prinsip prinsip hidup atau aturan tingkah laku

1.4.2 Nilai
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1604) makna nilai di ertikan
sebagai taksiran harga sesuatu benda, bandingan harga barang, mutu atau taraf.
Selain itu, niali juga di ertikan sebagai sifat ketinggian (pemikiran,agama,
kemasyarakatan,dll): kemajuan yang kita kejar dan di perjuangkan bukanlah kemajuan
dalam kebendaan tetapi tetapi kemajuan dalam pergaulan dan kemasyarakatan.

1.4.3 Pertanian
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1604) makna petanian bermaksud
perihal bertani(tanam-tanaman). Perusahaan bercucuk tanam.

2.0 SEMANTIK
2.1 Konsep Semantik
Bahasa pada lahirnya merupakan ucapan yang terdiri daripada gelombang suara
dan dari suara, dan dari segi tulisan merupakan coretan dakwat, cat dan sebagainya,
yang semuanya

merujuk

kepada suatu makna

tertentu yang bertindak

untuk

menyampaikan maklumat atau hasrat. Bunyi ucapan dan coretan tulisan yang merujuk
hal tentang makna merupakan sejenis tanda atau sign (Hashim Hj.Musa,1994:44).
Tanda atau sign ialah suatu yang mewakili atau melambangkan suatu yang lain.
Kajian keatas sistem tanda di kenali sebagai semiotik atau semiologi. Kajian semiotik
pula dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu semantik tentang pemaknaan tanda,
sintaktik

tentang kombinasi

tanda-tanda, manakala pragmatik tentang asal usul,

penggunaan dan pengaruhnya dalam perlakuan yang dihubungkan dengan tanda itu.
(Ullmann,1962:15). Semantik sebenarnya mempunyai

dua pengertian (1) Bahagian

daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna ungkapan dan juga struktur
makna sesuatu pertuturan; dan (2) Satu sistem dan penyelidikan makna sesuatu bahasa.
Keterangan ini sesuai dengan kenyataan Pei dan Gaynor (1980:193) yang menerangkan
makna sesuatu bahasa.
Science dealing with the relation between refrents and referendslingguistics symbols (word, expressions,phrase) and objects or
concepts to which they refer-and with the story and changes in the
meaning of words.

Sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji makna, semantik boleh dilihat
dari sudut dari sudut erti yang luas dan sempit. Tarigan(1985:8) menggolongkannya
seperti rajah berikut:

SINTAKSIS
(Kajian ayat)
MAKNA LUAS
SEMANTIK
(Kajian makna)

PRAGMATIK

TEORI REFERENSI
(Kajianperlakuan linguistik)
MAKNA SEMPIT
TEORI REFERENSI
TEORI MAKNA

Berdasarkan rajah di atas, pengkajian makna pada peringkat semantik dalam erti
kata yang sempit hanya meliputi maklumat linguistik sahaja. Bagaimanapun dalam erti
yang luas, semantik itu juga meliputi sintaksis, malah pragmatik. Keadaan ini demikian
kerana menurut Nor Hashimah Jalaludin (1992:1) yang memetik pendapat Speber dan
Wilson (1980), pengkajian makna pada peringkat semantik belum dapat memberikan
makna sepenuhnya

sebagaimana

yang di hajati oleh penutur. Pengkajian

makna

seharusnya melibatkan ilmu pragmatik, iaitu ilmu penginterpretasian makna yang


melibatkan faktor linguistik dan bukan linguistik. Gabungan antara kedua-dua factor
linguistik dan bukan linguistik ini benar-benar dapat membantu pengkajian makna yang
lebih berkesan.

Dalam linguistik juga semantik dikaitkan dengan penyampaian makna oleh


sarana-sarana kenahuan dan leksikal suatu bahasa. Berdasarkan pandangan teoretis,
huraian dan sejarawi, maka masalah-masalah semantik yang harus di teliti adalah sifatsifatnya,sama ada sinkronik

atau diakronik. Secara umun, semantik

itu mengkaji

sesuatu bahasa pada peringkat perkataan dan peringkat ayat, kerana perkataan dan ayat
bukan sahaja
perkataan

mempunyai makna, tetapi

makna tersebut

dan ayat yang lain. Sebagai contoh perkataan

mempunyai

kaitan makna yang tidak di kongsi

berkait dengan makna


man, women, girl, child

bersama oleh perkataan-perkataan

seperti man, mirror, enumeration. Begitu juga ayat-ayat John membunuh Mary, John
memyebabkan Mary mati, Mary meninggal mempunyai kaitan makna, manakala ayatayat John membunuh Mary, John menegur Mary, Mary mengeluh tidak ada kaitan antara
satu sama lain. (Kempson, 1991:4)
Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelas bahawa makna perkataan dan ayat
merupakan ciri penting kepada makna dalam suatu bahasa keseluruhannya. Dengan itu
sebarang
mencirikan

teori semantik

juga harus

makna perkataan

memenuhi

beberapa syarat. Pertama, mesti

dan makna ayat

bagi makna-makna bahasa, dan

menerangkan sifat hubungan antara kedua-dua unsur itu:


Kedua, teori semantik

mesti memberikan

penerangan

tentang ketaksaan,

kesinoniman, penabiran, pertetangan, perangkuman logis dan sebagainya. Ketiga, teori


semantik mesti memberi percirian ini dalam bentuk seperangkap rumus terhad dan
mencerap keteraturan yang terdapat dalam beberapa peringkat ayat yang tidak terhad.
(Kempson,1991:11).

2.2 Pengertian Semantik


Perkataan semantik(semantic) berasal daripada bahasa Yunani sema yang bererti
tanda atau lambang (kata adjektif bahasa Yunani semantickos iaitu bererti). Dalam
bidang linguistik, semantik ialah bidang kajian yang mengkaji makna atau erti dalam
bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umunnya dapat di teliti daripada pelbagai sudut.
Demikian juga, semantik dalam bahasa Melayu dapat dilihat dari aspek-aspek seerti,
rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa dan semaktik
dalam nahu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1433) makna semantik ialah kajian
tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.
Bagi Abdullah Hassan pula, istilah semantik berasal dari sepatah kata Yunani
kuno sema yang bermaksud isyarat. Seterusnya, kata itu menerbitkan kata semainein
yang bermaksud bererti. Dari situ terbitlah istilah semantik yang menamai satu bidang
ilmu mengenai kaji atau analisa makna.(1980:224)
Raja Rahawani Raja Mamat, pentejemah buku Linguistik Untuk Bukan Ahli
Linguistik oleh Frank Parker (1994:42). Semantik merupakan suatu bidang pengkajian
tentang aspek makna dalam bidang pengkajian ilmu linguistik. Bidang semantik
merupakan sebahagian daripada bidang pengkajian tatabahasa secara khusus, iaitu
merujuk kepada pengkajian tentang struktur dalam sesuatu bahasa.
Semantik ialah ilmu mengenai pengkajian makna( Lyons,1979: Foder,1980).
Ilmu ini mulai mendapat tempat

dalam linguistik moden

pada awal tahun 60-an.

Beberapa pendapat telah di kemukakan mengenai ilmu ini dan batas-batas kajiannya.

10

Kini ilmu ini telah menjadi lebih hangat perbincanganya apabila ahli semantik mula
mempersoalkan batas bidang ini secara objektif.
Perbincangan ilmu semantik bertambah hangat apabila ada ahli semantik seperti
Ruth Kempson, Speber dan Dierdre Wilson yang mencadangkan penggabungan keduadua ilmu (Semantik dan Pragmatik)untuk menghasilkan satu interpretasi makna dengan
lebih berkesan. Cadangan mereka ini telah mendapat pujian dan sokongan sehingga
melahirkan beberapa orang pengikut. Namun, terdapat juga

beberapa pihak yang

menentang. idea Speber dan wilson dinyatakan dengan jelas dalam teori

semantik

mereka, iaitu full system semantics.


Ilmu semantik telah lama di bincangkan , iaitu sejak zaman Yunani lagi. Terdapat
beberapa tahap perkembangan ilmu semantik. Tahap-tahap ini adalah tahap permulaan
(Semantik Falsafah) dan tahap kedua (Semantik Linguistik). Tahap yang kedua boleh di
pecahkan kepada beberapa tahap iaitu tahap pertama (analisis komponen makana), tahap
kedua (Semantik Interpretif dan Generatif), tahap ke tiga (Semantik Syarat Benar) dan
tahap akhir iaitu tahap ke empat (Semantik Sistem Penuh/ Full System Semantics).
Ilmu semantik lebih dianggap sebagai sebahagian daripada kajian falsafah pada
peringkat awal perkembanganya. Ilmu ini tidak mendapat di hati

ahli linguistik

sebagaimana ilmu fonologi dan tatabahasa dalam linguistik moden. Antara tokoh yang
terlibat dalam bidang semantik falsafah ini termasuklah Wittgenstein (1922), Ogden dan
Richards (1923).
Ogden dan Richard merupakan tokoh yang sangat terkenal dengan rajah segi tiga
mereka yang melibatkan pemikiran (thought), simbol (symbol) dan rujukan (referent).
Antara pemikiran dengan symbol, maka terbentuklah hubungan penyebab. Simbol yang

11

digunakan berasaskan setengahnya rujukan yang di buat sendiri dan setengah lagi
daripada faktor psikologi dan sosial.
Ogden dan Richard telah memberikan satu rajah rajah seperti dibawah ini yang
mengaitkan ketiga-tiga pemikiran, simbol dan rujukan:

PEMIKIRAN /RUJUKAN

BETUL
Melambangkan
(hubungan penyebab)

CUKUP
Merujuk kepada
(hubungan penyebab lain)

BENAR
Mewakili
(hubungan sifat)
Pendapat Ogden dan Richard telah mendapat tentangan daripada Wittgenstein
(dalam bukunya Tractatus yang mengatakan bahawa suatu perkataan itu hanya akan
mempunyai makna jika perkataan itu ada gunanya. Pendapat Wittgenstein ini telah
mendapat sokongan daripada Malinowski dan J.R.Firth yang mengatakan bahawa
Meaning=use. Beliau menegaskan bahawa makna haruslah dianggap sebagai entity yang
padu. Beliau menambah bahawa objek boleh binasa-makna tidak, manakala imej adalah
lambang-makna bukan.

12

2.3 Pengertian Makna


Dalam pembicaraan diatas, telah disinggung secara seiklas bahawa semantik
adalah telaah makna. Mengikut Ferdinard de Sassure, setiap tanda linguistik terdiri
daripada dua unsur, iaitu yang di ertikan (Inggeris: signified) dan yang mengertikan
(signifier). Yang diertikan sebenarnya ialah konsep atau makna sesuatu tanda atau
lambang,. Sementara yang mengertikan bunyi-bunyi ialah bahasa yang terbentuk
daripada fonem-fonem bahasa berkenaan.
Dengan perkataan lain, setiap tanda linguistik terdiri daripada unsur bunyi dan
makna. Kedua-dua unsur ini merupakan

unsur intrabahasa (dalam bahasa), yang

biasanya merujuk sesuatu referen yang bersifat estrabahasa (luar bahasa). Perhatikan
Rajah berikut:

makna yang di ertikan


Tanda Linguistik
[ bunyi ] yang mengertikan
Yang menandai bahasa
(intrabahasa)

Yang di tandai
(ekstrabahasa)

Selain istilah semantik, dalam sejarah ilmu linguistik terdapat beberapa istilah
yang digunakan seperti semiotik dan semiologi. Namun istilah semantik lebih digunakan
kerana istilah-istilah lain itu mempunyai cakupan yang lebih luas, sedangkan cakupan

13

semantik hanyalah makna atau erti

yang berkenaan

dengan bahasa sebagai alat

komunikasi verbal.

2.4 Peranan Semantik


Menurut Hashim Bin Musa dan Ong Chin Guan (1998:1) semantik atau kajian
makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi kebanyakkan daripada struktur dan
fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah, dan antropologi. Istilah
semantik agak baru sahaja digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang-bidang
ilmu yang lain, iaitu dicipta pada akhir abad kesembilan belas dengan berdasarkan
perkataan Yunani semantikos yang bererti signifikan. Semantik dalam peristilahan
moden digunakan dengan maksud kajian tentang hubungan antara item-item bahasa
seperti perkataan penamaan seperti nama am dan nama khas, ekspresi predikat,dan ayat
dengan item-item alam seperti benda, kejadian, keperihalan keadaan, nilai-nilai
kebenaran dan situasi-situasi.
Bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji
makna. Perkataan semantik berasal daripada perkataan Greek sema yang bererti tanda
(sign). Perkataan semantik telah diperkenalkan oleh seorang ahli filologi Perancis,
bernama Michel Breal pada tahun 1883 dalam majalah beliau yang bertajuk Les Lois
Intellectualles du Langage. Dalam majalah ini, Breal telah memberi tanggapan bahawa
semantik mempunyai kedudukan sendiri di luar bahasa, misalnya bentuk perubahan
makna,latar belakang perubahan makna, hubungan perubahan makna dengan logika dan,
hubungan makna dengan psikologi (Aminuddin,1985:16).

14

Dalam kajian yang telah di buat oleh Prof. Madya Arbak Othman dalam buku
Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya melayu (bertajuk Datin Bahasa Melayu: Kajian
Nahu Kasus Tentang

Peranan Semantik Dalam Ayat). Beliau mengatakan bahawa

semantik dalam peranan yang dimainkan oleh frasa nama dengan kata kerja dalam
predikat ayat, yang dinamakan juga dengan istilah hubungan kasus dalam ayat sudah
mencukupi untuk

menyatakan kombinasi kasus yang di katakan

dengan

predikat

sebagai struktur kata. Katanya, pengkaji tidak perlu pergi jauh daripada itu sebab
istilah-istilah yang di tentukan di dapati dengan mudah dalam sorotan teori kasus.
Istilah

Datif lebih di kenali daripada

istilah Experiencer di kalangan

pengamal teori kasus sampai sekarang ini. Dalam pada masa itu juga, masih ada kasus
datif yang tidak selamanya mendukung peranan semantik Experiencer itu. Sampai
sekarang , masalah ini masih belum dapat di selesaikan dengan memuaskan.
Dalam kajian linguistik pula, bidang semantik dianggap sebagai bidang yang
paling sukar untuk diterokai. Hal ini kerana, untuk mengkaji makna, sama ada pada
peringkat perkataan atau ayat, pengkaji seharusnya mempertimbangkan sama aspekaspek yang bukan linguistik, seperti kebudayaan konteks perkataan atau ayat itu
diujarkan atau digunakan, aspek-aspek psikologi penutur, alam pemikirannya, hubungan
soaial antara penutur dan pendengar, tajuk perbincangan dan sebagainya. Perkara-perkara
ini semuanya mempengaruhi makna. Oleh yang demikian, untuk memberikan makna
yang paling tepat bagi sesuatu perkataan, perkara-perkara di atas mestilah diambil
perhatian.
Semantik juga boleh di lihat dari dua sudut iaitu dari sudut pengertian sempit dan
luas. Menurut Tarigan (1985: 8) menggolongkan semantik dapat dilihat dari sudut

15

makna luas dan makna sempit. Semantik bagi makna luas terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu sintaksis (kajian ayat), semantik (kajian makna ),pragmatik (kajian perlakuan
linguistik). Manakala bagi makna sempit pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu teori
referensi dan teori makna. Hal ini menunjukkan bahawa pengkajian makna dalam erti
kata yang sempit hanya meliputi maklumat linguistik sahaja. Berbeza dengan makna
semantik dalam erti kata luas yang meliputi sintaksis,malah pragmatik. Hal ini berlaku
kerana menurut Nor Hasimah Jalaludin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan
Wilson (1980) bahawa pengkajian makna diperingkat semantik belum dapat memberikan
makna sepenuhnya mengikut

apa yang dihajati

oleh penutur. Pengkajian makna

seharusnya melibatkan ilmu pragmatik iaitu ilmu penginterpretasian makna yang


melibatkan faktor linguistik dan bukan linguistik. Gabungan antara kedua-dua faktor ini
sangat penting bagi mendapatkan pengkajian makna yang lebih berkesan.
Semantik juga selanjutnya telah dijadikan oleh ahli linguistik tradisional sebagai
dasar untuk penghuraian makna. Golongan linguistik transformasi pula beranggapan
bahawa makna adalah satu aspek penting dalam bahasa, sama pentingnya dengan kajian
terhadap struktur bahasa.
Jadi dapatlah disimpulkan bahawa semantik ialah suatu bidang kajian tentang
lambang atau tanda yang mengatakan makna, hubungan antara satu makna dengan makna
yang lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Semantik lahir daripada falsafah
dan sehingga kini bahasa masih dibayangi turus oleh falsafah. Daripada perkembangan
semantik yang telah diperlihatkan, jelas bahawa antara bahasa dengan semantik tidak
dapat dipisahkan.

16

2.5Persembahan Isi Tugasan


Dalam tugasan ini, pesembahan akan lebih tertumpu kepada nilai pertanian iaitu
bersesuaian dengan tajuk tugasan ini iaitu Semantik dalam peribasa Melayu- Nilai
Pertanian. Nilai pertanian merupakan nilai tentang perihal aktiviti pertanian (tanamtanaman) atau perusahaan bercucuk tanam tidak kira samaada secara moden atau
tradisional. Namun, untuk membincangkan skop tajuk ini memanglah luas kerana nilai
pertanian banyak berkait dengan nilai alam semulajadi. Untuk membincangkan hal ini,
teori yang di gunakan ialah teori imej.
Mengikut teori ini, makna dapat di huraikan berdasarkan gambaran atau imej
yang ada dalam fikiran seseorang. Maksudnya apabila sesuatu perkataan itu di sebut, di
dengar atau di baca oleh seseorang maka mental atau fikirannya akan mengambarkan
sesuatu yang berkaitan dengan makna atau maksud perkataan ini. Teri ini merupakan
pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang di gunakan secara meluas oleh
pengkaji linguistik tradisional.

17

2.5.1Contoh peribahasa Melayu yang memaparkan nilai pertanian seperti jenis


tanaman dan pokok.

1- Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.


Ertinya:Perempuan bukan seorang sahaja di dunia ini, demikian juga lelaki
Contoh: Jika aminah menolak pinangan kamu, carilah yang lain kerana bunga
bukan sekuntum, kumbang bukan seekor
2-Ada batang, cendawan tumbuh
Ertinya: Tiap-tiap tempat atau negeri ada adat resam masing-masing.
Contoh: Kita mesti sedar bahawa adat resam di dunia ini berlainan, umpama
ada batang, cendawan tumbuh.
3- Daripada daun, kenalah pohonya.
Ertinya: Daripada tingkah laku atau perbuatan seseorang itu dapatlah mengenali
peribadinya
Contoh: Daripada tingkah laku dan amal jariahnya kita dapat mengagak bahawa
dia seorang yang warak sebab daripada daun, kenalah pokoknya.
4-Bunga yang di sunting, perdunya diberaki (di tendang).
Ertinya: Suami yang hanya mengasihi isterinya sahaja tetapi membenci akan ]
mertuanya.
Contoh: Setelah berkahwin, ahmad hanya membawa isterinya sahaja ke bandar dan
meninggalkan mertuanya di ampung ibarat bunga di sunting, perdunya di
beraki (ditendang)

18

5- Bunga yang harun itu ada durinya.


Ertinya: Seseorang yang cantik itu ada juga perangai yang tidak baik
Contoh: Suraya samalah seperti bunga yang harum itu ada durinya, walaupun dia
cantik tetapi perangainya amat buruk kerana gemar menghina rakanrakannya.
6- Jika kasihkan padi, buangkanlah rumput.
Ertinya: Jika kasihkan anak dan isteri,mestilah menjaga mereka dengan sempurna.
Contoh: Jika kasihkan padi, buangkanlah rumput jika kasihkan isteri dan anak
jagalah mereka.
7- Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak.
Ertinya: Jangan sombong apabila mendapat suatu kelebihan (seperti kekayaan dan
lain-lain).
Contoh: Ingatlah apabila sudah berpangkattinggi nanti, jangan bawa resmi jagung,
semakin berisi semakin tegak
8- Lalang yang di tanam tak kan padi yang tumbuh.
Ertinya: Membuat kerja yang sia-sia tidak akan membuahkan hasil.
Contoh: Janganlah berangan-rangan hendak kaya sedangkan malas berusaha seperti
lalang yang di tanam tak kan padi yang tumbuh.
9- Cuba-cuba bertanam mumbang, jika tumbuh sunting negeri.
Ertinya: Membuat pekerjaan yang rumit, hasilnya bergantung kepada nasib.
Contoh: Dia melabur di syarikat itu hanya cuba-cuba bertanam mumbang, jika
tumbuh sunting negeri, untung atau tidak bergantung kepadanasib sahaja.

19

10- Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak


Ertinya: Sementara menantikan pekerjaan tetap yang lebih baik, eloklah membuat
pekerjaan sambilan dahulu.
Contoh: Baiklah kamu menolong keluarga melakukan apa sahaja kerja sementara
mendapat jawatan tetap. Lagipun elok berjagung-jagung dahulu sementara
menantikan padi masak, kata bapanya.
11- Daunnya jatuh melayang , buahnya jatuh ke pangkal.
Ertinya: Tentulah tidak sama kasih sayang terhadap anak sendiri dengan anak
saudara atau saudara mara yang jauh.
Contoh: Anak kandungnya telah di hantar belajar ke luar negeri, tetapi anak
saudaranya belajar di sini sahaja ibarat: daunnya jatuh melayang, buahnya
jatuh ke pangkal.
12- Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat.
Ertinya: Diam seseorang yang berilmu tinggi itu adalah diam bermakna, tetapi diam
seseorang yang bodoh tidak mendatangkan sebarang hasil, sebaliknya
merugikan.
13- Getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh.
Ertinya: Anak sendiri lebih di kasihi daripada anak saudara.
Contoh: Apalah yang di risaukan. Bukankah dia hanya hanya anak kakakmu
sahaja? Sudah tentu getah meleleh ke pangkal . dfaun melayang jauh.
14- Ibarat bunga, sedap di pakai, layu di buang.
Ertinya: Sesuatu benda itu ketika ia masih elok lagi sukalah orang yang
menggunakannya, tetapi apabila sudah buruk ia tidak di gunakan lagi.

20

Contoh: Ramli meninggalkan isterinya yang buruk dan miskin, ibarat bunga,
sedap di pakai , layu di buang setelah bertemu seorang gadis jelita.
15- Ibarat tebu, habis manis sepah di buang.
Ertinya: Seorang isteri atau pasangan yang di ceraikan setelah kecantikanya atau
keistemewaanya hilang.
Contoh: Fikri telah menceraikan isterinya semata-mata kerana telah tua dan tidak
menarik perhatian hatinya, ibarat tebu , habis manis sepah di buang.
16- Memberi bunga kepada kera.
Ertinya: Memberikan sesuatu benda kepada orang yang tidak tah menilai atau
menggunakannya.
Contoh: Dia memang tidak tahu menilai barang orang umpama memberi bunga
kepada kera.
17- Kelapa di tebuk tupai
Ertinya: Seorang gadis yang telah hilang kesuciannya (dara).
Contoh: Jamil menyesal berkahwin dengan gadis itu kerana gadis itu inbarat
Kelapa di tebuk tupai.
18- Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang
Ertinya: jika tidak berlaku sesuatu perkara itu, masakan ada orang yang
memperkatakannya.
Contoh: Kalau kejadian semalam tidak berlaku masakan perkara itu di sebut-sebut
orang kerana jika kerana angin masakan pokok bergoyang.
19- Itik di air kehausan, ayam di kepuk padi kelaparan.
Ertinya: Orang yang menanggung penderitaan di tempat sendiri.

21

Contoh: Akibat malas berusaha dan bekerja, hidupnya menjadi melarat walaupun
terdapat banyak peluang pekerjaan untuknya umpama itik di air
kehausan, ayam di kepuk padi kelaparan.
20- Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan.
Ertinya: Seseorang yang malas akan terus menderita dalam negerinya sendiri
yang terkenal dengan kehidupan yang mewah dan makmur.
Contoh: Petani itu menderita kerana tidak mengusahakan ladangnya di ibaratkan
ayam bertelur di atas padi mati kelaparan.
21- Bagai pinang di belah dua
Ertinya: Pasangan yang sama cantik, sama padan.
Contoh: Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan bagai pinang di
belah dua.
22- Bengkok batang bengkoklah bayangnya
Ertinya: Kesalahan anak kerana mengikut ajaran ayah dan ibunya.
Contoh:Perangai budak itu sangat liar dan tidak menghormati orang tua sama
seperti perangai ibun bapanya, dia umpama bengkok batang bengkoklah
bayangnya.
23- Berputik dahulu baharu berbunga, buahnya jarang di makan beruk.
Ertinya: Seseorang perempuan yang hamil dan melahirkan anak sebelum
berkahwin ,anaknya pula di hina oleh masyarakat
Contoh:Masyarakat kampung amat benci kepada Azrin dan anaknya kerana
mereka di anggap seperti berputik dahulu baharu berbunga, buahnya
jarang di makn beruk.

22

24- Bunga gugur putik pun gugur, tua gugur masak pun gugur.
Ertinya: Setiap manusia akan mati (baik muda mahupun tua).
Contoh:Hidup di dunia ini biarlah berjasa kerana bunga gugur putik pun gugur,
tua gugur masak pun gugur.
25-Terang-terang tanah
Ertinya:

Keadaan suasana yang samar-samar dan tdak berapa terang, biasanya


pada waktu subuh atau senja.

Contoh: Setiap pagi pada waktu terang-terang tanah ibu telah bersiap-siap untuk
pergi menoreh getah di ladang.
26-Patah di sambung hilang berganti
Patah kepala bertongkat, paruh patah paruh bertelankan
Patah sayap bertongkat paruh.
Ertinya: Seseorang yang berakal dan berilmu tidak mudah putus asa dan akan
beriktiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh: Pak Ali tetap gigih mengerjakan sawahnya walaupun tanamannya
musnah di landa banjir, bak kata pepatah kalau patah di sambung hilang di
ganti.
27- Dimana padi masak di situ terkukur jinak.
Ertinya: Seseorang yang mengaku sahabat pada waktu senang etapi apabila kita
susah langsung tidak di pedulikan.
Contoh: Pak karim menyifatkan anak-anak saudaranya sebagai di mana
padai masak di situ terkukur jinak kerana apabila dia mengalami
kesusahan tidak seorang pun di antara mereka datang ke rumahnya.

23

2.5.2 Contoh peribahasa Melayu yang memaparkan (nilai pertanian),


alam sekeliling yang berkaitan dengan aktiviti pertanian.

1-

Air setitik dilautkan, tanah sekepal di gunungkan.


Ertinya: Membesar-besarkan perkara yang kecil.
Contoh:

Cerita tongkat ajaib itu sengaja di besar-besarkan, ibarat air setitik


dilautkan, tanah sekepal di gunungkan.

2- Bukan tanah menjadi padi.


Ertinya: Orang yang bodoh dan malas tidak akan menjadi pandai dan senang.
Contoh:Janganlah cuba mengajar dan melatih pekerja malas itu kerana bukan
tanah menjadi padi .
3- Ada bukit, ada paya.
Ertinya: Tiap-tiap sesuatu keadaan tentu ada lawannya, ada miskin ada kaya dan
ada susah ada senang.
Contoh: Kita harus menerima hakikat bahawa kehidupan manusia tidaklah sama,
umpama ada bukit, ada paya.
4-Bumi mana tidak timpa hujan.
Ertinya: Hasrat yang terlalu besar tetapi tidak berupaya membuatnya.
Contoh: Faizal ingin meminang anak Pak Jusuh, tetapi wangnya masih belum
mencukupi, seperti hasrat hati nak peluk gunung apakan daya tangan tak
sampai.

24

5- Bakar air hendakkan abu.


Ertinya: Membuat pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan cemuhan.
Contoh:

Mustahil engkau akan berjaya sekarang, sedangkan engkau baru berlatih,


umpama bakar air hendakkan abu.

6- Air dicincang (ditetak) tidak akan putus.


Ertinya: Sesuatu perbalahan yang berlaku dalam suatu keluarga itu tidaklah sampai
memutuskan pertalian darah atau persaudaraan mereka.
Contoh: Perselisihan faham di antara Pak jusoh dengan adiknya dapat di selesaikan
dengan mudah, umpama air dicincang tidak akan putus.
7- Air mudik sungai, semua teluk diranai.
Ertinya: Orang yang boros berbelanja : apa yang terlintas di hati , smuanya di beli.
Contoh: Anak muda itu membeli apa sahaja yang ada di kedai itu seperti air mudik
sungai, semua teluk diranai.
8-Air pun ada pasang surutnya,tak kan pasang selalu dan surut sentiasa.
Ertinya: Perjalanan hidup seseorang itu tidaklah tetap, adakalanya senang dan
adakalanya susah.
Contoh: Kita patut sedar bahawa sudah lumrah alam, air pun ada pasang surutnya
tak kan pasang selalu dan surut sentiasa.
10- Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga.
Ertinya: Jika kita mencampuri pergaduhan antara dua beradik, apabila mereka
berbaik semula, kita akan tersisih daripada mereka.
Contoh: Ahmad menasihati adiknya supaya jangan mencampuri pertelingkahan
pergaduhan antara Hassan dan abangnya.

25

11- Garam jatuh ke air


Ertinya: Orang yang cepat menerima sesuatu pengajaran atau nasihat yang di
berikan kepadanya
Contoh: ajaran cikgu Azlan dengan mudah sahaja dapat di fahami oleh muridmuridnya, seperti garam jatuh ke air.
12- Air yang penuh di dalam tempayan itu tidak akan berkocak
Ertinya: Orang yang banyak ilmu pengetauhuan tidak suka bercakap besar atau
membanggakan diri.
Contoh: Pemuda yang baru balik dari luar negeri itu peragainya tetap seperti
dulu juga, dia tidak sombong dan tidak membanggakan diri walaupun
bekerja sebagai pengurus, umpama air yang penuh di dalam tempayan
itu tidak akan berkocak.
13-Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya
Ertinya: seseorang yang pemdiam jangan disangka bodoh atau penakut.
Contoh: Budak-budak nakal di kampung itu suka mengusik Dahlan yang cacat
tangannya, tetapi apabila dia melawan semuanya takut dan lari, kata
orang air yang tenang jangan di sangka tiada buaya.
14- Bumi mana tidak di timpa hujan,lautan mana tidak bergelora
Ertinya: Setiap orang tidak sunyi dari membuat salah dan silap.
Contoh: Amin telah meminta maaf kepada ayahnya dan dia berjanji tidak akan
buat jahat lagi seperti katanya. Bumi mana tidak di timpa hujan, lautan
mana tidak bergelora.

26

15- Harapkan guruh di langit air di tempayan di curahkan


Ertinya: Melakukan sesuatu pekerjaan yang tergesa-gesa maka rugi akibatnya
(kehilangan barang yang sudah di miliki)
Contoh: Kerana terlalu yakin mendapt pekerjaan yang bergaji lumayan, Rosli
sanggup meletakkan jawatannya sebagai kerani rendah akhirnya keduaduanya melepas, umpama harapkan guruh di langit air di tempayan di
curahkan.

27

2.6Perbincangan Tajuk Tugasan


Melalui pesembahan kertas kerja yang telah dipaparkan, maka seterusnya kita
perlu mengupas dan tetang keperluan, hubungan dan kepentingan semantik khususnya
dalam peribahasa Melayu (Nilai Pertanian). Perbincangan ini juga akan

menghurai

makna yang tersurat mahupun yang tersirat di dalam sesuatu ayat, atau perkataan di
dalam peribahasa melayu. Nilai pertanian yang di bincangkan terbahagi kepada dua
bahagian iaitu berkaitan dengan jenis tanaman dan berkaitan dengan alam semulajadi
yang berkaitan atau aktiviti pertanian.

Peribahasa Melayu

yang memaparkan

nilai tumbuh-tumbuhan dan

jenis

tanamam.
Yang pertama, adalah untuk melihat peranan semantik (yang mengkaji makna)
didalam peribahasa melayu yang memaparkan nilai pertanian. Contoh bagi peribahasa
Melayu yang memaparkan

nilai

pertanian seperti tumbuh-tumbuhan dan jenis

tamanaman ialah:
1-

Bunganya di sunting, perdunya diberaki (ditendang)

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

Bunga yang harum itu ada durinya.

Ibarat bunga, sedap di pakai , layu di buang.

Bagi peribahasa ini, kita dapat digambarkan dengan jelas bahawa perkataan
bunga itu sememangnya

telah lama digunakan

oleh generasi

terdahulu untuk

28

mengambarkan perihal seorang gadis ataupun wanita. Ini kerana perkataan bunga itu
adalah sesuatu yang di sukai oleh setiap orang tidak mengira sama ada orang dewesa
ataupun orang tua. Di samping itu, bunga juga banyak mempunyai tarikan yang tersendiri
iaitu seperti mekar, ayu, harum, cantik dan berseri yang sesuai untuk mengambarkan
ciri-ciri seorang gadis atau wanita.Selain itu juga, ciri-ciri bunga juga banyak kesamaan
dengan sifat manusia. Dengan ini, orang terdahulu banyak membandingan sifat atau
perangai manusia terutama orang perempuan dengan perkataan bunga. Sebagai contoh,
Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor, Iaitu membawa maksud,
perempuan bukannya seorang sahaja di dunia ini, demikian juga lelaki. Jika aminah
menolak pinangan kamu, carilah yang lain sebagai penganti. Selain itu, contoh lain ialah
seperti seseorang yang cantik itu ada juga perangai yang tidak baik. Suraya samalah
seperti bunga yang harum itu ada durinya, walaupun dia cantik tetapi perangainya amat
buruk kerana gemar menghina rakan-rakannya.Kedua-dua peribahasa ini amat jelas
mengambarkan perkataan bunga itu menyamai watak sebagai seorang perempuan.

2-

Ikut resmi padi, padi berisi semakin tunduk.

Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak

Manakala bagi peribahasa ini pula, perkataan resmi menggambarkan akan hal
sebenar tentang kehidupan manusia yang boleh digambarkan dengan menggunakan
kata resmi padi dan resmi jagung. Iaitu jika kita melihat perkataan resmi padi itu
sendiri, apabila semakin masak akan semakin menunduklah padi itu. Sebaliknya jika

29

manusia ikut resnmi jagung, semakin masak semakin tegak. Maka manusia seperti itu
merupakan

manusia

yang apabila semakin berilmu atau kaya akan menjadi lebih

sombong dan bongkak.

3-

Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak

Jika kasihkan padi, buangkanlah rumput.

Itik di air kehausan, ayam di kepuk padi kelaparan.

Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan.

Bagi peribahasa ini pula, kita dapat lihat dengan jelas bahawa perkataan padi
penting dan sememangnya juga telah lama digunakan oleh generasi terdahulu untuk
mengambarkan nilai pekerjaan. Ini kerana perkataan padi itu sendiri merupakan
tanaman/ pertanian yang utama yang di jalankan ketika dahulu. Peribahasa ini juga
banyak di kaitkan atau mengambarkan sesuatu pekerjaan atau perbuatan, contohnya
seperti, Berjagung-jagung dahulu

sementara padi masakPeribahasa ini amat jelas

mengambarkan kepada kita bahawa supaya sentiasa rajin bekerja walaupun bekerja
sambilan sementara menunggu pekerjaan tetap/ menungu hasilnya kemudian hari nanti.
Contoh lain ialah itik di air kehausan, ayam di kepuk padi kelaparan dan
ayam bertelur di atas padi mati kelaparan. Kedua-dua peribahasa ini membawa erti
yang hampir samaiaitu membawa maksud yang mendalam terhadap petani, ini kerana
seseorang itu akan menanggung penderitaan di tempat sendiri. Akibat malas melakukan
pekerjaan, berusaha dan bekerja, hidupnya menjadi melarat walaupun terdapat banyak

30

peluang pekerjaan.Seseorang yang malas juga akan terus menderita dalam negerinya
sendiri yang terkenal dengan kehidupan yang mewah dan makmur.

4-

Bengkok batang bengkoklah bayangnya

Ada batang, cendawan tumbuh

Bagi peribahasa ini pula, bengkok batang bengkoklah bayangnya

iaitu

melambangkan kesalahan anak kerana mengikut ajaran ayah dan ibunya. Dalam
peribahasa ini, jika kita sebagai ibu bapa perlulah memberi contoh atau teladan yang
baik untuk mendidik anak-anak Perangai budak itu sangat liar dan tidak menghormati
orang tua sama seperti perangai ibu bapanya.
Manakala peribahasa ada batang, cendawan tumbuh melambangkan tiap-tiap
tempat

atau negeri itu ada adat resam masing-masing. Jika kita pergi di sesebuah

penempatan baru, perlulah kita mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan dan kita
mesti sedar bahawa adat resam di dunia ini berlainan.

31

Peribahasa Melayu yang memaparkan nilai alam yang berkaitan dengan aktiviti
pertanian
Bagi peribahasa Melayu yang membawa nilai alam yang berkaitan dengan
pertanian sepertitanaman,tanah, air,bukit, air dan tingkah laku binatang amat penting
untuk pertanian. Hubungan manusia dengan alam melalui peribahasa nilai pertanian ini
menyatakan makna yang dapat di bandingkan dengan gambaran binatang atau bendabenda alam yang menjad sasaran perbuatan. Ini dapat dilihat seperti contoh di bawah,
iaitu sesuatu perkara ataupun hal yang besar seperti yang di gambarkan sebagai bukit,
laut, gunung dan sebagainya tidak boleh di capai atau di perbesarkan .

1-

Air setitik dilautkan, tanah sekepal di gunungkan.

Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga.

Bakar air hendakkan abu.

Air mudik sungai, semua teluk diranai.

Bagi peribahasa ini pula, kita dapat digambarkan dengan jelas bahawa perkataan air
penting dalam aktiviti pertanian. Peribahasa ini juga mengaitkan hubungan manusia
dengan alam ini melalui aktiviti manusia yang di gambarkan dengan keadaan atau
bentuk tanaman. Ini kerana perkataan air itu sendiri merupakan sumber utama bagi
menjalankan aktiviti pertanian.Selain itu, peribahasa ini juga mengambarkan

akan

sesuatu pekerjaan atau perbuatan yang di lakukan dengan bersungguh-sungguh namun


hasilnya ialah

sesuatu yang sia-sia, contonhya sepertibakar air hendakkan

32

abu,Pekerjaan

atau perbuatan ini akan menimbulkan

kekecewaan (sia-sia) pada

akhirnya dan banyak mendatangkan cemuhan.


Harapkan guruh di langit air di tempayan di curahkan. Peribahasa ini telah
menberi maksud yang luas dan penting. Jika kita melakukan sesuatu pekerjaan yang
tergesa-gesa maka rugi akibatnya(kehilangan barang yang sudah di miliki). Sebagai
contoh, kerana terlalu yakin mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan, Rosli sanggup
meletakkan jawatannya sebagai kerani rendah akhirnya kedua-duanya melepas.

2- Terang-terang tanah
- Patah di sambung hilang berganti
Patah kepala bertongkat, paruh patah paruh bertelankan
Patah sayap bertongkat paruh.

Daripada peribahasa di atas ini,kita dapat lihat dengan jelas hubungan manusia dengan
alam ini melalui aktiviti manusia yang di gambarkan dengan keadaan atau bentuk
tanaman. Contohnya terang-terang tanah,peribahasa ini mengambarkan keadaan
suasana yang samar-samar dan tidak berapa terang, biasanya pada waktu subuh atau
senja.Peribahasa

iniselalu

digunakan

dan

boleh

dikatakan

setiap

hari

orang

menggunakannya. Ini kerana, peribahasa ini melambangkan kerajinan atau kesungguhan


seseorang melakukan itu sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh,setiap pagi pada waktu
terang-terang tanah ibu telah bersiap-siap untuk pergi menoreh getah di ladang.

33

Patah di sambung hilang

berganti, Patah

kepala bertongkat, paruh patah paruh

bertelankan, Patah sayap bertongkat paruh. Peribahasa ini pula melambangkan


seseorang yang berakal dan berilmu tidak mudah

putus asa, cekal dalam sesuatu

pekerjaan yang di buat dan akan beriktiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara Yang di
lakukan. Sebagai contoh,Pak Ali tetap gigih

mengerjakan

sawahnya

walaupun

tanamannya musnah di landa banjir.


3-

Bumi mana tidak timpa hujan.

Bumi mana tidak di timpa hujan,lautan mana tidak bergelora

Bumi mana tidak di timpa hujan,lautan mana tidak bergelora. Peribahasa ini
menyatakan bahawa setiap individu itu tidak lari daripada membuat kesilapan.Amin
telah meminta maaf kepada ayahnya dan dia berjanji tidak akan buat jahat lagi. Air
pun ada pasang surutnya, tak kan pasang selalu dan surut sentiasa.Perjalanan hidup
seseorang itu tidaklah tetap, adakalanya senang dan adakalanya susah. Kita patut sedar
bahawa sudah lumrah alam, air pun ada pasang surutnya tak kan pasang selalu dan surut
sentiasa.

34

KESIMPULAN
Kesimpulannya, semantik merupakan kajian mengenai perihal makna dan makna
itu boleh dikaitkan atau dihubungkan pula dengan kata, ayat, frasa, dan sebagainya
(termasuk semantik dalam peribahasa melayu. Peribahasa melayu pula ialah satu warisan
daripada nenek moyang atau generasi yang terdahulu yang patut diamalkan ataupun
sekurang-kurangnya di fahami oleh generasi baru agar tidak luput dari kehidupan.
Dalam mengkaji peranan semantik yang terdapat didalam peribahasa Melayu
Khasnya nilai Pertanian,skopnya amat luas kerana meliputi permukaan alam semulajadi,
seperti tanah, air,udara, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.
Selain itu, didalam
pengertian

tugasan ini juga telah membincang/menerangkan akan

dan definisi sebenar

peribahasa ataupun semantik, pengertian makna,

peranan semantik dalam kehidupan (contoh dalam ayat) dan sebagainya. Ini termasuklah
pesembahan tugasan dan perbincangan sama ada secara kreatif mahupun secara kritis.

35

BIBLIOGRAFI
----------------2001. Monograf 2: Bahasa, sastera, dan Budaya Melayu Bahasa wahana
Ilmu Datif Bahasa Melayu: Kajian Nahu Kasus tentang peranan Semantik dalam ayat.
Selangor darul Ehsan: FBMK, UPM.
Nik Safiah Karim, et al, 2004. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan pustaka.
Nik Safiah Karim, Norliza Jamaluddin 2002. Bahasa Melayu STPM (Kertas 1&2 ),
Selangor Darul ehsan :Penerbit fajar Bakti.
Nor Hashimah Jalaluddin 2003. Bahasa Dalam Perniagaan: Satu Analisis Semantik dan
Pragmatik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka.
Amdun Hussain 1995. Kamus Pelajar: Cetakan Kedua Belas. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Prof. DR.Henry Guntar Tarigan 1995. Pengajaran Semantik: Bandung: Penerbit
ANGKASA Anggota IKAPI.
Asmah Haji Omar 2002. Ilmu Mengarang Melayu: Edisi Ejaan Rumi Baharu (Zaba),
Kuala Lumpur.
Kamaruzzaman A.Kadir, Othman Puteh 1990. Peribahasa Asas, Selangor Darul Ehsan:
Penerbit Fajar Bakti
.

36

37

You might also like