Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 29

MENAMBAHBAIK PENGAJARAN BAHAGI NOMBOR DUA DIGIT DENGAN SATU

DIGIT MENGGUNAKAN TEKNIK BERANTAI

NOOR AZIRI BIN MOHMAD NOOR

IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Tajuk: Menambahbaik Cara Saya Mengajar Kemahiran Menambah Nombor Dua


Hingga Empat Digit Dengan Menggunakan Kaedah Berantai.

1.0 Pendahuluan

Tanggal 01 Januari 2005, saya telah ditempatkan di sebuah sekolah rendah


yang terletak di negeri Pahang. Perasaan gembira dan takut menyelubungi saya
kerana umum mengetahui sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di luar bandar.
Sekolah ini mempunyai bilangan murid seramai 250 orang. Semua murid di sekolah ini
merupakan kaum Melayu.
Murid-murid di sekolah ini mempunyai masalah dalam mata pelajaran
Matematik. Bilangan murid pula hanya terdapat 240 orang sahaja dan 26 orang guru
telah dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak-anak peneroka ini. Majoriti murid
dan guru adalah berbangsa Melayu. Persekitaran sekolah ini amat menarik kerana
setiap bangunan terdapat lukisan dan ilmu yang telah dilukis dan ditampal oleh guruguru bagi memastikan murid-murid di sekolah ini sentiasa mendapat manfaat yang
secukupnya walaupun mereka berada di luar bilik darjah. Keluasan sekolah ini
menjangkau lebih kurang 6 ekar dan terdapat 4 blok bangunan. Terdapat 10 bilik
darjah dan 14 bilik-bilik khas bagi memenuhi keperluan murid-murid di sekolah ini.
Di sini, saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar Matematik Tahun 3 dan
4. Kelas Tahun 3 hanya terdiri dari satu kelas sahaja. Bilangan murid di dalam kelas ini
berjumlah 29 orang. Oleh itu terdapat pelbagai jenis murid yang perlu diberi perhatian
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan.
Dari pemerhatian yang telah saya jalankan seperti soal jawab lisan, aktiviti
berkumpulan, permainan dan ujian bulanan saya dapati murid-murid di dalam kelas
saya kurang berminat dalam mata pelajaran Matematik.

Menurut (Applin dan Saunders 1996) , di Malaysia Matematik telah dikenal pasti
sebagai satu mata pelajaran yang penting dan kerana itu ia diajar di semua peringkat
pendidikan. Namun Matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik,
kering, sukar dan membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran yang lain
seperti bahasa dan sastera. Masalah ini berpunca daripada cara pelajar melihat
Matematik.
Program Matematik KBSR bertujuan untuk membimbing murid menguasai
kemahiran asas mengira empat operasi iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Maka
kandungan sukatan matematik KBSR adalah asas untuk murid menangani masalah
kehidupan harian di samping persediaan mengikuti program matematik KBSM, (Mohd
Khairuddin Mohd Taib, 1992). Oleh itu, operasi tambah merupakan operasi asas yang
paling penting dalam mempelajari Matematik. Ketidakmampuan murid menguasai
kemahiran asas operasi tambah dalam Matematik memberi implikasi negatif kepada
mereka, iaitu timbul perasaan tidak minat dengan Matematik.
Hal ini amat membimbangkan dan saya berasa teknik yang digunakan tidak
sesuai untuk mereka. Menurut Mok Soon Sang, (1996)

teknik-teknik pengajaran

adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah.
Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu
kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Menurut
Leonard M.S (1996), guru seharusnya kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat
menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru juga penting untuk
mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah. Apabila operasi tambah secara congak
dilakukan, murid tidak mengangkat tangan untuk menjawab. Mereka juga begitu pasif
untuk menjawab soalan yang senang.
Pada pendapat saya, latih tubi dan penerangan yang diberikan sudah
mencukupi untuk mereka menjawab soalan tambah dengan tepat.
Sangkaan saya ini sememangnya salah kerana terdapat beberapa orang murid tidak
dapat menjawab soalan yang melibatkan operasi penambahan dengan tepat.

Berdasarkan ini, saya perlu memikirkan kaedah yang sesuai untuk mengajar
kemahiran tambah agar objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan
tercapai.

1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran


(PdP). Pengajaran yang berkesan dapat menarik minat murid belajar dalam suasana
yang lebih kondusif. Berdasarkan pengalaman, saya dapat mengenal pasti bahawa
murid mengalami masalah dalam

penambahan tiga nombor dengan mengumpul

semula bagi murid Tahun 2.


Saya telah diberikan amanah untuk mengajar topik penambahan bagi kelas 2
A dan saya dapat melihat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh murid kelas
tersebut. Kelas ini merupakan kelas pertama daripada dua kelas. Walaupun kelas
tersebut merupakan kelas pertama, pencapaian murid di dalam kelas tersebut adalah
pelbagai di mana ada murid yang berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah. Bagi
topik penambahan tiga nombor dengan
menghadapi

masalah

dalam

mengumpul

menyelesaikan

soalan

semula, murid lemah


yang

diberi.

Jadual

menunjukkan kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa menambah tiga nombor
dengan mengumpul semula.

Jadual 1
Contoh kesilapan pengiraan murid

bagi

Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah menjalankan satu


Muridtindakan
tidak mencari
Muridkajian
keliru
dengan
nilai nilai
Murid tidak menguasai
tambah
yang
mengumpul semula. betul.
proses mengmpul
meningkatkan kemahiran murid lemah dalam menyelesaikan masalah
semula.

penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula menggunakan Teknik Berantai.

1.2 REFLEKSI SOROTAN LITERATUR


Menurut Braten (1998), operasi tambah adalah konsep penting dalam
Matematik kerana ia merupakan algoritma pertama yang dipelajari oleh kanak-kanak
yang juga akan menjadi asas kepada pembelajaran mereka pada masa akan datang.
Masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid ialah dalam topik penambahan
dengan mengumpul semula. Kanak-kana k kurang memahami masalah operasi
nombor dengan mengumpul semula ( Van de

Walle, 2004 ). Murid-murid yang

berpencapaian rendah akan menghadapi masalah apabila melibatkan penambahan


dengan mengumpul semula.
Perkara ini dikukuhkan lagi dengan pernyataan Muhammad Sofwan (2010)
yang menyatakan bahawa murid-murid berpencapaian rendah dalam matematik
tidak mahir dalam penambahan dengan mengumpul semula. Terdapat beberapa
kesilapan umum yang sering dilakukan oleh murid-murid dalam penambahan tiga
nombor dengan mengumpul semula. Antara kesilapan umum murid-murid dalam
menyelesaikan masalah matematik ialah tidak mengumpul semula, kiraan yang
salah dan susunan digit yang tidak tersusun mengikut nilai tempat, (Douglas, 2004).

2.0 FOKUS KAJIAN


Penambahan merupakan operasi pertama yang akan dipelajari dalam subjek
Matematik. Menurut Asyraf & Tengku Zawawi (2010), operasi tambah perlu dipelajari
lebih awal kerana penambahan mempunyai kaitan yang rapat dengan kemahiran asas
dalam Matematik. Ini bertepatan dengan definisi penambahan yang diutarakan oleh
Cleave (2005) bahawa penambahan dan penolakan adalah saling songsang antara
satu sama lain.
Melalui tinjauan awal, saya dapati murid asyik tidak memberi perhatian ketika
sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya berasa sungguh kecewa
melihat situasi ini terjadi. Oleh itu sekiranya saya biarkan sahaja, maka masalah ini
akan menjadi lebih serius. Menurut Byers dan Erlwanger (1985), antara faktor
penyebab dalam operasi penambahan ialah kanak-kanak yang sedang belajar operasi
tambah tidak semestinya juga mempelajari cara menghitung. Banyak kesilapan
dilakukan dalam operasi tambah berpunca daripada kanak-kanak menggunakan
strategi berasaskan menghitung tetapi mereka menghitung dangan salah. Ini dapat
dibuktikan melalui latihan dan ujian dalaman yang diadakan. Kebanyakan murid salah
dalam soalan menambah. Saya juga telah berbincang dengan memanggil Ketua
Panitia untuk melihat sesi pengajaran saya. Hasil dari pemerhatiannya, didapati saya
perlu menggunakan kaedah lain bagi meningkatkan amalan pengajaran saya. Oleh itu
saya telah menggunakan satu kaedah bagi menambah baik cara saya mengajar
Kemahiran Tambah Nombor Dua Digit hingga Empat Digit dengan menggunakan
teknik Berantai.

Fokus ini dipilih sebagai kajian saya kerana ia mudah ditadbirkan dan saya
merupakan guru Matematik kelas tersebut. Ia juga memudahkan saya menjalankan
PdP menggunakan teknik Berantai. Selain dapat ditadbir dengan mudah, data kajian
juga telah dapat dikutip dengan mudah.
Saya juga telah berkolaborasi dengan guru yang berpengalaman dalam mata
pelajaran Matematik.
Selain itu, fokus ini dipilih kerana saya mudah mengawal kumpulan sasaran
kerana mereka merupakan murid saya sendiri. Oleh itu, sebarang bentuk interaksi
yang digunakan oleh saya, dapat diselia dengan begitu berkesan. Penggunaan teknik
Berantai sememangnya penting dalam membantu murid saya memahami dan
melakukan operasi tambah nombor dua hingga empat digit dengan mendapat jawapan
yang tepat.
Teknik yang telah saya gunakan ini diharapkan dapat membantu murid dalam
meningkatkan pemahaman dalam operasi penambahan. Kajian ini sangat relevan dan
dapat membantu pihak sekolah kerana sekiranya murid mahir dalam operasi tambah
maka mereka tidak akan menghadapi masalah dalam algoritma yang lain. Keyakinan
murid untuk belajar Matematik juga semakin memuncak kerana mereka telah
menguasai operasi asas ini. Menurut Swetz dan Liew (1982), pengajaran matematik
yang baik dan berkesan bergantung kepada beberapa faktor, iaitu kandungan
pelajaran, aras kebolehan dan minat murid, objektif pengajaran,kemudahan yang
sedia ada dan juga bakat dan personaliti guru sendiri.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menambahbaik amalan pengajaran saya dalam


mengajar kemahiran tambah operasi dua hingga empat digit dengan menggunakan
teknik Berantai.
Kajian ini juga bertujuan untuk menjawab persoalan kajian, iaitu bagaimanakah
menambahbaik amalan pengajaran saya sebagai guru Matematik dalam mengajar
bagi kemahiran tambah nombor dua hingga empat digit menggunakan teknik
Berantai.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kajian ini melibatkan 5 orang pelajar Tahun 3 di sebuah sekolah rendah dalam
Daerah Kuantan. 5 orang pelajar dipilih sebagai kumpulan sasaran untuk kajian ini
berdasarkan kepada pemerhatian terhadap ketidakupayaan mereka dalam melakukan
kemahiran tambah nombor dua hingga empat digit dalam latihan dan ujian yang
dijalankan. Jadual 1 menunjukkan konklusi jenis masalah yang dilakukan oleh
kumpulan sasaran dalam ujian yang dijalankan.

Jadual 1 : Rumusan Jenis Masalah Kumpulan Sasaran

Jenis Masalah
Nama

Tidak Menunjukkan

Cuai

Tidak Menjawab

Langkah Kerja
A
B
C
D
E

Soalan

Murid A sememangnya agak pendiam dan pemalu. Beliau selalu menyendiri


dan tidak bergaul dengan rakan semasa berada di dalam kelas. Semasa aktiviti
berkumpulan

dijalankan,

beliau

hanya

mengangguk

tanda

faham.

Hal

ini

sememangnya amat merungsingkan saya kerana latihan yang diberi tidak pernah
dijawab dengan betul dan tepat.

Selain itu, murid B juga semangnya menunjukkan pemahaman yang tinggi di


dalam kelas. Namun begitu, saya kecewa apabila melihat hasil yang ditunjukkan
apabila latihan diberikan kepada murid ini. Hampir semua soalan dijawab dengan
salah.
Seterusnya ialah murid C, murid ini sememangnya berasal dari keluarga yang
bermasalah. Namun begitu, minat yang ditunjukkan untuk belajar amat tinggi.
Kesalahan yang dilakukan semasa menjawab merupakan sebahagian kesan dari
masalah keluarga yang diahadapi.
Murid D,

Saya juga telah menjalankan kajian ini kepada lima orang murid ini dan hasilnya
adalah seperti di dalam Jadual 2.
Jadual 2
Item
2.

Soalan

Rumusan

10

Saya juga dapat mengenal pasti dua kelemahan setiap murid. Pertama, mereka tidak
mendapat hasil tambah yang betul. Selain itu, murid juga keliru dalam menulis nilai kumpul
semula. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak memahami nilai kumpul semula dengan
baik. Hal ini merupakan masalah utama kepada kelemahan mereka dalam menyelesaikan
item tambah tiga nombor dengan mengumpul semula. Sebagai contohnya, murid A dapat
menjawab empat daripada sepuluh item dengan betul. Enam item yang salah adalah terdiri
daripada dua jenis kesilapan iaitu tidak mendapat hasil tambah yang betul iaitu item 5 dan 6
dan keliru dalam menentukan nilai kumpul semula iaitu item 2, 5, 6, 7, 8 dan 10.

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN


5.1 TINDAKAN
Setelah mengenal pasti masalah, saya telah mengubah strategi pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Tambah Nombor Dua Digit hingga Empat Digit dengan
menggunakan teknik Berantai.
Pelbagai model tindakan yang dikenalpasti untuk digunakan dalam menjayakan
kajian ini. Mengikut (Tan dan Siti Hendon, 2012), terdapat pelbagai jenis model yang
boleh digunakan, namun begitu model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw
(1992) telah saya gunakan untuk menjalankan kajian tindakan ini. Model ini melibatkan
lima peringkat iaitu mengenalpasti aspek amalan, perancangan, tindakan/implementasi,
pengumpulan data dan refleksi. Proses dimulakan dengan pengumpulan data murid
berdasarkan pencapaian murid-murid dalam peperiksaan yang lepas supaya masalah
sebenar dapat dikenalpasti bagi memudahkan saya menjalankan kajian ini. Seterusnya,
membuat perancangan yang diatur rapi melalui pelan tindakan yang dibina serta
melaksanakannya mengikut langkah-langkah yang telah dirancang.

Rajah 1 : Proses Pelaksanaan Kajian Tindakan

5.1.2 Langkah Teknik Berantai

Langkah 1
- murid membaca soalan.
- murid menulis soalan.
- murid membina petak
segiempat sama mengikut
bilangan angka pertama.

Langkah 2
- murid memasukkan
nombor kedua mengikut
nilai tempat.
- murid melukis rantai
mengikut angka.

Langkah 3
- murid memasukkan
nombor ketiga.
- murid melukiskan rantai
mengikut angka.

Langkah 4
- murid menulis jawapan
yang betul berdasarkan
nombor yang terdapat
dalam segiempat sama.

5.1.3 Tindakan
Saya telah mengadakan perjumpaan dengan 5 orang pelajar yang telah
dikenalpasti untuk memperkenalkan teknik Berantai kepada mereka. Saya akan
menerangkan terlebih dahulu tentang pengguanaan teknik Berantai. Justeru itu, saya
telah menggunakan beberapa contoh soalan operasi tambah nombor dua hingga empat
digit. Rajah 1 menunjukkan satu contoh soalan operasi tambah.

356 + 268

Rajah 1: Soalan

Langkah 1:
-

Murid telah membaca soalan dan menulis soalan pada kertas.


Murid telah melukis petak segiempat sama seperti Rajah 2
356 + 268

Rajah 2 : Gambar rajah teknik Berantai


Langkah 2:

Murid telah memasukkan nombor pertama ( satu petak, satu nombor ) seperti
yang ditunjukkan dalam rajah 3.

356 + 268

Rajah 3 : Proses menulis nombor


356 + 265
Langkah 3:
-

Murid memasukkan nombor kedua dengan mewakilkan nombor tersebut dalam


bentuk seperti rajah 4. ( mengikut petak dari kanan ke kiri )

Sekiranya terdapat penambahan dalam mengumpul semula, baki tersebut perlu


ditulis dalam segiempat di bawah sebelah kiri..

Murid juga akan mewakilkan baki tersebut seperti Rajah 4 .

Rajah 4: Proses Berantai

Langkah 4 :

Murid mengambil jawapan dalam bulatan sahaja seperti ditunjukkan dalam Rajah
5.

- 356 + 265
3

356 + 265 = 621

Rajah 5: Menulis Jawapan

5.2 CARA MENGUMPUL DATA

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data.
Kaedah itu ialah seperti pemerhatian, temu bual dan nota lapangan. Ianya bertujuan
sebagai pembuktian ketepatan kajian tindakan ini serta data yang telah diperoleh
mencukupi dan menyeluruh. Justeru, ia dapat membantu saya mengenalpasti masalah
yang dihadapi oleh pelajar semasa mereka menggunakan teknik Berantai. Saya juga
dapat menambaik amalan cara mengajar.

5.2.1 PEMERHATIAN

Menurut Mohd Majid ( 1990 ) data yang dipungut melalui pemerhatian


mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya ia dilaksanakan secara teratur
dalam situasi kajian yang sebenar. Saya bercadang untuk membuat pemerhatian
secara berstruktur melalui senarai semak. Dalam senarai semak, saya akan
memerhatikan tingkah laku pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Jadual 1
menunjukkan contoh borang rekod pemerhatian yang saya akan dicatatkan semasa
mengajar.

Jadual 1: Cotoh Senarai Semak

BIL
1.
2.
3.
4.
1.
2.
3.
4.

Tingkah Laku Murid Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran


PERKARA

Perkara
Bercakap bersama-sama rakan
Memberi respons kepada guru semasa sesi soal jawab
Murid menumpukan perhatian semasa sesi PdP
Hasil Kerja Murid

Tekun semasa membuat latihan


Murid berminat menggunakan teknik Berantai
Murid dapat menjawab semasa menggunakan teknik Berantai
Murid dapat memahami operasi tambah

5.2.2 Temu Bual


Temubual merupakan satu pemerhatian yang lebih menjurus kepada respon
berbentuk verbal dan juga gerak badan. Temubual membolehkan guru mengkaji
dengan lebih terperinci akan masalah murid-murid tersebut. Menurut Merriem (1998)
penggunaan temubual bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang tepat sepeti
sosiodemografik, umur, pendapatan, taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan
sebagainya.
Bagi mengumpul data untuk menjawab soalan kajian ini, saya telah
menggunakan temu bual tidak berstruktur bersama Ketua panitia. Rajah 5 menunjukkan
contoh format temu bual bersama Ketua Panitia.

5.2.3 NOTA LAPANGAN


Nota lapangan ialah maklumat yang didengar, dilihat, pengalaman yang dilalui
dan apa yang difikirkan sertamenjadi imbasan ke atas data yang ada. Maklumat yang
diperolehi adalah seperti idea, strategi dan refleksi yang mempelbagaikan corak
maklumat

berkenaan.

Membuat

nota

lapangan

adalah

salah

satu

cara

melaporkanpemerhatian, refleksi dan tindak balas kepada masalah dalam bilik darjah.
Seelok-eloknya, nota lapangan ditulis sebaik sahaja masa pengajaran habis kerana apa
yang berlaku dalam bilik darjah masih segar dalam ingatan guru. Nota lapangan terdiri
daripada pelbagai jenis. Ada yang berpusatkan isu, maksudnya pemerhatian adalah
fokus kepada isu-isu tertentu seperti mutu pengajaran, tingkah laku pelajar dan perkara
yang sedang berlaku.
Kandungan nota lapangan juga merangkumi huraian latar, tindakan yang
dilaksanakan, tingkah laku, refleksi kendiri dan perkara yang berlaku di luar jangkaan
sekiranya ada. Saya juga akan menulis nota lapangan sebelum, semasa dan selepas
sesi pengajaran dilaksanakan. Ini penting kerana melalui nota lapangan, saya akan
dapat fokus pada isu-isu tertentu sepanjang masa pengajaran, dapat mereflek reaksi
pelajar dan suasana di dalam bilik darjah. Rajah berikut menunjukkan contoh nota
lapangan setelah pemerhatian dilakukan terhadap pelajar.

Rajah 5 : Contoh Nota Lapangan

5.3 CARA MENGANALISIS DATA


5.3.1 Pemerhatian

Menurut Morisson (1993), kaedah pemerhatian tidak berstuktur ialah catatan


nota lapangan yang dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk naratif atau cerita
dengan cara memerihalkan semula apa yang terdapat dalam catatan nota lapangan
dan pemerhatian serta menyebut perbualan guru dengan pelajar semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Saya telah membuat catatan terhadap setiap
pencapaian yang ditunjukkan dalam lembaran kerja yang saya berikan dan
kemudiannya membuat analisis terhadap perkara tersebut. Saya juga mengambil
gambar foto sebagai sokongan kepada pemerhatian saya ini.

5.3.2 Temubual

Saya telah menjalankan temubual secara berstruktur terhadap Ketua Panitia dan
rakan sekerja. Ketua Panitia dan rakan sekerja akan memberi komen ketika sesi
refleksi setiap kali selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dan pengkaji
meminta beliau untuk turut memerhatikan sejauh mana keberkesanan pendekatan yang
ingin diketengahkan ini. Saya juga menjalankan temubual secara tidak berstruktur
kepada pelajar. Melalui temubual tersebut, saya telah bertanyakan soalan-soalan yang
berkaitan perasaan mereka ketika mereka mempelajari operasi tambah dengan

menggunakan teknik Berantai dan kemudiannya dicatat dan dirumuskan untuk


mendapatkan kesimpulan.
5.3.3 Nota Lapangan
Teknik analisis data yang telah saya gunakan adalah analisis kandungan dan
analisis pola. Saya menganalisis nota lapangan saya melalui analisis kandungan.
Semasa menganalisis, saya menandakan perkara-perkara yang dianggap penting dan
berhubung dengan soalan-soalan penyelidikan tindakan saya. Setelah menganalisis
kesemua nota lapangan, saya merujuk semula perkara-perkara yang ditandakan dan
tentukan kategori.
Di samping itu, analisis pola turut dilakukan yang mana analisis pola persamaan
dan pola perbezaan digunakan bagi membanding beza tahap pencapaian pelajar kajian
disamping melihat kekerapan betul dan salah kerja murid.

5.3.4 Teknik Menyemak Data

Dalam penyemakan data, saya menggunakan triangulasi kaedah dan triangulasi


sumber untuk membina keyakinan terhadap kesahan dan kebolehpercayaan data yang
saya kumpulkan dan analisis.Saya memilih triangulasi antara kaedah iaitu penggunaan
kaedah yang berbeza untuk mengumpul data daripada peserta penyelidikan tindakan
saya yang sama. Kaedah berbeza yang digunakan adalah kaedah pemerhatian,
temubual dan nota lapangan seperti yang dinyatakan dalam teknik mengumpul data.
Triangulasi sumber pula melibatkan semakan lembaran kerja oleh saya dan
Ketua Panitia. Hal ini untuk memastikan semakan adalah sama demi mendapat

kesahan data saya iaitu kesan penggunaan teknik Berantai dalam membantu murid
menambah nombor dua digit hingga empat digi5.4

PERLAKSANAAN KAJIAN

TINDAKAN

Kajian tindakan ini memerlukan perancangan yang teliti dan rapi. Saya
menggunakan Carta Gantt bagi melancarkan segala perjalanan Kajian Tindakan ini.
Jadual 3 menunjukkan Carta Gantt perlaksaan Kajian Tindakan ini.

TAHUN 2014
BIL
AKTIVITI
1.
Menerima kerja kursus daripada Pensyarah.
2.

Mengenalpasti masalah dan pengumpulan


data awal.

3.

Menentukan objektif / soalan kajian.

4.

Menulis kertas cadangan kajian.

5.

Merancang Tindakan

6.

Pelaksanaan Tindakan

7.

Pelaksanaan Ulasan Literatur.

8.

Mengumpul Data

9.

Menganalisis Data

10.

Membuat refleksi.

JUN

JULAI

OGOS

SEPT

5.4.2 Kos Kajian

Kos yang terlibat sepanjang merancang Penyelidikan Tindakan ini ditunjukkan


melalui jadual di bawah:

BIL

BAHAN

KUANTITI X KOS

JUMLAH

SEUNIT
1.

Kertas A4

2 ream x RM 9.00

RM 18.00

2.

Fotostat Bahan

3.

Buku Catatan

1 x RM 4.00

RM

4.

Dakwat Printer

2 x RM 70.00

RM 140.00

RM 25.00
4.00

6.0 RUJUKAN
Carol Ann Tomlinson Mapping a Route toward Differentiated Instruction.Artikel 1999

Kamarudin Hj Husin. (2002). Psikologi Bilik Darjah Asas Pedagogi. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distrutors Sdn.Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2008 ), Buku Manual Kajian Tindakan,
Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kemmis & McTaggart. (1988). dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit
BPPDP,KPM.
Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan (Methods in Educational
Research). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 599p, 7th. Printing
(2004).

Swetz J. F dan Liew S. T (1982). Pengajaran Matematik Di Sekolah Menengah


Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Tan & Siti Hendon ( 2012 ), Penyelidikan Tindakan Sains Pendidikan


Rendah ( Kaedah ). Malaysia : Institut Pendidikan Guru Malaysia

You might also like