Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KEWANGAN ISLAM

PENGENALAN
Ahli ekonomi kewangan percaya bahawa pasaran modal mempunyai peranan yang amat penting
dalam mempengaruhi pertumbuhan ekonomi. Di negara maju, pertumbuhan alat kewangan yang
menggalakkan pertumbuhan keluaran negara adalah satu fenomena yang wujud secara selari.
Kestabilan pasaran modal merupakan antara syarat utama dalam kestabilan ekonomi makro.
Pasaran modal adalah pasaran yang sekurang-kurangnya melibatkan aktiviti jualan dan belian
saham ekuiti dan hutang jangka masa panjang. Di Malaysia pasaran modalnya agak unik kerana
kewujudan dua sistem kewangan yang beroperasi selari iaitu sistem kewangan konvensional dan
sistem kewangan Islam yang bersaing untuk mencari pelanggan.
Pasaran Modal Islam (PMI) merupakan salah satu elemen dalam struktur sistem
kewangan Islam (SKI) selain daripada Institusi Kewangan secara Islam dan instrumen kewangan
Islam. PMI memainkan peranan penting dalam menjanakan pertumbuhan ekonomi bagi negara
in. PMI berfungsi sebagai sebuah pasaran yang selari dengan pasaran modal konvensional, dan
memainkan peranan sebagai pelengkap kepada sistem perbankan Islam dalam memperluas dan
memperdalam pasaran kewangan Islam di Malaysia. Dengan perkembangan pasaran modal
Islam, pembiayaan boleh dilaksanakan dengan pematuhan penuh kepada prinsip dan piawaian
Syariah.
Secara tidak langsung, perkara ini telah meluaskan aktiviti ekonomi berasaskan syariah
iaitu komponen PMI yang berpandukan kepada perundangan Islam. Kewujudan PMI masih baru
di Malaysia berbanding dengan Sistem Perbankan Islam yang telah bertapak sejak penubuhan
Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 1983. Malaysia telah mewujudkan Skim Perbankan
Islam Tanpa Faedah (IFBS) atau kini dikenali dengan SPI pada Mac 1993. SPI mula beroperasi
di bank-bank konvensional seterusnya, perkembangan ini merangsang pertumbuhan PMI
domestik bagi sektor kerajaan mahupun swasta.
Sehubungan itu, objektif tugasan ini adalah untuk menjelaskan pengertian dan peranan
Pasaran Modal Islam (PMI) di Malaysia dalam menjana pertumbuhan negara. Selain itu tugasan

ini juga bertujuan mengenalpasti produk-produk kewangan Islam yang ditawarkan oleh PMI
serta mendedahkan tentang produk-produk kewangan Islam semasa.
1.0 PENGERTIAN PASARAN MODAL ISLAM (PMI)
1.1. Struktur Sistem Kewangan Islam
Struktur sistem kewangan Islam adalah mencakupi tiga komponen utama iaitu Instrumen
kewangan Islam, Institusi kewangan secara Islam dan Pasaran kewangan Islam yang meliputi
(pasaran wang, pasaran modal, pasaran derivatif dan pasaran Segera (Spot Market), Pasaran
Hadapan dan Opsyen).
1.2. Pasaran Modal Islam
Pasaran kewangan Islam merujuk kepada suatu tempat yang menyediakan mekanisme untuk
tujuan pertemuan dan penyaluran dana antara dua unit iaitu unit kekurangan dan unit lebihan.
Manakala pasaran modal merupakan pasaran bagi penjualan dan pembelian sekuriti jangka
panjang sama ada berbentuk hutang ataupun ekuiti. Pasaran modal Islam merangkumi dua
pasaran iaitu:
i)

Pasaran Utama (primer)


Pasaran ini merupakan satu bentuk pasaran kewangan yang melibatkan pengeluaran
sekuriti baru melalui pengeluaran bon atau saham yang dijual kepada pelabur bertujuan
meningkatkan modal kerja sesebuah syarikat.

ii)

Pasaran Kedua (sekunder)


Merupakan pasaran yang melakukan urus niaga sekuriti yang telah berada di pasaran.
Pasaran ini berfungsi bagi memudahkan instrumen kewangan yang dipegang oleh pelabur
dijual untuk mendapatkan tunai. Contohnya, pemegang bon dengan tempoh matangnya
setahun boleh menjual sekuritinya dengan lebih awal dalam pasaran kedua untuk
memperoleh tunai. Manakala instrumen ekuiti yang tidak mempunyai tempoh matang,
boleh dicairkan dengan menjualnya di pasaran keduanya iaitu (BSKL).

Pasaran modal Islam sebenarnya mula diperkenalkan pada tahun 1983. Berdasarkan tempoh
matang, pasaran modal Islam turut di kelaskan kepada dua iaitu:

Muka surat | 1

i)

Pasaran ekuiti dan;


Ekuiti tidak mempunyai tempoh matang. Pasaran ekuiti merupakan pembelian saham-saham
syarikat dan pemilikan saham, bermaksud seseorang itu memiliki syarikat tersebut. Pasaran
ini juga dikenali sebagai pasaran saham. Pembeli akan menerima dividen tahunan yang
diagihkan berdasarkan prestasi syarikat dan keputusan lembaga pengarah. Di Malaysia
pasaran ekuiti di letakkan dibawah kawalan Suruhanjaya Securities (SC). Bagi menjalankan
analisis terhadap pasaran modal, Majlis Penasihat Syariah (MPS) telah ditubuhkan oleh SC.

ii)

Pasaran hutang
Sekuriti hutang Islam (IPDS) mula diperkenalkan pada tahun 1990. Pasaran hutang berkait
dengan pengeluaran instrumen seperti sukuk di mana pihak peminjam akan membuat
perjanjian untuk membayar. Sementara kaedah ekuiti memerlukan sesebuah syarikat
mengeluarkan syer biasa yang merupakan pendapatan bersih atau aset sesebuah syarikat. Ia
meliputi kontrak pertukaran seperti murabahah, ijarah, wakalah, baie dayn, baie bithaman alajil dan sebagainya. Antara contoh produk di bawah pembiayaan hutang termasuklah bon,
sijil penerimaan bank dan sijil deposit boleh niaga.

Muka surat | 2

2.0 PERANAN PASARAN MODAL ISLAM DALAM MEMBANTU PERTUMBUHAN


NEGARA
Di Malaysia, pasaran modal Islam merupakan salah satu komponen yang penting dalam
keseluruhan pasaran modal. Pasaran modal memainkan peranan yang penting untuk menyokong
pembangunan ekonomi negara sebagai sumber pembiayaan utama bagi pelbagai sektor, di
samping secara sendirinya menjadi penyumbang besar kegiatan ekonomi. Pasaran modal Islam
pada masa kini telah berfungsi sebagai sebuah pasaran yang berkembang seiring dengan pasaran
modal konvensional bagi para pengguna dan penyedia modal. PMI berperanan sebagai
pelengkap kepada sistem perbankan Islam dalam memperkembangkan dan memperluaskan
pasaran kewangan Islam di Malaysia termasuk membantu pembangunan negara.
Pada dasarnya pasaran modal di Malaysia sama ada konvensional atau Islam
bermatlamatkan dua perkara iaitu yang pertama ialah membantu proses pembangunan ekonomi
dengan menggemblengkan dana jangka panjang dan sederhana daripada institusi dan orang
awam untuk membiayai program dan rancangan pembangunan awam dan membiayai pelaburan
swasta. Keduanya, pasaran modal menggalakkan perusahaan swasta dengan menyediakan
perkhidmatan pengantara yang mudah untuk memperolehi dana bagi pelaburan dan
pengembangan korporat dan dalam mengubah struktur pemilikan syarikat-syarikat.
Secara umum, peranan pasaran modal dalam sesebuah negara adalah penting dalam usaha
untuk menyediakan pembiayaan yang lebih rendah kos kepada sektor korporat. Dalam masa
yang sama, kewujudan pasaran modal dapat mengurangkan kebergantungan sektor korporat bagi
mendapatkan sumber kewangan daripada bank komersial yang secara relatifnya mengenakan kos
yang lebih tinggi untuk membiayai pelaburan mereka. Malah sektor ini boleh menjana
pembiayaan mereka sendiri melalui penawaran sukuk ataupun bon Islam; dan juga melalui
perkongsian modal berbentuk ekuiti. Ini membolehkan sektor korporat mendapat manfaat serta
pilihan bagi tujuan menjana pembiayaan modal pelaburan melalui penerbitan ekuiti dan bon.
Di samping itu, penubuhan pasaran modal Islam penting dalam tiga perkara;
i)

Menjana Kekuatan Ekonomi Umat Islam


Pasaran modal Islam berperanan dalam menjana kekuatan ekonomi umat Islam yang rataratanya lemah. Umat Islam khususnya di Malaysia ketinggalan dari sudut pelaburan dalam
Muka surat | 3

industri pasaran modal. Ini kerana umat Islam berpandangan bahawa industri tersebut
mendatangkan pulangan yang diharamkan menurut Islam. Pasaran modal Islam melibatkan
modal di mana kesemua aktivitinya dijalankan dengan cara yang tidak bercanggah dengan
perundangan Islam. Secara khususnya, pasaran modal Islam mengaplikasikan perundangan
Islam dalam urus niaga iaitu bebas daripada penglibatan aktiviti yang dilarang oleh Islam
serta bebas daripada unsur riba, perjudian, kesamaran atau ketidakpastian (gharar) dan
makanan atau minuman tidak halal serta melibatkan aktiviti yang tidak bermoral. Kewujudan
pasaran modal Islam ini dapat menjana kekuatan ekonomi dengan penyertaan lebih ramai
umat Islam yang secara langsung akan meningkatkan lagi jumlah dana untuk membiayai
rancangan pembangunan awam dan pelaburan sektor swasta. Selain itu, penglibatan umat
Islam terutamanya dalam sektor ekuiti akan memberi keseimbangan komposisi dan
pendapatan dari sektor ekonomi antara kaum di Malaysia.
ii)

Menyediakan Alternatif Pelaburan Berteraskan Islam


Pasaran modal Islam menyediakan alternatif pelaburan berteraskan Islam kepada umat Islam
di Malaysia khususnya dan dunia umumnya. Umat Islam dapat memilih instrumen-instrumen
yang selari dengan kehendak Syariah dan dapat menilai kemampuan instrumen-instrumen
yang diniagakan di pasaran modal Islam berbanding dengan pasaran modal konvensional. Di
samping itu, masyarakat bukan Islam juga mempunyai alternatif pelaburan dan ini akan
menggalakkan pertumbuhan pasaran modal baik konvensional mahupun Islam. Persaingan
ini akan melahirkan instrumen-instrumen yang berdaya saing selain daripada dapat
memenuhi kehendak pasaran dan pelabur. Ini juga pada hakikatnya satu usaha untuk
menjadikan sistem kewangan Islam menjadi pilihan bukan saja masyarakat Islam bahkan
masyarakat bukan Islam.

iii)

Pelengkap kepada perbankan Islam


Kewujudan pasaran modal Islam juga sangat penting apabila ia menjadi pelengkap kepada
perbankan Islam di Malaysia. Tahap kecekapan pasaran amat penting dalam menentukan
kecepatan pemindahan dana dari sektor yang kurang produktif kepada sektor yang produktif.
Oleh itu, kewujudan pasaran modal Islam memainkan peranan sebagai pelengkap kepada
Muka surat | 4

sistem kewangan Islam dalam memperkembangkan dan memperluaskan pasaran kewangan


Islam di Malaysia. Sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat terhadap produk
disokong dengan usaha berterusan kerajaan bagi memastikan perkembangan sistem
kewangan Islam di Malaysia berkembang dengan pesat. Perkembangan pasaran modal Islam
yang berkembang maju telah mewujudkan Kuala Lumpur Syariah Index (KLSI) pada 17
April 1999. Indeks Syariah ini kemudiannya dikenali sebagai FTSE Bursa Malaysia EMAS
Syariah Index. Indeks ini berperanan sebagai penanda aras kepada pelabur dalam pelaburan
lulus syariah. Unit Pasaran Modal Islam (UPMI) di Bahagian Dasar Pasaran dan
Pembangunan oleh Suruhanjaya Sekuriti telah ditubuhkan bagi memastikan pasaran modal
Islam terus berkembang maju. Dengan kewujudan PMI juga, sistem kewangan Islam yang
dibangunkan di Malaysia sejak awal 1980an menjadi sempurna.
Tumpuan kerajaan kini adalah untuk memperkenalkan Malaysia sebagai pusat kewangan
Islam serantau dan menjadi contoh kepada negara-negara Islam dalam membangunkan sistem
kewangan Islam yang selari dengan sistem kewangan konvensional. Penubuhan pasaran modal
Islam mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi negara, walaupun dari satu sudut penubuhannya
dilihat sebagai saingan kepada pasaran modal konvensional tetapi pada hakikatnya matlamat
kedua-dua pasaran ini adalah sama iaitu untuk menjana perkembangan ekonomi Malaysia dan
menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

Muka surat | 5

You might also like