Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

CONTOH
AMALI 1

EKOSISTEM TANAH - BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN

Tujuan

Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui


di dalam jenis tanah yang berbeza.

Pendahuluan :
Ekosistem terdiri daripada dua komponen iaitu komponen abiotik dan biotik. Komponen
abiotik merangkumi benda-benda yang tidak hidup seperti air, tanah, kelembapan udara dan
cahaya matahari manakala komponen biotik pula terdiri daripada benda hidup seperti haiwan,
tumbuhan dan manusia. Interaksi antara komponen biotik dengan abiotik ini membentuk satu
jaringan ekosistem. Dengan adanya interaksi-interaksi tersebut, suatu ekosistem dapat
mempertahankan keseimbangannya.
Spesis ialah kumpulan organisma semula jadi yang berpotensi untuk saling membiak
antara satu sama lain bagi menghasilkan zuriat yang subur. Populasi pula membawa maksud
kumpulan individu daripada jenis yang sama yang menduduki sesuatu kawasan pada sesuatu
ketika. Komuniti pula dua atau lebih populasi daripada dua organisma berbeza yang hidup dan
mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran. Ekosistem ialah kitaran bahan yang
menghubungkan organisma dalam satu komuniti dengan komuniti yang lain dan juga dengan
persekitaran. Biosfera pula keseluruhan zon bumi, air dan atmosfera yang wujudnya hidupan.
Kesemua ini saling bergantung dan bersandaran antara satu sama lain bagi memastikan
ekosistem alam sentiasa seimbang dan dapat memenuhi keperluan organisma yang ada di
muka bumi. Saling kebergantungan ini contohnya persaingan, pemangsaan dan hubungan
parasit-perumah. Selain itu, biota ini juga turut saling bertindak dengan persekitaran fizikal dan
kimia di sekeliling.
Hipotesis:
Lapisan horizon O tanah mempunyai bilangan makrofauna yang banyak.
Pembolehubah

Dimanipulasi
Bergerak balas
Dimalarkan

- Jenis tanah
- Bilangan dan jenis makrofauna
- Suhu persekitaran, teknik mengumpul makrofauna

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI


SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

Bahan dan radas

Sampel tanah , Larutan formalin, Corong tulgren, Kaki retort, Bikar, Lampu
Corong turas , Kain kasa , Piring petri, Forseps, Kanta pembesar dan Mikroskop
Prosedur

Rajah
1

Rajah 2

1. Dua sampel tanah iaitu Horizon O dan Horizon A daripada dua kawasan yang berlainan
telah diambil.
2. Tanah itu telah diambil di kawasan berumput, kawasan yang mempunyai tumbuhtumbuhan asli dan spesis pokok-pokok yang berbeza.
3. Sampel yang diambil telah dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat. Beg plastik itu
dilabel dengan maklumat tempat tanah itu diambil. Jenis tanah dan ciri-ciri tempat
pengambilan tanah direkodkan di dalam Jadual 1.
4. Spesimen hidup di atas tanah turut diperhatikan dan dicatat di dalam Jadual 2.
5. Tanah daripada lokasi yang sama dicampur bersama sepenuhnya.
6. Tanah dimasukkan ke dalam saluran Tulgren seperti gambar Rajah 1. Tanah tersebut telah
dibiarkan selama tiga hari.
7. Bikar yang mengandungi etanol telah dikeluarkan dan makrofauna yang terperangkap
diambil dan ciri-cirinya direkodkan dalam Jadual 3.
8. Tanah telah dimasukkan ke dalam Saluran Baermann seperti dalam Rajah 2 dan dibiarkan
selama tiga hari.
9. Sebuah bikar yang mengandungi air diletakkan di bawah saluran tersebut.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI


SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

10. Selepas tiga hari, saluran Baermann dibersihkan menggunakan jarum dan makrofauna
kecil yang terperangkap di dalam bikar air diperhatikan dengan menggunakan mikroskop.
11. Pemerhatian telah direkodkan dalam Jadual 4.
12. Daripada beg plastic, sampel tanah horizon O dan horizon A yang diukur jumlahnya telah
diperhatikan di bawah mikroskop atau kanta pembesar.
13. Fauna yang dapat dijumpa telah diasingkan ke dalam piring petri yang bersih untuk
dikenalpasti.
14. Organisma tersebut dikumpulkan mengikut kriteria tersendiri. Pemerhatian direkodkan
dalam Jadual 5.
15. Keputusan daripada jadual tersebut digunakan untuk mengira kumpulan per liter tanah dan
leaf litter serta bilangan individu daripada setiap kumpulan leaf litters.
Keputusan
i.

Jenis lokasi
Ciri-ciri Lokasi

Lokasi 1

Lokasi 2

Jenis tumbuhan

Pokok rambutan

Pokok mangga

Warna tanah

Coklat muda

Coklat

Kekeringan/kelembapan

Kering

Sedikit lembap

Kepadatan tanah

Kurang padat

Kepadatan sederhana

Tekstur tanah

Tanah pamah

Tanah pamah

Jadual 1

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI


SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

Ii. Makrofauna yang diperhatikan di Lokasi 1 dan Lokasi 2 ;

Kumpulan
Bilangan @ lokasi 1

Bilangan @ lokasi 2

Cacing

Siput babi

Lipan

Ulat gonggok

Semut merah

Semut hitam

Kutu tanah

Makrofauna Besar

Makrofauna Kecil

Jadual 2

iii. Organisma yang ditemui di dalam kedua-dua jenis tanah

Kumpulan Makrofauna

Bilangan

Cacing
Semut merah
Semut hitam
Kutu tanah
Siput babi

2
1
1
2
1
Jadual 3

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI


SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

iv. Pemerhatian melalui mikroskop


Mikrofauna

Kumpulan

Nematod

Jadual 4
ii.

Kriteria makrofauna
Lokasi 1 Lokasi 2
Makrofauna

Bilangan kumpulan per liter tanah

Bilangan kumpulan cacing per liter tanah

Bilangan kumpulan semut per liter tanah

Bilangan kumpulan kutu tanah per liter tanah

Bilangan kumpulan siput babi per liter tanah

Bilangan kumpulan lipan per liter tanah

Bilangan kumpulan ulat gonggok per liter tanah

Jadual 5

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI


SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

Perbincangan

1. Bagaimanakah kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu) makrofauna


yang ditemui pada tanah daripada kedua-dua lokasi berbeza? Cadangkan mengapa
adanya perbezaan tersebut? Apakah parameter tanah yang boleh diguna untuk
menjelaskan perbezaan tersebut.

Habitat adalah tempat suatu makhluk hidup. Contohnya, habitat paus adalah di dalam laut,
habitat buaya adalah perairan payau, habitat monyet dan harimau adalah hutan, habitat
pohon bakau adalah kawasan air pasang surut dan sebagainya. Istilah habitat dapat juga
digunakan untuk menunjukkan tempat sekelompok organisma dari berbagai spesies yang
membentuk suatu komuniti.. Daripada keputusan yang diperolehi, tanah dari Lokasi 2
mengandungi lebih makrofauna apabila dibandingkan dengan sampel tanah yang lain.
Tanah Lokasi 2 diambil dari kawasan bawah pokok mangga yang sedikit lembap. Dalam
ekosistem ini lantai tanah ditutupi dengan dedaun ranting dan pokok-pokok mati yang
membuatkan permukaan tanah di kawasan ini lembut. Pokok-pokok di sini hidup dengan
subur, begitu juga dengan haiwan lain yang menghuni di kawasan ini seperti burung, di
mana ia membina sarang pada pokok-pokok dan memperolehi banyak makanan di lantai
tanah.
2. Jelaskan peranan makrofauna di dalam tanah.

Makrofauna berfungsi sebagai sebuah komuniti di dalam tanah yang membantu


menyeimbangkan sifat fizikal tanah. Makrofauna dan mendapan organik dapat membantu
mencegah hakisan tanah, bertindak sebagai pengurai, membantu meningkatkan aktiviti
biologi dan meningkatkan kesuburan tanah serta kestabilan struktur tanah dalam kawasan
tersebut.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI


SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

Jenis
organisma

Ciri dan peranan organisma kepada tanah

Terlibat di dalam proses pereputan sisa organik


Bakteria

Penting dalam membantu peredaran karbon, nitrogen,


fosforus dan sulfur di dalam tanah.

Aktinomisit

Kulat

Penting dalam proses pereputan sisa organik.


Penting dalam pereputan bahan organik : bersimbiosis
dengan akar tumbuhan

Mencampurkan hasil reputan daun di atas tanah.


CacingTanah

Membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan lain.


Membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang
yang digalinya.
Najisnya mengandungi kalsium yang menyuburkan tanah.

Nematod

Alga

Membantu pereputan bahan organik

Menggunakan cahaya matahari untuk menjalankan


fotosintesis

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI


SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

3. Berdasarkan rantai makanan yang disediakan, labelkan jenis biota (contoh : kulat,
nematod), apa yang dilakukan oleh mereka dan jelaskan bagaimana tenaga mengalir;
dimana ia bermula dan berakhir (contoh : di bahagian atas rantai makanan). Apa yang
berlaku kepada tenaga dan nutrien apabila organisma di bahagian atas mati?

Organisma-organisma individu dari kompnen biosis berkemandiri sama ada dengan


menghasilkan makanan sendiri ataupun dengan memakan organisma lain. Tumbuhan hijau
dapat menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis kerana adanya pigmen
klorofil yang dapat memerangkap tenaga dari matahari. Makanan yang dihasilkan ini
digunakan oleh tumbuhan untuk terus hidup dan juga membekalkan makanan kepada
organisma lain apabila organisma itu memakan tumbuhan. Kesemua ekosistem mempunyai
tiga kumpulan nutrisi iaitu pengeluar, pengguna dan pengurai. Rantai makanan adalah satu
siri organisma dalam suatu ekosistem yang dihubungkan kepada organisma yang lain
melalui pemindahan atau pengaliran tenaga. Setiap organisma masing-masing menjadi
pemangsa dan mangsa kepada organisma sebelum dan selepasnya. Jaringan makanan
pula merupakan interaksi makanan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantai
makanan. Dalam sebarang komuniti, setiap pengguna biasanya mempunyai pelbagai
pilihan makanan dan pengguna itu juga mungkin dimakan oleh pelbagai pemangsa
(pengguna) yang lain.
Berdasarkan rajah di atas, tumbuhan berperanan sebagai pengeluar atau organisma
autotrof. Tumbuhan hijau menggunakan cahaya matahari untuk mensintesiskan karbohidrat
dan protein melalui fotosintesis. Pengeluar biasanya menduduki aras trof yang pertama.
Detritivor pula merupakan heterotrof yang mengambil zat makanan dengan memakan
detritus. Dengan itu, mereka telah menyumbang kepada penguraian dan kitaran zat

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI


SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

makanan. Detritivor hidup dalam mana-mana tanah yang mempunyai komponen organik,
dan juga hidup dalam ekosistem marin di mana mereka dinamakan kesalingbolehtukaran
dengan penghantar bawahan. Jika organisma dibahagian atas iaitu burung dan tikus telah
mati, tenaga dan nutrien akan hilang dan tidak dapat disalurkan lagi melalui rantai makanan
tersebut. Di sini, ulat akan memainkan peranan penting mereka sebagai pengurai
semulajadi. Perpindahan tenaga di dalam ekosistem boleh dikesan dari satu aras kepada
aras yang lain. Namun begitu, hampir 85% tenaga akan hilang kepada persekitaran sebagai
haba. Tenaga tersebut semakin berkurangan kerana ia bergerak dari satu fasa ke fasa yang
lain dan akhirnya akan hilang sebagai haba dan perlu diganti oleh tenaga daripada
matahari.
4. Apakah kumpulan organisma yang membentuk mesofauna? Apakah kumpulan
organisma yang membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan
ini?
Mikrofauna adalah haiwan kecil dan organisma uniselular yang hanya boleh dilihat melalui
mikroskop. Kebiasaanya mikrofauna berukuran lebih kecil daripada 0.1mm, manakala
mesofauna pula berukuran diantara 0.1mm dan 2mm. Mikrofauna boleh ditemui di seluruh
duni, begitu juga dengan mesofauna seperti cacing tanah, arthropods dan nematode yang
besar. Kebanyakkan mikrofauna dipanggil cryptozoa, haiwan yang tidak dapat
digambarkan oleh sains. Fungsi utama kedua-dua organisma ini adalah untuk mengurai
kebanyakkan benda hidup secara semula jadi.
5. Jaringan makanan dapat menunjukkan kerumitan biologi, dan juga kesihatan tanah.
Terangkan bagaimana pengurusan tanah dapat mengekalkan kesihatan tanah.
Kesihatan tanah bergantung kepada jaringan makanan yang menunjukkan kerumitan
biologi. Salah satu cara untuk mengurangkan bilangan perosak dalam ladang secara
semulajadi adalah melalui kawalan biologi. Kawalan biologi merujuk kepada penggunaan
sesuatu organisma untuk mengawal pembiakan atau populasi organisma lain yang
mendatangkan kerosakkan.
6. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi tanah di dalam
ekosistem. Apakah kawalan ekosistem yang dilakukan?

Biota tanah menyumbang kepada kesihatan tanah. Tanah yang mengandungi kandungan
oksigen yang tinggi adalah yang terbaik untuk proses pertanian.
Biota tanah ini memainkan peranan utama di semua peringkat dalam makanan mikro web di
mana tenaga dipindahkan dari satu organisma yang lain dan sebagai nutrien akibat dikitar
semula melalui persekitaran tanah.
Kesimpulan :

Terdapat pelbagai jenis makrofauna di dalam tanah.


bilangan makrofauna berbanding dengan Lokasi 1.

Lokasi 2 mempunyai lebih banyak

You might also like