Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

i.

Statistik Inferens (Statistik induktif)


- merupakan bahagian terpenting daripada statistik yang berkaitan dengan
pembuatan kesimpulan dan keputusan berdasarkan data yang telah dikumpul dan
diolah.
- Tumpuan utama dalam statistik inferens ialah untuk mengetahui sesuatu
keseluruhan ahli kumpulan (populasi) berdasarkan sebahagian yang dipilih (sampel)
untuk dikaji.
- Contoh : Berdasarkan tinjauan keatas 20 orang pelajar di Kolej Komuniti Ledang
Johor mengenai perkhidmatan food court , kita boleh membuat kesimpulan bahawa
pelajar-pelajar KKLJ berpuashati dengan perkhidmatan berkenaan.

4. ISTILAH ASAS STATISTIK


i. Elemen : ahli atau unsur samada daripada populasi ataupun sampel
ii. Pemboleh ubah : merupakan cirian atau fenomena yang mempunyai nilai yang
berbeza-beza dan menjadi tumpuan dalam kajian.Terbahagi kepada 2 iaitu
pemboleh ubah kualitatif dan pemboleh ubah kunatitatif
iii. Data : ukuran atau bilangan mengenai sesuatu yang dikumpul daripada kajian
iv. Populasi : keseluruhan objek,individu atau ukuran yang menjadi tumpuan dalam
penyelidikan.Banci merupakan kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul
maklumat daripada keseluruhan populasi yang dikaji.
v. Sampel : merupakan suatu subset atau sebahagian daripada populasi.Kaedah
pengambilan sampel dikenali persampelan .
vi. Cerapan ; Nilai yang diperolehi daripada sesuatu pemboleh ubah.

Contoh : Katakan anda berminat untuk menjalan satu kajian tentang perbenlajaan
yang dihabiskan untuk makanan bagi suatu semester oleh pelajar-pelajar semester
akhir di KKLJ.

Populasi : Kajian semua pelajar semester akhir di KKLJ

Sampel : Kemungkinan 20 pelajar lelaki Sijil Automotif


Elemen : setiap pelajar tahun akhir
Pemboleh ubah kajian : perbelanjaan makanan (sebab nilai untuk makanan nagi
pelajar-pelajar mungkin berbeza dari seorang ke seorang )
Cerapan : Contoh : ialah RM200 bagi Omar iaitu nilai perbelanjaan untuk
makanan satu semester,seorang pelajar akhir Sijil Automotif.

KEPENTINGAN-KEPENTINGAN STATISTIK

-Ada 2 sebab utama kenapa perlunya belajar statistik.

1. Perkembangan pengumpulan data berkaitan dengan operasi dalam perniagaan


dan kerajaan adalah begitu pesat sekali.
Oleh itu kita perlu tahu bagaimana menilai fakta-fakta yang bersifat angka ini
yang begitu kerap diterbitkan sama ada ianya berkaitan dengan politik, ekonomi
atau kajian sosial.
2. Membuat keputusan yang lebih berkesan
Contohnya dalam bidang perniagaan, dimana data dikumpul untul meramalkan
jualan dan keuntungan.
Dalam bidang kejuruteraan dan proses pembuatan dalam
mengawasi mutu sesuatu produk.

PENGGUNAAN STATISTIK DALAM PERNIAGAAN.

a. Bidang pengeluaran

Sebuah firma melakukan pengumpulan data-data adalah bertujuan mengkaji


tentang akibat penggunaan pengawalan kualiti pengeluaran, perkembangan
pengeluarannya, stok dan inventori, kos seunit dan kos bahan-bahan mentah.

b. Bidang pemasaran

Firma-firma mengumpulkan data daripada penyelidikan pemasaran, pengiklanan,


keputusan-keputusan jualan, kos-kos pengagihan , peletakan harga, keluaran
,agihan dan ramalan-ramalan pasaran.

c. Bidang kewangan

Kewangan perniagaan meliputi aspek pelaburan, kadar pinjaman, keuntungan dan


kerugian dan percukaian.

d. Bidang pengurusan sumber manusia

Keterangan mengenai bilangan pelatih-pelatih, kadar upah , gaji pekerja dan


pusing- ganti pekerja pekerja , perpindahan keluar masuk pekerja, kadar
kemalangan yang dialam

You might also like