Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

AMALAN PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA DALAM KALANGAN

PELAJAR TINGKATAN 6 SESI 2014/2015 DI SMK THREE RIVERS

PENGHARGAAN
Bersyukur kepada tuhan,kerna dengan rahmat dan limpah kurnianya kami berjaya menyiapkan
Kajian tingkatan 6 ini.kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak
yang terlibat di dalam menjayakan projek ini.Ucapan ribuan terima kasih kami tujukan buat guru
pembimbing iaitu cikgu Herman Bin Nahar di atas segala maklumat,bantuan,nasihat,tunjuk ajar
dan kesabaran beliau yang diberikan sepanjang membimbing kami.Segala ilmu dan tunjuk ajar
yang diberikan amat berguna dan dihargai.Terima kasih buat Tuan Pengetua sekolah iaitu
Jackson Apong Ak Abit kerna telah membenarkan dan menjalankan kajian ini di kawasan
sekolah.Untuk pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah member kebenaran dan
menjalankan kajian ini,terima kasih diucapkan.Tidak dilupakan guru-guru dan para pelajar
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN THREE RIVERS MUKAH di atas kerjasama dan
kesudian memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan. Buat teman-teman seperjuangan
yang memberi dorongan,terima kasih diucapkan .Disamping itu, terima kasih juga diucapkan
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung,jasa baik dan bantuan
kalian tidak terbala soleh kami.
Sekian,terima kasih

PENDAHULUAN
Pengenalan
Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau cecair.Makanan
mempunyai ciri-ciri seperti bentuk, rupa, warna, bau, rasa dan tekstur yang berbeza.Peranan
makanan adalah untuk memenuhi keperluan fisiologi, psikologi dan sosial.Nutrien-nutrien dan
bahan makanan memenuhi fungsi fisiologi seperti pembinaan sel tubuh, tumbesaran dan
pemulihan, membekalkan tenaga dan haba, memelihara dan mengawal proses tubuh.Corak diet
dan keperluan pemakanan tiap-tiap individu dari semasa bayi hingga dewasa adalah berbeza
mengikut aras sukatan badan mereka. Dengan itu jika keperluan pemakanan tidak dipenuhi,
mungkin kerana kurangnya pengetahuan tentang hal ini, ia boleh menyebabkan kesihatan
merosot dan senang diserang penyakit.Makanan yang kita makan selalu diubah untuk
menghasilkan tenaga dan digunakan oleh seluruh sistem isu badan untuk memenuhi beberapa
fungsi. Kegunaan tenaga ini, bukanlah sahaja untuk menjalankan aktiviti fizikal,seperti berjalan
atau berlari tetapi sama juga kepentingannya iaitu untuk meneruskan proses pertumbuhan,
perkembangan dan juga pembaikan semula segala tisu yang mengalami kerosakan biasa. Di
sepanjang kehidupan kita, tisu badan sentiasa terurai dan digantikan dengan sel-sel baru untuk
mengekalkan kesihatan dan meneruskan proses kehidupan. Kita patut menerima secukupnya
bekalan makanan untuk memenuhi keperluan tenaga tubuh kita. Sebaliknya kalau kita makan
terlalu banyak makanan,bahan yang berlebihan ini akan disimpan di dalam beberapa bahagian
badan kita seperti punggung, muka, kulit di hadapan perut, lengan dan kaki. Hal ini akan
menambahkan berat badan kita. Menurut Wikipedia, makanan segera atau dikenali juga sebagai
Quick Service Restaurant (QSR) merupakan istilah bagi makanan yang boleh disediakan dengan
cepat. Apa-apa hidangan dengan masa penyediaan yang sangat sekejap dikategorikan sebagai

makanan segera.Kebiasaannya istilah ini merujuk kepada makanan yang dijual di restoran atau
kedai-kedai yang menggunakan bahan yang berkualiti rendah dan dihidang dalam bentuk paket
kepada pelanggan.Istilah fast food diakui di dalam kamus pada tahun 1951 oleh MerriamWebster.Makanan segera kebiasaannya boleh diperolehi daripada premis-premis makanan yang
berkonsepkan perkhidmatan penyediaan makanan yang cepat dan selesa.Makanan segera adalah
apa juga jenis makanan yang cepat, mudah dan kebiasaannya murah.Boleh dikatakan makanan
segera boleh didapatkan di mana-mana sahaja kedai yang menjual makanan dan snek.Makanan
segera sangat popular kerana dengan hanya RM5, kita boleh mendapatkan hidangan yang
mengenyangkan.Walaubagaimanapun, pernah tertanya mengapa makanan segera sangat murah?
Sudah tentu kerana makanan segera diperbuat daripada bahan yang murah seperti daging
berkolestrol tinggi dengan tambahan gula dan lemak yang berlebihan.

You might also like