Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH SAINT PAUL

89807 BEAUFORT, SABAH


UNIT KOKURIKULUM
PERLEMBAGAAN SUKAN & PERMAINAN : KELAB OLAHRAGA 2013
1.0 NAMA & ALAMAT
1.1 Nama Kelab : Kelab Olahraga
1.2 Alamat
: SM Saint Paul,
Peti Surat 53,
89807 Beaufort,
Sabah.
2.0 MATLAMAT
2.1 Memberi peluang kepada setiap pelajar mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
dalam bidang olahraga
2.2 Membantu, mendedah dan memperkenalkan kemahiran, pengetahuan,
pengalaman dan bakat kendiri pelajar dalam bidang ilmu olahraga.
2.3 Memenuhi keperluan kegiatan kokurikulum sekolah bagi merealisasikan
misi dan visi sekolah untuk melahirkan pelajar SM Saint Paul Beaufort
cemerlang dalam pelbagai kemahiran, khususnya kepimpinan dalam
kalangan pelajar.
3.0 OBJEKTIF
3.1Memberi panduan dalam aspek pengurusan diri,
pakaian,
masa
dan/atau lain-lain
perkara seperti yang
termaktub dalam aktiviti tahunan Pasukan.
3.2 Mencungkil dan melatih serta melahirkan bakat, semangat kesukanan.
4.0 KEAHLIAN
4.1 Keahlian terbuka kepada semua pelajar Sekolah SM Saint Paul Beaufort.
4.2 Permohonan menjadi Ahli Kelab Olahraga dengan mengisi borang yang
disediakan. Bilangan ahli adalah terhad.
4.3. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada
perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi
menjayakan tujuan Kelab Olahraga ini.
4.4 Sebarang permohonan lain untuk menjadi Ahli Kelab Olahraga hendaklah
melalui dan mendapat kelulusan Pengetua melalui Penolong Kanan
Kokurikulum.
4.5 Keahlian boleh terbatal jika Ahli tidak hadir perjumpaan 3 kali berturutturut tanpa menyatakan sebarang sebab yang boleh dianggap munasabah.
1

4.6 Ketua Guru Penasihat boleh menambahkan bilangan Ahli jika difikirkan
perlu dengan memohon penambahan Ahli daripada Pengetua melalui Guru
Penolong Kanan Kurikulum.
5.0 GURU PENASIHAT
5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada GURU yang mengajar di SM Saint
Paul Beaufort.
5.2 Guru Penasihat mempunyai kuasai mutlak, merancang atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa
aktiviti dijalankan.
6.0 AHLI JAWATANKUASA
6.1 Ahli Jawatankuasa hendaklah dipilih dan/atau dilantik semasa Mesyuarat
Agung yang Pertama dan dibubarkan semasa Mesyuarat Agung yang Kedua.
6.2 Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa hendaklah dibuat secara UNDIAN bagi Ahli
yang hadir Mesyuarat Agung sahaja.
6.3 Ahli JawatanKuasa hendaklah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi,
Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan
Ahli JawatanKuasa Tingkatan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
6.4 Ahli JawatanKuasa boleh dilantik oleh Ketua Guru Penasihat dan/atau
wakilnya
tanpa perlu menunggu Mesyuarat Agung
dijalankan dengan berpandukan surat kuasa
yang
telah
diperturunkan kepada Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya oleh
Pengetua Sekolah.
6.5 Ahli JawatanKuasa yang ingin meletakkan jawatan mesti dan/atau boleh
menghantar surat perletakkan jawatan kepada Guru Penasihat atau wakilnya
dan tidak boleh dipilih dan/atau dilantik lagi sepanjang tempoh sebagai Ahli
Pasukan selepas perletakan jawatannya disahkan oleh Ketua Guru Penasihat
atau wakilnya.
6.6 Ahli JawatanKuasa yang melanggar Undang-Undang Awam dan/atau
Peraturan dan
Undang-Undang Pasukan dan/atau
telah dikenakan Tindakan Disiplin oleh Pengetua Sekolah
akan dan/atau
boleh disingkirkan dari jawatan yang disandang.
6.7 Perkara 6.2 dan Perkara 6.4 hendaklah digunapakai bagi mengisi
kekosongan jawatan tersebut.
7.0 DERMA KEAHLIAN/YURAN/SUMBER KEWANGAN
7.1 Sumber utama kewangan Pasukan adalah melalui derma keahlian yang
telah ditetapkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Agung.
7.2 Pasukan boleh memperolehi sumber kewangan sampingan melalui
aktiviti yang dirancang khas dengan mengenakan yuran penyertaan yang
minima.
7.3 Bagi lawatan luar atau aktiviti yang memerlukan perbelanjaan yang
besar, sumber kewangan boleh dipohon daripada pihak sekolah atau
2

penajaan pihak swasra atau luar sekolah terlebih dahulu mendapat


kebenaran daripada pihak sekolah.
7.4 Perbelanjaan kewangan ialah untuk :
a) Pentadbiran dan pengurusan
b) Latihan
c) Lain-lain seperti yang diluluskan oleh mesyuarat Jawatankuasa dan
Pentadbiran.
8.0 KEHADIRAN AHLI
8.1 Ahli dikehendaki menghadirkan diri untuk aktiviti-aktiviti yang telah
dijalankan dan/atau dibuat dan/atau dilaksanakan sepanjang tahun.
8.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak 3 kali tanpa sebab akan
dikenakan tindakan disiplin.
8.3 Sebarang ketidakhadiran hendaklah dirujuk kepada Guru Penasihat
atau wakilnya atau Pengerusi Pasukan.
9.0 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
9.1 Ahli secara automatik berhenti apabila tidak lagi bersekolah(belajar) di
SM St. Paul, Beaufort.
9.2 Ahli yang berhenti tidak boleh berbuat apa-apa tuntutan kewangan dan
hendaklah menjelaskan hutangnya dengan Kelab Olahraga.
10.0 AKTIVITI
10.1 Aktiviti yang dijalankan hendaklah dan/atau sebagaimana yang telah
dirancang dan/atau dibincang dan/atau disahkan dalam Mesyuarat Agung
dan/atau Mesyuarat Ahli JawatanKuasa Induk.
10.2 Sebarang pindaan dan/atau perubahan aktiviti hanya dan/atau boleh
dibuat oleh Ketua
Guru
Penasihat
dan/atau
wakilnya
serta mesti diumumkan untuk pengetahuan dan/atau semua ahli Kelab.
10.3
Jika ahli Pasukan ingin menyertai aktiviti luar sekolah
dan
mempunyai kaitan dengan aktiviti Pasukan mestilah mendapat kelulusan
Pengetua
Sekolah
terlebih dahulu
dan
sebarang risiko yang
berlaku adalah atas tanggungjawab Ahli Pasukan sendiri.
11.0 MESYUARAT AGUNG
11.1 Sekurang-kurangnya daripada jumlah ahli-ahli berhak mengundi atau
dua kali ganda jumlah jawatankuasa, mengikut mana-mana yang kurang
hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung mengesahkan perjalanan
mesyuarat dan mencukupkan korum mesyuarat.
11.2 Jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam, maka mesyuarat itu
hendaklah di tangguh kepada suatu tarikh yang ditetapkan oleh
jawatankuasa.
12.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG AM PASUKAN
12.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
3

12.2 Peraturan Khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
12.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan displin.

(
)
SETIAUSAHA
KELAB OLAHRAGA

(
)
PENGERUSI
KELAB OLAHRAGA

..
(
)
GURU PENASIHAT
KELAB OLAHRAGA

You might also like