Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kek Buah Kukus Lembab

Respi: Jamayah Bujang


Size acuan- 10"
Bahan bahan:
500 gm butter
6 biji telur - guna 3 gred A & 4 gred B
2 kotak mix fruit - 1/2 kg/500gm
2 sk vanilla
Bahan Ayak:
600 gm tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
1/2 sk cream of tartar
1 sk serbuk buah pala
Gula Hangus:
600 gm gula
1/2 cawan air sejuk
Cara cara:
Panaskan gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula cair dan
berwarna perang. Tuangkan air dan kacau seketika sebelum dimasukkan butter. Terus
masak sehingga cair.
Masukkan pula mixed fruits dan masak sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan
sejukkan sebentar sehingga agak suam.
Masukkan semua bahan ayak ke dalam adunan buah tadi sedikit demi sedikit dan gaul
dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke
dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan esen rose.
Jangan terlebih kacau takut buah mendap.
Masukkan adunan ke dalam bekas saiz 10-12" dan kukus selama 4 - 6 jam di dalam
pengukus yang telah dipanaskan airnya. Lagi lama dikukus lebih lembab dan tahan
lama. Kukus dengan api yang sederhana pada 3 jam yang pertama dan selepas itu
dikecilkan api. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.
Bungkus tutup pengukus dengan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek
yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan
butter.

Bila kek masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek sejuk di dalam pengukus untuk
mengelakkan buah mendap. Bila sejuk, bolehlah dikeluarkan dari loyang dan potong
telah benar benar sejuk. Lagi baik jika dibiarkan semalaman di atas meja sebelum
dipotong.

You might also like