Latih Tubi Bahasa Melayu (Baru 6 May 2012)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

LATIH TUBI BAHASA MELAYU

Soalan 1: Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang
peranan stesen televisyen di Malaysia dan kesan-kesan pengabaian bahasa Melayu
dalam program televisyen. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Sepanjang 50 tahun negara mengecapi kemerdekaan, aspek perpaduan kaum,
dan usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
sentiasa menjadi agenda kritikal bagi mewujudkan persekitaran politik, ekonomi dan
sosial yang kondusif. Bagaimanapun timbul persoalan apabila kajian Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) mendapati kebanyakan stesen televisyen tidak mematuhi garis
panduan penyiaran yang menetapkan sekurang-kurangnya 60 peratus program mesti
dalam bahasa kebangsaan.
Peranan televisyen sama ada stesen kerajaan atau swasta sangat besar kerana
pengaruhnya yang kuat sebagai ejen memupuk perpaduan. Stesen-stesen televisyen
perlu digerakkan supaya tidak meminggirkan penggunaan bahasa kebangsaan demi
memenuhi komitmen dan tanggungjawab sosial. Menerusi program yang
mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan, stesen televisyen sebenarnya
menyumbang terhadap usaha untuk meningkatkan permuafakatan dalam kalangan
rakyat.
Tidak dinafikan selaras dengan konsep langit terbuka dan perkembangan
teknologi, masyarakat harus diberikan ruang dan kebebasan untuk membuat pilihan
terhadap saluran televisyen kegemaran mereka. Dengan khalayak penonton pelbagai
kaum, stesen televisyen mungkin merasakan perlu ada saluran yang menyiarkan
program untuk kaum-kaum tertentu bagi mencatat jumlah penonton yang besar.
Dengan itu stesen berkenaan dapat menarik sebanyak mungkin pengiklanan sebagai
sumber pendapatan utama. Apatah lagi penonton Malaysia bersikap terbuka dengan
tidak mengehadkan tontonan terhadap program berbahasa ibunda sendiri sematamata.
Di samping menyediakan hiburan kepada masyarakat, stesen-stesen televisyen
perlu memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat yang selari dengan aspirasi
negara menerusi kandungan program yang disiarkan. Untuk itu, penguatkuasaan Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 perlu konsisten. Bidang kuasa Kementerian Tenaga,
Air dan Komunikasi yang menjaga stesen swasta patut diselaraskan dengan
Kementerian Penerangan yang bertanggungjawab terhadap stesen penyiaran kerajaan.

Stesen televisyen tidak kira kerajaan atau swasta mesti mematuhi peraturan
dan syarat yang ditetapkan. Tindakan tegas mesti diambil jika terdapat bahan atau
kandungan penyiaran yang bercanggah dengan mana-mana peruntukan dalam akta
berkenaan. Stesen televisyen mesti mendahulukan pertimbangan aspirasi negara dan
tidak seyogia semata-mata mahu memikirkan keuntungan dan komersial. Maka, stesen
televisyen dapat memainkan peranan sebagai wahana pembinaan masyarakat yang
mengutamakan jati diri dan patriotik menerusi penggunaan bahasa kebangsaan
sepertimana yang disyaratkan.
(Diubahsuaikan daripada Stesen TV Wajar Patuh Garis Panduan
dalam Rencana Pengarang,
Utusan Malaysia, 12 April 2007)

Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2(a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i)

Berikan maksud rangkai kata agenda kritikal.

[2 markah]

(ii)

Mengapakah ada stesen televisyen yang menyiarkan proram untuk kaum-kaum tertentu?
[3 markah]

(iii)

Tindakan tegas terhadap stesen televisyen yang bercanggah dengan peruntukan Akta
Komunikasi dan Multimedia sukar dilakukan.
Pada
itu?.

pendapat

anda,

apakah

faktor-faktor

yang

menghalang

tindakan

tegas

[4 markah]
Soalan 2(b) Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Zel, ma tak pernah halang Zel daripada berjumpa abah. Itu abah Zel. Tetap
begitu untuk selamanya. Jangan Zel fikir yang bukan-bukan antara ma dan abah. Itu

urusan kami. Apa yang penting, ma hendak lihat hubungan Zel dengan abah, hubungan
Zel dengan mama masih seperti dulu.
Mama!
Aku pernah mendakap mama erat lantas mengucup tangan sejuk mama apabila
kata-kata itu menghanyutkan aku ke alam keharuan. Rasanya aku ingin sentiasa dalam
pelukan keibuan mama yang tersangat kurasakan darjah perlindungannya. Siapakah
aku tanpa mama? Di manakah aku tanpa mama? Bagaimanakah aku tanpa mama?
Kita harus buktikan kepada semua orang yang kita boleh terus survive tanpa
lelaki dalam hidup. Ma bukan hendak mempengaruhi Zel agar menafikan akan
kewujudan lelaki dalam hidup Zel. Buktinya ma tak pernah larang Zel daripada
berjumpa dengan abah. Tapi dalam keadaan yang menghimpit dan kita terasa dihimpit
oleh peristiwa yang berlaku, kita wajar bersikap optimistik: kita mesti kuat untuk
terus hidup, untuk terus berjaya. Ma hampir dapat buktikan yang ma dapat teruskan
hidup, dapat mencipta kejayaan, dapat didik Zel, hingga kini Zel hampir dapat
melanjutkan pelajaran ke U.K. Ma bangga dengan kejayaan kita. Ma bangga dengan
Zel, sayang.
Aku hampir terkedu. Pernah dulu sebakku berbaur dengan perasaan yang
menghenyak pundak apabila ma menyongsong kotak Apple Macintosh Powerbook 165c
dengan berat kurang lebih 3 kg pada 27 Februari lepas.
Ini bukan hanya lambang kasih sayang ma pada Zel sempena hari lahir Zel.
Tapi ma mahu lambang kecanggihan ini dapat Zel jadikan gerakan untuk terus berjaya
dalam pelajaran, dalam hidup. Selamat hari lahir, sayang mama.
(Dipetik daripada cerpen
Virus Zel untuk Abah oleh Mawar Shafie
dalam Antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006)
(i) Nyatakan perkara-perkara yang hendak dibuktikan oleh mama.

[2 markah]

(ii
)

Andaikan anda ialah Zel, adakah anda akan berusaha supaya mama dan papa kembali bersatu
sebagai suami isteri? Mengapa anda membuat pilihan berkenaan?
[3 markah]

(ii
i)

Jelaskan satu nilai berdasarkan petikan cerpen di atas dan satu nilai lain yang terdapat dalam
cerpen ini.
[4 markah]

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik


Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Maka segala makmum pun takbirlah. Baharulah imam membaca fatihah, maka
sipahi keempat itu pun datanglah lalu diparangnya leher jauhari itu putus terpelanting
pada kaki Jibor itu. Maka Jibor pun terkejut lalu ia melompat. Maka segala orang yang
sembahyang itu pun habis pecahlah lari. Maka sembahyang itu pun menjadi batallah,
sekalian makmum itu pun pecah belah, tiada ketahuan, hanya yang tiada batal itu
imam dengan Sabor juga. Setelah tamatlah sembahyang kedua mereka itu, maka
Sabor pun baharulah tahu akan fitnah itu daripada Saidah juga.
Maka Jibor pun terlalu hairan melibat Sabor tiada mati itu, sekonyong-konyong
akan jauhari juga mati, maka adalah ia berdosa dari dahulu dengan Siti Saidah itu;
sebab itulah mati. Maka lalu Jibor pun berfikir dalam hatinya, takut benar juga
saudaraku Sabor itu; maka ia dilepaskan Allah subhanahu wataala daripada bala ini.
Maka segala keluarga jauhari pun datanglah dengan keris lembingnya mari
bertanya kepada Jibor. Maka kata Jibor, Tiadalah hamba ketahui.
(Dipetik daripada Hikayat Bayan Budiman
Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1966)

(a) Apakah maksud habis pecahlah lari.


[2 markah]
(b) Bilakah peristiwa pemancungan kepala Jauhari itu berlaku? Apa pula yang
berlaku
sebaik sahaja kejadian itu berlaku?
[3 markah]
(c) Pada pendapat anda, apakah yang patut dilakukan oleh Sabor setelah
terselamat
daripada komplot pembunuhan itu?
[3 markah]

Soalan 2(d) Petikan Puisi


Baca petikan puisi di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan berikutnya
dengan
menggunakan perkataan sendiri.

Soalan 3 : Pengetahuan Berbahasa dan Kemahiran Tatabahasa


[30 markah]
(a)

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah ini supaya
jelas menunjukkan perbezaan maknanya. Anda tidak boleh menambah imbuhan,
menukar imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.
(i)

cucuk

--

cocok

(ii)

kecindan

--

kecundang

--

tuntas

(iii) tetas

[6 markah]

(b)

Dalam ayat-ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan.
Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i)

Penyampai popular stesen radio swasta yang sering dihujani panggilan talipon itu
dikenalkan sebagai Luna Fauzini.

(ii)

Guru displin terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang didapati
terlanggar peraturan sekolah.

(iii) Setiap minggu ibu akan membeli murtabak di pasar tani yang merupakan makanan
penggemaran ayah.
[6 markah]

(c)

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa dan satu kesalahan
penggunaan kata. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat
itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i)

Kebanyakan penduduk-penduduk Kampung Kepayang berasa tergugat dengan aktiviti


lumba haram pada waktu malam.

(ii)

Gerai menjual goreng pisang di tepi jalan itu mencuri tumpuan pekerja yang baru balik

dari pejabat.
(iii) Berbagai helah cuba diberikan oleh pemandu remaja itu apabila diserbu dalam satu
operasi sekatan jalan raya.
[6 markah]

(d)

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat tanpa
mengubah susunan makna asal ayat-ayat tersebut
Pengembaraan yang ditempuh oleh mereka sungguh mencabar. Pengembaraan itu memakan
masa yang panjang. Mereka yang mengikutinya berasa sungguh letih. Mereka sedar bahawa
para anggota terdedah kepada encaman binatang buas. Mereka terdedah juga kepada keadaan
cuaca yang buruk pada musim hujan itu. Pelbagai masalah dihadapi oleh mereka. Para
pengembara itu tidak berputus asa. Mereka ingin mencipta sejarah baru dalam pengembaraan di
hutan hujan tropika itu.
[6 markah]

(e)

Berikan peribahasa yang sesuai untuk setiap situasi di bawah.

i.

Pemimpin negara sering mengingatkan bahawa perpaduan merupakan benteng keselamatan


negara, manakala keadaan pecah belah mendedahkan negara kepada penjajahan semula.

ii.

Seorang pengurus sebuah bank di ibu kota telah bertindak nekad merompak banknya sendiri
tengah malam kelmarin.

iii.

Pasangan mempelai itu kelihatan sepadan, serasi dan memiliki banyak persamaan sehingga
menerima ucapan tahniah yang tidak putus-putus.

Soalan 4: Novel
[15 markah]
Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda
pelajari.
(i)
(ii)
(iii)

Terminal Tiga karya Othman Puteh


Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)

Bukit Kepong karya Ismail Johari


Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
Julia karya Abu Hassan Morad
Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Huraikan dua konflik yang dihadapi oleh watak utama dalam sebuah novel yang anda
pelajari.
[7 markah]
(b) Persoalan tentang kesanggupan melakukan pengorbanan turut dikemukakan oleh pengarang
dalam sesebuah novel.
Huraikan peristiwa yang menunjukkan perihal pengorbanan dalam dua buah novel yang anda
pelajari.
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

PERANCANGAN JAWAPAN
LATIH TUBI BAHASA MELAYU 2
Soalan 1 : Rumusan ( 30 markah )
P

Petikan tentang kepatuhan / kepentingan stesen televisyen di Malaysia dalam menjayakan


dasar / aspirasi negara / penggunaan bahasa kebangsaan

S1
S2
S3

sebagai ejen memupuk perpaduan


mengutamakan / tidak meminggirkan penggunaan bahasa kebangsaan
(menyumbang terhadap usaha, optional) meningkatkan permuafakatan dalam kalangan
rakyat
menyediakan hiburan kepada masyarakat
menyebarkan maklumat (yang selari dengan aspirasi negara)
mematuhi peraturan dan syarat (yang ditetapkan)
mendahulukan pertimbangan aspirasi negara / tidak semata-mata memikirkan keuntungan / komersial
sebagai wahana pembinaan masyarakat (yang mengutamakan jati diri / patriotik)

2
2
2

S4
S5
S6
S7
S8

2
2
2
2
2

T1
T2
T3
T4
T5

bahasa kebangsaan / bahasa Melayu tidak lagi dihormati


mempengaruhi generasi muda tidak lagi berbangga dengan warisan bangsa
kedudukan bahasa Melayu dipersendakan (dalam media)

Kesimpulannya, stesen televisyen di Malaysia hendaklah membantu dalam menjayakan


dasar-dasar kerajaan supaya negara terus kekal aman / bahasa Melayu didaulatkan.

pengacara / tetamu program (televisyen) malu / rendah diri untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan

kebanjiran produk luar / asing dalam siaran televisyen tempatan

2
2
2
2
2
2

Nota:
1
2
3
5
6

Dikira setakat 120 patah perkataan; jika lebih beberapa perkataan, pertimbangan hanya untuk
melengkapkan makna ayat setakat mendapat markah 1, 2 yang mana terdahulu
Bagi S (maksimum 12 markah) dan T (maksimum 12 markah), calon boleh mengumpul gabungan
maksimum 16 markah. ( 12 markah tidak semestinya berdasarkan 6 isi, tetapi mungkin 8 isi)
Tersirat: jawapan lain / contoh jika berkaitan boleh dimasukkan dalam mana-mana T.
Kesimpulan: mesti ada dua elemen, dan dikaitkan dengan tugasan soalan; tidak boleh mengambil S
Markah bahasa = separuh markah Isi (boleh + @ - 1m, beri pertimbangan terhadap kesilapan bahasa)
Soalan 2: Pemahaman ( 35 markah )
2a : Petikan Umum

(i)

perkara penting / hal yang diberi keutamaan / tumpuan mustahak / tuntutan istimewa

(ii)

bagi mencatat jumlah penonton yang besar


menarik sebanyak mungkin pengiklanan (sebagai sumber pendapatan utama)
penonton Malaysia bersikap terbuka / tidak mengehadkan tontonan terhadap program
berbahasa ibunda sendiri semata-mata

1
1
1

hubungan rapat pemilik stesen televisyen dengan pembuat dasar / kerajaan


pemantauan yang longgar / pengumpulan bukti yang sambil lewa
kurang bantahan / aduan penonton / sikap penonton yang tidak ambil kisah
tatacara / prosedur perundangan yang rumit / memakan masa
mutu penerbitan produksi tempatan masih rendah
alasan globalisasi
maksimum 4 markah
2b: Petikan Cerpen

2
2
2
2
2
2

(iii)

(i)

wanita boleh survive / meneruskan hidup (tanpa lelaki)


wanita wajar (bersikap) optimistik
dapat mencipta kejayaan
dapat mendidik Zel

1
1
1
1
maksimum 2 markah

(ii)

Pilihan 1: saya akan berusaha menyatukan papa dan mama

saya mahukan sebuah keluarga yang bahagia


saya yakin bahawa jalinan kasih sayang papa dan mama boleh dipulihkan
saya tidak mahu dipandang serong / dipandang rendah oleh rakan-rakan
saya tidak sanggup melihat mama hidup keseorangan / menjanda / tanpa suami

1
1
1
1

Pilihan 2: saya tidak akan berusaha menyatukan papa dan mama


saya menghormati pendirian mama
saya mahu papa sendiri yang berusaha / bukan urusan saya
saya tidak mahu mama dibelenggu pengalaman pahit buat kali yang kedua
papa dan mama sudah lama berpisah / keserasian dahulu sukar dikembalikan
maksimum 3 markah

1
1
1
1

(Perhatian: calon hanya boleh membuat satu pilihan, tidak boleh digabungkan; jika berlaku
penggabungan pilihan, markah yang lebih tinggi sahaja yang diambil kira)
(iii)

nilai dalam petikan:


ketabahan / kesabaran / tidak putus asa : mama sanggup meneruskan hidup bersendirian (selepas

berpisah)

kasih sayang : mama sentiasa mengambil berat / memberi nasihat kepada Zel / memberi
hadiah sempena hari lahir
tolak ansur / toleransi: mama tidak menghalang Zel berhubungan dengan abah

2
2

nilai dalam cerpen:


perikemanusiaan / simpati: Win, sahabat Zel sentiasa menenangkan Zel supaya bertindak betul
kegigihan / ketekunan: Zel berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya dalam pelajaran

ketegasan / tetap pendirian: mama berpegang teguh kepada asas kehidupan tauhid, ibadah, jaga
aurat

bersangka baik: mama menganggap abah dan Aunt Pah sebagai pendidik yang berjaya, /
cuma Abang Awi, Aman dan Arif belum cukup matang
maksimum 4 markah
(catatan: nilai dalam cerpen tidak boleh dijadikan nilai petikan, dan sebaliknya)

2
2
2

2c: Petikan Prosa Klasik


(i)

semuanya bertempiaran / bubar sepenuhnya / meninggalkan tempat serta-merta

(ii)

berlaku ketika imam baharu membaca fatihah


leher jauhari itu putus terpelanting pada kaki Jibor
Jibor terkejut lalu melompat
segala orang yang sembahyang lari tidak ketahuan

1
1
1
1

maksimum 3 markah (1 untuk bila, 2 untuk apa yang berlaku)


(iii)

mengadukan peristiwa pembunuhan kepada pihak atasan /


pembunuhan kepada pihak atasan

mendedahkan dalang
1

menjelaskan kepada keluarga jauhari bahawa jauhari menjadi korban salah faham
menasihatkan Jibor supaya bertaubat / menyerah diri kepada pihak atasan / membayar ganti
rugi kepada keluarga jauhari
meninggalkan rumah Jibor dengan serta-merta
sujud syukur kerana usia masih panjang
maksimum 3 markah

1
1
1
1

Soalan 2d: Petikan Puisi


(i)

mengambil pengajaran / iktibar daripada kejadian / fenomena alam

(ii)

menurut kehendak hati : pengarang tidak mempedulikan halangan / ancaman


putus harapan: gadis idaman telah hilang kesucian / tidak berseri lagi
usaha yang bersungguh-sungguh: pengarang menggunakan segala peluang yang ada untuk
mencapai kejayaan
kehilangan tempat bergantung: pengarang menggambarkan keadaan tenggelam punca /
ketiadaan arah setelah pihak yang diharapkan telah hilang
maksimum 4 markah

2
2

(iii)

wajar:
saya mesti tegas / teguh dalam pendirian supaya harga diri terpelihara
saya sanggup menempuh apa-apa jua cabaran bagi memenuhi impian saya
saya berpendapat dugaan / halangan untuk melakar kejayaan adalah lumrah kehidupan
saya hanya menurut kehendak hati yang munasabah / berpandukan akal yang waras
tidak wajar:
kehendak hati biasanya didorong oleh hawa nafsu / pertimbangan yang singkat
saya tidak mahu menempah bahaya / pasti ada jalan penyelesaian lebih baik
saya tidak mahu mencipta musuh baru / semata-mata mempertahan ego
saya tidak mahu bertindak terburu-buru / membuat perkiraan yang salah
maksimum 3 markah (pilih hanya satu kumpulan pendapat)

2
2

1
1
1
1
1
1
1
1

Soalan 3: Pengetahuan Berbahasa dan Kemahiran Tatabahasa


3a: menulis ayat

(i)

perkataan
cucuk
cocok

(ii)

kecindan
kecundang

makna
sesuatu yang tajam yang digunakan untuk menusuk, suntik
(memasukkan ubat ke dalam badan), penjodoh bilangan untuk
barang yang ditusuk dengan lidi
sesuai benar, kena benar, sepadan, setuju, bersefahaman, sama
benar, tidak berbeza, tepat, betul, suka
gurau senda, jenaka, kelakar, lawak
gagal, kalah, tewas; hasutan

Kamus Dewan IV

hal. 292
hal. 284
hal. 700
hal. 701; 295

(iii)

tetas
tuntas

memotong / membelah supaya terbuka, keluar daripada telur,


pecah dan terbuka kulitnya
tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis (air
mata), meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh,
sempurna, komprehensif, singkat dan tegas

hal. 1677
hal. 1743

Nota:
1. 0 markah jika berlaku penambahan imbuhan pada perkataan yang diuji, digunakan sebagai nama
khas, peribahasa, atau kata ganda.
2. Ayat yang kelihatan seperti dua ayat (terdapat penanda wacana) diberi markah sahaja.
3. Kesalahan bahasa tolak daripada keseluruhan soalan
4 Ayat bersifat pentakrifan.
5. Jika ayat cakap ajuk mesti betul tanda bacanya.
3b: Kesalahan ejaan / imbuhan
ayat
(i)
(ii)
(iii)

salah ejaan
talipon
displin
murtabak

pembetulan
telefon
disiplin
martabak

salah imbuhan
dikenalkan
terlanggar
penggemaran

pembetulan
dikenali
melanggar
kegemaran

pembetulan
kebanyakan penduduk

salah istilah
tergugat

pembetulan
terganggu

pisang goreng
berbagai-bagai /
pelbagai

mencuri
diserbu

menjadi
ditahan

3c: Kesalahan tatabahasa / penggunaan kata


ayat
(i)
(ii)
(iii)

salah tatabahasa
kebanyakan
penduduk-penduduk
goreng pisang
berbagai helah

3d: sambung ayat


1
2
3

Pengembaraan yang ditempuh oleh mereka sungguh mencabar kerana / justeru memakan masa
yang panjang dan mereka yang mengikutinya berasa sungguh letih.
Mereka sedar bahawa para anggota terdedah kepada ancaman binatang buas dan juga kepada
keadaan cuaca yang buruk pada musim hujan itu.
Walaupun / meskipun pelbagai masalah dihadapi oleh mereka, para pengembara itu tidak berputus
asa kerana / justeru mereka ingin mencipta sejarah baru dalam pengembaraan di hutan hujan

tropika itu.
Catatan: setiap ayat majmuk diberi 2. Penggunaan kata hubung / penanda wacana
yang
lain diterima jika setara.
3e: Peribahasa
i. bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
ii. harapkan pagar, pagar makan padi
iii. bagai / seperti pinang dibelah dua

Soalan 4: Novel
4a: Konflik watak utama
Perlumbaan Kedua
1. Tuk Kura memikirkan tentang cabaran Sang Arnab untuk mengadakan
perlumbaan kedua dengan suku sakatnya. Tuk Kura tidak menyangka
perlumbaan datuk moyangnya dahulu akan diungkit kembali.

2. Persoalan yang dikemukakan oleh Sang Kancil mengenai keputusan Sang Arnab
yang menimbulkan konflik dalam diri Tuk Kura.

3. Tuk Kura memikirkan tentang kesukarannya jika perlumbaan diadakan di


kawasan padang yang banyak lalang dan duri-duri. Semua ini menghalang
pergerakannya dalam menghadapi persaingan dengan Sang Arnab.
-

Pilih mana-mana dua jawapan.


Julia
1. Konflik Julia dengan ibu bapanya apabila ibu bapa Julia mengambil keputusan
menghantarnya belajar di Hidayah Islamic College Australia. Tujuan Datuk

2
2
2

Bakar dan Datin Maznah adalah supaya Julia berubah sikap yang suka
membuang masa (berfoya-foya). Timbul konflik dalam jiwa Julia bahawa dia
belum bersedia menerima perubahan tersebut.

2. Konflik Julia dengan Rashid.


-

Apabila Rashid sering mendesaknya agar keluar berfoya-foya bersamanya dan kawankawan mereka. Julia menjadi tidak keruan. Tambahan pula Rashid mengugut akan
mendedahkan sejarah silamnya jika tidak mahu keluar bersamanya.
3. Konflik Julia Syed Mustaffa.

Apabila Syed Mustaffa mendesaknya menyerahkan butik BMPRO kepadanya. Walau


bagaimanapun usaha Syed Mustaffa gagal.
-

Pilih mana-mana dua jawapan

(markah isi = maksimum 4; markah bahasa = maksimum 3)


Soalan 4b: persoalan kesanggupan melakukan pengorbanan
Perlumbaan Kedua
-

Watak utama: Tuk Kura


Tuk Kura sanggup menjalani latihan yang lasak walaupun usianya hampir 200 tahun.
Tuk Kura sanggup menerima cacian daripada suku sakatnya asalkan maruah bangsa
terpelihara.
- Tuk Kura sanggup berlumba dengan Sang Arnab Putih yang masih muda.
Tuk Kura sanggup mengambil risiko dengan melantunkan dirinya dari puncak bukit.
- Jawapan lain yang bersesuaian boleh diterima.
Julia

Watak utama: Julia


- Julia sanggup berhenti pengajian untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua
keluarga.
- Julia sanggup menerima jawatan sebagai ketua syarikat walaupun tiada pengalaman
dan pengetahuan tentang perniagaan.
- Mengorbankan masa remajanya untuk menumpukan usaha memulihkan perniagaan
syarikat arwahnya yang merosot ketika itu.
- Sanggup menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting untuk memastikan dakwaan En.
Baharom yang mengatakan syarikatnya mengalami kemerosotan.

Sanggup menyerahkan butik kepada Umi Sarah demi menjaga hubungan


kekeluargaan.

(nota 4b: jawapan untuk watak selain watak utama diterima;


markah isi maksimum 6 markah, iaitu 1 markah pernyataan, 2 markah contoh
peristiwa;
calon hanya perlu mengemukakan satu isi bagi setiap novel;
markah bahasa minimum 1, maksimum 2.
PERANCANGAN JAWAPAN TAMAT

You might also like