2.pengenalan Perniagaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pengenalan Perniagaan

Saya, Harrveen Kumar telah menjalankan satu perniagaan yang membekalkan telefon
bimbit berjenama Oppa, Lenova, Yokia dan Acelsmart serta aksesori telefon iaitu Alat
pembesar suara Pooh. Saya telah menjalankan perniagan saya di 506-A, 2 mile, Jalan Rasa
70300 Seremban, Negeri Sembilan. Selain itu, saya juga menggunakan modal sebanyak
RM80 000 untuk menjalankan perniagaan ini. Perniagaan ini dibantu oleh lima orang pekerja
yang dibayar gaji sebanyak RM1000 sebulan. Kedai saya bernama Kedai Aksesori dan
Telefon Bimbit Mewah.
Saya mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan ini supaya dapat mewarisi
perniagaan yang telah dimulakan oleh keluarga saya. Bukan itu sahaja, saya membuka
perniagaan ini adalah kerana telefon bimbit merupakan alatan media massa yang sangat laris
kerana banyak digunakan oleh orang ramai. Seterusnya, permintaan telefon bimbit dalam
komuniti kian meningkat menyebabkan pilihan telefon bimbit semakin banyak, oleh itu, saya
mengambil keputusan untuk membekalkan telefon bimbit kepada orang ramai.
Kelebihan saya menjalankan perniagaan ini ialah ia merupakan pusat beli-belah yang
kerap dikunjungi orang ramai. Oleh kerana pusat beli-belah ini baru dibuka, saya tidak
mempunyai sebarang saingan dalam perniagaan. Di samping itu, saya turut menjual stok saya
dengan harga yang lebih murah agar lebih mendapat sambutan. Lokasi kedai saya yang
terletak berhampiran kawasan perumahan memudahkan penduduk di sini berkunjung ke
kedai saya.
Antara risiko yang mungkin saya hadapi ialah stok saya berkemungkinan tidak boleh
dijual kerana teknologi pada masa kini kerap berubah,maka stok lama tidak lagi mendapat
sambutan. Selain itu, kedai saya mungkin akan diceroboh perompak dan menyebabkan
kerugian yang besar terhadap perniagaan. Risiko seterusnya ialah kebakaran yang boleh
memusnahkan harta benda dan stok saya.

You might also like