PANDUAN KEPADA PELAJAR : 1.Bina ayat mudah yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Contoh ayat : Perkataan diuji ialah : guru 1.Ayah saya bekerja sebagai seorang guru. (1m) 2.Ayah saya bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Baru. (1m) 3.Ayah saya bekerja sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Baru sejak tahun 1991. (1m) Pertanyaan : ayat mana yang anda pilih ? 2.Boleh buat ayat dengan menggunakan cakap ajuk tetapi mesti mematuhi peraturan cakap ajuk ( penggunaan tanda petik ). Contoh ayat: Perkataan diuji ialah : tukar 1.Tukar pakaian anda sekarang juga, kata Cikgu Nazrah kepada muridmuridnya 2.Tolong tukar not RM 100 ini di bank, kata Abu kepada tauke kedai itu. 3.Buat ayat menggunakan teknik transformasi Perkataan diuji :tukar Saya menukar tayar yang bocor di bengkel membaiki kereta ( Transformasi kepada ayat aktif transitif ). Tukar bentuk ayat aktif transitif kepada ayat pasif biasa dan ayat songsang Tayar yang bocor saya tukar di bengkel membaiki kereta. Di bengkel membaiki kereta saya tukar tayar yang bocor Telah saya tukar tayar yang bocor di bengkel membaiki kereta 4. Boleh buat ayat dengan memberi maksud perkataan. Contoh ayat : Perkataan diuji ialah : melayurkan 1.Maksud melayurkan ialah mengganggang sesuatu benda dengan tujuan untuk memanaskan benda tersebut. Syarat : perkataan diuji mesti dimasukkan dalam ayat. 4.Boleh buat ayat menggunakan teknik perluasan. ( Gunakan maklumat apa, siapa, mengapa, bila dan di mana )
Perkataan diuji sekatan.
Pihak polis trafik mengadakan sekatan jalan raya untuk mengesan pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu pada tengah malam kelmarin di Jalan Tebrau. Siapa : Pihak polis Apa : Mengadakan sekatan jalan raya Mengapa : Untuk mengesan pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu Bila : Pada tengah malam kelmarin Di mana : Di Jalan Tebrau Perkataan diuji :Memukul Emak memukul adik dengan rotan kerana ponteng kelas agama petang tadi di ruang tamu rumah. Siapa : Emak Apa : Memukul adik dengan rotan Mengapa : Kerana ponteng kelas agama Bila : Petang tadi Di mana : Di ruang tamu rumah. 5.Jika diminta membuat dua ayat daripada pasangan kata, maka pelajar perlu membuat ayat secara berasingan. Contoh : Perkataan diuji ialah : guruh gemuruh 1.Apabila mendengar bunyi guruh, perasaan saya tiba-tiba menjadi gemuruh ( ayat ini salah ) 2.Apabila mendengar guruh di langit, emak mengarahkan adik masuk ke dalam rumah. ( Ayat yang betul ) 3.Perasaan gemuruh pasti dialami oleh pelajar yang mengambil peperiksaan bagi kali pertama. ( Ayat yang betul ) 6.Gunakan kamus dewan sebagai panduan bagi mencari maksud perkataan. 7.Buku Tatabahasa Dewan juga perlu dirujuk untuk melihat contoh ayat yang mudah.