Kuliah 4 Ayat (09-10)

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 34

Penggunaan ayat dalam

penulisan

Tahap kedua dalam penulisan ialah pembinaan ayat.


Selain perkataan, unsur-unsur ayat yang lain ialah
frasa dan klausa.
Bahagian-bahagian dalam karangan yang sering
dilihat sebagai unsur-unsur yang saling menyokong
ialah perengan-perenggan.
Setiap perenggan itu pula terbentuk dengan adanya
bahagian atau unsur yang lebih dasar, iaitu ayat.
Segala idea yang ingin disajikan oleh penulis tidak
dapat tidak harus melalui ayat sebagai sarananya.
Jalinan ayat-ayat, yang bererti juga jalinan ideaidea itulah akhirnya yang membentuk sebuah
karangan.

Jenis-jenis ayat
ayat tunggal
ayat majmuk

Ayat tunggal
Ayat tunggal ialah ayat yag hanya
mengandungi hanya satu klausa iaitu satu
rangkaian perkataan yang mengandungi
satu subjek dan satu predikat
Misalnya dalam ayat Johan menendang
bola itu, Johan ialah subjek iaitu bahagian
ayat yang diterangkan, manakala
menendang bola pula merupakan predikat
kerana menerangkan subjek tersebut.

Ayat di atas juga dikenali sebagai ayat


dasar iaitu ayat yang belum mengalami
proses tranformasi.
Ayat tranformasi juga merupakan satu
dasar ayat tunggal.
Misalnya ayat pasif yang mempunyai
satu subjek dan satu predikat.
Begitu juga dengan ayat tanya yang
mempunyai satu subjek dan satu
predikat.

Dia diberi pujian.


b. Saya ambil buah itu.
c. Anda baca buku itu.

Ayat majmuk
Ayat majmuk ialah ayat yang lebih
panjang. Ia mengandungi lebih daripada
satu unsur subjek atau predikat.
Ayat majmuk dibina dengan
mencantumkan dua ayat tunggal atau
lebih dan percantuman ayat-ayat itu
disusun dengan cara-cara yang tertentu
untuk mewujudkan satu bentuk ayat yang
baharu.
Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu ayat
majmuk gabungan, ayat majmuk
pancangan, dan ayat majmuk campuran.

Ayat majmuk gabungan


ayat yang terdiri daripada du ayat
atau lebih yang dijadikan satu
dengan cara menggabungkan atau
mencantumkan ayat-ayat tersebut
dengan menggunakan kata hubung
seperti dan, atau, tetapi, lalu, serta,
sambil dan sebagainya

Ayat majmuk pancangan


Dalam ayat majmuk pancangan
terdapat satu ayat utama atau ayat
induk dan satu atau beberapa ayat
kecil lain yang dipancangkan di
dalam ayat induk dan menjadi
sebahagian daripada ayat induk itu
Ada tiga jenis ayat majmuk
pancangan

i. Ayat relatif

Ayat relatif ialah ayat yang dikenal


dengan penggunaan perkataan yang,
seperti dalam contoh-contoh berikut:

i.Kasut yang berwarna merah itu


kepunyaan ayah.
ii. Yang berdiri di tiang itu ialah abang
saya.

ii. Ayat komplemen


Terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu iaitu
bahawa dan untuk.
Contoh:
i.Dia mengetahui bahawa Ahmad telah pergi.
ii.Untuk Ali melakukannya sangat sukar.
Ayat (i) mengandungi dua ayat iaitu;
ia. Dia mengetahui sesuatu. (Ayat induk)
ib. Ahmad telah pergi. (Ayat komplemen)

Ayat i(b). telah dipancangkan ke dalam ayat i(a). untuk


melengkapi kata kerja dalam ayat tersebut. Hubungan
antara ayat i(a) dengan i(b) disebut hubungan komplemen.

iii. Ayat keterangan


Ayat majmuk keterangan ialah ayat
majmuk yang terdiri daripada satu ayat
induk dan satu ayat kecil atau lebih
yang berfungsi sebagai keterangan
kepada predikat.
Saya tidak datang kerana tidak sihat.
Jikalau saya berjaya, saya akan
memberi kamu hadiah.
Kita kena rajin berusaha agar kita
berjaya dalam kehidupan kita.

Ayat majmuk campuran


Ayat majmuk campuran mengandungi
lebih daripada satu ayat.
Ia terdiri daripada campuran ayat
tunggal dengan ayat majmuk atau
deretan berbagai-bagai jenis ayat
majmuk.
Ayat majmuk campuran biasanya lebih
panjang daripada ayat-ayat yang lain.

Wacana bahasa yang diterbitkan


dalam
majalah
Dewan
Bahasa
sekurang-kurangnya dapat menjadi
kayu ukur kepada kita bahawa
bahasa Melayu yang dituturkan hari
ini berupaya mengungkapkan ilmu
yang dikehendaki oleh penuturnya.

Ayat aktif dan ayat pasif


Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata
kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai
judul atau unsur yang diterangkan.
Ia terbahagi kepada dua iaitu ayat aktif transitif
dan ayat aktif tak transitif.
Ayat aktif transitif menggunakan kata kerja
transitif yang memerlukan objek selepas kata
kerja itu seperti kata kerja makan, membaca
dan memotong.
Ayat aktif tak transitif menggunakan kata kerja
tak transitif seperti menari, tidur dan tinggal.
Kata kerja ini tidak memerlukan objek selepas
kata kerja itu.

Ayat pasif
Ayat pasif terbentuk asalnya
daripada ayat aktif transitif, dan
mengandungi kata kerja yang
mengutamakan objek asal sebagai
judul atau unsur yang diterangkan.
Bola ditendang oleh Ali.
Kucing itu dikejar oleh anjing.
Buku itu saya baca.

Ayat biasa dan ayat songsang


Ayat, jika dilihat dari segi susunan subjek
dan predikatnya, dapat dibahagikan kepada
dua iaitu ayat biasa dan ayat songsang.
Ayat biasa ialah ayat yang mendahulukan
subjeknya dan kemudian diikuti oleh
predikat.
Ayat biasa juga dipanggil sebagai ayat
dasar manakala ayat songsang adalah
keterbalikan daripada binaan ayat biasa.
Ayat songsang bukan merupakan ayat
dasar kerana binaan ayat dasar, subjek
mendahului predikat dan bukan sebaliknya

Kepanjangan ayat
Tahap pembacaan sasaran atau kumpulan
pembaca
Tujuan penulisan
Bentuk mesej-bermaksud bilangan,
kekompleksan dan kepentingan idea-idea
yang hendak disampaikan dalam sesuatu
ayat
Hubungan sesebuah ayat dengan ayat-ayat
yang berikutnya dalam sesebuah perenggan.
Dua ayat yang panjang berturut-turut dalam
sesuatu perenggan boleh menyebabkan
kehilangan ciri kejelasan dan keterbacaan.

Ciri-ciri keberkesanan ayat


Ayat yang berkesan ialah berhasil
menimbulkan gagasan yang sama
antara tanggapn pembaca dengan
yang dimaksudkan oleh penulis.
Mengikut Gorys Keraf (1985), ayat
yang
berkesan
pada
asasnya
mempunyai enam ciri iaitu kesatuan
gagasan,
kepaduan,
penekanan,
variasi, kesejajaran dan binaan logik.

Kesatuan gagasan
Kesatuan
gagasan
bermaksud
bahawa ayat yang ditulis hanya
mengandungi
satu
idea
atau
gagasan
sahaja
dan
tidak
dicampuradukkan dengan gagasan
lain.

Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan


dapat dijalankan dengan efektif dan efisien
dengan adanya kemudahan multimedia ini, juga
meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran
industri kita. Justeru, perkembangan multimedia
membawa kesan positif dari aspek perniagaan.

Ayat (a) mengandungi dua idea yang ingin


disampaikan iaitu (i) urusan perniagaan dapat
dijalankan dengan efektif dan efisien dengan
adanya kemudahan multimedia dan (ii)
multimedia membantu meningkatkan kualiti
dan produktiviti keluaran industri kita.

Selain itu, dari segi ekonomi, urusan


perniagaan dapat dijalankan dengan
efektif dan efisien dengan adanya
kemudahan multimedia ini.
Di
samping itu kemajuan multimedia juga
meningkatkan kualiti dan produktiviti
keluaran industri kita.
Justeru,
perkembangan multimedia membawa
kesan positif dari aspek perniagaan.

Kepaduan
Kepaduan bermaksud hubungan timbal
balik yang baik dan jelas antara unsurunsur pembentuk ayat (kata dan frasa).
Antara faktor yang menyebabkan
sesuatu ayat tidak berpadu ialah letak
kata yang tidak sesuai dalam ayat dan
penggunaan kata sendi, kata hubung,
serta kata-kata lain yang salah
merupakan punca utama rosaknya
kepaduan ayat.

*Beliau memiliki ijazah sarjana di bidang


pengurusan perniagaan.
*Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
menangguhkan cadangannya untuk berpiket
ekoran arahan Timbalan Perdana Menteri
supaya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
mengadakan pertemuan dengan kesatuankesatuan sekerja untuk menerangkan isu
penurunan dividen.
* Orang luar harus memahami keadaan di
negara kita di mana negara kita mempunyai
rakyat yang berbilang kaum.

Penekanan
Penekanan bererti fokus atau penegasan sesuatu
yang ingin ditonjolkan dalam ayat. Penekanan
dapat dilakukan dengan beberapa cara berikut:
1.Mengubah kedudukan unsur- unsur tertentu
dalam ayat seperti yang berlaku dalam proses
penyongsangan ayat (predikat dikehadapankan).
contoh di bawah menunjukkan ayat (a) yang
ingin ditekankan ialah subjek (budak) manakala
dalam ayat (b) yang diberi penekanan atau fokus
ialah predikatnya.:

Budak itu sakit


Sakit budak itu

Penekanan dapat dilakukan dengan


mengulang unsur tertentu dalam ayat.
- Slanga berfungsi sebagai kod rahsia atau
kata kunci yang hanya difahami dan
diketahui oleh golongan atau kumpulan
yang menggunakannya. Slanga digunakan
kerana kosa kata dan ungkapannya yang
ringkas yang dapat mengungkapkan makna
dengan lebih berkesan.
Melalui slanga,
ungkapan dan kosa kata tertentu sebagai
kod rahsia, pendapat, idea dan mesej dapat
ditukar-tukar dengan agak bebas.

partikel penegas-lah (dalam ayat


penyata dan ayat perintah) dan kah
serta tah (dalam ayat tanya)

Variasi
Variasi bermaksud kelainan yang digunakan
untuk menghilangkan kejemuan tetapi tidak
mengubah maksudnya.
Pada peringkat perkataan, ciri variasi boleh
dicapai melalui penggunaan kata yang
sinonim yang boleh ditukar ganti
penggunaannya dalam konteks yang sesuai
Kita telah berjaya menemui/menjumpai
kesan-kesan tapak kaki harimau di kawasan
itu.

Manakala pada peringkat ayat pula penggunaan


berbagai-bagai pola dan jenis ayat yang ada
dapat menimbulkan variasi.
- Penggunaan bahasa Melayu yang semakin
meluas dan sesuai dengan statusnya sebagai
bahasa merentas kurikulum, maka penekanan
harus diberikan kepada penggunaan bahasa
Melayu yang lebih bermutu. Oleh itu, bahasa
Melayu perlu dikuasai dari peringkat awal lagi
untuk memudahkan pelajar mengikuti semua
bidang pelajaran.
Oleh itu, kita mestilah
memikirkan hala tuju kurikulum bahasa Melayu
dengan penuh tanggungjawab dan amat waras.

Kesejajaran
Kesejajaran bererti penempatan unsur yang
sama pentingnya dan sama fungsinya dalam
struktur ayat. Unsur kesejajaran
membolehkan penulis mengungkapkan
pemikiran yang sama dengan menggunakan
struktur nahu yang sama.
Dalam ayat yang sejajar, penulis
mengimbangi kata nama dengan kata nama,
kata adjektif dengan kata adjektif dan
sebagainya untuk menekankan kesamaan
idea.

Selain
itu,
aspek
seperti
penghayatan,
pembinaan
dan
penghargaan bahasa Melayu sebagai
bahasa
rasmi
negara,
bahasa
perpaduan, dan bahasa ilmu sesuai
dengan semangat Rukun Negara dan
Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
perlu diberi perhatian kritikal.

Binaan logik
Binaan ayat yang tidak logik adalah
ayat yang tidak tepat, mengelirukan
atau kabur.
Aspek ini dikaitkan dengan konsep
kebermaknaan yang menjadi syarat
ayat yang gramatis, di samping
kesempurnaan bentuknya.
-Johan menyayangi saya lebih
daripada anaknya

Satu lagi binaan ayat yang tidak


logik adalah disebabkan tidak
lengkap dan kabur sebagaimana ayat
berikut:

*Masakan Melayu lebih sedap.


* Wanita hari ini lebih agresif.

Kesimpulan
Suatu penulisan yang baik dan
berkesan ialah penulisan yang
mempunyai komponen isi yang baik
dan didokongi dengan bahasa yang
baik.
Bahasa yang baik ialah yang betul
tatabahasanya dan memberi makna.

You might also like