Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Keberkesanan Dan Penambahbaikan Sekolah

Artikel berikut akan mengupas serba sedikit berkaitan keberkesanan dan


penambahbaikan sekolah.
Definisi sekolah berkesan
Secara literal, Kamus Dewan mentakrifkan terminologi sekolah sebagai
tempat untuk belajar dan mengajar. Manakala perkataan kesan ditakrifkan sebagai
tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu. Lippitz dalam Mukhtar et al. telah
mentakrifkan sekolah berkesan sebagai "sekolah yang selamat dan teratur di mana
kanak-kanak miskin dan kelas pertengahan mendapat pencapaian akademik yang
baik" (Hare, 1988: 413)
Manakala Felsenthal (1982) pula mentakrifkan sekolah berkesan di mana
majoriti pelajar mendapat keputusan yang tinggi dalam peperiksaan awam pada
peringkat kebangasaan. Menurut Levine dan Lezotte (1990), ukuran sekolah
berkesan yang telah digunakan oleh kebanyakan penyelidik ialah pencapaian dalam
mata pelajaran tertentu seperti matematik, sains atau bahasa, kehadiran pelajar ke
sekolah dan kepuasan pelajar. Al Ramaiah (1995) pula menyatakan konsep sekolah
berkesan sepatutnya dalam konteks memberi kesan positif terhadap pembelajaran
pelajar bukannya berfokus kepada hasil pencapaian akademik pelajaran sematamata walaupun pencapaian kelulusan sekolah adalah seratus peratus. Manakala
Rahimah (1998) pula menegaskan konsep sekolah berkesan seharusnya
mempunyai cirri-ciri sekolah yang baik serta membawa hasil pembelajaran, sekolah
yang berupaya membina watak dan membuktikan ianya boleh membawa perubahan
kepada pelajar.
Pengertian sekolah berkesan berbeza-beza kerana berbagai-bagai pihak
mempunyai persepsi yang berbeza terhadap apa yang mereka kehendaki daripada
sekolah. Oleh kerana itu Stoll dan Fink (1996) dalam Abdul Malek menegaskan
bahawa untuk memberi definasi kepada keberkesanan, kita perlu memilih antara
nilai yang berbeza-beza. Kajian-kajian sekolah berkesan secara khusus
mendefinisikan keberkesanan sekolah melalui pembolehubah yang dianggap
penting dan digunakan untuk mengukur keberkesanan sekolah. Secara umum
terdapat dua kriteria yang digunakan oleh para pengkaji untuk mengukur
keberkesanan iaitu, outcome atau outputdan proses. Levine dan Lezotte (1990)
melihat sekolah berkesan dari segi hasil yang dikehendaki (outcome). Edmonds
(1979) mendefinisikan keberkesanan bukan sahaja dari segi kualiti hasil tetapi juga
dari kesaksamaan (equity). Mengikut beliau keberkesanan sekolah diukur
berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak kurang
beruntung sehinggakan kadar bilangan anak-anak kurang beruntung yang
menguasai akademik yang sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang
menguasainya.
Mortimor (1991) telah merumuskan bahawa sekolah berkesan ialah sekolah
yang pelajarnya meningkat lebih daripada apa yang diharapkan jika diambil kira latar
belakang mereka. Schreens (1992) menjelaskan konsep keberkesanan mengikut
perspektif tertentu. Dari segi ekonomi sekolah dianggap berkesan jika outcome;

atau hasil yang diingini dapat dicapai dengan kos yang rendah sementara perspektif
hubungan kemanusiaan dalam organisasi, organisasi yang berkesan ialah
organisasi yang dapat mewujudkan perasaan kepuasan dalam kalangan pekerjanya
dan melibatkan mereka dalam organisasi. Hasil tinjauan rambang Sharifah (2000)
mendapati sekolah-sekolah di Malaysia mengaitkan sekolah berkesan dengan
kecemerlangan akademik yang telah dicapai.
Kajian Berkaitan Keberkesanan Sekolah
Kajian-kajian sekolah efektif atau sekolah berkesan secara khusus
mendefinisikan keberkesanan sekolah melalui pemboleh ubah yang dianggap
penting dan digunakan untuk mengukur keberkesanan sekolah. Secara keseluruhan,
tidak ada konsensus di kalangan pengkaji tentang definisi keberkesanan. Secara
umum terdapat dua criteria yang digunakan, iaitu outcome atau output dan proses.
Di Amerika Syarikat kebanyakan pengkaji mengukur keberkesanan sekolah
berasaskan output, iaitu pencapaian dalam ujian piawaian bagi mata pelajaran
matematik dan bacaan. Di United Kingdom, pemboleh ubah proses seperti
kedatangan, kelakuan pelajar dan peningkatan skor pencapaian digunakan sebagai
pengukur keberkesanan. Selain mengukur keberkesanan dari segi kualiti ada juga
pengkaji yang menggunakan kriteria kesaksamaan (equity).
Edmonds (1979) mendefinisikan keberkesanan bukan sahaja dari segi kualiti hasil
tetapi juga dari segi kesaksamaan (equity). Mengikut beliau, keberkesanan sekolah
diukur berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak
kurang beruntung sehinggakan kadar bilangan kanak-kanak kurang beruntung yang
menguasai akademik sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang
menguasainya. Juga, sekolah tidak layak diiktiraf sebagai berkesan jika tidak
memberi kesaksamaan peluang pendidikan. Mengikut kriteria ini, pada pendapat
beliau, bilangan sekolah di Amerika Syarikat yang boleh dianggap berkesan amat
sedikit.
Rowan (1983) pula menyarankan empat cara mengenalpasti sekolah yang
berkesan: (1) menentukan kriteria yang khusus seperti peratus pelajar yang
mencapai lebih daripada median kebangsaan, (2) analisis tren yang menunjukkan
skor dalam gred yang tertentu telah meningkat dari semasa ke semasa, (3) skor
yang meningkat bagi sesuatu kohort, dan (4) pencapaian sekolah berbanding
dengan latar belakang pelajarnya.
Selain melihat hasil sebagai pengukur keberkesanan, pengkaji telah meluaskan
definisi keberkesanan dengan mengkaji peningkatan yang menjadi nilai tambahan
yang dialami oleh murid disebabkan keberkesanan sekolah. Maka keberkesanan
sekolah bukan hanya diukur dari segi hasil tetapi juga dari segi proses peningkatan
yang dialami. Mortimore (1991) merumuskan bahawa sekolah yang berkesan ialah
sekolah yang pelajarnya meningkat lebih daripada apa yang diharapkan jika diambil
kira latar belakang mereka. Mengikut Stoll dan Fink (1996) jika ditambah perkataan
semua pelajar dalam rumusan Mortimore itu, maka konsep nilai tambahan dan
kesaksamaan dapat disatukan dalam mendefinisikan keberkesanan sekolah. Dari
itu, jelaslah bahawa sekolah yang berkesan itu, berkesan bagi semua pelajar tidak
kira latar belakang mereka. Berdasarkan definisi ini bolehkah kita katakan bahawa
sekolah berasrama penuh yang sedia mengambil pelajar yang memang

berkebolehan itu berkesan berdasarkan prestasi mereka dalam peperiksaan umum?


Atau bolehkah kita anggap sekolah luar bandar yang telah menunjukkan
peningkatan tahun demi tahun walaupun prestasinya tidak sebaik sekolah
berasrama penuh, sebagai sekolah yang berkesan? Jelaslah jika sekolah berasrama
penuh tidak menunjukkan nilai tambahan dan prestasi pelajarnya hanya apa yang
diharapkan, maka sekolah itu belum boleh dianggap berkesan. Sebaliknya jika
sekolah kampong itu boleh menunjukkan nilai tambahan berserta dengan usaha
menyamaratakan peluang pendidikan dan pelajarnya mencapai lebih daripada apa
yang diharapkan maka sekolah ini boleh dianggap sebagai berkesan.
Sergiovanni (1987) juga mendefinisi keberkesanan sekolah berasaskan peningkatan
sekolah. Beliau menyenaraikan lapan criteria untuk mengukur keberkesanan: (1)
peningkatan dalam skor ujian, (2) peningkatan dalam kehadiran, (3) pertambahan
dalam bilangan tugasan penulisan dan kerja rumah, (4) pertambahan peruntukan
masa untuk Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Sejarah, (5) penglibatan
komuniti dan ibubapa, (6) penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, (7)
ganjaran dan pengiktirafan bagi pelajar dan guru, dan ( 8) sokongan yang berkualiti
untuk pelajar istimewa.
Aspek lain yang digunakan oleh pengkaji sebagai pengukur keberkesanan sekolah
ialah kelakuan murid, kehadiran, sikap dan konsep kendiri (Mortimore et al., 1988;
Teddlie dan Stringfield, 1993). Manakala Stoll dan Fink (1996) mendefinisikan
keberkesanan sekolah seperti berikut: (1) sentiasa meningkat dari tahun ke tahun,
(2) menggalakkan peningkatan untuk semua pelajar lebih daripada apa yang
dijangkakan jika diambil kira latar belakang dan kebolehan asal mereka, (3)
memastikan setiap pelajar mencapai setinggi yang mungkin potensinya, dan (4)
menggalakkan (enhance) semua aspek perkembangan dan pencapaian pelajar.
Berdasarkan perbincangan tentang beberapa definisi keberkesanan sekolah,
bolehlah dirumuskan tentang pengertian keberkesanan sekolah ini seperti berikut:

Keberkesanan sekolah boleh diukur berasaskan output atau hasil


persekolahan. Hasil ini berbentuk akademik (pencapaian akademik) dan
bukan akademik; (kelakuan murid, konsep kendiri dan sikap murid, kepuasan
kerja guru dan sebagainya).
Proses juga boleh menjadi criteria bagi mengukur keberkesanan: pentadbiran
sekolah, kerjasama di kalangan warga sekolah, proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan adalah antara criteria yang dinyatakan.
Keadaan sekolah, keceriaan, kebersihan, keadaan disiplin juga merupakan
criteria keberkesanan.
Kriteria keberkesanan sekolah berbeza mengikut Negara, budaya dan lokasi
yang berlainan.
Keberkesanan bukan hanya dicerminkan dari aspek kualiti bahkan dari aspek
ekuiti (kesaksamaan) juga.
Keberkesanan sekolah diukur dari segi progress atau peningkatan yang
dialami, iaitu nilai tambahan yang diperoleh.
Sekolah yang berkesan ialah sekolah yang meningkat lebih daripada yang
diharapkan jika diambil kira latar belakang pelajarnya.

Perpaduan melalui kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, amalan-amalan


yang menggalakkan rasa hormat-menghormati dan kerjasama antara satu dengan
lain.
Jika terdapat kanak-kanak istimewa di sekolah, kebajikan dan perkembangan
mereka yang seimbang dan interaksi social mereka dengan pelajar lain di
sekolah perlu diberi perhatian.
Sekolah memainkan peranan yang berkesan dlam melibatkan ibu bapa,
bukan hanya melalui PIBG tetapi juga melalui usaha bersendirian dan
berkelompok yang melibatkan guru, pelajar, ibu bapa,
Dalam konteks negara Malaysia, pengertian sekolah mestilah berlandaskan
aspirasi yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara, dan dalam
Wawasan 2020. Kita mahukan sekolah berwawasan, sekolah kecacatan sifar
dan pendidikan bertaraf dunia. Maka sudah semestinya pengertian
keberkesanan diperluas. Selain perkara yang telah diberi penekanan ada
aspek
lain
yang
perlu
ditonjolkan.

Konsep kesaksamaan dipraktikkan sepenuhnya. Ini bermakna pelajar


kurang beruntung diberi peluang meningkat dalam semua aspek
perkembangan melalui program pengayaan mereka.

Negara kita mempunyai rakyat berbilang kaum. Sekolah yang


berkesan secara sengaja memupuk komuniti dan pengetua. Sekolah
yang berkesan terbuka kepada cadangan dan bantuan rakan
kongsinya.
Sekolah tidak lagi mengamalkan amalan yang membeza-beza dan melabel
pelajar.
Sekolah benar-benar mengamalkan konsep sekolah penyayang, iaitu guru
mengambil berat tentang keperluan semua pelajar dan melibatkan mereka
dalam hal-hal yang berkaitan kepentingan mereka sendiri.
Sekolah menjalankan program pembaikan sekolah mengikut keperluannya
dan wawasan warganya, mengikut acuannya sendiri.
Sekolah yang guru-gurunya tidak berasa tertekan, malah seronok membantu
menjayakannya.
Sekolah yang menggalakkan muridnya menjadi kreatif, berfikiran kritis,
penyayang, mengikut ajaran agama dan mempunyai kesedaran sivik yang
tinggi.
Sekolah yang menggalakkan budaya belajar bagi semua warganya, termasuk
guru dan ibu bapa.

Model-Model Keberkesanan Sekolah


1. Model Matlamat

Berkesan bila dapat mencapai matlamat

Matlamat yang jelas

Terhad

o Perlukan matlamat yang jelas


o Perlu boleh diukur
o Faktor masa
o Matlamat yang tidak mendapat persetujuan ramai

2. Model Sumber Input

Disebabkan wujud pelbagai pengharapan dari pelbagai pihak berkepentingan,


sekolah terpaksa mewujudkan pelbagai matlamat walaupun tidak konsisten
Lebih banyak input sumber yang bernilai diperlukan untuk sekolah yang berkesan

Keberkesanan sekolah berkesan apabila boleh memperolehi sumber yang


diperlukan

Input dan pemerolehan sumber kriteria asas bagi sekolah keberkesanan

Terhad penekanan yang lebih kepada sumber, pengurangan pendekatan


terhadap proses dan output
3. Model Proses

Sekolah adalah berkesan jika fungsi dalamannya lancar dan sihat

Keberkesanan bergantung kepada kelancaran fungsi dalaman

Contoh proses: kepimpinan, saluran komunikasi


Perhubungan yang jelas antara proses pembelajaran dan hasilnya

Terhad:
o Faktor kesukaran dalam proses: - pemantauan, - pengumpulan data, - pemfokusan
o Keberkesanan bergantung kepada perhubungan proses persekolahan dalam bidang
yang spesifik, sejauh mana dia tahu tentang bidang tersebut

4. Model Kepuasan

Matlamat yang luas dan banyak, maka makin sukar untuk dicapai
Matlamat yang kurang dan mudah, maka lagi mudah untuk dicapai, jadi ia lebih
mudah dianggap berkesan

Kepuasan pihak atasan dikira berkesan

Puas terhadap kualiti, merujuk kepada kepuasan pelanggan terhadap keperluan,


permintaan dan apa yang diharapkan

Model ini mengatakan sekolah adalah berkesan jika semua pihak berkepentingan
puas hati secara minima

Kepuasan pihak berkepentingan adalah petunjuk keberkesanan


Masalah: - sekiranya berlaku konflik antara pihak yang berkepentingan maka
model ini tidak sesuai.

5. Model kesahihan/kesahan

Sekolah berkesan adalah sekolah yang dapat menunjukkan akauntabiliti, penuhi


kehendak komuniti dan mendapat sokongan pihak berkepentingan

Sekolah perlu bersaing untuk mendapat perhatian ibubapa agar memilih sekolah
berkenaan

Perhubungan awam, aktiviti pemasaran dan membangunkan sekolah berasaskan


sistem akauntabiliti untuk mendapat kepercayaan daripada ibubapa.

Ibubapa percaya ia sah dan sahih bahawa memang sekolah berkenaan


beroperasi secara akauntabiliti dan memenuhi kehendak komuniti

6. Model ketidakberkesanan

Disebabkan oleh sukar untuk mengenalpasti aspek keberkesanan tetapi mudah


untuk mengetahui kriteria yang menyebabkan ketidakberkesanan
Model ini boleh digunakan apabila ciri-ciri keberkesanan tidak dapat dilihat
dengan jelas
Contoh faktor penyebab tidak berkesan seperti konflik, kesukaran, kelemahan
dsb
Tidak sesuai bagi sekolah yang cemerlang
7. Model pembelajaran terancang

Model ini hampir sama dengan model proses

Beza dengan model proses adalah penekanan terhadap perlakuan pembelajaran


untuk mendatangkan kesan kepada pencapaian sekolah

Terhad jika perhubungan antara proses pembelajaran terancang dengan hasil


yang henda dicapai oleh sekolah tidak jelas

o Cth: walaupun kurang proses pembelajaran, ada faktor penarik lain yang
menyebabkan ia mendapat keputusan yang baik. Sila rujuk kepada 5 dimensi yang
dinyatakan oleh Peter Senge; 1) personal Mastery 2) Mental Models 3) shared vision
4) team learning 5_) system thinking
8. Model TQM (Total Quality Management)

Memfokuskan kepada pengurusan bukan kepada individu sebagai manusia

Konsep yang komprehensif dengan mengintegrasikan semua model

Keberkesanan bergantung kepada keupayaan pengurusan sekolah


DEFINISI PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH
Menurut Barth (1990), beliau percaya penambahbaikan sekolah itu merupakan satu
usaha untuk menentukan dan menyediakan perubahan, dibentuk bersama dan
tanpa, di mana orang dewasa dan kanak-kanak yang
bersekolah akan
menggalakkan dan mempertahankan keinginan belajar di kalangan mereka sendiri.
Van Velzen et al.(1985) menganggap penambahbaikan sekolah sebagai satu usaha
yang sistematik serta dibenarkan yang bertujuan untuk perubahan dalam syaratsyarat pembelajaran dan lain-lain yang berkaitan dengan keadaan dalam satu atau
lebih sekolah, dengan matlamat akhir ialah untuk mencapai matlamat pendidikan
dengan lebih berkesan.
Menurut Hopkins et al.(1994) pula, makna penambahbaikan sekolah hari ini adalah
pada umumnya difahami sebagai satu usaha berterusan untuk menjadikan sekolah
sebuah tempat yang lebih baik bagi proses pembelajaran untuk murid-murid. Beliau
menerangkan pembaikan sekolah adalah satu pendekatan ke arah perubahan
pendidikan yang bertujuan menambah pencapaian pelajar dan mengukuh
keupayaan sekolah untuk pengurusan perubahan. Usaha ke arah penambahbaikan
sekolah merupakan urusan setiap sekolah. Sekolah tidak boleh berdiam diri kerana
dalam konteks sekolah ia sentiasa berubah. Penambahbaikan sekolah sepatutnya
menjadi agenda utama di semua sekolah.
Penambahbaikan sekolah berpegang kepada prinsip self-renewing school iaitu
perubahan dan perkembangan dimiliki oleh sekolah daripada mendapat arahan dan
tekanan dari luar (Hopkins et. al., 1996). Ia berdasarkan beberapa andaian
termasuklah kepercayaan bahawa sekolah mempunyai kapasiti menambah baik diri
sendiri, yang melibatkan perubahan budaya. Ia akan mudah dicapai melalui keadaan
dalaman sesebuah sekolah itu yang mengambil kira pelbagai perspektif
perkembangan dan perubahan.

Konsep penambahbaikan menyumbang kepada pemahaman yang lebih baik


bagaimana sesuatu perubahan itu dimulakan, dilaksanakan dan institusikan.
Terdapat 5 dapatan tentang proses perubahan sekolah yang berkesan. Pertama,
kajian penambahbaikan sekolah membuktikan wujudnya pembangunan guru yang
penting di peringkat sekolah. Penambahbaikan guru saling berkait rapat dengan
penambahbaikan sekolah. Kedua, kajian penambahbaikan sekolah menekankan
kepentingan kepimpinan dalam mengiringi perubahan peringkat sekolah. Ketiga,
kajian penambahbaikan sekolah telah menunjukkan tiada satu pun kajian tindakan
penambahbaikan sekolah yang sesuai digunakan di semua jenis sekolah. Keempat,
usaha ke arah penambahbaikan sekolah telah mengukuhkan keperluan perubahan
ke atas usaha menghasilkan pencapaian pelajar secara khusus. Kelima, usaha ke
arah penambahbaikan sekolah telah membuktikan kepentingan memahami dan
menggunakan budaya sekolah (Hargreaves,1994).
Kajian telah menunjukkan bahawa budaya sekolah yang menggalakkan kejelekitan,
kepercayaan dan kerja kolaboratif yang menekankan kepada pengajaran dan
pembelajaran adalah lebih cenderung ke arah usaha untuk bertindakbalas bagi
menambahbaikkan sekolah.
Penambahbaikan sekolah ialah sesuatu perubahan yang dilakukan secara
terancang dan dibuat langkah demi langkah. Perubahan yang dilakukan itu
merupakan sesuatu yang berbeza daripada amalan yang telah kita jalankan,
sesuatu perkara yang baru dan kreatif daripada pelbagai segi seperti dalam amalan
pedagogi, pengurusan, kepemimpinan yang kita tidak amalkan dan kemudiannya
kita amalkan.
Perkembangan pendidikan yang berlaku kini menjurus kepada memberi keutamaan
dalam aspek penambahbaikan sekolah. Kerajaan telah memberikan peruntukan
pendidikan dalam Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 untuk penambahbaikan
sekolah.
Penambahbaikan sekolah ialah berkaitan dengan akauntabiliti dan
kecekapan (efficiency). Akauntabiliti pihak sekolah terhadap murid yang semakin
lama semakin meningkat, tuntutan pihak stake holders, ahli politik, ibubapa atau
pihak yang menuntut sekolah iaitu guru-guru seharusnya lebih mempunyai
akauntabiliti terhadap pelajar-pelajarnya. Di negara ini belum ada guru-guru dan
pihak sekolah yang disabitkan kesalahan kerana murid-murid gagal dalam
peperiksaan. Namun, persoalan akauntabiliti dan kecekapan ini menjadi satu
tekanan, menjadi satu tekanan pihak luar kepada sekolah untuk melakukan
penambahbaikan.
Pernyataan Sekolah boleh membuat perubahan merupakan suatu kepercayaan
terhadap pihak sekolah boleh berubah daripada keadaan sedia ada kepada yang
keadaan yang lebih baik lagi. Dalam literatur sekolah berkesan, apa yang menjadi
pernyataan yang sering diungkapkan ialah pernyataan Pengetua boleh membuat
perubahan. Manakala dalam penambahbaikan sekolah, pernyataan Sekolah boleh
membuat perubahan. Perubahan untuk penambahbaikan sekolah itu boleh
dilakukan dengan cara memastikan aspek kuantiti kepada kualiti. Kini, penekanan
terhadap kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan semakin difokuskan kerana
pasaran kerja juga mementingkan kecemerlangan akademik di samping penekanan
terhadap kokurikulum.

Penambahbaikan sekolah juga boleh berlaku disebabkan agenda politik.


Penambahbaikan ini adalah untuk melahirkan modal insan. Misalnya pihak kerajaan
memperkenalkan PPSMI yang bertujuan untuk melahirkan e-pekerja yang
berpengetahuan luas dalam sesuatu bidang. Oleh yang demikian seluruh warga
sekolah perlu membuat anjakan paradigma iaitu berubah daripada amalan yang
tidak memberangsangkan pembelajaran murid kepada situasi yang memungkinkan
pembelajaran murid dapat dibuat seoptima mungkin.
Rasional penambahbaikan sekolah adalah untuk memastikan keadaan status quo
sekolah yang tidak memberangsangkan dapat diubah kepada keadaan yang positif
iaitu yang dapat memberi kesan yang bermakna dalam pembelajaran pelajar. Begitu
juga sekolah yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
awam, masih ada ruang untuk penambahbaikan sekolah tertentu misalnya membuat
penambahbaikan dalam program perkembangan staf, program-program untuk
pelajar dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, penambahbaikan akan membawa
perubahan kepada aspek yang ditambahbaik secara beransur-ansur.
Penambahbaikan tidak akan berlaku jika tidak ada perubahan. Misalnya, inovasi
dalam pengajaran di bilik darjah iaitu menggunakan kaedah kumpulan dalam
pengajaran. Dengan melakukan itu barulah kita tahu bahawa kumpulan itu samada
ia lebih baik ataupun tidak baik dalam status quo pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah.
Di samping istilah penambahbaikan sekolah, terdapat juga istilah yang digunakan
seperti school restructuring atau restructuring school, school rejuvenation istilah
geografi- balik muda, OD (organizational development) iaitu istilah yang digunapakai
dalam organisasi swasta sebelum digunakan dalam bidang pendidikan. Istilahistikah pembangunan organisasi, penilaian sekolah atau pembaharuan sekolah,
school evaluation atau self renewal atau in-school reviews yang juga bermaksud
penambahbaikan sekolah. Kemudian, istilah self directed improvement,
pembangunan sekolah, penstrukturan, atau reengineering sekolah adalah
digunakan dalam penambahbaikan sekolah.
Secara umumnya terdapat dua model penambahbaikan sekolah. Model yang
pertama ialah model Intervention Approach yang menggunakan pendekatan
intervensi yang juga disebut sebagai Model Tradisi,
seperti PPSMI yang
diperkenalkan oleh kementerian pelajaran. Pelaksanaan Itu adalah intervention
untuk meningkatkan lagi Bahasa Inggeris murid-murid dalam mata pelajaran Sains
dan Matematik. Di Amerika, khidmat perunding digunakan untuk penambahbaikan
sekolah yang biasanya terdiri dari professor dari universiti. Pendekatan intervensi
untuk penambahbaikan sekolah ini menurut Robinson ialah ketidakupayaan guru
untuk membincangkan isu-isu yang timbul daripada pendekatan tadi yang datang
daripada luar.
Model yang keduanya ialah model self-directed improvement process atau school
reviews. Melalui pendekatan model ini sekolah berusaha menilai balik sekolah itu.
Jadi, proses self-directed ini melibatkan self renewal, self assessment,
reassessment iaitu menilai balik keseluruhan pencapaian sekolah itu. Misalnya,
menggunakan konsep keberkesanan yang dirumuskan oleh Cheng. Sebagai contoh
untuk self-review model ini ialah program yang dilakukan di New Zealand. Untuk
melakukan self review ini, andaian yang pertama model ini ialah staf hendaklah

melibatkan diri secara sukarela dan bukannya terpaksa. Andaian kedua ialah
pengetua memainkan peranan penting dalam melakukan penilaian semula sekolah.
Andaian ketiga ialah kaedah review sesuai dengan penilaian kendiri dan
penambahbaikan diri sekolah. Melalui kaedah itu, penilaian yang dibuat hendaklah
sesuai dengan penilaian kendiri dan bukan berdasarkan sekolah lain atau faktor
faktor luar dan sebagainya. Pendekatannya mestilah untuk penambahbaikan
sekolah. Andaian yang keempat ialah mengkaji hasilan (review outcomes) iaitu
melibatkan proses bagi menjalankan review seharusnya tidak boleh mengganggu
sesuatu aspek keberkesanan yang ada. Keberkesanan yang ada itu harus
dikekalkan dan perlu ditambahtambah baik.
Menurut Hargreaves & Hopkins (1994), kajian mengenai penambahbaikan sekolah
ini mencakupi matlamat jangka panjang iaitu untuk penyelesaian masalah atau
mengupayakan sekolah ke arah penghasilan thinking school. Jadi,
penambahbaikan sekolah ini ialah satu usaha ke arah mencapai matlamat
penyelesaian masalah ataupun thinking school dan bukannya mindless school.
Penambahbaikan sekolah ini juga mempunyai pelbagai konsep dan konsep itu
bergantung kepada sesiapa yang menulisnya. Berdasarkan pernyataan Hargreaves
dan Hopkins (1994) iaitu:
school improvement is about developing strategies for educational change
that strengthen the schools organization, as well as implementing curriculum
reforms.
Jelaslah di sini menunjukkan bahawa penambahbaikan sekolah adalah suatu usaha
membina strategi untuk melakukan perubahan pendidikan yang bertujuan
mengukuhkan organisasi sekolah iaitu menguatkan kapasiti guru khususnya dan
warga sekolah amnya. Oleh itu, penambahbaikan itu harus berkeupayaan dalam
menggerakkan secara aktif dan mengukuhkan bidang pedagogi, pengurusan, dan
kepemimpinan.
Kedua-duanya berfokus kepada penambahbaikan secara keseluruhan dan berfokus
kepada strategi. Strategi untuk penambahbaikan sekolah ialah dengan melatih guru
melaksanakan semua yang dilakukan di sekolah, memberi sokongan pekerjaan dan
moral kepada guru, pihak sekolah memantau dan melebarluaskan lagi peranan
kepimpinan kepada para guru. Mereka harus diberi bimbingan dan membangunkan
keyakinan diri (self efficacy) mereka.
Alma Harris (2002) membicarakan penambahbaikan sekolah itu adalah merupakan
usaha yang berkaitan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang lebih baik
(dari keadaan yang sedia ada) untuk murid-murid dan untuk mereka belajar.
Kemudahan sekolah yang mencukupi seperti kemudahan pusat sumber yang
lengkap dan interaksi antara guru-guru dan murid-murid adalah harmoni. Di samping
itu, perhubungan di antara komuniti sekolah yang berasaskan kepada penghayatan
visi yang sama, nilai dan falsafah sekolah dan matlamat sekolah yang sama.

Penambahbaikan sekolah pada asasnya adalah pembangunan komuniti sekolah


dan establishing perhubungan-perhubungan positif di dalam sekolah. Alma Harris
juga lebih menumpukan kepada perubahan terhadap amalan-amalan yang terdapat
di sekolah dan di bilik darjah. Amalan pengajaran dan pembelajaran amalan
perundingan guru-guru dan murid-murid, khususnya disiplin yang menyebabkan
murid-murid tidak suka datang ke sekolah. Tetapi, untuk mengubah ini sangatlah
sukar kerana ia sudah menjadi habit, budaya, mereka percaya itulah sahaja caranya
yang betul. Kita harus berpegang kepada prinsip bahawa sekolah boleh melakukan
perubahan.
Hopkins, D. (2001) penambahbaikan sekolah adalah merupakan satu strategi
perubahan yang bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar, di samping
memperkukuhkan kapasiti sekolah untuk mengurus perubahan. Pencapaian pelajar
merupakan matlamat utama penambahbaikan sekolah.
Konsep penambahbaikan sekolah ini ialah menitikberatkan peningkatan pencapaian
murid dengan memfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan
keadaan-keadaan (usaha-usaha memajukan sekolah) yang menyumbang kepada
keberkesanan proses tersebut. Wang et. al. (1990) menyatakan bahawa terdapat
keadaan yang merangsangkan yang mempengaruhi keberkesanan sekolah dan
harus dikekalkan seperti pengajaran yang berkesan, pengurusan bilik darjah yang
cekap, perhubungan guru dan murid yang baik dan iklim pembelajaran bilik darjah
yang kondusif. Di samping itu, terdapatnya hubungan yang baik antara memajukan
bilik darjah dengan kemajuan sekolah. Fokus kepada penambahbahbaikan sekolah
ialah tindakan sengaja bagi penambahbaikan dan bukannya secara kebetulan dan
perlu dirancang dan ditetapkan matlamat yang hendak dicapai bukan hanya dengan
harapan ia akan memberi kesan kepada murid tetapi mesti ditetapkan. Ia
bergantung kepada proses dan menekankan kepada faktor-faktor proses yang
terlibat serta menegaskan hubungan antara proses dengan hasil.
Roland S.Barth (1990) dalam bukunya Improving school from within menjelaskan
bahawa penambahbaikan sekolah adalah satu usaha bagi menentu dan
menyediakan atau mewujudkan keadaan-keadaan dari luar sekolah dan juga dalam
sekolah, di mana guru, staf dan murid yang berada di sekolah boleh meningkat dan
mengekalkan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan mereka.
Peranan untuk memajukan sekolah bukan sahaja di dalam sekolah tetapi juga di luar
sekolah seperti memberi sokongan, memberi approval. Ini sangat penting kerana
cara kita berinteraksi dengan mereka di luar sana akan dapat menarik mereka untuk
membantu kita menambahbaik sekolah. Kejayaan Dr Hussein melakukan
penambahbaikan sekolahnya ialah hasil daripada sokongan yang diberi oleh orang
luar memberikan keberanian kepadanya.
Gray, et. al. (1999) menggunakan konsep bahawa an improving school bukanlah
penambahbaikan sekolah. Sebaliknya, An improving school is one which secures
year-on-year improvements in the outcomes of successive cohorts of similar pupils
(increases effectiveness over time) .
Van Velzen, et al., (1985:48) pula menyatakan bahawa school improvement is a
systematic sustained effort aimed at change in learning conditions and other related

internal conditions in one or more schools, with the ultimate aim of accomplishing
educational goals more effectively . Pendekatan ini adalah daripada pihak makro.
Usaha daripada beberapa buah negara di negara barat yang telah melakukan
penambahbaikan sekolah adalah berdasarkan dapatan literature sekolah berkesan
iaitu dalam Gelombang ke-2. Disinilah bermulanya dokumen tentang actual
documentation school improvement yang direkodkan dan didokumentasikan.
Perkembangan Penambahbaikan Sekolah
Perkembangan penambahbaikan sekolah di Malaysia bermula pada era 1980an
sehingga 1990an dinamakan sebagai Gelombang Ke-2. Dalam tahun 1980an
sehingga kini, berlaku perkembangan dalam konsep Sekolah berkesan dan
Penambahbaikan Sekolah dan dinamakan sebagai Gelombang Ke-3. Menurut
Rutter et. al. (1979) keberkesanan sekolah adalah disebabkan oleh faktor ethos
iaitu pelbagai faktor seperti penekanan kepada akademik, ganjaran dan insentif
serta general learning conditions.
Pendekatan Penambahbaikan Sekolah
Terdapat dua pendekatan penambahbaikan sekolah iaitu :
i.
luar

Model Tradisional - dikenali sebagai Pengurusan Inovasi yang datang dari


sekolah misalnya arahan yang dating dari pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia, Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah dan lain-lain.
Pendekatan sebegini adalah kurang berjya kerana guru-guru tidak berhak
untuk berbincang tentang isu-isu tersebut. Contohnya : Pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) di sekolah.

ii.

Self-Directed Improvement Process Andaian-anadaian dalam model ini


ialah :
(i) penglibatan sukarela staf
(ii) pengetua memainkan peranan penting
(iii) kaedah review sesuai dengan penilain kendiri dan penambahbaikan diri
sekolah
(iv) review outcomes proses menjalankan review tidak boleh mengganggu
keberkesanan yang ada.
Hargreaves dan Hopkins, (1994) menegaskan bahawa kajian mengenai
penambahbaikan sekolah ini mencakupi pencapaian matlamat jangka panjang ke
arah visi dalam menyelesaikan masalah atau thinking school.
Terdapat pelbagai konsep mengenai penambahbaikan sekolah bergantung kepada
penulis. Hargreaves & Hopkins (1994) mendefinisikannya sebagai about
developing strategies for educational change that strengthen the schools
organization, as well as implementing curriculum reforms.
Alma Harris (2002) pula menyatakan penambahbaikan sekolah itu adalah
merupakan usaha yang berkaitan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang

lebih baik (dari keadaan yang sedia ada) untuk murid-murid dan untuk mereka
belajar. Penambahbaikan sekolah pada asasnya adalah pembangunan komuniti
sekolah dan establishing perhubungan-perhubungan positif di dalam sekolah.
Beliau lebih menumpukan perhatian kepada perubahan terhadap amalan-amalan
yang terdapat di sekolah dan di dalam bilik darjah.

i.
ii.
iii.
iv.
v.

Hopkins, D. (2001) penambahbaikan sekolah adalah merupakan satu strategi


perubahan yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar, di samping
memperkukuhkan kapasiti sekolah untuk mengurus perubahan. Konsep
penambahbaikan sekolah ini menitikberatkan kepada :
peningkatan pencapaian murid dengan memfokuskan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran serta keadaan-keadaan (usaha-usaha memajukan
sekolah) yang menyumbang kepada keberkesanan proses tersebut.
adanya hubungan antara memajukan bilik darjah dengan school-wide
improvement.
fokus kepada tindakan sengaja bagi penambahbaikan
pentingkan kepada faktor-faktor proses
Menegaskan hubungan antara proses dengan outcomes (merapatkan
hubungan antara penambahbaikan dengan keberkesanan sekolah)
Menurut Roland S. Barth (1990) penambahbaikan sekolah adalah satu usaha bagi
menentukan dan menyediakan atau mewujudkan keadaan-keadaan dari luar
sekolah dan juga dalam sekolah, di mana guru, staf dan murid yang berada di
sekolah boleh meningkat dan mengekalkan pengajaran dan pembelajaran di
kalangan mereka.
Hopkins (1996) menyatakan penambahbaikan sekolah sebagai general efforts to
make school better places for students and [for] students to learn .Ini bererti
penambahbaikan sekolah mencakupi perubahan budaya sekolah (kualiti
interpersonal dan the nature dan kualiti pengalaman-pengalaman pembelajaran
murid. Pembentukan komuniti pelajar adalah sebagai satu pendekatan
penambahbaikan sekolah.
Di sebalik pelbagai interpretasi tentang penambahbaikan sekolah, kata kunci yang
dikaitkan dengan definisi penambahbaikan sekolah ialah perubahan. Ia adalah
perubahan yang dirancang bagi menyediakan pendidikan berkualiti kepada pelajar.
Ia adalah komitmen sekolah untuk berubah dan mengekalkannya. Tanggungjawab
bagi menggalakkan perubahan yang berterusan dan menguruskannya dengan baik
bergantung kepada pengetua sesebuah sekolah itu. Matlamat utama perancangan
penambahbaikan sekolah ialah untuk meningkatkan kemajuan, pencapaian dan
perkembangan pelajar.
Idea Perubahan Dalam Kontek Penambahbaikan Sekolah
Persoalan penting yang perlu difikirkan - adakah perubahan membawa kepada
penambahbaikan sekolah? Perubahan dalam penambahbaikan sekolah merupakan
sebarang pindaan dalam keadaan pembelajaran atau keadaan dalaman sesebuah
sekolah. Menurut Hopkins (1987), keadaan pembelajaran merujuk kepada aktiviti-

aktiviti sekolah yang dilakukan oleh guru ke arah mencapai matlamat sekolah.
Keadaan dalaman pula merujuk kepada sebarang aspek berkaitan sekolah
mengenai keadaan pembelajaran pelajar. Maka, sekolah yang bertambah baik,
melakukan sesuatu perubahan bukanlah sekadar menggunakan amalan-amalan
baru tetapi melaksanakan amalan tersebut dengan terancang dan diurus dengan
baik.
Terdapat dua perbezaan bentuk perubahan. Ia sangat penting membezakan antara
perubahan secara beransur-ansur dan perubahan yang dirancang. Ia bukan sesuatu
yang berlaku dalam tempoh yang singkat, sebaliknya merupakan satu proses yang
mengambil masa dan memerlukan komitmen dan keazaman. Andaian yang dapat
difahami ialah incremental change merupakan satu transisi atau peralihan dari satu
keadaan kepada keadaan yang lain. Manakala perubahan yang terancang ialah
perkembangan semulajadi tentang sesuatu perkara, berubah membentuk sesuatu
keadaan baru. Perubahan itu boleh berlaku secara luaran atau pun dalaman.
Perubahan dalaman sama ada di peringkat individu mahu pun peringkat sistem
dilihat sebagai sesuatu yang semulajadi atau organik. Perubahan luaran adalah
agak sukar untuk diterima pakai. Pengetua perlu menghabiskan masa bersama
guru-guru bagi menjelaskan panduan ke arah penambahbaikan dan memberi
sokongan berterusan.
Berdasarkan teori, konsep perubahan itu merupakan sesuatu perkara yang
kompleks. Kajian literatur penambahbaikan sekolah menekankan bahawa pengetua
sentiasa tercabar untuk melakukan perubahan. Pengetua perlu memahami
penambahbaikan sekolah yang berkesan bergantung kepada pemahaman tentang
masalah perubahan di peringkat amalan dan tahu menggunakan strategi bagi
membentuk reformasi sekolah ke arah kebaikan.
Joyce (1991) menggunakan perbandingan perubahan sebagai pintu-pintu bagi
menerangkan pelbagai pendekatan ke arah perubahan. Sebahagian dari pintu
tersebut boleh dibuka dari luar dan dalam. Contoh pendekatan perubahan dalaman
adalah seperti menggalakkan guru menilai atau membuat refleksi pengajaran
mereka sendiri. Perubahan yang dialami guru dan peningkatan pencapaian pelajar
akan secara tidak langsung menyumbang kepada penambahbaikan sekolah.
Perubahan mestilah memberi makna kepada guru itu sendiri. Manakala pendekatan
perubahan luaran adalah melalui pemantauan pihak pentadbir yang memberi
penekanan terhadap penambahbaikan secara keseluruhan. Fokus terhadap
pengajaran dan pembelajaran haruslah menjadi nadi utama penambahbaikan
sekolah tanpa mengira sama ada menggunakan pendekatan luaran atau pun
dalaman.
Menurut Wang et al., (1990) kerangka konseptual faktor-faktor yang mempengaruhi
pembelajaran terbahagi kepada enam kategori iaitu pertama pembolehubah negeri
dan daerah berkaitan dengan polisi pentadbiran di peringkat negeri dan daerah.
Kedua, pembolehubah luar sekolah yang berkaitan dengan rumah dan komuniti
yang mempunyai hubungan dengan sekolah. Hubungan baik dengan
pembolehubah-pembolehubah ini akan menyumbang kepada penambahbaikan

sekolah. Ketiga, pembolehubah peringkat sekolah merangkumi latar belakang


sekolah, budaya dan iklim sekolah serta polisi dan amalan-amalan di sekolah.
Keempat, pembolehubah pelajar berkaitan diri pelajar termasuk latar belakang
keluarga, latar belakang pendidikan dan personaliti pelajar. Kelima, pembolehubah
reka bentuk program yang berkaitan dengan pengajaran dan kaedah penyampaian
pengajaran. Keenam, pembolehubah pelaksanaan, pengajaran di bilik darjah dan
iklim sekolah yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum dan program
pengajaran.
Dapatan dari tinjauan literatur tersebut merumuskan bahaw terdapat enam faktor
penting yang mempengaruhi pembelajaran iaitu metakognitif, pengurusan bilik
darjah, bilangan pengajaran, interaksi sosial guru dan pelajar, iklim bilik darjah dan
pengaruh rakan sebaya.
Penambahbaikan sekolah merangkumi pelbagai fungsi dan tahap. Terdapat lima
fungsi iaitu Fungsi Teknikal atau Ekonomi, Fungsi Kemanusiaan atau Sosial, Fungsi
Politik, Fungsi Kebudayaan dan Fungsi Pendidikan yang setiap terlibat untuk
pelbagai tahap merangkumi tahap individu (pelajar dan guru), sekolah, komuniti,
masyarakat dan antarabangsa (Cheng, 1991). Setiap komponen mempunyai
peranan dan memberi kesan terhadap penambahbaikan sekolah.
Fasa Perubahan Penambahbaikan Sekolah
Terdapat tiga fasa yang menjadi instrumen perubahan sekolah ke arah
penambahbaikan sekolah iaitu fasa perancangan (permulaan), fasa pelaksanaan
dan fasa pembudayaan. Di dalam fasa perancangan, ia bermula dari keputusan
untuk melakukan perubahan yang bergantung kepada keperluan, praktikaliti,
kejelasan dan kekompleksitian perubahan itu. Kesediaan guru untuk melakukan
perubahan pada fasa ini sangat penting untuk mengelakan penentangan daripada
guru. Hopkins (1994) menyatakan ada beberapa faktor yang mempengaruhi sama
ada perubahan boleh bermula. Ia termasuk wujudnya akses kepada inovasi yang
ingin dijalankan, tekanan dari luar dan dalam sekolah, kemudahan mendapat
sumber, sokongan pengurusan dan kualiti organisasi itu sendiri. Penyertaan secara
langsung dari pengetua menggambarkan bahawa perubahan itu perlu diberi
perhatian serius oleh para guru.
Fasa kedua ialah pelaksanaan perubaan. Ia melibatkan kemahiran, pemahaman
dan tanggungjawab pihak yang terlibat. Sebagai contoh, pengetua mungkin perlu
meyediakan latihan sewajarnya kepada para guru berhubung dengan perubahan
yang dikehendaki. Perkara utama yang perlu ditekan pada fasa ini ialah
melaksanakan pelan tindakan yang telah dirancang, membina dan mengekalkan
komitmen guru, memeriksa perkembangan dan mengatasi sebarang masalah yang
timbul. Miles (1986) mengenal berkualiti seperti yang dikehendaki oleh syarikatsyarikat luar yang membuat pelaburan.
Perbelanjaan pendidikan di Malaysia terus meningkat setiap tahun sejak merdeka.
Kerajaan membelanjakan 8% hingga 30% dari jumlah keseluruhan perbelanjaan
negara untuk pendidikan. Aliran perbelanjaan pendidikan terus meningkat dan tidak

dikurangkan walaupun negara mengalami kemerosotan ekonomi pada tahun 1998.


Pendidikan berperanan untuk mengimbangi sosio-ekonomi antara kaum,
membekalkan guna tenaga profesional dan separuh profesional serta melahirkan
warganegara yang bertanggungjawab dan bermoral tinggi. Di peringkat sekolah,
banyak program telah dijalankan bagi penambahbaikan sekolah antaranya adalah
PPSMI bagi melahirkan pelajar berkualiti tingi. Pendidikan dapat memberikan faedah
langsung kepada individu dan masyarakat, meningkatkan produktiviti dan
pertumbuhan ekonomi, membasmi buta huruf, meningkatkan pendapatan pekerja
dan pengetahuan rakyat.
Pasti beberapa faktor yang menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan perubahan
seperti masing-masing mempunyai tanggungjawab yang jelas ke arah perubahan,
kawalan bersama terhadap pelaksanaan, gabungan tekanan dan sokongan,
mengekalkan perkembangan staf dan pengiktirafan terhadap kerja guru.
Fasa ketiga ialah pembudayaan atau menginstitusikan perubahan yang dipilih. Ia
menjelaskan sama ada perubahan berlaku secara berterusan atau sebalikna.
Perubahan akan dilihat bukan lagi sebagai sesuatu yang baru tetapi telah menjadi
sebahagian dari sekolah. Namun perkara ini bukan berlaku secara automatik. Bagi
memastikan pembudayaan berlaku, harus ada penekanan bahawa perubahan
berlaku mengikut struktur sekolah, mengelakan persaingan atau pertentangan
amalan dan seterusnya menggalakan cara baru melakukan sesuatu kerja. Ini akan
memastikan perubahan menjadi sesuatu yang kekal dan diterima oleh semua warga
sekolah. Di dalam semua keadaan, pengetua dilihat sebagai agen perubahan,
komited terhadap perubahan dan memainkan peranan aktif di ketiga-tiga fasa, maka
perubahan ke arah penambahbaikan sekolah boleh direalisasikan.
Dari aspek yang lain, perkara terpenting untuk menarik pelaburan asing bukanlah
kerana sesebuah negara itu mempunyai golongan elit atau rakyat terpelajar. Faktor
yang utama ialah golongan pekerja khususnya yang mempunyai tahap literasi yang
tinggi, budaya kerja yang positif dan potensi mendapatkan pengetahuan bagi
membentuk kemahiran-kemahiran baru. Pengaruh ketiga-tiga elemen ini sangat
ketara kerana pekerja yang berupaya menerapkan budaya ilmu dan mahir dalam
bidangnya adalah mereka yang akan menghasilkan produk.

You might also like