Download as rtf, pdf, or txt
Download as rtf, pdf, or txt
You are on page 1of 8

MEMOHON KEBENARAN MENAIKKAN TARAF

SURAU AT-TAQWA TAMAN PULAI UTAMA KE MASJID

KERTAS KERJA

MEMOHON KEBENARAN MENAIKKAN TARAF


SURAU AT-TAQWA TAMAN PULAI UTAMA KE
MASJID

Disediakan Oleh

Jawatankuasa Pentadbiran
Surau at-Taqwa, Taman Pulai Utama
Jalan Persisiran Pulai Utama, Taman Pulai Utama,
81300 Skudai, JOHOR.

4 Ramadan 1432H
4hb Ogos 2011

KANDUNGAN KERTAS KERJA

BIL

TAJUK
1.0
TAMAN PULAI UTAMA

2.0

M/S
SEJARAH PENUBUHAN SURAU AT-TAQWA

OBJEKTIF

3.0

PROFAIL TAMAN PULAI UTAMA


3.1
Maklumat Umum
3.2
Maklumat Sosio Ekonomi
3.3
Kemudahan asas yang terdapat di tempat ini ialah

4.0

MAKLUMAT SURAU SEDIA ADA


4.1
Kedudukan Surau Sedia Ada
4.2
Maklumat Penduduk setempat
4.3
Penambahbaikan dan pembesaran surau

5.0

3
4
4

JAWATANKUASA PENTADBIRAN SURAU AT-TAQWA


TAMAN PULAI UTAMA

6.0

MENAIKTARAF SURAU KE MASJID

7.0

KESIMPULAN

1.0 SEJARAH PENUBUHAN SURAU AT-TAQWA TAMAN PULAI UTAMA


1.1 Pada 25 September 2000, satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Penaja
Badan Kebajikan Islam Taman Pulai Utama telah ditubuhkan dengan tujuan
untuk menjadi suatu badan yang berperanan menjaga hal ehwal kebajikan
penduduk Islam Taman Pulai Utama.
1.2 Antara langkah awal yang dijalankan oleh Jawatankuasa ini ialah mendapatkan
tatacara dan prosidur yang lengkap bagi membina sebuah surau yang
kemudiaannya akan dijadikan masjid di Taman Pulai Utama.
1.3 Pada awal November 2001, ketika ummat Islam sedang bersedia menyambut
kedatangan Ramadhan 1422H, jawatankuasa ini bersama-sama dengan beberapa
penduduk Taman Pulai Utama telah mengambil inisiatif untuk menyewa sebuah
rumah di Jalan Pulai 13 untuk dijadikan surau sementara bagi penduduk Islam
Taman Pulai Utama menjalankan ibadah solat tarawih dan melaksanakan
kewajipan solat berjamaah disamping menjalankan aktiviti-aktiviti setempat
untuk penduduk taman ini.
1.4 Pada 24 November 2001 bersamaan dengan 8 Ramadhan 1422, Jawatankuasa
Penaja Badan kebajikan Taman Pulai Utama telah dibubarkan dan digantikan
dengan Jawatankuasa Pentadbiran Surau Taman Pulai Utama. Jawatankuasa ini
telah dilantik semasa Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Pentadbiran Surau
(Sementara) Taman Pulai Utama yang diadakan pada masa itu di surau
sementara, No. 6, Jalan Pulai 13.
1.5 Pada Jun 2003, pihak tuan rumah memberikan notis untuk mengambil semula
rumah yang disewa sebagai surau untuk didiami oleh beliau. Pihak
Jawatankuasa dan beberapa penduduk Taman Pulai Utama kemudiannya telah
berusaha untuk mendapatkan surau sementara dan akhirnya surau sementara
telah terbina di Tingkat Bawah, Blok D, Rumah Pangsa Taman Pulai Utama,
Jalan Pulai 83.
1.6 Menjelang Ramadhan 1424H atau Oktober 2003 surau sementara tersebut telah
dapat digunakan untuk menjalankan ibadah solat tarawih dan solat berjamaah.

1.7 Pada April 2005, surau yang baru telah dimulakan pembinaannya di tapak masjid
yang telah diwartakan di kawasan Taman Pulai Utama ini.
1.8 Surau ini dinamakan Surau At-Taqwa dan mula digunakan pada September 2005
iaitu ketika bulan Rejab 1426H.
1.9 Pada 24 September 2010 bersamaan dengan 15 Syawal 1431H, Surau At-Taqwa
Taman Pulai Utama telah diisytiharkan diberi kebenaran dan diisytiharkan
tempat solat Jumaat.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Objektif kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran untuk menaikkan taraf
Surau At-Taqwa Taman Pulai Utama ke masjid.
2.2 Naiktaraf surau ke masjid ini juga adalah bertepatan dengan usaha untuk membina
sebuah masjid di tapak sedia ada yang mana seorang penderma telah bersetuju
untuk menyiapkan pembinaan sebuah masjid dengan sebahagian besar kosnya
ditanggung oleh beliau sendiri.
3.0 PROFAIL TAMAN PULAI UTAMA
3.1 Maklumat Umum
3.1.1

Nama Taman

3.1.2
3.1.3
3.1.4
3.1.5

Daerah
Adun
Parlimen
Bilangan Penduduk

:
:
:
:

Taman Pulai Utama, Skudai 81300 Joho


Bahru, Johor Darul Tazim
Johor Bahru
Nusajaya.
Gelang Patah
12,000 orang (5,570 orang Islam)

3.2 Maklumat Sosio Ekonomi :


3.2.1

Penduduk di kawasan ini terdiri dari pelbagai golongan dan pekerjaan.


Pekerjaan utama ialah bekerja sebagai :
3.2.1.1 Kakitangan Awam (Pensyarah, Guru Sekolah dan lain-lain)
3.2.1.2 Kakitangan Sektor Swasta (Pegawai Bank, Pengurus Projek dan
lain-lain)
3.2.1.3 Bekerja Sendiri (Ahli perniagaan, perunding dan sebagainya).

3.3 Kemudahan asas yang terdapat di tempat ini ialah :


3.3.1
3.3.2
3.3.3
3.3.4

Kemudahan jalan raya, elektrik, air dan telefon


Kawasan Permainan Awam
Kompleks Membeli Belah U-Mall
Ruang Perniagaan dan Kedai-kedai

4.0 MAKLUMAT SURAU SEDIA ADA


4.1 Kedudukan Surau Sedia Ada
4.1.1
4.1.2
4.1.3
4.1.4

Tarikh dibina
Tarikh diguna
Muatan
Keluasan

:
:
:
:

1 April 2005
1 September 2005
350 orang.
2750 kaki persegi.
- Ruang Dalam : 1,200 kp
- Ruang Luar : 1,550 kp

4.2 Maklumat Penduduk setempat


4.2.1 Terdapat lebih daripada 680 keluarga Islam dan 87 rumah bujang
mendiami Taman Pulai Utama, Taman Flora, sebahagian Taman
Universiti (Jalan Pertanian) dan Pangsapuri Meranti, Taman Universiti
serta rumah kongsi pemaju. Ini bermakna jumlah penduduk Islam di
Taman Pulai Utama mencecah seramai 5,870 orang termasuk mereka
yang masih belum berkahwin seperti anak bujang dewasa penduduk,
pelajar UTM dan pekerja swasta.
4.2.2

Disamping penduduk yang tinggal tetap dan menyewa terdapat hampir


200 orang lelaki mukallaf yang bekerja di Taman Pulai Utama dan
berhampiran seperti jadual di bawah ini.
Kawasan
Kompleks Membeli Belah U-Mall
Kompleks Membeli Belah Jaya Jusco
Kilang Semi Industri Taman Universiti
Kedai/Restoran di Tmn Pulai Utama
Technovation Park UTM
JUMLAH PEKERJA

Bil / Orang
50
70
50
30
50
250

4.2.3 Bilangan Penduduk Taman Pulai Utama dan taman berdekatan


termasuklah pekerja yang tidak tinggal di kawasan ini
Perkara
Taman Pulai Utama
Taman Universiti
Taman Pulai Flora
Pangsapuri Meranti, TU
Taman Pulai Bayu
Rumah Kongsi Pemaju
Pekerja yang tidak tinggal di kawasan ini
(rujuk jadual pada para 4.2.2)

Bilangan / Or
3,800
850
700
300
50
200
250

Jumlah Penduduk Islam

6,150

Lelaki Mukallaf
Wanita Mukallaf

1,150
1,050

Penduduk Bukan Muslim (TPU)

5,500

4.3 Penambahbaikan dan pembesaran surau


4.3.1 Sejak surau ini diisytiharkan diberi kebenatran dan diisytiharkan
tempat solat Jumaat, surau ini telah mengalami proses
pembesaran dan penambahbaikan bagi menampung jemaah yang
semakin ramai khususnya ketika solat Jumaat
5.0 JAWATANKUASA PENTADBIRAN SURAU AT-TAQWA
5.1 Jawatankuasa Surau At-Taqwa untuk sesi 2011 2013 yang telah diluluskan adalah
seperti berikut :
BIL

NAMA

JAWATAN

1.
2.

Pengerusi
Timbalan Pengerusi

4.
5.
6.

PM Dr. Tholudin bin Mat Lazim (15, Pulai 17)


Hj Mohd Mohshin bin Hj Jamiran (10, Pulai
71)
En. Abdul Hafidz bin Muhamad Sharif (3,
Pulai 65)
Hj Rosli bin Kamaruddin (26, Pulai 18)
Hj Musa bin Abdul Wahab (16, Pulai 31)
En. Zulfakar bin Aspar (57, Pulai 30)

7.
8.

Ustaz Mansor bin Jusoh (9, Pulai 67)


Prof. Dr. Musa bin Mailah (23, Pulai 60)

9.

En. Shahrudin bin Mohamed (A02-07, Pulai

3.

Setiausaha
Bendahari
Penolong Setiausaha
Biro Pembangunan dan
Ekonomi
Biro Pendidikan & Dakwah
Biro Kebajikan, Sosial &
Kebudayaan
Biro Kebersihan & Keceriaan

83/3)

BIL

NAMA

JAWATAN

10.

Ustaz Abdul Ghani bin Jalil (44, Pulai 79)

11.

Prof. Dr Zulkifli bin Yusop (22, Pulai 35)

12.

15.

Hjh Ramlah Abdul Rahim @ Nailah (15, Pulai


17)
Dr. Hishamuddin bin Alham (24, Pulai 17)
En. Saat bin Masran (D01-02, Blok D, Pulai
83/3)
En. Haris Fadzillah bin Samin

Biro Pengimarahan
Masjid/Surau
Biro Penerbitan & Teknologi
Maklumat
Biro Hal Ehwal Wanita

16.
17.

PM Dr. Sarifuddin bin Saad (4, Pulai 74)


Prof. Dr. Mahmood bin Md Tahir

13.
14.

6.0

Biro Rakan Muda


Biro Keselamatan &
Sukarelawan
Biro Pengurusan Aset &
Prasarana Masjid/Surau
Pemeriksa Kira-kira 1
Pemeriksa Kira-kira 2

5.2

Jawatankuasa Surau At-Taqwa bermesyuarat sebulan sekali bagi


membincangkan aktiviti-aktiviti dan isu-isu yang berkaitan dengan Surau AtTaqwa dan ia akan diteruskan setelah surau ini dinaiktaraf ke masjid. Ahli
kariah yang ingin memberikan pandangan dan buah fikiran juga dialu-alukan
untuk diambil kira pandangan mereka.

5.3

Sumber kewangan yang utama sekarang ialah daripada kutipan Jumaat.


Disamping itu, sumbangan ahli kariah juga amat menggalakkan terutamanya
apabila sesuatu program dijalankan seperti Program Maulidur Rasul, Program
Korban dan aktiviti-aktiviti Ramadan.

MENAIKTARAF SURAU KE MASJID


6.1

Bagi tujuan permohonan menaikkan taraf surau ke masjid, bersama-sama ini


disertakan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk pertimbangan pihak Jabatan
Agama Johor :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.

Pelan tanah dan status tanah yang telah diwartakan.


Banci bilangan penduduk Islam yang layak solat Jumaat.
Cabutan minit mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Surau At-Taqwa
mengenai persetujuan menaikkan taraf surau ke masjid.
Pelan bangunan sedia ada.
Pelan kedudukan tapak surau.
Maklumat kemudahan awam yang disediakan di surau.
Sokongan ahli jawatankuasa masjid yang berhampiran.
Jarak diantara surau dengan masjid yang berhampiran.
Sokongan wakil rakyat, penghulu dan ketua kampung.
Senarai ahli jawatankuasa surau sedia ada.
Senarai imam, bilal dan noja sedia ada.

7.0

KESIMPULAN

Pihak Jabatan Agama Johor dimohon untuk mempertimbangkan dan memperakukan


permohonan kebenaran menaikkan taraf Surau At-Taqwa Taman Pulai Utama ke masjid.

You might also like