BIDANG TUGAS GURU PENASIHAT KELAB / PERSATUAN DAN PASUKAN BERUNIFORM
1. Memikir dan mencari idea-idea untuk memaju dan mempertingkatkan kelab/persatuan.
2. Membentuk Jawatankuasa Pelajar bagi kelab/persatuan yang berkenaan. 3. Memberi latihan yang betul tentang perlaksanaan mesyuarat 4. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan. 5. Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat. 6. Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah. 7. Memastikan jawatankuasa yang terpilih menjalankan tugas dengan baik dan sempurna. 8. Memastikan perjalanan kelab/persatuan tidak menyeleweng atau menyalahi perlembagaan atau peraturan sekolah. 9. Memastikan keselamatan alatan atau barangan kelab/persatuan dan menjaga disiplin dan keselamatan Ahli Jawatankuasa. 10. Mengiringi rombongan yang dikelolakan oleh kelab/persatuan dan menjaga disiplin dan keselamatan Ahli Jawatankuasa. 11. Memastikan semua surat-menyurat daripada kelab/persatuan kepada pihak luar hendaklah dibuat melalui Pengetua. Guru juga hendaklah memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan sekiranya surat-surat daripada pihak luar yang dikirimkan tidak melalui Pengetua sebelum sesuatu tindakan diambil.