Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SKRIP PENGAWAS BERTUGAS PERHIMPUNAN PAGI ISNIN

1.
Yang berusaha , Encik Noor Azman bin Zainal Abidin, Tuan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Silibin. Yang dihormati, Encik Abdul Rasid bin Mohamad Hasan, Penolong Kanan
Pentadbiran. Yang dihormati, Puan Mas Rurah bt Ahmad Kadin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Yang dihormati, Puan Maznah bt Mohd Salleh, Penolong Kanan Kokurikulum. Yang dikasihi, guruguru dan rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan Selamat sejahtera saya ucapkan.
Bagi memulakan majlis perhimpunan kita pada pagi ini, dijemput untuk membaca doa.
(Bacaan doa)
Terima kasih diucapkan kepada . atas bacaan doa tadi.
2.
Seterusnya, kita akan nyanyikan tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak
dan Lagu Sekolah. Diminta semua murid berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersamasama dengan iringan muzik.
(Nyanyian lagu)
3.

Seterusnya bacaan ikrar. Dijemput . untuk mengetuai bacaan ikrar.

(Bacaan ikrar)
Terima kasih diucapkan kepada . atas bacaan ikrar tadi.
4.
Dengan segala hormatnya dijemput Encik/Puan .. Guru Bertugas pada minggu ini
untuk menyampaikan ucapan dan pengumuman.
(Ucapan Guru Bertugas)
Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan atas ucapan dan nasihat yang telah
disampaikan.
5.
Dengan segala hormatnya dijemput Encik/Puan .. Guru Disiplin untuk menyampaikan
ucapan dan nasihat.
(Ucapan Guru Disiplin)
Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan atas ucapan dan nasihat yang telah
disampaikan.
6A.
Seterusnya, majlis dengan segala hormat menjemput Yang Berusaha Encik Noor Azman
bin Zainal Abidin, Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Silibin untuk menyampaikan ucapan dan
nasihat.
6B.
Seterusnya, majlis dengan segala hormat menjemput Yang dihormati Encik Abdul Rasid
bin Mohamad Hasan, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Silibin untuk
menyampaikan ucapan dan nasihat.
6C.
Seterusnya, majlis dengan segala hormat menjemput Yang dihormati Puan Mas Rurah bt
Ahmad Kadin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Silibin untuk
menyampaikan ucapan dan nasihat.

6D.
Seterusnya, majlis dengan segala hormat menjemput Yang dihormati Puan Maznah bt
Mohd Salleh, Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Silibin untuk menyampaikan
ucapan dan nasihat.
(Ucapan Pentadbir)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar/Penolong Kanan Pentadbiran/Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid/Penolong Kanan Kokurikulum atas ucapan dan nasihat yang telah
disampaikan. Dengan ucapan tadi, maka berakhirlah perhimpunan kita pada pagi ini. Saya
menyerahkan majlis ini kepada Encik/Puan. Guru Bertugas pada minggu ini. Sekian terima
kasih.

You might also like