Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SJK(T) LADANG KATI, 33500 SAUK, PERAK

TEL SEK : 05-7512486


FAX SEK : 05-7512486

ABD 4112

KOMUNITI BERILMU
PERAK TERBILANG
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KETIGA
TARIKH : 22 JUN 2010
HARI
:SELASA
MASA : 3.00 4.00 PTG
TEMPAT : BILIK GURU
KEHADIRAN : 9 orang.
KEHADIRAN :
Bil:

NAMA GURU

JAWATAN

1.

Pn.M.Kogilavanee

Guru Besar

2.

Cik.Thanaletchumi

Penolong Kanan

3.

Pn.T.Vijaya Letchumi

4.

En.K.Thanabalan

5.

En.K.Paramasivam

6.

Cik.Santhanadevi

7.

En.S.Durairaj

8.

Cik.Eeswary

9.

Cik S.Logambal

10. Cik.M.Logambal

Hal Ehwal Murid(HEM)


Guru Ko-kurikulum
Panitia Sains
Guru Kelas Progresif
Guru PPSMI
Panitia Bahasa Inggeris
Guru Akademik
Guru Akademik

Nama tidak hadir:Bil.

Nama Guru

Jawatan

Tiada
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1

Puan Guru Besar mengalu-alukan kedatangan para guru kerana sudi meluangkan masa ke
mesyuarat Panitia Sains yang kedua ini..
Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang
hadir untuk mesyuarat pada kali ini..

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.


2.1 Guru Panitia Sains mengalukan-alukan kedatangan semua guru untuk mesyuarat kali
kedua bagi tahun 2011. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru
yang berkerjasama membantu melaksanakan program-program yang dirangka oleh panitia
Sains.
2.2 Minit mesyuarat tersebut diterima dengan sebulat suara tanpa sebarang bantahan.
Dicadang oleh
Diterima oleh

: En. K. Thanabalan
: En.S.Durai raj

3.PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
3.1 ANALISIS KESELURUHAN BULANAN MAC(2011)
-

Secara keseluruhannya, pencapaian dalam mata pelajaran Sains adalah tidak begitu
memuaskan dan pencapaian murid-murid juga telah merosot. Kemorosatan muridmurid tahun 6 iaitu murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun
ini adalah tidak begitu baik. Oleh itu, perubahan drastik perlu bagi memastikan
peningkatan peratusan pemacapaian maju.

TAHUN 1:
- Secara keseluruhannya, peratusan pencapaian murid-murid tahun 1 adalah amat
membanggakan kerana semua murid telah dapat lulus dalam mata pelajaran Sains. Di
antara 5 orang murid, semua murid telah mencapai tahap cemerlang. Walaupun muridmurid baru sahaja menduduki peperiksaan pertama kali, namun mereka telah dapat
mencapai keputusan yang baik. Kelebihan murid-murid ini dalam mata pelajaran ini
ialah dapat membaca soalan, menulis jawapan kepada semua soalan yang dikemukakan
serta mempunyai sedikit pengetahuan asas mengenai ilmu Sains. Namun, terdapat juga
beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti dalam kalangan murid-murid tahun 1 ini.
Di antaranya ialah kesukaran memahami kehendak soalan kerana soalan ditanya dalam
Bahasa Inggeris dan murid-murid tidak memahami maksud soalan-soalan. Di samping
itu, murid-murid juga tidak memahami beberapa istilah dalam Sains. Oleh itu, beberapa
langkah perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah-masalah ini. Langkah-laangkah

yang boleh diambil ialah memberi latih tubi, menggalakkan murid-murid menghafal
istilah-istilah dan yang lebih pentingnya ialah membimbing murid-murid secara
individu supaya meningkatkan keberkesanan kefahaman mereka.
TAHUN 2:
-Di tahun 2 pula ialah, daripada 10 orang murid, 10 orang murid telah lulus. Diantara
10 orang murid ini kesemua muridnya dapat mencapai markah yang memuaskan
Murid-murid pemulihan ini masih dalam proses pemulihan dan markah yang dicapai
oleh mereka juga meningkat. Di antara kelebihan-kelebihan yang terdapat pada muridmurid arus perdana ini ialah, mereka berupaya menjawab semua soalan, menulis jawan
bagi semua soalan dan membaca soalan. Akan tetapi ,terdapat juga beberapa kelemahan
yang menjadi batu penghalang bagi murid-murid ini mencapai pencapaian yang
memberangsangkan. Murid-murid ini kurang jelas dalam pemahaman kehendak
soalan, tidak memahami istilah-istilah Sains, dan jawapan yang ditulis juga adalah
tidak lengkap atau tidak betul. Di samping itu, ketandusan dalam Bahasa Inggeris juga
menjadi faktor penyebab menyebabkan penurunan pencapaian dalam mata pelajaran
Sains. Sebagai langkah penyelesaian kepada masalah-masalah ini, beberapa langkah
boleh digariskan seperti menggalakkan murid-murid menghafal istilah-istilah Sains,
membuat latih tubi yang banyak dan guru juga boleh membimbing murid-murid secara
individu supaya dapat mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh muridmurid dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah-masalah ini.

TAHUN 3
-DI tahun 3 pula ialah, daripada 8 orang hanya seorang murid sahaja yang telah gagal
dalam mata pelajaran Sains iaitu Mugilan. Manakala 7 orang murid telah lulus dalam
mata pelajaran Sains dalam peperiksaan bulanan pada kali ini. Terdapat 3 orang murid
telah mencapai tahap A serta 2 orang murid dalam tahap B dan 2 orang dalam tahap C.
Terdapat beberapa kelebihan yang telah dikenalpasti dalam kalangan murid-murid.
Murid-murid ini mempunyai keupayaan membaca semua soalan dan menjawab semua
soalan yang ditanya. Namun terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti
ialah murid-murid ini kurang jelas dalam pemahaman kehendak soalan- soalan yang
dikemukakan, tidak dapat menulis jawapan yang sesuai, jawapan yang ditulis adalah
salah ataupun tidak lengkap. Oleh itu, bagi memastikan masalah-masalah ini tidak
berulang , pelbagai langkah boleh diambil. Di antaranya ialah mewajibkan murid-murid
menghafal istilah-istilah yang terdapat dalam Sains, memberikan latih tubi yang
pelbagai dan banyak supaya murid-murid dapat memahami soalan daripada pelbagai
aras. Di samping itu, guru juga boleh membimbing murid-murid secara individu bagi
mengenalpasti dan mancari jalan penyelesaian bagi masalah-masalah yang dihadapi
oleh murid-murid.
TAHUN 4:
-Tahun 4 mempunyai murid seramai 5 orang. Murid-murid dalam tahun 4 ini masih baru bagi
bahagian A dan bahagian B . Tetapi murid-murid ini masih dapat menjawab soalan dengan
tepat .Murid-murid ini mempunyai beberapa kelebihan yang boleh dikatakan
seperti dapat menjawab semua soalan dan dapat menulis jawapan bagi semua soalan
yang dikemukakan. Namun terdapat beberapa kelemahan yang boleh dikenalpati
pada murid-murid ini. Antaranya ialah tidak memahami kehendak soalan, tidak
memahami istilah-istilah Sains, dan jawapan-jawapan yang ditulis adalah tidak

lengkap atau tidak jelas. Terutamannya dalam bahagian B, murid-murid tidak menulis
jawapan yang lengkap bagi eksperimen-eksperimen serta tidak dapat menjawab
soalan yang berbentuk KBKK. Bagi mengatasi masalah-masalah ini, pelbagai
langkah perlu diambil. Antaranya ialah mewajipkan murid-murid menghafal istilahistilah Sains, memberi latih tubi yang berfokus seperti memberi focus kepada tajuktajuk yang murid-murid menghadapi masalah serta bimbingan murid-murid secara
individu oleh guru mata pelajaran supaya dapat mengenalpasti masalah-masalah yang
dihadapi oleh murid-murid dan mencari jalan peneyelesaian yang terbaik bagi
masalah-masalah tersebut.
TAHUN 5:
-Secara keseluruhannya, pencapaian murid-murid tahun 5 dalam peperiksaan bulanan mac
di mata pelajaran Sains adalah di tahap yang baik. Seramai 8 orang murid dalam tahun 5
telah menduduki peperiksaan pada kali ini. Namun 3 orang murid telah dalam mata
pelajaran ini lulus. 5 orang telah gagal. Jika dilihat dari segi kelebihan murid-murid ini,
murid-murid ini memang mempunyai keupayaan untuk menjawab semua soalan yang
telah dikemukakan, menulis jawapan bagi hampir semua soalan dan dapat memahami
soalan-soalan dalam bahagian B. Namun terdapat beberapa kelemahan yang telah
ditonjolkan oleh murid-murid ini. Antaranya ialah, tidak dapat memahami soalan-soalan
soalan yang berbentuk KBKK, terutamanya di bahagian B, tidak jelas dalam
istilah-istilah Sains , jawapan yang ditulis juga tidak lengkap serta tidak tepat mengikut
kehendak eksperimen yang ditujukan dalam soalan. Oleh itu, pelbagai langkah perlu
diambil bagi memastikan murid-murid dapat mengatasi masalah-masalah ini. Langkahlangkah yang boleh diambil ialah seperti mewajibkan murid-murid menghafal istilahistilah Sains, memberi latih tubi yang berfokus, memberi pelbagai jenis eksperimen
yang menguji daya dan tahap sebenar keupayaan murid-murid bagi mengasah kefahaman
mereka dalam pelajaran Sains. Guru juga boleh membimbing murid-murid secara
individu supaya masalah mereka dapat dikenalpasti dan jalan penyelesaian juga akan
menyusul.
TAHUN 6:
-Murid-murid tahun 6 adalah seramai 8 orang murid dan salah seorang murid baru sahaja
Dari segi pencapaian 4 orang murid dapat skor B , seorang mendapt C dan 3 orang mendapat
D.Keputusan ini adalah amat mengecewakan kerana tidak mencapai target yang tealh
ditetapkan olehpihak sekolah. Murid-murid tidak mencapai sasaran yang ditetapkan dan
manghadapi banyak masalah. Jika dilihat dari segi kelebihan, murid-murid mampu mambaca
soalan yang dikemukakan, dan menulis jawapan. Namun terdapat juga banyak kelemahan
yang perlu dibaiki bagi memastikan pencapain murid-murid dalam peperiksaan UPSR adalah
mencapai target yang ditetapkan. Kelemahan yang ketara yang boleh dilihat pada muridmurid ini adalah dalam bahagian B iaitu eksperimen. Eksperimen memerlukan proses
yang pelbagai. Ia juga mempunyai soalan berbentuk KBKK, yang banyak mengelirukan
murid-murid. Murid-murid tahun 6 telah menunjukkan kelemahan yang ketara dalam
bahagian ini. Di samping itu, istilah-istilah dalam Sains juga banyak telah tidak diketahui
oleh murid-murid. Oleh itu, langkah yang segera perlu diambil supaya pencapaian
murid-murid dapat dipertingkatkan. Antara langkah-langkah yang boleh diambi ialah
seperti memberi latih tubi yang terancang, membimbing murid-murid secara individu,
memberi latihan yang berfokus, mewajibkan murid-murid menghafal istilah-istilah
Sains dan memberi modul-modul peperiksaan berupa peperiksaan UPSR sebenar serta
berbincang dengan guru mata pelajaran, ibu bapa dan murid bagi mengenalpasti

masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid serta mencari jalan penyelesaian


yang terbaik bagi membendung masalah mereka.

4.SAINS FAIR
Sampena SAINS FAIR ahli jawatankuasa Panitia Sains telah mencadang dan merancang
beberapa tindakan bagi menjayakan program ini..Dalam perbincangan ini ahli-ahli Panitia
Sains turut menubuhkan jawatankuasa untuk mengagihkan tugasan dan juga membincang
tentang perbelanjaan yang berkaitan program ini.Antara program program yang dirancang
adalah :
Buku rekod
Demo habitat alam sekitar
Buku aktiviti
Jawatankuasa yang ditubukan untuk menjalankan program-program ini adalah seperti
berikut:

Penasihat: Pn.M.Kogilavanee (Guru Besar)


Pengerusi: Cik.Thanaletchumy
Setiausaha: Cik.M.Santhana
Bendahari : Cik Santhini
Ahli Jawatankuasa:

En.S.Durairaj
En.K.Paramasivam
Cik.Uzahananthini
Pn.Vijayaletchumi

En.K.Thanabalan

Kertas Kerja Sempena Sains Fair


Anggaran perbelanjaan:
1) Bahan eksperimen
2)Peralatan bagi aktiviti
JUMLAH:

RM 30.00
RM 25.00
_________
_RM55.00

5.BAHAN KIMIA BARU


Demi kepentingan pembelajaran dan pengajaran Guru Besar Pn.M.Kogilavanee telah
membeli beberapa bahan bahan kimia atas cadangan guru panitia sains.Bahan bahan ini
amat diperlukan bagi menjalan sesuatu eksperimen .Walaupun bahan bahan kimia ini mahal
dan tidak mudah didapati tetapi guru besar masih membeli bahan tersebut dengan
mempertimbangkan kehendak guru matapelajaran.Antara bahan kimia yang dibeli adalah
I.
Sodium hydroxide
1 botol
II.
Iodine
1 botol
III.
Phosporus phosphate
1 botol
UCAPAN TERIMA KASIH
4.1 Ketua Panitia Sains mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Guru Besar dan para
guru kerana sudi meluangkan masa untuk mesyuarat ini.
4.2 Beliau juga memitnta jasa baik para guru untuk berganding bahu melaksanakan programprogram yang dirangka oleh jawatankuasa Sains.
4.3 Para hadirin diminta menjamu selera.
-

makluman untuk semua guru.

Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 4.00 ptg.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang menjalankan tugas,

(PARAMASIVAM A/L KANDASAMY


Ketua Panitia Sains
SJK(T) Ladang Kati, Sauk

Disahkan oleh,

.....
(PN. M. KOGILAVANEE)
Guru Besar,
SJK(T) Ladang Kati, Sauk

You might also like