GEO PH Ekologi Tasik

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tarikh : 09.07.

2014

Hari : Rabu
Geografi Alam Sekitar Fizikal
Tingkatan 6 Atas 2
Tajuk : Sistem Ekologi Tasik

Objektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran semua pelajar dapat :


1. Mengenalpasti komponen utama Sistem ekologi tasik.
2. Memastikan draf laporan kajian mematuhi foramt yang ditetapkan.
3. Mengetahui cara-cara melukis peta lakar serta format yang perlu
dipatuhi.
Isi Pelajaran : Draf Laporan Kajian ( Individu )
Aktiviti :

1. Membuat draf laporan kajian


2. Menyemak format dan hasil dapatan yang dimasukan kedalam
draf laporan kajian lapangan.
3. Melukis semula / mengemaskini peta lakar untuk disertakan
dalam laporan.

Nilai :

Rajin dan bekerjasama

KBKK:

Pelajar dapat membuat draf laporan dengan berpandukan format


yang telah diberikan.

Refleksi :

Berdasarkan kepada maklumat di dalam petikan di bawah , sediakan sebuah carta pai
bertingkat bagi menunjukkan nilai eksport Malaysia mengikut jenis dan juga rakan
dagang Malaysia pada tahun 2007.
Pendapatan keseluruhan eksport Malaysia pada tahun 2007 berjumlah RM41 036 juta.
Jenis-jenis bahan eksport dikategorikan kepada enam jenis barangan eksport utama dan
barangan lain.
Barang-barang eksport yang terdiri daripada alat-alat jentera pengangkutan dan
perhubungan merupakan jumlah pendapatan eksport utama negara, iaitu menyumbang sebanyak
RM10,669.36 juta atau 26% daripada jumlah eksport. Sumbangan pendapatan eksport yang
kedua banyak ialah barang-barang bahan mentah yang tidak boleh dimakan seperti getah dan
kayu balak, menyumbang sebanyak 23% daripada nilai eksport. Manakala barangan eksport
yang ketiga banyak ialah bahanapi yang terdiri daripada petroleum dan gas asli,
menyumbangkan sebanyak RM8,207.20 juta daripada jumlah hasil eksport. Ketiga-tiga
barangan ini telah menyumbangkan hampir 69% daripada keseluruhan eksport Malaysia pada
tahun 2007.
Sementara itu, eksport minyak binatang, sayur-sayuran, lemak dan barangan
perkilangan perantaraan masing-masing menyumbangkan sebanyak 9%. Ini diikuti pula oleh
eksport makanan, minuman dan tembakau sebanyak 6% dan bakinya adalah sumbangan
daripada barang-barang lain.
Negara-negara pengimport bagi barangan keluaran Malaysia pada tahun 2007
merupakan rakan dagang Malaysia ,Jepun, Singapura dan Amerika Syarikar adalah di antara
negara-negara pengimport yang terpenting bagi barangan keluaran Malaysia .
Daripada keseluruhan rakan dagang Malaysia , negara Jepun adalah pengimport utama,
iaitu 20% keluaran eksport pada tahun 2007 diimport oleh negara Jepun. Ini diikuti oleh negara
Singapura sebanyak 18% dan Amerika Syarikat sebanyak 17%.
Sementara itu, eksport Malaysia ke negara Jerman dan Belanda ; dan negara-negara lain
E.C. masing-masing 7%. Manakala Korea Selatan merupakan pengimport barangan keluaran
Malaysia sebanyak 5% .Bagi negara-negara ASEAN pula jumlah import keseluruhan hanya
menyumbangkan 6% sahaja dan bakinya ialah pengimport dari negara-negara lain.
Pada keseluruhannya barangan eksport Malaysia masih banyak lagi bergantung kepada
bahanapi dan bahan mentah hasil pertanian pada tahun 2007. Manakala hasil eksport Malaysia
pula masih lagi tertumpu kepada pasaran di beberapa buah negara seperti Jepun, Singapura dan
Amrika Syarikat. Malaysia perlu memperluaskan pasaran eksportnya ke negara-negara lain
pada masa akan datang.
(Sumber:Disesuaikan daripada
Laporan Ekonomi
2008/2009,Kementerian
Kewangan Malaysia )

JUMLAH EKSPORT DAN HALUAN EKSPORT MALAYSIA TAHUN 2007


Jenis Barangan
1. Alat jentera pengangkutan dan
perhubungan
2. Barang-barang mentah tidak boleh
dimakan
3. Bahanapi
4. Minyak binatang, sayur-sayuran dan
lemak
5. Barang perkilangan perantaraan
6. Makanan, minuman dan tembakau
7. Lain-lain
Jumlah
Negara pengimport
1. Jepun
2. Singapura
3. Amerika Syarikat
4. Jerman
5. Lain-lain negara EC
6. Lain-lain negara ASEAN
7. Korea Selatan
8. Negara-negara lain.
Jumlah

Peratus
26

Sudut
93.6

23

82.8

20
9

72.0
32.4

9
6
7
100

32.4
21.6
25.2
360

20
18
17
7
7
6
5
20
100

2.0
1.8
1.7
0.7
0.7
0.6
0.5
2.0
10cm

You might also like