Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Skop : Agama dan Kepercayaan

1.
Amalan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan dalam Ideologi Negara bertujuan untuk
mewujudkan bangsa dan negara yang berdaulat berasaskan kepercayaan kepada Tuhan. Justeru,
kerajaan mengambil pelbagai pendekatan dan langkah untuk memelihara keharmonian antara
agama. Bincangkan.
Skop : Ekonomi
1.
Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia turut dirasai oleh Malaysia. Oleh itu, kerajaan dan
rakyat perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengurangkan kesan yang mungkin
timbul daripada keadaan ini. Huraikan. ( P2/STPM 2013 )
2.

Perdagangan dalam talian memainkan peranan penting dalam memajukan bidang ekonomi
negara, namun demikian kita terpaksa bersedia untuk menerima pelbagai implikasi negatif yang
timbul. Bincangkan.

3.

Kerajaan telah memperkenalkan Model Baru Ekonomi ( MEB ) untuk memacu Malaysia
menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Untuk mencapai aspirasi ini,
negara perlulah mempunyai ciri-ciri ekonomi yang selari dengan hasrat Model Baru Ekonomi.
Bincangkan.

4.

Industri Kecil dan Sederhana memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Pada
masa yang sama, sektor ekonomi ini turut menghadapi pelbagai rintangan. Ulaskan.

5.

Inflasi merupakan fenomena ekonomi yang sering menghimpit kesejahteraan hidup rakyat.
Justeru, rakyat dan kerajaan terpaksa mengambil pelbagai tindakan untuk menghadapinya.
Bincangkan.

6.

Kerajaan melakukan pelbagai cara untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan


ketidakseimbangan pendapatan serta kekayaan negara walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
Ulaskan.
Skop : Politik
1.
Hak-hak asasi rakyat telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Tidak semua
peruntukan hak asasi di peringkat global sesuai untuk diiktiraf oleh rakyat negara ini. Bincangkan.
2.

Kerajaan senantiasa berusaha untuk meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
rakyat. Bincangkan.
Skop : Sosial dan Budaya
1.
Cabaran Ketujuh dalam Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat penyayang dan
budaya penyayang. Jelaskan keadaan yang mencetuskan hasrat kerajaan untuk membentuk
masyarakat penyayang dan budaya penyayang. ( UP2/STPM 2013 )
2.

Golongan gelandangan yang membanjiri bandar-bandar utama di negara ini semakin


meningkat. Usaha tertentu perlu dilakukan bagi menangani gejala tersebut. Ulaskan. ( UP2/STPM
2013 )
3.
Sistem pendidikan kita merupakan tunjang pembangunan negara. Oleh itu, Malaysia perlu
melaksanakan transformasi terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan
pencapaian semua murid. Bincangkan.

4.

Budaya kebangsaan perlu dikekalkan kerana ia merupakan identiti negara. Justeru kita tidak
boleh membiarkan budaya kebangsaan terhakis oleh pengaruh globalisasi. Ulaskan.

5.

Mewujudkan komuniti yang selamat merupakan tanggungjawab kerajaan dan rakyat.


Bincangkan.

6.

Meningkatkan keupayaan pengetahuan, budaya inovasi, dan memupuk Minda Kelas Pertama
penting dalam usaha membawa negara ke arah kemajuan. Jelaskan.

7.

Pembangunan sosioekonomi secara inklusif tidak mengabaikan kaum wanita kerana


menyedari kepentingan sumbangan mereka. Justeru banyak inisiatif diambil oleh pihak kerajaan
untuk memastikan golongan wanita terus menjadi penyumbang utama kepada sosioekonomi
negara. Jelaskan.

8.

Pembangunan modal insan bertaraf dunia di Malaysia memerlukan usaha yang komprehensif
dan bersepadu daripada sektor awam dan swasta. Bincangkan.
Skop : Ekologi
1.
Aset alam sekitar dan sumber ekologi negara perlu diurus secara mampan supaya
pembangunan masa kini tidak menjejaskan keperluan generasi akan datang. Bincangkan.
2.
3.

Malaysia bertuah memiliki sumber biodiversiti namun menghadapi pelbagai cabaran dalam
usaha memelihara dan memanfaatkan sumber tersebut. Bincangkan.
Pemanasan global. Bincangkan punca-punca dan kesan-kesannya terhadap negara.

Skop : Prasarana
1.
Sebuah negara maju berpendapatan tinggi memerlukan infrastruktur bertaraf dunia untuk
menyokong aktiviti ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Bincangkan.
Skop : Sains dan Teknologi
1.
Mengurus sumber dan bekalan air amat penting dalam proses penyediaan kemudahan awam
kepada rakyat walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Ulaskan.
2.

Tenaga boleh diperbaharui berpotensi untuk dimajukan di Malaysia, walaupun terpaksa


menempuh pelbagai rintangan. Bincangkan.

3.

Malaysia memajukan teknologi hijau kerana menyedari pelbagai manfaatnya kepada negara.
Ulaskan.

You might also like