Permainan Tradisional Di Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Jenis-jenis Permainan Tradisional Yang Terdapat Dalam Masyarakat Berbilang Kaum

Di Malaysia

Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di
waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau
berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai
berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan.
Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai
buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Wau

Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh
penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan
dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari,
wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau
barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan
larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain
dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding

Gasing

Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai
jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing
berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar
dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Sepak Raga

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini
dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang
sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja
tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah
rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Congkak

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita
dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini

adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya
dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu
kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak
mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan
congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

Guli

Permainan guli, yang juga dinamakan sebagai Kelereng, merupakan permainan tradisional melayu
yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimain oleh kanak-kanak lelaki
yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang teduh. Guli
juga, biasanya, dimain pada musim panas atau kemarau. Ini kerana pemain mengharapkan tanah kering
untuk lubang yang akan digali. Apabila tanah becak, permainan guli tidak seronok kerana buah guli akan
menjadi lenget.

Konda-kondi

Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan
pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk
mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang.

Mahjong

Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China.
Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung
kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia,
mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.

Go

Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wiq di
dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undangundang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.

Xiang Qi

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain.
Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu
ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas

Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri
yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti raja
dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta sungai dan istana yang mengehadkan
pergerakan sesetengah buah catur.

Yo-yo Cina

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang
dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua
batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.
Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas
Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk
aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan
dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.

Kho-kho

Kho-kho merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India.
Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda.
Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada
satu permainan Lari dan kejar di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain
lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk
megelak peserta-peserta lain.

Chaturanga

Permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan
dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak
lawan (kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi
bidak lain mengalami perubahan bentuk.

Kabadi

Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini
sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah
permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di
India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan dan
juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British.

You might also like