Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

SCE 3113 Sem.

6 2014 (Penilaian dalam Pengajaran Sains)

Pengenalan : Ujian, Pengukuran, Pentaksiran & Penilaian


Nota 1
1. Pentaksiran

Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru
tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka.
Dalam Kurikulum Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998) pentaksiran ialah
proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian
pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.
Menurut noraini idris (2008), pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan
menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat
memperbaiki proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara
berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang
kepada pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang
dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat
sesuai digunakan untuk mentaksir kemahiran pelajar.
Menurutnya lagi, pentaksiran sebagai pembelajaran menggalakkan seseorang guru
menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses
pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan untuk memperbaiki pelajar.
Contohnya dalam kelas Matematik, guru boleh menapis dan membuat klasifikasi
pelajar tentang tahap kebolehan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Pelajar menjalankan aktiviti, dan sebagai guru, kita menilai pada masa
tersebut.
Pentaksiran pembelajaran biasanya diadakan selepas suatu jangka masa tertentu,
misalnya selepas lapan minggu sesuatu kursus dijalankan. Tujuan pentaksiran ini adalah
untuk melihat sejauh mana objektif kursus telah tercapai, dan sejauh mana
pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh oleh pelajar pada akhir sesuatu
program.

2. Pengujian

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan
skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti
angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan
80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala
contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti,
atau rabun warna bagi ujian penglihatan.
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang
dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam
Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:
1

SCE 3113 Sem. 6 2014 (Penilaian dalam Pengajaran Sains)

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan
oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang
diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau
pengadilan. (Raminah 1991:2)
Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang
disebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian
menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji.
Secara ringkas Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik bagi mengukur
perubahan tingkah laku. Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu
pembelajaran. Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis.

3. Pengukuran

Menurut Dudi Indrajit (2007), Pengukuran adalah membandingkan nilai besaran yang
diukur dengan besaran sejenis yang ditetapkan sebagai satuan.
Menurut noraini idris dan azis nik pa (2008), pengukuran merupakan landasan bagi
definisi operasi pengukuran. Secara kasar, istilah pengukuran merujuk proses memberi
penjelasan berangka kepada atribut bagi suatu benda, perkara, keadaan, orang,
atau peristiwa mengikut peraturan tertentu. Dalam penyelidikan, hasil pengukuran
adalah satu himpunan pemerhatian yang akan digunakan sebagai data kajian.

4. Penilaian

Penilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara,
Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of
delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision
alternatives. Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan
pengukuran.
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap
sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada
sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi
membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat
berhubung pengajaran dan pembelajaran.
Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan
mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan
ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar
melalui ujian yang dijalankan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa
sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan
pertimbangan nilai semata-mata.
Secara ringkasnya Penilaian merupakan satu proses membuat pertimbangan dalam
mentafsir hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian
murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.
2

SCE 3113 Sem. 6 2014 (Penilaian dalam Pengajaran Sains)


Nota 2
Pendahuluan
Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan
peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan
dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagaibagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan
dan pencapaian pelajar.
Matlamat sistem pendidikan adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat dan
Negara ke arah melahirkan insan yang seimbang, berketerampilan, berakhlak mulia
dan berilmu. Atas dasar inilah sistem pendidikan menetapkan satu standard atau
benchmark yang menetapkan satu sistem yang dapat diguna pakai dan diaplikasikan
dengan jayanya dalam sistem pendidikan negara (Mak Soon Sang:1988).
Ujian atau sistem peperiksaan adalah kayu ukur bagi menyukat sejauh manakah
keberkesanan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) dalam melahirkan pelajar yang seimbang dalam segenap aspek
yang dicita-citakan. Kecemerlangan system penilaian dan peperiksaan akan dapat
meletakkan negara pada landasan yang betul untuk merealisasikan wawasan 2020
dengan lahirnya generasi yang berwibawa dan seimbang dalam semua aspek
kehidupan. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk
memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu.

Konsep Penilaian
Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah
satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat
pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian
objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah
kurikulum.
Dengan demikian, penilaian merujuk proses mentafsir atau memberi nilai yang
bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat
3

SCE 3113 Sem. 6 2014 (Penilaian dalam Pengajaran Sains)


pencapaian hasildaripada pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif.
Contohnya, Nazrin yang mendapat markah sebanyak 90% dalam sesuatu kemahiran
bahasa mungkin dinilai sebagai mencapai tahap cemerlang dan Fiqah pula yang
mendapat jumlah markah sebanyak 10% mungkin dinilai sebagai berada pada tahap
yang sangat lemah. Jadi, perkataan cemerlang, baik,sederhana, lemah atau sangat
lemah yang digunakan dalam konteks ini adalah sebenarnya istilah penilaian yang
diberikan secara kualitatif yang berasaskan pengukuran dan markat yang diperoleh
dalam bentuk kuantitatif.
Dari itu penilaian boleh dilakukan dengan menggunakan maklumat atau data yang
berbentuk kualitatif dan / atau kuantitaif. Secara kuantitatif, maklumat yang diperoleh
melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh dikumpul,
disusun, diperkemas dan diringkaskan dalam kaedah atau gambaran yang lebih
mudah difahami. Secara kualitatif pula, maklumat dapat dinyatakan, mungkin tidak
mengikut angka yang tepat, tetapi dapat menjelaskan atau menerangkan perubahan
tingkah laku yang dapat dilihat secara nyata. Dalam contoh di atas, Nazrin telah
menunjukkan kemajuan yang amat baik atau cemerlang dalam kemahiran bahasa.
Penilaian juga merupakan satu proses mengumpul maklumat untuk membuat
keputusan

berkenaan

dengan

kemajuan,

perkembangan,

penguasaan

dan

pencapaian murid dalam pembelajaran. Penilaian adalah sebahagian daripada


proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Penilaian boleh dijalankan
secara formatif dan sumatif.
Oleh yang demikaian, guru memainkan peranan penting dalam mengesan
kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran
yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis
maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian,
guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Definisi penilaian
Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of
delineating,

obtaining,

andproviding

useful

information

for

judging

decision

alternatives.
4

SCE 3113 Sem. 6 2014 (Penilaian dalam Pengajaran Sains)


Jika digunakan begini, maksud penilaian merangkumi dan menjangkau lebih
daripadapengujian dan pengukuran. Definisi lain pula mengklasifikasikan penilaian
sebagai pertimbangan profesional atau sebagai satu proses yang membenarkan
seseorang membuat pertimbangan tentang kebaikan atau nilai sesuatu. Begitu juga,
penilaian boleh dijelaskan sebagai satu proses sistematik yang digunakan untuk
mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat bagi menentukan setakat
mana pelajar mencapai objektif pengajaran.
Terry D. TenBrink (1974:8), pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses
mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang
seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Penilaian merupakan perihal atau perbuatan, menilai dan menaksir
Dewan,1994:930). Justeru

penilaian ialah suatu proses

yang

(Kamus

berterusan bagi

mendapatkan maklumat semula dengan tujuan supaya penggubahan kepada


pelajar dalam aspek pemikiran, perasaan dan tingkahlaku dapat dilakukan dengan
sempurna (Abu Bakar Nordin,1990:4). Proses ini amat penting bagi mengetahui
kekuatan dan kelemahan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran selain
memastikan para pelajar tidak tergelincir daripada mengikuti sukatan mata pelajaran
yang telah ditetapkan. Adalah penting usaha membentuk pelajar mencakupi segala
aspek ini sentiasa dikaji bagi memastikan keberkesanan sukatan dan aktiviti yang
dijalankan

dapat

memenuhi

kehendak

dan

aspirasi

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaaan. Oleh itu penilaian merupakan satu aktiviti yang amat bermakna dan
bermanfaat yang perlu dilakukan seiring dengan proses Pengajaran & Pembelajaran
(P&P).
Dalam konteks dunia pendidikan, prosese penilaian membabitkan banyak perkara
kerana terangkum di dalamnya proses ujian, peperiksaan, pengukuran yang
bertujuan untuk melihat kemampuan pelajar menguasai apa yang telah dipelajari di
dalam kelas. Phopham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah
mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara
menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran,
program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan.
Penilaian juga merupakan satu proses memperolehi maklumat secara bersistem dalam
usaha membuat keputusan tentang tindakan susulan yang paling wajar. Justeru
5

SCE 3113 Sem. 6 2014 (Penilaian dalam Pengajaran Sains)


penilaian yang dilakukan di sekolah adalah satu usaha berstruktur dan bersistem bagi
mengkaji perubahan, penguasaan, pencapaian para pelajar dalam ujian dan
peperiksaan yang diadakan bagi mengatasi masalah yang timbul sebelum pelajar
menduduki peperiksaan sebenar kelak (Gay:1985).
Penilaian Formatif
Penilaian

dijalankan

secara

berterusan

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi


maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.
Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi
seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh
menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak
dapat dinilai secara berpusat.
Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir
semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang
murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian
secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat
tentang pencapaian murid di seluruh negara.
Tujuan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Tujuan

penilaian

adalah

untuk

mengetahui

sejauh

mana

konsep-konsep

yangdisampaikan itu difahami oleh pelajar. Setelah diumumkan gred atau markah
yangdiperoleh, tahap pencapaian pelajar dalam satu-satu bidang pelajaran akan
diketahui. Selain guru, ibu bapa juga akan tahu aras pencapaian anak-anak mereka
dalam mata pelajaran yang berkenaan. Ujian juga digunakan untuk menilai
pembelajaran pelajar. Setelah satu-satu unit pelajaran selesai diajar, guru boleh
menjalankan satu ujian ringkas untuk menilai sama ada objektif pelajaran tercapai
atau tidak. Sekiranya tercapai, maka pembelajaran boleh dikatakan telah berlaku.
Kepentingan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara
dan sangat penting. Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan dengan
ujian. Apatah tidaknya, kejayaan mahupun kegagalan mereka bertitik -tolak daripada
6

SCE 3113 Sem. 6 2014 (Penilaian dalam Pengajaran Sains)


ujian yang menilai mereka sebagai orang yang pandai atau lemah. Begitu juga guru,
mereka selalunya resah apabila menerima keputusan ujian pelajarnya. Kejayaan dan
kegagalan mereka mengajar terletak pada keputusan pencapaian pelajarnya. Tinggi
peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya.
Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara
pengajarannya. Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kepentingan
penilaian adalah seperti berikut:
i.

Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia

ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian seperti ini
biasanya disebut sebagai praujian atau pretest. Daripada ujian inilah guru-guru
biasanya dapat merancang dan merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil
ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru-guru tentang keupayaan
pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.
ii.

Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar

mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.
Dengan lain perkataan guru-guru itu dapat melihat sejauh manakah pengajarannya
itu berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji
aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu.
iii.

Untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman

sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Perbandingan seperti
ini penting untuk menilai pencapaian atau prestasi seseorang individu.
iv.

Untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang

subjek dengan bidang yang lain. Tujuannya ialah untuk melihat kelemahan atau
kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang dan digunakan maklumat ini untuk kerja-kerja
pemulihan dan sebagainya.
v.

Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah

dalam pencapaian mereka. Tujuannya ialah untuk kerja-kerja pemulihan dan


pengayaan.
vi.

Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap

pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah jenis pendidikan
7

SCE 3113 Sem. 6 2014 (Penilaian dalam Pengajaran Sains)


pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke
jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan mereka sepeti jurusan sains, sasteradan
teknikal.
vii.

Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta

kaedah

pengajaran

mereka.

Melalui

ujian

dan

penilaian

mereka

sentiasa

dapatmempertingkatkan pengajaran mereka.

You might also like