Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 23

SISTEM PENTERNAKAN DI

MALAYSIA
PENDAHULUAN:

Sektor pertanian merupakan penjana pertumbuhan


ekonomi yang ketiga penting di Malaysia.

Industri ternakan adalah antara komponen yang diberi


perhatian untuk dimajukan bagi menampung keperluan
negara untuk membekalkan sumber protein seperti
daging, susu dan telur.

Permulaan aktiviti penternakan imigran Cina telah


membawa masuk ayam dan khinzir ke Malaysia
manakala lembu LID telah dibawa masuk oleh imigran
India ke bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia.

TAHAP SARA DIRI TERNAKAN

Pengeluaran daging ayam dan khinzir telah


pun mencapai tahap sara diri.
Daging lembu, kerbau, daging kambing
dan biri-biri masih belum mencapai tahap
pengeluaran sara diri.
Keperluan bagi daging lembu dan kerbau,
daging kambing dan biri-biri terpaksa
diimport.

Jadual tahap sara diri bagi pelbagai jenis


daging.

JENIS DAGING

PERATUS SARA DIRI

Ayam
Khinzir
Lembu dan kerbau
Kambing dan biribiri

119.3%
150.7%
20.7%
6.1%

( Sumber : Jabatan Perkhidmatan Haiwan)

KAWASAN UTAMA TERNAKAN DI MALAYSIA

JENIS
TERNAKAN

KAWASAN UTAMA

Lembu dan kerbau Kedah, Kelantan, Sabah dan Pahang


Kambing dan biribiri

Kelantan, Kedah, Perak dan Negeri


Sembilan.

Ayam

Pulau Pinang, Perak, Selangor, Seberang


Perai dan Johor.

Itik

Selangor dan Perak

Khinzir

Negeri Sembilan, Sarawak, Perak dan


Johor.

DEFINISI PENTERNAKAN:

Mengikut Kamus Dewan (Edisi ke tiga);


- Penternakan ialah perbuatan atau perihal
menternak, menjaga (pengurusan) dan
membiakkan binatang.

Aktiviti penternakan meliputi beberapa perkara


yang bermula daripada penyediaan tempat
kediaman, pengurusan ternakan, menjaga
kebajikan ternakan, pengurusan penyakit dan
aktiviti pemasaran ternakan.

PENGELASAN HAIWAN TERNAKAN:

Terbahagi kepada tiga kategori:


i.
Ternakan Ruminan
ii.
Ternakan Bukan Ruminan
iii. Ternakan Akuakultur
** Pemeliharaan haiwan kesayangan tidak
diambilkira sebagai haiwan ternakan kerana
ianya tidak dipelihara untuk tujuan komersil.

TERNAKAN RUMINAN

Haiwan ternakan yang hidup dengan memakan tumbuhan


hijau seperti rumput, tumbuh-tumbuhan atau makanan yang
diproses tetapi masih berasaskan kepada rumput.
Contoh ternakan ruminan utama:

Lembu
Kerbau
Kambing
Biri-biri
Rusa
Arnab

TERNAKAN BUKAN RUMINAN

Haiwan ternakan yang hidup dengan


memakan makanan utama selain
daripada tumbuhan hijau.
Contoh ternakan bukan ruminan:
Ayam
Itik
Khinzir

Perbezaan antara ternakan ruminan


dan bukan ruminan (monogastrik):

Di samping perbezaan sistem


pemakanan, perbezaan sistem
penghadaman (pencernaan) juga
memainkan peranan dalam
membezakan antara ruminan dan
bukan ruminan (monogastrik).

SISTEM PENCERNAAN RUMINAN


DAN BUKAN RUMINAN.

Sistem pencernaan ayam

Sistem Pencernaan kambing

PERBEZAAN SISTEM
PENCERNAAN RUMINAN DAN
BUKAN
RUMINAN.
BAHAGIAN
BUKAN RUMINAN
RUMINAN
Untuk penyediaan Mulut, farinks, esofagus,
makanan
tembolok.
Untuk
pencernaan dan
percampuran
sekum
Untuk
Perkumuhan
Organ Aksesori

Mulut, farinks,
esofagus

Perut (proventtrikulus dan Perut (rumen,


hempedal), duodenum,
retikulum, omasum,
usus dan sekum
abomasum).
Duodenum, usus dan
sekum.
Kolo-rektum, kloaka.
Rektum, dubur.
Paruh, lidah, kelenjar liur,
kelenjar pankreas, pundi
hempedu

Bibir, lidah, gigi,


kelenjar liur, kelenjar
pankreas, pundi
hempedu.

TERNAKAN AKUAKULTUR

Haiwan ternakan yang tinggal di


dalam air sama ada air tawar, air
payau dan air masin.
Contoh ternakan akuakultur ialah:
a. Ikan
b. Udang
c. Karangan laut.

PEMELIHARAAN HAIWAN
KESAYANGAN

Haiwan yang dipelihara di rumah kediaman dengan


penuh kasih sayang dan sifat suka kepada binatang.
Sebagai hobi, teman manusia, dilatih untuk tujuan
pertandingan atau pertunjukan, serta melakukan
tugas tertentu.
Terbahagi kepada 5 kumpulan iaitu:
a. Mamalia
b. Reptilia
c. Amfibia
d. Unggas (avian)
e. Ikan hiasan

PERKEMBANGAN INDUSTRI TERNAKAN


SECARA RINGKAS

Terus berkembang dari tahun ke tahun.


Berasaskan nilai di ladang (exfarm value) RM
698.5 juta pada tahun 2003 industri ternakan
dianggarkan bernilai RM477.5 juta pada 2005.
Perkembangan ini secara analitikal adalah agak
perlahan iaitu 1.7% setahun namun kalau dilihat
melalui pertumbuhan subsektor ternakan,
pertumbuhan subsektor ayam daging dan telur
adalah amat memberansangkan walaupun
menggunakan hampir lebih 90 % bahan makanan
ternakan dari subsektor ini di import.

Samb..

Selain daripada industri ayam, penternakan


khinzir juga telah berkembang dengan
pesat sehingga pengeluarannya telah
melebihi keperluan negara.
Tetapi industri ternakan lembu dan
kambing masih belum berkembang maju.
Oleh itu, sebahagian besar keperluan
daging lembu dan kambing, serta hasil
tenusu masih diimport.

TERNAKAN LEMBU DAN KERBAU

Lembu - untuk daging, susu dan kulit.


Kerbau - daging dan dijadikan kerbau
penarik.
Kerbau Murrah India diternak untuk
susunya.
Baka lembu Kedah-Kelantan diternak untuk
mendapatkan daging dan baka lembu
Tenusu India Tempatan (LID) diternak
untuk mendapatkan susunya.

Samb..

Prestasi pengeluaran kedua-dua baka ini


kurang memuaskan berbanding baka
temperate.
Dalam Rancangan Malaysia Kelapan,
pengeluaran daging lembu meningkat
pada kadar 7.5% setahun iaitu daripada
28 000 tan metrik pada tahun 2000
kepada 40 000 tan metrik pada tahun
2005.

TERNAKAN KAMBING DAN BIRIBIRI

Kambing biasanya dipelihara secara


kecil-kecilan di kampung dan ladang
untuk dagingnya.
Baka luar negara seperti Jumnapari
atau Etawah dan Anglo-Nubian telah
diperkenalkan untuk memperbaiki
mutu daging dan menambah hasil
keluaran susu.

Samb..

Bekalan daging kambing dan biri-biri masih


tidak mencukupi menyebabkan sebahagian
besar daripada keperluan daging kambing
dan biri-biri terpaksa diimport.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia
Kelapan, pengeluaran daging kambing
meningkat pada kadar 5.9% setahun iaitu
daripada 1 000 tan metrik pada tahun 2000
kepada 1500 tan metrik pada tahun 2005.

TERNAKAN AYAM DAN ITIK

Ayam dan itik diternak secara meluas


oleh penternak kecil di pinggir bandar.
Terdapat juga penternak swasta yang
mengusahakannya secara besarbesaran untuk menghasilkan daging
atau telur secara komersil dengan
menggunakan teknologi moden.
Lebihan daging dan telur dieksport
ke Singapura.

Samb..

Dalam tempoh Rancangan Malaysia


Kelapan, pengeluaran telur ayam
dijangka meningkat daripada 8.2
bilion unit kepada 10 bilion unit iaitu
peningkatan sebanyak 3.9% setahun.

KHINZIR

Kawasan pengeluaran khinzir yang penting


terletak di Pulau Pinang, Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Johor.
Pada tahun 2000 industri khinzir
menghadapi masalah berikutan serangan
virus Nipah di kawasan Bukit Pelanduk,
Negeri Sembilan.
Industri Khinzir ialah perusahaan ternakan
yang kedua penting di Malaysia.
Pengeluaran daging adalah mencukupi dan
hasil selebihnya dieksport ke Singapura.

Sekian

You might also like