Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

http://fernarise.blogspot.com/2007/10/pengenalan-tumbuhan-pakupakis.

html
morfologi tumbuhan.
Morfologi tumbuhan adalah ilmu yang mengkaji berbagai morfologi tumbuhan, baik
bahagian, bentuk mahupun fungsinya. Secara klasiknya, tumbuhan terdiri dari tiga organ dasar
iaitu akar, natang dan daun. Organ-organ lain dapat digolongkan sebagai organ skunder kerana
terbentuk daripada perubahan organ dasar. Beberapa organ skunder dapat disebut sebagai organ
aksesori, kerana fungsinya tidak sepenting organ asas. Beberapa organ skunder penting ialah
bunga, buah, biji dan umbi. Bunga, buah dan biji juga merupakan organ pembiakan tumbuhan
berkaitan.
Kitar hidup tumbuh-tumbuhan adalah merujuk kepada jangka hayat tumbuhan tersebut
hidup. Terdapat lima ketogeri jangka hayat tumbuhan iaitu :
Pertama, tumbuhan semusim iaitu mempunyai satu kitar hidup untuk semusim adau dalam
setahun
Kedua, tumbuhan efemeral iaitu mempunyai dua kitar hidup dalam satu musim.
Ketiga, tumbuhan dwimusim iaitu mempunyai dua kitar hidup dalam dua tahun. Kitaran
pertama, adalah pertumbuhan tampang dan kitaran kedua ialah pembiakan.
Keempat, tumbuhan herba saka iaitu tumbuhan herba yang hidup lebih dari dua tahun.
Kelima, tumbuhan berkayu saka iaitu tumbuhan berkayu yang hidup lebih dari dua tahun.
Cara pembiakan tumbuhan pula adalah merujuk kepada keupayaan untuk tumbuhan
membiak bagi memastikan kemendirian spisisnya tidak hilang. Terdapat beberapa cara tumbuhan
membiak pertama melalui biji benih, kedua, melalui sebaran spora, ketiga, melalui daun,
keempat, melalui keratan batang daan kelima, melalui batang bawah tanah (umbi).
Habitat tumbuhan pula merujuk kepada kebanyakan tumbuhan yang hidup di tempat
semulajadinya seperti dipermukaan tanah atau menumpang di pokok lain. Terdapat dua jenis
pokok yang menumpang iaitu efifit dan parasit. Terdapat juga tumbuhan yang hidup di atas air
seperti keladi bunting, dan alga. Pokok teratai, walaupun hidup di atas air tetapi akarnya
tertanam di dalam tanah. Contoh pokok yang hidup dipermukaan tanah ialah pokok kelapa,
pokok keladi, pokok getah. Manakala contoh pokok yang menumpang di pokok yang lain ialah
pokok sakat ribu-ribu dan pokok paku.
Untuk tumbuhan primitive pilihan saya ialah pokok paku pakis. Pokok paku tersebar di
seluruh dunia kecuali di daerah kering (gurun) dan daerah bersalju abadi. Pengertian tumbuhan
paku adalah sekelompok tumbuhan dengan sistem pembuluh sejati iaitu memiliki pembuluh
tapis dan pembuluh kayu, tetapi ianya tidak menghasilkan biji untuk pembiakan. Lazimnya
tanaman paku-pakuan ini menggunakan spora sebagai alat perkembangbiakan generatifnya.

Pokok paku merupakan tumbuhan pertama yang mempunyai tisu vaskular. Ini
membolehkan tumbuhan ini mandiri apabila gametofitnya telah mereput dan boleh mencapai
ketinggian sehingga 10m.
Terdapat pelbagai jenis paku di Malaysia, kesemuapaku pakis ini ada yang mempunyai
persamaan dan perbezaan dari segi morfologi, habitat kitar hidup dan cara pembiakannya.
Berikut adalah contoh pokok paku-pakis yang boleh ditemuai di Malaysia.

Pokok resam
Paku merak

Paku gajah

Paku langsuyar

Bertujuan melengkapkan tugasan 4 ini, saya telah memilih pokok paku langsuyar juga
dikenali sebagai sebagai pokok paku langsuir atau bird nest fern. Nama spesisnya ialah
Asplenium nidus dari Famili Aspleniceae. Morfologi Paku Langsuyar

Habitat Paku Langsuyar

Pokok ini merupakan paku pakis epifit yang biasanya


hidup menumpang pada pokok lain. Lazimnya ia boleh
dijumpai hidup pada dahan pokok-pokok besar atau batang
pokok kelapa sawit. Pada masa ini, pokok paku ini menjadi
pilihan sebagai hiasan landskap dan taman-taman serta
balkoni kediaman.
Seperti pokok paku lain, pokok paku langsuyar juga memerlukan kawasan yang lembab
atau sedikit berair, oleh itu biasanya, dahan/celah pokok yang besar atau batang pokok kelapa
sawit yang mampu menakung air menjadi pilihan habitatnya. Pokok paku langsuyar yang
terdedah kepada lebih cahaya matahari yang terik, tumbesarannya agak terbantut, daunnya
kelihatan kekuningan dan terdapat tompok-tompok perang pada daunnya. Daun-daunnya yang

berbentuk sarang burung ini menadah air hujan dengan cekap dan memerangkap daun-daun
kering yang akan mereput menjadi humus dan membekalkan mineral untuk pokok
.

Pucuk Paku Langsuyar

Bahagian tengah Paku Langsuyar

Kitaran hidup Paku Langsuyar


Pokok langsuyar disebarkan melalui spora ke tempat yang berpotensi untuk hidup.
Kawasan lembab dan berair membolehkan pokok paku langsuyar hidup.

Cara pembiakan Paku Langsuyar


Pokok ini membiak menggunakan spora yang terhasil pada bahagian belakang daun.
Spora yang halus disebarkan oleh angin ke tempat lain yang mungkin sesuai untuk bercambah
dan membantuk anak pokok.

Hidup
Corakdi
spora
celahpada
Hidup
dahan
belakang
di celahdaun
tempat
pokok
lembab

You might also like