Kertas Kerja Kantin-Edit

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PEMBINAAN KANTIN BAHARU SEKOLAH JENIS


KEBANGSAAN TAMIL SEPANG DILENGKAPI
DENGAN STOR SIMPANAN MAKANAN SERTA BILIK
MAKAN GURU & TETAMU .

Disediakanoleh
Jawatankuasa Kantin SJK (T) Sepang
dan
Unit Hal Ehwal Murid

Dengan
kerjasama
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG),
SJK (T) Sepang

PENGENALAN
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sepang seringkali menjadi lokasi pilihan
bagi beberapa pertandingan sama ada di peringkatzon, daerah mahupun
peringkat negeri kerana kemampuan kawasan dan kelengkapan sedia ada
di sekolah ini.
Namun, kekurangan kemampuan kantin sekolah menampung kedatangan
tetamu amat ketara sekiranya ada pertandingan-pertandingan besar
dijalankan di sekolah ini. Ditambah pula kantin using ini telah berusia lebih
40 tahun, tentulah banyak kerosakan yang berlaku sama adadisebabkan
oleh factor semulajadi mahupun kerana kehadiran binatang iaitu monyet
yang seringkali member banyak masalah kepada sekolah ini.
Kertas kerja ini menjelaskan betapa pentingnya perlaksanaan projek ini
bagi mencapai objektif yang akan dinyatakan dengan sokongan daripada
semua pihak untuk merealisasikan impian sekolah ini mempunyai kantin
yang kondusif dan selesa.
OBJEKTIF
Objektif kertas kerja ini dimajukan adalah untuk memaklumkan tentang
usaha membina semula kantin SJK (T) Sepang yang dilengkapi dengan
bilik stor simpanan barang makanan serta Bilik Makan Guru dan Tetamu.
Dengan terbinanya sebuah kantin yang baharu, beberapa masalah /
kekurangan dapat diatasi lalu boleh mewujudkan suasana kantin yang
kondusif dan selesa.
MATLAMAT
Kantin yang kondusif dapat menyediakan kemudahan yang secukupnya
bagi keperluan pelanggan iaitu murid-murid, guru-guru, pekerja-pekerja
sekolah serta para tetamu yang berkunjung di sekolah ini bagi menyertai
pertandingan yang dijalankan di sekolah ini. Selain itu dapat mengelakkan
murid daripada ancaman binatang iaitu monyet semasa menikmati
hidangan semasa waktu rehat.
LATAR BELAKANG
Sejarah sekolah menjelaskan kantin sekolah ini dibina pada tahun 1970
-an lagi dan mempunyai luas saiz pembinaan 25 kaki x 45 kaki persegi
sahaja. Pembinaan kantin tidak mengalami perubahan mengikut
peredaran zaman. Dengan ini, pengurusan sekolah dan Persatuan Ibubapa
dan Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sepang menyedari kepentingan
kantin yang agak kondusif untuk murid-murid sekolah ini khasnya.
Kelengkapan seperti sinki dan tempat penyediaan makanan oleh
pengusaha kantin masih dalam keadaan usang dan perlu dibaiki dengan
kadar segera. Tambahan pula, kebanyakan pembinaan kantin sekolah
pada masa kini adalah disusun atur dan dilengkapi bilik makan guru /
tetamu. Objektif pembinaan kantin baharu adalah untuk menyediakan
kemudahan kondusif untuk murid-murid meluangkan masa semasa waktu

rehat khasnya. Kemudahan kantin yang sempurna akan menjamin kualiti


pendidikan yang menekankan amalan kebersihan dalam kalangan muridmurid sekolah.
Dengan keperluan semasa di SJK (T) Sepang mengalami perubahan fizikal
sejak tahun 1985 sehingga hari ini. Sekolah ini masih tidak mengalami
perubahan fizikal. Kantin sekolah masih kekal dengan bangunan usang.
Sebenarnya, sekolah ini memerlukan bangunan kantin yang penuh dengan
kemudahan yang lebih teratur. Tambahan pula, kantin sekolah perlu
dikembangkan tidak semata-mata tertumpu untuk meluangkan masa
rehat sahaja malah menjadi tempat kegiatan yang mengembangkan
emosi, rohani dan kesejahteraan murid-murid sekolah. Kantin sekolah
perlu memainkan peranan yang lebih besar dengan menjadi nadi yang
mencorak kehidupan harian murid sekolah di sini.
STATUS KANTIN LAMA SJK (T) SEPANG
Kantin sekolah adalah satu-satunya tempat yang terletak di tengahtengah bangunan Blok A, Blok B dan Blok C. Lokasi bangunan ini
berhampiran dengan kawasan simpanan Majlis Perbandaran Sepang.
Bangunan ini adalah sebuah bangunan separa batu dan beluti usang yang
dibina pada tahun 1970-an yang berukuran 30 x 50 dan terletak di tapak
seluas 5.15 ekar di Pekan Sepang. Kantin ini hanya digunakan sebagai
tempat makan ketika waktu rehat
Kerana keadaan yang kurang kondusif.
KETIDAKSESUAIAN BANGUNAN KANTIN
Kantin sekolah ini masih tidak mempunyai pendawaian elektirik yang
sesuai dan tidak selamat digunakan. Ianya jelas dalam lampiran yang
dikepilkan. Selain itu, kipas yang tidak mencukupi menyebabkan murid
tidak dapat meluangkan masa rehat dengan baik. Lokasi kantin yang
berhampiran dengan kawasan hutan simpan MPS menyebabkan gangguan
daripada monyet-monyet dan ini melibatkan aspek kebersihan terabai
serta pengusaha kantin merungut sepanjang masa. Keceriaan kantin
sekolah tidak dapat dilakukan dengan berkesan akibat gangguan daripada
monyet-monyet tersebut. Gangguan tikus juga menjadi-jadi kerana
keadaan kantin yang usang dan dinding yang berlubang-lubang. Tempat
penyediaan memasak juga teruk tanpa dinding menyebabkan kersukaran
dalam penyediaan makanan yang bersih. Sinki yang tidak teratur
dan kemas menyebabkan keceriaan kantin sekolah tidak begitu cantik dan
teratur. Bumbung yang usang dan berlubang menyebabkan kantin tidak
boleh digunakan pada musim hujan. Lantai kantin juga sentiasa basah
ketika musim hujan.
CADANGAN PEMBINAAN SEMULA DAN PENGUBAHSUAIAN
Berdasarkan kepada perkara-perkara di atas, cadangan pembesaran
kantin sekolah ini adalah di atas dua tujuan utama iaitu:

Untuk membolehkan lebih ramai murid dapat meluangkan masa rehat


yang baik, selamat dan selesa sepanjang masa.
Keadaan usang dengan gangguan monyet dapat dielakkan dengan
pemasangan gril yang bersesuaian di sekitar kawasan kantin serta
membina bilik makan bagi guru-guru dan tetamu yang berkunjung ke
sekolah ini.
Setelah siap kelak, di harapkan bangunan kantin ini dilengkapi dengan
pentas mini, sudut informasi, ruang bacaan, cabinet dapur yang
bermozek, bilik penyimpanan barang serta bilik makan guru / tetamu yang
lebih kondusif dan selesa. Juga diharapkan kantin baharu nanti dapat
memuatkan sekurang-kurangnya lebih 300 orang murid dalam satu-satu
masa semasa waktu rehat atau aktiviti tertentu.
ANGGARAN KOS DAN JANGKA MASA PEMBINAAN.
Adalah dianggarkan pembinaan bangunan kantin baharu seluas 3000 kaki
persegi menelan belanja lebih kurang RM100,000 (Satu Ratus Ribu Ringgit
Malaysia). Jumlah ini termasuk bayaran khidmat juruperunding (arkitek,
jurutera dsb), kos merobohkan bangunan sedia ada dan juga kos
pentadbiran dan pembinaan bangunan.
Jangka masa pembinaan adalah dianggaran enam (6) kelapan (8) bulan.
Dengan memperuntukkan masa selama 12 bulan (satu tahun)
menyediakan bangunan yang baharu, diharapkan pada tahun 2015 nanti
sekolah ini telah mempunyai sebuah kantin yang kondusif dan selesa
untuk pelanggannya iaitu murid-murid, guru-guru, pekerja-pekerja sekolah
serta para tetamu yang hadir untuk menyertai apa jua pertandingan yang
dijalankan di sekolah ini.

1. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil
1
2
3

Aktiviti / Barang
Merobohkan bangunan kantin
Bayaran khidmat juruperunding (arkitek,
juruteradan MPS)
Pembinaan Kantin Baharu
a. Bumbung
b. Lantai Mozek
c. Kabinet Berjubin
d. Bilik Makan Guru / Tetamu
e. Saluran paip
f. Pendawaian elektrik
g. Tempat Memasak
h. Sinki
i. Bilik stor makanan
j. Grill besi
k. Papan Tanda Kantin
l. Papan Informasi
m. Mini pentas
n. Set meja makan guru
Kotigensi

JUMLAH

Kuantiti

Kos seunit

10

RM 200

2
2

RM 500
RM 500

RM 500

Jumlah
RM 5,000.00
RM 15,000.00

RM 10,000.00
RM 10,000.00
RM 5,000.00
RM 10,000.00
RM 5,000.00
RM 5,000.00
RM 5,000.00
RM 2,000.00
RM 5,000.00
RM 6,000.00
RM 1,000.00
RM 1,000.00
RM 2,000.00
RM 3,000.00
RM 5,000.00

RM100,000.00

2. RUMUSAN
Dari laporan yang dibentangkan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa
matlamat utama pembinaan semula kantin sekolah adalah untuk
meluaskan kepelbagaian fungsinya sebagai nadi kehidupan seharian
murid-murid semasa waktu persekolahan mereka.
Dengan terbinanya bangunan ini, adalah menjadi harapan murid-murid
sekolah ini agar kegiatan pada waktu rehat termasuk pengurusan diri akan
dapat berfungsi dengan lebih teratur dan berkesan. Hasil daripada usaha
ini, manfaatnya akan dapat dikecapi oleh semua pihak samaada muridmurid, guru-guru, pekerja-pekerja sekolah mahupun para tetamu yang
bertandang ke sekolah ini.
Disediakan oleh :
Encik Vadivelan Lohonathan
Pengerusi Jawatankuasa
Kantin SJK (T) Sepang
Disemak oleh :
Puan Ponnama Doraisamy
Guru Penolong Kanan HEM
Disahkan oleh :
Puan R.Pushpa Raman
Guru Besar SJK (T) Sepang

EncikMunianRajoo
Yang Dipertua PIBG SJK(T) Sepang

You might also like