Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1.

0 Pengenalan
Matlamat kerajaan menyasarkan Pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam
dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan di Malaysia sebagai satu bidang
yang amat penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah yang berfungsi sebagai
institusi perkembangan ilmu dan tempat melahir generasi masa hadapan. Pengiktirafan
yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang yang
serius terhadap profesion perguruan. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke
arah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, krestif dan inovatif.
Sehubungan itu, murid yang terlibat dalam pembelajaran mereka perlu menguasai
kemahiran dalam mengaplikasikan penggunaan komputer dalam kehidupan seharian.
Pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan Teknologi Maklumat Komunikasi
(TMK) adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan
pendidikan kini. Penggunaan TMK dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi
keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Persoalannya,
sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM) melaksanakan pengajaran menggunakan TMK
dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi. Penggunaan TMK dalam
pembelajaran merupakan satu aspek yang tidak dapat dielakkan oleh setiap guru.
Penggunaan komputer dapat memberikan kesan positif kepada pembelajaran murid
sehinggakan mereka mampu menggunakan aplikasi TMK dalam kehidupan seharian
mereka.
Dalam tugasan ini, penulisan terbahagi kepada tiga bahagian proses iaitu yang
pertama proses mencari bahan menggunakan enjin carian. Proses kedua ialah proses
mengkategorikan bahan dan menyimpannya ke dalam folder. Proses terakhir pula ialah
proses mencari semula atau mengesan bahan untuk kegunaan pengajaran.

2.0 Proses mencari bahan PdP Bahasa Melayu menggunakan enjin carian
Muhammad Khairi Mohamed Nor dan Norhawanie Zulkilfi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer, 2012, mengatakan bahawa enjin
carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata
kunci atau frasa. Ia juga merupakan softwawre yang digunakan untuk mencari maklumat.
Enjin carian dicipta oleh pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata
kunci pada ruang yang telah disediakan. Sehubungan dengan itu, kata kunci mestilah terdiri
daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan.

Contoh Enjin
Carian

Contohnya, sekiranya kita ingin mengetahui mengenai budaya Melayu. Kita hanya
perlu menaip kata kunci budaya Melayu di dalam indeks pangkalan data kemudian tekan
enter. Apabila maklumat mengenai kata kunci budaya Melayu dijumpai, maka semua
laman web yang berkaitan dengan budaya Melayu akan terpapar. Walau bagaimanapun,
tidak semua enjin carian adalah sama. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah enjin
carian yang hanya akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, manakala terdapat
sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.
Jika dilihat secara umum, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua iaitu
direktori dan enjin pencari. Walaubagaimanapun, sehingga kini masih terdapat ramai
pengguna yang keliru dengan kedua-dua terma ini kerana ada yang menggangap Yahoo!
sebagai sebuah enjin pencari, walhal Yahoo! ialah sebuah direktori bukan enjin pencari.
Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang search yang disediakan
kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis
yang digunakan adalah sebuah enjin pencari.

direktori

Servis
carian
internet

enjin
carian

Tambahan menurut Muhammad Khairi Mohamed Nor dan Norhawanie Zulkilfi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer, 2012, antara
perbezaan antara enjin pencari dengan direktori pangkalan data ialah direktori mengandungi
senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin
pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil spiders. Jika dilihat secara
ringkas, Spider merupakan sebuah program yang digunakan untuk mengumpul maklumat
yang terdapat di dalam sesebuah laman web. Apabila program spider masuk ke dalam
sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau
spidering. Semasa proses ini, spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang
terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindeks ke
dalam pangkalan data. Sehubungan dengan itu, kaedah ini turut dikenali sebagai indexing.
Berikut merupakan proses-proses mencari bahan PdP Bahasa Melayu menggunakan enjin
carian.
Langkah yang pertama, kita haruslah masukkan kata kunci mengenai bahan
pengajaran yang dikehendaki ke dalam indeks pangkalan data. Contohnya guru hendak
mengajar ayat majmuk, guru taip ayat majmuk di indeks pangkalan data. Setelah
memasukkan kata kunci, tekan enter lalu tunggu sehingga maklumat berkaitan dipaparkan.

Langkah yang kedua, guru hendaklah melakukan proses pemilihan bahan yang
paling sesuai antara pelbagai maklumat yang dipaparkan. Pangkalan data sentiasa akan
memberikan banyak maklumat dan bahan berkaitan dengan kata kunci yang dimasukkan.
Walaubagaimanapun, bukan semua maklumat yang dipaparkan itu berkaitan dan menepati
kriteria yang guru kehendaki. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah maklumat itu
ditulis dalam bahasa lain contohnya bahasa Indonesia ataupun maklumatnya tidak tepat.
Oleh itu, guru perlulah bijak menapis maklumat tersebut dan tentukan sama ada maklumat
tersebut bertepatan dengan isi pelajaran atau tidak.

Langkah yang ketiga adalah klik pada tajuk yang dikehendaki tersebut dan tunggu
sehingga maklumat laman web tersebut dipaparkan. Guru hendaklah membaca isi
kandungan bahan tersebut dengan teliti sebelum menggunakan bahan tersebut di kelas.

Setelah memastikan bahan tersebut berguna dan sesuai, langkah keempat adalah
guru perlulah menyimpan bahan tersebut. Caranya adalah dengan copy link tersebut dan
paste ke Microsof Word sama ada dalam bentuk alamat internet ataupun katalog internet.
Ringkasnya, alamat internet merupakan fail yang menyimpan tajuk dan alamat web tersebut
sahaja. Manakala katalog internet pula hampir sama dengan alamat internet, cuma
tambahannya adalah mempunyai sinopsis mengenai bahan. Bahan-bahan tersebut perlu
disimpan dengan cara sedemikian agar proses mencari semula bahan tersebut boleh
dipermudahkan pada kemudian hari.

Klik pada alamat web, right click copy lalu paste di Microsoft Word.
4

Contoh Alamat Internet

Contoh Katalog Internet

2.1 Proses mengkategorikan bahan dan menyimpannya ke dalam folder


Salah satu aspek yang penting dalam penggunaan bahan internet dalam PdP adalah
mengkategorikan bahan. Proses pengkategorian ini adalah penting untuk memudahkan guru
mencari

semula

bahan

tersebut

dengan

mudah

pada

masa

hadapan.

Untuk

mengkategorikan bahan, kita haruslah mengetahui jenis bahan tersebut sama ada bahan
kemahiran mendengar dan bertutur, bahan kemahiran menulis atau bahan kemahiran
membaca. Nescaya dengan adanya sistem fail yang tersusun, guru akan mudah mencari
semula maklumat yang diingini dalam jangka masa yang singkat. Berikut merupakan contoh
proses mengkategorikan bahan dan menyimpannya ke dalam folder.
Langkah pertama, kita haruslah wujudkan folder yang baharu. Caranya adalah right
click lalu pilih new dan folder. Selepas itu, namakan folder-folder tersebut mengikut
pembahagian yang kita inginkan. Dalam Bahasa Melayu, guru boleh menamakan folder
tersebut mengikut kemahiran iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran
menulis.

Right Click New

Menamakan folder baharu mengikut pembahagian

Langkah kedua, kita pergi ke folder download dan cari semula bahan yang kita
kehendaki. Selepas menemui bahan yang diinginkan, right click dan pilih perkataan copy.
Setelah copy, kita paste bahan tersebut di folder yang kita kehendaki. Namun selain copy,
kita juga boleh memilih perkataan cut. Sekiranya kita memilih cut, bermaksud kita telah
pindahkan bahan tersebut daripada folder download ke folder baharu. Hal ini turut
bermaksud bahan tersebut tidak akan wujud lagi di folder download. Berbeza dengan copy,
bahan tersebut akan mempunyai dua salinan iaitu di folder download dan folder baharu.

Langkah ketiga, mengenalpasti jenis bahan yang dimuat turun. Untuk memastikan
kita mudah mencari semula bahan tersebut untuk penggunaan PdP, kita harus meletakkan
bahan tersebut mengikut jenisnya sama ada audio, video, teks atau grafik. Contohnya,
bahan video hanya akan diletakkan dengan bahan video sahaja, ia harus diasingkan
daripada jenis bahan lain seperti audio atau teks.
Langkah keempat, paste bahan tersebut dalam folder yang sama jenisnya.

Bahan grafik diletakkan bersama dalam satu folder

2.2 Proses mencari semula atau mengesan semula bahan untuk kegunaan pengajaran
Setelah kita melakukan kedua-dua proses yang telah dinyatakan dalam bahagian
sebelum ini, kita boleh mencari semula bahan tersebut dengan cara buka semula microsoft
word yang menyimpan alamat web tersebut, right click pada laman web dan klik open
hyperlink. Kemudian, tunggu sehingga laman web tersebut muncul.

Right Click dan klik Open Hyperlink

Tunggu sehingga laman web yang dikehendaki dipaparkan

3.0 Pembelajaran Atas Talian dan Luar Talian


Menurut Muhammad Khairi Mohamed Nor dan Norhawanie Zulkilfi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer, 2012, pengajaran
secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan kemudahan
internet iaitu berhubung dengan internet. Pembelajaran atas talian merupakan suatu
medium baru yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.
Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam
internet.
Tidak dapat dinafikan, banyak kelebihan pengajaran secara atas talian. Antara
kelebihannya adalah dapat mengakses bahan dengan cepat. Contohnya, guru hanya perlu
memasukkan kata kunci mengenai bahan yang diinginkan pada indeks pangkalan data,
maka beribu-ribu maklumat dan bahan yang berkaitan akan muncul. Sebagai contoh, tajuk
pengajaran guru adalah kata kerja, guru cuma perlu menunjukkan beberapa keping gambar
orang sedang melakukan sesuatu melalui carian dalam google images. Melalui itu, murid
akan cepat menerima pengajaran guru dan mudah memahami sesi PdP. Secara tidak
langsung, minat murid untuk belajar juga dapat ditingkatkan.
Selain itu, pengajaran atas talian ini turut mempunyai kelebihan dari segi
kepelbagaian bahan. Antara contoh bahan yang boleh diakses adalah bahan audio, teks,
video, grafik dan sebagainya. Kepelbagaian bahan ini boleh membantu guru menjadikan
sesi PdP lebih pelbagai dan menarik. Sekiranya murid mula berasa kurang berminat dengan
bahan berbentuk grafik, maka guru boleh mengubah cara pengajaran dengan menayangkan
bahan video pula untuk merangsang semula keinginan belajar murid. Bukan itu sahaja,
pengajaran atas talian ini turut dapat meningkatkan kemahiran ICT murid. Hal ini demikian
kerana melalui pemerhatian murid melihat guru mengakses internet, mereka juga akan
belajar untuk mengakses internet. Murid-murid juga boleh diberikan peluang untuk
mengakses internet sendiri yang boleh meningkatkan kemahiran ICT mereka.

Dalam internet, terdapat sangat banyak bahan yang boleh diperolehi. Antara bahanbahan tersebut adalah audio, gambar, teks, video, permainan dan sebagainya. Bahanbahan tersebut sangat berguna sama ada kepada guru ataupun murid kerana mereka boleh
menggunakan bahan tersebut untuk mengajar ataupun belajar. Bahan-bahan tersebut turut
boleh menjadikan sesi PdP lebih menarik, berkesan, kreatif dan sebagainya.

Bahan-bahan yang boleh diperolehi melalui internet


Berikut merupakan langkah-langkah pengajaran yang boleh dilaksanakan mengikut
kaedah pengajaran atas talian.
Langkah
Pengajaran

Aktiviti Pengajaran

Set induksi

1. Tayangan video cita-cita saya.


2. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang video.
3. Guru menjelaskan tajuk pengajaran.

1. Guru meminta murid mencari


Langkah 1

maklumat tentang cita-cita mereka.


2. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang maklumat yang mereka
peroleh.

Catatan
Sumber

https://www.youtube.com/wat
ch?v=Gb5FbB49rXY

Sumber :
http://alizahabdhamid.blogsp
ot.com/2012/12/contohkarangan-cita-cinta-saya.html

1. Guru meminta murid mencari


10

Langkah 2

langkah-langkah mencapai cita-cita.


2. Murid membuat peta minda tentang
langkah-langkah mencapai cita-cita.
3. Beberapa orang wakil murid

Sumber :
http://www.ugmc.bizland.com
/ak-matlamat.html

membentangkan maklumat yang


mereka perolehi.
Langkah 3

1. Guru mengakses portal utusan dan


melihat soalan karangan berkaitan
dengan cita-cita saya.
2. Murid diminta membina karangan
berkaitan dengan cita-cita mereka.
1. Bersoaljawab tentang kepentingan

Penutup

memiliki cita-cita.
2. Guru membantu murid membuat
kesimpulan berdasarkan
pengajaran.

Pengajaran luar talian pula didefinisikan sebagai offline. Pendek kata, offline
bermaksud tiada penggunaan internet secara langsung tetapi pengajaran yang dilaksanakan
menggunakan bahan dari internet. Ia menggunakan cara memuat turun bahan yang
dikehendaki lalu disimpan ke dalam fail. Biasanya, pengajaran berbentuk offline ini
dilaksanakan di tempat yang tiada rangkaian talian. Namun malangnya, kaedah ini
menemukan kelemahannya di mana guru tidak boleh terus mencari maklumat tambahan
sekiranya memerlukan maklumat tambahan yang lain semasa mengajar.

Berikut merupakah langkah-langkah pengajaran luar talian.


Langkah
Pengajaran
Langkah 1

Aktiviti Pengajaran

Guru mengadakan ulangkaji ayat majmuk di internet.


11

Langkah 2

Mencari soalan ayat majmukdi internet


http://pedagogibahasamelayu.blogspot.com/2011/12/40-soalanlatih-tubi-tatabahasa.html

Langkah 3

Murid melakukan perbincangan bersama rakan berkaitan


soalan ayat majmuk.

Langkah 4

Guru dan murid meyemak jawapan bersama-sama.

Langkah 5

Murid diminta mencari maklumat tentang ayat majmuk untuk


dijadikan nota tambahan.

4.0 Rumusan
Ringkasnya, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang dan
teratur akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran guru lebih diyakini oleh
murid.. Murid-murid pasti akan suka pengajaran guru yang mempelbagaikan kaedah, teknik,
pendekatan dan bahan bantu mengajar yang terkini. Pada masa yang sama, hal ini adalah
selaras dengan hasrat kerajaan agar generasi muda hadapan Malaysia yang hendak
dilahirkan ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain
di dunia ini serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa dengan penuh keyakinan
tanpa menghadapi sebarang halangan komunikasi. Justeru itu, guru-guru haruslah
melengkapkan diri dengan kemahiran TMK dan sentiasa mahu memajukan diri. Bukan itu
sahaja, guru-guru juga perlu berusaha mengaplikasikan kemahiran-kemahiran TMK tersebut
dalam sesi PdP kerana sekadar mengetahui adalah tidak memadai sekiranya tanpa
pelaksanaan.

12

13

Bibliografi
Rujukan Buku
Muhammad Khairi Mohamed Nor dan Norhawanie Zulkilfi. 2012. Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Selangor. Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd
14

Modul PGSR Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.

Rujukan Internet
http://masali-masmona.blogspot.com/2010/04/kepentingan-teknologi-terhadap-bidang.html
http://mizanzzzzz.blogspot.com/2013/07/kepentingan-teknologi-maklumat.html
http://bmm3105shahidah.blogspot.com/2011/07/minggu-2-menggunakan-internet-enjin.html
http://www.ciktom.com/apa-itu-enjin-carian/
http://1cyber.blogspot.com/2010/03/jenis-jenis-enjin-carian.html
Laman web di atas diakses pada : 13 Februari 2015
http://sukriyusup69.blogspot.com/2012/09/tugasan-bmm-3105-kepentingan-tmk-dalamp.html
http://jaserve.blogspot.com/2013/04/ge2123-sem-ii-2012-2013-pembelajaran.html
http://contohkarangan-oxfordfajar.blogspot.com/2012/11/kepentingan-internet-kepadapelajar.html
Laman web di atas diakses pada : 22 Februari 2015
http://www.slideshare.net/andrianodin84/pengajaran-dan-pembelajaran-bahasa-melayuberbantukan-komputer
http://bmm3105shahidah.blogspot.com/2011/08/minggu-8-pengajaran-bahasa-melayu.html
http://bmm3105norfizah.blogspot.com/2011_09_01_archive.html
Laman web di atas diakses pada : 01 Mac 2015

15

You might also like