Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Modul Pengajaran

Kemahiran
Asas Mengira
Aktiviti selepas UPSR untuk Murid Tahun 6

Pusat Perkembangan Kurikulum


Kementerian Pelajaran
Malaysia
2006

-i-

Kandungan
Muka Surat
iii

Perihal Modul Pengajaran


Program Penguasaan Mengira

iv

Unit 1: Nombor bulat hingga 100

Unit 2: Tambah dalam lingkungan fakta asas

11

Unit 3: Tolak dalam lingkungan fakta asas

17

Unit 4: Nombor bulat hingga 1000

23

Unit 5: Tambah dalam lingkungan 1000

29

Unit 6: Tolak dalam lingkungan 1000

35

Unit 7: Fakta asas darab

41

Unit 8: Fakta asas bahagi

49

Unit 9: Nombor bulat hingga 10 000

55

Unit 10: Tambah dalam lingkungan 10 000

61

Unit 11: Tolak dalam lingkungan 10 000

69

Unit 12: Darab 2-digit dengan 1-digit

75

Unit 13: Bahagi 2-digit dengan 1-digit

81

Unit 14: Darab 2-digit dengan 2-digit

89

Unit 15: Bahagi 4-digit dengan 2-digit

93

- ii -

Perihal Modul Pengajaran


Modul pengajaran Kemahiran Asas Mengira merupakan salah satu bahan
pengajaran utama di bawah rancangan yang dinamakan ProTiM (Program
Penguasaan Tiga M) untuk membantu murid Tahun 6 di sekolah rendah
menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Modul pengajaran Kemahiran Asas Mengira digubal khusus bagi menangani
masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asas mengira
walaupun setelah enam tahun mempelajari Matematik di peringkat persekolahan
rendah.
Kandungan modul telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman
yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat
pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran
Matematik dengan lebih bermakna dan berkesan apabila melangkah masuk ke
sekolah menengah kelak.

Struktur dan Organisasi Modul


Modul pengajaran Kemahiran Asas Mengira telah dirangka supaya membentuk
satu program pengajaran yang lengkap tetapi padat, merangkumi kandungan
yang perlu disampaikan, aktiviti yang menyediakan pengalaman pembelajaran
kepada murid serta aspek pentaksiran kemajuan dan pencapaian.
Modul pengajaran Kemahiran Asas Mengira mengandungi 15 unit pembelajaran
dengan setiap unit pembelajaran menumpukan kepada suatu aspek khusus atau
tahap dalam membuat pengiraan.
Setiap unit pembelajaran mempunyai struktur seperti berikut:
1. Langkah Pengajaran
2. Lembaran Kerja
3. Ujian
Langkah Pengajaran merupakan arahan yang memberi panduan kepada guru
untuk menyediakan aktiviti yang dapat memberi pengalaman kepada murid bagi
membina kefahaman dan kebolehan khusus dalam membuat pengiraan.
Lembaran Kerja menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid dalam
bidang atau aspek tertentu seperti yang dinyatakan pada tajuk aktiviti itu.
Kebanyakan unit pembelajaran mempunyai lebih daripada satu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun hanya terdapat satu
lembaran Ujian bagi setiap unit pembelajaran. Lembaran Ujian ini terdapat di
akhir setiap unit.
Modul pengajaran Kemahiran Asas Mengira disusun kandungannya dan
dirancang supaya dapat dilaksanakan secara intensif dalam jangka masa dua
bulan persekolahan. Tempoh ini adalah sepadan dengan baki masa persekolahan
selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diduduki oleh murid
Tahun 6 di akhir sesi persekolahan setiap tahun. Oleh yang demikian amatlah
sesuai sekali modul ini digunakan sebagai pengisian yang bermakna kepada
aktiviti sekolah selepas peperiksaan UPSR.

- iii -

Program Penguasaan Mengira


Tiga kemahiran asas dan utama yang perlu dikuasai oleh setiap murid di
peringkat awal persekolahan ialah membaca, menulis dan mengira. Kegagalan
untuk menguasai salah satu atau kesemua kemahiran asas tersebut bermakna
seseorang murid itu tidak mungkin dapat mengikuti pelajaran seterusnya dengan
bermakna.
Membaca dan menulis merupakan proses verbal yang dapat dikesan secara
langsung melalui penglihatan dan pendengaran. Mengira aktiviti atau proses
mental yang tidak dapat diperhatikan dan hanya dapat ditafsir dari perlakuan
seseorang. Pada tahap tertentu untuk mengesan kebolehan mengira seseorang,
kebolehannya untuk membaca dan menulis adalah diperlukan.

Takrif mengira
Mengira (M3) merupakan aktiviti kognitif yang meliputi beberapa proses dan
tahap.
Dalam konteks kurikulum matematik negara kita, proses M3 ditakrifkan sebagai
Tambah
Tolak
Darab
Bahagi
Empat proses tersebut disebut sebagai operasi asas aritmetik.

Skop dan Tahap Penguasaan Mengira


Dalam bidang ilmu matematik, operasi asas aritmetik dilakukan terhadap semua
jenis nombor iaitu nombor bulat, pecahan, perpuluhan dan sebagainya. Namun
begitu bagi murid Tahun 6, sekurang-kurangnya pengiraan terhadap nombor
bulat mesti dikuasai. Dari segi nilai, saiz nombor yang perlu ditangani ialah
sehingga 10 000.

Konstruk
Daripada takrif dan skop kebolehan mengira seperti yang telah dibincangkan,
kandungan bagi program pendidikan ke arah memulihkan murid yang belum
menguasai kemahiran tersebut telah dirangka. Kandungannya adalah tersenarai
seperti berkut:
1. Nombor bulat hingga 100
2. Tambah dalam lingkungan fakta asas
3. Tolak dalam lingkungan fakta asas
4. Nombor bulat hingga 1000
5. Tambah dalam lingkungan 1000
6. Tolak dalam lingkungan 1000
7. Fakta asas darab
8. Fakta asas bahagi
9. Nombor bulat hingga 10 000
10.Tambah dalam lingkungan 10 000
11.Tolak dalam lingkungan 10 000
12.Darab 2-digit dengan 1-digit
13.Bahagi 2-digit dengan 1-digit
14.Darab 2-digit dengan 2-digit
15.Bahagi 4-digit dengan 2-digit

- iv -

Strategi Pengajaran
Pengajaran untuk program penguasaan kemahiran asas mengira adalah
berasaskan modul yang disediakan. Modul yang disediakan menganjurkan dua
bentuk penyampaian iaitu verbal dan visual.
Dalam kebanyakan kes, amalan pengajaran bagi tujuan membina kebolehan
mengira, model verbal sering digunakan. Guru lazimnya menerangkan atau
menyenaraikan algoritma yang harus dilakukan untuk mendapatkan hasil kepada
sesuatu operasi. Dalam modul yang disediakan ini, model visual turut diajukan.
Model visual yang terbukti berkesan dalam membina kebolehan dan kemahiran
mengira ialah abakus.

Jadual Pelaksanaan
Minggu
Selepas UPSR

1
2
3
4
5
6

Unit
Modul
1
2
3

4
5
6

7
8

9
10
11

12
13

14
15

Tajuk
Nombor bulat 1 hingga 100
Tambah dalam lingkungan fakta asas
Tolak dalam lingkungan fakta asas
Ujian (pilih item dari Ujian 1, 2, 3)
Pemulihan 1(jika perlu)
Nombor bulat hingga 1000
Tambah dalam lingkungan 1000
Tolak dalam linkungan 1000
Ujian (pilih item dari Ujian 4, 5, 6)
Pemulihan 2 (jika perlu)
Fakta asas darab
Fakta asas bahagi
Ujian (pilih item dari Ujian 7, 8)
Pemulihan 3 (jika perlu)
Nombor bulat hingga 10 000
Tambah dalam lingkungan 10 000
Tolak dalam lingkungan 10 000
Ujian (pilih item dari Ujian 9, 10, 11)
Pemulihan 4 (jika perlu)
Darab 2-digit dengan 1-digit
Bahagi 2-digit dengan 1-digit
Ujian (pilih item dari Ujian 12, 13)
Pemulihan 5 (jika perlu)
Darab 2-digit dengan 2-digit
Bahagi 4-digit dengan 2-digit
Ujian (pilih item dari Ujian 14, 15)
Pemulihan 6 (jika perlu)
Ujian Akhir

-v-

Peruntukan
Waktu
2 Waktu
2 Waktu
2 Waktu
1 Waktu
1 Waktu
1 Waktu
2 Waktu
2 Waktu
1 Waktu
1 Waktu
2 Waktu
2 Waktu
2 Waktu
1 Waktu
1 Waktu
2 Waktu
2 Waktu
1 Waktu
1 Waktu
2 Waktu
2 Waktu
2 Waktu
1 Waktu
2 Waktu
2 Waktu
2 Waktu
4 Waktu
3 Waktu

You might also like