Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai

menunjukkan bilangan pekerja dalam industri pembuatan terpilih dan perubahan gaji yang
dibayar bagi tahun- tahun yang dinyatakan.
1

Pakej strategi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan pada tahun 2001 dan diteruskan
ke tahun berikutnya telah menjana pertumbuhan ekonomi negara. Kesannya, sektor
perindustrian khususnya industri pembuatan semakin meningkat dan merupakan antara sektor
terpenting. Pada tahun 2003, jumlah pekerja yang terlibat dalam industri ini sebanyak 409410
orang, bertambah sebanyak 15370 orang berbanding tahun 2001.
Industri pembuatan dibahagikan kepada beberapa sektor. Industri makanan dan
minuman merupakan yang terpenting dengan mewakili seramai 129107 orang pekerja pada
tahun 2002. Jumlah ini meningkat sebanyak 6472 orang berbanding tahun sebelumnya. Tahun
2003 pula mencatatkan bilangan pekerja seramai 131881 orang. Peningkatan ini berlaku
disebabkan permintaan terhadap barangan pengguna terutama barangan makanan dan
minuman.
Pada tahun 2001 gaji yang diterima oleh pekerja bagi industri makanan dan minuman
ialah RM 1321 sebulan. daripada jumlah keseluruhan pembayaran gaji pada tahun berkenaan
iaitu RM 5246 juta Walaupun berlaku kemerosotan bilangan pekerja, tetapi jumlah gaji
dibayar menunjukkan peningkatan setiap tahun. Pada tahun 2002, jumlah gaji yang dibayar
bagi sektor ini ialah RM 1390 juta. Seterusnya upah pekerja terus meningkat sebanyak RM
57.27% pada tahun berikutnya.
Bilangan pekerja dalam industri tekstil dan pakaian pula menunjukkan pola yang
berbeza dengan industri makanan dan minuman. Pada tahun 2001 seramai 112766 orang
pekerja terlibat dalam industri ini, dan berlaku peningkatan sebanyak 13151 pada tahun
berikutnya sebelum merosot kepada 113484 orang pada tahun 2003.
Gaji yang dibayar kepada pekerja industri tekstil dan pakaian berbanding industri
makanan dan minuman. Pada tahun 2001, gaji yang dibayar kepada pekerja industri tekstil
dan pakaian pada tahun 2002 adalah yang tertinggi bagi ketiga-tiga tahun yang dilaporkan
iaitu sebanyak RM 1629 juta. Jumlah ini meningkat sebanyak 10.89% daripada tahun
sebelumnya. Namun, jumlah ini, merosot kepada RM 1647 juta pada tahun 2003
(Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Tahunan Perangkaan,
Jabatan Perangkaan Malaysia 2005)

Panitia Pengajian Am

Page 1

You might also like