Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP)

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau lebih dikenali sebagai Learning Management
System (LMS) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Definisi :

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau A learning management system (LMS) ialah
perisian aplikasi untuk pentadbiran, dokumentasi, mengesan (tracking), dan melaporkan program
latihan, bilik darjah dan aktiviti atas talian (online), program e-pembelajaran, dan kandungan
latihan. Mengikut (Ellis 2009) SPP atau LMS yang berkesan sepatutnya berkeupayaan untuk
melqaksankan tugas-tugas seperti berikut :

pemusatan dan automasi pentadbiran


menggunakan perkhidmatan kendiri (self-service) dan perkhidmatan kendiri terbimbing
(self-guided services)

membina dan menyampaikan isi kandungan pembelajaran secara berterusan

menggunakan web sebagai flatfom untuk menggerakkan program latihan.

kandungan yang bersifat individu dan membolehkan pengetahuan diguna semula.

SPP atau LMS terdiri dari sistem untuk mengurus latihan dan rekod pendidikan, atau perisian
untuk mengagih kursus di dalam Internet dengan ciri gabungan secara talian. Pihak korperat
menggunakan LMS untuk automasi penyimpanan rekod dan pendaftaran pekerja. Perkhidmatan
kendiri pelajar seperti pendaftaran atas talian, penilaian atas talian, pengurusan pembelajaran
seumur hidup,pembelajaran kolaboratif, dan pengurusan bahan latihan.
Kebanyakan LMS adalah berasaskan Web untuk membolehkan pengguna akses kepada
kandungan dan pengurusan pembelajaran. Sistem ini juga digunakan oleh institusi pendidikan
untuk memperkaya dan menyokong pembelajaran di bilik darjah dan menyokong pengajaran
yang menawarkan kursus untuk jumlah populasi yang ramai di seluruh negara.
Selain itu LMS juga menyediakan sistem pengurusan pencapaian untuk meilai kecekapan,
kemahiran dan penganugerahan untuk pekerja-pekerjanya. Kini digunakan Pembelajaran
Berasaskan Kompetensi Competency-based learning untuk melihat jurang pembelajaran dan
bahan sumber latihan. Setengah industri menggunakan LMS untuk tujuan mengrekrut pekerja
dan memberi anugerah.

CIRI-CIRI
LMS berguna untuk tujuan pendidikan, pentadbiran dan meningkat kecekapan institusi.
Manakala LMS untuk pembelajaran korporat contohnya akan berkongsi banyak ciri atau
persekitaran pembelajaran maya (virtual learning environment). Pembelajaran maya yang

digunakan oleh universiti dan kolej membolehkan tenaga pengajar untuk mengurus kursuskursus dan bertukar maklumat dengan pelajar-pelajar yang jarang bersemuka secara formal.
Di antara ciri-ciri LMS adalah seperti berikut:

Mengurus pengguna, peranan, kursus, tenaga pengajar, kemudahan, dan menyediakan


laporan
Mempunyai kelander kursus

Ada laluan pembelajaran

Pelajar boleh menghantar mesej dan notis

Penilaian dan ujian di uruskan sebelum dan selepas ujian.

Boleh memaparkan keputusan dan transkrip

Penggredan kerja kursus, jadual proses termasuk senarai menunggu.

Bearaskan Web dan pelbagai kursus yang ditawarkan

Aspek Teknikal
Kebanyakan LMSs adalah berasakan web, dibina menggunakan pelbagai perisian pembangunan
seperti Java/J2EE, Microsoft .NET atau PHP. Biasanya menggunakan pengkalan data seperti
MySQL, Microsoft SQL Server or Oracle. Semua perisian ini adalah kategori perisian tertutup
yang dijual dan mempunyai lesen. Terdapat perisian terbuka (open source) seperti MOODLE
yang boleh digunakan secara percuma untuk membangunkan LMS.

Pelaksanaan SPP atau LMS di KPM


LMS yang sedang dilaksanakan ini merupakan sebuah projek kerjasama di antara Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM ) dan MAMPU. Pada tahun 2004, MAMPU telah merintis Learning
Management System (LMS) di bawah Inisiatif Open Source Software (OSS). Bahagian Teknologi
Pendidikan(BTP), KPM ialah penyelaras projek rintis tersebut di 3 buah sekolah, iaitu:
SMK Aminuddin Baki
SMK Seri Titiwangsa
SK Putrajaya Presint 9 (1)

Pihak MAMPU telah menjalankan Post Implementation Review (PIR) pada tahun 2007.
Berdasarkan hasil dapatan dari PIR tersebut, MAMPU telah mencadangkan penambahbaikan ke
atas sistem yang telah dirintiskan. Rentetan itu, pada tahun 2009, satu tender untuk
menambahbaik LMS dan memperluaskan ke 50 buah sekolah telah dikeluarkan. Sekali lagi,
pihak BTP telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pelaksanaan projek ini.

Objektif
Menyediakan kemudahan e-learning kepada sekolah.
Memudahkan capaian dan penggunaan bahan-bahan P&P KPM kepada sekolah.
Menyokong hasrat kerajaan memperluaskan penggunaan Open Source Software(OSS) di
kalangan agensi Kerajaan.
Skop Projek
50 sekolah (rendah & menengah);
Penambahbaikan LMS sedia ada;
Pembekalan dan pemasangan LMS ;

Pembekalan dan pemasangan 20 PC, 1 server, 1 pencetak, dan 1 scanner;


Pembekalan dan pemasangan Content Server di Pusat Data KPM;
Pemindahan teknologi dan latihan;
Perkhidmatan Meja Bantuan LMS;
Waranti dan penyenggaraan.
Tempoh pelaksanaan projek ini (25 Mac 2009-24 Mac 2013):
dua (2) tahun pelaksanaan
dua (2) tahun penyenggaraan
Sekolah-sekolah terlibat

Negeri
Kuala Lumpur
Melaka
Negeri Sembilan
Johor
Perak
Putrajaya
Terengganu
Selangor
JUMLAH :

Bil. Sekolah
SK
SMK
1
2
1

SMT SMS
1
1
5

SMKA SBP

1
1
1
15
17

7
1
12

3
1
5
15

3
4

1
1

[Sumber : http://spp.moe.edu.my/mod/resource/view.php?id=4049]

JUM.
4
1
6
1
4
1
26
7
50

You might also like