Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 38

Masalah Jenayah Rentas Sempadan Dan

Kesannya Ke Atas Keselamatan Negara:


Sekuritisasi Ancaman Pendatang Asing
Tanpa Izin, Penyalahgunaan Dadah, Dan
Penyeludupan Senjata Api

PENGENALAN
Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, kaya, dan makmur serta
kedudukannya yang strategik di Asia Tenggara bersempadan dengan lima
negara serantau iaitu Brunei, Filipina, Indonesia, Singapura, dan Thailand
telah mendedahkannya kepada anasir-anasir jenayah rentas sempadan.
Sempadan Malaysia yang luas dan terbuka merupakan cabaran utama
mengurus keselamatan negara daripada ancaman jenayah rentas
sempadan. Jenayah rentas sempadan adalah isu keselamatan bukan
tradisional dan merupakan senario serius yang melanda dunia secara
global. Sifat dan aktiviti jenayah rentas sempadan telah mengalami
perubahan ketara, sebahagian besarnya disebabkan globalisasi dan
kemajuan teknologi. Bukan sahaja objek material, malah manusia dan
matawang juga dapat bergerak dengan mudah merentasi sempadan.
Keadaan ini menjadi sangat dinamik dan terus berkembang serta bakal
memberi ancaman besar kepada kestabilan politik dan integriti sesebuah
negara jika tidak diatasi. Jenayah rentas sempadan turut memberi impak
jangka panjang di mana dunia akan berhadapan organisasi jenayah

2
berprofil tinggi yang boleh menggugat undang-undang, keselamatan
sesebuah negara, termasuk ekonomi dunia.1

JENAYAH RENTAS SEMPADAN


Secara amnya jenayah rentas sempadan boleh dihuraikan sebagai
kesalahan-kesalahan jenayah atau aktiviti-aktiviti yang dilakukan
melampaui sempadan sesebuah negara. Mueller telah memberi
pentakrifan jenayah rentas sempadan as offences whose inception,
prevention and/or direct or indirect effects involved more than one
country.2 Huraian ini juga diguna pakai untuk kegiatan yang berlaku di
dalam sesebuah negara, namun turut memberi kesan pada negara lain
sebagaimana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui
Konvensyen PBB Terhadap Jenayah Terancang Rentas Sempadan3
menyatakan bahawa jenayah rentas sempadan adalah kesalahan yang; (a)
dilakukan di dalam lebih dari satu negara; (b) dilakukan di dalam lebih
dari satu negara tetapi sebahagian besar persiapan, perancangan, arahan
atau kawalan berlaku di negara lain; (c) dilakukan di dalam lebih dari satu
negara tetapi melibatkan kumpulan jenayah terancang yang terlibat dalam
aktiviti jenayah di lebih daripada satu negara; dan (d) dilakukan di dalam
lebih dari satu negara tetapi mempunyai kesan yang besar di dalam negara
lain. Kementerian Dalam Negeri Malaysia telah menyenaraikan beberapa
jenis jenayah yang diklasifikasikan sebagai jenayah rentas sempadan iaitu,
keganasan terorisme; penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang;
pemerdagangan dadah; penggubahan wang haram dan pembiayaan
keganasan; pelanunan di laut; jenayah siber; jenayah ekonomi; dan
penyeludupan senjata api.4 Jenayah-jenayah tersebut turut dikenal pasti
oleh ASEAN sebagai jenayah rentas sempadan dan merupakan agenda
1

Castle, Allan. 1997. Transnational Organized Crime and International Security. Vancouver. Institute
of International Relations. The University of British Columbia. 12-14.
2
Mueller, Gerhard O. W. 1998. Transnational Crime: Definitions and Concepts. Transnational
Organized Crime 4(3&4): Hlm.14.
3
United Nations Office On Drugs And Crime. 2004. United Nations Convention Against
Transnational Organized Crime And The Protocols Thereto.
http://www.unodc.org/documents/treaties/UNTOC/Publications/TOC%20Convention/TOCebooke.pdf [1 April 2014].
4
Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri. 16 Februari 2014. Bahagian Antarabangsa
http://www.moha.gov.my/index.php/ms/ab-pengenalan. [1 April 2014].

3
utama yang dibincangkan pada Mesyuarat Tahunan Pegawai-Pegawai
Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOM-TC).
Esei ini akan membincangkan isu-isu jenayah rentas sempadan
yang berkaitan dengan penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang;
pemerdagangan dadah; dan penyeludupan senjata api menggunakan
konsep sekuritisasi yang dipelopori oleh Pemikiran Copenhagen
berkenaan kajian keselamatan bukan tradisional. Petunjuk sekuritisasi
jenayah rentas sempadan tersebut akan dianalisis menggunakan isu-isu
yang signifikan dan seterusnya mengenal pasti tindakan sekuritisasi yang
telah dilaksanakan. Esei ini turut memaparkan apakah penyampaian
speech act yang telah dinyatakan oleh aktor sekuriti di Malaysia bagi
meyakini khalayak untuk menerima tindakan sekuritisasi yang diambil
terhadap isu penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang;
pemerdagangan dadah; dan penyeludupan senjata api.

KONSEP SEKURITISASI
Pasca Perang Dingin telah menyaksikan isu keselamatan tidak lagi hanya
tertumpu kepada konsep keselamatan tradisional sahaja, sebaliknya skop
keselamatannya semakin meluas sehingga meliputi kuasa ketenteraan,
politik, ekonomi, masyarakat, dan persekitaran. Menurut Buzan,In the
case of security, the discussion is about the pursuit of freedom from threat.
When this discussion is in the context of the international system, security
is about the ability of states and societies to maintain their independent
identity and their functional integrity5. Aktor-aktornya juga telah
bertambah dengan tidak hanya memberi tumpuan kepada aktor negara
tetapi juga tumpuan lebih kepada aktor-aktor bukan negara seperti
kumpulan jenayah terancang, kumpulan pengganas, dan organisasiorganisasi bukan kerajaan.
Banyak isu yang sebelum ini merupakan isu bukan keselamatan
telah diangkat sebagai satu isu keselamatan dan dilihat sebagai ancaman
5

Baylis, J. & Smith, S. 2005. The Globalization of World Politics: An introduction to international
relations. 3rd edition. New York: Oxford University Press. Hlm.300.

4
nyata kepada sesuatu objek rujukan. Proses yang bertepatan dalam
menjelaskan perubahan daripada isu bukan keselamatan kepada isu
keselamatan adalah sekuritisasi. Sekuritisasi mampu menjelaskan secara
keseluruhan bagaimana sesuatu isu diangkat sebagai satu ancaman kerana
ianya adalah socially constructed. Sekuritisasi menegaskan bahawa proses
sekuritisasi bukan bermula daripada persepsi negara semata-mata tetapi
melibatkan proses dua hala yang turut melibatkan aktor-aktor bukan
negara seperti NGO dan masyarakat umum. Sesuatu isu itu dianggap
sebagai ancaman keselamatan bila ianya telah disekuritasikan oleh
kerajaan dan diterima oleh masyarakat sebagai suatu ancaman kepada
keselamatan negara dan masyarakat dengan menggugat nilai-nilai teras
sesebuah negara. the focus on securitization studies aim on precisely
understanding of who securities on what issues (threat) for whom (referent
object), why, with what result and not least under what condition.6.
Sehubungan dengan itu, ianya tidak semestinya bersifat politik sahaja.
Situasi ini telah menyaksikan isu-isu seperti keselamatan alam sekitar dan
keselamatan insan di angkat sebagai isu yang boleh mengancam
keselamatan negara dan telah disekuritasikan.
Proses sekuritisasi bukan bermula daripada persepsi negara
semata-mata tetapi ianya melibatkan proses dua hala iaitu turut melibatkan
aktor-aktor bukan negara seperti badan-badan bukan kerajaan dan
masyarakat umum. Dalam menjelaskan bagaimana sesuatu isu
disekuritisasikan, sekuritisasi memberi penjelasan yang menyeluruh
mengenai bagaimana kewujudan komponen asas dalam sekuritisasi
seperti securitizing actors, referent object, extraordinary measures,
audience, existential threats dan speech act membolehkan sesuatu isu
dianggap sebagai satu ancaman7.Securitizing actor seperti kerajaan, elit
politik, tentera mahupun masyarakat umum menyatakan dengan jelas
bahawa sesuatu isu kini merupakan ancaman nyata terhadap referent
object seperti kedaulatan negara, ekonomi, integriti wilayah, sistem
masyarakat serta ideologi8. Sesuatu isu tersebut akan menjadi isu
keselamatan tidak semestinya disebabkan ia wujud sebagai satu ancaman
tetapi disebabkan isu itu diketengahkan oleh pihak berkuasa yang
6

Smith, S. 2005. The Contested Concept of Security.Dlm. Ken Booth ed. Critical Security Studies and
World Politics. Boulder: Lynne Rienner. Hlm. 34.
7
Emmers, Ralf. 2010. Securitization. Contemporary Security Studies. New York: Oxford
University Press. Hlm.139.
8
Ibid.

5
menganggapnya sebagai satu ancaman dan dipersetujui oleh khalayak
ramai (audience) 9. Dalam hal ini, speech act memainkan peranan
penting kerana ianya akan menentukan sama ada masyarakat menerima
atau tidak sesuatu isu itu sebagai ancaman nyata (existential threat). Bagi
menangani masalah ancaman tersebut, pihak berkuasa akan mengambil
extraordinary measures dengan meluluskan undang-undang berkaitan dan
menjadikan isu ancaman tersebut sebahagian daripada dasar awam.

ISU PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)


Jenayah rentas sempadan tidak dapat lari dari membicarakan berkenaan
isu penyeludupan manusia dan pendatang tanpa izin (PATI). PATI
merupakan sebahagian dari jenayah rentas sempadan yang berlaku secara
meluas bukan sahaja di Malaysia, malah negara seperti Amerika Syarikat
(AS) dan Australia. Sempadan AS dan Mexico dikatakan mempunyai
jumlah kedatangan PATI yang tertinggi, pada tahun 2011 sahaja seramai
11.5 juta orang PATI menduduki AS secara haram. Malaysia pula
menghadapi fenomena yang sama bermula awal 1990-an apabila
dianggarkan seramai lebih satu juta pekerja Indonesia diambil bekerja
secara haram dan masalah ini merupakan aliran pekerja haram yang
terbesar di Asia tengara selepas kes terbesar penghijrahan haram di
sempadan AS-Mexico.10 Masalah kedatangan PATI di Malaysia pula
bukanlah perkara baru, malah telah berlaku sejak zaman kolonial British
lagi.Sejak tahun 1980-an, kekurangan pekerja dalam sektor perladangan
telah menarik perhatian pekerja asing dari Indonesia, Filipina, dan Selatan
Thailand. Kehadiran ini kemudian telah didorong oleh keperluan dan
permintaan pekerja oleh sektor pembinaan dan perkhidmatan di negara ini.
Isu kedatangan PATI tidak harus dibiar berleluasa dan harus
ditangani segera bagi mengelak pelbagai ancaman akibat jumlah PATI
yang kian bertambah. Pada tahun 2006, Tan Sri Musa Hassan selaku
Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, menuntut agar semua pihak
bergabung tenaga untuk membanteras isu pendatang asing dan beliau
Bigo, Didier. 2009. International Political Sociology. Security Studies: An Introduction. New
York: Routledge, Hlm.125.
10
Anon. March 2002. Southeast Asia. Migration News. Vol.9, No.3.
9

6
mengakui pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di Malaysia
ketika itu telah menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah. Masalah
ini perlu ditangani bersungguh-sungguh kerana kajian pakar telah
memberi amaran kemungkinan kebanjiran pendatang asing akan
mengundang ancaman keselamatan kepada negara.11 Masalah kebanjiran
PATI di perairan pantai timur Sabah juga turut memberi kesan terhadap
keselamatan dan kedaulatan negara, ditambah lagi dengan insiden
pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu pada awal tahun 2013. Datuk
Lajim Ukin, selaku Ahli Parlimen Beaufort, Sabah menegaskan perlunya
ada langkah yang drastik oleh pihak kerajaan untuk membanteras PATI
agar insiden yang berkaitan kedaulatan dan keselamatan negara tidak
tergugat.12
FAKTOR KEBANJIRAN PATI
Faktor utama yang membawa kepada kebanjiran PATI antaranya ialah
kemakmuran ekonomi sesebuah negara sehingga menyebabkan
penghijrahan PATI secara berkumpulan. Perkembangan ekonomi
Malaysia yang pesat hasil program perindustrian dibawah Dasar Ekonomi
Baru telah membuka peluang pekerjaan di dalam pelbagai bidang di
negara ini.13 Bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka, kesempatan
ini diambil untuk membaiki ekonomi mereka sendiri. Daripada jumlah
penghijrahan kecil pendatang asing yang bermula pada akhir tahun 1970an bertukar menjadi pernghijrahan yang besar, bukan sahaja warga
Indonesia malahan juga dari warga lain sekitar Asia, Afrika, dan juga
Eropah. Kemelesetan ekonomi pada pertengahan tahun 1980-an juga tidak
menghalang kedatangan mereka ke Malaysia malah ekonomi teruk di
negara mereka telah mendorong mereka berhijrah ke Malaysia.14

11

Abdul Rahman.E. 2006. Pendatang tanpa kawalan cabar keselamatan negara. Utusan Melayu. 25
Ogos
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0825&sec=forum&pg=fo_01.htm#ixzz2zIz
7sIs3 [14 April 2014].
12
Nasir L. 2014. Perlu langkah drastic tangani PATI di Sabah, The Borneo Post. 12 April.
http://www.theborneopost.com/2014/03/25/ [14 April 2014].
13
Joseph C.L. Malaysian Approach To Its Illegal Indonesian Migrant Labour Problem:
Securitization, Politics or Chatarsis?
14
Nor AzizanIdris.2005. Hubungan Malaysia-Indonesia Dan IsuPendatangAsingTanpaIzin.
Dlm. SityDaud&Zarina Othman (pynt). Politik Dan Keselamatan, hlm. 146-168. UKM :Bangi,
Selangor.

7
Kestabilan politik juga menjadi faktor tarikan dan tolakan untuk
PATI berhijrah ke Malaysia. Ketidakstabilan politik yang berpanjangan di
negara jiran menyebabkan keadaan hidup di negara sendiri sempit serta
tidak dapat lari dari belenggu kemiskinan. Tawaran kerja terhad dan gaji
kecil tidak menjamin ekonomi keluarga. Oleh itu kestabilan politik negara
Malaysia dilihat pemangkin untuk mereka datang serta berkongsi
kemakmuran yang sedia ada. PATI yang telah kembali ke negara asal
semasa proses pengampunan juga membawa cerita kemewahan dan
kemudahan yang mereka peroleh ketika di Malaysia. Perkara ini telah
mendorong rakan dan ahli keluarga yang lain untuk datang bekerja di
Malaysia. Akibatnya, berlakulah kemasukan dan penyeludupan PATI
secara berleluasa melalui sempadan negara yang mudah ditembusi,
seterusnya aktiviti pemerdagangan manusia serta pelbagai lagi aktiviti
yang memberi ancaman kepada keselamatan negara.
IMPAK PATI TERHADAP KESELAMATAN NEGARA
Kebanjiran PATI sejak berdekad lalu mengundang ancaman kepada
keselamatan nasional mahupun insan di Malaysia. Keselamatan negara
atau nasional boleh didefinasikan sebagai usaha untuk mencapai nilai-nilai
nasional (national values) yang mencakupi sistem politik, sosial, dan asas
fizikal tertubuhnya sebuah negara.15 Nilai-nilai nasional ini juga merujuk
kepada kelangsungan hidup bagi memastikan kewujudan berterusan entiti
masyarakat dan negara, bahasa, perlindungan pembangunan sosial dan
ekonomi, serta kemerdekaan politik dan integriti sempadan.
Kemasukan PATI yang sukar dikawal memberi ancaman terhadap
kestabilan politik dan maruah negara yang berdaulat. Salah satu elemen
penting dalam keselamatan negara (national security) ialah nilai-nilai
teras (core values) yang berbentuk fizikal, dan adalah penting untuk
negara tersebut melindungi dan mempertahankan nilai-nilai tersebut.
Arnold Wolfers mengenalpasti keselamatan dan kedaulatan wilayah
adalah core values bagi sesebuah negara. Sesebuah negara perlu
mempertahankan core values tersebut melalui kuasa ataupun pengaruh

15

Trager, F & Simone. 1973. An Introduction To The Study Of National Security. Dlm. Trager, F
&Kronenberg, P.S (pnyt). National Security and American Society : Theory, Process and Policy.

8
politik yang ada.16 Mempertahankan core values ini penting bagi
mengurangkan ketakutan yang diterima akibat ancaman kepada national
security tersebut. Insiden pencerobohan Lahad Datu merupakan satu
contoh ancaman dari segi kedaulatan negara yang terhasil dari kebanjiran
PATI di Malaysia. Mengikut statistik kajian oleh United Nations High
Commissions for Refugees (UNHCR), sehingga Disember 2008 terdapat
70,500 orang warga Filipina bergerak bebas di Malaysia.17 Ini
menunjukkan sempadan negara mudah dibolosi. Pembolosan sempadan
ini jelas melibatkan integriti sempadan dalam konsep keselamatan negara
seperti yang digariskan oleh Traeger dan Simone. Bermula dari
membolosi sempadan negara, kebanjiran PATI ini juga terbukti mampu
memberikan ancaman yang lebih serius seperti jenayah terrorisme.
Kedatangan PATI juga boleh mengakibatkan jenayah lain. Salah satu
contoh jenayah ialah penyeludupan dan pemerdagangan manusia secara
haram. Pengaliran jumlah PATI yang keluar masuk secara bebas ke negara
ini memudahkan sindiket pemerdagangan manusia untuk bertapak.
Jenayah pemerdagangan manusia jelas melanggar undang-undang
kemanusiaan seperti digariskan dalam Trafficking Protocol, di bawah
United Nations Conventions Against Transnational Organized Crime and
Protocol Thereto.18 Konvensyen tersebut dilengkapi tiga protokol
bertujuan mengekang jenayah rentas sempadan dengan lebih spesifik.
Salah satu protokol menyentuh pemerdagangan manusia yang bertujuan
mencegah, menyekat, dan menghukum pemerdagangan manusia,
terutama golongan wanita dan kanak-kanak. Selain itu, protokol ini juga
menyentuh berkenaan penyeludupan migran melalui tanah, laut, dan udara
yang merupakan jenayah rentas sempadan yang berat.
Kes penyeludupan dan pemerdagangan manusia sejak
kebelakangan ini semakin ketara khususnya di Malaysia apabila negara ini
dijadikan transit bagi penghantaran warga asing ke negara-negara lain.
Maklumat yang diperoleh dari Kastam dan Pelindungan Sempadan
Australia mendapati 60% warga asing yang terlibat dalam penyeludupan
manusia menggunakan persisiran pantai Malaysia secara haram untuk
16

Arnold Wolfer, National Security as ambiguous symbol, Political Science Quarterly, Vol. 67, No.

4.
17

Kassim. A. Filipino Refugees in Sabah: State Responses, Public Stereotype and Dilemma over
their Future, Southeast Asian Studies, Vol. 47, No. 1, June 2009.
18
United Nation Convention Against Transnational Organized Crime and The Protocols Thereto.
http://www.unodc.org/documents/treaties/UNTOC/Publications/TOC%20Convention/TOCebooke.pdf. [14 April 2014].

9
menyeludup manusia ke Australia.19 Pemerdaganan manusia jelas
memberi kesan negatif terhadap keselamatan insan kerana hak-hak orang
yang diperdagangkan telah dieksploitasi. Pemerdagangan manusia
memberi kuasa kepada sindiket untuk memanipulasi hak individu yang
sepatutnya dilindungi atas nilai kemanusiaan dan keselamatan insan.
Manusia yang diperdagangkan akan sentiasa menjadi mangsa. Faktor
tarikan yang dijanjikan oleh sindiket seperti gaji lumayan dan kehidupan
yang lebih baik hanyalah untuk mengaburi mata mangsa namun
sebaliknya mereka dijadikan hamba seks, buruh paksa dan aktiviti
pekerjaan berbentuk perhambaan. Sindiket pula dengan mudah mendapat
keuntungan lumayan dari aktiviti pemerdagangan manusia. Zarina
Othman menekankan aktiviti pemerdagangan manusia perlu dikekang
kerana ia memberi kesan negatif kepada keselamatan negara. Melalui
pemerdaganan manusia, jenayah rentas sempadan semakin berleluasa dan
seolah-olah diberi kuasa sewenangnya untuk melakukan jenayah.
Keselamatan negara juga terjejas kerana gangguan sosial terhadap negara
penerima dan Malaysia merupakan salah satu negara penerima tersebut.20
Keselamatan insan menurut United Nation Development
Programme (UNDP) merangkumi tujuh aspek keselamatan di mana salah
satu aspek tersebut ialah keselamatan ekonomi.21 Kedatangan PATI ke
negara ini turut memberi ancaman kepada keselamatan ekonomi
penduduk di negara ini. Kecenderungan majikan mengambil PATI kerana
kos murah dan mudah diurus boleh menjurus kepada masalah ekonomi
jika tidak dipantau dengan baik. Perkara ini juga mencerminkan
penguatkuasaan undang-undang yang lemah. Dengan adanya lambakan
PATI, majikan lebih terdorong mengambil mereka bekerja kerana terlepas
dari membayar caruman KWSP dan SOCSO serta boleh menerima
perkhidmatan dengan gaji yang rendah.Keselamatan ekonomi juga boleh
dikaitkan dengan penjaja kecil tempatan yang terpaksa bersaing dengan
PATI yang berniaga di pasar malam. Keupayaan PATI memonopoli
perniagaan gerai-gerai kecil kian berkembang sehingga mereka boleh
menjalankan perniagaan di tempat-tempat strategik seperti kawasan Chow
19

Anon. 2011. Malaysia an illegal transit point for foreigners. TheStar. 11 Disember.
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/12/11/Msia-an-illegal-transit-point-for-foreignersTrafficking-victims-arrive-in-KLIA-before-going-to-Aust.aspx/ [14 April 2014].
20
Othman, Z. 2004. Human trafficking and security in Malaysia, 4th International Malaysian Studies
Conference; 3-5 August, UniversitiKebangsaanMalaysia, Bangi.
21
S. Tadjabkhsh. 2007. Human Security in International Organizations: Blessing or Scourge? The
Human Security Journal, Volume 4.

10
Kit di Kuala Lumpur yang rata-rata dimonopoli oleh pendatang asing
warga Indonesia.22 Kemakmuran ekonomi negara yang sepatutnya boleh
membantu ekonomi penjaja kecil tempatan terpaksa dikongsi bersama
PATI. Warga tempatan yang dilihat kurang berdaya saing akan tertindas
dalam kemelut ekonomi ini.
PATI yang diambil bekerja juga selalunya tidak menjalani
pemeriksaan kesihatan dengan teliti. Ini memberi ancaman dari sudut
sosial dan keselamatan kesihatan penduduk di negara ini. Kajian
Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa penyakit
berjangkit yang berjaya dibendung selama lebih 20 tahun muncul kembali
dengan kehadiran PATI yang masuk tanpa pemeriksaan kesihatan.
Menurut Sen, keselamatan manusia merujuk kepada perkara yang
dihadapi manusia yang memberi kesan sehingga menyebabkan rasa
kurang keyakinan kepada perkara tersebut, dan sebolehnya perkara yang
kurang diyakini (ancaman) itu perlu dihapuskan. Takrif ini diperluaskan
lagi oleh Commission of Human Right dengan lebih terperinci yang
berpendapat keselamatan manusia merangkumi aspek ketiadaan konflik
yang ganas, tadbir urus yang baik, akses kepada pendidikan dan kesihatan
yang baik. Setiap insan berhak dan mempunyai peluang untuk memenuhi
potensi mereka sendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup.23
Ancaman terhadap kesihatan ini memberi impak yang jelas terhadap
keselamatan manusia khususnya penduduk Malaysia yang pastinya
terancam dengan kewujudan penyakit-penyakit yang di bawa oleh PATI.
Sekiranya tidak dibanteras, dikhuatiri keselamatan kesihatan ini
menjejaskan kualiti hidup dan keselamatan masyarakat.
Jumlah PATI yang ramai juga telah meningkatkan kadar jenayah
dan menjadi ancaman terhadap society threat. Ramai dikalangan PATI
dimasukkan ke dalam penjara dan menjadi banduan, perkara ini
merugikan kerana harta kerajaan sepatutnya disalur kepada perkara yang
lebih bermanfaat untuk kepentingan rakyat. Sebaliknya, terpaksa diguna
untuk mengurus banduan asing. Datuk Hishamuddin Tun Hussein pernah
menyatakan bahawa kerajaan terpaksa menanggung kos RM171 juta bagi
banduan asing sepanjang tahun 2009.24 Kos perbelanjaan ini tidak
22

Anon. 2003. Ancaman PATI kepada keselamatan negara.Utusan Malaysia. 7 Jun.


Sen, Amartya K.1999. Development As Freedom. Oxford: Oxford University Press.
24
Anon. 2010. RM171 Juta tanggung perbelanjaan tahanan warga asing tahun lepas.Bernama. 23
Mac.
23

11
termasuk kos urus tadbir tahanan warga asing di 13 depot imigresen
seluruh negara sepanjang tempoh 2006-2009 yang menelan belanja
sebanyak RM341,881 bagi kos makanan sahaja.
LANGKAH MENANGANI ISU PATI
Kerajaan serius membanteras isu PATI ini dari terus berleluasa. Mantan
Timbalan Menteri Dalam Negeri kedua, YB Dato Lee Chee Leong
menjelaskan Kementerian Dalam Negeri telah melaksanakan Program
Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing Tanpa Izin, yang dikenali
sebagai 6P, yang terdiri daripada pendaftaran, pemutihan, pengampunan,
pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.25 Melalui program ini,
kerajaan berjaya mengumpul data dan jumlah PATI yang berada di dalam
negara. Pengambilan data biometrik dalam proses pendaftaran dapat
membantu memantapkan lagi penguatkuasaan terhadap warga asing
sekaligus meningkatkan keselamatan negara. Program ini juga dapat
menangani isu pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan. Kerajaan juga
memperolehi maklumat dan butiran tentang status PATI mengikut aktiviti
ekonomi mereka. Perkara ini membantu kerajaan meneliti semula
keperluan pekerja asing dalam sektor ekonomi negara bagi mengekang
pengambilan dan kemasukan pekerja asing yang baru. Seramai 1,303,126
orang PATI telah berdaftar melalui sistem biometrik dan daripada jumah
ini seramai 230,686 orang PATI telah pulang secara sukarela.
Pengawasan di sepanjang persisiran perairan negara juga
dipertingkatkan, iaitu kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti sebagai
tempat pendaratan dan kemasukan PATI. Ini dijalankan dengan kerjasama
Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Kerajaan juga sentiasa
memantapkan usaha-usaha risikan, pemantauan dan penguatkuasaan bagi
menyekat penyeludupan di sempadan darat negara. Ia dijalankan dengan
kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Pencegah Penyeludupan
(UPP) dan Pasukan Gerak Am (PGA).

http://www.bernama.com/bernama/v7/searchindex.php?terms=rm171%20juta%20tanggung%20perb
elanjaan%20tahanan [14 April 2014].
25
Penyata Rasmi Parlimen Dewan Negara, Parlimen Ke-12, Penggal Kelima, Mesyuarat Ketiga,
Bertarikh 3 Disember 2012. http://www.parlimen.gov.my/hansard-dewan-negara [14April 2014].

12
Kesimpulan Berdasarkan impak-impak negatif yang dibincangkan di
atas, jelas menunjukkan kebanjiran PATI memberi kesan terhadap
keselamatan nasional serta keselamatan insan di Malaysia. Kebanjiran
PATI menyumbang kepada ancaman keselamatan kerana ia dilihat
mampu menggugat kestabilan politik, kedaulatan negara, sistem ekonomi
dan sosial negara. Justeru itu, semua pihak dituntut untuk menggandakan
usaha membanteras PATI sekaligus mencegah dan menghalang jenayah
rentas sempadan ini dari terus berleluasa di Malaysia.

ANCAMAN PENYALAHGUNAAN DADAH


Isu penyalahgunaan dadah bukanlah satu fenomena baru di Malaysia.
Ianya telah disekuritasikan dan diklasifikasikan sebagai musuh nombor
satu negara oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir
Mohamed pada tahun 1983 melalui penggubalan Dasar Dadah Negara.
Sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang merupakan
tulang belakang negara di masa hadapan. Pengedaran dan penagihan
dadah yang berleluasa boleh mengancam kesejahteraan sosio-ekonomi,
rohani dan budaya rakyat jelata dan seterusnya melemahkan ketahanan
nasional dan mengancam keselamatan negara. Falsafah utama dasar ini
ialah untuk mewujudkan negara Malaysia yang bebas daripada gejala
dadah menjelang tahun 2015 bagi menjamin kesejahteraan hidup
masyarakat dan mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional26. Dato
Wira Mohd. Johari bin Baharum, mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri
juga menyatakan bahawa masalah penyalahgunaan dadah ini dipandang
serius oleh kerajaan Malaysia kerana pada tahun 2004, Jentera
Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Membanteras Gejala Dadah ditubuhkan
di kesemua peringkat pentadbiran negara (Kebangsaan, Negeri dan
Daerah) bagi membanteras gejala dadah selaras dengan merealisasikan
matlamat Malaysia Bebas Dadah menjelang tahun 2015 yang terkandung
di dalam Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2004.27

26

Dasar Dadah Negara. http:// www.adk.gov.my [18 April 2014].


Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Parlimen Ketiga Belas, Penggal Pertama, Mesyuarat Pertama
bertarikh 4 Julai 2013. http://www/parlimen.gov.my [18 April 2014].
27

13
The ASEAN Special Ministerial Meeting on Drug Matters pada 30
Ogos 2013 yang telah dihadiri oleh Menteri/ Ketua Pengarah daripada
ASEAN yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal dadah sebulat suara
menyatakan bahawa semua negara ahli perlu meneruskan usaha
membanteras penghasilan, penyeludupan dan penyalahgunaan dadah
selaras dengan matlamat ASEAN Bebas Dadah menjelang 2015.28 Giorgio
Giacomelli, Pengarah Eksekutif United Nations International Drug
Control Program menyatakan bahawa komuniti antarabangsa
memandang serius isu penyalahgunaan dadah di mana kini semakin
banyak negara yang terdedah kepada ancaman rasuah serta menggugat
kestabilan politik yang didalangi oleh organisasi penyeludupan dadah
antarabangsa.29 Pada tahun 2013, kes penagihan dadah di Malaysia
menunjukkan penurunan 12.77% berbanding tahun 2012 (9,015 orang).
Daripada jumlah itu 4,768 orang adalah penagih baru dan 3,096 orang
penagih berulang. Secara puratanya, 655 penagih dikesan setiap bulan
dengan 397 orang daripadanya adalah penagih baru dan 258 orang penagih
berulang30 (sila rujuk Jadual 1).
FAKTOR-FAKTOR ANCAMAN PENYALAHGUNAAN DADAH
Malaysia turut dijadikan destinasi perantara atau persinggahan bagi
kegiatan penyeludupan dan pengedaran dari negara pegeluar ke negara
ketiga. Ini adalah kerana kedudukan geografi Malaysia yang berhampiran
dengan pusat pegeluaran dadah utama iaitu segitiga emas31 memudahkan
bekalan dadah ke negara ini diseludup masuk dari China, Jepun, Amerika
Syarikat dan Eropah melalui Hong Kong dan Thailand32 melalui jalan
udara, darat dan laut samada untuk pasaran tempatan atau sebagai transit
untuk diseludup ke negara ketiga.33 Selain itu, sempadan perairan yang
panjang di rantau Asia Tenggara ini juga menyukarkan pembanterasan
aktiviti penyeludupan dadah, manusia serta senjata api.34
28

Laman web ASEAN. http://www.asean.org.my [19 April 2014].


Dupont, A.1999.Transnational Crime, Drugs & Security in East Asia.Asian Survey. 39:3. Hlm. 434.
30
Statistik berdasarkan Laporan Dadah, Disember 2013 yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah
Kebangsaan.
31
Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Dewan Rakyat, Parlimen Kedua Belas, Penggal Ketiga, Mesyuarat
Pertama bertarikh 14 April 2010. http://www.parlimen.gov.my [18 April 2014].
32
Mohd Yusoff, M.S. et. al.2006.Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia.Edisi Ke-1.
Malaysia: Institut Tadbiran Awam Malaysia. hlm. 381.
33
Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Dewan Rakyat, Parlimen Kedua Belas, Penggal Ketiga, Mesyuarat
Pertama bertarikh 14 April 2010. http://www.parlimen.gov.my [18 April 2014].
34
Ibid.
29

14
KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH
Keselamatan insan merujuk kepada kepentingan memelihara keselamatan,
kesihatan serta segenap lapisan masyarakat tanpa mengira jantina, agama
dan bangsa. The United Nations Development Program (UNDP)
menggariskan 7 kategori keselamatan insan iaitu food security, health
security, economic security, environmental security, personal &
community security dan political security.35 Sarjana Barat pula
berpendapat keselamatan insan yang dahulunya lebih tertumpu kepada
mempertahankan kedaulatan negara serta keutuhan wilayah daripada
ancaman ketenteraan kini lebih memfokuskan kepada hak asasi manusia
dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Konvensyen Geneva
merupakan unsur-unsur terasnya. Walau bagaimanapun, kebanyakkan
negara di Asia menerima model keselamatan insan UNDP kerana ia mirip
Asian Values. 36
Penyalahgunaan dadah menyebabkan wujudnya gejala negatif
seperti penyakit berjangkit seperti HIV/AIDS, keganasan dan jenayah37.
Dari aspek kesihatan, penularan penyakit berjangkit HIV/AIDS ini
mengancam health security masyarakat Malaysia. Health security
memastikan komuniti dipelihara daripada perkara-perkara yang boleh
mengamcam kesihatan, keselamatan serta kesejahteraannya. Sebagai
contoh, sekiranya masyarakat tidak sihat maka mereka tidak berupaya
untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman luar. Pada
tahun 2009, sebanyak 5,795 kes jenayah curi atau ragut telah dilakukan
oleh penagih dadah.38 Selain daripada itu, pada 29 November 2013
seorang budak perempuan dirogol dan diliwat manakala pada 21 Januari
2014 seorang budak perempuan telah dibunuh oleh penagih dadah39. Dari
aspek keselamatan, masalah ini mengancam personal and community
security masyarakat Malaysia. Ini kerana masyarakat merasakan
keselamatan mereka terancam oleh penagih dadah yang mencederakan
35

Othman, Z. Rethinking Human Security in Southeast (SE) Asia.


Acharya, A. 2001.Human Security: East versus West. Institute of Defence and Strategic Studies.
http://hdl.handle.net/10220/4416 [19 April 2014].
37
Mohd Yusoff, M.S. et. al.2006.Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia.Edisi Ke-1.
Malaysia: Institut Tadbiran Awam Malaysia. hlm. 381.
38
Perutusan Ketua Polis Negara Kepada Warga PDRM Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis
Ke 203 Pada 25 Mac 2010, www.rmp.gpv.my [18 April 2014].
36

Mohd, H. 2 Februari 2014. Designer Drugs Vicious Crime Toll. The News
Strait Times. http://www.nib.com.my [19 April 2014].
39

15
atau membunuh mangsa semasa jenayah dilakukan. Dadah yang diambil
oleh mereka seperti methamphetamine, ketamin serta kokain telah
menyebabkan mereka berkhayal serta tidak sedar akan jenayah yang
dilakukan.
Pada tahun 2013 pula, lebih daripada 46% banduan yang ditahan
di penjara adalah penagih dadah40 iaitu peningkatan daripada jumlah
banduan pada tahun 2012 iaitu 37.40%41 (sila rujuk Jadual 2). Selain
daripada itu, aktiviti penyeludupan dadah oleh sindiket pengedaran dadah
didalangi warganegara Iran terus meningkat pada tahun 2010.
Berdasarkan statistik Polis Bukit Aman, sehingga Mac 2010, seramai 52
orang warganegara Iran dengan rampasan 61 kg syabu telah ditahan
kerana kesalahan dadah, dengan majoritinya merupakan keldai dadah.
Bagi memastikan pengawasan lebih rapi, PDRM telah
mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan untuk mewujudkan
jawatan Pegawai Perhubungan Narkotik (PPN) Polis Diraja Malaysia di
negara-negara strategik seperti di Hanoi (Vietnam), Phnom Penh
(Cambodia), The Hague (Amsterdam), Lima (Peru), Kowloon (Hong
Kong SAR), Tehran (Iran) dan Vientiane (Laos) sebagai usaha menentang
pengedaran dadah bagi mengurangkan bekalan dadah yang dibawa masuk
ke negara ini. Dengan menempatkan PPN di negara-negara tersebut,
diyakini konsainmen dadah yang bakal sampai ke Malaysia dapat dikesan
lebih awal dan disekat daripada tiba ke negara ini.42 Kegiatan pengedaran
dadah adalah aktiviti haram yang sangat menguntungkan. Berdasarkan
kajian oleh Universiti Utara Malaysia (UUM), Perdana Menteri Malaysia,
YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak menyatakan
bahawa pada tahun 2009, Kerajaan Malaysia telah membelanjakan
RM8.65 billion untuk menampung kos penguatkuasaan, pemulihan serta
pembiayaan kesihatan untuk 63,884 orang penagih dadah.43 Dari aspek
keselamatan, masalah ini mengancam economic security negara kerana
sekiranya masalah ini tidak ditangani, ia akan menyebabkan peluang
40

Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Parlimen Ketiga Belas, Penggal Pertama, Mesyuarat Pertama
bertarikh 4 Julai 2013. http://www/parlimen.gov.my [18 April 2014].
41
Buku Maklumat Dadah. http://www.adk.gov.my [18 April 2014].
42
Perutusan Ketua Polis Negara Kepada Warga PDRM Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis
Ke 203 Pada 25 Mac 2010, www.rmp.gpv.my [18 April 2014].
43
Abas, A.19 Februari 2014. Drug Abuses RM8 Billion Toll on Government. The News Straits
Times. http://www.nib.com.my [19 April 2014].

16
negara untuk menjana ekonomi yang mencukupi bagi mengekalkan
keutuhan negara terganggu.44
Walaupun pengedaran serta penyalahgunaan dadah ini tidak
mengancam kestabilan politik di Malaysia, namun pengedaran serta
penyalahgunaan dadah ini telah menyumbang secara tidak langsung
kepada penyeludupan senjata, keganasan, rasuah yang sedikit sebanyak
menganggu gugat keselamatan insan serta keselamatan negara yang saling
berkait rapat. Ini adalah kerana, sekiranya masyarakat merasai
keselamatan mereka terancam ekoran dari segi kesihatan dan ekonomi,
maka keselamatan seluruh negara juga terancam. Situasi ini jelas
menggambarkan mengapa masalah dadah disekuritasikan oleh kerajaan
sehingga ianya di anggap sebagai musuh nombor satu negara. Impak
dadah sungguh luas sehingga boleh mengancam keselamatan negara.
Ianya dianggap ancaman bukan sahaja oleh kerajaan tetapi juga seluruh
masyarakat Malaysia dan juga masyarakat dunia.

ISU PENYELUDUPAN SENJATA API


Kerajaan Malaysia komited menghapuskan perdagangan haram senjata
api di peringkat antarabangsa melalui keahlian di dalam Convention
Against Transnational Organised Crime on the Illicit Manufacturing of
and Trafficking in Firearms, their Part, Components and Ammunition.
Malaysia turut aktif di dalam Persidangan Menilai (Review Conference)
Pelan Tindakan Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Mengenai Perdagangan Haram Senjata Api tahun 2001. Malaysia
berpendirian bahawa situasi perdagangan haram senjata api masih
mengejutkan (alarming) dan Malaysia menyokong perlucutan senjata am
dan menyeluruh serta melahirkan keresahan mendalam mengenai
kewujudan perdagangan haram senjata api di peringkat global. Di
peringkat serantau pula, Malaysia terus menyumbang kepada usaha
menangani perdagangan haram senjata api melalui Mesyuarat MenteriMenteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMM-TC).45
44

Othman, Z. Rethinking Human Security in Southeast (SE) Asia.


Kenyataan oleh T.Y.T Hamidon Ali, Wakil Tetap Malaysia bagi pihak ASEAN mengenai agenda
no. 106: pencegahan jenayah dan keadilan; agenda no. 107: pengawalan dadah antarabangsa di Komiti
45

17
Malaysia juga aktif di dalam Persidangan Ketua-Ketua Polis ASEAN
(ASEANAPOL). Malah terdapat kejayaan apabila pengkalan data
ASEANAPOL, iaitu pengkalan data internet yang mengandungi
maklumat penjenayah yang menghubungkan negara anggota ASEAN dan
pengkalan data INTERPOL di Lyon, Perancis telah dilancarkan. Sistem
pengkalan data tersebut memberi akses lebih luas kepada maklumat
penjenayah antarabangsa dan sindiket termasuk yang menjalankan
perdagangan haram senjata api.46
Di Malaysia pula, aktor-aktor sekuriti yang berkaitan giat
menangani isu penyeludupan senjata api. Namun atas beberapa faktor,
kegiatan penyeludupan senjata api dikesan kembali berleluasa di kawasan
sempadan dan menjadi perbualan masyarakat apabila kes bunuh
menggunakan senjata api mencatat peningkatan mulai tahun 2013. Insiden
menembak mati individu termasuk mereka yang berprofil tinggi
menimbulkan kegusaran umum, seperti kes pembunuhan Timbalan Ketua
Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58 tahun yang mati
ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26
April 2013; pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi, 75 tahun
yang ditembak mati selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin
Temple, di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur pada 29 Julai 2013; dan Ketua
Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad
Raffli Abdul Malik, 49 tahun yang maut ditembak di hadapan rumahnya
di Indera Mahkota 2, Kuantan pada 10 November 2013. Kesemua insiden
tersebut berlaku di siang hari. Antara kes tembak berprofil tinggi sebelum
ini pula ialah seperti Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tenggaroh,
Dato S. Krishnasamy yang ditembak mati di bangunan MIC Johor di
Johor Baharu pada 12 Januari 2008 dan pada 4 November 2000 pula, Ahli
Dewan Undangan Negeri Lunas, Kedah, Dr Joe Fernandez ditembak mati
oleh dua lelaki dipercayai pembunuh upahan ketika terperangkap dalam
kesesakan lalu lintas di Bukit Mertajam.

ke-3 sesi ke-60 Perhimpunan Agung PBB di New York pada Jumaat, 7 Oktober 2005.
http://www.un.int/malaysia/GA/60thGA/6020.PDF [4 April 2014].
46
Kenyataan oleh Dato' Muhammad Hatta Abdul Aziz, Wakil Malaysia ke Persidangan Menilai
Kemajuan Pelaksanaan Pelan Tindakan Menentang Perdagangan Haram Senjata Api di New York,
pada Rabu, 28 Jun 2006. http://www.un.int/malaysia/GA/60thGA/6086.pdf [4 April 2014].

18
Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi, sebanyak 68 kes pembunuhan menggunakan senjata api direkod
pada tahun 201247 yang kemudiannya meningkat kepada 74 kes bagi
tempoh Januari hingga September 2013.48 Peningkatan kes bunuh
menggunakan senjata api tersebut juga selari dengan statistik rampasan
senjata api oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimana terdapat
peningkatan dari segi rampasan senjata api dan tangkapan yang dilakukan
PDRM sejak tahun 2011 hingga bulan September 2013 iaitu merampas
160 senjata api pelbagai jenis dan menahan 121 orang pada tahun 2011;
merampas 199 senjata api dan menahan 163 orang pada tahun 2012; dan
merampas 214 senjata api dan menahan 216 orang dari bulan Januari
hingga September 2013. Berdasarkan statistik tersebut juga, dari tahun
2011 hingga September 2013 terdapat peningkatan penyeludupan senjata
api terutamanya pistol jenis semi-automatik iaitu sebanyak 62 pucuk
(2011); 72 pucuk (2012); dan sebanyak 78 pucuk (Jan-Sept 2013).49 Selain
peningkatan berdasar statistik, terdapat juga laporan bahawa agen di
Thailand hanya mengenakan bayaran serendah RM10 untuk menyeludup
sepucuk pistol buatan China masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok50
yang menunjukkan betapa mudahnya membawa masuk senjata api secara
haram ke Malaysia walaupun Akta Senjata Api Malaysia
memperuntukkan hukuman yang keras, iaitu mereka yang disyaki
menyeludup senjata api boleh didakwa di bawah Seksyen 7(1) Akta
Senjata Api (penalti lebih berat) 1971, dan jika didapati bersalah di bawah
Seksyen berkenaan pesalah boleh dihukum mati atau penjara seumur
hidup.51

47

Yahoo! News Malaysia. 2013. 'Ops laras' dan 'ops api' antara usaha tangani kes seludup senjata api.
8 Julai. https://my.news.yahoo.com/ops-laras-dan-ops-api-antara-usaha-tangani-112358366.html [6
April 2014].
48
Hazayani Zakaria. 2013. Jenayah tembak guna senjata api seludup. 23
Oktober.http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/22936-jenayah-tembak-guna-senjataapi-seludup-kdn [6 April 2014].
49
The Malaysian Times. 2013. Penjenayah pilih revolver- semi auto seludup ke Malaysia. 6
November. http://www.themalaysiantimes.com.my/penjenayah-pilih-revolver-semi-auto-seludupke-malaysia/ [6 April 2014].
50
Asia One News. 2013. Only $4 to buy a gun in Malaysia. 7 Julai.
http://news.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Story/A1Story20130705-435052.html
[18 April 2014].
51
The Malaysian Times. 2013. Penjenayah pilih revolver- semi auto seludup ke Malaysia. 6
November. http://www.themalaysiantimes.com.my/penjenayah-pilih-revolver-semi-auto-seludupke-malaysia/ [6 April 2014].

19
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui kebanyakan senjata
api yang diguna untuk jenayah dipercayai diseludup ke Malaysia melalui
negara jiran. Sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 640 kilometer
terdiri daripada 551 kilometer sempadan darat dan selebihnya adalah
sempadan perairan yang menjadi sarang beberapa aktiviti penyeludupan
didalangi kongsi gelap kedua-dua buah negara.52 Pergerakan keluar masuk
pada kadar yang kerap, kesibukan lalu lintas di pintu masuk sempadan dan
kewujudan lorong tikus serta interaksi ekonomi antara penduduk di
kawasan sempadan membuka peluang kepada aktiviti penyeludupan53
selain hubungan kekeluargaan dan faktor geografi sempadan MalaysiaThailand iaitu kedudukan Sungai Golok antara Thailand dan Rantau
Panjang yang begitu hampir turut mewujudkan rangkaian mendorong
kepada aktiviti penyeludupan.54 55 Kewujudan kira-kira 100 jeti haram di
sepanjang Sungai Golok di sempadan Malaysia dan Thailand turut
memudahkan aktiviti penyeludupan senjata api.56
Bagi negeri Sarawak, (bekas) Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk
Syed Abdul Rahman Syed Kadir berkata fokus utama pencegahan jenayah
di kawasan sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat adalah terhadap
kegiatan penyeludupan dadah,senjata api, dan kegiatan mencuri balak di
mana isu berkenaan dibincangkan bersama rakan sejawatannya semasa
Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Polis Sarawak dan Polis
Kalimantan Barat.57 Di negeri Sabah pula, bekas ketua menterinya, Tan
Sri Chong Kah Kiat yang mentadbir antara tahun 2001 hingga 2003
menyatakan bahawa pihak berkuasa kerajaan negeri Sabah menemui
banyak senjata api seludup dari Filipina semasa pemeriksaan dibuat ke
atas kawasan petempatan setinggan haram di Tawau, Sandakan, Kota
52

Malaysiakini. 2013. Penyeludupan Senjata Api Bermaharajalela Di Sempadan. 5 November.


Http://Www.Malaysiakini.Com/News/245804 [6 April 2014].
53
Hazayani Zakaria. 2013. Jenayah tembak guna senjata api seludup. 23
Oktober.http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/22936-jenayah-tembak-guna-senjataapi-seludup-kdn [6 April 2014].
54
Yahoo! News Malaysia. 2013. 'Ops laras' dan 'ops api' antara usaha tangani kes seludup senjata
api. 8 Julai. https://my.news.yahoo.com/ops-laras-dan-ops-api-antara-usaha-tangani112358366.html [6 April 2014].
55
Hazayani Zakaria. 2013. Jenayah tembak guna senjata api seludup. 23 Oktober.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/22936-jenayah-tembak-guna-senjata-api-seludupkdn [6 April 2014].
56
Bakri Darus. 2003. Pemeriksaan ketat, penyeludup semakin ganas. 17 Mac. Bernama Library &
Infolink Service. http://blis.bernama.com/mainHome.do [17 April 2014].
57
BERNAMA. 1999. Polis Sarawak/Kalimantan perhebat banteras jenayah. 19 Ogos. Bernama
Library & Infolink Service. http://blis.bernama.com/mainHome.do [17 April 2014].

20
Kinabalu dan Pulau Gaya.58 Semasa insiden pencerobohan pengganas
Kiram di Sabah pada bulan Februari hingga Mac 2013 yang
mengorbankan 10 anggota keselamatan Malaysia, pihak polis turut
mengenal pasti kira-kira 15 kumpulan penyeludup di Semporna, Sabah
yang dipercayai terlibat membiayai pengganas Kiram tersebut.
Kumpulan-kumpulan penyeludup yang terdiri daripada pendatang asing
tanpa izin (PATI) berbangsa Sulu dari Filipina membawa masuk rokok,
syabu dan senjata api ke Malaysia.59 Akibat senjata api yang berleluasa
juga, bandaraya Kota Kinabalu digemparkan dengan kes tembak rambang
oleh sekumpulan remaja tempatan mengguna senapang angin
menyasarkan 46 premis perniagaan sekitar bandaraya tersebut pada
malam 10 Januari 2014 sehingga memaksa polis menubuhkan pasukan
khas menyiasat kejadian berkenaan60 di bawah Seksyen 32 Akta Senjata
Api 1960.61
Faktor-faktor geografi, manusia, ekonomi, dan terdapatnya faktor
penarik, dikenalpasti menyumbang kepada peningkatan aktiviti
penyeludupan senjata api ke Malaysia. Faktor geografi ialah sempadan
negara mudah dibolosi (porous) penyeludup senjata api. Bagi Malaysia,
kawasan pantai yang panjang dan ketiadaan pagar sempadan darat yang
menyeluruh memudahkan kewujudan pintu masuk haram.62 Terdapat juga
faktor manusia iaitu kelemahan pemeriksaan secara rawak membolehkan
penjenayah menyeludup senjata api dengan mudah. PDRM dan Kastam
pernah mengenakan pemeriksaan ketat terhadap bas-bas ekspres dan lorilori ikan yang memasuki Malaysia, namun berlaku kesesakan teruk di
pintu masuk menyebabkan masyarakat serta peniaga merungut dan
membuat aduan. Adalah juga satu pemandangan biasa apabila beberapa
kumpulan penyeludup yang berada di tebing Sungai Golok beredar
58

Yahoo! News Malaysia. 2013. RCI: Pendatang asing miliki senjata api, kata bekas ketua menteri
Sabah. 15 Julai. https://my.news.yahoo.com/rci-pendatang-asing-miliki-senjata-api-kata-bekas054725645.html [6 April 2014].
59
Utusan Malaysia Online. 2013. 15 kumpulan penyeludup dipercayai biayai pencerobohan. 17
April. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130417/dn_04/15-kumpulanpenyeludup-dipercayai-biayai-pencerobohan [19 April 2014].
60
Kosmo! Online. 2014. Polis tubuh khas siasat kes tembak premis di Kota Kinabalu. 12 Januari.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=
bt_11.htm [19 April 2014].
61
BERNAMA 2014. 17 ditahan berhubung kes tembak premis di Sabah. . 25 Februari. Bernama
Library & Infolink Service. http://blis.bernama.com/mainHome.do [17 April 2014].
62
Kenyataan oleh Dato' Muhammad Hatta Abdul Aziz, Wakil Malaysia ke Persidangan Menilai
Kemajuan Pelaksanaan Pelan Tindakan Menentang Perdagangan Haram Senjata Api di New York,
pada Rabu, 28 Jun 2006. http://www.un.int/malaysia/GA/60thGA/6086.pdf [4 April 2014].

21
dengan kenderaan mereka sebaik melihat bot Unit Pencegah
Penyeludupan (UPP) yang meronda di beberapa kawasan di sungai
berkenaan namun kembali berada di lokasi berkenaan sebaik rondaan itu
beralih arah.63 Faktor penarik pula ialah permintaan tinggi di pasaran gelap
bagi dua pistol jenisRevolver dan Semi Auto kerana harganya murah
dan sukar dikesan apabila senjata itu dilerai dan disembunyi dalam
kenderaan yang telah diubah suai dengan menyediakan tempat simpanan
rahsia. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku
Jaafar mengakui bahawa Malaysia tidak mempunyai mesin yang canggih
untuk mengesan bahagian kecil senjata api, sebaliknya hanya sebuah
mesin yang akan mengambil dua jam bagi mengesan barangan larangan
di dalam sebuah lori.64 Selain itu, antara faktor penyumbang kepada
peningkatan penyeludupan senjata api ke dalam negara ialah aktiviti
penyeludupan dadah, pertumbuhan kumpulan kongsi gelap, dan
peningkatan kegiatan maksiat dan perjudian.65
ANCAMAN NYATA (EXISTENTIAL THREAT)
Isu penyeludupan senjata api telah menjadi keutamaan kerajaan sejak
sekian lama melalui kenyataan-kenyataan oleh aktor-aktor sekuriti di
Malaysia namun tiada tindakan bersepadu meliputi perundangan dan
tindakan luar biasa yang dibuat bagi membanteras kegiatan tersebut secara
menyeluruh sebelum ini. Antaranya, pada 4 Ogos 2008, Timbalan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah berkata kawalan
sempadan wajar diperketat memandangkan penyeludupan bahan-bahan
larangan termasuk senjata api merupakan perkara serius dan boleh
mengancam keselamatan negara jika tidak ditangani. Ini berikutan
beberapa kes pembunuhan dan samun yang berlaku pada ketika itu
melibatkan penggunaan senjata canggih berbanding senjata yang diguna
polis dan tentera. Murugiah juga turut meminta Persidangan Menterimenteri ASEAN membincang penyelarasan akta berkaitan senjata api bagi

63

Malaysiakini. 2013. Penyeludupan Senjata Api Bermaharajalela Di Sempadan. 5 November.


http://www.malaysiakini.com/news/245804 [6 April 2014].
64
Free Malaysia Today. 2013. Senjata api: KDN wujudkan SOP baharu. 23 Oktober.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/10/23/senjata-api-kdn-wujudkan-sopbaharu/ [6 April 2014].
65
The Malaysian Times. 2013. Penjenayah pilih revolver- semi auto seludup ke Malaysia. 6
November. http://www.themalaysiantimes.com.my/penjenayah-pilih-revolver-semi-auto-seludup-kemalaysia/ [6 April 2014].

22
mengelak penggunaan tanpa kawalan yang boleh membahayakan
keselamatan umum.66
Lebih membimbangkan apabila aktiviti penyeludupan yang tidak
dibendung boleh mengakibatkan lambakan senjata api di dalam negara
sehingga memudahkan berlakunya aktiviti jenayah. Kes kejadian tembak
yang meningkat turut menarik perhatian media negara jiran untuk
melaporkan fenomena tersebut yang sedikit sebanyak turut menjejaskan
imej negara dimata pelancong asing dan para pelabur antarabangsa.
Akhbar Singapura, The New Paper pada 31 Julai 2013 meletakkan tajuk
utama akbar berkenaan sebagai Selamat datang ke Malaysia di
mana.kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal
(Welcome to Malaysia where Death is Cheap and Staying Alive Costly)
yang turut melaporkan bahawa khidmat seorang pembunuh upahan hanya
$2,000 (RM5,000).67 Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri
Mohamed Nazri Abdul Aziz pada 3 Ogos 2013 turut meluahkan
kebimbangan bahawa kejadian jenayah tembak yang berleluasa pada
ketika itu akan menjejaskan kehadiran pelancong dimana penyebaran
berita mengenai kes jenayah tembak mampu memberi kesan langsung
kepada ketibaan pelawat ke Malaysia.68 Selain sektor pelancongan, keskes tembak turut menjejas keyakinan para pelabur dalam dan luar negara
untuk menanam modal di Malaysia. Laporan media tempatan
mendedahkan bahawa dalam dua tahun kebelakangan (tahun 2012 hingga
2013), pelaburan langsung asing (FDI) yang masuk ke Malaysia terjejas
dan merosot disebabkan pelabur takut dengan kes-kes tembakan yang
berleluasa. Hampir setiap hari ada sahaja laporan suratkhabar termasuk
insiden pengasas Ambank yang ditembak mati telah memberi kesan
kepada komuniti pelabur. Akibatnya, para pelabur yang telah
menunjukkan minat kukuh untuk membuat pelaburan menjadi takut,

66

BERNAMA. 2008. Kertas cadangan perketat kawalan sempadan akan dikemukakan ke kabinet. 4
Ogos. Bernama Library & Infolink Service. http://blis.bernama.com/mainHome.do [17 April 2014].
67
FMT News. 2013. Khalid: Akhbar The New Paper berniat jahat. 3 Ogos.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/08/03/khalid-akhbar-the-new-paperberniat-jahat/ [18 April 2014].
68
M Star Online. 2013. Nazri Aziz Bimbang Jenayah Tembak Jejas Sektor Pelancongan. 3 Ogos.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2013/08/03/nazri-aziz-bimbang-jenayah-tembakjejas-sektor-pelancongan/ [18 April 2014].

23
sehingga terdapat juga pelabur domestik yang panik dan beralih arah lalu
membawa pelaburan mereka ke luar negara.69
Ekoran jenayah bunuh yang semakin berleluasa, parti
pembangkang serta badan bukan kerajaan (NGO) pro-pembangkang turut
mengambil kesempatan mempolitikkan isu berkenaan dan menyerang
kerajaan sehingga ke tahap memburukkan imej kerajaan dan Menteri
Kabinet. Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung
Democratic Action Party (DAP), Lim Guan Eng berkata kes pembunuhan
yang berlaku menunjukkan betapa serius kegagalan Kerajaan Persekutuan
memastikan ketenteraman dan keselamatan awam.70 Malahan di
mukasurat depan akhbar Borneo Post bertarikh 14 Ogos 2013, Pengerusi
DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menuduh bahawa insiden kes tembakmenembak serta jenayah yang berleluasa di Malaysia pada ketika itu
adalah sandiwara kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi mengembalikan
beberapa akta yang telah dan sedang dimansuhkan.71 Tuduhan tersebut
dibuat berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi pada 17 Julai 2013 yang menyatakan bahawa sebanyak 90
peratus kejadian jenayah berat terutama kes bunuh dilakukan bekas
tahanan penjara Simpang Renggam yang dibebaskan daripada tahanan
Ordinan Darurat.72 Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N.
Surendran menyifatkan bahawa kerajaan BN mempunyai kepentingan
politik dan bermuslihat dalam menggambarkan peningkatan kes bunuh
mengguna senjata api di lokasi awam kerana terdesak untuk
mengembalikan Ordinan Darurat supaya dapat digunakan terhadap
pembangkang.73 Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin
Hassan turut mendesak Menteri meletakkan jawatan sekiranya tidak
69

Utusan Malaysia Online. 2013. Op Cantas Khas 'buka mata' pelabur. 11 Oktober.
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131011/re_02/Op-Cantas-Khas-'buka-mata'-pelabur
[19 April 2014].
70
Roketkini.com. 2013. Tiga kes tembakan semalam bukti jenayah makin meningkat. 30 Julai.
http://www.roketkini.com/2013/07/30/tiga-kes-tembakan-semalam-bukti-jenayah-makin-meningkat/
[19 April 2014].
71
Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz. 2013. Jenayah meningkat: Khairy selar Pengerusi DAP
Sarawak. 14 Ogos. Antara Pos.
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wkb5dgbQ==[19 April
2014].
72
Utusan Malaysia Online. 2013.90% jenayah berat dilakukan bekas tahanan Ordinan. Darurat. 18
Julai. http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130718/je_01/90-jenayah-berat-dilakukanbekas-tahanan-Ordinan-Darurat [19 April 2013].
73
Lizawati Madfa. 2013. UMNO guna kes bunuh tembak untuk kembalikan Ordinan Darurat. 6
Ogos. Media Selangorku. http://www.selangorku.com/?p=32429 [19 April 2014].

24
mampu menyelesaikan permasalahan tersebut.74 Selain itu, terdapat juga
NGO pro-pembangkang yang turut sama mendesak kerajaan menangani
isu tersebut segera seperti NGO Teras Pengupayaan Melayu (Teras) yang
menggesa kerajaan tidak membiarkan Malaysia menjadi sarang sindiket
mafia melakukan jenayah upah bunuh.75
Setelah isu kejadian tembak semakin menimbulkan kegusaran di
kalangan masyarakat dan parti pembangkang dilihat cuba menangguk di
air keruh memburukkan imej kerajaan, maka Perdana Menteri Dato Seri
Mohd Najib Tun Razak telah mengambil pendekatan yang diluar norma
politik biasa dengan menyerahkan kepada polis untuk meminta kerajaan
apa yang mereka perlukan dan kerajaan akan memberikan mereka apa
yang dikehendaki untuk meningkatkan keberkesanan pasukan itu dalam
memerangi jenayah serius. Perdana Menteri menyatakan bahawa kita
tidak boleh biarkan keadaan dengan jenayah serius ini berterusan.
Tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk mengembalikan
ketenteraman dan keyakinan orang awam, termasuk kuasa khas dibawah
undang-undang baru yang dijangka dibentang di Parliamen pada bulan
September 2013 katanya dalam status Facebooknya pada 31 Julai 2013.76
77

TINDAKAN LUAR BIASA (EXTRAORDINARY MEASURES)


Memperketat perundangan domestik Akta Senjata Api tahun 1960
(Pindaan 1989) diakui terbukti berkesan dalam mengawal dan menangani
isu perdagangan haram senjata api dalam segenap aspek di Malaysia.78
74

Harakahdaily. 2013. Jenayah: jangan tunggu Malaysia jadi bandar koboi. 14 Ogos.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/21356-jenayah-jangan-tunggu-malaysia-jadibandar-koboi [19 April 2014].
75
Harakahdaily. 2013. Jangan bagi negara jadi sarang mafia. 2 Ogos.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/21187-jangan-biar-negara-jadi-sarang-mafia [19
April 2014].
76
Harian Metro Ahad . 2013. Perangi Jenayah Serius. 1 Ogos.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perangijenayahserius/MA/Article/index_html [6 April
2014].
77
Ida Lim. 2013. PAS: Tackle gun smuggling to stop shootings, instead of reviving ISA, EO. 1
Ogos. The Malay Mail Online. http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/pas-tacklegun-smuggling-to-stop-shootings-instead-of-reviving-isa-eo [18 April 2014].
78
Kenyataan oleh Dato' Muhammad Hatta Abdul Aziz, Wakil Malaysia ke Persidangan Menilai
Kemajuan Pelaksanaan Pelan Tindakan Menentang Perdagangan Haram Senjata Api di New York,
pada Rabu, 28 Jun 2006. http://www.un.int/malaysia/GA/60thGA/6086.pdf [4 April 2014].

25
Walau bagaimanapun, satu langkah yang konkrit perlu dilaksanakan
kerajaan selain memperketat beberapa akta sedia kerana pihak polis
memerlukannya bagi menangani kumpulan penyeludup ini yang rataratanya didalangi kumpulan kongsi gelap. Pada 9 April 2014, Timbalan
Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar membentang
Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata
Berbahaya (Pindaan) 2013 pada persidangan Dewan Rakyat bagi
meminda Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya
1958 (Akta 357) yang bertujuan memastikan hukuman yang dikenakan
setimpal dengan kesalahan dilakukan oleh pesalah jenayah terancang dan
berat. Ini memandangkan jenayah-jenayah tersebut yang dilakukan oleh
kumpulan-kumpulan kongsi gelap sering melibatkan penggunaan senjata
berbahaya termasuk senjata api yang semakin berleluasa. Pindaan tersebut
juga merupakan usaha kerajaan memastikan keselamatan rakyat Malaysia
terus terlindung dan juga akan menjamin masyarakat hidup dalam keadaan
yang aman dan sejahtera. Oleh itu, pindaan hukuman dicadangkan
termasuk memanjangkan tempoh pemenjaraan daripada dua tahun kepada
tempoh pemenjaraan yang tidak kurang daripada lima tahun dan tidak
melebihi sepuluh tahun.79
Dalam satu tindakan luar biasa, Dewan Rakyat pada 4 Oktober
2013 telah bersidang sehingga lewat malam bagi membolehkan Rang
Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013
diluluskan. Perbahasan yang menyaksikan waktu sidang melepasi
kebiasaan itu mencerminkan betapa rang undang-undang tersebut amat
diperlukan. Malah, sebelum melepasi jam 12 tengah malam, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim terpaksa
membentangkan usul bagi menghentikan detik jam di Dewan Rakyat tepat
12 tengah malam untuk membolehkan secara teknikal perbahasan
diteruskan pada hari yang sama, seperti yang dituntut oleh peraturan
mesyuarat.80 Pewartaan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan
Pemerluasan) 2013 pada 1 April 2014 membenarkan penahanan tanpa
bicara bagi tujuan pencegahan jenayah, namun Menteri tidak lagi
mempunyai kuasa eksekutif untuk mengeluarkan perintah pengawasan
BERNAMA. 2014. Akta 357 perlu dipinda banteras jenayah berat Dr Wan Junaidi. 9 April.
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1029328 [10 April 2014].
80
Utusan Malaysia Online. 2013. Bisik-bisik Awang Selamat. 4 Oktober.
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131004/re_04/BISIK-BISIK-AWANGSELAMAT#ixzz2y66LfNPs [19 April 2014].
79

26
atau perintah tahanan. Tanggungjawab atau kuasa itu telah dipindahkan
kepada sebuah badan bebas iaitu Lembaga Pencegahan Jenayah yang ahliahlinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.81 Timbalan Menteri Dalam
Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika menggulung
perbahasan rang undang-undang berkenaan menyatakan bahawa
penggubalan pindaan tersebut jauh lebih baik dan berperikemanusiaan
berbanding akta asal (PCA), maka tidak perlu dibandingkan dengan Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau Ordinan Darurat (EO) yang telah
dimansuhkan selain undang-undang pindaan PCA itu juga adalah selaras
dengan hak asasi dan Islam.82
Penguatkuasaan preventif dan pemantapan risikan serta perang
saraf Malaysia mengakui wujudnya kekangan untuk mengawal
sempadan negara secara berkesan dan adalah hampir mustahil untuk
mempastikan bahawa barangan yang masuk melalui pintu masuk yang sah
adalah bebas daripada senjata api terlarang. Bagaimanapun, PDRM, Unit
Pencegah Penyeludupan (UPP) dan Kastan Diraja Malaysia mengambil
langkah-langkah pencegahan (preventive) untuk meminimakan masalah
penyeludupan senjata api.83 Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi semasa bercakap kepada media di Bagan Datoh, Perak pada
12 Oktober 2013 berkata kerajaan melaksanakan tiga langkah pencegahan
bagi mencegah penyeludupan senjata api secara haram di negara ini secara
berterusan, iaitu (i) pemeriksaan menyeluruh 100 peratus di semua pintu
masuk ke negara ini merangkumi laluan darat, laut dan udara; (ii) pihak
keselamatan akan bertindak berdasarkan laporan perisikan yang
mendapati terdapat pemilikan, simpanan, serta penyeludupan senjata api
secara haram ke negara ini; dan (iii) pemasangan signal untuk memantau
kemasukan barangan dari luar negara.84 PDRM dalam hal ini turut
merangka beberapa langkah baharu termasuk memantapkan maklumat
81

Utusan Online. 2014. Pewartaan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013. 1
April. http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140401/re_04/BISIK-BISIK-AWANGSELAMAT#ixzz2y5x4LhKj [19 April 2014].
82
Utusan Online. 2013. Dewan Negara lulus rang undang-undang pencegahan jenayah.11
Oktober. http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131011/pa_02/Dewan-Negara-lulus-RangUndang-Undang-Pencegahan-Jenayah-2013#ixzz2y64GQ3nM [19 April 2014].
83
Kenyataan oleh Dato' Muhammad Hatta Abdul Aziz, Wakil Malaysia ke Persidangan Menilai
Kemajuan Pelaksanaan Pelan Tindakan Menentang Perdagangan Haram Senjata Api di New York,
pada Rabu, 28 Jun 2006. http://www.un.int/malaysia/GA/60thGA/6086.pdf [4 April 2014].
84
Anon. 2013. Tiga langkah cegah seludup senjata api diperkenal. 12 Oktober. Sinar Harian.
http://www.sinarharian.com.my/tiga-langkah-cegah-seludup-senjata-api-diperkenal-1.211241 [6
April 2014].

27
risikannya di kawasan sempadan, melipatgandakan kerjasama dengan
Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan juga
Unit Pencegahan Penyeludupan, bertukar-tukar maklumat risikan selain
menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand, dan mengguna
kaedah perang saraf untuk mendidik masyarakat di kawasan sempadan
agar tidak berurusan dengan para penyeludup.85
Operasi-Operasi khas PDRM ''Ops Laras'' dan ''Ops Api''
merupakan antara langkah dari masa ke semasa yang diambil kerajaan
bagi menangani kes penyeludupan serta penggunaan senjata api secara
haram di Malaysia. Kedua-dua operasi tersebut dilaksana oleh PDRM
dimana ''Ops Laras'' merupakan operasi khas membanteras penyeludupan
senjata api di kawasan sempadan manakala "Ops Api pula ialah operasi
khas bagi tindakan terhadap kes jenayah melibatkan senjata api.86 PDRM
turut melancarkan Ops Cantas Khas pada 17 Ogos 2013 bagi
membendung kegiatan kongsi gelap terutama membabitkan gangsterisme,
senjata api, peras ugut, dan bunuh seterusnya membantutkan kegiatan
penyeludupan dan jenayah yang mengancam keselamatan negara.87
Sehingga 9 Disember 2013, PDRM telah memeriksa sebanyak 1.18 juta
individu dan 39,097 daripada individu tersebut telah ditahan atas pelbagai
kesalahan dan sebanyak 1,160 senjata api dan senjata berbahaya turut
dirampas sepanjang tempoh tersebut. Kejayaan paling ketara sepanjang
Op Cantas Khas dilancarkan adalah penurunan kadar jenayah sebanyak
tujuh peratus terutama kes jenayah kekerasan.88 Pasukan Gerakan Am
(PGA) yang ditempatkan di sepanjang pagar sempadan Perlis-Thailand
juga melaksanakan Ops Wawasan Kedah/Perlis untuk mengesan dan
membanteras penyeludupan senjata api, dadah, dan aktiviti
pemerdagangan manusia. Usaha lain yang dilakukan ialah dengan
memasang sebanyak 27 kamera litar tertutup CCTV di kawasan pagar

85

Anon. 2013. Penyeludupan Senjata Api Bermaharajalela Di Sempadan. 5 November.


http://www.malaysiakini.com/news/245804 [6 april 2014].
86
Yahoo! News Malaysia. 2013. 'Ops laras' dan 'ops api' antara usaha tangani kes seludup senjata
api. 8 Julai. https://my.news.yahoo.com/ops-laras-dan-ops-api-antara-usaha-tangani112358366.html [6 April 2014].
87
Anon. 2013. Penyeludupan Senjata Api Bermaharajalela Di Sempadan. 5 November.
http://www.malaysiakini.com/news/245804 [6 April 2014].
88
Utusan Malaysia Online. 2013. Ops Cantas Khas. 10 Disember.
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131211/dn_12/1.18-juta--diperiksa-Op-CantasKhas#ixzz2y5zcvHzK [6 April 2014].

28
keselamatan sejauh 5.3 kilometer sementara cadangan bagi memasang
lampu turut dipertimbangkan.89
Pasukan Khas Mengambil kira peningkatan penyeludupan
senjata api pada ketika itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit
Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin pada 14 Mei 2013
memaklumkan bahawa PDRM melancarkan gerakan besar-besaran
memburu kumpulan penjenayah yang membunuh sasaran dengan senjata
api menerusi langkah segera menubuhan pasukan khas di setiap kontinjen
negeri. Menurutnya, pasukan khas itu akan memantau pergerakan serta
menumpu kepada siasatan dalam kes tembak yang telah berlaku bagi
tujuan menyelesaikan kes-kes tersebut dalam kadar segera.90 Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Timur
meningkatkan pemeriksaan ke atas bot- bot nelayan asing yang ditahan
kerana menceroboh perairan negara bagi mencegah penyeludupan senjata
api.91 UPP Kelantan pula menubuhkan unit risik khusus membanteras
penyeludupan dadah dan senjata api di kawasan sempadan KelantanThailand.92
Kesimpulan Dalam bahagian ini, isu penyeludupan senjata api
telah dibincang menerusi kerangka sekuritisasi yang dipelopori
Copenhagen School of Security Studies. Aktor-aktor sekuriti melalui
speech act telah berjaya menggambarkan betapa suatu ancaman nyata
yang mengancam objek rujukan perlu ditangani melalui tindakan luar
biasa yang melangkaui norma-norma politik biasa. Proses sekuritisasi bagi
isu penyeludupan senjata api juga didapati telah dilaksanakan kerana
kepentingan isu tersebut kepada kelangsungan kerajaan pemerintah yang
kemudiannya telah mengambil beberapa tindakan luar biasa seperti
operasi khas polis yang memerlukan belanjawan besar. Proses sekuritisasi
juga lengkap apabila tindakan kerajaan itu dilihat tidak mendapat
89

BERNAMA. 2013. Perlis kawal ketat kawasan sempadan-MB. 16 Disember. Bernama Library &
Infolink Service. http://blis.bernama.com/mainHome.do [17 April 2014].
90
Utusan Malaysia Online. 2013. Polis Tubuh Pasukan Khas. 15 Mei.
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130515/je_01/Polis-tubuh-pasukan-khas [6 April
2014].
91
Utusan Malaysia Online. 2013. Maritim Malaysia tingkat cegah seludup senjata api. 1 Ogos.
http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130801/wt_04/Maritim-Malaysia-tingkat-cegahseludup-senjata-api [6 April 2014].
92
Utusan Harian. 2013. UPP Kelantan tubuh unit banteras senjata api. 14 Julai.
http://utusanharian.org/upp-kelantan-tubuh-unit-banteras-senjata-api/[6 April 2014].

29
bantahan masyarakat walaupun terdapat pandangan berbeza oleh parti
politik pembangkang. Komuniti perniagaan juga berjaya diyakinkan
antaranya Pemangku Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
Kuala Lumpur (DPMM KL), Datuk Daud Daros yang mengucapkan
tahniah kepada PDRM kerana berjaya dalam usaha membanteras
penjenayah tegar sejak pelancaran Ops Cantas Khas. Menurut beliau,
tindakan itu berkesan meningkatkan kepercayaan masyarakat
perdagangan dan industri Malaysia dan telah mengembalikan keyakinan
rakyat terhadap pasukan polis. DPMM KL harap pasukan polis
meneruskan tindakan itu sehingga ke akar umbi.93 Pindaan kepada Akta
Pencegahan Jenayah 2013 dilihat telah dapat mengembalikan semula
keyakinan orang ramai terhadap keselamatan mereka, setelah pihak
penguatkuasa diberikan semula kuasa penahanan tanpa perbicaraan bagi
kes-kes perlu secara terkawal. Kurangnya bantahan orang ramai terhadap
Akta tersebut menunjukkan bahawa masyarakat percaya dan yakin dengan
tindakan luar biasa yang diambil kerajaan untuk menangani ancaman
nyata penyeludupan senjata api terhadap kelangsungan masyarakat dan
negara.

93

BERNAMA. 2013. 304 anggota kongsi gelap diberkas sepanjang ops cantas khas-Khalid Abu
Bakar. 23 September. Bernama Library & Infolink Service. http://blis.bernama.com/mainHome.do
[17 April 2014].

30
SENARAI RUJUKAN
Abas, A.19 Februari 2014. Drug Abuses RM8 Billion Toll on
Government. The News Straits Times. http://www.nib.com.my
[19 April 2014].
Abdul Rahman.E. 2006. Pendatang tanpa kawalan cabar keselamatan
negara. Utusan Melayu. 25
Ogos. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=
0825&sec=forum&pg=fo_01.htm#ixzz2zIz7sIs3 [14 April
2014].
Acharya, A. 2001.Human Security: East versus West. Institute of
Defence and Strategic Studies. http://hdl.handle.net/10220/4416
[19 April 2014].
Anon. 2002. Southeast Asia. Migration News. March. Vol.9, No.3.
Anon. 2003, Ancaman PATI kepada keselamatan negara.Utusan
Malaysia. 7 Jun.
Anon. 2010. RM171 Juta tanggung perbelanjaan tahanan warga asing
tahun lepas.Bernama. 23 Mac.
http://www.bernama.com/bernama/v7/searchindex.php?terms=r
m171%20juta%20tanggung%20perbelanjaan%20tahanan [14
April 2014].
Anon. 2011. Malaysia an illegal transit point for foreigners. TheStar. 11
Disember.
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/12/11/Msia-anillegal-transit-point-for-foreigners-Trafficking-victims-arrive-inKLIA-before-going-to-Aust.aspx/ [14 April 2014].
Anon. 2013. Tiga langkah cegah seludup senjata api diperkenal. 12
Oktober. Sinar Harian. http://www.sinarharian.com.my/tigalangkah-cegah-seludup-senjata-api-diperkenal-1.211241 [6 April
2014].

31
Anon. 2013. Penyeludupan senjata api bermaharajalela di sempadan. 5
November. http://www.malaysiakini.com/news/245804 [6 April
2014].
Arnold Wolfer, National Security as ambiguous symbol, Political
Science Quarterly, Vol. 67, No. 4.
Asia One News. 2013. Only $4 to buy a gun in Malaysia. 7 Julai.
http://news.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Sto
ry/A1Story20130705-435052.html [18 April 2014].
Bakri Darus. 2003. Pemeriksaan ketat, penyeludup semakin ganas. 17
Mac. Bernama Library & Infolink Service.
http://blis.bernama.com/mainHome.do [17 April 2014].
Baylis, J. & Smith, S. 2005. The Globalization of World Politics: An
introduction to international relations. 3rd edition. New York:
Oxford University Press. Hlm.300.
BERNAMA. 1999. Polis Sarawak/Kalimantan perhebat banteras
jenayah. 19 Ogos. Bernama Library & Infolink Service.
http://blis.bernama.com/mainHome.do [17 April 2014].
BERNAMA. 2008. Kertas cadangan perketat kawalan sempadan akan
dikemukakan ke kabinet. 4 Ogos. Bernama Library & Infolink
Service. http://blis.bernama.com/mainHome.do [17 April 2014].
BERNAMA. 2013. Perlis kawal ketat kawasan sempadan-MB. 16
Disember. Bernama Library & Infolink Service.
http://blis.bernama.com/mainHome.do [17 April 2014].
BERNAMA. 2013. 304 anggota kongsi gelap diberkas sepanjang ops
cantas khas-Khalid Abu Bakar. 23 September. Bernama Library
& Infolink Service. http://blis.bernama.com/mainHome.do [17
April 2014].
BERNAMA. 2014. Akta 357 perlu dipinda banteras jenayah berat Dr
Wan Junaidi. 9 April.
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?i
d=1029328 [10 April 2014].

32

BERNAMA 2014. 17 ditahan berhubung kes tembak premis di Sabah. .


25 Februari. Bernama Library & Infolink Service.
http://blis.bernama.com/mainHome.do [17 April 2014].
Bigo, Didier. 2009. International Political Sociology. Security Studies:
An Introduction. New York: Routledge, Hlm.125.
Buku Maklumat Dadah. http://www.adk.gov.my [18 April 2014].
Castle, Allan. 1997. Transnational Organized Crime and International
Security. Vancouver. Institute of International Relations. The
University of British Columbia. 12-14.
Dasar Dadah Negara. http:// www.adk.gov.my [18 April 2014].
Dupont, A.1999.Transnational Crime, Drugs & Security in East
Asia.Asian Survey. 39:3. Hlm. 434.
Emmers, Ralf. 2010. Securitization. Contemporary Security Studies.
New York: Oxford University Press. Hlm.139.
FMT News. 2013. Khalid: Akhbar The New Paper berniat jahat. 3
Ogos.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/08/03/
khalid-akhbar-the-new-paper-berniat-jahat/ [18 April 2014].
Free Malaysia Today. 2013. Senjata api: KDN wujudkan SOP baharu. 23
Oktober.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/10/23/s
enjata-api-kdn-wujudkan-sop-baharu/ [6 April 2014].
Harakahdaily. 2013. Jangan bagi negara jadi sarang mafia. 2 Ogos.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/21187jangan-biar-negara-jadi-sarang-mafia [19 April 2014].
Harakahdaily. 2013. Jenayah: jangan tunggu Malaysia jadi bandar koboi.
14 Ogos. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-

33
utama/21356-jenayah-jangan-tunggu-malaysia-jadi-bandarkoboi [19 April 2014].
Harian Metro Ahad . 2013. Perangi Jenayah Serius. 1 Ogos.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perangijenayahser
ius/MA/Article/index_html [6 April 2014].
Hazayani Zakaria. 2013. Jenayah tembak guna senjata api seludup. 23
Oktober. http://bm.harakahdaily.net/index.php/beritautama/22936-jenayah-tembak-guna-senjata-api-seludup-kdn [6
April 2014].
Ida Lim. 2013. PAS: Tackle gun smuggling to stop shootings, instead of
reviving ISA, EO. 1 Ogos. The Malay Mail Online.
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/pas-tacklegun-smuggling-to-stop-shootings-instead-of-reviving-isa-eo [18
April 2014].
Joseph C.L. Malaysian Approach To Its Illegal Indonesian Migrant
Labour Problem: Securitization, Politics or Chatarsis?
Kassim. A. Filipino Refugees in Sabah: State Responses, Public
Stereotype and Dilemma over their Future, Southeast Asian
Studies, Vol. 47, No. 1, June 2009.
Kenyataan oleh Dato' Muhammad Hatta Abdul Aziz, Wakil Malaysia ke
Persidangan Menilai Kemajuan Pelaksanaan Pelan Tindakan
Menentang Perdagangan Haram Senjata Api di New York, pada
Rabu, 28 Jun 2006.
http://www.un.int/malaysia/GA/60thGA/6086.pdf [4 April
2014].
Kenyataan oleh T.Y.T Hamidon Ali, Wakil Tetap Malaysia bagi pihak
ASEAN mengenai agenda no. 106: pencegahan jenayah dan
keadilan; agenda no. 107: pengawalan dadah antarabangsa di
Komiti ke-3 sesi ke-60 Perhimpunan Agung PBB di New York
pada Jumaat, 7 Oktober 2005.
http://www.un.int/malaysia/GA/60thGA/6020.PDF [4 April
2014].

34

Kosmo! Online. 2014. Polis tubuh khas siasat kes tembak premis di Kota
Kinabalu. 12 Januari.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=011
2&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm [19 April 2014].
Laman web ASEAN. http://www.asean.org.my [19 April 2014].
Lizawati Madfa. 2013. UMNO guna kes bunuh tembak untuk
kembalikan Ordinan Darurat. 6 Ogos. Media Selangorku.
http://www.selangorku.com/?p=32429 [19 April 2014].
Malaysiakini. 2013. Penyeludupan senjata api bermaharajalela di
sempadan. 5 November.
http://www.malaysiakini.com/news/245804 [6 April 2014].
Mohd, H. 2014. Designer Drugs Vicious Crime Toll. The News Strait
Times. 2 Februari. http://www.nib.com.my [19 April 2014].
Mohd Yusoff, M.S. et. al. 2006. Pentadbiran dan Pengurusan Awam
Malaysia.Edisi Ke-1. Malaysia: Institut Tadbiran Awam
Malaysia. hlm. 381.
Mohd Yusoff, M.S. et. al.2006.Pentadbiran dan Pengurusan Awam
Malaysia.Edisi Ke-1. Malaysia: Institut Tadbiran Awam
Malaysia. hlm. 381.
M Star Online. 2013. Nazri Aziz Bimbang Jenayah Tembak Jejas Sektor
Pelancongan. 3 Ogos. http://www.mstar.com.my/berita/beritasemasa/2013/08/03/nazri-aziz-bimbang-jenayah-tembak-jejassektor-pelancongan/ [18 April 2014].
Mueller, Gerhard O. W. 1998. Transnational Crime: Definitions and
Concepts. Transnational Organized Crime 4(3&4): Hlm.14.
Nasir L. 2014. Perlu langkah drastik tangani PATI di Sabah, The Borneo
Post. 12 April. http://www.theborneopost.com/2014/03/25/ [14
April 2014].

35
Nor Azizan Idris. 2005. Hubungan Malaysia-Indonesia Dan Isu
Pendatang Asing Tanpa Izin. Dlm. Sity Daud & Zarina Othman
(pynt). Politik Dan Keselamatan, hlm. 146-168. UKM: Bangi,
Selangor.
Othman, Z. Rethinking Human Security in Southeast (SE) Asia.
Othman, Z. 2004. Human trafficking and security in Malaysia, 4th
International Malaysian Studies Conference; 3-5 August,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Dewan Rakyat, Parlimen Kedua Belas,
Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama bertarikh 14 April 2010.
http://www.parlimen.gov.my [18 April 2014].
Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Parlimen Ketiga Belas, Penggal Pertama,
Mesyuarat Pertama bertarikh 4 Julai 2013.
http://www/parlimen.gov.my [18 April 2014].
Penyata Rasmi Parlimen Dewan Negara, Parlimen Ke-12, Penggal
Kelima, Mesyuarat Ketiga, Bertarikh 3 Disember 2012.
http://www.parlimen.gov.my/hansard-dewan-negara [14April
2014].
Perutusan Ketua Polis Negara Kepada Warga PDRM Sempena
Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 203 Pada 25 Mac 2010,
www.rmp.gpv.my [18 April 2014].
Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri. 16 Februari 2014. Bahagian
Antarabangsa http://www.moha.gov.my/index.php/ms/abpengenalan. [1 April 2014].
Roketkini.com. 2013. Tiga kes tembakan semalam bukti jenayah makin
meningkat. 30 Julai. http://www.roketkini.com/2013/07/30/tigakes-tembakan-semalam-bukti-jenayah-makin-meningkat/ [19
April 2014].
Sen, Amartya K.1999. Development As Freedom. Oxford: Oxford
University Press.

36

Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz. 2013. Jenayah meningkat: Khairy


selar Pengerusi DAP Sarawak. 14 Ogos. Antara Pos.
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXp
VvZn7Wkb5dgbQ==[19 April 2014].
Smith, S. 2005. The Contested Concept of Security.Dlm. Ken Booth ed.
Critical Security Studies and World Politics. Boulder: Lynne
Rienner. Hlm. 34.
S. Tadjabkhsh. 2007. Human Security in International Organizations:
Blessing or Scourge? The Human Security Journal, Volume 4.
Statistik berdasarkan Laporan Dadah, Disember 2013 yang dikeluarkan
oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
The Malaysian Times. 2013. Penjenayah pilih revolver- semi auto
seludup ke Malaysia. 6 November.
http://www.themalaysiantimes.com.my/penjenayah-pilihrevolver-semi-auto-seludup-ke-malaysia/ [6 April 2014].
Trager, F & Simone. 1973. An Introduction To The Study Of National
Security. Dlm. Trager, F &Kronenberg, P.S (pnyt). National
Security and American Society: Theory, Process and Policy.
United Nation Convention Against Transnational Organized Crime and
The Protocols Thereto.
http://www.unodc.org/documents/treaties/UNTOC/Publications/
TOC%20Convention/TOCebook-e.pdf. [14 April 2014].
United Nations Office On Drugs And Crime. 2004. United Nations
Convention Against Transnational Organized Crime And The
Protocols Thereto.
http://www.unodc.org/documents/treaties/UNTOC/Publications/
TOC%20Convention/TOCebook-e.pdf [1 April 2014].
Utusan Harian. 2013. UPP Kelantan tubuh unit banteras senjata api. 14
Julai. http://utusanharian.org/upp-kelantan-tubuh-unit-banterassenjata-api/[6 April 2014].

37
Utusan Online. 2013. Bisik-bisik Awang Selamat. 4 Oktober.
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131004/re_04/BI
SIK-BISIK-AWANG-SELAMAT#ixzz2y66LfNPs [19 April
2014].
Utusan Online. 2013. Dewan Negara lulus rang undang-undang
pencegahan jenayah.11
Oktober. http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/2013101
1/pa_02/Dewan-Negara-lulus-Rang-Undang-UndangPencegahan-Jenayah-2013#ixzz2y64GQ3nM [19 April 2014].
Utusan Online. 2013. Maritim Malaysia tingkat cegah seludup senjata
api. 1 Ogos.
http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130801/wt_04/Mari
tim-Malaysia-tingkat-cegah-seludup-senjata-api [6 April 2014].
Utusan Online. 2013. Ops Cantas Khas. 10 Disember.
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131211/dn_
12/1.18-juta--diperiksa-Op-Cantas-Khas#ixzz2y5zcvHzK [6
April 2014].
Utusan Online. 2013. Op Cantas Khas 'buka mata' pelabur. 11 Oktober.
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131011/re_02/Op
-Cantas-Khas-'buka-mata'-pelabur [19 April 2014].
Utusan Online. 2013. Polis Tubuh Pasukan Khas. 15 Mei.
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130515/je_01/Poli
s-tubuh-pasukan-khas [6 April 2014].
Utusan Online. 2013. 15 kumpulan penyeludup dipercayai biayai
pencerobohan. 17 April.
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130417/dn_
04/15-kumpulan-penyeludup-dipercayai-biayai-pencerobohan
[19 April 2014].
Utusan Online. 2013.90% jenayah berat dilakukan bekas tahanan
Ordinan. Darurat. 18 Julai.
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130718/je_01/90-

38
jenayah-berat-dilakukan-bekas-tahanan-Ordinan-Darurat [19
April 2013].
Utusan Online. 2014. Pewartaan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan
Pemerluasan) 2013. 1 April.
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140401/re_04/BI
SIK-BISIK-AWANG-SELAMAT#ixzz2y5x4LhKj [19 April
2014].
Yahoo! News Malaysia. 2013. 'Ops laras' dan 'ops api' antara usaha
tangani kes seludup senjata api. 8 Julai.
https://my.news.yahoo.com/ops-laras-dan-ops-api-antara-usahatangani-112358366.html [6 April 2014].
Yahoo! News Malaysia. 2013. RCI: Pendatang asing miliki senjata api,
kata bekas ketua menteri Sabah. 15 Julai.
https://my.news.yahoo.com/rci-pendatang-asing-miliki-senjataapi-kata-bekas-054725645.html [6 April 2014].

You might also like