Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

DEFINISI PERPADUAN DAN INTEGRASI

Perpaduan bermaksud penggabungan, manakala integrasi pula membawa


maksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum
menjadi satu kesatuan atau penyatuan (Kamus Dewan, 2002).
Jika digabungkan dua perkataan ini, iaitu integrasi perpaduan ia
membawa maksud mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu
dengan satu identiti nasional. Kerjasama ini meliputi integrasi wilayah,
ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan dan politik (Mohd Ridhuan Tee
Abdullah, 2010: 62)
Manakala

konsep

integrasi nasional,

merupakan

penyatuan

kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza,


menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan
bersama, yang mempunyai unsur penting iaitu anggota kelompok
masyarakat yang bersatu padu sekalipun berlainan latar belakang,
masing-masing berasa dipunyai dan mempunyai satu kelompok yang
sama (a sense of belonging). Integrasi sebegini merupakan satu proses
yang berlaku hasil ikatan batin, iaitu ikatan perasaan antara manusia
sendiri. Ia adalah proses kerohanian atau spiritual, hasil daripada satu
penghayatan dalam mana akhirnya berlaku perkongsisn pemikiran dan
hati, jauh merentasi perbezaan budaya dan kumpulan etnik. Integrasi
nasional lebih merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu proses
penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan (Modul Kenegaraan,
2011: 179-180).
SEJARAH PENDIDIKAN
Negara Malaysia mempunyai sejarah pendidikan yang unik dan
tersendiri. Rentetan sejarah yang ada dan perubahan yang berlaku dalam
arena politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan pada masa lampau, telah
membawa kepada perubahan dalam perlaksanaan dasar dan corak
pendidikan negara Malaysia serta menjadi landasan untuk perubahan

pada masa akan datang. Berdasarkan kepada perkembangan sejarah


yang berlaku, pendidikan di Malaysia terbahagi kepada tiga peringkat iaitu
sebelum kedatangan British, semasa kedatangan British dan selepas
kemerdekaan.
Sejarah Pendidikan Sebelum Kemerdekaan
Sistem pendidikan sebelum kemerdekaan lebih bersifat keagamaan iaitu
berasaskan sistem pondok atau madrasah. Ianya berkembang pesat
sekitar tahun 1920-an hingga 1940-an (Gurnam Kaur Sindhu et al, 2005:
65). Sekolah jenis ini bertujuan bagi melahirkan pelajar yang bermoral
tinggi, namun terdapat kelemahan pada perlaksanaannya iaitu tidak
dapat melahirkan masyarakat Islam yang moden kerana tiada penekanan
kepada mata pelajaran sains, matematik dan bahasa Inggeris.
Sekolah Vernakular merupakan sekolah yang menggunakan bahasa
ibunda sebagai bahasa pengantar disetiap sekolah dan berasaskan
kepada identiti kaum masing-masing. Sekolah Melayu menggunakan
bahasa Melayu, Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina atau Mandrin
(Kuo Yu) dan bahasa Tamil untuk Sekolah Tamil. Manakala Sekolah
Inggeris hanya ditubuhkan di kawasan bandar yang mana sekolah ini
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (Gurnam Kaur
Sindhu et al, 2005: 65).
Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan
Pada zaman penjajahan, setiap sekolah ditubuhkan mengikut kaum dan
mempunyai kurikulum yang berbeza-beza serta lokasi sekolah juga
terpisah mengikut kaum masing-masing. Sekolah-sekolah berkembang
selaras dengan perkembangan ekonomi di Tanah Melayu pada masa itu,
contohnya Sekolah Cina mendapat bantuan dari golongan peniaga Cina.
Disamping itu juga sekolah Cina ini diberi pilihan sama ada mendapat
bantuan Negara Cina ataupun bantuan dari kerjaaan tempatan.

Sistem pendidikan pada zaman ini meninggalkan kesan yang


mendalam dari segi meningkatkan persaingan dikalangan semua kaum.
Walaubagaimana pun, kependudukan Jepun telah banyak mengubah dan
memberi kesan serta menjejaskan perkembangan pendidikan di Tanah
Melayu. Sekolah dan kolej terpaksa dibaiki dan diperkemaskan kerana
mengalami kerosakan dan siap selepas tahun 1946.

Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan


Selepas kemerdekaan, sistem pendidikan negara adalah berasaskan
kepada laporan yang dikeluarkan iaitu Laporan Barnes (1950), Laporan
Fenn-Yu (1951) dan diikuti oleh Ordinan Pelajaran pada tahun 1952.
Laporan Barnes disediakan bagi mengkaji dan menyiasat kedudukan
pendidikan orang-orang Melayu pada masa itu. Antara syor yang
diutarakan adalah penubuhan sekolah dwibahasan yang menggunakan
Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Selain itu
juga Sekolah Vernakular akan digantikan dengan Sekolah Kebangsaan.
Laporan Fenn-Yu pula bertujuan mengkaji semula Laporan Barnes kerana
dikatakan Laporan Barnes ingin menghapuskan bahasa dan kebudayaan
masyarakat Cina.
Oleh

yang

demikian,

bagi

menyelesaikan

kemelut

tersebut,

kerajaan British telah menubuhkan satu jawatankuasa dan laporan


jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Hasrat
Ordinan

Pelajaran

(1952)

bagi

membentuk

satu

corak

sistem

persekolahan yang menghapuskan Sekolah Vernakular Cina dan Tamil


tidak kesampaian disebabkan masalah kewangan pada ketika itu. Apa
yang jelas ialah sistem pendidikan pada zaman tersebut lebih dipengaruhi
oleh corak sosio-ekonomi yang dicetuskan oleh kaum masing-masing.
Aspirasi dan fikiran yang berlainan dikalangan masyarakat menyukarkan
pencapaian sesuatu matlamat (Gurnam Kaur Sindhu et al, 2005: 68).

DASAR PENDIDIKAN
Pada zaman penjajahan, sistem pendidikan telah berkembang tanpa
mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti
kebangsaan dan perpaduan negara. Ianya berkembang mengikut identiti,
taat setia dan keturunan mereka kepada negara asal. Ini memberi satu
tekanan kepada pembangunan rakyat tempatan pada ketika itu. Bagi
menggantikan sistem pendidikan penjajah, beberapa langkah telah
diambil

dan

bertujuan

menggubal

untuk

satu

memenuhi

Dasar

Pendidikan

keperluan

negara

Kebangsaan
dan

yang

menggalakkan

perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.


Dasar

Pendidikan

di

Malaysia

telah

melalui

beberapa

tahap

perkembangan. Pembentukan Kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang


pertama merupakan tahap awal kepada terbentuknya Dasar Pendidikan di
negara ini. Parti Perikatan yang mencapai kemenangan dalam pilihanraya
pada tahun 1995 di bawah pimpinan Yang Berhormat Dato Tun Abdul
Razak Hussien telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pelajaran dan
mensyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan. Laporan ini
dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan-cadangan penyata ini
termaktub dalam Ordinan Pelajaran (1957). Penyata Razak ini mempunyai
tujuan utama iaitu untuk menyatupadukan kaum di Malaysia yang mana
pada waktu itu terpisah oleh bahasa dan budaya yang berbeza-beza.
Antara matlamat utama Penyata Razak ini ialah :

Semua sekolah di Tanah Melayu mempunyai satu sukatan yang


sama.

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa


perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah


rendah dan menengah

Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India


sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu

Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan kaun


dapat dikurangkan.

Mewujudkan masyarakat yang toleransi, berdisiplin, terlatih, liberal


dan progresif.

Terdapat pelbagai reaksi yang diperolehi dikalangan kaum termasuk


parti politik kesan daripada Penyata Razak. Orang Melayu tidak berpuas
hati dan syahk wasangka terhadap kedudukan Bahasa Inggeris di
sekolah. Selain itu juga Kesatuan Guru Sekolah Cina dan akhbar Cina
menentang Perkara 12 iaitu objektif akhir adalah untuk menjadikan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. Manakala
Kesatuan Guru Sekolah Tamil menentang kerana berpendapat bahawa
kemajuan

Sekolah

Tamil

akan

terencat.

Akibat

terlalu

banyak

penentangan terhadap Penyata Razak maka satu jawatankuasa pula


ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Razak. Hasil semakan dan
kajian semula yang dijalankan terhadap Laporan Razak, maka terhasillah
Laporan Rahman Talib pada tahun 1960.
Secara umumnya Laporan Rahman Talib bersetuju dan menyokong
hampir kesemua dasar yang dicadangkan oleh Laporan Razak, dan
terhadap

beberapa

usul

tambahan.

Dalam

mencapai

matlamat

menyatupadukan kaum, Laporan Rahman Talib mengsyorkan supaya


pendidikan di peringkat sekolah rendah diberikan secara percuma, dan
membolehkan kanak-kanak menikmati alam persekolahan dalam sistem
pendidikan. Semua sekolah yang menerima bantuann kerajaan ditukar
menjadi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Dengan ini
perlbagai kaum dapat memelihara bahasa dan budaya masing-masing.
Manakala untuk mewujudkan dan mengeratkan perpaduan kaum,
peperiksaan juga telah diadakan dalam satu bahasa iaitu sama ada
Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Melalui laporan Razak dan
Laporan Rahman Talib ini terbentuklah Akta Pelajaran 1961. Akta

Pelajaran ini dibentuk bertujuan untuk mencapai perpaduan kaum di


Malaysia

melalaui

sistem

Pendidikan.

Akta

Pelajaran

1961

telah

menggariskan tiga asas utama iaitu keseragaman sistem persekolahan,


penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, dan
kurikulum serta peperiksaan sekolah yang sama dari segi kandungan dan
bercorak kebangsaan.
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah
Malaysia. Peristiwa rusuhan kaum memberi pengajaran yang besar
kepada kerajaan untuk mengatasi masalah pertembungan antara etniketnik di Malaysia. Pada tahun 1970, kerajaan memperkuatkuasakan dua
perkara penting iaitu Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru untuk
mewujudkan

keseimbangan

di

antara

kaum-kaum

dan

memupuk

perpaduan dikalangan rakyat di Malaysia. Bidang pendidikan menjadi


teras penting untuk menjayakan objektif Rukun Negara dan Dasar
Ekonomi Baru iaitu mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini.
Pemurnian Dasar Pendidikan untuk mencapai integrasi kaum berterusan
apabila kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1974
yang

bertujuan

menyemak

kembali

Dasar

Pendidikan

Kebangsaan.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad yang


pada ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran Malaysia.
Dalam laporan itu menyatakan tujuan jawatankuasa ini :
Mengkaji semula matlamat dan kesannya sisitem pendidikan
termasuk kurikulumnya, dalam rangka Dasar Pendidikan Kebangsaan
yang wujud, dengan tujuan memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat
negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun
jangka panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem
pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan
masyarakat yang bersatu padu berdisiplin dan terlatih (Mohamad Rodzi
Abd Razak, 2009: 100).

Laporan jawatankuasa ini adalah sama seperti laporan-laporan


yang terdahulu iaitu untuk menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat
dalam Akta Pelajaran 1961. Menjadikan pendidikan sebagai alat utama
untuk mencapai perpaduan di negara ini. Oleh tiu aspek bahasa telah
menjadi penekanan utama untuk mencapai hasrat kerajaan. Dalam
laporan ini, matlamat pendidikan Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu )
sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk
menyatukan rakyat (Mohd Yazid Yusoff et al.,2002: 4-5). Melalui laporan
Jawatankuasa

Kabinet

juga,

Pusat

Perkembangan

Kurikulum

telah

memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun


1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun
1983. Kerajaan juga memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara pada
tahun 1988 untuk membentuk individu murid yang menyeluruh dan
seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani, emosi dan jasmani
(Mohamad Rodzi Abd Razak, 2009: 101).
Menjelang

tahun

1995,

kerajaan

telah

meluluskan

Akta

Pendidikan 1996. Akta ini menggantikan Akta Pendiidkan 1961, tetapi


masih menyokong matlamat menyatupadukan kepelbagaian kaum di
Malaysia menerusi pendidikan. Akta ini menampilkan beberapa perubahan
besar terhadap dasar pendidikan negara dan dianggap sebagai dasar
yang sangat liberal. Ia dianggap membayangkan perubahan sikap
masyarakat

Melayu

dan

memenuhi

beberapa

impian

masyarakat

Cina(Mohamad Rodzi Abd Razak, 2009: 101). Akta ini juga memberi
penekanan

kepada

peningkatan

pendidikan

prasekolah,

pendidikan

swasta, pendidikan keguruan, pendidikan teknikal dan pendidikan khas.


Dalam seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa
bahasa kebangsaaan adalah abahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan kebangsaan kecuali di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina
dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (Gurnam Kaur Sidhu et al.,
2005: 75).

Terdapat 3 fokus utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan


iaitu yang pertama ialah perkembangan individu secara menyeluruh,
seimbang dan bersepadu. Kedua adalah perpaduan rakyat dan yang
ketiga pendidikan sepanjang hayat ke arah membina masyarakat yang
aman dan makmur. Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerajaan
mewajibkan murid tahap 2 di sekolah-sekolah rendah terlibat dan
menyertai aktiviti unit beruniform, persatuan dan sukan. Penglibatan
murid dalam aktiviti sebegini boleh memupuk semangat perpaduan
dikalangan murid yang terlibat jika dipupuk dari peringkat kecil lagi.
Perkembangan kurikulum pendidikan juga mengikut arus dan
kesesuaian semasa. Pada tahun 2010 Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) dilaksanakan di prasekolah menggantikan kurikulum
lama.

Manakala

Kurikulum

di

Standard

peringkat

sekolah

rendah

pula,

diperkenalkan

Sekolah

Rendah

(KSSR)

bagi

menggantikan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang mana mula dilaksanakan


pada tahun 2011 untuk Tahun 1.
Pada tahun 2011 juga, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyidddin Yassin telah melancarkan dasar 1 Murid 1 Sukan. Dari segi
rasionalnya, dasar ini menyumbang kepada pertandingan yang sihat,
semangat muhibbah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai-nilai
moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam
mengintegrasikan pelbagai kumulan etnik kepada satu bangsa yang
bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara (Buku Panduan
Perlaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan, 2011: 2).
Kesimpulannya pelbagai Dasar Pendidikan telah dilaksanakan
bermula

daripada

saat

negara

bebas

daripada

penjajahan

British

sehinggalah ke hari ini. Antara fokus utama dasar-dasar ini di samping


untuk memberi pendidikan kepada rakyat ianya jelas menjadi alat
terpenting untuk menyatupadukan dan mengintegrasikan etnik yang

pelbagai di negara ini. Dasar-dasar ini berkembang dan berubah dari


masa ke masa untuk memenuhi kehendak dan keadaan semasa.
Walaupun dasar ini seringkali berubah, namun ia tidak lari daripada
misinya yang asal iaitu membangunkan sesebuah negara di mana
rakyatnya berbilang kaum, bersatu padu untuk memacu negara ke arah
kegemilangan dan mampu bersaing dalam arus golbalisasi yang semakin
mencabar.
CABARAN

INTEGRASI

DAN

PERPADUAN

MELALUI

DASAR

PENDIDIKAN
Integrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui
Dasar Pendidikan berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar.
Salah satu cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah
aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan
keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan
ini menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima
perubahan

yang

ingin

dilaksanakan

oleh

kerajaan

dalam

dasar

pendidikan, kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan


pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan
mengorbankan unsur kaum sendiri. Situasi sebegini pasti akan mendapat
tentangan daripada pelbagai kaum kerana unsur keturunan, kepercayaan,
budaya dan bahasa sudah menebal dalam kaum masing-masing.
Cabaran kedua ialah pola kedudukan kaum yang berbeza-beza
juga menjadi salah satu cabaran untuk mencapai perpaduan dan integriti
kaum. Pola kedudukan kaum adalah berasaskan sumber ekonomi ini
berpunca pada zaman penjajahan iaitu dasar British yang mengamalkan
sistem pecah dan perintah (divide and rule). Di mana kedudukan ini dapat
dilihat orang Melayu menjadi petani dan menetap di kampung-kampung.
Orang Cina pula di tempatkan di kawasan lombong biji timah yang mana
akhirnya menjadi pekan-pekan baru dan berkembang menjadi bandar.

Manakala kaum India pula bekerja sebagai buruh ladang getah dan
menetap di estet-estet.
Untuk mencapai misi pendidikan iaitu perpaduan dan integriti kaum,
jarak kedudukan kaum ini menjadi satu cabaran yang sukar. Kerajaan
perlu memikirkan satu cara untuk meletakkan murid-murid daripada
pelbagai kaum disatu sekolah yang sama supaya matlamat dasar
pendidikan iaitu untuk menyatu dan mengintegrasikan kaum dapat
dicapai. Penempatan murid daripada pelbagai kaum dalam satu sekolah
atau

kawasan

kemerdekaan,

mungkin
kerajaan

dapat
dapat

dilaksanakan

mengubah

sekiranya

keadaan

selepas

ekonomi

iaitu

mewujudkan pelbagai pekerjaan yang menghapuskan pengenalan kerja


mengikut kaum.
Cabaran ketiga ialah menyediakan guru yang merupakan agen
kerajaan untuk menyampaikan dan melaksanakan dasar pendidikan
kepada murid dan masyarakat. Oleh itu aspek guru juga menjadi cabaran
untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum. Guru perlu dipersiapkan
dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan lengkap untuk menghadapi
pelbagai situasi di sekolah dan masyarakat sekitarnya. Guru perlu
memahami misi, objektif dan matlamat akhir sesuatu dasar pendidikan
supaya hasrat perlaksanaan sesuatu dasar itu terlaksana.
Jika seseorang guru itu cetek ilmu dan malas untuk mengambil
tahu isu semasa, ia akan menimbulkan masalah dalam proses pengajaran
dan pembelajaran seterusnya membawa murid-murid ke arah matlamat
yang salah menyebabkan salah satu matlamat iaitu mencapai perpaduan
dan integrasi antara kaum tidak dapat dicapai. Oleh itu pihak kerajaan
perlu memberi latihan dan kefahaman kepada setiap guru apabila
melaksanakan sesuatu dasar yang baru supaya segala perancangan
mengikut landasan yang betul dan generasi yang akan datang lahir

sebagai

individu

yang

mempunyai

sifat

cinta

dan

membudayakan

perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat.


Media massa juga menjadi agen penyampai matlamat tentang
dasar-dasar kerajaan termasuklah dasar pendidikan. Media massa bukan
hanya membekalkan fakta dan data tertentu. Ia juga memberikan
maklumat

tentang

matlamat,

maksud

dan

kesignifikanan

sesuatu

peristiwa. Media massa ini pula perlu peka apabila menyampaikan


sesuatu dasar itu, lebih-lebih lagi jika isu tersebut menyentuh isu-isu
sensitif supaya tidak menimbulkan konflik dikalangan masyarakat. Melalui
matlamat yang tepat, masyarakat akan dapat memahami kehendak dan
matlamat kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar.
KEBERHASILAN INTEGRASI DAN PERPADUAN KAUM
Bidang Pendidikan
Keberhasilan integrasi dan perpaduan dalam bidang pendidikan di
Malaysia boleh dinilai dalam beberapa aspek utama iaitu :
1.

Matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama

2.

Matlamat mewujudkan sekolah pelbagai kaum

3.

Matlamat menyatukan pelbagai kaum melalui aktiviti ko-kurikulum


Dalam kerajaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan, ianya masih lagi belum mencapai matlamat yang diinginkan.
Kaum Cina merupakan kaum yang paling kuat menentang matlamat
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Ini kerana mereka
bimbang bahasa ibunda mereka akan hilang penggunaanya pada masa
akan datang. Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 memberi kelonggaran
kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk menjadikan bahasa ibunda mereka
sebagai bahasa pengantar dan menjadikan mengurangkan penggunaan
Bahasa Melayu. Oleh itu, sehingga sekarang kerajaan melalui perubahan-

perubahan

dasar

pendidikan

masih

belum

mencapai

matlamat

menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama disemua


sekolah di negara ini. Kegagalan kerajaan menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar di semua sekolah merumitkan lagi usaha untuk
mencapai integrasi dan perpaduan kaum di Malaysia. Ini adalah kerana,
semua kaum berusaha mempertahankan bahasa ibunda masing-masing
dan sehingga wujudnya jurang integrasi antara etnik-etnik di negara ini.
(Riduan Tee, 2010: 69)
Manakala hasrat dan matlamat kerajaan untuk mewujudkan
sekolah integrasi iaitu pelbagai kaum di dalam sebuah sekolah atau
beberapa buah sekolah pelbagai kaum dalam satu kawasan juga masih
lagi

belum

dapat

dilaksanakan.

Sebagai

contoh,

kerajaan

telah

mewujudkan Sekolah Wawasan namun mendapat tentangan hebat dari


masyarakat

Cina

kerana

menganggap

Sekolah

Wawasan

akan

menghilangkan identiti dan bahasa ibunda mereka (Modul Kenegaraan,


2010: 184). Pada masa ini bukan sahaja sekolah rendah dan sekolah
menengah berasaskan bangsa dan kaum, tetapi juga pusat-pusat
pengajian tinggi tempatan ditubuhkan berasaskan kepada kaum. Dalam
konteks pengajian tinggi di Malaysia, terdapat 20 buat Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dan 32 buah Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
telah disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Penubuhan IPTS ini
ada yang berasaskan kaum dan parti politik seperti penubuhan Universiti
Tunku Abdul Rahman (UNITAR). Universiti ini dimiliki oleh Malaysian
Chinese Association (MCA) dan hampir seratus peratus (100%) daripada
pelajarnya adalah kaum Cina.
Satu kajian yang dijalankan oleh

sekumpulan pensyarah di

Universiti Utara Malaysia terhadap pelajar-pelajar mereka yang berbangsa


Melayu, Cina dan India mendapati kebanyakkan pelajar-pelajar tersebut
mempunyai sentimen perkauman yang tinggi. Para pelajjar masih suka
bergaul dengan kaum sendiri dalam semua hal berbanding bergaul

dengan kaum-kaum lain. Semua ini berlaku disebabkan oleh proses


sosialisasi yang dilalui sebelum memasuki alam kampus. Polarisasi ini
amat membimbangkan dan menjadi penghalang kepada integrasi dan
perpaduan antara kaum di Malaysia (Riduan Tee, 2010: 74). Daripada
hasil kajian ini dapat dikatakan bahawa pelajar-pelajar yang mendapat
pendidikan di sekolah yang berasaskan kaum tertentu lebih suka
menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di pusat-pusat
pengajian yang mempunyai kaum yang sama dengan kaumnya. Hal ini
boleh membantutkan usaha kerajaan mencapai perpaduan di negara ini.
Walau bagaimanapun, usaha kerajaan mencapai perpaduan
melalui ko-kurikulum di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan
pengajian tinggi menampakkan hasil yang positif. Melalui aktiviti kokurikulum

seperti

aktiviti

kebudayaan,

keseniaan

dan

sukan

menampakkan semangat perpaduan diantara pelajar-pelajar pelbagai


kaum. Aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan dan membangkitkan
semangat tolong-menolong, semangat setiakawan dan saling percayamempercayai di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yang terlibat.
Penglibatan

pelajar

secara

aktif

dalam

bidang

ko-kurikulum

akan

melahirkan individu pelajar yang berfikiran terbuka dan matang dalam


perhubungan dan bersosial.
Secara keseluruhannya hasrat dan matlamat kerajaan untuk
mengintegrasi dan menyatupadukan kaum melalui dasar pendidikan di
sekolah dan pusat pengajian tinggi belum lagi mencapai matlamat
sepenuhnya walaupun terdapat hasil yang boleh dibanggakan. Ini kerana
setiap dasar yang dilaksanakan mendapat tentangan daripada pelbagai
pihak yang tidak melihat dasar pendidikan tersebut dari sudut politik.
Mereka sering berprasangka buruk sebelum menilai dan melihat dasar
tersebut secara terperinci. Mereka juga sering mendahulukan kepentingan
kaum daripada kepentingan nasional. Namun demikian usaha kerajaan
untuk menyatupadukan pelbagai kaum melalui dasar pendidikan dapat

dilihat hasil positifnya dalam bidang ko-kurikulum. Pelajar pelbagai kaum


yang terlibat secara aktif akan menjadi lebih matang dan bertoleransi
dengan kaum lain hasil daripada kerjasama yang mereka lalui.
Bidang Politik
Dalam

bidang

politik

pula,

Dasar

Pendidikan

Kebangsaan

berhasrat melahirkan generasi yang akan memimpin negara menjadi


sebuah negara maju dan mempunyai semangat patriotik. Ianya adalah
satu penubuhan parti politik yang tidak bersifat perkauman dan ahlinya
terdiri

daripada

pelbagai

kaum.

Sifat

perjuangannya

pula

adalah

meletakkan kepentingan umum lebih daripada kepentingan kaumnya


sendiri. Namun pada hari ini di Malaysia, kepelbagaian kaum yang ada
menyebabkan masyarakat masing-masing menubuhkan persatuan dan
parti politik yang berasaskan kepada kaum masing-masing. Contohnya
kaum Melayu memperjuangkan hak orang-orang Melayu melalui pasrti
United Malaysian National Organisation (UMNO), orang Cina melalui parti
Malaysian Chinese Assosiation (MCA), dan kaum India melalui parti
Malaysian Indian Congress (MIC). Alasan parti-parti politik ini ditubuhkan
mengikut kaum adalah untuk mengelakkan kaum itu ditindas oleh kaum
lain. Keadaan ini sebenarnya akan lebih menimbulkan konflik dan
pertikaian daripada penyelesaian tentang sesuati isu yang dibangkitkan.
Keadaan politik di negara Malaysia hari ini adalah kerana
kegagalan dasar pendidikan yang dilaksanakan untuk melahirkan pelapis
pemimpin negara untuk menghormati dan memahami kaum lain. Hal ini
bukan hanya berpunca daripada kelemahan yang terdapat dalam dasar
pendidikan tersebut tetapi ianya juga berpunca daripada sikap kaum itu
sendiri yang ego dan mementingkan kaum serta gagal untuk menerima
perubahan yang terdapat dalam dasar pendidikan. Sebagai contohnya,
perlaksanaan dasar bahasa kebangsaan dan sekolah integrasi yang
ditentang hebat oleh pelbagai kaum tanpa memikirkan kebaikan dan
tujuan murni kerajaan untuk melahirkan generasi yang memahami dan

peka terhadap kaum lain. Generasi yang ingin dihasilkan melalui dasar
pendidikan yang dirancang akan mampu memahami dan menghormati
kaum lain dan seterusnya memerintah negara Malaysia dengan adil tanpa
menindas dan menafikan hak-hak kaum lain.
Dalam senario politik semasa juga dapat dilihat bahawa krisis
nilai, akhlak atau etika di kalangan pemimpin menyumbang
perpecahan.

Dasar

pendidikan

pada

peringkat

awal

ke arah

gagal

untuk

memberikan penekanan kepada peri pentingnya penerapan nilai-nilai


murni dan akhlak mulia untuk membentuk generasi yang seimbang dari
segi luaran dan dalaman. Oleh itu lahirlah generasi pemimpin yang tidak
mampu

untuk

menghadapi

tekanan

dengan

profesional.

Maka

terbentuklah aliran politik yang negatif iaitu saling mencari keburuk pihak
lawan dan bukannya menampilkan kewibawaan diri sendiri. Corak politik
yang sebegini akan menyumbang kepada perpecahan dan pertelingkahan
dikalangan ahli-ahli politik dan para penyokongnya, seterusnya akan
menghalang berlakunya perpaduan kaum di Malaysia. Oleh yang demikian
langkah dan tindakan mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara untuk
melahirkan generasi yang seimbang amat tepat. Namun negara masih
lagi belum dapat melihat hasilnya pada hari ini.
Politik

yang

berasaskan

kaum

ini

seringkali

menimbulkan

ancaman yang besar terhadap kesejahteraan negara. Ianya berlaku


apabila ahli politik yang cetek ilmu pengetahuan tentang sejarah di
Malaysia mempertikaikan kuasa Raja-raja Melayu dan status kedudukan
orang-orang Melayu. Isu-isu ini bagaikan mencurahkan minyak ke dalam
bara api. Ia boleh membangkitkan api kemarahan orang-orang Melayu
dan boleh mencetuskan pertumpahan darah di negara ini. Oleh itu, mata
pelajaran sejarah perlu diajar diperingkat sekolah rendah lagi dan perlu
dijadikan mata pelajaran teras supaya isu-isu berkaitan Raja-raja Melayu
dan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dapat difahami oleh
semua kaum di negara ini.

Dalam bidang politik ini, kelemahan dasar pendidikan untuk


melahirkan pelapis pemimpin negara yang bersifat patriotik menyebabkan
wujudnya parti-parti politik yang bersifat perkauman. Perjuangan mereka
lebih

mementingkan

pembelaan

kaum

masing-masing

melebihi

kepentingan negara. Manakala krisis nilai dan akhlak yang membelenggu


personaliti ahli-ahli politik masa kini juga mengakibatkan berlakunya
perselisihan kaum yang menyumbang kepada perpecahan.
Bidang Ekonomi
Dasar Pendidikan Negara juga dirancang dan dilaksanakan dengan
matlamat untuk melahirkan individu yang berilmu dan berkemahiran yang
akhirnya mampu untuk bersaing dalam pelbagai bidang pada masa akan
datang termasuklah bidang ekonomi. Dalam sudut ekonomi ini, jurang
ekonomi yang jauh berbeza antara kaum di negara ini menyulitkan
kerajaan mencapai agenda perpaduan. Di samping itu juga, melalui
pendidikan pengenalan identiti kaum mengikut jenis pekerjaan juga dapat
dihilangkan. Untuk menilai sama ada berjaya atau tidak matlamat dan
hasrat kerajaan, ianya boleh dilihat dari sudut kejayaan mengurangkan
jurang ekonomi di antara kaum dan kejayaan menghapuskan pengenalan
identiti kaum melalui bidang ekonomi.
Jurang

ekonomi

yang

besar

akan

menyukarkan

agenda

perpaduan dan integrasi kaum. Di negara ini, kaum Cina mendominasi


bidang ekonomi. Keadaan ini menimbulkan rasa iri hati kaum lain
terhadap kaum Cina. Untuk mengatasi masalah ini kerajaan melalui dasar
pendidikan telah berjaya melahirkan ramai golongan terpelajar dalam
bidang ekonomi. Justeru itu, pada masa kini telah muncul individuindividu daripada pelbagai kaum yang berjaya menyaingi kaum cina
dalam bidang ekonomi khususnya bidang perniagaan. Persaingan yang
sihat ini akan mengurangkan rasa cemburu dan iri hati kaum lain
terhadap kaum Cina.

Pada masa kini juga, jenis pekerjaan tidak lagi menggambarkan


identiti sesuatu kaum di Malaysia. Semua kaum bebas memilih pekerjaan
yang mereka inginkan, sama ada dalam sektor awam, swasta atau
bekerja sendiri. Keadaan ini adalah hasil daripada dasar kerajaan yang
telah berjaya memberi pendidikan kepada semua kaum. Dalam sektor
awam, jawatan guru contohnya, terdiri daripada pelbagai kaum, Melayu,
India, Cina, Iban, Kadazan dan sebagainya. Melalui percampuran pelbagai
kaum dalam bidang yang sama akan memudahkan lagi matlamat
kerajaan untuk mencapai perpaduan dan integriti kaum di negara ini.
Golongan ini lebih mudah memahami dan menghormati budaya dan adat
resam kaum lain.
Oleh
pendidikan

yang

yang

demikian

dilaksanakan

dapatlah
oleh

dikatakan

pihak

kerajaan

bahawa,
telah

dasar
berjaya

melahirkan golongan yang terpelajar dan berilmu daripada pelbagai


kaum. Golongan terpelajar ini telah merubah corak kehidupan dan
ekonomi di negara ini. Tiada lagi monopoli ekonomi oleh suatu kaum
sahaja, bahkan ekonomi Malaysia terbuka luas untuk diterokai oleh
semua kaum. Melalui corak ekonomi yang lebih terbuka ini, jurang
ekonomi di antara kaum dapat dikurangkan.
Bidang Sukan dan Kesenian
Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat membentuk individu murid yang
menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Oleh yang demikian dasar pendidikan juga menekankan aspek kokurikulum dalam menyatupadukan murid pelbagai kaum. Melalui kokurikulum bakat murid dapat diasah dan diperkembangkan lagi ke
peringkat yang lebih tinggi. Melalui dasar pendidikan inilah, minat murid
dalam bidang sukan dan kesenian ditanam dan diperkembangkan.

Negara kita telah mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan.


Contohnya sukan skuasy,

badminton, bola sepak dan sebagainya.

Pelbagai lapisan masyarakat dan kaum telah menunjukkan semangat


patriotik dengan bersatu memberikan sokongan kepada ahli-ahli sukan
negara dan juga peserta-peserta yang terlibat. Kemenangan sama-sama
diraikan dan kekalahan turut sama dirasai. Ini menunjukkan kejayaan
dasar pendidikan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum dengan menanam minat terhadap sukan. Namun begitu, masih
ada kelemahan dalam bidang sukan ini. Iaitu masih ada sukan yang
dimonopoli oleh kaum tertentu sahaja. Contoh yang jelas adalah sukan
bola keranjang dimonopoli oleh kaum berbangsa Cina. Perlawanan bola
keranjang

peringkat

kebangsaan

yang

disiarkan

melalui

Astro

menunjukkan bahawa hanya kaum Cina yang terlibat, pemain, penonton


dan pengadil semuanya berbangsa Cina. Begitu juga dengan sukan sepak
takraw, semua pemain adalah berbangsa Melayu. Oleh itu kerajaan perlu
berusaha supaya sukan-sukan sebegini diminati oleh semua golongan dan
kaum.
Manakala dalam bidang kesenian pula, murid-murid dididik supaya
meminati seni dari peringkat sekolah rendah lagi. Melaui kesenian, muridmurid diajar tentang kebudayaan dan kesenian pelbagai bangsa di
Malaysia. Pendidikan kesenian ini akan membuka dan mematangkan
minda murid-murid. Mereka boleh menerima dan akan menghormati
budaya orang lain. Minat yang disemai dari peringkat awal lagi akan
melahirkan insan-insan seni dalam pelbagai bidang seperti seni lakonan,
seni tarian, nyanyian, seni lukis dan sebagainya. Insan-insan seni yang
memahami kebudayaan dan sensitiviti bangsa lain akan melahirkan
karya-karya yang bercorak perpaduan. Melalui karya-karya sebegini akan
membantu

membuka

minda

individu

lain

ke

arah

kecemerlangan

perpaduan. Sebagai contohnya seorang pengarah filem menghasilkan


filemyang bercorak patriotik akan member kesan yang positif dan
prasangka baik di kalangan penonton.

Hasrat kerajaan melalui dasar pendidikan untuk menyatupadukan


kaum dalam bidang sukan dan kesenian telah mencapai matlamatnya.
Kejayaan ini menjadikan kerajaan lebih ghairah memperkenalkan dasar
baru agar semua murid terlibat dalam aktiviti sebegini. Penubuhan
sekolah sukan dan sekolah seni merupakan antara titik tolak usaha
kerajaan memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia. Dasar 1 Murid 1
Sukan juga telah dilaksanakan bermula tahun 2011 utnuk memastikan
perpaduan kaum dapat dicapai.
Bidang Sosial
Dalam bidang sosial, melalui dasar pendidikan kerajaan berhasrat untuk
meningkatkan keharmonian dan perpaduan antara kaum. Perpaduan dari
sudut sosial ini ialah penyatuan kelompok masyarakat yang berbilang
bangsa dengan latar belakang kebudayaan dan kepercayaan yang
berbeza hidup bersama dan slain bertolak ansur utnuk kepentingan dan
faedah

bersama.

Melalui

pendidikan,

kerajaan

menekankan

peri

pentingnya mempelajari sejarah, kebudayaan dan kepercayaan kaum lain


serta menghormatinya. Pengetahuan amat bernilai supaya tidak berlaku
kejutan budaya apabila berlakunya pertembungan di antara kaum dan
etnik yang berlainan.
Perpaduan dan integrasi sosial pada hari ini dapat dilihat dalam
kehidupan masyarakat negara ini yang tinggal di kawasan bandar dan
kawasan luar Bandar. Kawasan taman perumahan contohnya, pelbagai
kaum tinggal berjiran, mereka saling bekerjasama untuk menjaga
keharmonian

kawasan

mereka.

Manakala

pelbagai

aktiviti-aktiviti

dirancang dan dilaksanakan bersama. Persatuan Rukun Tetangga yang


ditubuhkan

diharap

oleh

ahli-ahli

pelbagai

kaum

untuk

keamanan dan keselamatan kawasan tempat tinggal mereka.

menjaga

Di samping itu, perpaduan kaum juga dapat dilihat melalui


perkahwinan. Pada masa kini perkahwinan berlainan bangsa bukan lagi
menjadi perkara baru bahkan kebanyakkannya direstui oelh keluarga
kedua-dua pihak. Senario ini banyak berlaku di negeri Sabah yang mana
bilangan etniknya berjumlah 42 etnik. Jika pada suatu masa dahulu
perkahwinan sebegini boleh menimbulkan persengketaan antara keduadua etnik, tetapi pada masa kini ianya sudah menjadi kebiasaan hasil
daripada sifat tolak ansur dan menghormati antara satu sama lain.
Melalui pendidikan juga, pelbagai kebudayaan masyarakat berbilang kaum
di Malaysia mula difahami dan diterima oleh kaum lain selagi ianya tidak
menyebabkan kehilangan identiti asal kaum. Sebagai contoh, budaya
bertukar-tukar makanan di kalangan jiran, sambutan perayaan bersamasama, pemberian duit raya dan sebagainya
Walaupun

begitu

dari

bidang

sosial

ini,

masih

lagi

berlaku

pertelingkahan dan pergaduhan yang menumpahkan darah akibat berlaku


pertembungan antara dua atau lebih kaum yang berbeza adat dan
budaya. Namun seringkali berita-berita sebegini tidak disiarkan di media
massa untuk mengelakkan perbalahan antara kaum menjadi lebih buruk.
Faktor utama yang mencetuskan perkara ini ialah faktor sikap dan
mendahulukan kepentingan kaum daripada kepentingan bersama. Oleh
itu dasar kerajaan melalui Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) amat tepat iaitu
menerap nilai-nilai murni seawal usia lagi.
Penutup
Untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini bukanlah
suatu tugas yang mudah. Proses untuk mencapai perpaduan dan integrasi
mengambil masa yang lama serta memerlukan perancangan yang teliti,
tepat dan bijaksana. Bidang pendidikan merupakan bidang yang paling
penting dan sesuai untuk mencapai hasrat kerajaan menyatupadukan dan
mengintegrasikan pelbagai kaum. Oleh yang demikain, pelbagai dasar

pendidikan

telah

dirancang

dan

dilaksanakan

secara

berperingkat-

peringkat sesuai dengan suasana dan keadaan semasa untuk mencapai


matlamat tersebut. Setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan telah
menghadapi tentangan dan cabaran yang berbeza daripada pelbagai
kaum di negara ini. Seringkali faktor sikap mementingkan kaum sendiri
melebihi kepentingan negara menjadi penghalang kejayaan sesuatu
dasar. Justeru itu, untuk mencapai perpaduan kaum secara mutlak semua
pihak perlu meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dan
kaumnya. Sekiranya sikap ini tidak dapat dipraktikkan oleh semua kaum,
hasrat untuk mencapai perpaduan dan integrasi di negara ini hanya
menjadi angan-angan yang tidak mungkin dapat dicapai.

You might also like