Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5

BAB 4 : HABA DAN TENAGA


SUHU

ASPEK

 Ukuran darjah kepanasan

takrif

 Dinaikkan semasa haba


menyerab dan diturunkan
apabila haba dibebas

Ciri-ciri

 Kuantiti asas
 Kelvin, K
 Celsius, C
 Fahrenheit ,F

Kelas kuantiti
Unit SI
Unit lain

HABA
 Satu bentuk tenaga
 Dipindahkan dari kawasan
bersuhu tinggi ke kawasan
bersuhu rendah
 Kuantiti terbitan
 Joule, J
 Kalori ( cal )

4.2 KESEIMBANGAN TERMA


Berlaku apabila 2 objek bersentuhan
Tenaga haba akan dipindahkan dan sampai satu tahap suhu tidak meningkat kerana suhu
kedua-dua objek telah sama.
Kadar pemindahan haba bersih adalah sifar.

APLIKASI KESEIMBANGAN TERMA


a) MEMBUAT KEK
Apabila kek yang bersuhu rendah dimasukkan ke dalam ketuhar, kek akan menyerap tenaga
haba pada kadar yang lebih tinggi daripada membebaskan tenaga

Kek itu mengalami penyerapan tenaga dan suhunya akan meningkat

Selepas suatu masa, suhu kek sama dengan suhu ketuhar. Pada masa ini, pemindahan haba
bersih adalah sifar. Kek mencapai keseimbangan terma dengan ketuhar.

b) MENGUKUR SUHU BADAN


Wujud sentuhan antara thermometer dan lidah pesakit.
Tenaga haba mengalir dari badan pesakit ke thermometer. Sampai satu tahap, suhu keduaduanya adalah sama.
Kadar pemidahan haba bersih adalah sifar.
c)

MENGUKUR SUHU CECAIR


Thermometer dimasukkan ke dalam cecair supaya wujudnya sentuhan antara dua objek.
Haba daripada cecair akan mengalir ke thermometer dan suhunya naik.. selepas suatu masa
suhu kedua-duanya sama.
Kadar pemindahan haba bersih adalah sifar.

1|www.sagadbl.com

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


4.3 KONSEP MUATAN HABA( J kg-1 C-1 )
 Jumlah tenaga haba yang yang diperlukan oleh sesuatu bahan untuk menaikkan suhu bahan
tersebut sebanyak 1C bagi 1kg bahan.
 Muatan haba sesuatu bahan bergantung kepada :
a) Jisim bahan
b) Jenis bahan
c) Kuantiti haba yang dibekalkan
BAHAN

MUATAN HABA

Besar

kecil

SIFAT BAHAN

Lambat panas
Lambat sejuk
Bahan penyejuk
Cepat panas
Cepat sejuk
Bahan peralatan memasak

 Muatan haba tentu ialah tenaga haba yang diserab @ dibebaskan untuk mengubah
keadaan bahan.

Q = mc
Q = tenaga haba diserab @ dibebas
M = jisim bahan
C = pemalar
 = perubahan suhu
 Tenaga haba juga boleh dipindahkan daripada bentuk tenaga lain :
I. Tenaga elektrik

Pt = mc
P = kuasa pemanas
t = tempoh masa
II. Tenaga kinetic

1 mv2 = mc
2
III. Tenaga keupayaan

mgh = mc
2|www.sagadbl.com

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


 Kegunaan muatan haba tentu
1) Peralatan memasak :
Peralatan memasak diperbuat daripada bahan yang mempunyai muatan haba
yang kecil
Pemegangnya diperbuat daripada bahan yang bermuatan haba yang lebih besar
dan juga konduktor haba yang lemah.
2) Air sebagai agen penyejuk dalam enjin kereta

Enjin kereta menghasilkan banyak haba . oleh itu, air memainkan peranan
sebagai penyimpan haba yang bertindak sebagai agen penyejuk bagi
mengelakkan peningkatan suhu yang terlalu tinggi.
3) Bayu laut dan bayu darat

Bayu laut

 Daratn dan lautan menerima haba yang


sama daripada cahaya matahari.
 Permukaan darat lebih cepat panas
berbanding air kerana muatan habanya <
daripada muatan haba laut.
 Ketumpatan udara di daratn lebih rendah
berbanding di lautan.
 Udara panas akan bergerak ke atas
menghasilkan kawasan yang bertekanan
rendah
 Uadara sejuk di permukaan laut yang
bertekanan tinggi bergerak ke daratan untuk
mengisi tempat udara panas untuk
membentuk satu perolakan.
3|www.sagadbl.com

Bayu darat

 Air laut lebih panas daripada daratan kerana


muatan habanya > besar daripada muatan
haba di daratan.
 Menyebabkan haba air laut lambat
disingkirkan berbanding daratan.
 Udara di permukaan laut yang panas
bergerak ke atas dan menghasilkan kawasan
yang bertekanan tinggi
 Udara sejuk di permukaan darat yang
bertekanan rendah bergerak ke permukaan
laut mengisiu udara panas yang ditinggalkan
membentuk satu perolakan.

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5

Cth soalan:
1) Berapakah kuantiti haba yang perlu dibekalkan apabila sebatang rod besiberjisim 3kg untuk
menaikkan suhunya dari 25C ke 60C.? (muatan haba tentu besi = 452 J kg-1 C-1 )
m = 3kg
 = 60 25 = 35C
Q = mc
= 3 ( 452 ) ( 35 )
= 47460 J

2) Sebuah cerek dengan kuasa 2400 W mengandungi air pili berjisim 4kg dan suhu 25C.
berapakah masa yang diambil untuk memanaskan air itu sehingga mencapai takat didih
100C?
P = 2400 W
m = 4kg
 = 100 25 = 75C
Pt = mc
2400 t = 4 ( 4200 ) ( 75 )
t = 525 saat
3) Sebiji peluru berjisim 30g yang bergerak dengan halaju 350 ms-1 terbenam ke dalam sebuah
beg pasir dan dihentikan. Jika muatan haba tentu peluru ialah 150 Jkg-1 C-1, anggarkan
kenaikan suhu peluru itu
 mv2 = mc

 =
2

= 350 2 150
= 408.3 C
4|www.sagadbl.com

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5

4.4 KONSEP HABA PENDAM


 Tenaga haba yang diserab @ dibebaskan untuk mengubah keadaan bahan tanpa
perubahan suhu.
1) Haba pendam pelakuran
Mengubah jasad daripada pepejal kepada cecair

Q = mL
Q = tenaga haba
M = jisim
L = haba pendam
2) Haba pendam pengewapan
Mengubah jasad daripada cecair kepada gas

Q = m

Situasai harian yang melibatkan haba pendam :


a) Kotak ais
Dinding kenbar kotak menebatkan kandungan kotak daripada menyerap haba dari
persekitaran.
Apabila ais melebur, kuantiti haba yang besar diserab daripada makanan tersebut.
Dengan cara ini, makanan itu disejukkan dan dikekalkan sejuk untuk masa yang agak
lama.
b) Memasak dengan mengukus
Air mempunyai haba pendamtentu yang besar.
Apabila stim mengkondensasi, suatu kuantiti besar haba pendam dibebaskan.

c) Air sebagai bahan penyejukan


Minuman boleh disejukkan dengan memasukkan beberapa ketul ais ke dalamnya.

5|www.sagadbl.com

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


Semasa ais melebur, satu kuantiti haba pendam tentu yang besar diserap daripada
minuman menyebabkan minuman itu disejukkan.

 Cth soalan :
1. Sebuah cerek mengandungiair berjisim 2kg
a) Apabila air dalam cerek mencapai 100C, berapakah kuantiti haba yang
diperlukan untuk mengubah air di dakam cerek itu kepada stim pada 100C?
(haba pendam tentu pengewapan air = 2.26 106 J kg-1 )
Q = mL
= 2 ( 2.26 106 )
= 4.52 106
b) Jika cerek itu adalah cerek elektrik dengan kuasa 3.6 kW, berapakah masa
pendidihan?
Pt = mL
3.6 103 t = 4.52 106
t=

. 
. 

t = 1256 saat

latihan merangka eksperimen

Rajah menunjukkan dua gelas teh tarik panas yang diletakkan di atas meja. Pada awalnya, keduaduanya itu sama panas. Selepas suatu tempoh masa, didapati teh di dalam gelas A lebih panas
daripada teh di dalam gelas B.
Rangka satu eksperimen bagi menkaji perubahan tersebut.

6|www.sagadbl.com

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5

4.5 HUKUM-HUKUM GAS


 Teori kinetic gas
Zarah-zarah gas sentiasa bergerak secara rawak.
Pergerakannya sentiasa mewujudkan perlanggaran antara dinding bekas @ sesame
sendiri
Perlanggaran itu merupakan perlanggaran kenyal yang akan menghasilkan
perubahan momentum seterusnya terhasilnya daya.
Daya yang bertindak ke atas permukaan bekas akan menghasilkan tekanan.

HUKUM BOYLE

7|www.sagadbl.com

HUKUM TEKANAN

HUKUM CHARLES

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


Hubungan antara tekanan
dan isipadu
Malar suhu

Hubungan antara tekanan


dan suhu
Malar isipadu

Hubungan antara isipadu


dengan suhu
Malar tekanan

PT

P1V1 = P2V2

"!

VT
#

$!

"#

"!

$#
"#

P
P

-273

T(K)

T (K)

Cth soalan :

1) Sebuah silinder besi yang mengandungi gas pada tekanan 280 kPa berada pada
suhu 47C di dalam sebuah bengkel. Berapakah tekanan gas itu jika suhu bengkel
turun ke 27C?
P1 = 280

T1 = ( 47 + 273 ) = 320K

P2 = ?

T2 = (27 + 273 ) = 300K

%
&

%
&

8|www.sagadbl.com

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


'(
%

) (

)((

'( )((

P2 =

) (

P2 = 262.5kPa
2) Sebuah picagari mengandungi 5ml udara pada suhu bilik 27C. picagari itu
kemudian disimpan di dalam peti sejuk dan suhunya turun ke 3C. berapakah isi
padu udara di dalam picagari itu?
V1 = 5

T1 = (27 + 273 ) = 300K

V2 = ?

T2 = (3 + 273 ) = 276K


&

*
)((

V2 =


&

+
,-

* ,)((

V2 = 4.6ml

3) Sebuah pam tangan mengandungi 1200cm3 udara pada tekanan 100kPa.muncung pam
itu ditutup dan ombohnya ditolak supaya isipadu udara dikurangkan ke 750cm3
.hitungkan tekanan baru udara itu.
P1 = 100

V1 = 1200

P2 = ?

V2 = 750

P1V1 = P2V2

9|www.sagadbl.com

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


((  ((
,*(

= P2

160 kPa = p2

 Kegunaan hukum gas


a) pam basikal

apabila omboh ditolak kedalam, udara di dalam silinder di mampatkan.


Menurut hukum Boyle, tekanan silinder bertambah.
Apabila tekanan udara di dalam silinder menjadi lebih tinggi daripada tekanan
udara di dalam tayar, sedikit udara mengalir ke dalam tayar itu.

b) kek span

saiz kek selepas masak adalah dua kali ganda daripada saiz asalnya sebelum
dibakar.

Menurut hukum Charles, isi padu gelembung udara bertambah apabila suhunya
dinaikkan dalam ketuhar.
c) tayar kereta

apabila kereta sedang bergerak, geseran dan mampatan tayar yang berturutturut menyebabkan suhu udara di dalam tayar bertambah.

Munurut hukum tekanan kenaikan suhu akan menyebabkan tekanan udara di


dalam tayar bertambah.
d) Belon udara panas
Apabila udara panas di dalam belon di panaskan pada tekanan atmosfera,
suhunya meningkat.
Menurut hukum Charles isipadu gas akan bertambah apabila suhunya bertambah

Latihan merangka experiment 1 SPM2005:


Sebelum membuat satu perjalanan jauh,ina mengukur tekanan dalam tayar keretanya. Dia
mendapati tekanan udar dalam keretanya adalah 190kPa.selepas perjalanan jauh itu,ina mengukur
semula tekanan di dalam tayarnya dan mendapati tekananya ialah 235kPa. Walau bagaimanapun
saiz tayar tetap tidak berubah.
Rangka satu eksperimen bagi menkaji perubahan itu.

10 | w w w . s a g a d b l . c o m

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


Latihan merangka eksperimen 2 SPM2012:
Rajah menunjukkan seorang murid sedang mencerut sat belon yang berisi udara. Seterusnya murid
itu meneruskan cerutan ke atasnya. Isipadu belon itu semakin berkurang dan belon itu terasa
menjadi keras.
Rangka satu eksperimen bagi menkaji perubahan itu.

Latihan merangka

eksperimen 3:

Rajah menunjukkan keadaan


dibakar.chef zainab
daripada isipadunya yang

sebiji kek sebelum dibakar dan selepas


mendapati isipadu keknya bertambah
asal selepas suhu ketuharnya ditingkatkan.

Rangka satu eksperimen bagi

menkaji perubahan tersebut.

sebelum

11 | w w w . s a g a d b l . c o m

selepas

Cikgu Irwan

You might also like