Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahian Bahasa

[ 30 markah]
Jawab Semua Soalan
(a)

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

(b)

Barangkali
Saling
Demikian
Agaknya
Mungkin
Kadangkala

[6 markah]

Sambungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi ayat majmuk


(i)

Encik Azaki pergi ke balai polis. Dia melaporkan kehilangan kereta. Kereta Chevroletnya

(ii)

diletakkan di hadapan rumah.


Pengusaha restoran itu berasa gembira. Restorannya bersih. Restorannya sentiasa

(iii)

dikunjungi oleh pelanggan.


Banyak peniaga terlibat dalam perniagaan maya. Mereka menggunakan Internet. Mereka
memperkenalkan produk masing-masing.
[6 markah]

(c)

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin petikan itu semula.
(i)

Sejak Disember 2000, kempen kitarsemula yang dilancarkan oleh Kementerian

(ii)
(iii)

Perumahan dan Kerajaan Tempatan kurang mendapat sambutan daripada orang ramai.
Ayah berjanji untuk terbeli beberapa kotak ais krim sempena majlis hari lahir adik nanti.
Razif yang tersinggung akibat keceluparan mulut rakannya melalui dari situ dengan
perasaan sedih
[6 markah]

(d)

Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan

lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin petikan itu semula.

Tugas seorang sukarelawan ialah untuk memberikan perkhidmatan tanpa mengharapkan apa-apa
ganjaran. Sukarelawan memerlukan komited sepenuh masa untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Mereka terpaksa berada pada tempat yang ditimpa badi selama beberapa hari dan membuat kerja
sukarela itu tanpa paras masa.
[6 markah]

(e)

Gantikan peribahasa yang berhurus condong dalam ayat dengan peribahasa yang sama maksud atau
hampir sama maksudnya.
(i)
(ii)

(iii)

Walaupun hidup dalam kemiskinan, mereka tetap bersabar dan berpegang pada pepatah
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Lelaki itu tidak mahu tergesa-gesa menjual tanah bagi memulakan perniagaan yang
dikatakan menguntungkan itu kerana bimbang diibaratkan mendengar guruh di langit,
air di tempayan dicurahkan.
Pasukan itu berusaha bersungguh-sungguh untuk muncul sebagai juara ragbi peringkat
kebangsaan kerana bagi mereka alang-alang berdakwat biar hitam.
[6 markah]

Soalan 4 : Novel
[15 markah ]

a)

Berdasarkan novel yang anda kaji iaitu Melunas Rindu, terangkan tiga latar masyarakat yang terdapat
dalam novel tersebut.
[7 markah]

b)

Berdasarkan novel yang anda kaji, kemukakan satu peristiwa yang dapat dijadikan contoh dan satu
peristiwa lain yang harus dielakkan.
[8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like