Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang kini sedang
bergerak

menuju

mencapai

fasa

menjadi

kemerdekaannya

memulakan

haluan

yang

sebuah

pada
begitu

negara

tahun
dinamik

maju.

Semenjak

1957,

Malaysia

telah

dan

progresif

demi

meningkatkan pencapaian sosial serta membangunkan ekonomi negara


dan

rakyatnya.

sebanyak

Dalam

peratus

tempoh

1957-1970,

setahun

dengan

ekonomi

sektor

berkembang

swasta

menjadi

penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi (Portal rasmi Unit


Perancang

Ekonomi

http://www.epu.gov.my/economic-history).

Hasil

daripada pembangunan dan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi,


tahap kemiskinan dan pengangguran telah berkurangan dengan ketara.
Untuk menjadi sebuah negara maju, Malaysia perlu mempunyai
daya saing dan mantap dari segi ekonominya. Pertumbuhan ekonomi
yang diiringi dengan pencapaian keserataan agihan pendapatan di
kalangan penduduk merupakan satu hasrat pembangunan yang sering
menjadi impian sesebuah negara (Lukman Z. Mohamad & Azmi Abdul
Manaf, 2003). Sehubungan dengan itu, sembilan cabaran strategik yang
disebutkan dalam Wawasan 2020 menjadi indikator pencapaian kepada
Malaysia untuk menuju ke arah cita-citanya. Tidak akan wujud sebuah
negara Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga akhirnya kita dapat
mengatasi sembilan cabaran strategik yang dihadapi semenjak lahirnya
sebuah negara yang merdeka.
Cabaran keenam dan kesembilan dalam Wawasan 2020 menyebut
tentang aspirasi negara untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai
daya perubahan yang tinggi selain mempunyai ekonomi bersaing,

dinamik, giat dan kental bagi mendepani cabaran abad ke-21. Bagi
merencana usaha untuk mencapai wawasan negara ini, modal insan
yang berinovatif, berdaya saing serta berpengetahuan tinggi adalah
aset penting yang perlu dititikberatkan. Atas usaha untuk mewujudkan
masyarakat yang progresif dan berdaya saing berkenaan juga, pelbagai
usaha telah digembleng kerajaan dan NGO bersama pihak swasta untuk
meningkatkan minat masyarakat terhadap bidang keusahawanan. Hal
ini kerana bidang keusahawanan merupakan pemacu kepada sektor
perdagangan global. Liberalisasi dan globalisasi dalam dunia perniagaan
akan mendedahkan syarikat kepada persaingan global yang lebih sengit
(Mohani Abdul et al. 2008).
Perkataan usahawan adalah membawa erti yang sama dengan
perkataan Inggeris iaitu entrepreneur. Perkataan entrepreneur pula
adalah berasal daripada perkataan Perancis entreprendre yang
bermaksud memikul tugas dan tanggungjawab. Perkataan ini digunakan
pada awalnya oleh Richard Cantilton sebagai agen yang membeli alatalat pengeluaran untuk menghasilkan barangan yang dapat dipasarkan
(Mohani Abdul et al. 2008). Usahawan adalah seorang yang berani
mengambil risiko memulakan dan menubuhkan sesuatu perusahaan dan
menjalankannya atas usaha sendiri. Menurut Kuratko dan Hogette
(1995), usahawan adalah individu yang memikul tanggungjawab untuk
mengorganisasi, mengurus dan bersedia mengambil risiko (Ab. Aziz
Yusof, 2013). Usahawan merupakan individu yang mempunyai tingkah
laku berinovatif serta sentiasa mempunyai idea baharu dan segar dalam
mindanya.
Di Malaysia, perkataan usahawan mula disebut-sebut dalam
kalangan masyarakat adalah bermula tahun 1975, iaitu selepas
pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB). Penyusunan semula masyarakat
di samping membasmi kemiskinan adalah strategi serampang dua mata
di dalam DEB di mana ia berhasrat untuk mewujudkan masyarakat
perdagangan

dan

memperbaiki

mutu

perindustrian.
kehidupan

Keusahawanan

masyarakat

melalui

membantu
produk

dan

perkhidmatan baru yang diperkenalkan. Keusahawanan merupakan


bidang yang banyak membuka peluang kepada masyarakat melayakkan

diri untuk bersaing membangunkan kemajuan diri dalam segelinap


sudut. Pelbagai manfaat yang diperolehi daripada keusahawanan harus
disedari semua.
1.2 PENYATAAN MASALAH
Belia

merupakan

generasi

masa

hadapan

dan

menjadi

benteng

kekuatan sesebuah negara. Mereka adalah prospek yang diharapkan


akan terus menentukan hala tuju negara supaya sentiasa berada pada
landasan kecemerlangan. Belia juga adalah aset bernilai kepada negara
dan akan menjadi pewaris dan penyambung survival kepimpinan
negara. Justeru, generasi belia perlu mempunyai perwatakan dengan
kompentensi sebagai seorang belia unggul agar dapat memastikan
negara terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua aspek
sosioekonomi,

politik

dan

sebagainya.

Sehubungan

dengan

itu,

pembangunan belia di Malaysia tidak boleh dikesampingkan sama sekali


dengan pembangunan modal insan dalam kalangan mereka. Penjanaan
modal insan berminda kelas pertama harus difokuskan ke atas golongan
belia. Justifikasinya cukup mudah. Mereka adalah kelompok terbesar
dalam demografi penduduk Malaysia. Hal ini dapat ditunjukkan dalam
jadual 1.1 di bawah :
Jadual 1 : Jumlah penduduk mengikut kumpulan umur, tahun 2000 &
2010
Kumpulan umur

Juta orang

0-14 (Kanak-Kanak)

2000
8.00 (34.0%)

2010
9.18 (31.7%)

15-39 (Belia)

9.85 (42.0%)

11.65 (40.2%)

39 ke atas (Dewasa dan

5.64 (24.0%)

8.13 (28.1)

Tua)
Jumlah

23.49

28.96

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia


Golongan belia ditakrifkan sebagai berumur 15-40 tahun mengikut
takrifan di Malaysia (Dasar Belia Negara). Berdasarkan jadual 1,

golongan belia merangkumi kira-kira 40.2% yang mana meliputi hampir


separuh kompisisi daripada jumlah penduduk Malaysia pada tahun
2010.

Oleh

yang

demikian,

pembangunan

belia

harus

menjadi

keutamaan kerajaan supaya kita dapat menyediakan generasi terbaik


untuk mendepani cabaran mendatang. Menurut Turiman Suandi (2009),
Rancangan Malaysia ke-9 memberi fokus kepada pengupayaan belia
dalam

meningkatkan

peranan

mereka

untuk

membangunkan

masyarakat, memupuk perpaduan dan membina negara dan bangsa.


Ironinya, kita sedia maklum bahawa saban tahun ramai graduan
yang keluar dari Universiti Awam (UA) dan Swasta serta Institut
Pengajian Tinggi seperti Politeknik, institut kemahiran dan pusat-pusat
latihan. Selepas tamat bergraduasi, para graduan akan mencari peluang
pekerjaan yang sesuai dengan diploma atau ijazah yang dimiliki. Walau
bagaimanapun tidak semua graduan ini mendapat pekerjaan yang
mereka inginkan. Terdapat ramai graduan yang terpaksa menganggur
kerana peluang pekerjaan yang ditawarkan tidak sebanyak jumlah
penawaran

peluang

pekerjaan.

Didapati

daripada

keseluruhan

penganggur di Malaysia, sebanyak 56% adalah graduan universiti (Portal


Rasmi Utusan Malaysia, 12 November 2013).
Penggangguran merupakan satu fenomena di mana seseorang
yang boleh dan mahu bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan. Menurut
Sloman (1999), penganggur ialah mereka yang tidak bekerja walaupun
berusia di dalam kalangan umur orang bekerja tetapi mereka sedia ada
untuk bekerja mengikut kadar gaji semasa. Menurut statistik yang
dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia,didapati kadar pengangguran
semakin meningkat pada Januari 2015 berbanding tempoh yang sama
tahun sebelumnya. Hal ini ditunjukkan dalam graf di bawah

Graf 1 : Kadar Pengangguran Buruh di Malaysia

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia


Selain itu, dewasa ini kita juga sering diuar-uarkan tentang
masalah tingkah laku delinkuen dalam kalangan remaja. Semakin hari
kita semakin dikejutkan oleh pelbagai berita tentang keruntuhan moral
anak-anak muda yang semakin jauh menyimpang daripada jalan yang
sepatutnya mereka ikuti sebagai remaja, terutama remaja muslim (Noor
Hidayah Amin, 2008). Golongan belia khususnya dalam kalangan belia
awal seringkali terbabit dengan kegiatan pergaulan bebas, merokok,
melepak, merempit, vandalisme dan buli. Lebih malang lagi terdapat
golongan belia yang terjerumus ke lembah seks bebas, penyalahgunaan
dadah

dan

pembuangan

memandangkan

golongan

bayi.

Hal

ini

belia

adalah

amat
modal

membimbangkan
insan

ke

arah

pembangunan negara.
Fenomena kenakalan remaja pada hari ini sebenarnya bukanlah
sesuatu yang baharu. Ianya merupakan masalah yang diwarisi sejak
dahulu hinggalah sekarang. Mereka sewajarnya diberikan bimbingan
dan didikan dengan budaya cemerlang dan diterapkan dengan nilai-nilai
murni untuk membina ketahanan mental yang menjadi nilai kepada
pembangunan akhlak mulia (Syed Mahadzir Syed Ibrahim, 2006).

Biarpun begitu,sama ada kita tahu atau tidak sebenarnya banyak


bantuan

dan

sokongan

diberikan

kerajaan

terutamanya

kepada

golongan belia yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan.


Hal ini dapat dibuktikan melalui bentuk-bentuk bantuan kepada
golongan belia yang ingin memulakan perniagaan, misalnya melalui
skim belia tani dan skim belia niaga yang diletakkan di bawah Kumpulan
Wang Amanah Ekonomi Belia Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Selain
itu,kerajaan turut menggubal dasar melalui sistem pendidikan. Barubaru ini Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia Pengajian Tinggi (PPPM-PT) (20152025) yang mana di dalam pelan berkenaan terkandung 10 lonjakan
yang ingin dicapai. Di dalam lonjakan pertama lagi telah disebut tentang
aspirasi untuk melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan
seimbang. Hal ini kerana menurut PPPM-PT, terdapat ketidakpadanan
antara penawaran dengan permintaan graduan di mana terdapat
majikan melaporkan sesetengah graduan masih lemah dari segi
pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Walau bagaimanapun, kita tidak dapat menyangkal kenyataan
yang sebenarnya mentaliti masyarakat masih menganggap kerjaya
sebagai usahawan adalah tidak popular. Banyak pihak berpendapat
bahawa bakat dan kemampuan menjadi usahawan berkait rapat dengan
pengaruh latar belakang dan persekitaran di mana seseorang itu berada
dan dibesarkan (Ab. Aziz Yusof, 2013). Selain itu, terdapat juga
pandangan khalayak yang mengatakan menjadi seorang usahawan
dilihat sebagai sukar, tidak stabil serta berisiko berbanding kerja makan
gaji seperti kerja di sektor kerajaan. Oleh yang demikian, usahawan
adalah mereka yang berani menempuh cabaran dan risiko kejatuhan
perniagaan yang mereka ceburi. Kejayaan usahawan banyak bergantung
kepada keberanian mereka untuk menanggung risiko (Ab. Aziz Yusof,
2013).
Selain itu, pengaruh globalisasi juga membentuk kebolehupayaan
tenaga kerja manusia supaya menjadi lebih multiskills (kemahiran yang
pelbagai) serta fleksibel, dinamik dan berinisiatif dalam meneroka

peluang pekerjaan. Ironinya, bidang keusahawanan dan perdagangan


merupakan satu bidang yang menjadi tonggak dan enjin pembangunan
ekonomi sesebuah negara. Tanpa aktiviti jual beli dan inovasi, mustahil
untuk sektor-sektor ekonomi lain berfungsi. Misalnya aktiviti pertanian
yang mana segala hasil tanaman dan ternakan perlu untuk dipasarkan
kepada siratan ekonomi bermula dari peringkat pengeluar, pemborong,
peruncit dan akhirnya kepada pengguna.
Di sinilah berlakunya kegiatan perniagaan dan keusahawanan. Jika
kita tinjau dunia hari ini, keusahawanan sangat penting kerana ia
menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi
(Kamarulzaman Ismail & Amaludin Ab. Rahman, 2009). Peranan
keusahawanan

dalam

pembangunan

ekonomi

bukan

setakat

meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan malahan


melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat
(Mohani Abdul, 2008). Selain itu, bidang keusahawan juga mempunyai
prospek

kerjaya

yang

berpotensi

untuk

mengatasi

masalah

pengangguran dalam kalangan rakyat di negara ini khususnya golongan


belia.
Persoalan yang timbul adalah apakah aspirasi dan harapan
golongan belia terhadap bidang keusahawanan. Penyertaan belia dalam
bidang keusahawanan di Malaysia sebenarnya masih di tahap rendah.
Penglibatan

belia

dalam

program

pembangunan

ekonomi

dan

keusahawanan adalah terhad (Pelan Tindakan Pembangunan Belia


Nasional, 2004)

Namun banyak faktor yang mendorong belia untuk

terlibat dan memasuki bidang tersebut antaranya faktor sikap dan


minat, latarbelakang keluarga, desakan hidup dan sebagainya. Maka
kajian ini dijalankan bagi mengkaji sejauh manakah minat yang wujud
dalam kalangan belia untuk menceburi bidang keusahawanan.
Selain

itu,

kajian

juga

ingin

melihat

apakah

sebab-sebab

sesetengah belia mempunyai minat yang mendalam terhadap lapangan


keusahawanan sementara sesetengah belia pula kurang berminat
terhadap bidang tersebut. Akhirnya kajian juga ingin mengenalpasti
apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi menanam minat

keusahawanan dalam kalangan belia supaya golongan berkenaan dapat


meningkatkan

taraf

sosioekonomi

mereka sekaligus dapat keluar

daripada kepompong kemiskinan.


1.3. OBJEKTIF PENYELIDIKAN
Di dalam kajian ini, objektif penyelidikan ialah :
1. Mengenalpasti

minat

golongan

belia

terhadap

bidang

keusahawanan.
2. Mengkaji faktor-faktor yang menjadi pendorong golongan belia
untuk menceburi bidang keusahawanan.
3. Mengenalpasti ciri-ciri usahawan yang wujud dalam kalangan
belia.
4. Mengenalpasti

program

yang

boleh

dilaksanakan

untuk

menyemai minat keusahawanan dalam kalangan belia.


1.4 SKOP KAJIAN
Kajian akan berfokuskan kepada golongan belia yang tinggal di sekitar
Tanjung Malim, Perak. Rasionalnya, lokasi ini dipilih memandangkan
daerah kecil Tanjung Malim telah dicadangkan oleh kerajaan untuk
menjadi sebuah bandar belia atau 1Malaysia Youth City seperti yang
telah disebutkan dalam bajet 2015 lalu. Oleh itu, belia yang mempunyai
wawasan

serta

berdaya

saing

harus

merealisasikan hasrat kerajaan ini. Melalui

dilahirkan

supaya

dapat

kajian ini, pengkaji akan

mendapatkan data-data berkenaan profil belia, jenis perniagaan yang


diceburi, faktor-faktor keterlibatan mereka serta langkah untuk menarik
golongan berkenaan berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Dalam
kajian ini, golongan belia

yang terlibat berumur antara 15-40 tahun

yang tinggal di sekitar Tanjung Malim.


1.4 PENDEKATAN KAJIAN
1.4.1 KAJIAN AWALAN

Sebelum pengkaji melalukan kajian terhadap semua aspek, terlebih


dahulu pengkaji melakukan kajian awalan supaya dapat memahami
serta mendalami penyelidikan yang bakal dijalankan nanti. Di peringkat
ini, kajian awalan akan dimulakan dengan menentukan tajuk yang dipilih
berdasarkan sumber dan maklumat yang sahih dan tepat sahaja. Hal ini
penting bagi memastikan kebolehpercayaan terhadap penyelidikan yang
bakal dilaksanakan.
Kajian awalan merangkumi penyataaan masalah, matlamat dan
objektif penyelidikan, skop kajian, pengenalan kawasan kajian dan juga
kepentingan kajian. Secara ringkasnya kajian awalan dilakukan untuk
menghasilkan suatu bentuk dan struktur penulian serta garis panduan
keseluruhan kajian yang bakal dijalankan. Kajian ini dilakukan adalah
untuk melihat aspirasi kerjaya sebagai usahawan dalam kalangan belia
di Tanjung Malim. Seramai 50 orang belia yang menetap di Tanjung
Malim yang melibatkan pelbagai latar belakang akan dijadikan sampel
kajian.
1.4.2 KAJIAN TEORITIS
Kajian teoritis dilakukan selepas kajian awalan dilakukan. Kajian teoritis
atau kajian kepustakaan ini bertujuan untuk mendalami konstruk,
konsep dan situasi semasa berkaitan dengan kajian yang bakal
dijalankan iaitu Kajian Mengenai Aspirasi Kerjaya Sebagai Usahawan
dalam Kalangan Belia : Satu Tinjauan Terhadap Belia di Tanjung Malim.
Kajian teoritis ini dirujuki daripada sumber daripada buku, jurnal,
tesis, larihan ilmiah dan sebagainya yang meliputi penelitian teori,
konsep asas, definisi-definisi serta kajian-kajian lampau terhadap tajuk
yang berkaitan. Ringkasnya, kajian teoritis dijalankan bagi mendalami
lebih lanjut mengenai

kajian yang bakal dijalankan oleh penyelidik.

1.4.3 PENGUMPULAN MAKLUMAT


Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang dirancang sendiri
oleh pengkaji berdasarkan penyataan masalah, matlamat dan objektif

penyelidikan.

Soal

Selidik

ini

mengandungi

empat

bahagian;iaitu

bahagian A mengenai latar belakang responden, bahagian B mengenai


minat golongan belia terhadap bidang keusahawanan, bahagian C iaitu
faktor golongan belia menceburi bidang keusahawanan,

bahagian D

ciri-ciri keusahawanan belia dan bahagian E iaitu langkah-langkah yang


boleh

diambil

pihak

berwajib

supaya

menarik

golongan

belia

berkecimpung dalam bidang keusahwananan.


1.4.4 ANALISIS DAN RUMUSAN
Analisis kajian merujuk kepada dapatan kajian yang diperoleh oleh
pengkaji hasil daripada pemerhatian dan juga borang soal selidik yang
diedarkan. Pengkaji akan menganalisis data untuk mendapat gambaran
keseluruhan kajian. Melalui data yang dikutip, pengakaji akan dapat
mengenalpasti serta menjawab objektif kajian yang disenaraikan. Selain
itu, pengkaji akan membuat analisis dan sekaligus membuat rumusan.
Pengkaji akan menganalisis borang soal selidik yang telah diedarkan
kepada 50 orang responden,dan melihat tahap minat golongan belia
terhadap bidang keusahawanan, faktor-faktor pendorongnya, ciri-ciri
keusahawanan dalam diri belia serta cadangan langkah-langkah yang
boleh dijalankan untuk menarik golongan belia menceburi bidang
keusahawanan. Setelah data dikutip di kajian lapangan,
1.4.5 CADANGAN
Di dalam bab ini, pengkaji akan membuat cadangan

mengenai hasil

dapatan kajian. Selain itu, pengkaji juga akan menyatakan kelemahan


dan

kelebihan

kajian,

serta

menyatakan

cadangan

untuk

penambahbaikan yang patut dibuat oleh pihak-pihak yang berkaitan,


sekali gus dapat membantu pengkaji-pengkaji lain pada masa akan
datang.
1.5 PENGENALAN KAWASAN KAJIAN
Kajian dijalankan di Tanjung Malim, sebuah daerah kecil yang terletak di
selatan negeri Perak. Kawasan ini bersempadanan dengan negeri

10

Selangor. Ia terletak kira-kira 84 km di utara Kuala Lumpur dan 145 km


di Selatan Ipoh. Tanjung Malim terletak di sebelah utara Sungai Bernam
yang mana ia menjadi garisan sempadan antara dua buah negeri. Perak
dan Selangor. Dengan berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa dan
kedudukan pekannya di pinggir Sungai Bernam menjadikan pekan
Tanjong Malim sebuah pekan pintu masuk ke negeri Perak yang menarik
untuk

dilawati

(Portal

Rasmi

Majlis

Daerah

Tanjung

Malim

http://www.mdtm.gov.my/latar-belakang-tanjong-malim).
Lokasi Tanjung Malim begitu strategik kerana terletak di laluan
utama yang menghubungkan Ipoh dengan Kuala Lumpur sekiranya tidak
menggunakan lebuhraya. Tempat yang berhampiran dengan Tanjung
Malim ialah Ulu Bernam, Kalumpang, Ketoyong, Pekan Behrang Stesen,
Behrang 2020, Proton City dan Slim River. Muka bumi Tanjung Malim
diari oleh Sungai Bernam yang mengalir ke Sungai Bernam di Sabak
Bernam. Tinggi muka bumi Tanjung Malim adalah 100 m dari aras laut.
Bahagian barar Tanjung Malim ialah negeri Selangor yang meliputi
kawasan paya yang luas iaitu Sungai Tengi. Kawasan berkenaan telah
ditebus guna untuk membina saliran dan ditanam dengan kelapa sawit.
Tanjung Malim terkenal kerana adanya Universiti Pendidikan Sultan
Idris

(UPSI).

Selain

itu

pekan

Tanjung

Malim

menjadi

tempat

persinggahan bas-bas ekspress yang melalui jalan lama sebelum


wujudnya Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Menurut maklumat dari Portal Rasmi Majils Daerah Tanjung Malim
(MDTM) yang terakhir dikemaskini pada 15 April 2015, luas kawasan
daerah kecil Tanjung Malim/Slim River adalah dianggarkan kira-kira
949.86 km persegi. Manakala jumlah penduduknya adalah kira-kira
seramai 60,791 orang. Mengikut anggaran yang dibuat, dinyatakan di
dalam Pelan Induk Pembangunan MDTM 2011-2021 bahawa sasaran
jumlah penduduk Tanjung Malim pada tahun 2020 adalah seramai
152,000 orang.

11

Peta 1 : Lokasi Tanjung Malim dalam peta negeri Perak

12

Sumber : Portal Rasmi Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM)

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

13

Kajian harus mempunyai nilai sumbangan kepada penambahan ilmu dan


boleh digunakan untuk kepentingan individu, masyarakat dan negara.
Melalui kajian ini, pengkaji mendapati bahawa banyak faedah dan
manfaat yang dapat dperoleh masyarakat, kerajaan dan paling penting
generasi belia pada hari ini, terutamanya daripada aspek kesedaran
tentang kelebihan menceburi bidang keusahawanan. Kepentingan untuk
menjalankan kajian ini adalah seperti berikut :
1. Hasil kajian ini boleh menjadi pendorong kepada generasi belia untuk
menceburi

bidang

keusahawanan.

Seterusnya

dapat

membantu

golongan belia supaya dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Malah


lebih manis lagi apabila mereka menceburi bidang berkenaan, mereka
dapat menyumbang kepada pengwujudan peluang kerja kepada orang
lain yang secara tak langsung membantu meningkatkan pencapaian
ekonomi masyarakat dan negara
2. Melalui kajian ini juga, pengkaji dapat berkongsi kepada masyarakat
setempat tentang faedah menceburi bidang keusahawan. Selain itu,
kajian juga akan mendedahkan kepada masyarakat tentang ciri-ciri dan
faktor

yang

mendorong

golongan

belia

menceburi

bidang

keusahawanan.
3. Pihak kerajaan boleh menggunakan dapatan kajian ini sebagai satu
input maklumat dalam mengenalpasti sikap golongan belia khususnya
terhadap bidang keusahawanan dan perniagaan serta dapat merangka
program untuk menggalakkan belia melibatkan diri dalam bidang
berkenaan.

Selain itu melalui kajian ini juga pihak kerajaan melalui

kementerian-kementerian dan agensi terlibat dapat merangka program


keusahawanan

secara lebih berkesan dan menyeluruh.

14

BUKU
Ab. Aziz Yusof (2013). Strategi Usahawan Cemerlang, Modul Garis
Panduan

Keusahawanan. Kuala Lumpur : Utusan Publications &

Distributors Sdn

Bhd

Haslinda Abdullah, Turiman Suandi, Abd. Halim Sidek, Sarjit S.Gill,


Norbaya Ahmad

& Dzuhailmi Dahalan (2009). Belia dan Pembangunan

Modal Insan. Serdang

: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Kamarulzaman Ismail; & Amaludin Ab. Rahman (2009). Melangkah ke


alam Keusahawanan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors
Sdn

Bhd.

Lukman Z. Mohamad & Azmi Abdul Manaf (2003). Globalisasi di Malaysia.


Kuala Lumpur :Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Syed Mahadzir Syed Ibrahim (2006). Menjana Patriotisme Remaja.
Selangor :

Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd.

Mohamed Zaini Omar (2010). Pembasmian Kemiskinan di Malaysia,


Pengalaman Amanah Ikhtiar Malaysia. Pulau Pinang : Penerbit
Universiti

Sains Malaysia.

Mohani Abdul, Kamarulzaman Ismail, Zainal Abidin Mohamed, Abdul


Jumaat

Mahajar (2008). Pembudayaan Keusahawanan. Selangor :

Prentice

Hall.

Noor Hidayah Amin (2008). Siri Konflik, Gejala Sosial dan Penyelesaian,
Nilai

Agama Mengawal Tingkah Laku. Kuala Lumpur : Penerbitan


Hartamas.

15

Sloman, J. (1999). Essentials of Economic (4th Edition). Prentice Hall


(Financial

Time). New York.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias (1997). Keusahawanan &
Motivasi Diri. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

LAMAN SESAWANG
Fasa Pertama Kemerdekaan, 1957-1970 (2013).Diperoleh pada Mac 3,
2015 daripada http://www.epu.gov.my/economic-history
56 peratus penganggur adalah siswwazah (2013). Diperoleh pada Mac 6,
2015

daripada

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131112/pa_02/56-peratuspenganggur-ialah-siswazah

16

You might also like