Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1.

0
1.1

Cara mengatasi masalah yang dihadapi oleh syarikat tersebut.


Cara mengatasi masalah kekurangan modal

Dengan menyedari kepentingan modal perniagaan sebagai nadi perniagaan,


Encik Seng telah mencari pelbagai alternatif untuk menyelesaikan masalah
ini.
Yang pertama, Encik Seng telah mendapatkan kemudahan kewangan
bagi membiayai perniagaannya daripada bank-bank perdagangan. Bank-bank
perdagangan
kemudahan

adalah

institusi

perkhidmatan

kewangan

kewangan

utama

kepada

yang
sektor

menyediakan
perdagangan.

Kemudahan yang disediakan adalah dalam bentuk pinjaman bermasa,


overdraf, surat jaminan, surat kredit, mendiskaun bil-bil dan membiayai kredit
eksport. Bank perdagangan memberi kemudahan pinjaman jangka panjang
bagi membeli mesin dan alatan serta keperluan modal kerja.
Saya juga cadangkan Encik Seng untuk memohon skim pinjaman khas
yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Persatuan
Bank Perdagangan Malaysia. Skim Jaminan Kredit telah ditubuhkan bagi
menyelaraskan usaha membantu sektor perniagaan kecil ini. Di bawah skim
ini, pinjaman atau overdraf sehingga RM50 000.00 disediakan untuk aktiviti
perniagaan kecil yang layak. Bank-bank perdagangan akan menilai segala
permohonan sama ada untuk pinjaman biasa atau di bawah skim pinjaman
khas sebelum mengeluarkan sebarang pinjaman atau kemudahan yang di
perlukan. Bank bank perdagangan biasanya mengenakan beberapa syarat
seperti cagaran atau penjamin sebelum pinjaman dapat dikeluarkan.
Selain itu, saya berpendapat bahawa syarikat sewa pajak juga dapat
membantu Encik Seng dalam mengurangkan bebanan modal untuk membeli
jentera yang mahal untuk kegunaan membaiki kereta. Syarikat sewa pajak
adalah syarikat-syarikat yang ditubuhkan khusus bagi membantu pengusahapengusaha sektor perkilangan dan perkhidmatan. Sesetengah daripada
syarikat sewa pajak ini adalah anak syarikat kepada bank-bank perdagangan
dan syarikat-syarikat kewangan. Syarikat-syarikat sewa pajak ini membantu
pengusaha mendapatkan kemudahan menggunakan jentera berat dan mesin
serta memilih untuk membelinya pada suatu jangka masa kemudian.

Penggunaan jentera berat dan mesin ini dibayar mengikut jam atau hari
bekerja. Pada kebiasaannya, pemandu atau operator jentera berat atau
mesin telah disediakan sekali dalam urusan sewaan ini.
Pengusaha-pengusaha yang tidak ingin membeli jentera berat atau
mesin tersebut tetapi memerlukan perkhidmatan mesin tersebut boleh
menggunakan kaedah sewa pajak ini. Kaedah ini biasanya digunakan oleh
perniagaan-perniagaan yang tidak mahu sumber tunai yang ada bagi
penggunaan modal pusingan terikat dalam membeli jentera atau mesin
tersebut. Kemudahan sewa pajak ini kebanyakannya digunakan oleh syarikat
dalam sektor pembinaan dan pemborongan.
Selain itu, Encik Seng juga boleh mendapat bantuan daripada agensi
kerajaan. Pihak kerajaan di samping institusi-institusi kewangan di sektor
swasta juga menyediakan kemudahan pembiayaan bagi menjalankan
perniagaan. Kerajaan hanya membantu mengimbangkan penyertaan kaum
dalam kegiatan perdagangan dan perindustrian. Ini berasaskan matlamat
Dasar Ekonomi Baru. Walau bagaimanapun, kemudahan pembiayaan adalah
lebih kecil berbanding institusi-institusi kewangan swasta. Kemudahan
pinjaman atau pembiayaan ini disalurkan melalui MARA dan Kementerian
Kebudayaan Belia dan Sukan di bawah skim belia niaga. Had maksimum
pinjaman adalah RM50 000.00 bagi kemudahan pinjaman yang disediakan
oleh MARA. Agensi-agensi kerajaan ini memberikan pinjaman dan khidmat
perundingan untuk perniagaan-perniagaan baru.
1.2

Cara mengatasi masalah kesukaran mencari lokasi yang strategik

Encik Seng Yang telah mengambil initiatif untuk bertanya kepada peniagapeniaga yang lama berniaga di Bintulu. Cadangan dan nasihat yang diberi
oleh mereka tentang soal memilih tapak perniagaan amat dihargai dan
dipertimbangkan.
Tujuan utama seseorang individu menceburkan diri dalam perniagaan
adalah mendapatkan untung. Bagi mendapatkan keuntungan, sesebuah
perniagaan itu perlu mendapat langganan yang besar daripada pengguna.
Langganan yang besar sahaja tidak memastikan keuntungan kecuali kos

pengeluaran yang dilibatkan dapat memberi kadar keuntungan yang


berpatutan.
Keupayaan mendapatkan langganan yang menggalakkan sebahagian
besarnya bergantung kepada tempat atau tapak perniagaan yang dipilih.
Sebagai contoh, industri peruncitan bergantung sepenuhnya kepada tempat
atau lokasi yang dipilih bagi menjamin kejayaannya. Selain daripada itu faktor
tempat atau lokasi perniagaan juga penting bagi industri-industri perkilangan
dan perkhidmatan. Pemilihan tempat atau tapak perniagaan berkait rapat
dengan fungsi pemasaran. Aspek tempat atau lokasi perniagaan perlu dilihat
daripada segi elemen ruang dalam kegiatan ekonomi manusia.
Tempat atau lokasi perniagaan yang dipilih oleh seseorang usahawan
bergantung kepada beberapa faktor iaitu:
(i)

Tanggapan mengenai lokasi yang dianggap baik dan strategik. Bagi


usahawan yang sudah lama berniaga, tanggapan ini dipengaruhi
oleh pengalaman mereka yang lepas. Usahawan yang baru
biasanya tidak mempunyai pengalaman yang lalu dan tanggapan
mereka mengenai tempat perniagaan yang baik adalah berasaskan

(ii)

tindakan usahawan-usahawan yang sudah lama berniaga.


Jenis perniagaan atau perusahaan yang akan dijalankan dapat
dikumpulkan di bawah tiga kategori besar iaitu peruncitan,
perkhidmatan

dan

perkilangan.

Setiap

jenis

perniagaan

ini

memerlukan lokasi yang tertentu bagi mendapatkan langganan


(iii)

yang menggalakkan.
Kemampuan dan kesanggupan membayar perbelanjaan sewa
untuk lokasi yang dipilih mengandungi elemen risiko yang berkait
dengan sejauh mana pelunjuran yang akan tercapai.
Pada dasarnya, usahawan tidak mempunyai kuasa yang luas bagi

menentukan tapak atau kawasan perniagaan. Penentuan tapak atau kawasan


perniagaan

dibuat

oleh

ahli-ahli

perancang

bandar

dan

kawasan.

Sungguhpun demikian, ahli-ahli perancang bandar dan kawasan ini akan


mengambil kira pandangan dan kepentingan ahli-ahli perniagaan, pengilangpengilang, persatuan-persatuan pengguna dan agensi-agensi kerajaan ketika
merancang penempatan kawasan-kawasan perniagaan dan perindustrian.

Usahawan hanya dapat memilih tempat atau tapak perniagaan selepas


kawasan-kawasan perniagaan dan perindustrian dimajukan dan diwartakan.
Sebahagian besar kawasan-kawasan perniagaan dimajukan oleh sektor
swasta sementara kawasan-kawasan perindustrian dimajukan oleh agensiagensi kerajaan.
Keputusan menempatkan perniagaan di sesuatu lokasi bergantung
kepada sejauh mana tempat yang dipilih itu dapat memenuhi segala kriteria
yang sudah ditetapkan oleh seseorang usahawan. Usahawan mempunyai
jangkaan tertentu yang diharapkan dari tempat yang akan dipilih. Jangkaan
inilah yang dapat digunakan bagi membina sebuah peta mental yang dapat
menunjukkan keutamaan pilihan bagi menentukan lokasi perniagaan.
Misalnya, usahawan baru menganggap Lembah Klang di mana terdapat
Bandaraya Kuala Lumpur dan Shah Alam, Bandar Klang dan Kajang sebagai
tempat yang paling baik dibandingkan dengan, Kuala Kubu Baru dan Sabak
Bernam.
Usahawan harus meletakkan beberapa kriteria apabila menentukan
sama ada tempat yang dipilih itu baik atau tidak bagi menjalankan aktiviti
perniagaannya. Antara kriteria-kriteria yang disenaraikan ialah:
(i)

Identiti yang dikaitkan dengan kawasan yang dipilih. Sebagai


contoh Jalan Sungai Besi di Kuala Lumpur dikaitkan dengan
industri percetakan dan Sungai Rasah di Klang dikaitkan dengan
bengkel-bengkel servis kenderaan. Ini tidak bermakna industriindustri yang lain tidak wujud di kawasan- kawasan yang
dinyatakan. Biasanya industri-industri sokongan juga akan wujud di

(ii)

tempat yang sama.


Faktor potensi menembusi dan menguasai pasaran di kawasan
sekitar tempat yang dipilih adalah tarikan utama industri peruncitan

(iii)

dan perkhidmatan.
Kemudahan infrastruktur yang terdapat di tempat yang dipilih
seperti air, kuasa elektrik dan telefon memudahkan urusan
perniagaan.

Infrastruktur

yang

baik

memudahkan

sesuatu

perniagaan itu mengadakan perhubungan dengan pihak luar seperti

pelanggan, pembekal, agensi-agensi penyelidikan dan institusi(iv)

institusi kerajaan.
Keluasan tapak perniagaan yang sesuai di sesuatu lokasi
diperlukan bagi mendapatkan skala pengeluaran yang paling cekap
atau optimum. Usahawan perlu memilih tapak perniagaan yang
sesuai dengan jenis industri yang akan usahakan. Misalnya sebuah
perusahaan

biskut

memerlukan

luas

ketuhar

yang

ukuran

minimumnya 12 kaki padu bagi mendapatkan pulangan yang


(v)

menguntungkan.
Faktor kos pembangunan tapak perniagaan perlu dilibatkan
sebelum

operasi

perniagaan

dijalankan.

Sesetengah

jenis

perniagaan yang menggunakan bahan-bahan mentah berbahaya


seperti dalam industri kimia dan barang-barang binaan perlu
membangunkan tapak perkilangannya sendiri. Lokasi dan keadaan
fizikal sesebuah tempat akan menentukan kos pembangunan yang
terlibat. Misalnya, kos pembangunan sebuah tapak perkilangan di
Lembah Klang lebih rendah berbanding kos pembangunan tapak
yang sama di Ulu Selangor.
Usahawan seharusnya sering memerhatikan keadaan sekitar dan
mengubah strateginya jika perlu. Seorang peniaga perlu memilih lokasi yang
sesuai selaras dengan objektif perniagaan dan sasaran pasaran. Campuran
strategi perniagaan yang terdiri daripada kepelbagaian barangan, promosi,
harga dan lain-lain perlulah sesuai dengan lokasi yang dipilih.
Dalam pemilihan lokasi, usahawan mesti membuat keputusan
berdasarkan perkara-perkara berikut:

Mempunyai beberapa pilihan mengenai kawasan.


Menilai kawasan dari segi kependudukan dan persaingan.
Menentukan bentuk kedai yang ingin dibuka sama ada di kedai sederet
atau di sebuah kedai yang bersendirian atau di dalam pusat membeli-

belah.
Menganalisis setiap pilihan kawasan dan menentukan lokasi yang
tertentu untuk kedai.

Walau bagaimanapun, peratus kejayaan sesebuah perniagaan peruncitan itu


akan lebih tinggi sekiranya penyelidikan dilakukan terlebih dahulu sebelum
membuat keputusan untuk mendirikan perniagaan di sesuatu kawasan
tertentu.

Skim Sokongan yang diperlukan oleh Peniaga Kecil


Di Malaysia, kerajaan mengambil inisiatif utama dalam membantu
sektor perniagaan kecil. Peranan kerajaan dapat dilihat melalui penubuhan
kementerian khas iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan yang sebelum
ini dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Awam dan sebuah badan
berkanun SM1DEC atau Small Business Development Corporation di bawah
Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Antara- bangsa. Kedua-dua
institusi ini bertanggungjawab membentuk dasar-dasar kewangan dan
pencukaian

bagi

menyelaraskan

sistem

bantuan

sokongan

kepada

perniagaan kecil dan sederhana. Bantuan-bantuan sokongan yang disediakan


mengenakan

beberapa

syarat

tertentu

dengan

tujuan

menjamin

keberkesanan sesuatu skim yang ditawarkan. Syarat-syarat ini boleh


dijadikan dalam bentuk jaminan dan pengalaman dalam bidang perniagaan
atau sasaran-sasaran kegiatan ekonomi yang diberi keutamaan oleh pihak
kerajaan.
Secara kasarnya, bantuan sokongan yang disediakan oleh institusi
kewangan dan pihak kerajaan dapat dipecahkan kepada lima bahagian iaitu:
a. Peluang-peluang perniagaan dan pemasaran
b. Kemudahan pembiayaan dan kewangan
c. Khidmat runding cara
d. Skim latihan keusahawanan
e. Penyelidikan dan pembangunan (R&D)

3.3 cara mengatasi masalah kurang berpengalaman


(d)

Mendapatkan maklumat

Dalam usaha mencapai kejayaan, Encik seng memerlukan tiga perkara


utama iaitu peluang, maklumat, dan ilmu pengetahuan. Ketiga-tiga perkara ini
saling berkait antara satu sama lain dan dianggap sebagai senjata paling
berkuasa dalam dunia perniagaan. Maklumat boleh mencetus banyak
peluang perniagaan yang baru. Bagi seseorang usahawan, maklumat sangat
berharga terutama setiap kali merancang dan melaksanakan perniagaannya.
Maklumat ialah keterangan atau bukti yang boleh memberikan
keyakinan kepada sesiapa sahaja. Golongan yang sangat memerlukan
maklumat ialah orang-orang yang menguruskan perniagaan. Golongan ini
terdiri daripada pengurus-pengurus profesional dan pengusaha-pengusaha
yang menguruskan perniagaan sendiri. Maklumat sangat penting kepada
pihak pengurusan tidak kira besar atau kecil sesuatu perniagaan itu
diusahakan. Golongan yang terlibat menguruskan sesebuah perniagaan
memerlukan maklumat bagi tujuan berikut:
(i)
Sebelum

Membuat keputusan
sesuatu

keputusan

dapat

dibuat,

pihak

pengurusan

perlu

mengetahui dan mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi. Maklumat


yang mencukupi akan dapat membantu pihak pengurusan mengatur langkah
bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebarang keputusan yang
diambil mestilah mengambil kira semua kemungkinan yang wujud.
(ii)

Meninjau peluang-peluang yang wujud

Peluang-peluang perniagaan boleh wujud melalui dua cara. Pertama, melalui


daya kreatif usahawan itu sendiri. Daya kreatif yang dimiliki oleh seseorang
usahawan itu timbul daripada kepekaannya terhadap keadaan sekeliling.
Daripada pengamatan dunia sekeliling dan daya kreatifnya, seseorang
usahawan itu dapat mewujudkan banyak peluang perniagaan yang baru.
Misalnya, seseorang usahawan dari Amerika mencipta bekas yang dibuat
daripada tin yang dapat menyejukkan minuman tanpa perlu disimpan di
dalam peti sejuk.
Kedua, tindak balas terhadap maklumat yang diterima dari luar dan dalam
syarikat. Dalam konteks ini, keupayaan dan keberkesanan sistem yang

diwujudkan bagi memproses maklumat akan menentukan sama ada peluangpeluang dapat dilihat dan dikenal pasti. Misalnya, keupayaan Zaitun
Industries mengenal pasti keperluan masyarakat Islam terhadap alat-alat
solek khususnya di Malaysia melahirkan peluang perniagaan yang besar.
(iii)

Merancang masa depan syarikat

Maklumat adalah faktor paling penting dalam proses merancang. Proses


merancang melibatkan tiga peringkat. Pertama, tugas mengkaji dan
menganalisis kedudukan semasa. Kajian dan analisis kedudukan semasa
akan menunjukkan kekuatan, kelemahan dan potensi sebenar yang belum
dicapai.
Kedua, tinjauan yang dibuat selepas semua maklumat dikumpulkan bagi
merancang langkah seterusnya. Pada peringkat ini suasana ekonomi dan
industri yang diceburi perlu diamati bagi melihat aliran yang mungkin berlaku
pada masa depan. Di samping itu, pada peringkat ini juga, jangkaan-jangkaan
perlu dibuat berasaskan maklumat daripada suasana semasa.
Peringkat ketiga melibatkan tugas menentukan matlamat yang hendak
dicapai serta strategi yang disusun bagi mencapainya. Peringkat ketiga
adalah lanjutan daripada kerja-kerja yang dilakukan dalam peringkat kedua.
Maklumat yang diperoleh dalam proses meninjau di peringkat kedua dapat
membantu menentukan sasaran yang hendak dicapai. Di samping itu,
strategi-strategi yang disediakan bagi mencapai matlamat-matlamat yang
sudah ditetapkan juga dipengaruhi oleh proses membuat tinjauan. Seluruh
proses merancang juga turut melibatkan proses menyediakan kadar
belanjawan sebagai dokumen rujukan bagi tujuan pelaksanaan dan kawalan.
(iv)

Mengukur daya kecekapan pengurusan

Sesebuah perniagaan sama ada baru atau yang sudah lama wujud perlu
sentiasa dikaji kedudukannya. Prestasi sesebuah perniagaan diukur melalui
daya produktiviti serta keuntungan yang dapat dihasilkan. Tanggungjawab
bagi menentukan daya produktiviti dan keuntungan yang menggalakkan
terletak di bahu pihak pengurusan. Tanggungjawab ini yang dapat

menyebabkan pihak pengurusan perlu memikirkan persoalan-persoalan yang


berikut:

Adalah perniagaan ini mencapai keuntungan?


Adakah matlamat-matlamat yang sudah ditetapkan itu tercapai?
Adakah pencapaian perniagaan ini setanding dengan syarikatsyarikat lain yang berkecimpung dalam industri yang sama?

Ukuran prestasi sesebuah perniagaan hanya dapat dibuat dengan merujuk


kepada maklumat-maklumat yang terkumpul mengenai perniagaan tersebut.
Maklumat dalaman yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan dalam
bentuk

penyata-penyata

kewangan

dan

rekod-rekod

tertentu

akan

membuktikan kemampuan pihak pengurusan. Di samping itu, maklumatmaklumat luar khusus mengenai industri yang diceburi dapat menunjukkan
kedudukan perniagaan tersebut dari segi pencapaiannya.
2.0 Mendaftarkan Perniagaan
Selepas merancang dan mendapatkan segala maklumat diperlukan bagi
memulakan sesuatu perniagaan, para pengusaha perlu meneruskan langkah
seterusnya dengan mendaftarkan perniagaan yang sudah dirancang.
Pendaftaran perniagaan perlu dibuat selepas usahawan itu yakin dengan
potensi untuk maju bagi projek yang dirancang. Tujuan pendaftaran
perniagaan

adalah

untuk

mengesahkan

kewujudan

sesebuah

entiti

perniagaan serta memenuhi keperluan undang- undang negara.


Sesebuah perniagaan boleh didaftarkan sebagai salah satu daripada
bentuk-bentuk perniagaan yang berikut:
i.
ii.
iii.
iv.

Milikan tunggal
Perkongsian
Syarikat berhad
Sendirian Berhad

Bagi perniagaan kecil, bentuk perniagaan yang lazim digunakan ialah milikan
tunggal, perkongsian dan syarikat sendirian berhad. Pendaftaran secara
syarikat awam berhad hanya dilakukan oleh syarikat-syarikat besar yang
saham-sahamnya ditawarkan kepada orang ramai.
(i)

Milikan tunggal

Bentuk

pendaftaran

secara

milikan

tunggal

dilakukan

oleh

orang

perseorangan yang ingin menguruskan perniagaannya sendiri. Segala modal


perniagaan disumbangkan oleh pemiliknya. Bentuk perniagaan ini paling
mudah didaftarkan kerana ia tidak melibatkan peraturan-peraturan yang rumit.
Bentuk pendaftaran milikan tunggal mempunyai kelebihan daripada
segi kebebasan membuat keputusan. Walau bagaimanapun, pemiliknya
bertanggungjawab secara peribadi ke atas segala hutang perniagaan yang
dijalankan. Sekiranya perniagaan yang didaftarkan secara milikan tunggal ini
gagal dan harta-harta perniagaan itu tidak dapat menampung segala hutang
perniagaan, tindakan undang-undang boleh diambil bagi melelong harta
peribadinya bagi menjelaskan segala hutang yang masih belum dijelaskan.
Bentuk perniagaan secara pemilik tunggal akan luput secara sendiri
apabila pemilik perniagaan tersebut meninggal dunia. Daripada segi cukai,
pemilik

perniagaan

milikan

tunggal

dikenakan

cukai

pendapatan

perseorangan yang boleh men- capai tingkat tertinggi iaitu sebanyak 65%.
(ii)

Perkongsian

Perkongsian ialah suatu bentuk perniagaan yang dimulakan oleh dua rakan
niaga atau lebih. Bilangan maksimum ahli perkongsian ialah seramai 20
orang. Gabungan ahli-ahli kongsi ini akan menyumbangkan modal bagi
perniagaan yang akan dijalankan mengikut nisbah-nisbah yang tertentu.
Bentuk perkongsian ini sama juga seperti milikan tunggal, ia mudah
ditubuhkan. Apa yang membezakan perniagaan perkongsian dan milikan
tunggal adalah perkara yang

melibatkan urusan guaman, di mana surat

perjanjian perkongsian perniagaan perlu dikeluarkan. Surat perjanjian


perkongsian perlu dikeluarkan bagi menentukan sumbangan modal, agihan
keuntungan, peranan dan tanggungjawab setiap rakan kongsi. Surat ini
penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan dalam aktiviti perniagaan
yang diusahakan.
Tanggungan setiap ahli bagi perniagaan berbentuk perkongsian adalah
tidak terhad. Masing-masing akan bertanggungjawab ke atas segala hutang
yang ditanggung oleh rakan kongsi yang lain. Daripada segi cukai, setiap ahli

akan dikenakan cukai pendapatan perseorangan yang boleh mencapai tahap


tertinggi sebanyak 65%.
Bentuk perkongsian ini lebih kukuh daripada pemilik tunggal terutama
daripada segi pengumpulan modal perniagaan, kemahiran dan pengalaman
terkumpul serta pengagihan risiko yang ditanggung. Bentuk perkongsian
mempunyai ikatan yang lebih mantap dalam rundingan bagi mendapatkan
pembiayaan daripada pihak luar. Kajian yang dibuat di Malaysia menunjukkan
13%

daripada

jumlah

perniagaan

bumiputera

didaftarkan

sebagai

perkongsian berbanding 34% di kalangan perniagaan Cina. Kemantapan


perkongsian bergantung kepada perjanjian antara rakan kongsi dan sikap
tolak ansur. Mengikut prinsip muamalat, agihan keuntungan perlu didasarkan
kepada faktor 'siapa yang menjalankan kerja dan 'bukan siapa yang
memberikan modal yang lebih'.
(iii)

Syarikat sendirian berhad

Dalam hal syarikat berhad, penekanan diberikan khusus kepada syarikat


sendirian berhad. Memandangkan bentuk ini digunakan dalam sektor
perniagaan

kecil

walaupun

peratusnya

kecil

dibandingkan

dengan

perkongsian dan pemilik tunggal.


Bentuk pendaftaran secara syarikat sendirian berhad memberi suatu
identiti tersendiri pada sesebuah perniagaan. Identiti ini memisahkan
perniagaan dan ahli-ahli pemegang sahamnya. Ini berbeza dengan pemilik
tunggal dan perkongsian yang perniagaan dan pemiliknya dianggap orang
yang sama daripada segi undang-undang.
Bilangan ahli atau pemegang saham dalam sesebuah syarikat tidak
boleh melebihi 50 orang. Syarikat sendirian berhad tidak dibenarkan menjual
sahamnya kepada orang awam dan juga tidak dibenarkan menerima wang
sebagai simpanan sama ada dibayar faedah atau tidak. Bentuk pendaftaran
secara syarikat sendirian berhad menjamin bahawa sesebuah perniagaan itu
akan terus berjalan walaupun salah seorang dari pada pemegang sahamnya
meninggal dunia.

Tanggungan ahli atau pemegang saham dalam syarikat sendirian


berhad terhad setakat jumlah saham yang dibelinya. Walau bagaimanapun
sesebuah syarikat sendirian berhad bertanggungjawab pada segala hutang
selagi ia memiliki syarat mengadakan penjamin bagi setengah syarikatsyarikat sendirian berhad yang kecil.
Penubuhan sesebuah syarikat sendirian berhad itu rumit kerana ia
memerlukan

perkhidmatan

guaman

bagi

membantu

dalam

proses

menubuhkan sesebuah syarikat. Segala aktiviti syarikat ditunjukkan dalam


Memorandum Syarikat atau Memorandum and Articles of Association.
Daripada segi cukai, syarikat sendirian berhad dikenakan cukai syarikat
sebanyak 28% dan cukai pembangunan sebanyak 5% yang akan dihapuskan
1% setahun mulai tahun belanjawan 1989.

3.4 Cara mengatasi masalah pengurasan modal


3.5 cara mengatasi masalah kesukaran untuk mendapatkan pelanggan

You might also like