Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Apakah Skim Sokongan yang Diperlukan oleh Peniaga Kecil?

Pengalaman pihak kerajaan dan institusi-institusi kewangan mengenali dan


memahami masalah yang dihadapi oleh sektor perniagaan kecil di Malaysia
membolehkan institusi-institusi ini mengemukakan skim-skim sokongan bagi
membangunkan sektor perniagaan kecil.
Di Malaysia, kerajaan mengambil inisiatif utama dalam membantu sektor
perniagaan kecil. Peranan kerajaan dapat dilihat melalui penubuhan kementerian
khas iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan yang sebelum ini dikenali
sebagai Kementerian Perusahaan Awam dan sebuah badan berkanun SM1DEC
atau Small

Business Development Corporation

di bawah

Kementerian

Perindustrian dan Perdagangan Antara- bangsa. Kedua-dua institusi ini


bertanggungjawab membentuk dasar-dasar kewangan dan pencukaian bagi
menyelaraskan sistem bantuan sokongan kepada perniagaan kecil dan
sederhana. Bantuan-bantuan sokongan yang disediakan mengenakan beberapa
syarat tertentu dengan tujuan menjamin keberkesanan sesuatu skim yang
ditawarkan. Syarat-syarat ini boleh jadi dalam bentuk jaminan dan pengalaman
dalam bidang perniagaan atau sasaran-sasaran kegiatan ekonomi yang diberi
keutamaan oleh pihak kerajaan.
Secara kasarnya, bantuan sokongan yang disediakan oleh institusi kewangan
dan pihak kerajaan dapat di pecahkan kepada empat bahagian iaitu:
a. Peluang-peluang perniagaan dan pemasaran
b. Kemudahan pembiayaan dan kewangan
c. Khidmat runding cara
d. Skim latihan keusahawanan
e. Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Bantuan dalam bentuk peluang-peluang perniagaan dan pemasaran diberi
melalui badan-badan dan agensi-agensi kerajaan. Peluang-peluang perniagaan
dan pemasaran terbahagi kepada dua peringkat iaitu:
a. Peringkat dalam negara

b. Peringkat antarabangsa
Pada peringkat dalam negara, terdapat konsep yang khusus bagi membantu
pengusaha-pengusaha

kecil mendapatkan

peluang- peluang

perniagaan.

Agensi-agensi dan badan kerajaan yang terlibat dengan konsep payung ini ialah
Persatuan Kontraktor yang sebelum ini dikenali sebagai PESAKABUMI di bawah
Kementerian Kerja Raya, Majlis Amanah Rakyat atau MARA melalui Kayu Sedia,
Kementerian

Perdagangan

dan

Perindustrian

melalui

Unit

Penyertaan

Bumiputera, FAMA, Bank Pembangunan Malaysia Berhad melalui Besta


Distributors dan Prosper melalui Kementerian Pembangunan Usahawan.
Pada peringkat antarabangsa, peluang-peluang perniagaan dan pemasaran
dikendalikan oleh MATRADE atau Perdagangan Antarabangsa Malaysia.
MATRADE melalui rantaian pesuruhjaya perdagangannya di seluruh dunia
termasuk di beberapa buah negara Eropah, Amerika Syarikat, Amerika Selatan
dan Timur Tengah, Asia Timur dan Asia Tenggara menyediakan maklumatmaklumat

mengenai

peluang-peluang

import

dan

eksport

di

peringkat

antarabangsa.
Kemudahan pembiayaan kewangan untuk modal tetap dan modal pusingan
perniagaan disediakan oleh institusi-institusi kewangan dan agensi serta badan
kerajaan yang tertentu sahaja. Institusi-institusi kewangan terdiri daripada bankbank perdagangan, syarikat-syarikat kewangan, syarikat-syarikat sewa pajak dan
syarikat pemfaktoran. Syarikat-syarikat dan bank yang dimiliki sepenuhnya oleh
kerajaan yang menjalankan urusan pinjaman ditakrifkan sebagai institusi
kewangan. Syarikat- syarikat yang terlibat ialah MIDF atau Malaysian Industrial
Development Finance dan Pembangunan Leasing Sendirian Berhad. Bank-bank
yang berkaitan ialah Bank Pertanian Malaysia Berhad, Industrial Development
Bank, Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Sabah Development Bank dan Bank
Pembangunan Malaysia Berhad.
Bank Islam Malaysia Berhad yang turut terlibat dalam memberi
kemudahan kewangan kepada sektor perniagaan dan perindustrian bagi

mengukuhkan lagi kegiatan urusan bank dan perniagaan secara keseluruhan.


Institusi-institusi kewangan menyediakan lapan kemudahan utama untuk
kegunaan perniagaan iaitu:

Overdraf Bank

Pinjaman Bermasa

Skim Pinjaman Khas (CGC)

Tabung Pelaburan Baru

Kemudahan Diskaun Akaun Belum Terima

Surat Kredit

Sewa Pajak

Sewa Beli

Kemudahan overdraf bank ini membolehkan perniagaan yang mempunyai akaun


semasa dalam sesebuah bank perdagangan mengeluarkan cek melebihi
simpanan sebenar yang dimiliki dalam akaun semasanya. Had jumlah overdraf
yang dibenarkan tertakluk kepada rekod pelanggan dengan bank yang
berkenaan dan budi bicara bank tersebut. Dalam keadaan yang tertentu bankbank mengenakan syarat cagaran bagi kemudahan overdraf. Kemudahan ini
dapat digunakan bagi membiayai modal pusingan. Overdraf bank terhad
sehingga RM50,000.00 Lazimnya bank memerlukan cagaran daripada pemohon
yang baru. Faedah yang dikenakan berdasarkan baki overdraf setiap hari.
Kemudahan pinjamkan bermasa ini disediakan oleh bank- baik perdagangan dan
syarikat kewangan dan ini adalah pinjaman biasa yang dikeluarkan oleh institusi
tersebut. Pinjaman ini dikenakan faedah serta memerlukan cagaran. Tempoh
masa pinjaman adalah antara 1 hingga 5 tahun. Skim Pinjaman Khas ini adalah
suatu kemudahan kewangan yang disediakan khusus untuk pembangunan
sektor perniagaan kecil. Skim ini dianjurkan oleh Kerajaan Pusat dan dikawal
sepenuhnya oleh Perbadanan Jaminan Kredit. Di bawah skim pinjaman khas ini,
tujuh kemudahan ditawarkan iaitu:

a. Skim Jaminan Usahawan Kecil antara RM 10 000 hingga RM 50 000.00.


Tempoh pinjaman ialah antara 1 hingga 5 tahun. Kadar faedah yang
dikenakan ialah sebanyak kadar faedah pinjaman asas dicampurkan
dengan 1.5% setahun.
b. Skim Jaminan Utama Baru. Skim ini khusus bagi menggalakkan
pertumbuhan dalam sektor pembuatan dan sektor yang diutamakan oleh
Kerajaan Malaysia.
c. Skim Jaminan Untuk Perbankan Tanpa Faedah. Pihak CGC memberikan
jaminan pinjaman di bawah sistem perbankan Islam yang ditawarkan oleh
Bank-bank Perdagangan yang mempunyai kaunter khas perbankan Islam.
d. Skim Jaminan Anjal. Skim ini memberi jaminan pinjaman kepada
usahawan di bawah Tabung Usahawan Kecil dan Sederhana 2 (TIKS),
Tabung Pemulihan Usahawan Kecil dan Sederhana (TPIKS), Tabung
Usahawan Baru (TUB), dan Tabung Untuk Makanan (TUM).
e. Skim Jaminan Bersepadu. Skim ini khusus untuk sektor berasaskan besi,
plastik, elektrik dan elektronik, kimia dan bahan farmasi.
f. Skim Jaminan Laluan Terus. Di bawah Skim ini permohonan dibuat terus
kepada

CGC.

Sektor

yang

boleh

memohon

ialah

pembuatan,

pemasangan dan pemprosesan produk, aktiviti import eksport, pembaik


pulih dan francais.
g. Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Belia. Tabung ini
bertujuan membantu golongan belia menceburi bidang perniagaan.
Tabung Pelaburan Baru adalah suatu kemudahan pinjaman untuk sektor
perniagaan dan perindustrian. Kemudahan ini ditawarkan oleh bank-bank
perdagangan dengan kadar faedah.

Langkah 7: Sistem Sokongan Bagi Perniagaan Kecil

You might also like