Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

JURNAL REFLEKTIF MINGGU 7 (23-27/03/2015)

Isu/ Masalah/ Peristiwa:


Isu yang ingin saya katakan pada minggu ini ialah berkaitan dengan
sekumpulan murid yang bermasalah disiplin. Kumpulan murid ini mengaku bahawa
mereka merupakan kumpulan gengster.
Pandangan dan perasaan terhadap isu/ masalah/ peristiwa:
Saya berasa amat terkejut. Ini merupakan kali pertama saya menghadapi kes
seperti ini. Murid-murid ini bukan sahaja mempunyai masalah disiplin malahan
mereka juga bermasalah dalam pembelajaran. Kumpulan murid yang saya
maksudkan ini terdiri daripada 4 orang murid dan 2 orang daripada murid tersebut
adalah anak murid saya sendiri daripada kelas 4 Bijak. Saya telah lama
memerhatikan kedua-dua murid ini. Saya dapati mereka memang mempunyai
masalah disiplin sejak daari awal saya memasuki kelas mereka.
Analisis isu/ masalah/ peristiwa:
Punca:
Saya tidak pasti punca mengapa mereka tidak mempunyai keinginan untuk
belajar malah mempunyai masalah disiplin yang amat serius. Saya berpeluang untuk
bertanya tentang latar belakang keluarga mereka tetapi saya masih tidak
mengetahui punca mengapa mereka
Cadangan Penambahbaikan:
Pada masa akan datang saya mengambil keputusan untuk menyiasat lebih
dalam mengapa mereka berperangai tidak elok. Saya juga akan menggunakan
pendekatan lain untuk mengenal murid-murid saya ini.

You might also like