Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KEMAHIRAN PROSES SAINS

Kemahiran Proses Sains merupakan salah satu daripada dua komponen bagi kemahiran saintifik. Kemahiran Proses
Sains(KPS) merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid khususnya dalam menjalani penyiasatan
atau eksperimen

Kemahiran Saintifik

Kemahiran Proses Sains

Asas

Kemahiran Manipulatif

Bersepadu

Memerhati
Proses untuk menyatakan
atau menerangkan tentang
sesuatu objek atau fenomena
yang berlaku. Menggunakan
pancaindera untuk kenalpasti
ciri,persamaan atau
perbezaan sesuatu objek.

Membuat inferens
Proses untuk membuat
kesimpulan awal untuk
menerangkan suatu peristiwa
atau objek melalui
pengalaman berdasarkan
sebab dan alasan tertentu

Kemahiran Proses Sains Asas

Perkaitan ruang dan masa


Proses perhubungan
pergerakan atau perubahan
sesuatu objek atau situasi
dalam satu ruang tertentu
dengan tempoh masa.

Mengukur dan menggunakan


nombor
Proses membuat pemerhatian
kuantitatif dengan membanding
kepada piawai tertentu

Mengelas
Mengumpul dan mengkategori
objek mengikut sifat, ciri yag
sama atau mengikut
perbezaan dan persamaan
Berkomunikasi
Satu proses interaksi antara
satu sama lain bagi
menyampaikan hasil kerja
atau eksperimen dalam
bentuk rajah, jadual dan data.

Meramal
Proses membuat jangkaan
atau ramalan berdasrakan
data yang diberi, pemerhatian
dan inferens.

Contoh aktiviti yang melibatkan Kemahiran Proses Sains Asas


Memerhati : memerhati sifat-sifat fizikal yang terdapat pada tumbuhan.
Mengelas : mengelaskan haiwan mengikut siafat fizikal seperti berbulu, bersisik, berkaki, berkepak.
Berkomunikasi: menyatakan kepentingan kitar semula
Membuat inferens: menyatakan sebab kenapa daun pada sebatang pokok menjadi layu.
Perkaitan ruang dan masa: mengukur dan membanding pergerakan dua objek yang berbeza dengan jarak
dan masa yang ditetapkan.
Mengukur dan menggunakan nombor: mengukur suhu bagi cecair yang dipanaskan.
Meramal: meramal keadaan yang akan berlaku pada pokok dalam pasu yang diletakkan dalam kotak tanpa
cahaya matahari.

Mengenalpasti dan mengawal


pembolehubah
Mengenalpasti semua
pembolehubah terlibat. Proses ini

Mentafsir data
Memberi maklumat tentang pola
atau keadaan bagi suatu keadaan
berdasarakan maklumat yang
dikumpul. Menyatakan hubungan
antara pembolehubah yang terlibat
dan membaut kesimpulan daripada
maklumat yang diperolehi.

melibatkan pengendalian faktor-faktor atau


pembolehubah yang terlibat dalam satu
eksperimen; pengawalan ini penting kepada
kebolehpercayaan keputusan eksperimen

Kemahiran Proses Sains Bersepadu

Mendefinisi secara operasi


Memberi maksud dan takrifan
dengan memperihalkan apa yang
diperhatikan. Definisi ini melibatkan

Membentuk dan menguji


hipotesis

pernyataan tentang apakah yang dibuat dan


apakah yang diperhatikan; kemahiran ini
melibatkan proses pemerhatian,
berkomunikasi, serta pengelasan

Proses ini melibatkan pembentukan soalan


generalisasi berasaskan pemerhatian ;
hipotesis merupakan satu masalah yang
boleh diselesaikan melalui kemahiran proses
yang lain iaitu menjalankan eksperimen,
membuat inferens dan ramalan

Menjalankan eksperimen
Menyiasat , memanipulasikan
pembolehubah, dan menguji
hipotesis untuk membuat keputusan.

Contoh aktiviti yang melibatkan Kemahiran Proses Sains Bersepadu


Mengenalpasti dan mengawal pembolehubah: membuat ujikaji tentang faktor-faktor pengaratan besi.
Mendefinasi secara operasi: menyatakan maksud proses penyejatan,pembekuan,kondensasi,peleburan.
Menjalankan eksperimen: menjalankan eksperimen tentang keperluan asas haiwan.
Membentuk dan menguji hipotesis: menguji hipotesis tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
Mentafsir data: membina jadual pertumbuhan biji benih selama 30 hari dan membaut kesimpulan dari data
yang diperoleh.

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran


psikomotor yang diperkembangkan melalui
penyiasatan dalam Sains.Kemahiran ini
memupuk pelajar supaya dapat
mengendalikan peralatan, bahan, serta
specimen hidup dan bukan hidup dengan
betul,selamat,cermat dan tepat.

Contoh aktiviti yang melibatkan Kemahiran Manipulatif:

Menggunakan dan mengendalikan


peralatan dan bahan sains dengan betul.
Menyimpan peralatan dan bahan sains
dengan betul dan selamat.
Membersihkan peralatan sains dengan cara
yang betul.
Mengendalikan spesimen dengan betul dan
cermat.
Melakar spesimen, peralatan dan bahan
sains dengan
tepat.

Menggunakan kanta tangan untuk melihat bilangan kaki haiwan yang kecil
Menggunakan forsep untuk mengutip haiwan
Membersihkan forsep, piring petri dan peralatan makmal
Tidak mencederakan dan merosakan specimen
Meyimpan peralatan dan bahan makmal ditempat yang selamat dan betul.
RUJUKAN

http://kelas-online.tripod.com/sains/asas.htm
http://cikgumart.blogspot.com/2011/10/kemahiran-proses-sains.html
http://rzaflia.blogspot.com/p/kemahiran-manipulatif-sains.html
Zaeydee b. Omar.(2013).Science Process Skill Year 4 : Problem Solving.MYBOOK.COM SDN. BHD,Selangor.
Poh Swee Hiang.(2000).Pedagogi Sains 1: Kurikulum Sains.Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Petaling Jaya.

You might also like